pelaksanaan hukum syariah dalam … skala likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.nilai...

33
PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM PENGURUSAN HOTEL DI JOHOR BAHRU NAZIFAH BINTI CHE MAT NASIR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: doanthu

Post on 03-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM PENGURUSAN HOTEL DI

JOHOR BAHRU

NAZIFAH BINTI CHE MAT NASIR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun
Page 3: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM PENGURUSAN HOTEL DI

JOHOR BAHRU

NAZIFAH BINTI CHE MAT NASIR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 4: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun
Page 5: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

ii

Page 6: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

iii

DEDIKASI

Ku lestarikan halaman ini buat…

Ayahanda dan bonda yang ku kasihi

Che Mat Nasir bin Mohd Yusof dan Hamidah binti Awang Hamad

Terima kasih kerana tidak jemu mendidik dan mendoakan kejayaanku

Buat pendidik dan pembimbing perjuanganku ini

Para pensyarah Fakulti Tamadun Islam,

Fakulti Pendidikan

Ilmu yang di curahkan ini akanku galas untuk mendidik anak bangsa dan

agama. Halalkan semua ilmu yang pernah kupelajari.

Buat adinda-adindaku yang tersayang

Nurwani, Che Siti Kursyiah, Muhammad Bukhari, Sidi Muhammad, Siti

Solihah, Che Siti Nabilah dan Che Siti Sarah, belajar bersungguh-

sungguh, semoga kejayaan milik kalian, kalian cukup bermakna dalam

hidupku.

Teristimewa kudedikasikan halaman ini buat teman-teman seperjuangan

iaitu pelajar tahun 4 SPI dan sahabat-sahabat yang ku kasihi sekalian

terruskan perjuangan agar hari-hari yang bakal di lalui seindah pertemuan

semalam dan kekal sebagai ingatan dalam doamu teman.

Akhir kalam, seutas kata dan sekalung ucapan

terima kasih penuh kesyukuran

agar nanti mendapat ganjaran

buat memberkati segala pengorbanan

Page 7: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah

dan kurnia-Nya serta selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW,

dapat penulis menyempurnakan Tesis Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Di kesempatan ini penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada

penyelia tesis, Dr. Tamar Jaya bin Nizar atas bimbingan dan dorongan yang tidak

jemu -jemu sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini. Juga buat pensyarah-pensyarah

Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang sering memberikan motivasi

dan tunjuk ajar. Semoga jasa baik kedua-duanya akan mendapat ganjaran dari-Nya.

Kerjasama daripada pelajaar-pelajar dan staf di UTM, Skudai amatlah dihargai.Tidak

lupa kepada pekerja hotel yang sudi memberi kerjasama di sepanjang proses

mengedarkan soal selidik.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek penyelidikan ini. Terima

kasih.

Sekian, Wassalam.

Page 8: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

v

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik ialah tentang Pelaksanaan Hukum

Syariah Dalam Pengurusan Hotel Di Johor Bahru. Fokus kajian ini adalah untuk

mengenalpasti persepsi tetamu hotel terhadap perhotelan yang berlandaskan

pelaksanaan hukum syariah, yang kedua untuk mengenalpasti ciri-ciri pengurusan

hotel yang berlandaskan syariah dan untuk mengenalpasti prospek masa depan hotel

yang berkonsepkan syariah. Responden bagi kajian ini seramai 60 orang yang terdiri

daripada tetamu dan pekerja hotel. Instrumen kajian menggunakan kaedah soal

selidik skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan

alpha Crobanch yang diperolehi oleh pengkaji melalui kajian rintis ialah 0.774.

Dapatan kajian yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian Statistical

Packages for the Social Science (SPSS) version 15.0 bagi mendapatkan data bagi

kekerapan, peratusan dan min. Purata min dari objektif pertama ialah 4.886, objektif

kedua pula 4.660 dan objektif yang ketiga 3.960. Purata min keseluruhan ialah 4.242.

Hasil kajian menunjukkan persepsi tetamu hotel terhadap perhotelan yang

berlandaskan pelaksanaan hukum syariah , ciri-ciri pengurusan hotel dan prospek

masa depan hotel yang berkonsepkan syariah adalah tinggi. Akhir sekali dalam

kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa cadangan untuk kajian lanjut pada

masa akan datang.

