1.peraturan kompang selawat berzanji marhaban 2015

19
Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 0 Peraturan dan Syarat Pertandingan KOMPANG SELAWAT & BERZANJI MARHABAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENGURUSAN DAKWAH DAN SYIAR ISLAM BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JANUARI 2015

Upload: dakwahsmkabp

Post on 25-Dec-2015

320 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Peraturan Kompang Selawat Berzanji Marhaban 2015

TRANSCRIPT

Page 1: 1.Peraturan Kompang Selawat Berzanji Marhaban 2015

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

0

Peraturan dan Syarat Pertandingan

KOMPANG SELAWAT &

BERZANJI MARHABAN

SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGURUSAN DAKWAH DAN SYIAR ISLAM BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM

JANUARI 2015

Page 2: 1.Peraturan Kompang Selawat Berzanji Marhaban 2015

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

1

TAJUK

1. Kertas Makluman Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

DIKEMUKAKAN OLEH

2. Kertas ini dikemukakan oleh Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

TUJUAN

3. Kertas ini dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri-negeri bertujuan untuk memaklumkan Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji

Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

LATAR BELAKANG

4. Seni marhaban atau dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai ucapan “Selamat

Datang“ dan seni kompang selawat adalah dua cabang seni warisan dan khazanah Islam di Nusantara. Kedua cabang seni ini, yang pada awalnya diperkenalkan oleh para pendakwah Islam, diperkenalkan sebagai salah satu cara dan metod untuk

mereka berdakwah dan menarik perhatian masyarakat pada masa itu. Ternyata cara yang diperkenalkan oleh mereka ini telah berjaya untuk menarik perhatian penduduk Tanah Melayu dan sejak itu Islam pesat berkembang di rantau ini.

5. Marhaban dan selawat adalah ungkapan syair-syair Arab yang diwarisi sejak penghijrahan Rasullullah SAW. dari Mekah ke Madinah. Berbeza daripada marhaban, kalimah selawat adalah ucapan ’taufiqi’ yang diajarkan oleh Allah SWT.

Seiring dengan pengaruh syair Arab yang begitu berpengaruh dalam kalangan masyarakat Arab, ucapan ini telah berevolusi dengan penambahan-penambahan pujian terhadap Baginda Rasulullah SAW. dan melahirkan kesyukuran terhadap Allah SWT.

6. Di Malaysia, kedua ungkapan ini sering diucapkan ketika sambutan Maulidur Rasul SAW., majlis-majlis perkahwinan, ketika menyambut kelahiran cahaya mata dan majlis-majlis kesyukuran serta khatam al-Quran. Ia mengandungi puji-pujian

kepada Nabi Muhammad SAW. dengan sifat-sifatnya yang terpuji dan mulia serta melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT.

7. Kumpulan marhaban dan kompang selawat ini biasanya hanya dimonopoli oleh

golongan yang sudah berumur sahaja, sama ada lelaki ataupun perempuan. Penyertaan daripada kalangan remaja amatlah kurang sekali.

TUJUAN PERTANDINGAN

8. Menyedari bahawa marhaban dan kompang selawat adalah merupakan antara warisan bangsa dan lambang jati diri umat Islam di rantau ini, Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat untuk memperkembangkan seni ini dalam kalangan

remaja, khususnya murid-murid sekolah. Justeru, Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dirangka untuk dilaksanakan.

Page 3: 1.Peraturan Kompang Selawat Berzanji Marhaban 2015

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

2

9. Pertandingan ini diadakan, antara lain bertujuan untuk mendedahkan salah satu cabang kesenian Islam dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah. Ia juga bermatlamat untuk melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput

jati dirinya, tinggi akal budi dan mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang watannya.

10. Tujuan berzanji dan marhaban juga adalah untuk memperdengarkan kepada

umum riwayat hidup Rasulullah SAW. Yang mempunyai sifat-sifat mulia lagi terpuji dan mengenai sejarah perjuangannya dalam menegakkan Islam, supaya masyarakat dapat mengamalkannya dalam kehidupan.

PERKARA YANG DIMAKLUMKAN

11. Tajuk

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban

Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

12. Matlamat

Menjana pembangunan modal insan di peringkat persekolahan melalui aktiviti

kokurikulum agar murid terdidik dengan nilai-nilai murni dan mempunyai jati diri yang kuat melalui penghayatan ajaran Islam dan pengenalan budaya bangsa yang luhur dan murni.

