dasar penswastaan malaysia

12
Buletin 2010 • KKR • Edisi Jan-Feb • Jld. 1, Bil. 1/2010 ISSN : 1985-4595 Edisi: Jan-Feb 2010 DASAR PENSWASTAAN NEGARA BERJAYA - PLUS KONTRAKTOR MALAYSIA Dipelawa ke India PROJEK RAKYAT Diberi Keutamaan

Upload: nurul-hanim-azahari

Post on 20-Jan-2015

246 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

its more easier 4 u..

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar Penswastaan Malaysia

Buletin 2010 • KKR • Edisi Jan-Feb • 1

Jld. 1, Bil. 1/2010 ISSN : 1985-4595

Edisi: Jan-Feb 2010

1

Dasar Penswastaan negara Berjaya - Plus

KontraKtor MalaysiaDipelawa ke India

ProjeK raKyat Diberi Keutamaan

Page 2: Dasar Penswastaan Malaysia

2 • Buletin 2010 • KKR • Edisi Jan-Feb

PenasihatY.Bhg. Datuk Thomas GeorgeKetua Setiausaha Kementerian Kerja Raya

Ketua PengarangEn. Devaraj Subramaniam

PengarangEn. Mohd Rizal Bin HashimPn. Aisah Binti GhazaliPn. Asiah Binti BadiuzamanEn. Afnan Firdausi Bin FazlullahCik Ratneswari a/p NallattambeEn. Fayrul Hazlan Bin Che HassanCik Nur Diana Binti Mohamad JafluzCik Nur Athirah Binti Masron

FotograFiEn. Rosdin Bin SabniJurufoto, Unit Komunikasi Korporat

Unit Perpustakaan & Sumber Jabatan Kerja Raya

Sekapur Sireh

Sidang Pengarang

reKa BentuK/PencetaKGemilang Press Sdn. Bhd.

urusetiaUnit Komunikasi Korporat Kementerian Kerja Raya

Sidang Redaksi mengalu-alukan sebarang sumbangan artikel dan pandangan yang membina bagi mengemaskini serta mempertingkatkan lagi mutu penerbitan Buletin Kementerian Kerja Raya. Sumbangan artikel boleh dialamatkan kepada:

unit Komunikasi KorporatKementerian Kerja RayaTingkat 6, Blok B, Kompleks Kerja Raya,Jalan Sultan Salahuddin,50580 Kuala Lumpur

Tel : 03-2771 4623 Faks : 03-2711 1590 / 1592E-mel : [email protected] www.kkr.gov.my

Projek Rakyat Diberi Keutamaan

Segala kejayaan dan pencapaian baik yang dikecapi sepanjang tahun 2009, adalah kerana usaha gigih pihak Kementerian Kerja Raya dari masa ke semasa. Tidak dinafikan, pelbagai halangan dan cabaran terpaksa

ditempuh untuk sampai ke tahap yang lebih baik dari tahun sebelumnya, tahun 2010 baru menyingkap tabirnya, tetapi kita tidak boleh leka, dalam masa yang sama kita mesti bersedia dengan segala sumber kekuatan yang ada dalam menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.

Semua pihak dalam Kementerian Kerja Raya memikul tanggungjawab dan cabaran yang amat besar dalam memberikan perkhidmatan bermutu tinggi dan bertaraf antarabangsa kepada rakyat.

Memetik ucapan Y.B Menteri, beliau telah mengumumkan bahawa kerajaan akan membentangkan dua inisiatif penting pada tahun ini. Inisiatif pertama adalah bersifat jangka panjang melalui satu model baru ekonomi yang akan menjadi panduan sebagai halatuju pembangunan negara menuju Wawasan 2020. Inisiatif kedua adalah bersifat jangka pendek dan sederhana dalam RMKe-10.

Inilah harapan Y.B Menteri kepada semua warga Kementerian Kerja Raya untuk melakar kejayaan yang gilang-gemilang untuk tahun 2010 dan tahun-tahun yang akan datang.

Pengarang

Page 3: Dasar Penswastaan Malaysia

Buletin 2010 • KKR • Edisi Jan-Feb • 3

Berita

Syarikat Konsesi Lebuh Raya Utara–Selatan, (PLUS) telah berjaya mengubah lanskap serta membantu dalam kemajuan industri pelancongan negara, Perdana Menteri Y.A.B Dato’ Sri Najib Tun Razak berkata demikian dalam Majlis Perasmian Bangunan Baru Persada PLUS. Lebuhraya bertol kendalian PLUS dapat dilihat mengurangkan kesesakan lalulintas di sesuatu tempat serta membawa banyak impak bukan sahaja dari segi ‘access’ atau dalam trafik malah secara tidak langsung membawa percambahan ekonomi negara.

Bangunan yang dibina dengan kos RM108 Juta dilengkapi dengan Pusat Pemantauan Trafik yang terkini teletak di Persimpangan Bertingkat Subang, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Petaling Jaya.

Isteri Perdana Menteri, Y. A. Bhg Datin Sri Rosmah Mansor, Y. B Menteri Kerja Raya Dato’ Shaziman Abu Mansor turut hadir dalam majlis tersebut.

