t2 b16 perkembangan sistem perhubungan

5
2.16.1 Pengenalan 1. Di negara Malaysia, perhubungan awal bermula dengan perkhidmatan pos yang mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke destinasinya. 2. Kini, telefon, telegraf, teleks, dan mesin faks digunakan untuk menghantar dan menerima maklumat dengan lebih cepat. 2.16.2 Perkembangan Sistem Perhubungan Negara Malaysia 1. Di Malaysia, sistem perhubungan berkembang dengan kemajuan teknologi. 2. Di Malaysia, sistem perhubungan dalam bentuk media elektronik yang pertama ialah radio. 3. Di seluruh negeri di Malaysia dibina stesen-stesen radio. 4. Siaran radio dibahagikan kepada siaran tempatan dan kebangsaan yang menghiburkan pendengar. 5. Kerajaan (governan) menyampaikan polisinya kepada rakyat di seluruh negara melalui radio bertujuan untuk meningkatkanintegrasi nasional. 6. Pada 29 Disember 1963, televisyen diperkenalkan. Medianya lebih menarik kerana dipaparkan dalam bentuk gambar bergerak dan berbunyi. 7. Siaran radio dan televisyen disalurkan melalui gelombang radio dan gelombang elektromagnetik oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di bawah Kementerian Penerangan. 8. Perkhidmatan radio dan televisyen lebih ditingkatkan dengan penggunaan satelit. 9. Malaysia telah melancarkan Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT I dan MEASAT II). 10. Perkembangan teknologi satelit ini telah menjadikan Malaysia sebagai: a. pusat perhubungan serantau dan antarabangsa di Asia Tenggara; b. mempunyai hubungan telekomunikasi dengan negara lain di seluruh dunia; c. menerima siaran langsung radio dan televisyen dari luar negara. 11. Stesen satelit bumi yang menerima maklumat ialah di Kuantan, Sematan, Pulau Langkawi, Labuan, dan Melaka.

Upload: damairin-selangor

Post on 13-Sep-2015

280 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Sistem perhubungan

TRANSCRIPT

2.16.1 Pengenalan1. Di negara Malaysia, perhubungan awal bermula denganperkhidmatan posyang mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke destinasinya.2. Kini,telefon,telegraf,teleks, danmesin faksdigunakan untuk menghantar dan menerima maklumat dengan lebih cepat.

2.16.2Perkembangan Sistem Perhubungan Negara Malaysia

1. Di Malaysia, sistem perhubungan berkembang dengan kemajuan teknologi.2. Di Malaysia, sistem perhubungan dalam bentuk media elektronik yang pertama ialahradio.3. Di seluruh negeri di Malaysia dibina stesen-stesen radio.4. Siaran radio dibahagikan kepadasiaran tempatandankebangsaanyang menghiburkan pendengar.5. Kerajaan (governan) menyampaikan polisinya kepada rakyat di seluruh negara melalui radio bertujuan untuk meningkatkanintegrasi nasional.6. Pada 29 Disember 1963,televisyendiperkenalkan. Medianya lebih menarik kerana dipaparkan dalam bentuk gambar bergerak dan berbunyi.7. Siaran radio dan televisyen disalurkan melalui gelombang radio dan gelombang elektromagnetik olehRadio Televisyen Malaysia (RTM)di bawah Kementerian Penerangan.8. Perkhidmatan radio dan televisyen lebih ditingkatkan dengan penggunaan satelit.9. Malaysia telah melancarkanSatelit Asia Timur Malaysia (MEASAT I dan MEASAT II).10. Perkembangan teknologi satelit ini telah menjadikan Malaysia sebagai:a. pusat perhubungan serantaudanantarabangsa di Asia Tenggara;b. mempunyaihubungan telekomunikasidengan negara lain di seluruh dunia;c. menerimasiaran langsung radio dan televisyendari luar negara.11. Stesen satelit bumi yang menerima maklumat ialah diKuantan,Sematan,Pulau Langkawi,Labuan, danMelaka.