13. Objektif

1. Memberi satu wadah dan peluang kepada murid untuk terlibat dengan aktiviti kokurikulum;

2. Memperkuat dan mengembalikan penghayatan murid kepada budaya melalui aktiviti kokurikulum;

3. Mendedahkan salah satu cabang kesenian Islam dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah;

4. Memperkenal kembali seni marhaban dan kompang selawat kepada murid sebagai salah satu medan dan metod dakwah;

5. Melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput jati dirinya, tinggi

akal budi; dan

6. Mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang agar tidak luput ditelan zaman.

Page 4: 1.Peraturan Kompang Selawat Berzanji Marhaban 2015

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

3

14. Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat Sekolah Rendah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

14.1 Penyertaan

14.1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam di sekolah rendah dari tahun satu hingga tahun enam di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

14.1.2 Penyertaan juga terbuka kepada semua murid Islam warganegara Malaysia di sekolah rendah dari tahun satu hingga tahun enam Sekolah Rendah Agama Negeri / Majlis Agama

Islam / Yayasan Negeri / Sekolah swasta berdaftar dengan JPN. 14.1.3 Setiap sekolah/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar

satu kumpulan Kompang Selawat tidak melebihi 12 orang bagi setiap kumpulan.

14.1.4 Kesemua ahli kumpulan dimestikan memalu kompang dan

mengalunkan lagu.

14.1.5 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada murid sekolah yang sama sahaja.

14.1.6 Setiap peserta hanya dibenarkan mewakili satu kumpulan sahaja.

14.1.7 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada satu jantina sahaja,

sama ada lelaki atau perempuan.

14.1.8 Kumpulan yang menjadi johan di peringkat daerah akan mewakili daerah ke peringkat negeri dan johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

14.1.9 Mana-mana kumpulan dilarang sama sekali untuk memperkenalkan identiti kumpulan, sekolah, daerah atau negeri dalam apa jua bentuk semasa persembahan samada secara

lisan, pada pakaian dan peralatan.

14.1.10 Mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan di atas boleh dibatalkan penyertaannya.

14.2 Pengundian

14.2.1 Pengundian giliran kumpulan dilaksanakan pada hari pendaftaran dilakukan.

14.2.2 Cabutan undian giliran hendaklah dilakukan oleh ketua kontinjen atau wakilnya.

14.2.3 Sekiranya ketua kontinjen atau wakilnya tidak hadir pada masa

yang ditetapkan, undian dilakukan oleh urus setia pertandingan.

Page 5: 1.Peraturan Kompang Selawat Berzanji Marhaban 2015

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

4

14.3 Borang Penyertaan

14.3.1 Setiap kumpulan hendaklah menghantar borang penyertaan rasmi (Lampiran) yang mengandungi;

(i) Nama Sekolah. (ii) Nama Kumpulan. (iii) Nama Ahli Kumpulan.

(iv) Nombor Kad Pengenalan / Surat Beranak. (v) Nama Pengurus Pasukan

14.3.2 Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada pihak urus setia mengikut tarikh yang ditetapkan.

14.4 Paluan

14.4.1 Kompang hendaklah dipalu dengan menggunakan tangan sahaja tanpa sebarang alat bantuan yang lain.

14.4.2 Paluan mestilah melibatkan kesemua ahli kumpulan.

14.4.3 Gubahan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua bentuk paluan iaitu melalu dan meningkah.

14.4.4 Gubahan yang mempunyai lebih daripada dua bentuk paluan

adalah satu kelebihan (contoh;menyilang,menganak dan lain-lain).

14.4.5 Paluan kompang lagu pertama mestilah berentak tradisional

Melayu (masri, zapin, inang, joget, asli dan gabungan mana-mana rentak di atas).

14.4.6 Paluan kompang lagu kedua adalah bebas.

14.5 Formasi persembahan.

14.5.1 Pergerakan formasi mestilah melibatkan semua ahli kumpulan dan bersesuaian dengan rentak paluan.

14.5.2 Pergerakan formasi lagu pertama mestilah bersesuaian dengan

alunan selawat yang dipersembahkan.