Page 9: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

vi

ABSTRACT

The study conducted by researcher is the implementation of Syariah law in

Hotel Management amongst hotel at Johor Bahru. Therefore, the purpose of this

study is to identify the perceptions of hotel guests about the hotel management run

under the syariah law. Second, to identify the characteristics of syariah-based hotel

management. Third, to identify future prospects of the hotel which implementation

the concept of syariah. There were 60 respondents in this study consisting of hotel

guests. A set of questionnaire was used as the instrument of this study. Likert scale of

five points was used in this questionnaire which consists of 30 items. The coefficient

Crobanch’s Alpha obtained by researcher through the pilot study is 0.774. The data

were analyzed using the Statistical Packages for the Social Science (SPSS) version

15.0 o obtain data on the frequency, percentage and mean. The mean of the first

objective is to 4.886, the second objective is 4.660 and the third objective is 3.960.

The mean average is 4.242. All the results showed that perceptions of hotel guests

about the hotel management that is based on the implementation of syariah law, the

characteristics of hotel management and the future prospects of the concept of

Islamic hotels are high. Several recommendations for further research is also

proposed at the end of the study.

Page 10: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN

SENARAI SIMBOL

SENARAI LAMPIRAN

xv

xvi

xvii

Page 11: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

viii

BAB I PENGENALAN

1

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Skop Dan Batasan Kajian

1.8 Definisi / Istilah

1.8.1 Pelaksanaan

1.8.2 Hukum

1.8.3 Syariah

1.8.4 Pengurusan

1.8.5 Hotel

1.9 Kesimpulan

1

2

7

8

8

9

10

10

11

11

12

12

13

13

BAB II

SOROTAN KAJIAN

14

2.1 Pendahuluan 14

2.2 Konsep Syariah

2.2.1 Sistem Pengurusan Dalam Islam

2.2.2 Sistem Ekonomi Dalam Islam

15

17

18

2.3 Pengertian Perniagaan Berlandaskan Syariah

2.3.1 Ciri – Ciri Khas Perniagaan Berlandaskan

Syariah

20

21

2.4 Definisi Hotel

2.4.1 Definisi Hotel Syariah

2.4.2 Ciri-ciri Pekerja Hotel

23

27

29

2.5 Pengurusan Mengikut Kerjaya Hotel

2.5.1 Pengurusan Makanan Dan Minuman

30

30

Page 12: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

ix

2.5.2 Pengurusan Sumber Manusia Hotel

2.5.3 Pengurusan Bar

31

32

2.6 Perkembangan Industri Perhotelan

2.7 Kajian Lepas

2.8 Kesimpulan

32

34

35

BAB III METODOLOGI KAJIAN

36

3.1 Pendahuluan 36

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.2.1 Pengumpulan Data Primer

3.2.2 Pengumpulan Data Skunder

36

38

38

3.3 Tempat Kajian 39

3.4 Populasi Kajian 39

3.5 Sampel Kajian 40

3.6 Instrumen Kajian 40

3.7 Kajian Rintis 41

3.8 Kajian Sebenar 42

3.9 Analisis Data 43

3.10 Kesimpulan 44

BAB IV

ANALISIS DATA 45

4.1 Pendahuluan 45

Page 13: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

x

4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden.

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut

Jantina.

4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut Umur.

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut

Kelulusan Akademik Tertinggi.

4.2.4 Latar Belakang Responden Samada Pernah

Menginap Di Mana-Mana Hotel di Johor

Bahru Atau Tidak.

4.2.5 Latar Belakang Jenis Hotel Yang Responden

Pernah Menginap.

46

46

47

47

48

49

4.3 Bahagian B: Analisis Persoalan Kajian

4.3.1 Analisis persepsi tetamu dan pekerja hotel

terhadap perhotelan yang berlandaskan

pelaksanaan hukum syariah

49

50

4.4 Bahagian C: Analisis Persoalan Kajian

4.4.1 Analisis ciri-ciri pengurusan hotel yang

berlandaskan syariah.

55

55

4.5 Bahagian D: Analisis Persoalan Kajian

4.5.1 Analisis prospek masa depan hotel yang

berkonsepkan syariah.

