pertandingan kompang selawat dan berzanji marhaban 1

24
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA OPERASI DAKWAH BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KPM MUHARRAM 1430 / JANUARI 2009 Peraturan dan Syarat Pertandingan Peraturan dan Syarat Pertandingan KOMPANG SELAWAT DAN KOMPANG SELAWAT DAN BERZANJI MARHABAN BERZANJI MARHABAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PELAJARAN MALAYSIA

Upload: adi974

Post on 17-Nov-2015

84 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kompang selawat

TRANSCRIPT

PERTANDINGAN MARHABAN

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Peraturan dan Syarat Pertandingan KOMPANG SELAWAT DAN BERZANJI MARHABAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

OPERASI DAKWAHBAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KPMMUHARRAM 1430 / JANUARI 2009

TAJUK1 Kertas Makluman Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.DIKEMUKAKAN OLEH2 Kertas ini dikemukakan oleh Operasi Dakwah, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.TUJUAN3 Kertas ini dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri bertujuan untuk memaklumkan Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.LATAR BELAKANG4 Seni marhaban atau dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai ucapan Selamat Datang dan seni kompang selawat adalah dua cabang seni warisan dan khazanah Islam di Nusantara. Kedua cabang seni ini, yang pada awalnya diperkenalkan oleh para pendakwah dan mubaligh Islam, diperkenalkan sebagai salah satu cara dan metod untuk mereka berdakwah dan menarik perhatian masyarakat pada masa itu. Ternyata cara yang diperkenalkan oleh mereka ini telah berjaya untuk menarik perhatian penduduk Tanah Melayu dan sejak itu Islam pesat berkembang di rantau ini.5 Marhaban dan selawat adalah ungkapan syair-syair Arab yang diwarisi sejak penghijrahan Rasullullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah. Berbeza daripada marhaban, kalimah selawat adalah ucapan taufiqi yang diajarkan oleh Allah Taala. Seiring dengan pengaruh syair Arab yang begitu berpengaruh di kalangan masyarakat Arab, ucapan ini telah berevolusi dengan penambahan-penambahan pujian terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. dan melahirkan kesyukuran terhadap Allah Taala.6 Di Malaysia, kedua ungkapan ini sering diucapkan ketika sambutan Maulidur Rasul s.a.w., majlis-majlis perkahwinan, ketika menyambut kelahiran cahaya mata dan majlis-majlis kesyukuran serta khatam al-Quran. Ia mengandungi puji-pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan sifat-sifatnya yang terpuji dan mulia serta melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah Taala. 7 Kumpulan Marhaban dan kompang selawat ini biasanya hanya dimonopoli oleh golongan yang sudah berumur sahaja, sama ada lelaki ataupun perempuan. Penyertaan daripada kalangan remaja amatlah kurang sekali.TUJUAN PERTANDINGAN8 Menyedari bahawa marhaban dan kompang selawat adalah merupakan antara warisan bangsa dan lambang jati diri umat Islam di rantau ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk memperkembangkan seni ini dalam kalangan remaja, khususnya murid-murid sekolah. Justeru, Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dirangka untuk dilaksanakan.9 Pertandingan ini diadakan, antara lain bertujuan untuk mendedahkan salah satu cabang kesenian Islam dalam kalangan murid sekolah menengah. Ia juga bermatlamat untuk melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput jati dirinya, tinggi akal budi dan mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang watannya.10 Tujuan berzanji dan marhaban juga adalah untuk memperdengarkan kepada umum riwayat hidup Rasulullah saw. Yang mempunyai sifat-sifat mulia lagi terpuji dan mengenai sejarah perjuangannya dalam menegakkan Islam, supaya masyarakat dapat mengamalkannya dalam kehidupan. PERKARA YANG DIMAKLUMKAN11 TajukPeraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.12 MatlamatMenjana pembangunan modal insan di peringkat persekolahan melalui aktiviti ko-kurikulum agar murid terdidik dengan nilai-nilai murni dan mempunyai jati diri yang kuat melalui penghayatan ajaran Islam dan pengenalan budaya bangsa yang luhur dan murni.13 Objektif1. Memberi satu wadah dan peluang kepada murid untuk terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum;2. Memperkuat dan mengembalikan penghayatan murid kepada budaya melalui aktiviti ko-kurikulum;3. Mendedahkan salah satu cabang kesenian Islam dalam kalangan murid sekolah menengah;4. Memperkenal kembali seni marhaban dan kompang selawat kepada murid sebagai salah satu medan dan metod dakwah;

5. Melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput jati dirinya, tinggi akal budi; dan6. Mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang agar tidak luput ditelan zaman.

