t6 masyarakat plural

14
Masyarakat Plural

Upload: carolinerong

Post on 21-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

T6 Masyarakat Plural

TRANSCRIPT

Page 1: T6 Masyarakat Plural

Masyarakat Plural

Page 2: T6 Masyarakat Plural

• J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.

Page 3: T6 Masyarakat Plural

• Menurut pandangan seorang penulis sejarah, penduduk berbilang kaum di Tanah Melayu sebelum merdeka digambarkan sebagai hampir tidak mempunyai sebarang persamaan dalam setiap perkara hidup mereka, melainkan mereka tinggal dalam sebuah negara.

Page 4: T6 Masyarakat Plural

Komposisi dan Taburan Penduduk Sebelum Merdeka• Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah Melayu,

Cina dan India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, majoriti penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu

Page 5: T6 Masyarakat Plural

• Pada pertengahan abad ke-19, menyaksikan penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku ekoran dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut, terutama untuk mengerjakan sektor ekonomi.

Page 6: T6 Masyarakat Plural

• Abad ke-19 sebenarnya memperlihatkan penguasaan Inggeris ke atas struktur politik dan ekonomi Tanah Melayu secara meluas. Aktiviti perlombongan bijih timah yang merupakan sumber kekayaan Tanah Melayu dieksploitasi sepenuhnya oleh British.

• Untuk menyokong kegiatan ekonomi kapitalis, British telah membawa masuk buruh-buruh Cina dan India bukan sahaja untuk bekerja di tapak-tapak perlombongan, tetapi juga di sektor ekonomi yang lain. Senario ini didapati berterusan sehinggalah sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua

Page 7: T6 Masyarakat Plural

• Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil dari 54% merosot menjadi 49% pada tahun 1921 dan menurun lagi kepada 45% pada tahun 1931

Page 8: T6 Masyarakat Plural

• Pemajmukan masyarakat di Tanah Melayu telah menyebabkan British mentadbir berdasarkan pendekatan 'pecah dan perintah' {divide and rule). Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain, terutama dengan Bumiputera tidak digalakkan.

Page 9: T6 Masyarakat Plural

Kaum Melayu

• Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku perpindahan beramai-ramai masyarakat dari kepulauan Melayu yang lain di Nusantara ke Tanah Melayu. Perpindahan ini berlaku ekoran daripada situasi ekonomi, politik dan sosial tempatan yang semuanya boleh menjamin keselesaan mereka

Page 10: T6 Masyarakat Plural

• Masyarakat Melayu ini datang daripada berbagai-bagai pulau seperti Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau. Sehingga tahun 1957, keseluruhan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang, iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu

Page 11: T6 Masyarakat Plural

• Sebelum era kolonial, kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu pesisir ialah perdagangan. Perdagangan utama pula adalah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru, kerajaan-kerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi dan muara sungai

Page 12: T6 Masyarakat Plural

• Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung, penduduk Tanah Melayu lebih ramai yang tertumpu kepada kegiatan menangkap ikan (nelayan) dan bertani. Bagi kaum wanita di negeri. Kelantan dan Terengganu pula, ramai yang bergiat dalam aktiviti perniagaan kecil-kecilan.

Page 13: T6 Masyarakat Plural

• Daripada senario ini, jelas bahawa kegiatan ekonomi kaum Melayu di negeri-negeri Melayu ialah perdagangan di samping ekonomi sara diri lain seperti pertanian, penternakan, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan

Page 14: T6 Masyarakat Plural

• Walau bagaimanapun, penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah campur tangan British dalam hal ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-buruh asing juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu.• Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah menggalakkan

kemunculan bandar-bandar baharu seperti Taiping, Ipoh, Port Weld, Tapah dan Kampar di Perak; Kuala Lumpur, Port Swettenham dan Klang di Selangor serta Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Namun, bandar-bandar baharu ini hanya menjadi tumpuan buruh asing. Kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau perkampungan masing-masing.