syarat-syarat dasar penswastaan projek...

4
SYARAT-SYARAT DASAR PENSWASTAAN PROJEK PERUMAHAN NEGERI TERENGGANU ``````````````````````````````````````````````````````````````````` 1. Pelupusan Tanah Tanah yang dimajukan tidak akan diberimilik kepada pihak pemaju swasta tetapi diberimilik kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu. 2. Tanah Tidak Dibenarkan Cagar/Gadai Tanah yang dimajukan tidak dibenar cagar/gadai kepada mana-mana institusi kewangan untuk mendapatkan ‘bridging finance’ oleh pemaju swasta. Bagaimanapun pemaju boleh menguruskan ‘end financing’ pembeli. 3. Pembeli Unit Rumah Mampu Milik (Kos Rendah) Senarai pembeli mesti dikemuka dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pembeli yang ditubuhkan oleh Kerajaan. Syarat kelayakan pembeli bagi rumah mampu milik adalah seperti berikut:- 3.1. Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada anak tempatan) 3.2. Sudah berkahwin (bagi wanita yang belum berkahwin tetapi telah mencapai umur 35 tahun ke atas layak memohon) 3.3. Pemohon atau pasangan belum mempunyai rumah atau belum pernah mengambil pinjaman perumahan perbendaharaan (bagi kakitangan kerajaan) 3.4. Pemohon atau pasangan hendaklah dalam gred 1 hingga 22 atau setaraf dengannya (bagi kakitangan kerajaan) 3.5. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan. 4. Kebenaran Merancang/Kelulusan Pelan Susunatur Bagi menyegerakan pelaksanaan projek, pihak pemaju dikehendaki memohon kebenaran merancang dalam tempoh masa 60 hari dari tarikh surat kelulusan/ perlantikan dan menyediakan pelan susunatur untuk dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan. 5. Kelulusan Pelan Bangunan Pihak pemaju dikehendaki menyedia dan mengemukakan pelan bangunan kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh surat kelulusan pelan susunatur. 1/4

Upload: vanngoc

Post on 06-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SYARAT-SYARAT DASAR PENSWASTAAN PROJEK …perumahan.terengganu.gov.my/files/Syarat_Dasar_Penswastaan.pdf · daripada Kementerian dengan mengemukakan permohonan dalam ... masa 90 hari

