sejarah kompang dan asal usulnya

Upload: mohd-yasir-pilus

Post on 02-Mar-2016

1.124 views

Category:

Documents


50 download

DESCRIPTION

Menerangkan tentang asal usul kompang serta cara pembuatannya dan juga cara memainkannya.

TRANSCRIPT

KOMPANG

KOMPANGAR201SEJARAH KOMPANGKompang ialah sejenis alat muzik di Malaysia yang berasal dari Negara Timur Tengah. Hal ini berdasarkan dua pendapat yang dikemukakan : -

Bentuk dan saiz kompang di Malaysia mempunyai ciri-ciri persamaan alat kompang yang dimainkan di tanah Arab yang dikenali sebagai DUFUF. Begitu juga dengan cara memegang dan memukulnya.

Bahasa dan lagu-lagu yang dinyanyikan dan dimainkan menguatkan lagi alas an kompang berasal dari tanah Arab. Contohnya, Selawat Memuji Rasulullah SAW.

Kompang mula diperkenalkan di Tanah Melayu oleh orang Arab yang datang berdagang sekitar abad ke-13 Masihi. Mereka menggunakan kompang sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian pelanggan.Teknik permainan dan lagu yang dipersembahkan ketika itu menjadi ikutan masyarakat dan seterusnya diadaptasika dalam kehidupan masyarakat setempat.

Permainan kompang dibawa oleh pedagang Arab yang datang berdagang ke Nusantara. Ia digunakan untuk menarik perhatian pembeli terhadap perniagaan mereka.Dipercayai permainan ini menjadi ikutan masyarakat tempatan dan seterusnya berkembang sehingga kini. Manakala permainan kompang berkembang ke Tanah Melayu akibat daripada imigrasi masyarakat Jawa. Sumber (Abdul Latif Ali, 1980:12)CIRI-CIRI KOMPANGDiklasifikasikan dalam keluarga membranofon

Terbahagi kepada dua bahagian :- 1) Baluh (Bingkai) 2)Belulang (Muka)

Baluh diperbuat daripada kayu cengal, halban, nangka atau palau. Belulang pula biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina (kerana kulitnya nipis dan dapat mengeluarkan bunyi yang nyaring serta bergema)

Permukaan kompang dilaraskan ketengangannya dengan menggunakan sedak yang berupa rotan bersaiz kecil atau bersaiz wayar. Sedak diselitkan antara permukaan belulang menggunakan penyedak. Penyedak diperbuat daripada kayu / rotan bersaiz besar yang berbentuk tirus tetapi tidak tajam.Muzik atau lagu kompang terdiri daripada rentak terhasil (resultant rhythmic patterns) yang dimainkan oleh dua orang pemain atau lebih secara bertingkah (interlocking performance)

GAYA PERSEMBAHANDipersembahkan secara beramai-ramai

Secara duduk, berdiri, atau berarak

Boleh dipersembahkan untuk mengiringi nyanyian atau secara instrumental.

Dalam esembel kompang, beberapa kumpulan paluan digabungkan untuk menghasilkan bunyi berharmoni yang dinamakan rentak terhasil. Antara paluan tersebut ialah melalu, menyilang atau menyelang dan meningkah.Kumpulan melalu memukul rentak asas. Menjadi panduan kepada kumpulan menyilang dan meningkah. Pemain-pemain dalam kumpulan melalu membuat pukulan serentak dan berperanan untuk mengawal tempo sepanjang persembahan permainan kompang.

Pemain dalam kumpulan menyilang akan memukul rentak silihan yang berselang-seli antara pukulan rentak asas. Pukulan tidak boleh serentak dengan pukulan melalu dan berperanan menambahkan corak permainan kompang agar lebih menarik.Pemain meningkah lazimnya mengetuai pasukan. Pemain ini bertanggungjawab memulakan dan mematikan sesebuah lagu. Selagi peningkahan tidak memberikan isyarat dan mematikan pukulan, permainan kompang tidak akan berakhir.FUNGSI KOMPANGMajlis perkahwinanMajlis-majlis bercorak keagamaan seperti menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.WMajlis-majlis keramaian seperti mengiringi persembahan nyanyian solo atau nasyid.Perarakan Hari KebangsaanKumpulan sokongan moral kepada pasukan sesuatu perlawanan sukan.

TEKNIK PERMAINANPegang kompang dengan sebelah tangan sementara sebelah tagan lagi memukulnya. Kompang boleh dimainkan secara duduk atau berdiri.

Pada asasnya, kompang menghasilkan dua bunyi iaitu Pak dan bunyi Bung. Pukulan pak mestilah lebih berat daripada bunyi bung.

Bunyi pak dihasilkan apabila bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil jari tangan terbuka.Kekuatan bunyi adalah hasil daripada pukulan tapak jari. Untuk menghasilkan bunyi yang tepat, sentuh tapak ibu jari dan jari anak mendahului jari yang lain semasa memukul.

Bunyi bunyi dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan kompang iaitu 1/3 daripada permukaan dipukul dengan jari.

Manakala kesemua jari berkeadaan tertutup semasa membuat pukulan.

SAIZ KOMPANG Kompang boleh diperolehi dalam saiz yang berlainan mengikut umur tertentu. Antara saiz kompang yang mengikut peringkat umur pemain adalah seperti berikut: Saiz(cm) Umur(tahun) 30 cm 12 tahun dan ke bawah 32.5 cm 13 dan 14 35 cm 15 dan 16 37.5-40 cm Orang DewasaSAIZ KOMPANG

JENIS-JENIS PALUANTerdapat tiga paluan digabungkan untuk menghasilkan paduan bunyi yang berharmoni. Tiga kumpulan paluan tersebut dipanggil Melalu, Meningkah dan Menyilang. Fungsi paluan ini adalah seperti berikut:

1) Kumpulan Melalu memainkan rentak asas.2) Kumpulan menyilang memainkan rentak silihan (up beat) kepada pukulan Melalu.3) Kumpulan Meningkah menjadi penghias rentak yang dimainkan paluan antara kumpulan Melalu dan Menyilang. Setiap persembahan kompang terdiri dari tiga bahagian pukulan iaitu:-

Pukulan Mula untuk memainan sesebuah lagu.Pukulan lagu Pukulan Mati untuk mengakhiri sesebuah lagu.PENJAGAAN KOMPANGKompang dalam simpanan seharusnya dikendurkan permukaannya.

Sebelum memulakan permainan kompang, permukaannya perlu ditegangkan dengan sedak.

Kompang yang basah seharusnya dijemur sehingga kering supaya tahan lebih lama.Semasa dalam simpanan juga, kompang perlu diletakkan dengan berkeadaan muka kompang bertindan dengan permukaan lain dan disusun di rak atau almari yang sesuai.

Ini untuk mengelakkan kerosakan muka kompang apabila ditindani oleh baluh kompang.SEKIAN TERIMA KASIH