14.5.3 Pergerakan yang keterlaluan, agresif, berbahaya dan akrobatik adalah tidak dibenarkan.

14.5.4 Sebarang set dan prop tambahan dalam apa juga bentuk adalah tidak dibenarkan.

14.5.5 Segala pergerakan dan formasi hendaklah dilakukan di dalam

ruangan atau pentas yang berukuran tidak melebihi 25 kaki x 25 kaki persegi.

Page 6: 1.Peraturan Kompang Selawat Berzanji Marhaban 2015

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

5

14.6 Lagu

14.6.1 Setiap kumpulan mestilah mempersembahkan dua buah lagu.

14.6.2 Lagu pertama boleh menggunakan melodi/irama selawat yang

sedia ada atau ciptaan baru yang bersesuaian.

14.6.3 Lagu kedua bertemakan tajuk mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 1 hingga Tahun 6 yang akan ditetapkan oleh BPI dari

semasa ke semasa.

14.6.4 Lagu kedua adalah bebas sama ada menggunakan melodi/irama yang sedia ada atau ciptaan baru. Namun, lagu berunsur

hardrock, heavy metal, rap, hip-hop dan yang seumpamanya adalah dilarang sama sekali.

14.6.5 Antara lagu pertama dan kedua perlu ada senggangan masa.

14.6.6 Penggunaan dialek kenegerian/kedaerahan tidak dibenarkan.

14.7 Lirik Lagu

14.7.1 Lirik lagu pertama hendaklah dalam Bahasa Arab dan

bertemakan selawat tradisional sahaja.

14.7.2 Lirik lagu kedua boleh disampaikan dalam Bahasa Arab, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau gabungan antara dua atau

ketiga-tiga bahasa tersebut sahaja.

14.7.3 Skrip lirik lagu kedua yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab hendaklah disertakan terjemahannya.

14.7.4 Lirik lagu kedua hendaklah ciptaan sendiri berpandukan tajuk mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 1 hingga Tahun 6 yang akan ditetapkan oleh BPI dari semasa ke semasa.

14.7.5 Penggunaan ayat al-Quran sebagai sebahagian atau

keseluruhan lirik lagu tidak dibenarkan sama sekali.

14.7.6 Lirik yang menyentuh isu-isu sensitif tidak dibenarkan.

14.7.7 Setiap kumpulan hendaklah menyerahkan lirik lagu yang

dipertandingkan kepada urus setia pertandingan pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

14.7.8 Mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan di atas boleh

dibatalkan penyertaannya.

14.8 Masa

14.8.1 Setiap kumpulan diberi masa selama 8 hingga 10 minit sahaja

untuk menyampaikan persembahan.

Page 7: 1.Peraturan Kompang Selawat Berzanji Marhaban 2015

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

6

14.8.2 Markah akan dipotong jika persembahan melebihi atau kurang dari masa yang ditetapkan.

14.8.3 Masa dikira bermula apabila peserta pertama mula masuk ke

kawasan persembahan.

14.8.4 Masa tamat akan dikira apabila peserta pertama mula keluar dari kawasan persembahan.

14.9 Pakaian

14.9.1 Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna.

14.9.2 Pakaian Lelaki: Baju kebangsaan yang lengkap; bersampin,

bersongkok hitam dan berkasut lengkap.

14.9.3 Pakaian Perempuan: Baju kurung, bertudung yang sempurna dan sopan serta berkasut lengkap.

14.9.4 Pakaian, perhiasan dan solekan mestilah sederhana dan tidak keterlaluan.

14.10 Jenis kompang

14.10.1 Saiz kompang hendaklah berdiameter antara 25 cm hingga 38 cm (10 inci hingga 15 inci) sahaja. Penggunaan pelbagai saiz kompang dibenarkan.

14.10.2 Belulang kompang mestilah dibuat daripada kulit binatang sahaja. Penggunaan PVC atau kulit tiruan tidak dibenarkan.

14.10.3 Kompang berkerincing, jedor, alatan muzik atau alat elektronik

selain daripada kompang tidak dibenarkan sama sekali.

14.10.4 Mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya.

14.11 Suara

14.11.1 Suara mestilah jelas.

14.12 Penghakiman dan Pemarkahan

14.12.1 Bahagian Paluan (35 markah)

Aspek penghakiman;

(i) Gubahan rentak. (ii) Bentuk paluan.

(iii) Tempo. (iv) Kualiti ton. (v) Dinamik / ekspresi.

(vi) Keseimbangan.