61

61

4.6 Rumusan Dapatan Soal Selidik

4.7 Kesimpulan

67

72

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 73

5.1 Pendahuluan

5.2 Perbincangan

5.1.1 Perbincangan Bahagian A:

Maklumat Latar Belakang Responden

5.1.2 Perbincangan Bahagian B: Persoalan Kajian

5.1.3 Perbincangan Bahagian C: Persoalan kajian

73

74

74

76

77

Page 14: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

xi

5.2.5 Perbincangan Bahagian D: Persoalan kajian

5.2 Rumusan

5.3.1 Mengenalpasti apakah persepsi tetamu dan

pekerja hotel terhadap perhotelan yang

berlandaskan pelaksanaan hukum syariah.

5.3.2 Mengenalpasti ciri-ciri pengurusan hotel

yang berlandaskan syariah.

5.3.3 Mengenalpasti prospek masa depan hotel

yang berkonsepkan syariah

5.4 Cadangan

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

5.6 Kesimpulan

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

79

80

80

81

82

84

85

86

88

Page 15: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK JADUAL HALAMAN

3.8 Jumlah sampel kajian 42

3.9 Skala tiga mata 43

3.10 Skala pengkaji 43

4.2 Taburan responden mengikut jantina 46

4.3 Taburan responden mengikut umur 47

4.4 Taburan responden mengikut kelulusan akademik 47

4.5 Taburan Responden Samada Pernah Menginap di

Mana-mana Hotel di Johor Bahru atau Tidak

48

4.6 Taburan jenis hotel yang responden pernah

menginap

49

4.7 Taburan skor bagi item 1 50

4.8 Taburan skor bagi item 2 50

4.9 Taburan skor bagi item 3 51

4.10 Taburan skor bagi item 4 51

4.11 Taburan skor bagi item 5 52

4.12 Taburan skor bagi item 6 52

4.13 Taburan skor bagi item 7 53

4.14 Taburan skor bagi item 8 53

4.15 Taburan skor bagi item 9 54

4.16 Taburan skor bagi item 10 54

4.17 Taburan skor bagi item 1 55

4.18 Taburan skor bagi item 2 56

4.19 Taburan skor bagi item 3 57

Page 16: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

xiii

4.20 Taburan skor bagi item 4 57

4.21 Taburan skor bagi item 5 58

4.22 Taburan skor bagi item 6 58

4.23 Taburan skor bagi item 7 59

4.24 Taburan skor bagi item 8 59

4.25 Taburan skor bagi item 9 60

4.26 Taburan skor bagi item 10 60

4.27 Taburan skor bagi item 1 61

4.28 Taburan skor bagi item 2 62

4.29 Taburan skor bagi item 3 62

4.30 Taburan skor bagi item 4 63

4.31 Taburan skor bagi item 5 63

4.32 Taburan skor bagi item 6 64

4.33 Taburan skor bagi item 7 64

4.34 Taburan skor bagi item 8 65

4.35 Taburan skor bagi item 9 65

4.36 Taburan skor bagi item 10 66

4.37 Purata min keseluruhan bagi analisis-analisis

persoalan kajian.

66

4.38 Rumusan dapatan kajian bagi analisis persepsi

tetamu dan pekerja hotel terhadap perhotelan yang

berlandaskan pelaksanaan hukum syariah.

67

4.39 Rumusan dapatan kajian bagi analisis ciri-ciri

pengurusan hotel yang berlandaskan syariah.

68

4.40 Rumusan dapatan kajian bagi analisis prospek masa

depan hotel yang berkonsepkan syariah.

70

Page 17: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

xiv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK RAJAH HALAMAN

1.2 Perbezaan surau Hotel Nikko, Kuala Lumpur

dengan surau Hotel De Palma, Ampang.