Sempena perasmian PERSADA PLUS, Pusat Pembangunan Kanak-kanak PLUS juga turut dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri Y. A. Bhg Datin Sri Rosmah Mansor yang mempunyai pelbagai fasiliti moden.

Plus MEnJayaKan DasaR PEnswastaan nEgaRa

Page 4: Dasar Penswastaan Malaysia

4 • Buletin 2010 • KKR • Edisi Jan-Feb

Berita

Kontraktor Malaysia Mempunyai Peluang Di IndiaIndia mempelawa lebih ramai kontraktor Malaysia untuk merebut projek pembinaan di negara tersebut. Menteri Pengangkutan dan Lebuhraya India. En. Kamal Nath berkata demikian dalam Majlis Makan Malam anjuran Kementerian Kerja Raya di Kuala Lumpur. Kini, syarikat dari Malaysia terlibat dalam 35 projek pembinaan lebuhraya di India. Menurutnya lagi, pada tahun 2022, India merancang untuk membina jalan sepanjang 18,630 kilometer di India.

En. Kamal Nath mengadakan lawatan rasmi 3 hari ke Malaysia. Sebelum itu, beliau telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Y.B Menteri Kerja Raya Dato’ Shaziman Abu Mansor dan pejabat Perdana Menteri Y. A.B Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak.

Lawatan Menteri Pengangkutan dan Lebuhraya India, En.Kamal Nath merupakan satu inisiatif dalam usaha untuk memperkukuhkan hubungan serta kerjasama dalam bidang ekonomi antara India dan Malaysia.

Page 5: Dasar Penswastaan Malaysia

Buletin 2010 • KKR • Edisi Jan-Feb • 5

Berita

Kesesakan Di susur sPRInt DiatasiKesesakan lalulintas yang dihadapi oleh pengguna jalan raya yang melalui persimpangan jalan susur Mont Kiara dan Hartamas sejak enam tahun yang lalu akan dapat diatasi setelah lebuhraya berkenaan siap sepenuhnya, menjelang Julai ini. Y.B Menteri Kerja Raya, Dato’ Shaziman Abu Mansor berkata, “ jalan susur hubungan Kerinchi Arah Utara, Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) itu dibina pada tahun 2003 untuk memberi kemudahan lalulintas di kawasan Mont Kiara dan sekitarnya tetapi tergendala” .

Beliau berkata “ masalah tergendala telah diselesaikan hasil perbincangan bersepadu antara agensi-agensi dan Kementerian Kerja Raya”. Beliau berkata demikian setelah mengadakan lawatan kerja ke jalan tersebut. Menurut beliau, aliran trafik yang melalui jalan susur sepanjang 503 meningkat lebih 100% kepada 54,000 berbanding 20,000 pengguna pada tahun 2004.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Thomas George serta pegawai-pegawai kanan turut serta dalam lawatan tersebut.

Page 6: Dasar Penswastaan Malaysia

6 • Buletin 2010 • KKR • Edisi Jan-Feb

Kementerian Kerja Raya telah mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina bagi tahun 2010 pada 25 Februari 2010 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya. Majlis tersebut turut dihadiri Y. B Menteri Kerja Raya Dato’ Shaziman Bin Hj. Abu Mansor, Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Yoong Khoon Seng.

Sambutan yang diadakan selaras dengan konsep 1Malaysia tersebut telah dimulakan dengan persembahan tradisional kaum Cina iaitu Tarian Singa. Manakala, hidangan Yee Sang yang merupakan hidangan pembuka tradisi kaum Cina turut disertakan dalam sambutan tersebut .

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Thomas George bersama pegawai-pegawai kanan kementerian turut hadir ke majlis itu.

MaJlIs saMButan taHun BaRu CIna 2010 KEMEntERIan KERJa Raya

Berita

Page 7: Dasar Penswastaan Malaysia

Buletin 2010 • KKR • Edisi Jan-Feb • 7

Berita

Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalanraya Peringkat Kementerian Kerja Raya sempena Tahun Baru Cina 2010 telah diadakan pada 8 Februari di Plaza Tol Kajang Selatan , Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS).

Majlis tersebut telah dimulai dengan ucapan Menteri Kerja Raya YB Dato’ Shaziman Abu Mansor, supaya setiap pengguna jalanraya haruslah berhati-berhati ketika memandu terutama di dalam musim perayaan.

Sempena kempen ini beliau mengumumkan beberapa berita baik iaitu pemberian diskaun tol diantara 5 % hingga 20 % pada 14 Februari 2010 di beberapa buah lebuh raya – lebuh raya yang menyertai insentif ini.

Majlis pelancaran juga diserikan dengan persembahan tradisi Cina iaitu tarian singa.

Diskaun tol “angpau” sempena tahun Baru Cina 2010

Page 8: Dasar Penswastaan Malaysia

8 • Buletin 2010 • KKR • Edisi Jan-Feb

Berita

Dalam Rancangan Malaysia ke-10, akan diberi keutamaan untuk menaik taraf jalan-jalan di negeri Sabah. Y.B Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Yong Khoon Seng berkata selepas mendengar taklimat berhubung projek pembangunan di Sabah.