14 Peraturan dan Syarat Pertandingan Berzanji Marhaban Sekolah Menengah Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia14.1 Penyertaan14.1.2 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan sekolah menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia daripada Tingkatan Peralihan hingga ke Tingkatan 5 sahaja.14.1.3 Setiap sekolah/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan Marhaban yang mengandungi 9 orang bagi setiap kumpulan termasuk pembaca rawi.14.1.4 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada murid sekolah yang sama sahaja.14.1.5 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada satu jantina sahaja, sama ada lelaki atau perempuan.14.1.6 Sekolah yang menjadi johan di peringkat daerah akan mewakili daerah berkenaan ke peringkat negeri dan johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.14.1.7 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya.14.2 Borang Penyertaan14.2.1 Setiap kumpulan hendaklah menghantar Borang Penyertaan rasmi yang mengandungi (lampiran);(i) Nama Sekolah/Daerah/Negeri.(ii) Nama Kumpulan.(iii) Senarai Nama Ahli Kumpulan.(iv) Nombor Kad Pengenalan.14.2.2 Setiap kumpulan hendaklah menyertakan teks marhaban yang akan dipersembahkan.14.2.3 Borang penyertaan yang lengkap dan disahkan oleh pengetua/ Pegawai Pelajaran Daerah/ Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah dihantar kepada pihak Urusetia mengikut tarikh yang ditetapkan.14.3 Format Persembahan14.3.1 Persembahan hendaklah dimulakan dengan bacaan rawi.14.3.2 Semua ahli kumpulan hendaklah duduk ketika bacaan rawi.14.3.3 Semua ahli kumpulan hendaklah berdiri ketika mempersembahkan marhaban.14.4 Pemilihan Rawi, Marhaban & Tarannum14.4.1 Setiap kumpulan akan memperdengarkan rawi yang ditentukan oleh penganjur pertandingan pada tahun berkenaan.14.4.2 Tarannum berzanji dan marhaban yang disampaikan hendaklah berdasarkan tarannum asli yang muktabar.14.4.3 Setiap tarannum yang dipersembahkan hendaklah berasaskan kepada tarannum Arab Hijazi sahaja.14.4.4 Setiap persembahan berzanji dan marhaban hendaklah dimulai dan diakhiri dengan selawat.14.4.5 Setiap persembahan marhaban mestilah mengandungi sekurang-kurangnya tiga (3) jenis tarannum yang dibenarkan.14.4.6 Setiap tarannum hendaklah dipersembahkan dalam 3 tabaqat (tingkatan).14.5 Rawi Berzanji dan Teks Marhaban14.5.1 Rawi berzanji dan teks marhaban hendaklah dalam Bahasa Arab sahaja.14.5.2 Setiap tambahan teks rawi dan marhaban hendaklah berdasarkan teks yang muktabar.14.6 Masa14.6.1 Setiap kumpulan diberi masa selama 20 minit sahaja untuk menyampaikan persembahan Berzanji dan Marhaban.14.6.2 Markah akan di potong jika persembahan kurang daripada 18 minit atau melebihi masa 20 minit.14.6.3 Masa akan dikira bermula daripada bacaan selawat pembuka dan berakhir setelah selesainya bacaan selawat penutup.14.7 Pakaian14.7.1 Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna.14.7.2 Peserta lelaki dilarang memakai pakaian menyerupai pakaian peserta perempuan dan sebaliknya.14.7.3 Pakaian Lelaki : Baju kebangsaan yang lengkap; bersampin dan bersongkok hitam.14.7.4 Pakaian Perempuan : Baju kurung/berjubah dan bertudung yang sempurna dan sopan.14.7.5 Pakaian dan perhiasan mestilah sederhana. Pakaian, hiasan dan solekan yang keterlaluan akan dipotong markah persembahan.14.7.6 Semua larangan yang terdapat dalam peraturan berpakaian sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah dirujuk dan dipatuhi.* PerhatianMana-mana kumpulan yang melanggar mana-mana peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya.14.8 Penghakiman dan Pemarkahan14.8.1 Penghakiman akan diadili oleh panel hakim pertandingan Berzanji dan Marhaban yang dilantik oleh penganjur.14.8.2 Penghakiman dibuat berdasarkan aspek pemarkahan pada Berzanji dan Marhaban seperti berikut : 14.8.2.1 Berzanji(i) Tarannum 30 markah(ii) Tajwid 25 markah(iii) Fasohah 25 markah(iv) Suara 20 markah14.8.2.2 Marhaban(i) Tarannum 40 markah(ii) Suara 25 markah(iii) Fasohah 20 markah(iv) Persembahan 15 markah