Peta 2.15.1Kedudukan stesen satelit bumi

12. Fungsi MEASAT ialah untuk memodenkan perkhidmatan perhubungan dan penyiaran.13. Contohnya perlawanan bola sepak yang diadakan di luar negara dapat disiarkan secara langsung ke negara Malaysia mengikut waktu tempatan.14. Satelit mikro pertama, TiungSAT-I membolehkan:a. pertukaran pendidikan dan teknologi;b. pengurusan alam sekitar dan kaji cuaca.15. Teknologi MEASAT juga memperkenalkansiaran televisyen bersatelit, iaituASTRO.16. Penduduk dapat menikmati lebih banyak rancangan televisyen.17. Satu lagi alat perhubungan yang penting di negara Malaysia ialah telefon.18. Telefonmembolehkan perhubungan antara individu yang berada di tempat lain.19. Dengan teknologi satelit, penggunaan telefon yang lebih canggih sepertitelefon satelit dan telefon tanpa wayar (telefon selular)diperkenalkan.20. Kedua-dua alat perhubungan ini menyebabkan perhubungan dan penyaluran maklumat menjadilebih cepat.21. Telefon selular menawarkanperkhidmatan berhubung tanpa wayar di samping perkhidmatan mesej ringkas (sms),mel suara, daninternet (wap).22. Komputeradalah satu lagi jenis alat perhubungan yang dapat menerima, memproses, menyimpan, dan mengeluarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, dan video.23. Komputer juga dapat digunakan untuk memperolehmaklumat tanpa batasanserta berhubung melalui sistem internet dengan teknologi satelit.24. Internetialah kumpulan atau jaringan komputer yang ada di seluruh dunia.25. Internet membolehkan maklumat dapat diperoleh dengancepatdanmurahmelaluie-meldanwww(world wide web).26. Seseorang yang mempunyai alamat e-mel dapat berhubung dengan individu yang lain di merata pelosok dunia dengan kos panggilan tempatan.27. Di negara Malaysia, pembekal khidmat internet ialahTMNet,MaxiNet, danJaring.28. Perkembangan sistem teknologi dan maklumat di seluruh dunia pada hari ini menyebabkan sistem perhubungan yang lebih pantas dan cepat.29. Telefon selular menghantar dan menerima data dengan lebih cepat.30. Telefon selular 3Gmembolehkan seseorang berbual dengan individu yang lain dengan melihat wajah individu tersebut.31. Kerajaan negara Malaysia telah memperkenalkanDasar Telekomunikasi Negara (DTN)bagi meningkatkan sistem perhubungan negara ke arah lebih moden, canggih, dan dinamik.32. Di bawahRancangan Malaysia ke-7,Teknologi MaklumatdanKomunikasi (ICT)diperkenalkan. ICT ialah cantuman antara teknologi komunikasi (IT), penyiaran, dan komputer.33. Penggunaan ICT diperluaskan dengan memperkenalkan Koridor Raya MultimediaMSC.34. Kerajaan Malaysia telah menyediakankemudahan multimediadengan menubuhkanbandar siber.35. Tindakan ini bertujuan menariksyarikat besar berteknologidanbertaraf duniauntuk beroperasi di koridor ini.36. Objektif MSC adalah untuk menjadi pusat tele-kesihatan, kerajaan elektronik, sekolah bestari, pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), pusat pemasaran tanpa sempadan, dan penggunaan kad pintar.37. Tele-kesihatanbertujuan mempercepat peningkatan tahap kesihatan di negara Malaysia. Contohnya, pembinaan Hospital Selayang.38. Sekolah bestaridiperkenalkan untuk melahirkan generasi baru yang celik IT, kreatif, dan inovatif serta berupaya membawa ekonomi ke era maklumat.39. Pembelajaran dilaksanakan dengan lebih efisien.40. Murid-murid menggunakanCD-Romdan digalakkan untuk melayari laman web bagi mencari maklumat.41. Kerajaan telah mengadakan kempenpemilikan komputer peribadi (PC)untuk menggalakkan penggunaan komputer di kalangan rakyat.42. Kursus jarak jauh universiti tempatan dan luar negara dapat diikuti dengan menggunakan komputer melalui telesidang.43. Pusat Internet Desa (PID)telah ditubuhkan untuk meningkatkan penggunaan IT di kawasan luar bandar.44. Peningkatan teknologi membolehkan penggunaankad pintar(smart kad) sepertiMyKaddanMyKid.45. Kerajaan juga menubuhkanPerkampungan Hiburan(e-village) yang menggalakkan ilham kreatif serta pelaburan tempatan dan antarabangsa.46. Sistem komputer juga digunakan oleh kerajaan dalam sistem pertahanan negara dankeselamatan negara.47. Perkembangan pesat dalam sistem telekomunikasi telah membantu menarik banyakpelabur asing.

2.16.3Perbandingan Kepentingan Sistem Perhubungan di Negara Malaysia Dan Kanada

1. Pentingnya sistem perhubungan di negara Malaysia dan Kanada:a. menyampaikan dan menerima berita, pesanan, dan maklumat dengancepatdanmudah;b. mempercepat perhubunganantara penduduk dan antara negara kita dengan negara lain;c. menghubungkan kawasan luar bandardenganbandar;d. menggalakkanperniagaandanperdagangan tempatandanantarabangsa.2. Malaysia telah merancang meningkatkan penggunaan ICT dengan memperkenalkanKoridor Raya Multimedia (MSC).3. Di Kanada, kawasan Niagara International Teleport(NIT)mempunyai fungsi yang sama dengan MSC.4. Kawasan ini merangkumi bandar Erie di Kanada hingga ke bandar Buffalo di Amerika Syarikat.5. Menara Kuala Lumpurdidirikan bagi memajukansistem perhubungan penyiaranradio dan televisyen di negara Malaysia.6. Menara ini berfungsi sebagaimenara perhubunganyang menjadi penghubung dalam satu sistem komunikasi yang pantas.7. Menara KL juga merupakan tarikan pelancong.8. Di Kanada, Menara CN mempunyai fungsi yang sama dengan Menara KL, iaitu sebagai sistem perhubungan radio dan televisyen.9. Dalambidang pendidikanpula kerajaan negara Malaysia telah memperkenalkansekolah bestari.10. Sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan multimedia/ komputer bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah.11. Rangkaian Sekolah Globaldiperkenalkan bagi membolehkan sekolahsekolah di negara Malaysia dihubungkan dihubungkan secara elektronik dengan sekolahsekolah terpilih di seluruh pelosok dunia.12. Di Kanada, terdapat sekolah bestari yang mengamalkan projek Grass Roots Twin School yang bertujuan memperluas kebudayaan dan mata pelajaran Sains.