Page 8: 1.Peraturan Kompang Selawat Berzanji Marhaban 2015

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

7

14.12.2 Bahagian Formasi Persembahan (25 markah)

Aspek penghakiman;

(i) Kreativiti.

(ii) Keseragaman. (iii) Disiplin dan susun atur. (iv) Kesesuaian gerak formasi.

(v) Pakaian.

14.12.3 Bahagian Suara (20 markah)

Aspek penghakiman;

(i) Kualiti suara. (ii) Kesepaduan suara.

(iii) Keharmonian suara. (iv) Kejelasan dan kefasihan sebutan.

14.12.4 Bahagian Lagu (20 markah)

Aspek penghakiman;

(i) Gubahan lagu. (ii) Lirik yang sesuai.

(iii) Kesesuaian lagu dengan irama.

14.13 Penentuan Keputusan Pertandingan

14.13.1 Kumpulan yang memperolehi markah tertinggi akan

diisytiharkan sebagai johan dan seterusnya.

14.13.2 Seandainya terdapat persamaan markah, maka kedudukan akan ditentukan dengan merujuk kepada markah bahagian-bahagian pemarkahan berikut mengikut turutan;

(i) Paluan; (ii) Formasi Persembahan; (iii) Suara; dan

(iv) Lagu.

14.13.3 Seandainya masih terdapat persamaan markah, jemaah hakim

akan bersidang untuk menentukan keputusan pertandingan.

14.13.4 Keputusan hakim adalah muktamad.

14.14 Bantahan

14.14.1 Sebarang bantahan mestilah dikemukakan secara rasmi oleh pengurus kumpulan kepada Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan Borang Bantahan Rasmi yang disediakan.

Page 9: 1.Peraturan Kompang Selawat Berzanji Marhaban 2015

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

8

14.14.2 Bantahan mestilah berbentuk teknikal dan disertakan dengan bukti.

14.14.3 Bantahan mestilah sampai kepada Pengerusi Jemaah Hakim

sebelum keputusan diumumkan.

14.14.4 Sebarang bantahan selepas keputusan rasmi pertandingan diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, tidak akan dilayan.

Page 10: 1.Peraturan Kompang Selawat Berzanji Marhaban 2015

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

9

15. Peraturan dan Syarat Pertandingan Berzanji Marhaban Sekolah Menengah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

15.1 Penyertaan

15.1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid Islam di sekolah menengah dari tingkatan peralihan hingga tingkatan lima di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

15.1.2 Penyertaan juga terbuka kepada semua murid Islam warganegara Malaysia di sekolah menengah dari tingkatan peralihan hingga tingkatan lima dan berumur tidak melebihi 18

tahun pada hari pertandingan dari sekolah berikut:

i. Sekolah Menengah Agama Negeri / Majlis Agama Islam / Yayasan Negeri.

ii. Maktab Rendah Sains Mara. iii. Kolej Vokasional KPM. iv. Sekolah swasta yang berdaftar dengan JPN

15.1.3 Setiap sekolah/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan Marhaban yang tidak lebih daripada 9 orang bagi setiap kumpulan termasuk pembaca rawi.

15.1.4 Pertandingan peringkat zon dan daerah, setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada murid sekolah yang sama manakala kumpulan yang mewakili daerah dan negeri ke pertandingan

peringkat negeri dan kebangsaan adalah dibenarkan mengambil murid dari sekolah yang berlainan.

15.1.5 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada satu jantina sahaja, sama ada lelaki atau perempuan.

15.1.6 Sekolah yang menjadi johan di peringkat daerah akan mewakili daerah berkenaan ke peringkat negeri dan johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

15.1.7 Mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya.

15.2 Pengundian

15.2.1 Pengundian giliran kumpulan dilaksanakan pada hari pendaftaran dilakukan.

15.2.2 Cabutan undian giliran hendaklah dilakukan oleh ketua kontinjen

atau wakilnya.

15.2.3 Sekiranya ketua kontinjen atau wakilnya tidak hadir pada masa yang ditetapkan, pengundian giliran akan dilakukan oleh urus

setia pertandingan.

Page 11: 1.Peraturan Kompang Selawat Berzanji Marhaban 2015

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI, KPM

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

10

15.2.4 Pengundian giliran kumpulan hendaklah dibuat lebih awal daripada pengundian rawi.

15.2.5 Setiap kumpulan hanya dibenarkan membaca rawi yang diundi

sahaja. Kumpulan yang membaca selain daripada ayat undiannya akan dikira terbatal.