4

1.3 Perbezaan Pengurusan Hotel Syariah dan Bukan

Syariah

4

2.4 Jenis-jenis tempat penginapan 24

2.5 Kemudahan yang disediakan di hotel. 25

2.6 Hotel bercirikan suasana syariah 28

Page 18: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

xv

SENARAI SINGKATAN

JAIJ – Jabatan Agama Islam Johor

JAKIM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

K – Kekerapan

M – Min

PMR – Penilaian Menengah Rendah

RM – Ringgit Malaysia

S - Setuju

SAW – Sallallahu ‘alaihi wasallam

SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SPM – Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Packages for the Social Science

SS – Sangat Setuju

STPM – Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

STS – Sangat Tidak Setuju

SWT – Subhanahu Wa Ta’ala

TP – Tidak Pasti

TS – Tidak Setuju

UTM – Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

xvi

SENARAI SIMBOL

α = Alpha

% = Peratus

n = Sampel

Page 20: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat

Fakulti Pendidikan, UTM.

C Case Processing Summary

Page 21: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pertumbuhan pesat industri hospitaliti dan pelancongan antarabangsa

menggalakkan pembangunan industri pelancongan dan pelaburan daripada pelabur-

pelabur asing, maka industri hotel juga telah menjadi semakin penting. Di Malaysia,

sektor hospitaliti dan pelancongan menjadi antara penyumbang utama kepada

pendapatan negara. Pada tahun 2009, Malaysia menerima kedatangan 23.5 juta

pelancong yang menjana kira-kira RM51 billion melebihi sasaran 19 juta pelancong

yang ditetapkan sebelum ini. Keadaan ini memberikan gambaran positif kepada

prospek hospitaliti dan pelancongan di Malaysia (http://www.hmetro.com.my/:

21/05/2010).

Seperti yang diketahui, pengurusan industri perhotelan yang baik adalah hotel

yang menyediakan perkhidmatan mereka yang terbaik supaya pengunjung-

pengunjung hotel mereka akan berasa bahawa kedatangan mereka adalah disambut

dengan baik dan berasa selesa tinggal di hotelnya.

Page 22: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

Menurut Powers dalam kajian yang lepas (Ting Kee San, 2005: 2), peranan

pengurusan dalam industri hospitaliti ialah memastikan setiap pelanggan adalah

disambut dengan baik, memastikan semua keinginan atau keperluan pelanggan

adalah dipenuhi dan memastikan operasi hotelnya akan berterusan dalam

membekalkan perkhidmatan dan mendapat keuntungan daripadanya.

Namun dewasa ini, pengurusan hotel yang menyediakan perkhidmatan

berlandaskan syariah di Malaysia jarang ditemui. Sesuatu pelaburan dalam

perniagaan haruslah berlandaskan syariat demi mencari keredhaan Allah. Salah satu

contoh negara yang mana hotel-hotelnya menjalankan konsep pengurusan

berlandaskan syariah ialah Indonesia.

1.2 Latar Belakang Masalah

Perkataan „halal‟ membawa erti cara hidup orang Islam yang menitikberatkan

toyibban iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta „halalan‟

(http://blog.hpa-online.net oleh Ainal Marhaton Abd Ghani: 21/09/2010). Islam

dengan jelas memerintahkan umatnya mengambil sesuatu yang halal dan

meninggalkan yang haram berdasarkan firman Allah SWT seperti dalam Surah Al-

Baqarah Ayat 172:

Maksudnya:

“Wahai orang beriman, makanlah makanan halal yang kami kurniakan

kepada kamu”.

(Al-Baqarah 2: 172)

Page 23: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

Islam itu sendiri adalah agama yang ingin membangunkan orang

perseorangan dan masyarakat di atas neraca yang lurus dan mahu mengembelingkan

kedua-duanya di atas keseimbangan yang secukup-cukupnya di mana hak-hak

perseorangan - dari segi hak perseorangannya - masih ada dan kebebasannya masih

dipelihara, sedangkan kebebasan itu tidak pula merosakkan masyarakat malah

manfaat untuknya (Cara hidup Islam – sayyid abu al-ala al mawdudi.pdf:

26/10/2010).

Pasaran produk halal bukan saja terhad kepada negara Islam dan penduduk

muslim malah penerimaan terhadap barangan dan perkhidmatan halal kini semakin

meluas di kalangan masyarakat bukan Islam. Malaysia adalah sebuah negara yang

mana perkembangan perniagaan dengan latar belakang agama, iaitu Islam kian

berkembang dan maju. Di samping itu juga, galakan oleh kerajaan melalui dasar

pelancongan negara, industri pelancongan telah berkembang pesat terutama setelah

peristiwa 11 September 2001.

