hibah syariah stpm

Upload: iammuhdfaris

Post on 13-Oct-2015

129 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Hibah

TRANSCRIPT

PENDAHULUANHibah(pemberian) mencakupi hadiah dan sedekah kerana hibah,sedekah,hadiah dan atiyyah membawa makna yang hampir sama.Hibah yang akan dibicarakan nanti adalah sebahagian daripada sistem ekonomi masyarakat Islam yang terlalu jauh daripada pandangan dan amalan masyarakat Islam itu sendiri, berbanding dengan zakat (fardhu), sedekah (sunat), hadiah (sunat), wakaf (sunat), wasiat (sunat pelaksanaan wajib satu pertiga harta) dan sumbangan lain. Lantaran itu, adalah wajar perbicaraan tentang Hibah ini diketengahkan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam untuk difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan.

DEFINISI HIBAHHibah(pemberian)1mencakupi hadiah dan sedekah kerana hibah,sedekah,hadiah dan atiyyah membawa makna yang hampir sama.Jikalau memberi sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah Taala,ini dipanggil sedekah.Jikalau menyampaikan sesuatu kepada orang yang dihadiahkan kerana sesuatu penghargaan dan kasih sayang kepadanya,disebut hadiah ataupun hibah(pemberian).Atiyyah pula ialah pemberian di kala sakit.

_____________________________________ 1.Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.hlmn 1.

Hibah di Sudut BahasaHibah2merupakan kalimah Arab yang memberi maksud pemberian. Di sudut bahasa, hibah adalah pemberian yang tidak didahului oleh tuntutan hak, dan padanya (barang yang diberikan itu) ada kegunaan bagi orang yang diberikan.Mengikut pengertian ini, hibah boleh jadi pada zat yang tertentu dan bukan zat tertentu.Contoh ada ain atau zat tertentu ialah mengurniakan dan memberi anak lelaki atau perempuan (lihat : surah As-Syuura ayat 49),Firman Allah S.W.T :!=BNuqyJ9$#F{$#ur4,=s$tB!$to4=pku`yJ9!$to$ZWtR)=ygtur`yJ9!$touq.%!$#Maksudnya : bagi Allah jualah hak milik Segala Yang ada di langit dan di bumi; ia menciptakan apa Yang dikehendakiNya; ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa Yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa Yang dikehendaki-Nya.(Surah As Syuura 42:49)Manakala contoh tiada ain atau zat tertentu ialah mengurniakan rahmat (lihat : surah Ali Imran/ 8).

_____________________________________2.http://monoja68.wordpress.com/2008/12/11/memahami-hibah-dan-hikmahnya/Firman Allah S.W.T :$oY/uw?$oYt/q=%yt/)$oYoKyyd=ydur$uZs9`By7R$!pyJmu4y7R)|MRr&>$duq9$#Maksudnya : (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.(Surah Ali Imran 3:8)Disebut kepada pemberi hibah sebagai Waahib (), penerima hibah sebagai Mauhuub lahu( ) dan harta yang diberikan sebagai Mauhub () dan Mauhabah)).

Hibah di Sudut IstilahHibah di sudut istilah syara ialah memberi milik benda tanpa ganjaran atau gantian (al-Jurjaani) atau hibah adalah memberi milik harta kepada orang lain tanpa ganjaran atau gantian (al-Majallah)3.Hibah di dalam istilah syara ialah satu aqad yang dapat memindah milik sesuatu tanpa perlu menukar ganti kerana dibuat secara sukarela4.Mazhab Hanbali mentakrifkan dengan maksud pemindahan milik barang pemberian yang harus diselenggara atau digunakan pada harta yang diketahui atau sukar diketahui,ada dan berkuasa menyerahkannya,bukan perkara_____________________________________3.Sadiy Abu Jaib . (1988) .al-Qaamus al-Fiqhi Lughatan wa Istilaahan .Kuala Lumpur . Darul Fikri Sdn. Bhd. 4.Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.hlmn 1.wajib di dalam kehidupan tanpa mengganti dengan sesuatu yang mana dari segi uruf hibah dapat dikira daripada lafaz hibah(pemberian) dan memberi hak milik dan seumpamanya.Ia bukan berbentuk pinjaman,anjing,hamil,nafkah isteri,wasiat dan juga jual beli.Perkataan memindah milik bukan termasuk makna pinjaman,harta benda dan bukan bermaksud yang selain harta benda seperti anjing.Berkuasa menyerahkannya pula bukan bermaksud hamil,bukan perkara wajib tidak termasuk hutang dan nafkah,di dalam kehidupan tidak termasuk wasiat dan tanpa mengganti bukan termasuk aqad pertukaran seperti jual beli.Penulis kitab al-Fiqh al-Manhajiy menyatakan : Akad yang memberi faedah pemilikan ain tanpa gantian, semasa hidup, secara sukarela.Kata Imam al-Raghib al-Ishfihani dalam bukunya Mujam Mufradat Alfaz al-Quran : yang bermaksud : Hibah ialah anda menjadikan harta milik anda kepada orang lain tanpa gantian/ganjaran. Sekian dipetik. Jika pemberi mengatakan, aku berikan kain ini dengan ganti beras itu, lalu dipersetujui oleh penerima, maka ini bukan hibah tetapi menjadi jual beli, meskipun disebut beri/ hibah.