15.3 Borang Penyertaan

15.3.1 Setiap kumpulan hendaklah menghantar Borang Penyertaan rasmi yang mengandungi (lampiran);

(i) Nama Sekolah/Daerah/Negeri.

(ii) Nama Kumpulan. (iii) Senarai Nama Ahli Kumpulan. (iv) Nombor Kad Pengenalan.

(v) Nama Pengurus Pasukan

15.3.2 Setiap kumpulan hendaklah menyertakan teks rawi dan

marhaban yang akan dipersembahkan. (4 salinan)

15.3.3 Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada pihak urus setia mengikut tarikh yang ditetapkan.

15.4 Format Persembahan

15.4.1 Persembahan hendaklah dimulakan dengan bacaan rawi.

15.4.2 Semua ahli kumpulan hendaklah duduk ketika bacaan rawi.

15.4.3 Semua ahli kumpulan hendaklah berdiri ketika mempersembah-kan marhaban.

15.5 Pemilihan Rawi, Marhaban & Tarannum

15.5.1 Setiap kumpulan akan memperdengarkan rawi yang ditentukan oleh penganjur pertandingan pada tahun berkenaan.

15.5.2 Tarannum berzanji dan marhaban yang disampaikan hendaklah berdasarkan tarannum asli yang muktabar iaitu Sikah, Rakbi dan Rast.

15.5.3 Setiap tarannum yang dipersembahkan hendaklah berasaskan kepada tarannum Arab Hijazi sahaja.

15.5.4 Setiap persembahan berzanji dan marhaban hendaklah dimulai dan diakhiri dengan selawat.

15.5.5 Setiap persembahan marhaban mestilah mengandungi sekurang-kurangnya tiga (3) jenis tarannum yang dibenarkan.

15.5.6 Setiap tarannum hendaklah dipersembahkan dalam 3 tabaqat

(tingkatan).

Page 12: 1.Peraturan Kompang Selawat Berzanji Marhaban 2015

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

11

15.6 Rawi Berzanji dan Teks Marhaban

15.6.1 Rawi berzanji dan teks marhaban hendaklah dalam Bahasa Arab sahaja.

15.6.2 Setiap teks rawi dan marhaban hendaklah berdasarkan teks yang

muktabar.

15.7 Masa

15.7.1 Setiap kumpulan diberi masa selama 18 - 20 minit sahaja untuk

menyampaikan persembahan Berzanji dan Marhaban.

15.7.2 Markah akan dipotong jika persembahan kurang daripada 18 minit atau melebihi masa 20 minit.

15.7.3 Masa akan dikira bermula daripada bacaan selawat pembuka dan berakhir setelah selesainya bacaan selawat penutup.

15.8 Pakaian

15.8.1 Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna.

15.8.2 Pakaian Lelaki : Baju kebangsaan yang lengkap; bersampin dan bersongkok hitam.

15.8.3 Pakaian Perempuan : Baju kurung/berjubah dan bertudung yang

sempurna dan sopan.

15.8.4 Pakaian dan perhiasan mestilah sederhana. Pakaian, hiasan dan solekan yang keterlaluan akan dipotong markah persembahan.

* Perhatian

Kumpulan yang melanggar mana-mana peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya.

15.9 Penghakiman dan Pemarkahan

15.9.1 Penghakiman akan diadili oleh panel hakim pertandingan Berzanji dan Marhaban yang dilantik oleh penganjur.

15.9.2 Penghakiman dibuat berdasarkan aspek pemarkahan pada Berzanji dan Marhaban seperti berikut :

15.9.2.1 Berzanji

(i) Tarannum – 30 markah (ii) Tajwid – 25 markah (iii) Fasohah – 25 markah

(iv) Suara – 20 markah

Page 13: 1.Peraturan Kompang Selawat Berzanji Marhaban 2015

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

12

15.9.2.2 Marhaban

(i) Tarannum – 40 markah (ii) Suara – 25 markah (iii) Fasohah – 20 markah

(iv) Persembahan – 15 markah

15.9.3 Penghakiman Berzanji

15.9.3.1 Tarannum. Aspek yang dihakimi;

(i) Tarannum Arab Hijazi yang muktabar. (ii) Setiap Tarannum hendaklah disampaikan secara

teratur dalam empat harakat tanpa takrir. (iii) Setiap Tarannum hendaklah disempurnakan dalam

tiga tabaqat. (iv) Setiap Tarannum hendaklah dibawa dengan teratur

dan tersusun serta tidak bercampur-aduk.