14.8.3 Penghakiman Berzanji14.8.3.1 Tarannum. Aspek yang dihakimi;(i) Tarannum Arab Hijazi yang muktabar.(ii) Setiap Tarannum hendaklah disampaikan secara teratur dalam empat harakat tanpa takrir.(iii) Setiap Tarannum hendaklah disempurnakan dalam tiga tabaqat.(iv) Setiap Tarannum hendaklah dibawa dengan teratur dan tersusun serta tidak bercampur-aduk.

Jenis-jenis kesalahan;(i) Kurang daripada empat harakat dalam setiap rangkap.(ii) Tidak dapat mengawal mahattah dan qitah.(iii) Terdapat sumbang alunan yang mencacatkan.(iv) Terdapat susunan harakat yang tidak sesuai.(v) Terdapat takrir pada harakat qitah.(vi) Terdapat unsur-unsur kekerasan atau kekasaran pada harakat.(vii) Setiap tarannum yang tidak disampaikan dalam tiga tabaqat.(viii) Setiap tarannum yang bercampur aduk.

* Perhatian(i) Pemotongan markah bagi kesalahan yang berulang-ulang hendaklah tidak melebihi 5 markah.(ii) Markah penuh ialah 40 markah termasuk markah istimewa. Markah istimewa akan diberi mengikut ciri-ciri yang tertentu.

Ciri-ciri keistimewaan;(i) Bacaan yang mempunyai tarannum jawab yang sesuai dan menarik. Contoh; tarannum Sikah - jawabnya Mayyah, Rakbi jawabnya Hijaz dan Rast jawabnya Hijaz atau Yaman Hijaz.(ii) Setiap tarannum yang dialunkan mengikut lahjah Arab.(iii) Setiap tarannum yang disempurnakan dalam 4 tabaqat secara menarik.(iv) Harakat yang mempunyai ikhtilalul lahn.(v) Harakat yang mempunyai burdah yang menarik.

14.8.3.2 Tajwid. Aspek yang dihakimi;(i) Memelihara hukum nun sakinah dan tanwin.(ii) Memelihara hukum mim.(iii) Memelihara hukum idgham.(iv) Memelihara hukum alif lam shamsiah dan qamariah.(v) Memelihara hukum tarqiq, taghliz dan tafkhim.(vi) Memelihara hukum mudud.(vii) Memelihara wajibul ghunnah.

Jenis-jenis kesalahan;(i) Tidak memelihara hukum mudud kecuali di beberapa tempat tertentu dan pada mad aridh lissukun.(ii) Menyalahi hukum nun sakinah dan tanwin.(iii) Menyalahi hukum mim.(iv) Menyalahi hukum idgham.(v) Menyalahi hukum alif lam shamsiah dan qamariah.(vi) Menyalahi hukum tarqiq, taghliz dan tafkhim.(vii) Menyalahi hukum mudud.(viii) Menyalahi wajibul ghunnah.

Ciri-ciri keistimewaan;(i) Mencapai kesempurnaan sifat-sifat ghunnah.(ii) Dapat menyamai kadar hukum mad yang sejenis.

14.8.3.3 Fasohah. Aspek yang dihakimi;(i) Memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf.(ii) Cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah.(iii) Kesempurnaan dan ketepatan waqaf dan ibtida.(iv) Memelihara tanda baris dan tasydid.(v) Kesederhanaan dan keselarasan rentak bacaan.

Jenis-jenis kesalahan;(i) Tidak memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf.(ii) Tidak cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah.(iii) Tidak sempurna dan tepat wakaf ibtida.(iv) Tidak memelihara tanda baris dan tasydid.(v) Melanggar kesederhanaan dan keselarasan rentak bacaan.