SYARAT-SYARAT DASAR PENSWASTAAN PROJEK PERUMAHAN

NEGERI TERENGGANU

```````````````````````````````````````````````````````````````````

1. Pelupusan Tanah

Tanah yang dimajukan tidak akan diberimilik kepada pihak pemaju swasta tetapi

diberimilik kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.

2. Tanah Tidak Dibenarkan Cagar/Gadai

Tanah yang dimajukan tidak dibenar cagar/gadai kepada mana-mana institusi

kewangan untuk mendapatkan ‘bridging finance’ oleh pemaju swasta.

Bagaimanapun pemaju boleh menguruskan ‘end financing’ pembeli.

3. Pembeli Unit Rumah Mampu Milik (Kos Rendah)

Senarai pembeli mesti dikemuka dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilihan

Pembeli yang ditubuhkan oleh Kerajaan. Syarat kelayakan pembeli bagi rumah

mampu milik adalah seperti berikut:-

3.1. Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada anak tempatan)

3.2. Sudah berkahwin (bagi wanita yang belum berkahwin tetapi telah

mencapai umur 35 tahun ke atas layak memohon)

3.3. Pemohon atau pasangan belum mempunyai rumah atau belum

pernah mengambil pinjaman perumahan perbendaharaan (bagi

kakitangan kerajaan)

3.4. Pemohon atau pasangan hendaklah dalam gred 1 hingga 22 atau

setaraf dengannya (bagi kakitangan kerajaan)

3.5. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan.

4. Kebenaran Merancang/Kelulusan Pelan Susunatur

Bagi menyegerakan pelaksanaan projek, pihak pemaju dikehendaki memohon

kebenaran merancang dalam tempoh masa 60 hari dari tarikh surat kelulusan/

perlantikan dan menyediakan pelan susunatur untuk dikemukakan kepada Pihak

Berkuasa Tempatan berkenaan.

5. Kelulusan Pelan Bangunan

Pihak pemaju dikehendaki menyedia dan mengemukakan pelan bangunan

kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan dalam tempoh masa 30 hari

dari tarikh surat kelulusan pelan susunatur.

1/4

Page 2: SYARAT-SYARAT DASAR PENSWASTAAN PROJEK …perumahan.terengganu.gov.my/files/Syarat_Dasar_Penswastaan.pdf · daripada Kementerian dengan mengemukakan permohonan dalam ... masa 90 hari

6. Mendapatkan Lesen Pemajuan

Adalah menjadi tanggungjawab pemaju untuk mendapatkan Lesen Pemajuan

daripada Kementerian dengan mengemukakan permohonan dalam tempoh

60 hari selepas memperolehi kelulusan pelan bagunan.

7. Lantikan Jurukur Dan Peguam

Pemaju hendaklah melantik jurukur yang bertauliah dan peguam dalam masa

14 hari daripada tarikh setuju terima tawaran bagi melaksanakan projek.

8. Kerja-Kerja Pembinaan

Pihak Pemaju hendaklah memulakan kerja-kerja pembinaan dalam tempoh

60 hari selepas memperolehi Lesen Pemajuan.

9. Penentuan Harga Jualan

Harga jualan rumah adalah sebagaimana dicadangkan oleh pemaju tetapi

diputuskan oleh Kerajaan Negeri. Sebarang kenaikan harga hendaklah

mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Keuntungan akibat daripada kenaikan

harga akan dikongsi pada kadar 50 : 50 di antara pihak pemaju dengan

Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu. Pengurangan harga

sekurang-kurangnya 5% hendaklah diberikan kepada pembeli Bumiputera.

10. Pembayaran Premium Tanah

Harga premium tanah (Rumah Mampu Milik) dikenakan pada kadar nominal

iaitu dikira RM100.00 setiap lot. Manakala bagi rumah pangsa pula ialah

sebanyak RM100.00 setiap unit.

11. Syarat-Syarat Kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan

Pihak pemaju dikehendaki mengikuti segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh

Pihak Berkuasa Tempatan dalam kelulusan Pelan Bangunan.

12. Tempoh Kecacatan

Pihak pemaju dikehendaki bertanggungjawab dan menanggung segala kos

pembaikian dalam tempoh masa kecacatan. Tempoh kecacatan ialah 1 tahun

daripada tarikh penyerahan projek.

2/4

Page 3: SYARAT-SYARAT DASAR PENSWASTAAN PROJEK …perumahan.terengganu.gov.my/files/Syarat_Dasar_Penswastaan.pdf · daripada Kementerian dengan mengemukakan permohonan dalam ... masa 90 hari

13. Dokumen Perjanjian

Pemaju dikehendaki menyediakan deraf perjanjian usahasama dan

menyerahkan kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri

Terengganu dalam tempoh masa 90 hari dari tarikh Surat Kelulusan/Perlantikan.

14. Bayaran Sumbangan

Pihak pemaju dikehendaki membayar sumbangan kepada pihak Lembaga

Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu sebanyak 10% - 25% daripada

hasil jualan komponen pembangunan. Penyediaan kemudahan komuniti

seperti dewan orangramai, balairaya/tadika, masjid/surau, taman

permainan/alatan tidak akan dimasukira sebagai sumbangan.

15. Cara Bayaran Sumbangan

Pemaju dikehendaki menjelaskan sumbangan sebanyak 2.5% daripada jumlah

sumbangan dan dibuat atas nama Setiausaha Kerajaan Terengganu semasa

menandatangani perjanjian. Baki bayaran selebihnya hendaklah dibayar dalam

bentuk tunai bergantung kepada keadah yang dipersetujui oleh Lembaga

Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.

16. Bayaran Bagi Mendapatkan Hakmilik Tanah

Bayaran bagi urusan mendapatkan/mendaftarkan hakmilik tanah atas nama

Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu termasuk kos bagi kerja-

kerja awalan seperti upah ukur dan penandaan aras tapak serta sebagainya

hendaklah ditanggung oleh pemaju.

17. Komponen Rumah Mampu Milik

Pemaju dimestikan mematuhi syarat minima membina rumah mampu milik

sebanyak 25% daripada bilangan sebenar unit kediaman/kedai. Dalam

perancangan dan pembinaan Rumah Mampu Milik, pemaju dikehendaki

mematuhi :

17.1 Garis panduan perancangan dan pembangunan Rumah Mampu Milik

(Penswastaan)

17.2 Spesifikasi Rumah Mampu Milik (Penswastaan)

serta pindaan dari semasa ke semasa.

3/4

Page 4: SYARAT-SYARAT DASAR PENSWASTAAN PROJEK …perumahan.terengganu.gov.my/files/Syarat_Dasar_Penswastaan.pdf · daripada Kementerian dengan mengemukakan permohonan dalam ... masa 90 hari

18. Peruntukan Bukan Bumiputera

Pemaju hanya dibenar memperuntukkan dan menjual masing-masing tidak

melebihi 30% daripada unit rumah kos sederhana, rumah kos tinggi dan rumah

kedai/kedai pejabat kepada bukan Bumiputera.

19. Kebenaran Masuk Tapak

Selepas menandatangani perjanjian usahasama, pemaju boleh memohon

kebenaran daripada Pentadbir Tanah berkenaan untuk memasuki tapak projek

bagi menjalankan kerja-kerja pengukuran sementara menunggu proses

kelulusan pelan susunatur dan pelan bangunan.

20. Tempoh Siap Projek

Projek mesti disiapkan mengikut jadual pelaksanaan projek sebagaimana

terdapat dalam dokumen perjanjian. Jika gagal disiapkan dalam tempoh masa

yang ditetapkan tanpa mendapat kelulusan lanjut tempoh, Kerajaan Negeri

berhak menamatkan pelaksanaan projek dan merampas semua harta yang ada

di atas tanah yang dimajukan dan ianya menjadi hak Lembga Tabung Amanah

Warisan Negeri Terengganu tanpa dibayar apa-apa pampasan kepada

pemaju.

21. Sijil Akuan Kelayakan Menduduki Bangunan

Adalah menjadi tanggungjawab pihak pemaju untuk mendapatkan Sijil Akuan

Kelayakan Menduduki Bangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan

berkenaan.

22. Kemudahan Komuniti

Pemaju dikehendakui membina dan menyerahkan kepada Kerajaan Negeri

kemudahan-kemudahan komuniti seperti dewan serbaguna/orangramai,

bangunan surau, padang dan alatan permainan tadika dan sebagainya

sekiranya kemudahan tersebut disyaratkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

23. Pematuhan Arahan

Pihak pemaju adalah sentiasa tertakluk kepada Akta / Pekeliling / Arahan /

keputusan Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa.

* SYARAT-SYARAT DI ATAS TERTAKLUK KEPADA PINDAAN DARI SEMASA KE SEMASA

4/4