persepsi pelajar berkenaan karamah dan sihir

27
PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH DAN SIHIR AZUBIR BIN OMAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ibn-omar

Post on 14-Nov-2015

257 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Islamic Thought

TRANSCRIPT

  • PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH DAN SIHIR

    AZUBIR BIN OMAR

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • iPERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH DAN SIHIR

    AZUBIR BIN OMAR

    Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syaratpenganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

    Fakulti PendidikanUniversiti Teknologi Malaysia

    APRIL 2009

  • ii

  • iii

    DEDIKASI

    Segala puji-pujian hanya pada Mu Ya Allah

    Ku panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang tak terkiraSelawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w

    Teristimewa buat Ayahanda & Bonda Tersayang..Jasa dan pengorbanan serta doa kalian azimat kekuatan bagiku,

    Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala pengorbanan yang tidak ternilai ini.

    Buat kekanda dan adinda..Janganlah leka dengan kenikmatan hidup yang sementara ini,

    Tidak lupa buat Pensyarah dan Guru. Terutamanya Dr. Arieff Salleh Bin Rosman..Sekalian yang tidak pernah jemu mendidik dan mencurahkan ilmu,

    Terima kasih atas segala tunjuk ajar.Halalkan segala ilmu yang pernah ku pelajari.

    Sahabat-sahabat seperjuangan..Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tujuk ajar kalian.Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku buat selama-lamanya..

  • iv

    PENGHARGAAN

    Segala puji bagi Allah, rahmat dan salam semoga dicurahkan selalu kepadaSaidina Muhammad utusan Allah.

    Pertama dan selama-lamanya dirafakan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaAllah S.W.T kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya dapat juga saya menyiapkantugasan Projek Sarjana Muda yang bertajuk Persepsi Pelajar SPI UTM BerkenaanKaramah Dan Sihir. Mudah-mudahan usaha ini mendapat keberkatan dan keredaandari Allah dan menjadi salah satu ibadah kepadaNya.

    Di kesempatan yang mulia ini, dengan rasa rendah diri ingin saya mengucapkanribuan terima kasih yang tidak terhingga khas buat penyelia yang saya sanjungi danhormati, Dr.Arieff Salleh Bin Rosman di atas segala dorongan, pandangan dan tunjukajar yang tidak pernah jemu di sepanjang penyelidikan projek penulisan ini. Seterusnyaterima kasih buat rakan-rakan, sahabat seperjuangan kerana sokongan dan idea yangmembina di sepanjang penyelidikan ini. Semoga usaha dan cita-cita mencapai matlamatyang diimpikan.

    Akhir kata, semoga segala yang diusahakan ini mendapat penilaian yangsewajarnya dan segala kelemahan dan kekurangan dipohonkan kemaafan dari saya yangsememangnya lemah dan masih memerlukan ilmu dan tunjuk ajar.

    Sekian WassalamAZUBIR BIN OMAR

  • vABSTRAK

    Karamah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya yang soleh dan bertakwa sedangkansihir pula diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang fasik dan bertujuanmenyesatkannya. Secara umumnya masyarakat didapati keliru dalam membezakanperkara-perkara yang luar biasa khususnya berkenaan karamah dan sihir. Oleh itu kajianini penting untuk mengkaji persepsi pelajar SPI terhadap karamah dan sihir. Objektifkajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi mahasiswa SPI terhadap maksudkaramah dan sihir, tindak tanduk yang berlaku dalam karamah dan sihir sertaperbezaannya, dan untuk mengenalpasti penyelesaian masalah sihir di kalanganmasyarakat. Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan yang timbul dalammasyarakat seperti maksud, tindak tanduk dan perbezaan serta penyelesaian masalahsihir. Kajian yang dijalankan ini berbentuk kuantitatif atau deskriptif dan penyelidikmengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 hingga tahun 4 SPI. Borangsoal selidik yang telah lengkap diisi oleh responden dikutip dan dianalisa menggunakanperisian Statistical Package For Social Science (SPSS) for window version 14.0.Dapatan kajian ini menunjukkan purata min berkenaan persepsi mahasiswa SPI terhadapmaksud karamah dan sihir adalah positif dan nilai purata minnya ialah 4.22. Maklumbalas responden terhadap tindak tanduk yang berlaku dalam karamah dan sihir sertaperbezaannya juga adalah positif dan nilai purata minnya ialah 4.25. Manakala persepsimahasiswa SPI terhadap cara untuk menyelesaikan masalah sihir di kalanganmasyarakat mencatat nilai purata minnya 4.68.