Ciri-ciri keistimewaan;(i) Bacaan yang mengikut kadar kelajuan yang sesuai pada keseluruhan persembahan bacaan.(ii) Dapat menyempurnakan bacaan ayat yang panjang dalam satu nafas.

14.8.3.4 Suara. Aspek yang dihakimi;(i) Kebersihan suara (tidak serak).(ii) Kelicinan suara (tidak pecah).(iii) Tingkatan suara (sekurang-kurangnya 3 tabaqat).(iv) Ketepatan nada suara (bergerak tidak sumbang).(v) Kemanisan, kelembutan dan kemerduan suara.(vi) Kelantangan dan ketajaman suara.(vii) Kekerapan burdah yang disusun rapi.(viii) Pengawalan kualiti suara dari mula hingga akhir (kualiti suara tidak menurun dari mula hingga akhir).

Jenis-jenis kesalahan;(i) Suara serak / parau yang merosakkan(ii) Suara sumbang yang merosakkan(iii) Suara tenggelam(iv) Suara terpecah / terputus(v) Suara tersepit / tercekik(vi) Suara terketar-ketar kerana terlampau tinggi / rendah(vii) Suara tidak cukup tiga thabaqat(viii) Suara lemah / lembab(ix) Suara keras / kaku(x) Suara yang berubah kualiti

Ciri-ciri keistimewaan;(i) Suara berlahjah Arab.(ii) Suara yang merangkumi keempat-empat tabaqat dengan selesa.(iii) Suara yang bergerak / hidup.(iv) Suara yang mempunyai kemerduan.

14.8.4 Penghakiman Marhaban14.8.4.1 Tarannum. Aspek yang dihakimi;(i) Taranum yang dipersembahkan hendaklah berasaskan kepada Tarannum Hijazi sahaja.(ii) Setiap persembahan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya tiga jenis tarannum yang dibenarkan.(iii) Setiap tarannum hendaklah disampaikan dalam 3 tabaqat.(iv) Tarannum marhaban yang dipersembahkan hendaklah seiring/sama/selaras dengan tarannum berzanji. Contoh; rawi sikah - marhaban sikah, rawi rakhbi - marhaban rakhbi dan rawi rast -marhaban rast.(v) Kesinambungan di antara tarannum hendaklah menggunakan wazan tarannum yang bersesuaian.

Jenis-jenis kesalahan;(i) Menggunakan tarannum berbentuk nasyid atau saduran.(ii) Kurang daripada tiga tarannum dalam persembahan.(iii) Terdapat unsur-unsur kekerasan atau kekasaran pada harakat.(iv) Setiap tarannum tidak disampaikan dalam tiga tabaqat.(v) Sumbang ketika menukar alunan tarannum.(vi) Tarannum marhaban tidak seiring dengan tarannum rawi.Ciri-ciri keistimewaan;(i) Setiap tarannum yang dialunkan mengikut lahjah arab.(ii) Setiap tarannum yang disempurnakan dalam 4 tabaqat dengan selesa.(iii) Harakat yang mempunyai burdah yang menarik.

14.8.4.2 Suara. Aspek penghakiman;(i) Kebersihan suara (tidak serak).(ii) Kelicinan suara (tidak pecah).(iii) Tingkatan suara (sekurang-kurangnya 3 tabaqat).(iv) Ketepatan nada suara (bergerak tidak sumbang).(v) Kemanisan ,kelembutan dan kemerduan suara.(vi) Kelantangan dan ketajaman suara.(vii) Kekerapan burdah yang disusun rapi.(viii) Pengawalan kualiti suara dari mula hingga akhir (kualiti suara tidak menurun dari mula hingga akhir).(ix) Kesepaduan suara (kumpulan).(x) Hanya menggunakan satu suara (unison).

Jenis-jenis kesalahan;(i) Suara serak / parau yang merosakkan(ii) Suara sumbang yang merosakkan(iii) Suara tenggelam(iv) Suara terpecah / terputus(v) Suara tersepit / tercekik(vi) Suara terketar-ketar kerana terlampau tinggi / rendah(vii) Suara tidak cukup tiga thabaqat(viii) Suara lemah / lembab(ix) Suara keras / kaku(x) Suara yang berubah kualiti(xi) Suara yang berlapis-lapis berbentuk harmoni

* Perhatian(i) Suara serak yang berpanjangan akan dipotong 2 markah sahaja.

