syarat permainan kecil new

2
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERMAINAN KECIL 1. Permainan Bawa Bola Pingpong Dalam Sudu Permainan dimulakan apabila isyarat MULA diberikan. Murid dikehendaki membawa bola pingpong di dalam sudu menggunakan mulut dari garisan permulaan ke garisan penamat. Apabila sampai di garisan penamat, murid dikehendaki meletakkan bola pingpong tersebut masuk ke dalam baldi. Selepas meletakkan bola ke dalam baldi, murid perlu berlari semula ke garisan permulaan. Giliran murid kedua dalam kumpulan masing-masing akan membawa bola pingpong dalam sudu menggunakan mulut. Permainan dijalankan selama satu minit. Kumpulan yang mengumpulkan bola pingpong yang paling banyak dikira sebagai pemenang. 2. Tarik Bola dengan Gelung Permainan bermula apablia tiupan wisel dibunyikan. Murid dikehendaki membawa bola dengan cara menarik bola dengan menggunakan gelung menuju ke arah skitel dan bergerak semula balik ke garis permulaan. Murid kedua akan melakukan pergerakan yang sama sehingga murid terakhir. Murid dibenarkan berjalan atau berlari semasa menarik bola. Kumpulan yang paling cepat menamatkan satu pusingan dikira sebagai pemenang. 3. Lari Kaki Tiga Permainan bermula sebaik sahaja tiupan wisel dibunyikan. Permainan ini dijalankan secara berpasangan. Dua orang murid dikehendaki mengikat sebelah kaki dengan pasangannya. Kedua-dua orang murid perlu melakukan larian dengan kaki diikat dari garis permulaan ke garis penamat. Setiap pasangan dalam kumpulan masing-masing melakukan aktiviti yang sama sehingga satu pusingan tamat. Sekiranya ikatan tali dibuka semasa larian, pasangan tersebut hendak bermula di garis permulaan semula. Kumpulan yang paling cepat menamatkan permainan dikira sebagai pemenang. 4. Ketam Kembar

Upload: pei-woon

Post on 15-Dec-2015

262 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

syarat

TRANSCRIPT

Page 1: Syarat Permainan Kecil New

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERMAINAN KECIL

1. Permainan Bawa Bola Pingpong Dalam Sudu

Permainan dimulakan apabila isyarat “MULA”diberikan.

Murid dikehendaki membawa bola pingpong di dalam sudu menggunakan mulut

dari garisan permulaan ke garisan penamat.

Apabila sampai di garisan penamat, murid dikehendaki meletakkan bola

pingpong tersebut masuk ke dalam baldi.

Selepas meletakkan bola ke dalam baldi, murid perlu berlari semula ke garisan

permulaan.

Giliran murid kedua dalam kumpulan masing-masing akan membawa bola

pingpong dalam sudu menggunakan mulut.

Permainan dijalankan selama satu minit.

Kumpulan yang mengumpulkan bola pingpong yang paling banyak dikira

sebagai pemenang.

2. Tarik Bola dengan Gelung

Permainan bermula apablia tiupan wisel dibunyikan.

Murid dikehendaki membawa bola dengan cara menarik bola dengan

menggunakan gelung menuju ke arah skitel dan bergerak semula balik ke garis

permulaan.

Murid kedua akan melakukan pergerakan yang sama sehingga murid terakhir.

Murid dibenarkan berjalan atau berlari semasa menarik bola.

Kumpulan yang paling cepat menamatkan satu pusingan dikira sebagai

pemenang.

3. Lari Kaki Tiga

Permainan bermula sebaik sahaja tiupan wisel dibunyikan.

Permainan ini dijalankan secara berpasangan.

Dua orang murid dikehendaki mengikat sebelah kaki dengan pasangannya.

Kedua-dua orang murid perlu melakukan larian dengan kaki diikat dari garis

permulaan ke garis penamat.

Setiap pasangan dalam kumpulan masing-masing melakukan aktiviti yang sama

sehingga satu pusingan tamat.

Page 2: Syarat Permainan Kecil New

Sekiranya ikatan tali dibuka semasa larian, pasangan tersebut hendak bermula di

garis permulaan semula.

Kumpulan yang paling cepat menamatkan permainan dikira sebagai pemenang.

4. Ketam Kembar

Permainan bermula sebaik sahaja tiupan wisel dibunyikan.

Secara berpasangan, murid meletakkan sebiji bola di bahagian abdomen.

Murid dikehendaki menolak dan mengawal bola sambil bergerak ke sisi menuju

ke arah skitel.

Apabila sampai ke skitel, murid berlari ke garis permulaan bagi menghantar bola

kepada pasangan seterusnya.

Permainan akan diteruskan sehingga pasangan terakhir.

Tangan tidak dibenarkan menyentuh atau menahan bola semasa permainan

dijalankan.

Kumpulan yang paling cepat menamatkan permainan dikira sebagai pemenang.

5. Finger Waterfall

Permainan bermula sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel.

Hanya air dalam baldi yang disediakan oleh ajk pengelola sahaja digunakan

sepanjang permainan. Penggunaan air selain daripada itu dilarang sama sekali

dan penyertaan dibatalkan.

Murid bergilir-gilir membawa air menggunakan span dan masukkan air ke dalam

botol mineral kosong yang disediakan.

Murid dibenarkan berlari/berjalan semasa membawa span tersebut ke kawasan

botol air.

Permainan dijalankan selama lima minit.

Kumpulan yang mendapat jumlah air yang paling banyak dikira sebagai

pemenang.