  • vi

    ABSTRACT

    Karamah is given by Allah to His human being that always obeys and scared with Hisrules despite the sihir. Generally the civilizations are confused in comparing those twomiracle aspect. This research is important to investigate the perception among SPIstudents about karamah and sihir. The research objective is to investigate the perceptionabout the meaning of karamah and sihir, the consequence of subject and to investigatethe solution of sihir problem in the society. This research intends to answer the questionthat issued by among people regarding meaning, consequent and problem solving forsihir. This research is descriptive research and 115 samples among year 1 to 4 SPIstudents are taken by the researcher. The questionnaires that been fulfilled by students isanalyze by the Statistical Package for Social Science (SPSS) for window version 14.0.software. The results show that the perception among SPI students about the meaning ofkaramah and sihir is positive and the average mean is 4.22. Moreover the perceptionamong SPI students about the aspect that happen in those subjects and the comparison isalso positive and the average mean is 4.25. Last but not least the perception among SPIstudents about the solution in solving sihir problem in the society is positive and theaverage mean is 4.68.

  • vii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESISPENGESAHAN PENYELIAJUDUL iPENGAKUAN iiDEDIKASI iiiPENGHARGAAN ivABSTRAK vABSTRACT viKANDUNGAN viiSENARAI JADUAL xiSENARAI SINGKATAN xivSENARAI LAMPIRAN xv

    BAB I PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latarbelakang Masalah 21.3 Pernyataan Masalah 31.4 Objektif Kajian 61.5 Persoalan Kajian 61.6 Kepentingan Kajian 71.7 Batasan Kajian 71.8 Definisi Istilah 7

    1.9 Kesimpulan 9

  • viii

    BAB II SOROTAN KAJIAN

    2.0 Pengenalan 102.1 Definisi Karamah 11

    2.2 Wali Allah 12

    2.3 Dalil-Dalil Al-Quran Berkaitan Karamah 142.4 Contoh-Contoh Karamah 202.5 Definisi Sihir 232.6 Dalil-Dalil Al-Quran Dan Sunnah Berkaitan Sihir 24

    2.6.1 DalilDalil Al-Quran 242.6.2 DalilDalil Al-Sunnah 28

    2.7 Ahli Sihir 30

    2.7.1 Cara-Cara Ahli Sihir MendekatkanDiri Dengan Syaitan 32

    2.8 Contoh-Contoh Sihir 332.9 Perbandingan Antara Karamah Dan Sihir 35

    2.9.1 Perbandingan Dari Segi Maksud 352.9.2 Perbandingan Dari Segi Tujuan 36

    2.10 Hikmah Karamah 382.11 Kejadian-Kejadian Luar Biasa Bukanlah

    Dalil Untuk Kewalian 382.12 Bahaya Sihir 392.13 Perbandingan Antara Karamah Dan

    Sihir Secara Umum 402.14 Pendapat Ulama Berkaitan Karamah Dan Sihir 41

    2.14.1 Pendapat Ulama' Berkaitan Karamah 412.14.2 Pendapat Ulama' Berkaitan Sihir 43

    2.15 Penyelesaian Sihir 442.16 Kajian-Kajian Lepas 472.17 Kesimpulan 50

  • ix

    BAB III METODOLOGI KAJIAN MUKA SURAT

    3.1 Pengenalan 523.2 Reka Bentuk Kajian 523.3 Lokasi Kajian 533.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 533.5 Instrumen Kajian 543.6 Prosedur Kajian 573.7 Analisis Kajian 583.8 Kesimpulan 58

    BAB IV ANALISIS DATA

    4.1 Pengenalan 594.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang

    Responden 604.3 Analisis Data Bahagian B Berkaitan

    Persepsi Pelajar SPI Terhadap MaksudKaramah Dan Sihir 63

    4.4 Analisis Data Bahagian C BerkaitanPersepsi Pelajar SPI Terhadap TindakTanduk Yang Berlaku DalamKaramah Dan Sihir Serta Perbezaannya 69