Tragedi 11 September di bumi Amerika Syarikat memberi kesan ketara

kepada pasaran halal pelancongan yang lebih besar. Jumlah kemasukan pelancong

Asia Barat meningkat mendadak, iaitu daripada 186,821 orang pada 2006 kepada

245,302; pada 2008 (264,338) dan Januari – September 2009 (252,756 orang).

Berdasarkan kepada potensi terhadap pelancongan Islam. Maka maklumat, keperluan

dan perkhidmatan asas berkaitannya perlu lebih mesra muslim.

Namun, di Malaysia sendiri, semua aspek itu masih belum dikategorikan

sebagai mesra muslim sepenuhnya, terutama pusat penginapan dan hotel yang

kebanyakannya tidak ada arah kiblat,surau yang sempit dan tidak selesa, makanan

dihidangkan benar-benar halal, kemudahan tandas tidak mesra bagi pengguna

muslim untuk membersihkan diri (http://www.bharian.com.my:22/10/2010).

Contohnya perbezaan tempat ibadat iaitu surau antara hotel 5 bintang dan hotel

Syariah 3 bintang seperti rajah 1.2.

Page 24: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

Rajah 1.2: Perbezaan surau Hotel Nikko, Kuala Lumpur dengan surau Hotel De

Palma, Ampang.

Sumber: http://isuhangat.blogspot.com/2007/07/di-antara-surau-3-bintang-dan-5-

bintang.html

Jika dilihat pada rajah 1.2 surau hotel yang bertaraf tiga bintang

berkonsepkan syariah iaitu Hotel De Palma, Ampang mempunyai ruang yang lebih

besar, tersusun, bersih dan lengkap dengan keperluan ibadat tetapi sebaliknya hotel

bertaraf lima bintang yang tidak berkonsepkan syariah. Rajah berikut pula, adalah

perbezaan antara pengurusan hotel syariah dan hotel bukan syariah.

Rajah 1.3: Perbezaan Pengurusan Hotel Syariah dan Bukan Syariah

Penyambut tetamu hotel bukan syariah Penyambut tetamu hotel syariah

Sumber kiri: http://www.google.com.my/imglanding?q=sofitel-palm-resort-reception

Sumber kanan: http://www.medanku.com/madani-hotel-medan

Page 25: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

Bilik tidur hotel bukan syariah Bilik hotel lengkap dengan sejadah dan

melatakkan bunga sebagai perhiasan. kain pelekat.

Sumber kiri: http://www.suriaresorts.com/cityhotel/index.php/

Sumber kanan: http://www.depalmahotel.com/facilities.html

Selama ini hotel masih kerap diidentitikan dengan hal-hal berbau negatif

(http://suaramerdeka.com/Hotel-SyariahIngin-Menjaga-CitraPerhotelan:27/08/2010).

Saban hari terpampang di dada-dada akhbar dan media eletronik yang dihangatkan

dengan tajuk-tajuk berita utama lagi terkini seperti keraguan terhadap status halal

makanan dan minumannya masih diragui, walaupun ada restoran melekatkan logo

halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ini akan melahirkan rasa tidak

selesa dan was-was pelangggan hotel terhadap pengurusan dan perkhidmatan yang

disediakan oleh hotel.

Pengkaji melihat masalah yang kedua dalam pengurusan hotel adalah

penyediaan makanan yang tidak halal. Daripada semakan di laman web e-halal

JAKIM, hanya 60 dapur hotel di seluruh negara yang mempunyai sijil halal JAKIM

sedangkan bilangan hotel di Malaysia mencecah lebih 2,000. Suatu yang

menyedihkan apabila laporan mendedahkan bahawa hotel bertaraf lima bintang yang

dimiliki pengusaha bukan Islam memiliki kesedaran minimum terhadap kepentingan

untuk mendapatkan sijil halal bagi dapur mereka (http://www.bharian.com.my:

22/10/2010).

Page 26: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

Faktor ini adalah penyebab nisbah hotel yang memiliki sijil halal ketika ini

terlalu kecil berbanding jumlah keseluruhan hotel di negara ini. Hanya sejumlah 32

daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara yang mempunyai sijil halal

(Http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Peguamsyariemenulis_UmatIslamamil

mudahisumakananhalal/ Oleh Tuan Musa Awang: 20/09/2010).

