syarahan plurariti dan pru-13 oleh dato' dr siddiq fadzil, sempena penganjuran konvensyen...

Upload: angkatan-belia-islam-malaysia-abim

Post on 03-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Syarahan Plurariti Dan PRU-13 Oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil, Sempena Penganjuran Konvensyen Pencerdasan Rakyat: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memart

    1/10

    1

    DEMOKRASI, PLURALITI DAN PRU-13

    Siddiq FadzilPresiden Wadah Pencerdasan Umat (WADAH)

    (Teks ucapan di Konvensyen Pencerdasan Rakyat, di DewanKompleks Belia dan kebudayaan, Shah Alam, pada 9hb.Mac 2013).

    Pilihan raya dalam sistem demokrasi adalah hari kebesaran kuasa rakyat. Ia harus

    disambut dengan semangat hormat terhadap suara rakyat, yang bukan lagi suara anjingmenyalak bukit, tetapi suara berdaulat yang membawa kata putus, sebagai aktualisasi

    prinsip al-sha`b masdar al-sultah (rakyat adalah sumber kekuasaan). Tetapi pilihan rayahanya akan benar-benar menjadi hari kuasa rakyat, apabila rakyat dapat menggunakan

    hak demokratiknya dengan bebas dan cerdas, bijaksana dan penuh rasa tanggungjawab.

    Dalam kaitan inilah relevannya gerakan pencerdasan rakyat untuk memungkinkanmereka membuat pertimbangan yang adil dan rasional, dan seterusnya menentukanpendirian dan pilihan yang tepat. Dengan demikian barulah pilihan raya dapat menjadi

    mekanisme demokrasi yang menghasilkan pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat, untukrakyat.

    Demokrasi dan Media

    Dalam era kekuasaan media, rakyat seringkali tidak dapat melihat sesuatu dalam realitiseadanya. Banyak negara yang masih mengamalkan pilihan raya, tetapi tidak

    mengamalkan kebebasan media (freedom of the press), yang diamalkan adalahkebebasan daripada media (freedom from the press) dalam pengertian pemerintah yangbebas daripada kritik dan sorotan media. Media yang telah kehilangan kebebasan dan

    diperburuk dengan kehilangan etika tidak lagi mampu memaparkan kebenaran, tetapilebih banyak bertindak sebagai alat propaganda politik, termasuk menghitamkan yang

    putih dan memutihkan yang hitam. Demikianlah orientasi sebahagian media masa kinisehingga kita harus mengajak rakyat lebih tekun berdo`a: Rabbana arina l-haqqa

    haqqan wa rzuqna ttiba`ah, wa arina l-batila batilan wa rzuqna jtinabah (Ya Tuhan,

  • 7/29/2019 Syarahan Plurariti Dan PRU-13 Oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil, Sempena Penganjuran Konvensyen Pencerdasan Rakyat: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memart

    2/10

    2

    perlihatkan kami kebenaran itu nyata benarnya dan kurniakan kami keupayaanmengikutinya, dan perlihatkan kami kebatilan itu nyata batilnya dan kurniakan kami

    keupayaan menghindarinya). Kebebasan media adalah bahagian integral daripadademokrasi. Kerana itu pilihan raya tanpa kebebasan media hanya akan menghasilkan

    pemerintahan yang kehilangan legitimasi demokratik (democratic legitimacy).

    Sebagai image maker media selalu melakukan pencitraan palsu sehingga yang tampakbukan citra hakiki sebuah parti, dan bukan wajah asli seseorang calon. Pemalsuan citra

    yang begitu berleluasa, pasti akan mencederai demokrasi, kerana ia bererti menafikanhak rakyat mendapatkan maklumat yang benar, lengkap dan seimbang tentang calon

    dan parti yang bertanding. Bagaimana mungkin rakyat akan membuat pilihan yang tepatjika sudah tertipu dengan pencitraan kosmetik media propaganda.

    Mengundi Sebagai Kesaksian

    Dilihat dari perspektif agama, mengundi dalam pilihan raya bukan sekadar hak, yang

    boleh diterima dan boleh pula ditolak. Lebih daripada itu sebagaimana yang ditegaskanoleh al-Shaykah Yusuf al-Qaradawiy, ia adalah kewajiban pelaksanaan kesaksian

    (shahadah)yang tidak boleh ditolak apabila dipanggil, Dan janganlah saksi-saksiitu menolak apabila dipanggil. -- al-Baqarah:282. Tidak keluar mengundi

    bererti menyembunyikan kesaksian (katm al-shahadah), suatu kesalahan berat yangdicela dalam al-Quran, Dan janganlah kamu menyembunyikan kesaksian, kerana

    barangsiapa menyembunyikannya, sungguh, hatinya kotor (berdosa) --- al-Baqarah: 283. Kesaksian dalam konteks pilihan raya bererti pernyataan sikap dan

    penilaian yang jujur terhadap kelayakan seseorang calon dan partinya, berdasarkankriteria asas: qawiyyun amin (kuat dan dapat dipercaya) dan hafizun `alim (berintegriti

    moral dan berkompetensi intelektual). Kerana itu yang harus layak bukan hanya calon

    dan parti, tetapi juga pengundi-pengundinya yang harus memenuhi syarat kesaksian yangterumus pada kata al-`adl(keadilan), dan persaksikanlah dengan dua orang saksiyang adil di antara kamu -- al-Talaq:2. Kesaksian adalah amanah. Mengundi parti

    atau calon yang tidak layak adalah penghkhianatan terhadap amanah yang menepatiistilah qawla zur (kesaksian palsu) dalam al-Quran. Memberikan kesaksian palsu

    adalah dosa berat yang digandingkan dengan syirik sebagaimana yang firmankan olehAllah s.w.t., ,maka jauhilah (penyembahan) berhala-berhala yang najis itu dan

    jauhilah perkataan dusta. -- al-Hajj:30. Ternyata mengundi dalam pilihan raya tidakhanya memerlukan kefahaman serba-serbi tentang demokrasi, tetapi juga kesedaran

    tanggungjawab moral. Justeru, kesaksian harus dilaksanakan dengan jujur, semata-matakerana Allah, bukan kerana kepentingan diri, kaum kerabat dan suku-sakat, dan

    hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah. --. al-Talaq:2. Untukmemungkinkan rakyat melaksanakan tanggungjawab kesaksiannya dalam pilihan raya,

    mereka tidak boleh naf -- tidak mengerti bahasa politik, tidak mampu memahami sepakteranjang serta simpang-siur politik, dan tidak dapat mengenal mana wajah asli dan mana

    wajah hiasan citra kosmetik. Ranah politik memang banyak jebakan dan jerangkapsamarnya, ada angguk yang bererti tidak, ada geleng yang bermakna ia, dan banyak

    sumpah yang mengandung fitnah.

  • 7/29/2019 Syarahan Plurariti Dan PRU-13 Oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil, Sempena Penganjuran Konvensyen Pencerdasan Rakyat: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memart

    3/10

    3

    Demokrasi hanya akan sihat dan subur di tengah rakyat yang sedar, cerdas, jujur danenlightened. Demokrasi akan mati dalam oreintasi politik ke-fir`aun-an yang

    mengekalkan kekuasaan dengan strategi pembodohan rakyat, (Dengan yang demikian)maka Fir`aun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya

    mereka itu adalah kaum yang fasiq derhaka.. -- al-Zukhruf:54. Rakyat yang telah

    lama diperbodoh tidak lagi mampu membezakan keadilan daripada kezaliman, merekatidak tahu bahawa hak-hak asasinya dirampas, dan tidak sedar kekayaannya dirompak.Yang mereka tahu siapa yang memberikan wang adalah orang baik yang wajar disokong,

    tanpa menyedari bahawa si pemberi sebenarnya adalah penyamun yang telah merompakhabis harta-bendanya. Jadilah mereka rakyat yang senasib dengan kaum Nabi Hud `a.s.

    yang setia menyokong kezaliman, dan (mereka) menuruti perintah semua penguasayang sewenang-wenang lagi durhaka. -- Hud:59; atau menjadi rakyat yang bodoh

    sombong seperti kaum Nabi Nuh `a.s., dan mereka mengikuti orang-orang yangharta dan anak-anaknya hanya menambah kerugian baginya. -- Nuh:21.

    Perubahan Politik dan Politik Perubahan

    Bagi warga gerakan Islam, yang penting bukan sekadar perubahan politik dalam ertipertukaran parti pemerintah semata-mata. Yang diperjuangkan oleh gerakan Islam

    adalah politik perubahan dalam pengertian berlakunya perubahan hakiki ke arahaktualisasi cita-cita Islamiah -- prinsip dan nilainya, hukum dan maqasidnya. Aspirasi

    politik gerakan Islam adalah tegaknya prinsip kebebasan dan keadilan, suburnya nilai-nilai moral amanah, ketelusan dan kesederhanaan; terjaminnya keselamatan dan

    ketertiban, dan terlaksananya pemerintahan rule of law yang religius dan berintegriti.Politik perubahan yang kita perjuangkan meliputi realisasi maqasid al-shari`ah dalam erti

    yang setepat dan selengkapnya, bukan sekadar slogan-sloganan dan pidato-pidatoan.

    Objektif memelihara jiwa (hifz al-nafs) harus dilaksanakan dalam pengertian bukansekadar melindungi nyawa, tetapi juga jaminan kualiti hidup yang selayaknya sebagaimanusia bermaruah dan bermartabat. Objektif memelihara agama (hifz al-din) harus

    dilaksanakan dalam pengertian pendaulatan dan penghayatan ajaran-ajarannya di segalaranah kehidupan. Objektif memelihara akal (hifz al-`aql) harus dilaksanakan dalam

    pengertian membangun daya fikir dan membina rakyat yang cerdas dan enlightened.Objektif memelihara harta (hifz al-mal) harus dilaksanakan dalam pengertian

    pembangunan ekonomi dan pengawalan kekayaan negara dari pembaziran, pembolotandan segala bentuk penyelewengan. Objektif memelihara keturunan (hifz al-nasl) pula

    harus dilaksanakan dalam pengertian pembinaan generasi yang bersih, kuat dan terdidikdengan sempurna.

    Sistem Dua Parti

    Yang harus menjadi perhitungan utama dalam demokrasi elektoral adalah khidmat yanglebih baik untuk rakyat. Untuk itu parti pemerintah perlu disaingi dan ditandingi oleh

    parti alternatif yang kuat, a formidable force yang sewaktu-waktu bolehmenggantikannya sebagai pemerintah. Kehadiran dua kekuatan politik yang seimbang

  • 7/29/2019 Syarahan Plurariti Dan PRU-13 Oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil, Sempena Penganjuran Konvensyen Pencerdasan Rakyat: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memart

    4/10

    4

    adalah penting untuk memacu persaingan memberikan khidmat yang lebih baik untukrakyat. Tanpa saingan dan tandingan yang bererti, parti yang berkuasa akan berasa

    terlalu selesa dan seterusnya akan mengalami penurunan komitmen dalam memberikankhidmat yang lebih baik. Keadaan seperti itu akan menumbuhkan sikap taken for

    granted, sudahnya rakyat akan memilih kita juga, kerana tidak ada alternatif.. Dengan

    kata lain, dalam konteks masa kini, sistem dua parti adalah suatu keperluan bagimenjamin wujudnya persaingan yang realdan bererti. Rakyat akan mendapat khidmatyang lebih baik dalam politik yang memungkinkan berlakunya pertukaran kuasa

    pemerintahan dari semasa ke semasa.

    Politik Baru dan Tahaluf Siyasiy

    Setelah lebih setengah abad merdeka, rakyat Malaysia mulai memperlihatkan tanda-tanda keinginan menerokai politik baru. Politik kapitalisme kroni dan perkauman sempit

    tidak lagi dapat dipertahankan dalam arus kebangkitan politik moral dan idealismekeadilan dan kebersamaan. Tahaluf siyasiy (pakatan politik) Muslim-bukan Muslim

    dalam ranah politik plural adalah suatu eksperimen yang wajar diberi ruang dalamkonteks politik baru yang realistik berasaskan nilai-nilai luhur yang disepakati bersama.

    PRU-12 telah memperlihatkan isyarat bermulanya politik pembebasan dari kepompongpolitik perkauman. Rakyat membuat pilihan tidak lagi berasaskan kaum, tetapi

    berasaskan idealisme -- keadilan dan kebebasan, maruah dan martabat keinsanan,integriti moral dan pelayanan yang lebih baik.

    Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, kehadiran warga bukan Muslim harus

    diakui sebagai realiti yang diambilkira dalam penggagasan sebarang formula politik.

    Umat Islam yang semakin terdedah kepada wacana-wacana politik Islam kontemporari,semakin bersikap terbuka dan bersedia untuk menjalin kerjasama politik dengan wargabukan Muslim. Ternyata antara impak terbesar fenomena kebangkitan Islam adalah

    kefahaman yang lebih mendalam terhadap ajaran Islam, termasuk dasar-dasar politiknya.Sikap mejauhi golongan bukan Muslim semata-mata kerana ketidak-Islaman mereka

    telah berubah setelah memahami hakikat konsep ukhuwwah (persaudaraan) yang luas,meliputi persaudaraan seagama, persaudaraan sebangsa, persaudaraan setanahair dan

    persaudaraan kemanusiaan sejagat. Al-Quran tidak hanya menyebut persaudaraankeagamaan (Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara) al-Hujurat:10,

    tetapi menyebut juga persaudaraan kebangsaan lewat pengkisahan tentang hubunganantara para anbiya dan mursalin (Nuh, Lut, Hud dan Salih `a.s.) dengan kaum masing-

    masing yang menolak dakwah, (tetap dalam kekafiran kesyirikan) tetapi masih dianggapsaudara, (akhuhum Nuh) al-Shu`ara: 105, 106, (akhuhum Lut) -- al-

    Shu`ara: 160,161, (akhuhum Hud) -- al-Shu`ara:124, dan ( akhuhum Salih ) --al-Shu`ara:142. Kata akhuhum dalam ayat-ayat tersebut bererti saudara.

    Memang tidak semua orang bukan Muslim itu musuh, malah tidak sedikit yang

    memperlihatkan semangat setiakawan sehingga kaum Muslimin berasa terharu dengankebaikannya. Ketika Rasulullah s.`a.w. menderita kelaparan dalam kepungan dan

  • 7/29/2019 Syarahan Plurariti Dan PRU-13 Oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil, Sempena Penganjuran Konvensyen Pencerdasan Rakyat: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memart

    5/10

    5

    pemulauan oleh Quraysh di Shi`b Abi Talib selama tiga tahun tanpa bekalan makanan,seorang bukan Muslim, Hisham ibn `Amr al-`Amiriy tidak sampai hati menyaksikan

    kezaliman yang ditimpakan ke atas saudara-saudara sebangsanya. Beliau nekadmelanggar larangan Quraysh demi simpatinya terhadap umat Islam yang kelaparan.

    Setiap malam, setelah semua orang tidur nyenyak Hisham menghantarkan bekalan

    makanan sebanyak yang terdaya dibawa oleh seekor himarnya. Nama Hisham ibn `Amral-`Amiriy abadi dalam sejarah sebagai orang bukan Muslim yang berjasa besarmeringankan derita umat Islam ketika tidak ada orang yang sanggup melakukannya.

    (Khalid, `Amr, 2006:70)

    Tahaluf siyasiy dalam konteks masyarakat majmuk yang mengamalkan demokrasielektoral tentunya akan membawa kepada pembahasan isu pengangkatan calon bukan

    Islam sebagai wakil rakyat. Dalam kaitan ini al-Shaykh Dr. Yusuf al-Qaradawiymengatakan bahawa isu pengangkatan wakil rakyat tidak sampai dan tidak termasuk

    dalam bab imarah atau wilayah. Wakil rakyat bukan amir,bukan wazirdan bukan jugawali. Ia hanya mewakili sejumlah warga di kawasan tertentu. Tugasnya hanya

    menyuarakan kepentingan rakyat yang diwakilinya, kalau pun ikut menggubal undang-undang, ia tidak melibatkan hukum-hakam agama yang dinaskan secara muhkam. (Al-

    Qaradawiy, Yusuf, 1999: 194-195).

    Seandainya pengangkatan mereka sebagai wakil rakyat akan berhujung denganpelantikan mereka sebagai menteri sekalipun, ia tidak menjadi isu, kerana pada zaman

    tamadun Islam dahulu pun, para ulama mengharuskan pelantikan orang bukan Islam (ahlal-dhimmah) sebagai menteri pelaksana (wazir al-tanfidh). Sejarah mencatatkan ramai

    orang bukan Islam yang menjadi menteri dalam kerajaan Abbasiyah, dan tidak adabantahan ulama terhadap mereka. Memberikan kepercayaan dengan tanggungjawab

    tertentu kepada orang bukan Islam yang memang boleh dipercaya tidak perlu

    dipermasalahkan. Jika lelaki Muslim boleh mengahwini wanita bukan Muslimkitabiyyah, bukankah itu juga bererti mempercayakan tugas pengurusan rumahtanggadan tanggungjawab keibuan kepada orang bukan Islam?

    Sebagai sesama warganegara, hak dan tanggungjawab -- Muslim dan bukan Muslim -

    - pada asasnya adalah sama. Demikianlah ketetapan yang berasaskan prinsip: lahum malana, wa `alayhim ma `alayna (mereka berhak mendapat apa yang kita dapat, dan

    mereka memikul tanggungjawab yang sama kita pikul). Agama memang tidakmenghalang memberikan pelayanan yang baik dan adil kepada warga bukan Muslim,

    andainya mereka tidak memperlihatkan sikap permusuhan dan penentangan terhadapkaum Muslimin. Demikianlah yang difirmankan oleh Allah:

    Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku

    adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu

    dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari

    kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah Mencintai

    orang-orang yang berlaku adil. -- al-Mumtahanah:8.

  • 7/29/2019 Syarahan Plurariti Dan PRU-13 Oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil, Sempena Penganjuran Konvensyen Pencerdasan Rakyat: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memart

    6/10

    6

    Merujuk ayat tersebut al-Shaykh Yusuf al-Qaradawiy menyebut bahawa berbuat baikdan berlaku adil terhadap warga bukan Islam sedemikian itu termasuklah pemberian

    ruang untuk mereka menganggotai majlis-majlis perwakilan. (Al-Qaradawiy, Yusuf,1999: 195). Dengan semangat ayat tersebut juga kita boleh membuat rumusan bahawa

    berbuat baik dan berlaku adil terhadap warga bukan Muslim termasuk juga menepati janji

    untuk saling mendukung dalam kerjasama politik, khususnya dalam pilihan raya.Justeru, menepati janji adalah bahagian daripada tuntutan syara`.

    Mengadakan tahaluf siyasiy dengan golongan bukan Muslim bukanlah suatu bid`ahpolitik yang tidak berdasar. Sebelum diutus membawa risalah Islam Nabi s.`a.w. sudah

    berpatisipasi dalam Hilf al-fudul, sebuah pakatan di kalangan orang-orang musyrikinArab untuk menghadang pencerobohan dan melindungi kaum mustad`afin. Sesudah

    diangkat menjadi Rasul, Junjungan s.`a.w. mengenang peristiwa tersebut dengan penuhrasa penghargaan terhadap pakatan yang bermotif kebaikan itu dengan bersabda,

    Andainya sesudah Islam (sekarang ini) aku dipanggil untuk menyertai (pakatan) sepertiitu lagi, nescaya aku akan menyahutnya.

    Dalam amalan demokrasi di negara ini, ketua kerajaan tidak dipilih secara langsung oleh

    rakyat menerusi pilihan raya. Pengangkatannya dilakukan menerusi wakil-wakil rakyatdi parlimen. Kerana itu pilihan raya umum menjadi sangat penting kerana ia juga terkait

    dengan pengangkatan orang no.1 negara yang banyak menentukan untung nasib rakyatdan negara. Rakyat tentunya menginginkan negara ini dipimpin oleh tokoh yang bersih,

    berwibawa dan berkompetensi, bukan sekadar tokoh selebriti politik. Untuk mencapaikeinginan tersebut, mengundi dalam pilihan raya umum harus juga didasarkan pada

    perhitungan memilih wakil yang dapat menjadi saluran terpilihnya ketua kerajaan yangmenepati atau yang lebih menghampiri kualiti qawiyyun amin dan hafizun `alim.