14.8.4.3 Fasohah. Aspek yang dihakimi;(i) Memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf.(ii) Cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah.(iii) Memelihara tanda baris dan tasydid.(iv) Keselarasan rentak bacaan / sebutan.

Jenis-jenis kesalahan;(i) Tidak memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf.(ii) Tidak cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah.(iii) Tidak memelihara tanda baris dan tasydid.(iv) Tidak selaras rentak bacaan.

Ciri-ciri keistimewaan;(i) Bacaan yang mengikut kadar kelajuan yang sesuai pada keseluruhan persembahan bacaan.(ii) Dapat menyempurnakan ayat yang panjang dalam satu nafas.

14.8.4.4 Persembahan. Aspek yang dihakimi;(i) Disiplin dan susun atur.(ii) Pakaian peserta yang bersesuaian.(iii) Memula dan menutup persembahan dengan selawat.(iv) Penghayatan (ekspresi).(v) Gaya yang sesuai dan tidak keterlaluan.(vi) Menepati masa yang ditentukan.(vii) Keseimbangan persembahan / penampilan di antara solo dengan ramai.Jenis-jenis kesalahan;(i) Kurang berdisiplin. (ii) Pakaian yang tidak seragam / tidak sesuai.(iii) Tidak memula dan menutup persembahan dengan selawat.(iv) Tiada penghayatan.(v) Gaya yang keterlaluan.(vi) Tidak menepati masa.(vii) Tidak seimbang antara solo dengan kumpulan.

Ciri-ciri keistimewaan;(i) Dapat menampilkan solo lebih dari dua orang yang menarik.(ii) Dapat menamatkan persembahan tepat pada masa yang ditetapkan (20 minit).14.9 Penentuan Keputusan Pertandingan14.9.1 Kategori Pertandingan;14.9.1.1 Kategori Berzanji Pembaca Rawi Terbaik14.9.1.2 Kategori Marhaban Persembahan Terbaik14.9.1.3 Kategori Berzanji dan Marhaban Johan, Naib Johan, Ketiga dan Saguhati14.9.2 Bagi kategori Berzanji Pembaca Rawi Terbaik, keputusan akan berdasarkan kepada pembaca rawi yang mendapat markah tertinggi. Hanya satu anugerah akan diberikan.14.9.3 Bagi kategori Marhaban Persembahan Terbaik, keputusan akan berdasarkan kepada persembahan marhaban yang mendapat markah tertinggi. Hanya satu anugerah akan diberikan.14.9.4 Bagi kategori Berzanji dan Marhaban, pasukan yang memperolehi markah tertinggi setelah markah kategori Berzanji dan Marhaban dicampurkan, akan diisytiharkan sebagai johan. Pasukan yang mendapat jumlah markah kedua tertinggi akan menjadi Naib Johan dan seterusnya.14.9.5 Seandainya terdapat persamaan markah, maka kedudukan akan ditentukan dengan merujuk kepada markah bahagian-bahagian pemarkahan berikut mengikut turutan;(i) Tarannum (rawi dan marhaban);(ii) Tajwid (rawi);(iii) Suara (rawi dan marhaban); (iv) Fasohah (rawi dan marhaban); dan (v) Persembahan (marhaban).14.9.6 Seandainya masih terdapat persamaan markah, jemaah hakim akan bersidang untuk menentukan keputusan pertandingan.14.9.7 Keputusan hakim adalah muktamad.

14.10 Bantahan14.10.1 Sebarang bantahan mestilah dikemukakan secara rasmi kepada Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan Borang Bantahan Rasmi yang disediakan.14.10.2 Bantahan mestilah sampai ke Pengerusi Jemaah Hakim sebelum keputusan diumumkan.14.10.3 Sebarang bantahan selepas keputusan rasmi pertandingan diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, tidak akan dilayan.