    4.5 Analisis Data Bahagian D BerkaitanPersepsi Pelajar SPI TerhadapCara Untuk Menyelesaikan

    Masalah Sihir Di kalangan Masyarakat 804.6 Analisis Keseluruhan Dan Rumusan

    Min Dapatan Kajian 854.7 Kesimpulan 91

  • xBAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN MUKA SURATCADANGAN

    5.1 Pengenalan 925.2 Ringkasan Kajian 935.3 Perbincangan Hasil Dapatan 93

    5.3.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 945.3.2 Persepsi Pelajar SPI Terhadap

    Maksud Karamah Dan Sihir 955.3.3 Persepsi Pelajar SPI Terhadap

    Tindak Tanduk Yang Berlaku DalamKaramah Dan Sihir Serta Perbezaannya 99

    5.3.4 Persepsi Pelajar SPI Terhadap Cara Untuk Menyelesaikan Masalah

    Sihir Di kalangan Masyarakat 1065.4 Rumusan 1095.5 Cadangan 110

    5.5.1 Peranan Majlis Agama Islam Negeri 1105.5.2 Kementerian Pelajaran Malaysia 1115.5.3 Peranan Individu 111

    5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 1125.7 Kesimpulan 112

    BIBLIOGRAFI 114

  • xi

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    3.1 Jumlah Populasi dan Tahun Program 543.2 Bilangan Sampel Kajian 543.3 Maklumat pembahagian borang soal selidik 553.4 Skala Likert 553.5 Klasifikasi item mengikut persoalan kajian 563.6 Peringkat mata nilai 584.1 Taburan responden mengikut jantina 604.2 Taburan responden mengikut tahun pengajian 604.3 Taburan responden mengikut umur 614.4 Taburan responden mengikut sekolah terdahulu 624.5 Taburan responden mengikut tahap

    pendidikan tertinggi 624.6 Taburan Skor Bagi Item 1 634.7 Taburan Skor Bagi Item 2 644.8 Taburan Skor Bagi Item 3 644.9 Taburan Skor Bagi Item 4 654.10 Taburan Skor Bagi Item 5 654.11 Taburan Skor Bagi Item 6 664.12 Taburan Skor Bagi Item 7 664.13 Taburan Skor Bagi Item 8 674.14 Taburan Skor Bagi Item 9 674.15 Taburan Skor Bagi Item 10 684.16 Taburan Skor Bagi Item 11 684.17 Taburan Skor Bagi Item 12 694.18 Taburan Skor Bagi Item 13 704.19 Taburan Skor Bagi Item 14 70

  • xii

    4.20 Taburan Skor Bagi Item 15 714.21 Taburan Skor Bagi Item 16 714.22 Taburan Skor Bagi Item 17 724.23 Taburan Skor Bagi Item 18 724.24 Taburan Skor Bagi Item 19 734.25 Taburan Skor Bagi Item 20 734.26 Taburan Skor Bagi Item 21 744.27 Taburan Skor Bagi Item 22 744.28 Taburan Skor Bagi Item 23 754.29 Taburan Skor Bagi Item 24 754.30 Taburan Skor Bagi Item 25 764.31 Taburan Skor Bagi Item 26 764.32 Taburan Skor Bagi Item 27 774.33 Taburan Skor Bagi Item 28 774.34 Taburan Skor Bagi Item 29 784.35 Taburan Skor Bagi Item 30 784.36 Taburan Skor Bagi Item 31 794.37 Taburan Skor Bagi Item 32 794.38 Taburan Skor Bagi Item 33 804.39 Taburan Skor Bagi Item 34 814.40 Taburan Skor Bagi Item 35 814.41 Taburan Skor Bagi Item 36 824.42 Taburan Skor Bagi Item 37 824.43 Taburan Skor Bagi Item 38 834.44 Taburan Skor Bagi Item 39 834.45 Taburan Skor Bagi Item 40 844.46 Taburan Skor Bagi Item 41 844.47 Taburan Skor Bagi Item 42 854.48 Persepsi Pelajar SPI Terhadap