Y.B Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Yong Khoon Seng juga mengadakan lawatan ke Projek Pembaikan Cerun-Cerun Jalan Merotai – Kalabakan di Km 27. Beliau juga melawat Projek Membina Pejabat untuk Jabatan Kerja Raya di Kota Kinabalu.

Kemudian, beliau juga sempat menghadiri program Traffic Improvement and Management di Jalan Kepayan, Kota Kinabalu. Ini adalah usaha Kementerian dalam aspek pengurusan projek efektif terutama dalam pengurusan projek pembaikan cerun yang akan difokuskan dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Pembangunan Infrastruktur Di sabah RMK-10

Page 9: Dasar Penswastaan Malaysia

Buletin 2010 • KKR • Edisi Jan-Feb • 9

Kementerian Kerja Raya telah mengadakan perhimpunan bulanan pada 15 Januari 2010. Y.B Menteri Kerja Raya Dato’ Shaziman Abu Mansor bersama warga KKR telah menghadiri ke perhimpunan bulanan yang bermula pada jam 8.15 pagi bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya.

Dalam majlis itu Menteri Kerja Raya, Dato’ Shaziman Abu Mansor berkata “Kementerian kerja Raya perlu memberi penekanan terhadap pencapaian KPI, yang merupakan tunjang kejayaan bagi sesebuah organisasi, dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat”.

Perhimpunan bulanan diakhiri dengan Majlis Pelancaran Buku Inventori Rangkaian Jalan Persekutuan FELDA yang dirasmikan oleh Y.B Menteri dengan penyerahan buku Inventori kepada ketua-ketua agensi Kementerian Kerja Raya.

Berita

Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya

Page 10: Dasar Penswastaan Malaysia

10 • Buletin 2010 • KKR • Edisi Jan-Feb

Berita

lawatan Pegawai Kementerian Kerja Raya Ke sIRIM BerhadKementerian Kerja Raya (KKR) telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9000 sejak tahun 2000. Persijilan ISO terbaru KKR telah mula berkuat kuasa dari 19 November 2007 dan akan tamat pada 18 November 2010. KKR begitu komited untuk terus mengekalkan pengiktirafan ini dalam usaha untuk memastikan kualiti pengurusan dan penyampaian Kementerian ini sentiasa relevan dengan kehendak/piawaian antarabangsa. Sejajar dengan tujuan itu, pendedahan dan pembelajaran berterusan dilihat dapat membentuk warga Kementerian yang mempunyai satu agenda serta satu matlamat iaitu untuk memberikan hanya yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan Kementerian.

Menyedari hakikat bahawa betapa pentingnya ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang kualiti, maka satu lawatan sambil belajar telah diadakan di SIRIM Berhad. Lawatan pada 11 Februari 2010 ini melibatkan 26 orang pegawai yang terdiri daripada Pegawai Kualiti Bahagian dan Juruaudit Dalaman KKR. Objektif lawatan ini ialah bertujuan mendapatkan pendedahan dan pemahaman yang lebih jelas mengenai proses pembangunan sesebuah standard (MS) terutamanya MS ISO 9000:2008.

Ketibaan delegasi lawatan KKR di SIRIM Berhad telah disambut oleh Encik Zulfadhli Abd. Mokti, Eksekutif Kanan, Group Corporate Affairs. Seterusnya taklimat berhubung proses pembangunan sesebuah standard telah disampaikan oleh Encik Chang Boon Ping, Pengurus Kanan, Seksyen Jualan & Khidmat Pelanggan.

Page 11: Dasar Penswastaan Malaysia

Buletin 2010 • KKR • Edisi Jan-Feb • 11

“Dalam Rancangan Malaysia ke-10, Kementerian Kerja Raya akan memberi keutamaan kepada projek-projek yang akan memberi impak segera kepada rakyat” Y.B Menteri Kerja Raya Dato’ Shaziman Abu Mansor berkata kepada media. Sebelum itu, beliau mengadakan lawatan kerja ke Jeti Kampung Sungai Pinang, Pulau Pangkor untuk mendengar taklimat berhubung pembinaan Jeti Pontun baru di kawasan tersebut. Menurut beliau, KKR telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.7 Juta bagi menggantikan pontun yang lama.

Pontun BaRu DI PangKoR

Selepas itu, Y.A.B Menteri Besar Perak dan Y.B Menteri Kerja Raya turut mendengar taklimat berhubung jalan persekutuan dari Lumut ke Ipoh. Pengguna jalan tersebut kerap membuat aduan mengenai kekerapan kemalangan maut di jalan tersebut.

Menurut Y.B Menteri, kerja-kerja menaik taraf jalan tersebut terdapat dalam Rancangan Malaysia ke-10. Sungguhpun demikian, demi permintaan kerajaan negeri dan demi keselamatan pengguna jalanraya Kementerian Kerja Raya akan mencari alternatif baru untuk menaik taraf jalan tersebut dalam masa terdekat.

Berita

Page 12: Dasar Penswastaan Malaysia

12 • Buletin 2010 • KKR • Edisi Jan-Feb

Keratan Akhbar