15 Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat Sekolah Rendah Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia15.1 Penyertaan15.1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan (SJK) dan sekolah bantuan kerajaan, daripada Tahun Satu hingga ke Tahun Enam sahaja.15.1.2 Setiap sekolah/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan Kompang Selawat yang mengandungi sekurang-kurangnya 12 orang dan tidak melebihi 15 orang bagi setiap kumpulan.15.1.3 Kesemua ahli kumpulan dimestikan memalu kompang.15.1.4 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada murid sekolah yang sama sahaja.15.1.5 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada satu jantina sahaja, sama ada lelaki atau perempuan.15.1.6 Sekolah yang menjadi johan di peringkat daerah akan mewakili daerah berkenaan ke peringkat negeri dan johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.15.1.7 Mana-mana pasukan dilarang sama sekali untuk memperkenalkan identiti sekolah atau kumpulan secara lisan, pada pakaian dan alatan dalam apa jua bentuk semasa persembahan.15.1.8 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya.15.2 Borang Penyertaan15.2.1 Setiap kumpulan hendaklah menghantar borang penyertaan rasmi (Lampiran) yang mengandungi;(i) Nama Sekolah.(ii) Nama Kumpulan.(iii) Nama Ahli Kumpulan.(iv) Nombor Kad Pengenalan / Surat Beranak.15.2.2 Borang penyertaan yang lengkap dan disahkan oleh guru besar/ Pegawai Pendidikan Daerah/ Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah dihantar kepada pihak Urusetia mengikut tarikh yang ditetapkan.15.3 Paluan 15.3.1 Kompang hendaklah dipalu dengan menggunakan tangan sahaja tanpa sebarang alat bantuan yang lain.15.3.2 Gubahan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua bentuk paluan iaitu melalu dan meningkah.15.3.3 Paluan mestilah melibatkan kesemua ahli kumpulan.15.3.4 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya.15.3.5 Gubahan yang mempunyai lebih daripada dua bentuk paluan adalah satu kelebihan (contoh; menyilang, menganak dan lain-lain). 15.4 Formasi persembahan.15.4.1 Pergerakan formasi mestilah melibatkan semua ahli pasukan dan bersesuaian dengan rentak paluan.15.4.2 Pergerakan yang keterlaluan, agresif, merbahaya dan akrobatik adalah tidak dibenarkan.15.4.3 Formasi pembukaan dan penutup yang tiada kaitan dengan lagu pertama dan kedua adalah tidak dibenarkan. 15.4.4 Sebarang set dan prop tambahan dalam apa juga bentuk adalah tidak dibenarkan.15.4.5 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya.15.4.6 Segala pergerakan masuk dan keluar pentas adalah juga dianggap sebagai satu persembahan.15.4.7 Segala pergerakan dan formasi hendaklah dilakukan di dalam ruangan atau pentas yang berukuran tidak melebihi 20 kaki x 20 kaki persegi.