    Maksud Karamah Dan Sihir 864.49 Persepsi Pelajar SPI Terhadap

  • xiii

    Tindak Tanduk Yang Berlaku DalamKaramah Dan Sihir Serta Perbezaannya 88

    4.50 Persepsi Pelajar SPI Terhadap CaraUntuk Menyelesaikan Masalah Sihir

    Di kalangan Masyarakat 905.1 Purata Min Berdasarkan Objektif Kajian 109

  • xiv

    SENARAI SINGKATAN

    Cet. - Cetakan

    Ed. - EdisiNom. - NomborPPIPS - Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan SosialS - Setujus.a.w - Sallahu Alaihi WasallamSBP - Sekolah Berasrama Penuh

    Sdn. Bhd. - Sendirian BerhadSMA - Sekolah Menengah Agama

    SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan AgamaSPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)SPM - Sijil Pelajaran MalaysiaSPSS - Statistical Package For Social SciencesSS - Sangat SetujuSTAM - Sijil Tinggi Agama MalaysiaSTPM - Sijil Tinggi Pelajaran MalaysiaSTS - Sangat Tidak SetujuS.W.T. - Subhanahu Wa TaalaTerj. - TerjemahanTP - Tidak PastiTS - Tidak SetujuUTM - Universiti Teknologi Malaysia

  • xv

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN ABorang Soal Selidik

    LAMPIRAN BKebolehpercayaan Kajian Rintis

  • BAB I

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Setiap kejadian yang berlaku di alam ini adalah berpunca dari 'sebab dan akibat'.Seperti terjadinya siang hari apabila matahari terbit di sebelah Timur dan menjelangnyamalam apabila matahari tenggelam di sebelah Barat. Begitu juga manusia jika merasalapar ia kurang bertenaga dan harus makan untuk mengembalikan tenaga tersebut. Iniyang dipanggil sifat semula jadi manusia dan alam. Namun ada juga sesuatu yangberlaku di luar garisan sifat semula jadi manusia dan alam. Ia boleh berlaku atas duaperkara iaitu kemahiran atau latihan yang intensif seperti berjalan di atas seutas tali danterbang di angkasa (kapal terbang) yang menggunakan ilmu sains. Perkara tersebutboleh diperolehi oleh setiap manusia tidak kira bangsa dan agama yang dianutinya,asalkan ia berusaha untuk menuju ke arah tersebut.

  • 2Selain itu terdapat juga kejadian luar biasa yang berlaku kepada manusia ataudapat dilakukan oleh manusia. Seperti mukjizat yang diberikan oleh Allah khususkepada para Nabi dan para Rasul. Sebagai contoh Nabi Musa dengan tongkatnyamembelah sungai Nil, Nabi Isa menghidupkan orang mati dan Nabi Muhammad sawdengan kitab Al-Quran yang mana mukjizat baginda hingga ke hari kiamat.

    Manakala karamah pula diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang soleh danbertakwa. Dalam kehidupan di dunia ini mereka bersifat zuhud iaitu tidak sedikit merasagerun atau takut kepada sesama manusia tetapi amat takut sekali dengan kemurkaanAllah. Malahan terdapat dalam Al-Quran yang mana hanya dengan mendengar namaAllah disebut, hati mereka akan menjadi kecut.

    Sihir pula diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang fasik dan bertujuanmenyesatkannya. Tambahan itu, ia juga merupakan ilmu yang dapat dipelajari dan ialebih condong kepada perkara-perkara negatif.

    Secara umumnya masyarakat didapati keliru dalam membezakan perkara-perkarayang luar biasa khususnya berkenaan karamah dan sihir. Ini kerana terdapat garispemisah yang kabur antara keduanya. Hanya dengan ilmu agama saja yang dapatmenjelaskan garis pemisah yang kabur tadi.

    1.2 Latarbelakang Masalah

    Masa kini, masih wujud persoalan di kalangan umat Islam terhadap perkara-perkara yang menyalahi adat seperti karamah dan sihir. Antara persoalan-persoalan yangtimbul ialah berkenaan makna sebenar kedua-dua perkara tersebut dan isu-isu yangberlegar di sekelilingnya. Selain itu ada dakwaan yang mengatakan karamah dan sihirtidak banyak perbezaan, malahan terdapat ciri-ciri persamaan dalamnya.