Jenis-jenis kesalahan;

(i) Kurang daripada empat harakat dalam setiap

rangkap. (ii) Tidak dapat mengawal mahattah dan qit’ah. (iii) Terdapat sumbang alunan yang mencacatkan.

(iv) Terdapat susunan harakat yang tidak sesuai. (v) Terdapat takrir pada harakat qit’ah. (vi) Terdapat unsur-unsur kekerasan atau kekasaran

pada harakat. (vii) Tarannum yang tidak disampaikan dalam tiga

tabaqat.

(viii) Tarannum yang bercampur aduk.

* Perhatian

(i) Pemotongan markah bagi kesalahan yang

berulang-ulang hendaklah tidak melebihi 5 markah.

(ii) Markah penuh ialah 40 markah termasuk markah

istimewa. Markah istimewa akan diberi mengikut ciri-ciri yang tertentu.

Ciri-ciri keistimewaan;

(i) Bacaan yang mempunyai tarannum jawab yang sesuai dan menarik. Contoh; tarannum Sikah - jawabnya Mayyah, Rakbi – jawabnya Hijaz dan

Rast jawabnya Hijaz atau Yaman Hijaz. (ii) Setiap tarannum yang dialunkan mengikut lahjah

Arab.

Page 14: 1.Peraturan Kompang Selawat Berzanji Marhaban 2015

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

13

(iii) Setiap tarannum yang disempurnakan dalam 4

tabaqat secara menarik. (iv) Harakat yang mempunyai ‘ikhtilalul lahn’. (v) Harakat yang mempunyai burdah yang menarik.

15.9.3.2 Tajwid. Aspek yang dihakimi;

(i) Memelihara hukum nun sakinah dan tanwin.

(ii) Memelihara hukum mim. (iii) Memelihara hukum idgham. (iv) Memelihara hukum alif lam shamsiah dan

qamariah. (v) Memelihara hukum ‘tarqiq’, ‘taghliz’ dan ‘tafkhim’. (vi) Memelihara hukum mudud. (vii) Memelihara ‘wajibul ghunnah’.

Jenis-jenis kesalahan;

(i) Tidak memelihara hukum mudud kecuali di

beberapa tempat tertentu dan pada ‘mad a’ridh lissukun’.

(ii) Menyalahi hukum nun sakinah dan tanwin.

(iii) Menyalahi hukum mim. (iv) Menyalahi hukum idgham. (v) Menyalahi hukum alif lam shamsiah dan qamariah.

(vi) Menyalahi hukum ‘tarqiq’, ‘taghliz’ dan ‘tafkhim’. (vii) Menyalahi ‘wajibul ghunnah’.

Ciri-ciri keistimewaan;

(i) Mencapai kesempurnaan sifat-sifat ghunnah. (ii) Dapat menyamai kadar hukum mad yang sejenis.

15.9.3.3 Fasohah. Aspek yang dihakimi;

(i) Memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf. (ii) Cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah. (iii) Kesempurnaan dan ketepatan waqaf dan ibtida’.

(iv) Memelihara tanda baris dan tasydid. (v) Kesederhanaan dan keselarasan rentak bacaan.

Jenis-jenis kesalahan;

(i) Tidak memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf.

(ii) Tidak cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah.

(iii) Tidak sempurna dan tepat wakaf ibtida’. (iv) Tidak memelihara tanda baris dan tasydid. (v) Melanggar kesederhanaan dan keselarasan rentak

bacaan.

Page 15: 1.Peraturan Kompang Selawat Berzanji Marhaban 2015

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

14

Ciri-ciri keistimewaan;

(i) Bacaan yang mengikut kadar kelajuan yang sesuai pada keseluruhan persembahan bacaan.

(ii) Dapat menyempurnakan bacaan ayat yang panjang

dalam satu nafas.

15.9.3.4 Suara. Aspek yang dihakimi;

(i) Kebersihan suara (tidak serak). (ii) Kelicinan suara (tidak pecah). (iii) Tingkatan suara (sekurang-kurangnya 3 tabaqat).