Masalah ketiga yang timbul ialah pengkaji melihat pelaksanaan syariat dari

segi pengurusan iaitu aurat pekerja, perkhidmatan, dan sebagainya. Negara Malaysia

sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan cara hidup Islam tetapi dari segi

perkhidmatan sosial terutamanya dari sektor perhotelan, jika ditinjau kebanyakkan

pekerja hotel wanita yang beragama Islam tetapi tidak menutup aurat dan ada juga

yang dipaksa membuka tudung.

Kuala Lumpur 22 Feb (dalam http://www.utusan.com.my/utusan/:

21/09/2010). Seorang pengarah akaun sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibu

negara kecewa apabila terpaksa melepaskan jawatan yang dipegangnya sejak lebih

10 tahun lalu semata-mata kerana memakai tudung (www.pemudaumno.org.my:

20/09/2010).

Melalui pembacaan pengkaji, ini jelas bahawa kajian ini perlu untuk

mengetahui persepsi tetamu hotel tentang pelaksanaan hukum syariah dalam

pengurusan hotel di Johor Bahru. Justeru, kerana hingga kini hotel yang

berkonsepkan syariah di Malaysia masih boleh di hitung dengan jari dan hampir

belum ada sebuah hotel yang berani mengisytiharkan sebagai hotel syariah atau

paling tidak bersuasana syariah.

Page 27: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

1.3 Pernyataan Masalah

Amalan pengurusan hotel yang mengikut syariat amat jarang ditemui atau

kita dengar. Kebanyakan hotel tidak dapat menyediakan keperluan yang boleh

memudahkan pelanggan Islam (http://cyberita.asia1.com.sg/ekoniaga: 22/10/2010).

Hotel syariah bermakna ia menurut peraturan syariah Islam dalam menjalankan

urusannya. Melihat kejayaan Islamic banking dalam industri perkhidmatan kewangan

negara yang menawarkan perkhidmatan muamalat berlandaskan syariah berjaya

diwujudkan dan telah diterima secara meluas, sebuah hotel Syariah-compliant atau

hotel Islam adalah hal yang jelas seterusnya. Kalau syarikat asing yang bukan Islam

pun wujudkan Islamic banking dan berjaya, apa salahnya hotel yang berkonsepkan

syariah juga diterima dalam industri perkhidmatan. Justeru itu, pengurusan dan

perkhidmatan dalam sektor perhotelan juga boleh dijadikan satu usaha ke arah

melahirkan sebuah negara Islam. Kajian ini penting untuk mengetahui penerimaan

masyarakat terhadap prospek masa depan hotel syariah jika dapat diwujudkan di

Johor Bahru.

Kajian ini juga tidak tertumpu kepada hukum syariat dalam menutup aurat

dan sebagainya. Akan tetapi pengkaji ingin mengetahui kepuasan pengunjung hotel

tentang persepsi mereka terhadap hotel yang bersuasana syariah. Ciri-ciri pengurusan

hotel seperti menyediakan surau yang selesa, alat kelengkapan solat, tandas mesra

muslim, aktiviti dakwah, kolam renang tertutup dan sebagainya masih tidak di

kategorikan mesra muslim sepenuhnya lagi.

Page 28: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

1.4 Objektif Kajian

Melalui objektif kajian ini, sesuatu kajian yang telah dihasilkan akan menjadi

sempurna dan berfaedah. Oleh yang demikian, pengkaji telah menyenaraikan

beberapa objektif kajian seperti berikut:

1.4.1 Mengenalpasti persepsi tetamu hotel terhadap perhotelan yang berlandaskan

pelaksanaan hukum syariah.

1.4.2 Mengenalpasti ciri-ciri pengurusan hotel yang berlandaskan syariah.

1.4.3 Mengenalpasti prospek masa depan hotel yang berkonsepkan syariah.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif yang telah dinyatakan di atas, maka persoalan yang

ingin di jawab dalam kajian ini ialah:

1.5.1 Apakah persepsi tetamu terhadap perhotelan yang berlandaskan pelaksanaan

hukum syariah?