  • 3Ramai daripada kalangan orang Islam sendiri yang terkeliru tentang konsep danperbezaan kedua-dua perkara tersebut, kadang-kala masyarakat tidak dapat membezakanyang mana baik dan yang mana mesti dijauhi. Apa yang ingin difokuskan olehpenyelidik adalah salah faham masyarakat berkenaan sihir dan karamah daripada segiperkara-perkara luar biasa yang wujud dalam kedua-dua perkara tersebut.

    Apabila masyarakat gagal membezakan perkara tersebut, maka muncul perkara-perkara yang tidak diingini dalam agama khususnya daripada soal akidah berlaku.Perkara yang paling ditakuti berlaku ialah masyarakat akan terjerumus ke kancah ajaransesat yang mana mereka menjadi taksub ke atas perkara-perkara luar biasa yangditonjolkan oleh guru-guru ajaran sesat ini. Lantaran perkara yang dianggap ajaib yangdipamerkan oleh mereka tetapi sebenarnya adalah ilmu sihir, maka masyarakat akhirnyaakan menjadi sesat bahkan lebih jauh daripada agama Allah.

    Selain itu kebergantungan masyarakat kita dengan ilmu perbomohan tidak dapatdipertikaikan lagi, baik untuk perkara kebaikan apatah lagi untuk perkara-perkara yangmungkar. Seperti sudah menjadi rutin masyarakat kita apabila segala usaha telah dibuatmaka jalan akhir yang didapati adalah dengan berjumpa bomoh. Mungkin perkara-perkara aneh yang dilakukan oleh sebahagian bomoh itu berjaya menarik minat merekauntuk berdamping dengannya. Apa yang dikhuatiri adalah bomoh-bomoh yang tidakberlandaskan ajaran Islam dalam perubatannya. Dalam erti kata lain ialah merekamenggunakan sihir, maka akhirnya akan membawa kesesatan kepada dirinya danmasyarakat yang berada di sisinya.

    1.3 Pernyataan Masalah

    Perkara luar biasa yang ditunjukkan oleh seseorang guru ajaran sesat adalahantara faktor merebaknya ajaran sesat di negara ini. Ini kerana kepercayaan terhadapkuasa sakti, kebolehan-kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh mereka menjadi faktor

  • 4penyebab ajaran mereka dianggap relevan oleh pengikutnya yang jahil dalam didikanagama.

    Sebagai contoh ajaran Ayah Pin yang satu ketika dahulu pernah menggemparkanMalaysia. Ketika Utusan Malaysia menemubual Ariffin Mohamad yang lebih dikenalisebagai Ayah Pin, dia mendakwa boleh mengubati pelbagai penyakit termasuk penyakitjiwa dan ketagihan dadah, selain mampu mengubah suara seseorang itu dari `tidak enakdidengar' kepada suara merdu seperti penyanyi.

    Selain itu, dia turut mendakwa boleh bertukar wajah kepada pelbagai rupa yangdikehendakinya dan boleh menyakiti sesiapa jika dia mahu. Sukar untuk mempercayaiapa yang didakwa oleh ketua ajaran sesat itu tetapi Ayah Pin berjaya memesongkanpemikiran dan akidah ramai orang Islam sehingga menjadi pengikut fanatiknya (UtusanMalaysia, Ahad, 31 Julai 2005).

    Dalam masalah perbomohan pula, apabila masyarakat tidak meminta pertolonganpada pihak yang sepatutnya, tetapi yang dipinta ialah kepada bomoh-bomoh yang nyatamenggunakan sihir dalam perubatannya, maka berlakulah kejadian-kejadian yang tidakdiingini. Masa kini banyak kes dilaporkan yang mengaitkan jenayah rogol, mencabulkehormatan dan pelbagai jenis penipuan ke atas pelanggan-pelanggan mereka yangdianggap sebagai upah dan penggeras atas perkhidmatan yang diberikan.

    Sebagai satu contoh kes penipuan bomoh terhadap pelanggannya ialah apabilaseorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai bomoh mengekalkan pengakuanbersalah terhadap tuduhan menipu seorang wanita sehingga mangsa menyerahkanbarangan kemas dan wang tunai bernilai kira-kira RM45,000. Mengikut pertuduhan, diayang mengaku sebagai bomoh didakwa memperdayakan pelanggannya denganmendorongnya menyerahkan dua utas rantai masing-masing bernilai RM8,887 danRM2,970 serta wang tunai sebanyak RM33,000 sebagai pengeras bagi mengubatipenyakit anaknya (Utusan Malaysia, Selasa, 9 Januari 2007).