HUKUM HIBAHDari segi syara hibah adalah sunat5berdasarkan firman Allah S.W.T :Maksudnya : ....... Kemudian jika mereka Dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat Yang lazat, lagi baik kesudahann

(Surah An Nisa 4:4)Dan firman Allah S.W.T :Makdudnya : .... dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, .......... (Surah Al Baqarah 2:177)Manakala sabda Rasulullah S.A.W : Maksudnya : Berilah hadiah,kamu akan berkasih sayang._____________________________________5.Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.hlmn 2.Dan sabdanya lagi :

Maksudnya : Janganlah kamu menghina jiran tetangga yang memberi hadiah kepada jirannya sekalipun hanya sepotong kambing iaitu kukunya,yang merupakan pada asalnya ialah unta yang kecil,tetapi di sini meminjam perkataan kambing.Ijma para ulama telah sepakat mengatakan sunat hibah ini dengan segala bentuk dan jenisnya.Tolong menolong sesama kaum keluarga adalah lebih afdal kerana ia boleh mengeratkan silaturrahim.Maka haram bagi pemberi hibah mengambil balik pemberian yang telah sah menjadi hak milik bagi penerima hibah, kecuali hibah si ayah kepada si anak di mana harus si ayah mengambil balik pemberiannya daripada si anak.Tidak halal bagi seseorang mengambil kembali apa yang telah diberikannya.Sabda Baginda : Maksudnya : Orang yang menarik balik barang pemberiannya adalah seumpama anjing yang muntah,kemudian menjilat semula muntahnya itu.

Tidak halal6bagi seseorang mengambil kembali apa yang telah diberikannya melainkan bapa terhadap anaknya.Dari Ibnu Amru Ibnu Abbas meriwayatkan : : .Maksudnya : Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda : Tidaklah halal bagi seseorang lelaki Islam yang memberikan sesuatu pemberian,kemudian dia kembali padanya melainkan bapa pada apa yang diberikannya kepada anaknya.(Diriwayatkan oleh Ahmad,dan disahkan oleh At Tarmizi dan Ibnu Hibban)

Menarik balik pemberian harus di sisi Mazhab Maliki7pada barang yang diberi oleh bapa kepada anaknya yang masih kecil ataupun yang besar dengan lima syarat berikut iaitu :1.Anak tidak berkahwin selepas hibah2.Tidak membaharui hutang yang sudah matang.3.Barang yang diberi tidak berubah keadaanya.4.Penerima tidak membaharui atau mengubah barang pemberian.5.Pembeli atau penerima tidak ditimpa sakit.

_____________________________________6.Al Ustaz Abdul Hamid Hakim . (2006) .Al Muin Al Mubin Jilid 3 & 4 .Kuala Lumpur : Al Hidayah Publishers Kuala Lumpur.hlmn 513.7. Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.hlmn 21-22.Para imam juga telah sepakat bahawa sesuatu pemberian hibah hanya sah dengan ijab(penawaran),dan qabul(penerimaan) serta terima serahan harta atau memegangnya.Para imam juga bersepakat bahawa menepati pada janji yang baik adalah dituntut dan mengkhususkan beberapa orang anak dalam sesuatu pemberian adalah makruh,begitu juga melebihkan sebahagian mereka daripada sebahagian yang lain.

RUKUN HIBAHPerkara 837 daripada Al Majallah8menyebutkan bahawa Sesuatu pemberian dapat berkuatkuasa dengan ijab dan qabul dan disempurnakan dengan penerimaan serahan.Rukun hibah menurut jumhur ulama ada 4 iaitu pemberi,penerima,barang yang diberi dan sighah(lafaz).1.Pemberi

Pemberi ialah orang yang memiliki barang yang diberi,jikalau benar ia pemilik yang sah,dia berhak memberi.Menurut pendapat jumhur,sekiranya pemilik barang sakit memberi sesuatu kepada seseorang,kemudian mati,pemberiannya itu hanya 1/3 (20%) daripada harta peninggalannya.

_____________________________________8. Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.hlmn 4.2.Penerima

Penerima ialah semua orang dan seseorang itu harus memberikan semua hartanya kepada orang lain melalui persetujuan.Manakala pemberian semua hartanya kepada sebahagian anak anaknya dalam pemberian adalah makruh hukumnya,menurut jumhur ulama,sekalipun ada yang berpendapat harus.

3.Barang yang Diberi

Segala barang yang dimiliki.

4.Sighah

Segala perkara yang dituntut dalam ijab dan qabul berupa perkataan atau perbuatan seperti lafaz hadiah,hibah,pemberian dan yang seumpama dengannya.

Ijab sama ada secara terus terang seperti kata pemberi, Aku berikan barang ini kepadamu, atau ijab secara tidak terus terang seperti kata pemberi, Aku telah menyerahkan hak milik kepadamu,atau Aku telah jadikan barang ini untukmu atau Dia untukmu atau Aku telah berikannya atau Aku telah serah untuknya atau Aku hadiahkan untuknya atau Aku berikan makanan ini untuknya atau Aku bawa kamu di atas tunggangan ini dan berniat barang itu sebagai pemberian.Qabul pula ialah seperti Aku terima.Ini kerana menyerahkan barang pemberian atau menjadikan barang pemberian itu untuk si penerima tanpa perlu mengganti adalah makna sebenar kepada hibah dan kerana lafaz lafaz yang lain mengikut keadaan uruf manusia atau penggunaan mereka sudah cukup membawa makna memindah hak milik.

