syarat2 pertandingan kompang formasi menengah

Upload: neznm08

Post on 30-May-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 SYARAT2 PERTANDINGAN KOMPANG FORMASI MENENGAH

    1/3

    PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASISEKOLAH MENENGAH 2009

    1. MATLAMAT

    Mendidik pelajar berdisiplin serta menikmati muzik dalam membuatpersembahan dan membentuk insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatifdan inovatif.

    2. OBJEKTIF

    2.1 Memperkembangkan dan memupuk bakat serta minat murid melaluipermainan alat muzik tradisional.

    2.2 Mengeratkan persahabatan, berkongsi pengetahuan dan idea sertapengalaman sesama mereka.

    2.3Mencetuskan idea bernas, bersih serta kreatif.

    2.4 Membina keyakinan dan ketrampilan diri murid.

    2.5 Mengamalkan semangat toleransi, berdisiplin dan bekerjasama.

    2.6 Melahirkan masyarakat yang mencintai budaya kebangsaan.

    2.7 Memperluaskan integrasi nasional.

    3. PERTANDINGAN

    3.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN

    FORMASI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKATKEBANGSAAN. Pertandingan ini bertujuan untuk mempersembahkanpelbagai bentuk paluan kompang dan membuat formasi yang kreatif semasabermain.

    3.2 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam senibudaya tradisional.

    3.3 Pertandingan ini dijalankan di peringkat daerah/gabungan, negeri dankebangsaan.

  • 8/14/2019 SYARAT2 PERTANDINGAN KOMPANG FORMASI MENENGAH

    2/3

    4. PENYERTAAN

    4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah kerajaandan sekolah menengah bantuan kerajaan.

    4.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 8

    orang dan maksimum seramai 16 orang.

    4.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja ataucampuran dan mestilah terdiri daripada pelbagai kaum (minimum 2 kaum).

    5. PERSEMBAHAN

    5.1 Semua persembahan hendaklah menggunakan kompang yang disediakansendiri oleh pasukan masing-masing.

    5.2 Saiz kompang adalah dari 8 hingga 15 inci (boleh dipelbagaikan dalampasukan).

    5.3 Masa persembahan yang diperuntukkan adalah tidak melebihi 8 minit .

    5.4 Persembahan paluan statik wajib dilakukan dalam masa tidak kurang dari1 minit dan tidak melebihi 2 minit.

    5.5 Tempoh masa persembahan adalah dikira dari paluan pertama mana-manakompang daripada pasukan tersebut sewaktu berada di dalam gelanggangpertandingan yang berukuran 16 meter X 16 meter.

    5.6 Irama adalah bebas.

    5.7 Setiap kumpulan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bentuk paluaniaitu MELALU, MENINGKAH dan MENYILANG.

    5.8 Sebarang peralatan tambahan adalah dilarang.

    5.9 Kompang yang mempunyai loceng (gegenta) adalah tidak dibenarkan.

    5.10Nyanyian atau Dikir tidak dibenarkan.

    5.11Sebarang bentuk aksi yang membahayakan seperti aksi akrobatik adalahtidak dibenarkan.

    6. PAKAIAN

    6.1 Pakaian ahli mestilah bersesuaian dan bersopan.

  • 8/14/2019 SYARAT2 PERTANDINGAN KOMPANG FORMASI MENENGAH

    3/3

    7. SISTEM PERMARKAHAN

    7.1 Markah dibahagikan seperti berikut :

    7.1.1 Paluan Kompang

    a. Gubahan Pola Irama (Kreativiti) : 15 markahb. Bentuk Paluan (Kreativiti) : 10 markahc. Tempo : 10 markahd. Kualiti ton : 10 markahe. Paluan Statik : 10 markahf. Dinamik & Ekspressi : 5 markah

    7.1.2 Formasi

    a. Kreativiti : 15 markahb. Keseragaman : 10 markah

    c. Kesesuaian Gerakan dengan Paluan : 10 markahd. Ketrampilan : 5 markah

    7.2 Jika terdapat persamaan jumlah markah antara kumpulan peserta makapemenang akan dirujuk kepada jumlah markah tertinggi mengikut susunanpemarkahan yang telah disenaraikan di 7.1 di atas dan keputusan hakimadalah muktamad.

    7.3 Setiap persembahan yang melebihi had tempoh yang ditetapkan, 2 markahakan ditolak bagi setiap minit selepas itu.

    7.4 Persembahan yang melebihi 10 minit akan ditolak 20 markah.

    8. HADIAH PEMENANG

    8.1 Johan : Piala Iringan, Sijil dan Cenderahati8.2 Naib Johan : Piala Iringan, Sijil dan Cenderahati8.3 Ketiga : Piala Iringan, Sijil dan Cenderahati

    9. TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN

    Selangor Darul EhsanJun 2009

    10. HAL-HAL LAIN

    Bagi perkara-perkara yang tidak dinyata dalam syarat-syarat pertandingan, pihakPenganjur Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusanadalah muktamad.

    Bahagian Sukan, Seni dan KokurikulumKementerian Pelajaran Malaysia