1.5.2 Apakah ciri-ciri pengurusan hotel yang berlandaskan syariah?

1.5.3 Bagaimanakah prospek masa depan hotel yang berkonsepkan syariah?

Page 29: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pihak yang

terlibat dalam pengurusan hotel, pelancong, tetamu hotel, pemilik, masyarakat Islam

serta perusahaan perkhidmatan hospitaliti yang lain. Menganalisis data-data yang

diperoleh daripada soalan kaji selidik yang diedarkan akan memberi gambaran yang

jelas terhadap persepsi pelanggan dan pihak pengurusan perhotelan terhadap hotel

yang bercirikan pelaksanaan hukum syariah.

Kajian ini juga memberi kepentingan kepada Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM) agar dapat memberi garis panduan kepada hotel-hotel yang

berlandaskan syariah. Manakala kajian ini juga, penting untuk Jabatan Agama Islam

Johor (JAIJ) agar dapat memantau dari semasa ke semasa terhadap hotel yang

bercirikan suasana syariah di sekitar Johor Bahru, agar pelaksanaan hotel

berlandaskan syariah menepati ciri-ciri atau garis panduan yang telah ditetapkan oleh

JAKIM.

Pengkaji berpendapat bahawa kajian ini juga penting bagi pelanggan Islam

kerana melalui kajian ini pengguna Islam dapat pendedahan awal bahawa hotel

bukan sahaja tempat persinggahan unuk bermalam tetapi terdapat hotel yang

menyediakan perkhidmatan untuk rohani dan jasmani. Selain itu, pelanggan dapat

menginap dengan selesa di hotel tidak ragu-ragu dan bimbang, malah dapat

memenuhi tuntutan wajib seperti melakukan ibadat solat, qiamullail, menghadiri

majlis ilmu dan sebagainya.

Page 30: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Tajuk kajian ini ialah pelaksanaan hukum syariah dalam pengurusan hotel di

Johor Bahru tetapi fokus batasan kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi

tetamu yang pernah menginap di mana-mana hotel di Johor Bahru terhadap

perhotelan yang berlandaskan pelaksanaan hukum syariah, ciri-ciri pengurusan hotel

dan seterusnya untuk mengenalpasti prospek masa depan hotel yang berkonsepkan

syariah. Pengurusan termasuklah memberi perkhidmatan seperti menyediakan surau,

alat solat, aktiviti sukan, kolam renang, restoran, makanan, minuman dan sebagainya.

Kajian ini hanya melibatkan 60 orang responden iaitu 30% diambil dari

populasi sebenar kajian, yang mana responden tersebut pernah menginap di hotel

atau pernah bekerja di mana-mana hotel di Johor Bahru. Dalam kajian,

kebolehpercayaan data yang dikumpulkan bergantung kepada jawapan yang

diberikan responden. Pengkaji akan mengedarkan borang kaji selidik secara rawak

kepada pihak tertentu seperti tetamu yang pernah menginap dimana-mana hotel di

Johor Bahru. Pengkaji memilih skop batasan ini kerana tetamu hotel adalah

pelanggan yang menginap dan menggunakan perkhidmatan hotel. Seperti yang sedia

maklum “Customer is always right” iaitu pandangan pelanggan selalunya tepat.

Segala penemuan dan hasil kajian adalah terbatas kepada populasi dan sampel kajian

yang di kaji oleh pengkaji.

1.8 Definisi / Istilah

Tajuk kajian ini ialah “Pelaksanaan Hukum Syariah Dalam Pengurusan Hotel

di Johor Bahru”. Beberapa istilah yang digunakan dalam pengkajian ini memerlukan

definisi yang terperinci. Definisi ini perlu kerana pengertian umum dengan

Page 31: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

pengertian dalam kajian ini mungkin berbeza. Istilah-istilah tersebut adalah seperti

berikut:

1 .8.1 Pelaksanaan

Dalam kajian ini, pelaksanaan beerti proses (perihal, perbuatan)

melaksanakan (keputusan, perancangan, tugas dan sebagainya) (Kamus Bahasa

Melayu Nusantara, 2002: 1502). Manakala dalam Kamus Dewan edisi keempat

(2007: 871) pula pelaksanaan bermaksud perihal, perbuatan atau proses

melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan, tugas dan sebagainya.

1.8.2 Hukum

Dalam kajian ini hukum dari segi bahasa beerti menetapkan sesuatu atas

sesuatu atau tidak menetapkannya. Misalnya, menetapkan sifat panas api dan

menetapkan sifat dingin atas ais atau tidak menetapkannya. Menurut istilah ahli usul

fikah, hukum adalah khitab atau perintah Allah SWT yang menuntut mukalaf untuk

mengerjakan atau memilih antara mengerjakan dan tidak mengerjakan, atau

menjadikan sesuatu menjadi sebab, syarat atau penghalang bagi adanya yang

lain.Menurut istilah ahli fikah, hukum ialah kesan yang timbul daripada perbuatan

yang diperintahkan oleh Allah SWT (Ensiklopedia Islam, 2004: 128).

Manakala dalam Kamus Dewan edisi keempat (2007: 549) pula hukum dalam

kajian ini memberi makna peraturan yang dibuat oleh sesuatu kekuasaan (negara dan

Page 32: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

lain-lain), adat yang dianggap mesti dipatuhi, undang-undang atau aturan (peraturan,

sistem, susunan) mengikut hukum.

1.8.3 Syariah

Dalam kajian ini syariah boleh diertikan sebagai hukum-hukum yang

diperundangkan Allah SWT ke atas hamba-hambanya supaya mereka beriman dan

beramal dengannya yang boleh membawa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan

akhirat (A.Monir Yaacob, 1988: 17)

Manakala menurut (Yusuf Qardhawi, 1996: 1) syariah ialah segala sesuatu

yang di tetapkan Allah kepada para hamba-Nya berupa dien (agama) atau dengan

kata lain segala sesuatu yang di syariatkan Allah berupa dien yang diperintahkan-

Nya, seperti shaum (puasa), solat, haji, zakat dan seluruh amal kebajikan.

1.8.4 Pengurusan

Dalam kajian ini pengurusan bermaksud kerja-kerja berkaitan dengan

pengendalian sesuatu syarikat atau perniagaan. (Kamus Za‟Ba: 1231). Manakala

dalam Kamus Dewan edisi keempat (2007: 1780) pula bermaksud perihal (kerja dan

sebagainya) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan dan

lain-lain).

Page 33: PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM … skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan ... A set of questionnaire was used as the instrument of ... Pada tahun

1.8.5 Hotel

Dalam kajian ini hotel adalah suatu bentuk bangunan, lambang, syarikat atau

badan usaha penginapan yang menyediakan perkhidmatan penginapan, pembekal

makanan dan minuman serta kemudahan perkhidmatan lain di mana semua

perkhidmatan itu diperuntukkan bagi masyarakat umum, baik mereka yang

bermalam di hotel tersebut ataupun mereka yang hanya menggunakan kemudahan

tertentu yang dimiliki hotel itu (http://jurnal-sdm.blogspot.com).

Merujuk kepada (Ensiklopedia Dunia, 2005: 402) hotel ialah organisasi yang

menyediakan penginapan bermalam bagi orang ramai. Perkhidmatan asas hotel ialah

menyediakan penyediaan bilik untuk seseorang tidur atau menginap. Hotel

mempunyai sekurang-kurangnya sebuah restoran. Banyak hotel besar menawarkan

bilik dan perkhidmatan untuk mesyuarat dan ada sesetengahnya mempunyai kedai

serta menyediakan hiburan.

Dalam Kamus Dewan edisi keempat (2007: 546) pula bermaksud bangunan

tempat penginapan yang menyediakan makanan dan perkhidmatan – perkhidmatan

lain untuk orang luar yang datang mengunjungi sesuatu tempat.

1.9 Kesimpulan

Di dalam bab ini pengkaji membahaskan tentang pengenalan kepada kajian

yang akan dijalankan. Pengenalan kepada kajian ini disampaikan berdasarkan aspek

pernyataan masalah, matlamat kajian serta objektif-objektif yang hendak dicapai

dalam kajian ini. Di dalam bab ini juga terdapat aspek-aspek yang menceritakan latar

belakang kajian, skop kajian dan asas kajian.