Di syaratkan pada shighah9(ijab dan qabul) 3 perkara berikut :

1.Bersambung penerimaan (qabul) dengan pemberian (ijab), di mana waktu ijab dan qabul itu tidak dipisahkan oleh pemisah (samada percakapan, perbuatan atau diam) yang diambilkira (diterimapakai) secara uruf (kebiasaan setempat). Jika pemberi berkata, saya berikan duit ini kepada awak, lalu penerima bercakap-cakap tentang kereta kemudian menjawab, saya terimalah duit itu. Maka pemberian/ hibah itu tidak sah.

2.Tidak mengikat shighah tersebut dengan apa-apa syarat. Maka jika pemberi mengatakan, saya berikan duit ini kepada awak jika hujan turun, pemberian/ hibah itu tidak sah kerana bersyarat.

3.Tidak mengikat shighah tersebut dengan waktu. Maka jika pemberi mengatakan, saya berikan buku ini kepada awak sebulan, pemberian itu tidak sah kerana terikat dengan waktu tertentu.Namun begitu, jika pemberi mengatakan, saya berikan rumah ini kepada awak selagi saya hidup, apabila saya mati rumah ini menjadi pusaka anak-anak saya, pemberian itu tetap dikira

_____________________________________9.http://monoja68.wordpress.com/2008/12/11/memahami-hibah-dan-hikmahnya/sah dan menjadi hak milik pemerima secara mutlak, meskipun bersyarat demikian. Ini adalah kes pengecualian yang menjadikan hibah berlangsung dan syarat terbatal. Hibah ini disebut hibah Umra. Rasulullah s.a.w menyebut : al-Umra jaaizah bermaksud : Hibah Umra harus (berlangsung dan menjadi hibah yang sah). Begitu juga hibah Ruqba di mana pemberi mengatakan, saya berikan rumah ini kepada awak selama saya atau awak hidup, jika saya mati ia tetap milik awak dan jika awak mati ia kembali kepada saya. Pemberian ini tetap berlangsung dan menjadi milik penerima hibah, manakala syarat masa itu lagha/ batal/ sia-sia. Hibah sebegini dinamakan hibah Ruqba.

Dan terkecuali dari mengitibarkan ijab dan qabul10itu beberapa perkara iaitu :

1.Kalau perempuan memberikan gilirannya kepada madunya tidaklah berkehendak kepada qabul menurut pendapat yang sah.2.Apa yang dilucutkan oleh sultan atau gabenor gabenor hakim dan lain lain pegawai kerana berlakunya adat demikian.3.Kalau dibelinya perhiasan untuk anaknya yang masih kecil,maka itu adalah memilikkan baginya.Kata Al Imam As Subski berlainan dengan yang kalau dibelikannya untuk isterinya,tidaklah jadi memilikkan baginya,sedang perbezaan di antara keduanya ialah dia sebagai wali anak yang masih kecil itu tetapi tidak isteri.Yang muktamadnya tentang ini adalah menurut adat.

_____________________________________10.Al Ustaz Abdul Hamid Hakim . (2006) .Al Muin Al Mubin Jilid 3 & 4 .Kuala Lumpur :

Al Hidayah Publishers Kuala Lumpur.hlmn 518.SYARAT SYARAT HIBAHTerdapat syarat-syarat pemberi dan syarat-syarat barang yang diberi.Ulama' Mazhab Hanbalipernah menyebut 11 syarat11dalamhibahiaitu:

1.Barang itu harus diselenggarakan.2.Pilihan barang yang baik.3.Harta yang sahuntuk jual beli.4.Tiada tukar ganti.5.Hadiah itu diberi kepada orang yang sah memilikinya.6.Ada qabul daripada penerima.7.Menjaga barang pemberian sebelum dipergunakan.8.Pemberian disempurnakan.9.Tiada jangka waktu tertentu.10.Orang yang harus menyelenggarakan pemberian itu ialahseorangyang merdeka, mukallaf dan cerdik.11.Bentuk barang yang diberi mestilah harta, bukan barang-barang yangtertentu.

Syarat syarat Pemberi

Seorang pemberi hadiah itu disyaratkan `berkeahlian' untuk mendermaiaitu seorang yang berakal, baligh, serta matang atau cerdik. Syarat ini telahpun berkuat kuasa, keranahibahmerupakan satu `aqad sukarela. Denganitu juga tidak harus pemberi itu seorang kanak-kanak_____________________________________11. Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.hlmn 7.atau seorang yanggila. Ini kerana kedua-duanya tidak berupaya untuk menderma lantarankeadaannya yang susah dan bahaya. Demikian pula seorang bapa yangtidak mampu memberihibah,kerana harta yang sedikit tanpa mensyaratganti. Keadaan ini tiada perselisihan kerana keupayaannya terbatas terhadap bentuk-bentuk manfaat dan pemberian, yang mana derma atausumbangannya mendatangkan kesusahan semata-mata. Oleh itu tidakharus bagi bapa yang sedemikian mengeluarkan derma.

Menurut pendapat AbuHanifah dan Abu Yusuf tidak harus seorangbapa mensyaratkan mengganti sesuatu pemberian pada anak-anak. Inikerana `pemberian' dengan syarat mengganti hanya suatu `aqad sukareladi permulaan iaitu sebelum menerima serahan, kemudian menjadi jualbeli pada akhirnya iaitu selepas menerima serahan. Bapa pula tidakberupaya menjelaskan derma. Menurut Muhammad, pemberianhibahdaripada bapa dengan syarat mengganti adalah harus kerana perkara ini dalam makna jual beli menurut kaedah pengajaran melalui penyesuaian makna.

Syarat syarat Barang yang Diberi

Barang yang diberi dikenakan beberapa syarat :

1.Barang itu hendaklah ada pada waktu pemberian (Hibah)Oleh itu suatu pemberian itu tidak berlaku jika tiada barang pada waktu`aqadseperti memberi pohon tamar yang berbuah pada tahun ini, atauanak kambing yang lahir pada tahun ini. Di sini,hibahtidak berlaku kerana menyerahkan pemberian bagi benda yang belum ada. Oleh sebab itu `aqadseperti ini batal.Contoh lain ialah memberi anak kambing yang masih berada didalam perut (kandungan) dan memberi kuasa untuk memegangnya selepas lahir.Di sini tidak berlakuhibahkerana berlaku dua kemungkinan sama adaanak kambing ada atau tidak. Ini kerana perut yang membuncit kadang -kadang disebabkan mengandung ataupun sesuatu penyakit di dalamperut.Begitu juga kalau memberi tepung yang masih di dalam biji gandum,minyak yang menjadi biji, mentega di dalam susu atau minyak zaitun padabiji zaitun, hukumnya tidak harus sekalipun pemberi kuasa menerimaserahan setelah semua benda tadi siap. Ini disebabkan pembelian itu belumada. Barang yang belum ada tidak boleh dipindah milik. `Aqad yang dibuatitu batal, serta 'aqad itu perlu diperbaharui semula.Sementara itu pemberian susu yang masih dalam kantung susuIembu, bulu biri-biri yang masih berada di tubuh kambing, tanaman danpohon tamar yang masih di dahan dan tamar yang masih berada di ataspokoknya adalah sepertihibahsepadu yang ditakuti pada masa akandatang berlaku kerosakan. Jikalau pemberi itu memotong bulu biri-biri, memetik buah tamar dan menyerahkan kepada penerima, hukumnya harus, kerana barang itu ada dan dimiliki. Namun masih tidak harusjikalau tidak menghilangkan halangan iaitu pemberi sibuk dengan perkaralain. Oleh sebab itu jika pemberi memotong bulu biri-biri atau memetikbuah tamar, hilanglah halangan dan menjadikannya harus. Dengan itu,pemberian seperti ini harus dan betul.Ulama' Mazhab Syafie dan Hanbali sepakat dengan ulama' MazhabHanafi tentang syarat ini. Mereka berkata, "Segala benda yang sah berjualbeli, sah jugalah sebagai pemberiannya." Kata ulama' Mazhab Maliki, harusjuga pemberian barang yang tidak sah dijual beli seperti hamba yang laridari tawanan, unta yang sesat, benda yang tidak diketahui dan buah yangbelum masak serta barang yang dirampas.

2.Barang itu hendaklah harta yang halal.

Oleh sebab itu pemberianhibahtidak berlaku pada harta benda yang bukanasal seperti panas, bangkai, darah, berburu di Tanah Haram, dalamkeadaan berihram dan sebagainya. Tidak harus satu pemberian itu daripada barang yang tidak betul seperti arak.

3.Barang itu hendaklah dipunyai oleh dirinya sendiri.

Pemberian tidak boleh pada benda-benda yang harus. Syarat-syaratyang lepas semuanya adalah syarat-syarat berkuatkuasanya suatu pemberian.4.Barang itu hendaklah dimiliki oleh pemberi.

Oleh sebab itu suatu pemberian tidak boleh berlaku pada harta bendakepunyaan orang lain tanpa izinnya, kerana adalah mustahil menyerahkanhak milik pada barang yang tidak dimilikinya.Syarat ini dilaksanakanmenurut Mazhab Hanafi.Harus hukumnyamemberi hadiah pada barang yang dimiliki, menurut Mazhab Hanafi, samaada barang itu miliknya atau barang berhutang. Oleh itu harus memberibarang hutang kepada orang yang mempunyai hutang, kerana orang yang dalam tanggungan berkuasa menyerahkan barang pemberian dan memegangnya. Malahan penerimaan barang menyamai taraf penerimaan barangorang yang dalam tanggungan. Di samping itu harus pemberian hibah barang hutang kepada orang yang tiada berhutang, sekiranya diizinkankepadanya menerima serahan secara terang-terangan. Penerimaannyadiizinkan berdasarkan kaedah istihsan.

5.Barang itu hendaklah terpelihara atau terpilih.

Oleh sebab itu menurut Mazhab Hanafi, tidak sah pemberianhibahsepadusekiranya ada kemungkinan berlaku pembahagian seperti rumah atautempat tinggal yang besar, di mana pemberian itu menjadi rosak. Namunjikalau barang yang dihibahkan itu dibahagi-bahagikan dan juga diserahkan, pemberian itu sah. Ini adalah syarat sah bagi suatu pemberianhibah.