  • 5Dalam kes jenayah rogol yang dilakukan oleh bomoh pula, menurut seoranglelaki yang mendakwa dirinya bomoh dihukum penjara 18 tahun dan sebatan 14 kalioleh Mahkamah Sesyen Muar, setelah didapati bersalah merogol seorang pelajaruniversiti di sebuah pusat peranginan di Muar. Hakim Mohamad Haldar Abdul Azizdalam keputusannya berkata, tertuduh, Zulkifly Mustafa, 44, dari Pasir Gudang, didapatibersalah dalam kes itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itumelampaui keraguan munasabah (Utusan Malaysia, Selasa, 6 Febuari 2007).

    Selain itu dalam ilmu perbomohan juga, pemujaan kubur merupakan satu contohaktiviti yang dijalankan oleh tok bomoh dan pelanggan yang menggunakan khidmatmereka. Pemujaan ke atas roh, para wali dan keramat, iaitu menziarahi kubur orang yangdianggap wali dan keramat serta melakukan upacara tradisional, seperti melepaskanayam putih, pulut kuning, bertih dan penyembelihan binatang ternakan ke atas kubur ituserta menyeru roh para wali dan keramat itu agar dapat memberi pertolongan kepadamereka bagi menyampaikan apa-apa hajat mereka dan apabila beroleh kejayaan, merekaakan membayar nazar di atas kubur orang yang dianggap wali dan keramat atau merekamembayar nazar di tempat yang menjadi pujaan mereka.

    Utusan Malaysia yang membongkar kegiatan pemujaan di kubur lama dipercayaimilik Datuk Acheh di Kesang Luar, Jasin dan kubur lama Siti Zubaidah Rambut Panjangdi Merlimau, juga di Jasin memperlihatkan kegiatan pemujaan kubur masih aktif. Apayang menghairankan, ada sesetengah kubur lama tersebut telah menjadi tempatpemujaan sejak sebelum merdeka lagi. Walaupun kegiatan pemujaan yangkebanyakannya untuk tujuan perjudian nombor ekor merupakan kes-kes yang terpenciltetapi ia tidak sepatutnya dibiarkan. Hal ini kerana, kegiatan pemujaan seperti itu akanmenjadi barah dalam masyarakat kita umumnya dan umat Islam di negara ini khususnya(Utusan Malaysia, Khamis, 15 Febuari 2007).

    Daripada masalah-masalah yang dibangkitkan, menunjukkan ketidak fahamandan salah anggap masyarakat dalam hal yang dianggap luar biasa khususnya dalamperkara sihir. Apabila kejadian luar biasa yang berlaku ke atas guru ajaran sesat dan tok

  • 6bomoh dianggap karamah walhal ianya adalah sihir, maka kekeliruan ini seterusnyadapat meruntuhkan nilai-nilai akidah dan akhirnya melemahkan institusi Islam itusendiri. Jadi bagi menjelaskan permasalahan ini maka perlulah dijelaskan dengan lebihterperinci tentang perkara-perkara seperti karamah dan sihir agar masyarakat dapatmembezakan antara perkara-perkara terpuji dan yang terlarang.

    1.4 Objektif Kajian

    Kajian ini bertujuan untuk:1.4.1 Mengetahui persepsi mahasiswa SPI terhadap maksud karamah dan sihir.

    1.4.2 Mengenalpasti persepsi mahasiswa SPI terhadap tindak tanduk yang berlakudalam karamah dan sihir serta perbezaannya.

    1.4.3 Mengenalpasti persepsi mahasiswa SPI terhadap cara untuk menyelesaikanmasalah sihir di kalangan masyarakat.

    1.5 Persoalan Kajian

    Kajian ini dijalankan untuk menjawab soalan-soalan berikut:1.5.1 Apakah persepsi mahasiswa SPI terhadap maksud karamah dan sihir.