(iv) Ketepatan nada suara (bergerak tidak sumbang). (v) Kemanisan, kelembutan dan kemerduan suara. (vi) Kelantangan dan ketajaman suara. (vii) Kekerapan burdah yang disusun rapi.

(viii) Pengawalan kualiti suara dari mula hingga akhir (kualiti suara tidak menurun dari mula hingga akhir).

Jenis-jenis kesalahan;

(i) Suara serak / parau yang merosakkan

(ii) Suara sumbang yang merosakkan (iii) Suara tenggelam (iv) Suara terpecah / terputus

(v) Suara tersepit / tercekik (vi) Suara terketar-ketar kerana terlampau tinggi /

rendah

(vii) Suara tidak cukup tiga tabaqat (viii) Suara lemah / lembab (ix) Suara keras / kaku

(x) Suara yang berubah kualiti

Ciri-ciri keistimewaan;

(i) Suara berlahjah Arab.

(ii) Suara yang merangkumi keempat-empat tabaqat dengan selesa.

(iii) Suara yang bergerak / hidup.

(iv) Suara yang mempunyai kemerduan.

15.9.4 Penghakiman Marhaban

15.9.4.1 Tarannum. Aspek yang dihakimi;

(i) Taranum yang dipersembahkan hendaklah berasaskan kepada Tarannum Hijazi sahaja.

Page 16: 1.Peraturan Kompang Selawat Berzanji Marhaban 2015

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

15

(ii) Setiap persembahan mestilah mengandungi

sekurang-kurangnya tiga jenis tarannum yang dibenarkan.

(iii) Setiap tarannum hendaklah disampaikan dalam 3

tabaqat. (iv) Tarannum marhaban yang dipersembahkan

hendaklah seiring/sama/selaras dengan tarannum

berzanji. Contoh; rawi sikah – marhaban mestilah sikah, rawi rakbi - marhaban mestilah rakbi dan rawi rast – marhaban mestilah rast.

(v) Kesinambungan di antara tarannum hendaklah menggunakan wazan tarannum yang bersesuaian.

Jenis-jenis kesalahan;

(i) Menggunakan tarannum berbentuk nasyid atau saduran.

(ii) Kurang daripada tiga tarannum dalam

persembahan. (iii) Terdapat unsur-unsur kekerasan atau kekasaran

pada harakat.

(iv) Setiap tarannum tidak disampaikan dalam tiga tabaqat.

(v) Sumbang ketika menukar alunan tarannum.

(vi) Tarannum marhaban tidak seiring dengan tarannum rawi.

Ciri-ciri keistimewaan;

(i) Setiap tarannum yang dialunkan mengikut lahjah arab.

(ii) Setiap tarannum yang disempurnakan dalam 4

tabaqat dengan selesa. (iii) Harakat yang mempunyai burdah yang menarik.

15.9.4.2 Suara. Aspek penghakiman;

(i) Kebersihan suara (tidak serak). (ii) Kelicinan suara (tidak pecah).

(iii) Tingkatan suara (sekurang-kurangnya 3 tabaqat). (iv) Ketepatan nada suara (bergerak tidak sumbang). (v) Kemanisan, kelembutan dan kemerduan suara.

(vi) Kelantangan dan ketajaman suara. (vii) Kekerapan burdah yang disusun rapi. (viii) Pengawalan kualiti suara dari mula hingga akhir

(kualiti suara tidak menurun dari mula hingga akhir).

(ix) Kesepaduan suara (kumpulan). (x) Hanya menggunakan satu suara (unisound).

Page 17: 1.Peraturan Kompang Selawat Berzanji Marhaban 2015

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

16

Jenis-jenis kesalahan;

(i) Suara serak / parau yang merosakkan (ii) Suara sumbang yang merosakkan (iii) Suara tenggelam

(iv) Suara terpecah / terputus (v) Suara tersepit / tercekik (vi) Suara terketar-ketar kerana terlampau tinggi /

rendah (vii) Suara tidak cukup tiga tabaqat (viii) Suara lemah / lembab

(ix) Suara keras / kaku (x) Suara yang berubah kualiti (xi) Suara yang berlapis-lapis berbentuk harmoni

* Perhatian

(i) Suara serak yang berpanjangan akan dipotong 2 markah sahaja.

15.9.4.3 Fasohah. Aspek yang dihakimi;

(i) Memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf. (ii) Cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah. (iii) Memelihara tanda baris dan tasydid.