Pemberian itu harus, jika barang sepadu yang dihibahkan kepadaorang tiada kemungkinan terbahagi, seperti kereta, bilik mandi, tempattinggal yang kecil dan benda yang tidak boleh dibahagi. Pemberian di sinidiharuskan kerana darurat di mana pemberi kadang-kadang perlu kepadapemberian sebahagian barang atau harta tersebut.Dalil mereka ke ataskeadaan yang pertama : bahawa penerimaan dalam suatu pemberian adalah tei ulasuk syarat, seperti kes gadaian yang akan diterangkan. Sedangkan pemberianhibahsepadu menghalang daripada penerimaan keranapenggunaan atau penyelenggaraan pada setengah barang sepadu sukardigambarkan. Oleh sebab itu mendiami separuh rumah yang dihibahkanadalah mustahil. Penyelenggaraan atau penggunaan pada rumah itu tidakdapat dijalankan kecuali pada keseluruhan rumah. Sementara itu 'aqadpemberian tidak bermaksud seluruh rumah. Oleh sebab pemberian hibahsepadu yang tidak boleh dibahagi atau diagihkan, ia menghalang kesempurnaan clan kesahihan penerimaan barang.

Kata ulama' Mazhab Maliki, Syafi`i dan Hanbali bahawa pemberianbarang sepadu yang dihibahkan adalah harus seperti di dalam kes jual beli.Oleh sebab itu, penerimaan pada pemberian barang sepadu yang dihibahkan juga sah seperti penerimaan di dalam barang jualan sepadu. Sifatpenerimaannya ialah pemberi menyerahkan segala barang yang berkenaan kepada penerima. Dengan itu dia telah melunaskan hak penerimasecukupnya clan bahagian perkongsiannya yang berada di tangan penerimamenjadi miliknya seperti wadi`ah.

6.Barang yang diberi itu hendaklah berbeza daripada barang yang lain.

Pemberian disertakan dengan barang yang ada hubungan dengannya danakhirnya tidak mengasingkan barang yang ada kena-mengena denganbarang pemberian. Ini kerana yang dimaksudkan penerimaan barang ialahkepastian untuk menyelenggarakan dan mengurus barang yang diterimatidak dicapai jikalau barang pemberian tidak dicampur dengan baranglainyang ada kaitan. Ini adalah syarat sah pemberian.

Berdasarkan perkara tadi, jikalau seseorang memberi tanah yang adatanaman tetapi pemberian itu mengecualikan tanaman atau pemberiantanaman dengan mengecualikan tanah, pohon tamar yang ada buah tetapi mengecualikanbuahnya, buah tamar dengan mengecualikan pohon tamar,hukumnya tidak harus, sekalipun telah menerima barang pemberian.Hibah seperti ini tidak boleh dipakai. Seandainya buah-buahan telahdipetik dan tanaman telah dituai, kemudian diserahkan dalam keadaankosong tanpa hasil tadi, hukumnya harus, kerana `penghalang' kepada perlaksanaanhukum `aqad yang mensabitkan pemilikan barang telah gugur.

Begitu juga jikalau seseorang memberikan rumah yang ada kelengkapan perabot dengan mengecualikan kelengkapan perabot, atau bekasyang ada barang yang lain dengan mengecualikan barang itu, atau memberibinatangtunggangan (kuda) yang ada di atasnya muatan, dengan mengecualikanmuatan sementara barang pemberian telah diserahkan, pemberian seperti ini tidak boleh, dan barang itu masih menjadi kepunyaanpemberi. Ini kerana barang pemberian dicampuradukkan dengan yang lain.Ini sama kedudukannya dengan pemberianhibahsepadu.Hibahketika itumenjadi rosak.Jikalau barang pemberian itu dibezakan daripada barang laindan penyerahan itu tetap pada satu barang tanpa mengecualikan apayangada di dalamnya, hukum pemberian itu harus.

JENIS PENERIMAAN

Penerimaan barang pemberian menurut Mazhab Hanafi ada dua jenis. Penerimaan dengan jalan asli dan penerimaan dengan jalan wakil.

1.Penerimaan dengan jalan asal.

Penerimaan dengan jalan asal, iaitu memegang harta itu untuk dirinya.Syarat harusnya hanya berakal sahaja. Oleh sebab itu kanak-kanak yangbelum mumaiyiz dan juga orang gila tidak boleh memegangnya. Orang yangsudah sampai umur baligh, bukanlah menjadi syarat sah penerimaan darisegiistihsan.Dengan itu juga, harus kanak-kanak yang berakal (iaitumumaiyiz) memegang barang yang diberi kepadanya.

Dari segiqiyaspula yang merupakan pendapat selain Mazhab Hanafi,mereka menjadikan sampai umur baligh sebagai syarat kerana katanyapenerimaan termasuk dalam bab bidang kuasa clan kanak-kanak tidak ada bidang kuasa terhadap dirinya. Oleh sebab itu, kanak-kanak tidakharus memegang barang pemberian. Sebagaimana mereka tidak bolehberjual beli.

Dari segiistihsanpula, penerimaan barang pemberian digunakanuntuk penyelenggaraan yang bermanfaat. Hal ini diketahui oleh kanak -kanak yang berakal.

2.Penerimaan dengan jalan wakil.

Penerimaan dengan wakil. Dalam hal penerimaan barang, wakil terbahagikepada dua jenis iaitu jenis yang merujuk kepada penerimaan serahan danjenis yang merujuk kepada penerimaan itu sendiri.

i.Penerimaan bagi kanak kanak

Jenis yang pertama ialah penerimaan bagi kanak-kanak. Syarat harusnyaialah bila ada penjaga atau orang yang memberi nafkah iaitu keadaankanak-kanak yang di bawah perlindungan atau jagaan seseorang, iaitu dibawah pemeliharaan dan didikannya ketika tiada wali.

Jika orang lain memberi sesuatu kepada budak kecil, lalu walinyayang menerima barang itu hendaklah berdasarkan tertib yang ditentukanoleh Mazhab Hanafi, bapa kemudian wasuiya, datuk kemudian wasinya.Seandainya mereka ini tiada dan sukar dicari, penjaga barang itu berpindahkepada orang yang lebih jauh,sama seperti di dalam kuasa menikahkan kerana sebarang kelewatan wali yang tidak ada atau sukar dicari ini membawa kepada lenyapnya manfaat terhadap budak kecil itu.Wali atau penjaga hendaklah berpindah kepada orang yang selepas bapa dan datuk.

Sehubungan dengan itu, sekiranya salah seorang wali memberikansesuatu dan harta yang ada pada mereka, kepada budak kecil,sahpemberiannyadan ada orang - orang yang memegang barang itu bagi pihak budakkecil Begitu juga jikalau bapa menjual harta anaknya yang kecil,kemudianharta yang dijual itu musnah akibat jualan, kemusnahan itu juga menimpabudak kecil kerana budak itu juga dikira sebagai penerimaserahan dengan penerimaan bapa.

Sekiranya budak kecil yang berakal menerima barang yang diberi oleh salahseorang wali yang disebutkan, hukumnya harus menurut kaedah istihsan. Sebaliknya menurutqiyastidak harus seperti yang adapada bahagian penerimaan dengan jalan asli.

Tidak harus juga selain empat orang wali yang disebut tadi di sampingada salah seorang daripada mereka, menerima barang pemberian bagipihak kanak - kanak, sama ada orang lain atau orang yang mempunyaihubungan kerabat seperti saudara lelaki, pakcik dan ibu, kerana merekatidak mempunyai kuasa menjalankan harta budak kecil.Sekiranya salah seorang daripada wali yang empat itu tiada, orangyangmemberi perlindungan dan jagaan kepada budak itu, harus menerimanya, menurut kaedahistihsan.Dari segiqiyaspula, tidak harus keranatiada kuasa menjalankannya, tetapi dari segiistihsanperkara ini bolehkerana dia merupakan orang yang memberi perlindungan kepadanya, jugatermasuk jenis kuasa menjalankan kerana dialah yang mengasuhnya danberusaha memberi kebaikan kepadanya. Penerimaan barang pemberianuntuk kanak-kanak hanya boleh pada barang yang berguna. Dengan ituperkara ini termasuk dalam bab penjagaan.

ii.Jenis yang merujuk kepada penerimaan itu sendiri.

Manakala jenis kedua, penerimaan dengan jalan wakil ialah jenis yangmerujuk kepada penerimaan itu sendiri. Penerimaan di sini wujud dengansebab adanya wakil daripada penerimaan(hibah)pemberian, sama ada penerimaan pemberian mahupun lebih kuat daripadanya. Keterangannyaseperti berikut:a.Jika barang yang diberi pada tangan penerima sebagaiwadi'ah(titipan) atau pinjaman, pemberiannya itu harus dan tidak perlumemperbaharui penerimaan selepas majlis 'aqad, menurut kaedahistihsan.Tetapi secaraqiyas,tidak boleh jadi, orang yangmenerima pemberian selagi tidak memperbaharui penerimaanselepas `aqad antara penerima dan barang yang diberi. Ini keranakuasa orang yang menerimawadi`ah(titipan) pada hakikat danmakna ialah sama dengan kuasa pemberiwadi`ah.Oleh sebab itu,harta benda yang ada di tangannya, perlu diperbaharui penerimaannya.

Dilihat dar-i segiistihsanbahawa penerimaan pemberiandan penerimaanwadi`ahataupun pinjaman saling mempunyai kesamaan kerana kedua-duanya adalah penerimaan amanah yangtidak diganti di mana pemberian adalah `aqad sukarela.Wadi`ahdan pinjaman, kedua-duanya sama-sama menerima atau memegangnya, yang mana pihak penerima dan pemberi berada padakedudukan yang sama semasa penerimaan berlaku.

b.Jika barang pemberian di tangan penerima dalam keadaandikenakan ganti seperti barang rampasan dan dipegang di atasharta yang dipelihara untuk dijualdan barang yang dipegangdengan jualan yang rosak, sah pemberian itu dan bebas darijaminan ganti. Ini kerana penerimaan jaminan ganti lebih kuatdaripada penerimaan amanah. Oleh itu penerima menggantikandid pemberi kerana wujud kelayakan dengan jalan 'aqad iaitupenerimaan clan ditambah dengan jaminan ganti

c.Jika barang yang diberi berada di tangan penerima dalam keadaandijamin ganti oleh orang lain, seperti barang gadaian dijamindengan hutang dan barang yang dijual, dijamin dengan bayaran harga. Menurut Karkhi, pemilik barang memberikannya kepadapenerima belum dikira menjadi orangyang memegang atau menerima serahan jika belum memperbaharui penerimaan. Ini kerana iaadalah penerimaan barang gadaian dan jual beli. Biarpun denganpenerimaan itu ada jaminan ganti, tetapi tidak sah pelepasannya.Oleh itu tiada kemungkinan memberi pelepasan dengan sebabpemberian supaya menjadi penerimaan amanah, kemudian diikuti kesamaan dua penerimaan. Ketika ini dipanggil penerimaanjaminan ganti. Jika berbeza dua penerimaan, tidak boleh mengganti atau mewakilkan. Ini berbeza dengan barang-barang rampasan dan harta yang dipelihara untuk dijual kerana jaminan tersebut dapat mengesahkan pelepasan daripadanya. Pemberimembenarkan pemberian dan penerimaan terus kekal tanpa jaminan. Dengan itu persamaan dua penerimaan dapat salingmengganti atau mewakilkan satu sama lain.

PEMBERIAN KEPADA ANAK ANAK.Tiada khilaf antarajumhurulama' mengatakan sunat12memberi sama ratadi dalam pemberian kepada (sesama) anak-anak, makruh melebihkansesama mereka seperti yang kami kemukakan sebelum ini. Namun mereka telah berselisih pendapat di dalam menerangkan maksud persamaan atausama rata yang disunatkan.Abu Yusuf dari Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki dan Syafi`i pernahberkata yang juga merupakan pendapatjumhuriaitu sunat kepada seorang bapa memberi sama rata sesama anak-anak, lelaki dan perempuan di dalam pemberian._____________________________________12. Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.hlmn 28..Bapa hendaklah memberi kepada anak perempuannya seperti juga ia memberi kepada anak lelakinya, berdasarkansabda NabiS.A.W. :

,

Maksudnya : Berilah sama rata sesame anak anakmu di dalam pemberian,sekalipun kamu mahu mengutamakan kerana keutamaan wanita terhadap lelaki.

Di samping itu juga kerana keadilan di dalam pembahagian mu`amalahadalah amat dituntut.Para ulama' telah menerangkan Hadith-hadith initentang Sunnah memberi hadiah kepada anak-anak secara sama rata.

Mazhab Hanbali dan Muhammad dari Mazhab Hanafi pernah berkata bahawaseorang bapa boleh membahagi-bahagikan pemberian harta antara anak - anaknya berdasarkan pembahagian yang ditetapkan oleh Allah di dalam Mirath(harta pusaka), iaitu Allah telah menjadikan untuk bahagian seoranglelaki bersamaan dua orang perempuan kerana Allah S.W.T.telahpun membahagikan sesama mereka seperti itu. Pilihan yang lebih baikialah mengikuti pembahagian yang telah ditentukan Allah. Juga keranapemberianhibahdi dalam kehidupan salah satu daripada dua keadaan pemberian, iaitu menjadikan untuk bahagian seorang lelaki bersamaandua orang perempuan seperti semasa kematian dan kemudian diiringi olehMirath(harta pusaka) pula. Ini menunjukkan bahawa pemberian perludipercepatkan atau disegerakan selepas berlaku kematian. Pemberian itusewajarnya berdasarkan pembahagian yang telah Allah tetapkan dalamharta pusaka.

UMRA () DAN RUQBA ()

Umra13diambil dari kata kata umrun () iaitu hidup.Al-Umra14bermaksud pemberian semasa tempoh hidup penerima hibah atau pemberi hibah dengan syarat harta tersebut dikembalikan setelah kematian penerima hibah. Al-Umra juga bermaksud suatu pemberian yang bersifat sementara yang merujuk kepada hayat salah seorang sama ada pemberi hibah atau penerima hibah. Sekiranya penerima hibah meninggal dunia maka harta yang dihibahkan itu dikembalikan kepada pemberi hibah. Sebaliknya, jika pemberi hibah meninggal dunia maka harta hibah akan dikembalikan kepada waris pemberi hibah. Contoh lafaz hibah al-umra adalah seperti pemberi hibah berkata: tanah ini aku berikan (hibahkan) kepada kamu semasa kamu hidup dan jika kamu mati maka harta itu kembali kepada aku jika aku masih hidup dan kepada waris aku jika aku telah mati atau "Aku bagi rumah ni kepadamu selagi aku hidup" atau " Kau tinggallah dirumah tu selagi hayat kamu"

Ruqba15pula diambil dari kata kata muraqabatun () yang bererti berinti intipan kerana satu sama lainnya saling mengintip bilakah ia mati supaya kembali kepadanya. Manakala al-ruqba pula ialah pemberian dengan syarat kematian salah satu pihak sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebagai syarat pemilikan kepada salah satu pihak yang hidup._____________________________________13.Al Ustaz Abdul Hamid Hakim . (2006) .Al Muin Al Mubin Jilid 3 & 4 .Kuala Lumpur : Al Hidayah Publishers Kuala Lumpur.hlmn 509. 14. http://e-wasiat.blogspot.com/2011/02/hibah-dalam-bentuk-al-umra-dan-al-ruqba.html15. Al Ustaz Abdul Hamid Hakim . (2006) .Al Muin Al Mubin Jilid 3 & 4 .Kuala Lumpur : Al Hidayah Publishers Kuala Lumpur.hlmn 509.Al-Ruqba16juga bermaksud suatu pemberian bersyarat yang ditentukan oleh pemberi hibah, di mana harta hibah akan menjadi milik penerima hibah sekiranya pemberi hibah meninggal dunia. Tetapi jika penerima hibah meninggal dunia sebelum pemberi hibah maka harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah. Contoh lafaz hibah al-ruqba adalah seperti pemberi hibah berkata: tanah ini aku berikan kepada kamu sebagai ruqba dan jika kamu mati dulu maka harta itu kembali kepada aku dan jika aku mati dulu maka harta itu untukkamu.

Para fuqaha sepakat tidak mengharuskan hibah yang disyaratkan pemilikannya akan terlaksana pada suatu tempoh masa yang akan datang. Majoriti ulamak berpendapat hibah yang bersifat sementara seperti hibah umra dan ruqba adalah sah tetapi syaratnya terbatal. Mereka berhujah bahawa jika syarat itu terpakai maka ia bertentangan dengan kehendak akad hibah itu sendiri. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:Peliharalah harta kamu dan janganlah kamu (menghibahkannya) secara umra kerana sesungguhnya sesiapa yang (menghibah) sesuatu secara umra, maka ia menjadi milik orang yang dihibahkan.Sebahagian daripada fuqaha mazhab Hanbali, Imam Malik, Imam al-Zuhri, Abu Thur dan lain-lain serta qawl al-qadim Imam Syafie berpendapat bahawa hibah umra adalah harus dan syaratnya sah jika tidak dinyatakan oleh pemberi hibah bahawa harta yang dihibahkan akan_____________________________________ 16. http://e-wasiat.blogspot.com/2011/02/hibah-dalam-bentuk-al-umra-dan-al-ruqba.html

menjadi milik waris penerima hibah selepas kematian penerima hibah. Ini bermakna harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah selepas kematian penerima hibah.

Sementara pendapat lain pula mengambil pendekatan bahawa hibah yang bersifat sementara pada hakikatnya bukanlah hibah tetapi ia adalah ariyah (peminjaman). Imam Abu Hanifah dan Imam Malik mengharuskan hibah umra tetapi tidak mengharuskan hibah ruqba. Pandangan mereka adalah berpandukan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang telah mengharuskan hibah umra dan membatalkan hibah ruqba. Namun hadis ini dikritik oleh Imam Ahmad kerana ia tidak diketahui kesahihannya. Mereka juga berpendapat bahawa hibah ruqba adalah hibah taliq ke atas sesuatu yang tidak jelas dari segi tempoh ia akan terlaksana.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa antara isu penting yang membawa perbezaan pandangan di kalangan fuqaha mengenai hibah umra dan hibah ruqba ialah tertumpu kepada unsur hibah yang bersifat sementara dan hibah sesuatu yang ditaliqkan dengan hayat seseorang. Kedua-dua isu ini telah menimbulkan reaksi yang berbeza di kalangan fuqaha.

Mazhab yang mengatakan hibah umra dan hibah ruqba tidak diharuskan adalah berpandukan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Janganlah kamu memberi (hibah) sama ada secara umra atau ruqba.Mazhab yang mengharuskan hibah umra dan hibah ruqba pula berhujah dengan hadis yang bermaksud:(Hibah) umra dan ruqba adalah diharuskan bagi mereka.

Menurut Mazhab Syafie17hibah umra dan ruqba ialah hibah sah, tetapi syarat tidak terpakai berdasarkan Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :" Umra dibenarkan untuk pemiliknya begitu juga ruqba dibenarkan untuk pemiliknya"Kesimpulannya kebanyakan ulama telah mengharuskan pemberian umra dan ruqba dengan menganggap kedua duanya dari jenis hibah juga,perlu kepada ijab dan qabul serta penerimaan barang dan seumpamanya.Namun Mazhab Maliki dan Hanafi18melarang pemberian ruqba dan mengharuskan pemberian umra.

KESIMPULANHibah merupakan amalan membantu ekonomi umat Islam dan merapatkan ikatan persaudaraan dan pertalian kasih sayang sesama insan. Ianya amat wajar disuburkan dalam kehidupan semua ahli masyarakat lantaran ia boleh dilakukan dalam bentuk harta, makanan, minuman, dan wang ringgit. Alangkah bertuahnya masyarakat yang prihatin kepada masalah umat yang hidup sezaman dengannya lalu memberi di saat orang memerlukan, tidak meminta-minta walau pun amat berhajat kepada sesuatu, pemurah tidak kedekut, pemaaf tidak pendendam, dan sentiasa sukakan kebajikan.Membantulah sesama umat Islam untuk merapatkan silaturrahim dan dapat membantu memajukan ummah._____________________________________17.http://mizimind.blogspot.com/2009/10/hibah-umra-ruqba.html18. Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.hlmn 6.

BIBLIOGRAFI

1.Al Ustaz Abdul Hamid Hakim . (2006) .Al Muin Al Mubin Jilid 3 & 4 .Kuala Lumpur : Al Hidayah Publishers Kuala Lumpur.2.Sadiy Abu Jaib . (1988) .al-Qaamus al-Fiqhi Lughatan wa Istilaahan .Kuala Lumpur . Darul Fikri Sdn. Bhd.3.Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon . (2002) .Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.4.http://e-wasiat.blogspot.com/2011/02/hibah-dalam-bentuk-al-umra-dan-al-ruqba.html5.http://mizimind.blogspot.com/2009/10/hibah-umra-ruqba.html6.http://monoja68.wordpress.com/2008/12/11/memahami-hibah-dan-hikmahnya/