    1.5.2 Bagaimanakah persepsi mahasiswa SPI terhadap tindak tanduk yang berlakudalam karamah dan sihir serta perbezaannya.

    1.5.3 Sejauhmanakah persepsi mahasiswa SPI terhadap cara untuk menyelesaikanmasalah sihir di kalangan masyarakat.

  • 71.6 Kepentingan Kajian

    Dapatan kajian ini sangat penting amnya kepada seluruh masyarakat Islam diMalaysia khususnya kepada penyelidik sendiri, pelajar, ibu bapa, masyarakat, wargakampus Universiti Teknologi Malaysia, Jabatan Agama Islam negeri-negeri di Malaysia,dan sebagainya. Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa kepentingan tertentu iaitu :

    1.6.1 Mencadangkan kepada Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS)Universiti Teknologi Malaysia agar memasukkan tajuk karamah dan sihir dalamsilibus Akidah Islamiah.

    1.6.2 Bekerjasama dalam memberi cadangan kepada Jabatan Agama Islam negeri-negeri di Malaysia dalam menyelesaikan permasalahan berkenaan sihir.

    1.7 Batasan Kajian

    Kajian ini melibatkan kesemua mahasiswa Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan(Pengajian Islam) di UTM Skudai, Johor. Mahasiswa yang terlibat adalah mahasiswayang mengikuti kursus ini secara sepenuh masa. Segala keputusan bagi kajian ini hanyaterbatas kepada mahasiswa kursus ini sahaja dan tidak menggambarkan keseluruhanmahasiswa kursus lain di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

    1.8 Definisi Istilah

    1.8.1 Persepsi

    Menurut Kamus Dewan (2002:1025), persepsi bermaksud gambaran ataubayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), tanggapan. Sementara EnsiklopediaGlobal (2001:163) mendefinisikan persepsi sebagai gambaran tentang sesuatu dan

  • 8tanggapan. Persepsi dalam kajian ini ialah pendapat responden tentang sesuatu perkarayang dikaji oleh penyelidik. Iaitu merujuk kepada tanggapan atau pandangan pelajarterhadap karamah dan sihir.

    1.8.2 SPI

    SPI ialah singkatan daripada Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan(Pengajian Islam) iaitu salah satu jurusan yang terdapat di Universiti TeknologiMalaysia. Ia terdiri daripada pelajar Islam lepasan STAM, STPM, Diploma dan Maktabyang ingin menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. SPI dikendalikanoleh Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dengan kerjasama FakultiPendidikan UTM, Skudai.

    1.8.3 Karamah

    Menurut Basri (2003:83), karamah atau keramat adalah satu kejadian luar biasayang dianugerahkan oleh Allah khusus bagi hambaNya yang bertakwa. Matlamatnyaialah supaya dia semakin istiqamah berada di atas jalan Allah dan semakin kuatperjuangannya dalam menegakkan agama Allah.

    1.8.4 Sihir

    Menurut Wahid (1995:16), sihir ialah suatu pemujaan terhadap roh-roh jahat disamping mengharapkan kesaktian luar biasa darinya. Selain itu ia juga merupakanpersepakatan antara ahli sihir dengan syaitan yang mensyaratkan ahli sihir tersebutmelakukan perbuatan-perbuatan haram dan syirik, di samping menyerahkan segalabentuk ketaatan kepadanya (syaitan) demi memperolehi bantuan dan pertolongan yangdihajati.

  • 91.9 Kesimpulan

    Bab satu ini membicarakan tentang tajuk-tajuk yang berkaitan denganpengenalan, latar belakang masalah, penyataan masalah, objektif kajian, persoalankajian, kepentingan kajian, batasan kajian, definisi dan kesimpulan.

    Dengan merujuk kepada bab satu ini, kita akan dapat memahami apa yangsebenarnya yang akan dibincangkan atau dikaji oleh penyelidik. Hal ini adalah denganmerujuk kepada penyataan masalah, objektif kajian dan persoalan kajian. Melaluibahagian definisi istilah juga penyelidik memberi fokus kepada pengertian kajian secaralebih terperinci dan menjadi fokus utama dalam kajian ini.

    Kefahaman yang jelas tentang hakikat karamah dan bahaya sihir bolehmembantu kita memahami beberapa keadaan yang berlaku kepada diri kita dalamkehidupan seharian. Kefahaman ini menjadikan kita lebih bergantung kepada Allah danlebih bersabar serta berhati-hati dalam bertindak.