(iv) Keselarasan rentak bacaan / sebutan. Jenis-jenis kesalahan; (i) Tidak memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat

huruf. (ii) Tidak cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah. (iii) Tidak memelihara tanda baris dan tasydid.

(iv) Tidak selaras rentak bacaan.

Ciri-ciri keistimewaan;

(i) Bacaan yang mengikut kadar kelajuan yang sesuai

pada keseluruhan persembahan bacaan. (ii) Dapat menyempurnakan ayat yang panjang dalam

satu nafas.

15.9.4.4 Persembahan. Aspek yang dihakimi;

(i) Disiplin dan susun atur. (ii) Pakaian peserta yang bersesuaian.

(iii) Memula dan menutup persembahan dengan selawat.

(iv) Penghayatan (ekspresi).

(v) Gaya yang sesuai dan tidak keterlaluan. (vi) Menepati masa yang ditentukan. (vii) Keseimbangan persembahan / penampilan di

antara solo dengan ramai.

Page 18: 1.Peraturan Kompang Selawat Berzanji Marhaban 2015

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

17

Jenis-jenis kesalahan;

(i) Kurang berdisiplin. (ii) Pakaian yang tidak seragam / tidak sesuai. (iii) Tidak memula dan menutup persembahan dengan

selawat. (iv) Tiada penghayatan. (v) Gaya yang keterlaluan.

(vi) Tidak menepati masa. (vii) Tidak seimbang antara solo dengan kumpulan.

Ciri-ciri keistimewaan;

(i) Dapat menampilkan solo lebih dari dua orang yang menarik.

(ii) Dapat menamatkan persembahan tepat pada masa yang ditetapkan (20 minit).

15.10 Penentuan Keputusan Pertandingan

15.10.1 Kategori Pertandingan;

15.10.1.1 Kategori Berzanji – Pembaca Rawi Terbaik

15.10.1.2 Kategori Marhaban – Persembahan Terbaik 15.10.1.3 Kategori Berzanji dan Marhaban – Johan, Naib

Johan,Ketiga dan Saguhati

15.10.2 Bagi kategori Berzanji – Pembaca Rawi Terbaik, pemilihan berdasarkan kepada pembaca rawi yang mendapat markah tertinggi.

15.10.3 Bagi kategori Marhaban – Persembahan Terbaik, pemilihan berdasarkan kepada persembahan marhaban yang mendapat markah tertinggi.

15.10.4 Markah wajaran bagi berzanji ialah 40% dan marhaban ialah 60%.

15.10.5 Bagi kategori Berzanji dan Marhaban, kumpulan yang memperolehi markah tertinggi setelah markah kategori Berzanji dan Marhaban

dicampurkan, akan diisytiharkan sebagai johan dan seterusnya.

15.10.6 Seandainya terdapat persamaan markah, maka kedudukan akan ditentukan dengan merujuk kepada markah bahagian-bahagian

pemarkahan berikut mengikut turutan;

(i) Tarannum (rawi dan marhaban); (ii) Tajwid (rawi);

(iii) Suara (rawi dan marhaban); (iv) Fasohah (rawi dan marhaban); dan (v) Persembahan (marhaban).

Page 19: 1.Peraturan Kompang Selawat Berzanji Marhaban 2015

Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, BPI KPM

Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

18

15.10.7 Seandainya masih terdapat persamaan markah, jemaah hakim akan

bermuzakarah untuk menentukan keputusan pertandingan.

15.10.8 Keputusan hakim adalah muktamad.

15.11 Bantahan

15.11.1 Sebarang bantahan mestilah dikemukakan oleh pengurus kumpulan secara rasmi kepada Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan Borang Bantahan Rasmi yang disediakan.

15.11.2 Bantahan mestilah berbentuk teknikal dan disertakan dengan bukti.

15.11.3 Bantahan mestilah sampai kepada Pengerusi Jemaah Hakim sebelum keputusan rasmi diumumkan.

15.11.4 Sebarang bantahan selepas keputusan rasmi pertandingan diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, tidak akan dilayan.

Disediakan oleh;

Unit Budaya dan Syiar Islam,

Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rujukan;

Ustaz Abd Rahman Bin Hj Che Soh Tel: 03-8321 7275

HP: 019-9390400 Faks: 03-8321 7293 Emel: [email protected] / [email protected]