t6 orang iban

8
Masyarakat Iban

Upload: carolinerong

Post on 11-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

T6 Orang Iban

TRANSCRIPT

Masyarakat Iban

Masyarakat IbanIbanatauDayak Iban(dalamBahasa Iban ber anIbanbermaksudorangataumanusia), adalah salah satu rumpunDayakyang terdapat di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah dan Johor.Sekarang (bancian 2010) kaum Iban dengan jumlah sebanyak 1,000,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak. Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak dan kaum keempat terbesar diMalaysiaselepas kaumMelayu,CinadanIndiaOrang Iban biasanya menduduki di lembahSungai Lupar,Sungai Saribas,Sungai Kalaka,Sungai Rajang,Sungai Sadong,Sungai Sarawak,Sungai Balingian,Sungai Kemena,Sungai Baram,Sungai LimbangdanSungai Lawas.Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiamirumah-rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil Tuai Rumah. Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar besar di sekitar Negeri Sarawak. Namun demikian,ciri=ciri asal tradisi mereka tetap dikekalkanTradisi orang Iban adalah adat, budaya dan kepercayaan asal mereka, tanah pusaka dan kehidupan di rumah panjang. Banyak adat-adat asal yang masih diamalkan dan digunapakai dalam komuniti di rumah-rumah panjang untuk menjaga ketenteraman dan keamanan masyarakatBudaya menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau masih diamalkan hingga sekarang walaupun berkurangan. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang.