peranan wakil rakyat

26
ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKA SURAT 1. PENGHARGAAN 2. ISI PERBINCANGAN I. DEMOKRASI DAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN II. PARLIMEN DAN DEWAN NEGARA III. KEMPEN IV. WAKIL RAKYAT 3. PENUTUP 4. RUJUKAN 5. LAMPIRAN

Upload: farahliyanarahim24

Post on 27-Dec-2015

491 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

FOLIO

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN WAKIL RAKYAT

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT1. PENGHARGAAN2. ISI PERBINCANGAN

I. DEMOKRASI DAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN

II. PARLIMEN DAN DEWAN NEGARA

III. KEMPENIV. WAKIL RAKYAT

3. PENUTUP4. RUJUKAN5. LAMPIRAN

Page 2: PERANAN WAKIL RAKYAT

PENGHARGAAN

Assalamualaikumwarahmatullah.

Alhamdullilah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana limpah

kurnianya ,selawat dan salam ke atas baginda junjungan Nabi Muhammad SAW.Syukur kepada

Allah Taala kerana memudahkan proses menyiapkan tugasan ini.

Ucapan yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang sering memberi

sokongan,nasihat,pertolongan dan pencetus semangat dalam menyandang tanggungjawab

sebagai pelajar.Tanpa kalian,sudah tentulah tugasan ini menemui kegagalan.walaupun kalian

berada jauh dari kami,suara kalian tetap menemani kami dan memberi kekuatan dalam setiap

cabaran yang kami hadapi.Insyaallah,doa kami sebagai anak-anak kalian ialah agar kalian

mendapat tempat di syurga Firdaus kelak.Amin Ya Rabb.

Tidak lupa juga kepada Puan Che Nor Kharsiah,selaku Pensyarah Pengajian Malaysia

yang menjadi tunggak utama dalam menyelesaikan tugasan ini.Tanpa bantuan beliau,setiap isi

pasti agak sukar di fahami dan dihuraikan.Tanpa penerangan beliau yang bersungguh-

sungguh,pasti tugasan ini tidak dapat di jalankan dengan baik sekalinya.semoga rahmat Allah

sentiasa bersamanya sekeluarga di dunia dan di akhirat.

Kepada rakan sama-sama berganding bahu menyiapkan kerja kursus ini,jutaan terima

kasih di ucapkan atas usaha kalian.Setiap bahagian kerja dalam tugasan ini di bahagi dengan

baik,dan kaian juga telah berusaha menyiapkan bahagian kalian dengan baik sekali.Bukan itu

sahaja,kalian turut membantu rakan lain menyiapkan bahagian mereka.itu sudah cukup

menunjukkan semagat kerjasama dalam kumpulan ini.Syabas di ucapkan.

Kepada mana-mana pihak yang terlibat secara langsung dan tidak secara langsung,terima

kasih juga kami ucapkan.Kalian yang memuat naik gambar-gambar berkaitan,artikel dari sumber

yang sahih dan informasi yang terkini sangat-sangat membantu kami dalam menyiapkan tugasan

ini.

Dengan itu di harapkan tugasan ini mendapat penilaian yang terbaik hasil kerjasama kami

dalam kumpulan dan hasil usaha kami bersama-sama.

Sekian,terima kasih.

Page 3: PERANAN WAKIL RAKYAT

PENDAHULUAN

Konsep perasingan kuasa merupakan satu dokrin mengenai pemerintahan

berpelembagaan yang mengesyorkan perasingan kuasa dan fungsi pemerintahan agar ia tidak

tertumpu kepada individu atau sesebuah lembaga sahaja.Ini diperlukan utuk menjamin

pemerintahan tidak bersifat mutlak.Pada tanggapan umum,penumpuan akan bekisar pada

kelainan fungsi yang dijalankan oleh badan atau intitusi yang berlainan.Fungsi-fungsi ini

dijalankan leh badan-badan tertentu mengikut bidang kuasa masing-masing.Menurut

teori,terdapat tiga badan atau intitusi yang terdapat di mana-mana pemerintah.

Pertama,badan perundangan yan berfungsi sebagai pembuat undang-undang dan

meminda undang-undang yang sedia ada agar tidak ketinggalan zaman.Dengan kata lain ia

bertanggungjawab untuk membuat peraturan-peraturan yang akan diamalkan disesebuah

Negara.Intitusi ini juga mempunyai kuasa untuk menyelia segala tindakan pemerintah atau raja

agar ia mematuhi kehendak dasar yang diluluskan oleh dewan perundangan.Namun,ia tidak

boleh menyerapkan kuasanya kepada badan lain.

Kedua,badan pentadbiran atau eksekutif Negara menjalankan kuasa dan mengamalkan

undang undang yang diluluskan oleh dewan perundangan. Ia juga perlu menguatkuasakan segala

keputusan badan kehakiman yang mungkin memberi keputusan yang bertentangan dengan

kehendak badan eksekutif mahupun badan perundangan .Di Amerika Syarikat, sistem

pemerintahannya bercorak presiden – kongres dan eksekutif eksekutif digelar presiden

Page 4: PERANAN WAKIL RAKYAT

Ketiga, badan kehakiman menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan dan

memberi keputusan yang muktamat. Badan kehakiman, bagaimana akan berpandukan kepada

undng undang yang diluluska oleh dewan perundangan atau berpandukn berpelembagaan Negara

semasa menjalankan tugas mereka.selain itu, badan kehakiman jugak mempunyai kuasa untuk

mengawal badan eksekutif dan badan perundangan. Dalam hal ini ,badan kehakiman dapat

menjatuhkan hukuman keatas para pegawai pemerintah termasuk eksekutif Negara yang tidak

menjalankan tugas dengan sempurna atau jika ia menyeleng daripada tugasnya yang telah

ditetapkan dalam pelembagaan.

Mengikut pembahagian kuasa yang ketat, seorang yang mengangotai badan perundangan,

hanya boleh menganggotai sesuatu badan tertentu sahaja begitu juga dengan keanggotai badan

pemerintahan dan kehakiman, anggota satu badan tetentu tidak boleh menanggotai. Di samping

itu, anggota mana mana satu badan tertentu tidak boleh mencampuri atau mempengaruhi

kegiatan badan yang lain. Kedua dua aspek ini diakui oleh pencipta pencipta pelembagaan

Amerika Syarikat. Menurut Montesquieu lagi dengan pengasingan kuasa, ketiga tiga badan akan

mempunyai kuasa setimpal dengan badan yang lain.

Oleh yang demikian keadilan di Negara dapat di kecapi bersama.jika tidak, pemerintah

akan menjadi kucar-kacir dan kemudian menjadi lumpuh.beliau juga berpendapat,hanya dengan

perasingan kuasa kemutlakkan kuasa pemerintahan dan kezaliman dapat di bending.nyata

sekali,doktrin ini seperti yang di gariskan oleh Montesquieu membayangkan keadaan yang ideal.

Page 5: PERANAN WAKIL RAKYAT

DEMOKRASI

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan

struktur kerajaan adalah ditentukan olehrakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal

sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negaraatau kerajaan yang

mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Demokrasi secara ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan

seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir

pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan

yang bebas dari kehendak rakyat).

SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja

Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem

ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga

bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau

Eksekutif.Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi

berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri

Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang,

Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara

Malaysia.Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing,

seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah

tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-

perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan

institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-

raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran

Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah

Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah

Persekutuan.Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara

dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan

Page 6: PERANAN WAKIL RAKYAT

tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri .

Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat

Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.Parlimen Persekutuan mengandungi Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan

Rakyat.Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang.

Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan

Parlimen.Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk

memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam

satu penggal yang kemudiannya.

Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan

sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan

bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis

boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.Parlimen Persekutuan

merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih

dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya

selepas Pilihanraya Umum.Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya

dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi

memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil

bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.

Page 7: PERANAN WAKIL RAKYAT

PARLIMEN

Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan dan ia membuat undang-

undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.Parlimen meluluskan undang-undang

persekutuan,membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-

dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang

baru.Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara

nasional.Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawabnya dengan sepenuhnya dan

dengan lebih berkesan,Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian

yang dipanggil “Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen” di dalam dewan. Keistimewaan ini terpakai

bagi kedua-dua dewan secara keseluruhannya dan untuk ahli-ahli Parlimen secara

individu.Kedua-dua dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing,mempuyai kuasa

mutlak atas prosiding masing-masing dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-

mana mahkamah dan dewan boleh mengenakan hukumn ke atas pelanggaraan hak keistimewaan

atau “contempt” di dalam dewan tersebut.Ahli Parlimen adalah terkecuali dari tindakan

mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau dilakukannya di dalam

dewan , dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi dewan itu.

Parlimen terdiri dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara.Sebagai satu badan perundangan,

Parlimen terdiri daripada Yang Di Pertuan Agong, Dewan Rakyat(dianggotai oleh ahi-ahli yang

dipilih melalui pilihanraya), dan Dewan Negara (dianggotai oleh ahli-ahli Dewan Negeri dan

ahli-ahli yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong).Tempoh Parlimen hanya kekal selama lima

tahun dan dipanggil, ditangguh dan dibubarkan oleh Yang Di Pertuan Agong.Parlimen Malaysia

terdiri daripada dua buah dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.Tugas utama Dewan

Rakyat adalah untuk meluluskan undang-undang, menentukan belanjawan Negara dan

mengawasi perjalanan pentadbiran kerajaan.

DEWAN NEGARA

Tugas utamanya ialah membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan

oleh Dewan Rakyat dan juga bagi membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan

umum.Menurut Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan,Dewan Negara tidak mempunyai kuasa

menolak undang-undang tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-undang yang

telah diluluskan oleh Dewan Rakyat seblum dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk

Page 8: PERANAN WAKIL RAKYAT

diperkenankan, contohnya Rang Undang Undang Kewangan.Tempoh penangguhan oleh Dewan

Negara ialah 30 hari, bagi rang undang-undang yang lain tempohnya ialah setahun.Menurut

Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara mempunyai 69 orang anggota yang

dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong daripada kalangan rakyat yang berjaya di dalam ikhtisas

dan juga wakil kaum minority seperti wakil orang asli.Dalam perlantikan tersebut Yang Di

Pertuan Agong akan mengikut nasihant Perdana Menteri.Manakal 29 orang anggota yang dipilih

oleh Dewan Undangan Negeri daripada 13 buah negeri,2 orang daripada Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur dan seorang wakil daripada Wilayah Persekutuan Labuan.Seseorang yang dilantik

sebagai Ahli Dewan Negara hendaklah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun dan tempoh

perkhidmatan mereka ialah selama 3 tahun.

KEMPEN

Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen,

seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh

dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam

sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai

kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan

Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-

pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini

dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang

wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang

wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.

Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan

ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan

umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-

peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan

jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi

memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-

petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti

dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-

calon dan petugas-petugas parti.

Page 9: PERANAN WAKIL RAKYAT

WAKIL RAKYAT

Wakil rakyat adalah seorang yang dipilih dalam pilihan raya untuk menjadi wakil

penduduk di kawasan pilihan rayanya (constituency). Mereka mempunyai tanggungjawab yang

penting iaitu untuk menyuarakan masalah masyarakat di kawasan yang mereka wakili serta

berperanan dalam penggubalan undang-undang.Seseorang wakil rakyat mungkin seorang Ahli

Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen. Wakil rakyat menjadi jurucakap rakyat

yang diwakilinya dan beliau mempunyai satu kerusi di Dewan Undangan Negeri atau di Dewan

Rakyat (di Parlimen).

Gelaran bagi seseorang wakil rakyat ialah Yang Berhormat atau "YB", yakni sama

seperti senator juga. Suatu ketika dahulu terdapat kecenderungan untuk menterjemahkan

maksud YB daripada Yang Berhormat kepada Yang Berkhidmat. Namun setakat mana kejayaan

usaha tersebut tidak dapat dipastikan.Pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12, sebanyak 222

kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan di seluruh negara

(tidak termasuk Sarawak yang mengadakan pilihan raya kerajaan negerinya secara berasingan).

Hal ini bermakna selepas keputusan pilihan raya tersebut diketahui, Malaysia akan mempunyai

727 orang wakil rakyat baru (tidak termasuk Sarawak yang mempunyai 71 kerusi dewan

undangan negeri).

Mengikut definasi, wakil-wakil rakyat sama-ada untuk kerusi Parlimen atau kerusi

Dewan Undangan Negeri di pilih oleh rakyat dalam satu latihan demokrasi menjelang

pilihanraya umum yang diadakan 5 tahun sekali.Bila kita memilih wakil rakyat, kita sebenarnya

memilih seorang pemimpin yang dapat mewakili kita di dalam menyuarakan keperluan kita

kepada kerajaan yang merupakan suara kita di dalam pentadbiran politik. Wakil rakyat perlu

mempunyai kebolehan serta keterampilan yang boleh menjalankan tugasan pentabiran masaalah

kita untuk diketengahkan kepada Dewan Negeri atau Parlimen. Kita memilih wakil rakyat bukan

memilih parti politik. Tetapi wakil rakyat perlukan sokongan parti, yang dapat membantu wakil

rakyat dari segi sokongan jentera sumber manusia serta “networking” yang membolehkan wakil

rakyat berkhidmat kepada rakyat dengan berkesan.

Page 10: PERANAN WAKIL RAKYAT

Antara ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada kepada wakil rakyat adalah:  Wakil rakyat

perlu memahami keperluan asas penduduk setempat. Perlu faham kaedah analisa SWOT...dalam

menilai kawasan DUN atau Parlimen masing-masing. SWOT Analysis mengambil pendekatan

memahami setiapa S – Strgenth / Kekuatan / W – weakness / kelemahan / O- Oppurtunity  /

Peluang dan T-Threat – Ancaman di kawasan masing-masing. Wakil rakyat perlu menpunyai

sistem maklum balas yang cekap di dalam menguruskan kawasan masing-masing.   Wakil rakyat

haruslah mempunyai PR – Public Relations dengan seluruh penduduk yang berbilang bangsa dan

harus ada EMPHATY iaitu sifat dapat menjiwai hasrat rakyat yang mereka wakili.   Wakil rakyat

sepatutnya kurang berpidato tetapi harus cekap dalam urusan pentadbiran di dalam

menyelesaikan semua masaalah rakyat dengan cara yang sistematik dan pragmatic. Wakil rakyat

perlu arif di dalam menstrukturkan suasana serta perlu jelas dengan segala perancangan yang

bakal ditunaikan bagai membawa pembahruan kepada kawasan-kawasan yang mereka

wakili.  Wakil rakyat bertindak sebagai peace maker di dalam menyatukan rakyat dan mengawasi

keseluruhan kelakuan rakyat di kawasan yang diwakili dengan sering member maklumat-

maklumat yang membantu rakyat memahami segala perancangan kerajaan untuk mereka.Wakil

rakyat harus menerangkan segala dasar-dasar serta polisi-polisi kerajaan kepada rakyat di

kawasan yang diwakili bagi mengelakkan segala salah faham yang mungkin berlaku hasil

daripada ketiadaan maklumat yang mencukupi atau maklumat tidak sampai kepada rakyat

disebabkan jaluran perhubungan terputus antara rakyat dan pentadbiran kerajaan.

Page 11: PERANAN WAKIL RAKYAT

  Wakil rakyat yang dipilih haruslah disokong oleh kerajaan yang memerintah bagi

memudahkan wakil rakyat mendapatkan bantuan kerajaan memerintah untuk perkara-perkara

yang melibatkan pembangunan bagi kebaikan rakyat di kawasan yang diwakili.Wakil rakyat

perlu ada tanggapan social yang jelas di mana beliau amat memahami segala kehendak serta

aspirasi rakyat di kawasan yang diwakilinya.Wakil rakyat perlu mempunyai tahap kecerdasan

yang tinggi di mana kelulusan akademik yang bersesuaian perlu ada bagi tujuan memudahkan

wakil rakyat menjalankan tugas memahami tanggung jawap sebagai seorang pemimpin,

mengeluarkan idea-idea yang bernas di dalam menangani masaalah-masaalah rakyat serta

berkebolehan mencetuskan satu revolusi pemikiran rakyat yang mampu mendidik rakyat

memahami segala kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan bagi kebaikan rakyat di kawasan yang

diwakili.

 Wakil rakyat perlu mempunyai emosional yang stabil serta tidak boleh mempunyai

kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat. Perjuangan wakil rakyat adalah perjuangan

rakyat bukan perjuangan peribadi atau perjuangan kekeluargaan.  Wakil rakyat perlu

berwawasan. Wawasan tersebut perlu kepada tenaga untuk direalisasikan dan dari tenaga dating

keupayaan untuk melaksanakan apa sahaja yang dijanjikan.  Wakil rakyat juga perlu memainkan

peranan di dalam melaksanakan lima peranan utama seorang wakil rakyat iaitu :

1.       Peranan dalam aspek politik

2.       Peranan dalam aspek pembangunan

3.       Peranan dalam aspek sosio-ekonomi

4.       Peranan dalam aspek pentadbiran dan pengurusan organisasi

5.       Peranan dalam aspek kemasyarakatan dan agama

Page 12: PERANAN WAKIL RAKYAT

PERANAN WAKIL RAKYAT

Semua wakil rakyat di Malaysia mewakili parti politik tertentu dalam dewan

perundangan.Sebagai pemimpin komuniti,negeri dan kebangsaan,wakil rakyat mempunyai

peranan penting kepada parti yang diwakilinya dan masyarakat Malaysia.Namun,wujud pelbagai

isu dan masalah dalam parti yang boleh menjejaskan pencapaian dan prestasi parti dalam pilihan

raya.Wakil rakyat mempunyai tanggungjawab besar dalam menyelesaikan konflik dalaman dan

berkemampuan untuk membawa kejayaan kepada parti yang dipimpinnya.

Berhubung perkara itu,suatu kajian tinjauan telah dijalankan menggunakan soal selidik

untuk mendapat maklumbalas daripada responden.Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah

persampelan bertujuan melibatkan ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.Hasil kajian

mendapati masalah yang berlaku dalam parti adalah disebabkan oleh persaingan jawatan parti

yang cenderung membawa kepada isu politik wang dan konflik kempipimpinan.

Wakil rakyat juga menghadapi masalah apabila ada segelintir ahli dan wakil rakyat

bertindak keluar parti,di samping saingan sengit daripada parti lawan.Sebagai pemimpin

parti,wakil rakyat mempunyai tanggungjawab yang besar kepada parti seperti yang disarankan

oleh Stilborn(2002) untuk menangani cabaran-cabaran tersebut.Jika isu dan masalah tersebut

gagal ditangani,ia boleh membawa kesan buruk kepada parti dan wakil rakyat itu sendiri dalam

pilihan raya akan dating.Jadi,kemampuan menyelesaikan isu dan cabaran dalam parti

menunjukkan kualiti.

Dalam sistem demokrasi berparlimen,peranan wakil rakyat tidak hanya dalam Parlimen

dan Kabinet.Dalam konteks politik kepartian,lazimnya peranan wakil rakyat dal kedua-dua

institusi politik ini dibayangi oleh kedudukannya dalam parti politik.Dalam Parlimen,wakil

rakyat bukan sahaja mewakili suara rakyat yang telah memilihnya,tetapi turut mewakili

kepentingan parti politik yang disertainya.Dalam parti politik,wakil rakyat mempunyai peranan

dan tanggungjawab yang sangat besar.Antaranya mengekalkan kepercayaan dan sokongan rakyat

kepada parti berterusan,di samping meningkatkan prestasi parti dalam pilihan raya sehingga

mampu membentuk kerajaan

Page 13: PERANAN WAKIL RAKYAT

.Semua matlamat politik itu tidak dapat dicapai tanpa sokongan rakyat.Jadi,diktum

demokrasi adalah berpewakilan.Diatas prinsip inilah wakil rakyat mempunyai tanggungjawab

kepada komuniti yang telah diwakilinya.Merekalah yang berperanan memastikan wakil rakyat

itu boleh kekal dalam pilihan raya akan datang atau sebaliknya.Justeru itu,wakil rakyat perlu

memastikan kualiti dan prestasio perkhidmatan adalah memuaskan,disamping daya

kempimpinan yang dinamik demi memenuhi kehendak rakyat kerana ia menjamin masa depan

politik wakil rakyat tersebut kemahiran kepimpinan yang dimiliki wakil rakyat

Apabila selesainya majlis angkat sumpah dan perasmian Majlis Parlimen oleh Yang Di

Pertuan Agong,maka bermulalah urusan Parlimen(Dewan Rakyat dan Dewan Negara) yang

menjadi medan perbahasan di kalangan wakil rakyat sama ada Barisan Nasional(BN) ataupun

pembangkang (merujuk kepada Perkara 62 Perlembagaan Persekutuan).Persoalannya,apakah

peranan dan tugas ahli Parlimen? Ringkasnya,apabila membincangkan mengenai peranan dan

tugas wakil rakyat,ia sebenrnya menyentuh mengenai peranan Parlimen itu sendiri.

Apabila selesainya majlis angkat sumpah dan perasmian Majlis Parlimen oleh Yang di-

Pertuan agong, maka bermulalah urusan Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) yang

menjadi medan perbahasan di kalangan wakil rakyat sama ada di pihak Barisan Nasional (BN)

ataupun pembangkang (merujuk kepada Perkara 62 Perlembagaan Persekutuan).Persoalannya,

apakah peranan dan tugas ahli Parlimen? Ringkasnya, apabila membincangkan mengenai

peranan dan tugas wakil rakyat, ia sebenarnya menyentuh mengenai peranan Parlimen itu

sendiri.Dalam konteks sistem demokrasi di Malaysia yang mengamalkan doktrin percantuman

kuasa seperti yang diamalkan oleh Britian dan negara-negara Komanwel, ia mewujudkan suatu

keadaan yang mana wakil rakyat itu mempunyai dua peranan dalam satu masa yang sama.

Page 14: PERANAN WAKIL RAKYAT

Peranan sebagai anggota Parlimen dan peranan sebagai anggota Kabinet. Situasi ini ada

baik dan buruknya dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara.Bagaimanapun, Jemaah

Menteri atau Kabinet adalah bertanggungjawab kepada Parlimen (Perkara 43(4) Perlembagaan).

Dalam hal ini, kedudukan Parlimen itu lebih tinggi daripada Kabinet - dari segi

teorinya.Persoalannya, antara Kabinet dan Parlimen yang manakah lebih dominan? Jika dari segi

praktiknya, tentulah Kabinet yang lebih dominan dalam doktrin percantuman kuasa.Wakil rakyat

yang menganggotai Kabinet akan kembali bersuara di Parlimen untuk membincangkan selain

daripada rang undang-undang, tetapi juga mengenai dasar-dasar pentadbiran.Parlimen hanya

bertindak sebagai pengecap mohor kepada usul yang telah dikemukakan oleh ahli Kabinet di

Parlimen.

Justeru itu, dalam konteks demokrasi berparlimen maka amat mustahak untuk parti

pemerintah memperolehi majoriti dua pertiga kerusi Parlimen bagi memastikan mudah untuk

mereka membuat keputusan dan meminda Perlembagaan.Namun, peranan wakil rakyat masa kini

semakin luas dan bertambah berat. Ia bukan lagi menyentuh peranan mereka di Parlimen atau

DUN semata-mata, tetapi mereka juga berperanan sebagai ahli Kabinet atau ahli Exco Kerajaan

Negeri.Selain itu, wakil rakyat juga turut mempunyai atau menyandang pelbagai jawatan di

peringkat parti masing-masing.Ada pula wakil rakyat yang berperanan di peringkat antarabangsa

seperti Perdana Menteri pernah menjadi Pengerusi OIC dan NAM. Malah, dalam PBT (sebagai

Ahli Majlis) pun ada yang dilantik di kalangan wakil rakyat.Ini menunjukkan bahawa wakil

rakyat di Malaysia berperanan di peringkat tempatan, nasional dan antarabangsa.Apa yang

penting wakil rakyat dapat memberikan khidmat dengan cemerlang, berkualiti dan menjaga

integriti mereka sebagai perwakilan yang lebih dikenali sebagai Yang Berhormat atau YB.

Page 15: PERANAN WAKIL RAKYAT

Sebelum ini, tidak banyak pihak mengambil berat tentang kehadiran wakil rakyat di

Dewan Rakyat (Parlimen) sehinggalah Barisan Nasional (BN) mengalami detik cemas semasa

proses meluluskan Bajet 2010.Kegagalan ahli Parlimen BN menghadirkan diri menyebabkan

hanya 66 undi menyokong berbanding dengan 63 undi pembangkang menolaknya. Selepas itu,

barulah pelbagai macam suara, kritikan, cadangan dan tidak kurang pula yang mahu wakil rakyat

BN yang terlibat diambil tindakan tegas.

Bermula dari situ, lebih banyak pihak menyalahkan wakil rakyat kerana tidak hadir

dalam sesi perbahasan tersebut. Apa yang sering diperdebatkan dan diwar-warkan di media

massa lebih kepada mencari jalan untuk 'mendenda' wakil rakyat yang ponteng dan bagaimana

'memaksa' mereka hadir. Sebaliknya, amat kurang pihak cuba memahami peranan wakil rakyat

dalam sistem demokrasi berparlimen dan kaitannya dengan kaedah simple majority yang

diamalkan di negara ini.Dalam sistem demokrasi berparlimen, pilihan raya merupakan kaedah

pemilihan pemimpin dan seterusnya pembentukan kerajaan. Dalam hal ini, kaedah simple

majority digunakan dalam dua keadaan

. Pertama, digunakan untuk mengira undi bagi menentukan calon yang akan memenangi

kerusi yang dipertandingkan walaupun hanya dengan kelebihan satu undi. Mandat yang

diperoleh itu adalah amanah rakyat dan wakil rakyat perlu memikul tanggungjawab sebagai

perwakilan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan sebaik-baiknya.Kedua,

kaedah simple majority digunakan dalam menentukan parti mana yang boleh menubuhkan

kerajaan. Ini boleh dilihat dalam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12. Walaupun BN gagal

memperoleh majoriti dua pertiga daripada 222 kerusi Parlimen, namun ia berhak menubuhkan

kerajaan. Bagaimanapun, kerajaan yang memiliki majoriti kecil tidak kukuh. Jika ada wakil

rakyat melompat parti atau tidak lagi menyatakan sokongan, kerajaan itu akan hilang majoriti

dan perlu ditukar.

Page 16: PERANAN WAKIL RAKYAT

Selain membahaskan usul dan rang undang-undang di Parlimen atau DUN, peranan wakil

rakyat adalah menubuhkan kerajaan. Peranan itu perlu diterima oleh semua individu khususnya

dalam sistem demokrasi. Wakil rakyat juga berperanan sebagai wakil kerajaan walaupun tidak

memegang jawatan dalam Kabinet.Adakalanya mereka akan dipanggil untuk menjadi duta ke

luar negara dan wakil kerajaan dalam mana-mana persidangan. Justeru itu, peranan wakil rakyat

semakin bertambah dan tidak lagi terhad di Parlimen atau DUN sahaja, bahkan mereka juga

terlibat dalam soal pentadbiran atau dalam bidang kuasa eksekutif. Ini ada hubungkait dengan

doktrin percantuman kuasa yang diamalkan dalam sistem demokrasi berparlimen.

Bertitik tolak daripada pendekatan simple majority kepada doktrin percantuman kuasa, ia

masih tidak mampu untuk memberikan kefahaman yang jelas tentang peranan wakil rakyat

dalam sistem demokrasi berparlimen.Jika peranan wakil rakyat hanya sekadar di Parlimen atau

memegang jawatan eksekutif (Kabinet), ia senang difahami. Tetapi, adakalanya wujud persepsi

dan perspektif berbeza mengenai peranan wakil rakyat. Bagi rakyat, peranan dan tugas wakil

rakyat hendaklah sentiasa bersama rakyat.Mereka perlu datang meninjau sendiri apa masalah

yang dialami oleh rakyat. Sedia menghulurkan bantuan bukan sekadar tenaga, tetapi wang

ringgit. Wakil rakyat perlu sanggup bersama-sama rakyat misalnya menghadiri majlis kenduri

kendara, keramaian, kematian, dan sebagainya. Adakah itu tugas wakil rakyat? Adakah itu akan

dijadikan ukuran oleh kerajaan untuk menentukan tahap pencapaian atau KPI wakil rakyat?

Hakikatnya, itu bukan tugas dan peranan wakil rakyat. Semua itu sekadar kerelaan mereka untuk

bersama rakyat dan menyelami apa yang dialami oleh masyarakat. Peranan wakil rakyat adalah

membahas, membincang dan menyuarakan apa yang berlaku dalam masyarakat di Parlimen atau

DUN, selain menyokong dan meluluskan rang undang-undang dan dasar yang dibentangkan.

Page 17: PERANAN WAKIL RAKYAT

RUJUKAN

1.Buku/majalah/artikel

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang(2010),Kerajaan dan Pengajian

Antarabangsa,Majalah Pemikir,Universiti Utara Malaysia.

2.Internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Demokrasi

http://sukosenseipa.blogspot.com/2010/11/pentadbiran-persekutuan-jentera.html

http://pasns.blogspot.com/2012/09/apakah-tugas-serta-tanggungjawab.html

http://notaanda.blogspot.com/2010/03/apa-itu-parlimen.html