    Mekanisme Pilihan Raya dan Budaya Politik

    Untuk menjayakan demokrasi elektoral kita memerlukan mekanisme pilihan raya yangbersih, cekap dan berkecuali. Mekanisme pilihan raya harus benar-benar mampu

    menghasilkan pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat untuk rakyat; mekanisme yang dapatmenjamin bahawa yang naik adalah yang terbaik. Dengan demikian kemenangan yang

    diraih oleh seseorang calon atau sesebuah parti, benar-benar jelmaan kemenanganrakyat. Pilihan raya yang bersih akan menggembirakan semua pihak kerana yang

    menang bukan wang, bukan rasuah, bukan kecurangan dan bukan penipuan, tetapiyang menang adalah demokrasi yang memang diperjuangkan oleh semua.

    Dalam kaitan ini kita harus menyuarakan keprihatinan terhadap biaya pilihan raya yang

    terlalu mahal, sehingga yang selalu menjadi masalah ketika menghadapi pilihan rayaadalah soal dana. Pilihan raya yang mahal akan membuka pintu rasuah seluas-luasnya.

    Ia akan mengundang pelaburan para pemilik dana (kapitalis/korporat/cukong), danapabila berlaku persekongkolan politik dengan bisnes, bererti kiamatlah moral politik.

    Justeru, moral politik tidak akan laku di tengah kemeriahan pasar jual-beli undi.

  • 7/29/2019 Syarahan Plurariti Dan PRU-13 Oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil, Sempena Penganjuran Konvensyen Pencerdasan Rakyat: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memart

    7/10

    7

    Ketika ini wang seolah-olah sudah menjadi bahasa politik. (tidak ada wang, tidak adapolitik!). Wanglah yang menjadi tonggak kekuatan politik, wanglah penentu elektibiliti

    parti dan akhirnya wang jugalah yang menentukan pemenangnya. Dalam budaya politikkorup seperti itu wang dapat membeli segala-gala: suara rakyat, lawan politik, jentera,

    media dan segalanya. Pilihan raya adalah kesempatan terbaik merebut peluang melabur

    dalam politik (pilihan raya) untuk mendapat pulangan dalam bentuk projek dan kontrakkerajaan selepas pilihan raya. Budaya politik wang akhirnya akan berakibatterbentuknya kerajaan yang korup. Untuk melindungi kuasa yang korup institisi-

    institusi penegak undang-undang dilemah dan dilumpuhkan. Itulah yang akan berlakukepada institusi-institusi seperti kepolisan, kehakiman, jabatan peguam negara, SPRM,

    SPR dan lain-lainnya. Demikianlah transformasi yang akan terjadi, dari agen penegakkeadilan dan ketertiban menjadi alat melindungi korupsi. Justeru, kekuatan institusi-

    institusi ini akan mengancam kelangsungan kuasa yang korup.

    Apabila politik sudah menjadi sejenis bisnes orang berduit, tertutuplah peluang untukmendapatkan pemimpin yang baik, bermoral dan berintegriti. Para pelabur tidak akan

    mendanai pemimpin yang kuat dan pro-rakyat, sebaliknya mereka akan membiayaipemimpin tajaan mereka sendiri yang nanti akan dapat mereka kuasai. Ini bukan

    mimpi, tetapi realiti yang telahpun terjadi. Fenomena penguasaan orang bisnes ke atasahli-ahli politik inilah yang diungkapkan oleh Noreena Hertz dalam bukunya, The Silent

    Takeover: Global Capitalism and the Death of Democracy. Beliau mengatakan,

    Politicians are increasingly seen as impotent, irrelevant,and dishonest. People see their government as unable to

    deliver what they promie, obsessed with unimportant issuesand internal politicking, riddled with corruption, clinging

    to outmoded notions of authority, and increasingly in the

    pockets of businesspeople. The distinction betweenincompetence and dishonesty is becoming blurred as, incountry after country, senior politicians are discovered to

    have engaged in corrupt practices. (Hertz, Noreena, 2003:121)

    Dalam budaya politik yang dikuasai oleh duit, mereka yang tidak mahu menjadi calon

    tajaan kaum berduit harus menyingkir meskipun berkualiti dan berpotensi menjadipemimpin yang baik.

    Tidak kurang memprihatinkan adalah gejala politik kekerasan. Demokrasi seharusnya

    menjadi pentas adu kekuatan idea, bukan otot dan lengan. Politik samseng adalahpengkhianatan terhadap prinsip dan nilai demokrasi elektoral. Politik adu kekuatan

    fizikal adalah amalan masyarakat yang tidak bertamadun. Parti-parti politik yangmenjunjung prisip dan nilai demokratik seharusnya mampu membina massa demokrat

    yang menghormati aturan main yang bersih dan beradab. Yang pertama dan utamaadalah memenangkan demokrasi itu sendiri. Manusia demokrat tulen tidak akan sanggup

    mencederai demokrasi atau melukai warga pengamal demokrasi, semata-mata keranaingin memenangkan diri dan kelompok sendiri. Rakyat yang setia kepada nilai dan

  • 7/29/2019 Syarahan Plurariti Dan PRU-13 Oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil, Sempena Penganjuran Konvensyen Pencerdasan Rakyat: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memart

    8/10

    8

    norma demokrasi harus tegas menolak politik kekerasan, termasuk politik mengancam,mengugut, manakut-nakutkan dan lain-lainnya.

    Perjuangan menegakkan demokrasi tidak boleh dipisahkan daripada perjuangan

    pencerdasan dan pemberdayaan rakyat. Justeru, demokrasi hanya akan punya erti jika

    rakyat memiliki kekuatan daya fikir dan keberanian bersikap. Para pendukungdemokrasi harus siap melawan pembodohan dan pemiskinan. Politik yang didukunggolongan yang bodoh dan miskin akan mengekalkan kebodohan dan kemiskinan. Bagi

    mereka warganegara yang efektif, cerdas, kritis dan tidak bergantung adalah bahaya yangakan menggugat kekuasaan yang sewenang-wenang. Memang survival penguasa yang

    zalim selamanya bergantung pada kebodohan dan kemiskinan rakyat. Rakyat yangmiskin dan yang bodoh selalu mengundi atas pertimbangan kepentingan peribadi dan

    habuan jangka pendek yang bersifat kebendaan, bukan atas pertimbangan jangka panjangyang bersifatpublic virtues, kebaikan bersama atau maslahah `ammah

    Gerakan Islam dan Misi Demokratisasi

    Gerakan Islam yang setia pada misi taghyir al-munkar, merubah kemungkaran (rasuah,fitnah, kezaliman, penindasan, pemborosan dan yang sejenisnya), harus menggunakan

    hak demokratiknya mengundi dalam pilihan raya dengan niat suci melaksanakan amanatNabi s.`a.w., Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia merubahnya

    Gerakan Islam tidak seharusnya menjadi alat mempertahankan kebobrokan. Merelakandiri diperalat untuk motif sedemikian itu adalah suatu penodaan terhadap kemurnian

    risalah dan sekaligus pengkhianatan terhadap idealisme perjuangan kader-kaderIslamis.

    Gerakan Islam juga turut memikul tanggungjawab meratakan pendidikan demokrasi.Rakyat harus disedarkan bahawa demokrasi adalah prinsip, nilai dan mekanisme yangperlu di pelajari, difahami dan dihayati secara murni dan konsisten. Demokrasi bukan

    sekadar pilihan raya, yang dilaksanakan asal jadi, atau asal ada. Yang dituntut bukanpilihan raya asal-asalan, tetapi pilihan raya yang bersih, adil dan efisien. Rakyat perlu

    lebih kritis terhadap SPR agar institusi tersebut menjadi lebih berwibawa, berintegritidan bermaruah sebagai badan pelaksana yang berkecuali dan adil. Rakyat perlu dididik

    dengan budaya politik yang sihat menerusi semangat persaingan fa stabiqu l-khayrat,penegakan moral politik dan seterusnya penolakan terhadap politik fitnah, politik wang

    dan politik curang.

    KAU INI BAGAIMANA

    ATAU

    AKU HARUS BAGAIMANA

    Kau ini bagaimana?Kau bilang aku merdeka, kau pilihkan untukku segalanya

    Kau suruh aku berpikir, aku berpikir kau tuduh aku kapirAku harus bagaimana?