2.16.4 Dunia Tanpa Sempadan1. Perkembangan perhubungan telah membawa negara Malaysia keera globalisasiataudunia tanpa sempadan.2. Globalisasi ialah suatu proses yang meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan atau kedudukan geografi sesebuah negara.3. Ruang udara dan langit sesebuah negara itu akan terbuka luas untuk dimasuki pelbagai media komunikasi sepertiinternet,media elektronik, danteknologi siber.4. Perkembangan perhubungan telah menimbulkan beberapa kesan positif dan kesan negatif.Kesan-kesan Positif1. IT dapat membantu kitamendapatkan maklumatdengancepatdanmudahseperti melalui internet, penggunaan komputer, dan sistem telekomunikasi lain mudah dan cepat.2. Pelanggan dapat mengeluarkan wang melalui ATM yang beroperasi 24 jam.3. Kini, bank juga memperkenalkankhidmat tele-perbankanbagi kemudahan pelanggan.4. Pelanggan tidak perlu ke bank untuk berurusan tetapi hanya menggunakan teknologi ICT di rumah.5. Sistem pembelajaran telah menjadi lebih cekap dan mudah.6. Contohnya, teknologimultimedia interaktifyang membolehkan kandungan sesebuah buku di sembahkan secara berkomputer melalui penggunaanCD-Rom.7. Pelajar di peringkat universiti, dapat juga berinteraksi dengan pensyarah secara langsung dengan menggunakan internet.8. Mereka dapat bertukar-tukar nota kuliah dan terlibat dalam sesi interaktif yang membolehkan semua orang dalam rangkaian mendengar dan mengambil bahagian dalam perbincangan.9. Konsep pembelajaran ini dinamakanUniversiti Maya. Contohnya adalah seperti yang dilaksanakan diUniversiti Tun Abdul Razak (UNITAR)danUniversiti Multimedia.10. Teknologi maklumat dapat juga digunakan dalamtele-kesihatan.11. Kepakaran doktor yang berada di luar negara dapat digunakan untuk membuat diagnosis terhadap pesakit yang berada di negara Malaysia.12. Doktor pakar dapat melihat gambar pesakit melalui komputer yang dipancarkan dari hospital di Malaysia untuk membuat analisis, rujukan, dan cadangan rawatan.13. Perkhidmatan ini terdapat diHospital Selayang.14. Kerajaan juga dapat memberikan perkhidmatan yang berteraskan IT kepada rakyatnya.15. Kerajaan Malaysia membangunkanrancangan kerajaan elektronik di Kerajaan Persekutuandi Putrajaya.16. Contohnya, pembayaran dan pembaharuan lesen diuruskan melalui rangkaian komputer.17. Penggunaan e-dagang telah mencepatkan perdagangan dan membangunkan ekonomi di kawasan Asia Pasifik (termasuk negara Malaysia).18. Sistem perhubungan negara Malaysia telah dimajukan oleh kerajaan lagi dengan penyediaanteknologi gentian optik.19. Kerajaan telah memasangkan rangkaian gentian optik sejauh 62 600 km untuk menghubungkan negeri dan bandar utama di seluruh negara.20. Teknologi ini membolehkan pelbagai bentuk maklumat seperti data, suara, dan video diterima oleh penduduk.Kesan-kesan Negatif1. Pelanggan memperoleh banyak maklumat dengan melayari internet.2. Terdapatnya juga bahan internet yang tidak sesuai bagi golongan kanakkanak dan remaja.3. Oleh sebab maklumat tersebut tidak dapat dikawal dan ditapis, kemungkinan maklumat negatif yang diterima dapat mempengaruhi pemikiran mereka.4. Terdapat juga individu yang menyalahgunakan perkhidmatan internet dengan menyalurkan maklumat berunsur hasutan dan fitnah.5. Maklumat sebegini akan menjejaskan keharmonian negara dan ketenteraman awam.6. Perkembangan IT dapat jugamengancam keselamatan negarajika disalahgunakan.7. Contohnya berlakupencerobohanmasuk ke dalam sistem komputer agensi kerajaan termasuk sistem pertahanannya.8. Cetak rompak perisian komputerjuga semakin meningkat.9. Masalah ini dapat diatasi dengan menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Hakcipta Pindaan 1997 dengan hukuman penjara dan denda.