15.5 Lagu 15.5.1 Setiap pasukan mestilah mempersembahkan dua buah lagu.15.5.2 Lagu pertama bertemakan selawat.15.5.3 Lagu kedua bertemakan tajuk mata pelajaran Pendidikan Islam KBSR Tahun Satu hingga Tahun Enam yang akan ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Islam dari semasa ke semasa.15.5.4 Lagu pertama boleh menggunakan melodi/irama selawat yang sedia ada atau ciptaan baru yang bersesuaian. 15.5.5 Lagu kedua adalah bebas sama ada menggunakan melodi/irama yang sedia ada atau ciptaan baru. 15.5.6 Lagu pertama mestilah berentak tradisional Melayu (masri, zapin, inang, joget, asli dan gabungan mana-mana rentak di atas.) 15.5.7 Rentak lagu kedua adalah bebas. Namun, rentak berunsur hardrock, heavy metal, rap, hip-hop dan yang seumpamanya adalah dilarang sama sekali.15.5.8 Lagu pembukaan dan penutup yang tiada kaitan dengan lagu pertama dan kedua adalah tidak dibenarkan. 15.5.9 Antara lagu pertama dan kedua perlu ada senggangan masa.15.5.10 Kedua-dua lagu (Pertama dan Kedua) hendaklah disampaikan tanpa bantuan alat pembesar suara (microphone).15.5.11 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya.15.6 Lirik Lagu15.6.1 Lirik lagu pertama hendaklah dalam Bahasa Arab sahaja. 15.6.2 Lirik lagu kedua boleh disampaikan dalam Bahasa Arab, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau gabungan antara dua atau ketiga-tiga bahasa tersebut sahaja.15.6.3 Lirik lagu kedua yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab hendaklah disertakan terjemahannya.15.6.4 Penggunaan ayat al-Quran sebagai sebahagian atau keseluruhan lirik lagu tidak dibenarkan sama sekali.15.6.5 Lirik yang menyentuh isu-isu sensitif tidak dibenarkan.15.6.6 Setiap kumpulan hendaklah menyerahkan lirik lagu yang dipertandingkan kepada urusetia pertandingan pada tarikh dan masa yang ditetapkan.15.6.7 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya.15.7 Masa15.7.1 Setiap kumpulan diberi masa selama 8 hingga 10 minit sahaja untuk menyampaikan persembahan.15.7.2 Markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa yang di tetapkan atau kurang daripada 8 minit.15.7.3 Masa dikira bermula apabila peserta mula masuk ke kawasan persembahan atau bersuara atau memalu kompang.15.8 Pakaian15.8.1 Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna.15.8.2 Pakaian Lelaki : Baju kebangsaan yang lengkap; bersampin, bersongkok hitam dan berkasut lengkap.15.8.3 Pakaian Perempuan : Baju kurung, bertudung yang sempurna dan sopan serta berkasut lengkap.15.8.4 Pakaian peserta lelaki tidak dibenarkan menyerupai pakaian peserta perempuan dan sebaliknya.15.8.5 Pakaian, perhiasan dan solekan mestilah sederhana dan tidak keterlaluan.15.8.6 Pakaian, hiasan dan solekan boleh mempengaruhi pemarkahan.15.8.7 Semua larangan yang terdapat dalam peraturan berpakaian sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah dirujuk dan dipatuhi.15.8.8 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya.15.9 Jenis kompang15.9.1 Saiz kompang hendaklah berdiameter antara 25 cm hingga 38 cm (10 inci hingga 15 inci) sahaja. Penggunaan pelbagai saiz kompang dibenarkan.15.9.1 (a) Ketebalan kompang yang digunakan hendaklah tidak melebihi 4 inci.15.9.2 Belulang kompang mestilah dibuat daripada kulit binatang sahaja. Penggunaan PVC atau kulit tiruan tidak dibenarkan sama sekali.15.9.3 Kompang berkerincing, jedor atau alatan muzik selain daripada kompang tidak dibenarkan sama sekali.15.9.4 Penggunaan sebarang alat elektronik adalah tidak dibenarkan.15.9.5 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya.15.10 Penghakiman dan Pemarkahan15.10.1 Bahagian Paluan (35 markah)Aspek penghakiman;(i) Gubahan rentak.(ii) Bentuk paluan.(iii) Tempo.(iv) Kualiti ton.(v) Dinamik / ekspresi.(vi) Keseimbangan.15.10.2 Bahagian Formasi Persembahan (30 markah)Aspek penghakiman;(i) Kreativiti.(ii) Keseragaman.(iii) Disiplin dan susun atur.(iv) Kesesuaian gerak formasi.(v) Pakaian.15.10.3 Bahagian Suara (20 markah)Aspek penghakiman;(i) Kualiti suara.(ii) Kesepaduan suara.(iii) Keharmonian suara.(iv) Kejelasan dan kefasihan sebutan.15.10.4 Bahagian Lagu (15 markah)Aspek penghakiman;(i) Gubahan lagu.(ii) Lirik yang sesuai.(iii) Kesesuaian lagu dengan irama.15.11 Penentuan Keputusan Pertandingan15.11.1 Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan. Pasukan yang mendapat jumlah markah kedua tertinggi akan menjadi Naib Johan dan seterusnya.15.11.2 Seandainya terdapat persamaan markah, maka kedudukan akan ditentukan dengan merujuk kepada markah bahagian-bahagian pemarkahan berikut mengikut turutan;(i) Paluan;(ii) Formasi Persembahan;(iii) Suara; dan(iv) Lagu.15.11.3 Seandainya masih terdapat persamaan markah, jemaah hakim akan bersidang untuk menentukan keputusan pertandingan.15.11.4 Keputusan hakim adalah muktamad.15.12 Bantahan15.12.1 Sebarang bantahan mestilah dikemukakan secara rasmi kepada Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan Borang Bantahan Rasmi yang disediakan.15.12.2 Bantahan mestilah sampai ke Pengerusi Jemaah Hakim sebelum keputusan diumumkan.15.12.3 Sebarang bantahan selepas keputusan rasmi pertandingan diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, tidak akan dilayan.

Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 19 }