  • 7/29/2019 Syarahan Plurariti Dan PRU-13 Oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil, Sempena Penganjuran Konvensyen Pencerdasan Rakyat: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memart

    9/10

    9

    Kau bilang bergeraklah, aku bergerak kau curigaiKau bilang jangan banyak tingkah, aku diam saja kau waspadai

    Kau ini bagaimana?Kau suruh aku pegang prinsip, aku memegang prinsip kau tuduh aku kaku

    Kau suruh aku toleran, kau bilang aku plin-plan

    Aku harus bagaimana?Kau suruh aku maju, aku maju kau srimpung kakikuKau suruh aku bekerja, aku bekerja kau ganggu aku

    Kau ini bagaimana?Kau suruh aku taqwa, khutbah keagamaanmu membuat aku sakit jiwa

    Kau suruh aku mengikutimu, langkahmu tak jelas arahnyaAku harus bagaimana?

    Kau suruh aku menghormati hukum, kebijaksanaanmu menyepelekannyaKau suruh aku berdisiplin, kau menyontohkan yang lain

    Aku harus bagaimana?Kau bilang Tuhan sangat dekat, kau sendiri memanggilnya dengan pengeras suara

    tiap saatKau bilang kau suka damai, kau ajak aku setiap hari bertikai

    Aku harus bagaimana?Kau suruh aku membangun, aku membangun kau merusaknya

    kau suruh aku menabung, aku menabung kau menghabiskannyaKau ini bagaimana?

    Kau suruh aku menggarap sawah, sawahku kau tanami rumah-rumahKau bilang aku harus punya rumah, aku punya rumah kau meratakannya dengan tanah

    Kau ini bagaimana?Aku kau larang berjudi, permainan spekulasimu menjadi-jadi

    Aku kau suruh bertanggungjawab, kau sendiri terus berucap wallahu a`lam bissawab

    Kau ini bagaimana?Kau suruh aku jujur, aku jujur kau tipu akuKau suruh aku sabar, aku sabar kau injak tengkukku

    Aku harus bagaimana?Kau suruh aku memilihmu sebagai wakilku, sudah kupilih kau bertindak semaumu

    Kau bilang kau selalu memikirkanku, aku sapa saja kau merasa tergangguKau ini bagaimana?

    Kau bilang bicaralah, aku bicara kau bilang aku ceriwisKau bilang jangan banyak bicara, aku bungkam kau tuduh aku apatis

    Aku harus bagaimana?Kau bilang kritiklah, aku kritik kau marah

    Kau bilang cari alternatifnya, aku kasih alternatif kau bilang jangan mendikte sajaKau ini bagaimana?

    Aku bilang terserah kau, kau tidak mahuAku bilang terserah kita, kau tak suka

    Aku bilang terserah aku, kau memakikuKau ini bagaimana?

    (K.H.A.Mustofa Bisri, 1987)

  • 7/29/2019 Syarahan Plurariti Dan PRU-13 Oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil, Sempena Penganjuran Konvensyen Pencerdasan Rakyat: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memart

    10/10

    10

    Rujukan:

    Al-Mawardiy, Abu al-Hasan `Aliy ibn Muhammad ibn Habib. t. t. Al-Ahkam al-Sultaniyyah wa al-Wilayat al-Diniyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.

    Al-Mu`askariy, Abu Ahmad Muhammad Balqard ibn Ahmad. 2005. Mafhum al-

    Hizbiyyat al-Siyasiyyah wa hukmuha fi al-Islam. Al-Jazair: Dar al-Khalduniyyah.

    Al-Qaradawiy, Yusuf. 1999. Min Fiqh al-Dawlah fi al-Islam. Kaherah: Dar al-Shuruq.

    George, Cherian. 2012. Freedom from the Press: Journalism and State Power inSingapore. Singapore: NUS Press

    Hertz, Noreena. 2003. The Silent Takeover: Global Capitalism and the Death of

    Democracy. New York: Harper Business.

    Khalid, Amr. 2006. `Ala Khuta l-Habib S.`A.W. Beirut: Al-Dar al-`Arabiyyah li al-`Ulum.