photo talk azham bin aziz

11
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL TUGASAN INDIVIDU PHOTO TALK Nama Pensyarah : En. Ghazally Bin Spahat Nama Kursus : Pembangunan Kurikulum dalam PTV Kod Kursus : MBE 12503 Nama Pelajar : Azham Bin Aziz Kad Matrik : GB130167 Program : Sarjana Pendidikan Teknikal (MBT) – Pesisir Semester 1, Sesi 2013/2014

Upload: azham-aziz

Post on 13-Apr-2017

166 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Photo talk azham bin aziz

1

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIAFAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL

TUGASAN INDIVIDU

PHOTO TALK

Nama Pensyarah : En. Ghazally Bin Spahat

Nama Kursus : Pembangunan Kurikulum dalam PTV

Kod Kursus : MBE 12503

Nama Pelajar : Azham Bin Aziz

Kad Matrik : GB130167

Program : Sarjana Pendidikan Teknikal (MBT) – Pesisir Semester 1, Sesi 2013/2014

Page 2: Photo talk azham bin aziz

Isi Kandungan

1.0 Tajuk Tugasan....................................................................................................................................3

2.0 Teori Sosial........................................................................................................................................4

3.0 Huraian Gambar.................................................................................................................................5

4.0 Kesimpulan........................................................................................................................................7

5.0 Maklumat Gambar.............................................................................................................................8

6.0 Rujukan..............................................................................................................................................8

2

Page 3: Photo talk azham bin aziz

1.0 Tajuk Tugasan Photo talk

Gambar 1

Gambar 2

3

Page 4: Photo talk azham bin aziz

2.0 Teori Sosial

Phototalk ini menceritakan berkenaan penggunaan teori serta model pengajaran dan

pembelajaran. Saya menggunakan teori sosial untuk menghuraikan penceritaan gambar yang

saya sediakan ini. Teori sosial menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori

behaviorisime bersama teori kognitif.

Teori behaviorisime yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh

Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan

tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga

pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam

makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’dan

‘gerakbalas’yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behaviorisime

menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau

tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah

laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Teori kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang

berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku.

Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis

pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat

umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara

pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan

pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses

pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan. dengan teori kognitif.

Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh teori

sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih

berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi bahawa

aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga

4

Page 5: Photo talk azham bin aziz

aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman

pelajar.

3.0 Huraian Gambar

Sekolah merupakan tempat dimana seseorang pelajar menuntut ilmu pengetahuan.

Sekolah juga merupakan tempat untuk sesorang pelajar meluaskan pergaulan sosial, memupuk

perpaduan antara pelajar yang berbilang kaum dan membentuk sahsiah yang baik. Sekolah

menyediakan pelbagai aktiviti yang akan membentuk sahsiah yang baik kepada pelajar untuk

melahirkan pelajar yang berguna kepada agama, bangsa dan negara pada masa depan. Aktiviti-

aktiviti yang dijalankan di sekolah seperti pelajar dikehendaki berpesatuan, menyertai aktiviti

badan berunifom dan aktiviti kesukanan. Hal ini adalah untuk mendidik seseorang pelajar itu

bagaimana menguruskan sesuatu persatuan atau kelab. Aktiviti-aktiviti ini secara tidak langsung

akan melatih pelajar menjadi seorang pemimpin yang berilmu, berdisiplin dan berkemahiran

pada masa akan datang.

Gambar yang saya sediakan ini ialah satu pasukan badan beruniform yang terdapat SMK

Dato Sri Amar Diraja yang terletak di daerah Muar utara negeri Johor. Pasukan Kadet

Pertahanan Awam ditubuhkan dengan usahasama antara Jabatan Pertahanan Awam(JPAM) dan

Kementerian Pendidikan Malaysia. Tujuan penubuhan Kadet Pertahanan Awam ini secara

khususnya untuk melahirkan modal insan yang berdisiplin dan terlatih dibawah Perlaksanaan

Dasar Pendidikan1979 memberi fokus kepada keberkesanan pelaksanaan dasar pendidikan yang

dapat melahirkan masyarakat bersepadu, berdisiplin dan terlatih. Justeru itu,

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan supaya penerapan nilai-nilai disiplin dan

nilai-nilai murni dilaksanakan secara bersepadu, merentasi semua aktiviti sekolah sama ada

didalam bilik darjah mahupun dalam aktiviti kokurikulum terutamanya aktiviti pasukan pakaian

seragam.

Pada tanggal 18 April 2013 telah diadakan satu pertandingan kemahiran asas Kadet

pertahanan Awam yang dijalankan di padang Sekolah Tinggi Muar untuk memilih pasukan ke 5

Page 6: Photo talk azham bin aziz

pertandingan peringkat Negeri Johor. Aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ini ialah salah satu

program yang terkandung dalam sukatan latihan yang disediakan oleh Jabatan Pertahanan awam

iaitu melawan kebakaran. Aktiviti ini memerlukan kemahiran mendengar dan memahami arahan

daripada ketua sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan untuk memastikan peratus

kesalahan atau kecuaian adalah kecil. Sikap yang ditunjukan ini menyokong pendapat

Thorndike dan Skinner bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.

Ketua pasukan memainkan peranan yang penting dalam menjalankan aktiviti ini. Setiap arahan

yang diberikan akan diterjemahkan oleh ahli kumpulan dalam bentuk perbuatan dan

perlaksanaan. sebelum bermulanya pertandingan peserta perlulah memakai pakaian uniform

lengkap. Kemudian ketua pasukan akan melapor kepada ketua pengadil untuk menjalankan tugas

yang seterusnya. Selepas itu ketua pasukan akan memberi arahan kepada ahli kumpulan untuk

menggunakan peralatan keselamatan seperti topi keselamatan, sarung tangan dan kasut khas

untuk melindungi diri daripada situasi bahaya. Setelah ahli pasukan lengkap mengenakan

pakaian keselamatan para ahli perlu memeriksa peralatan untuk memadam kebakaran seperti

pemadam api, salur air dan nozel agar segala peralatan itu lengkap. Arahan seterusnya ialah

bersedia ke tempat masing – masing untuk menjalankan tugas. Arahan yang diberikan oleh ketua

pasukan mesti jelas agar ahli dapat sampai ke tempat yang dikhendaki dengan kadar segera. Ahli

kumpulan hendaklah bawa bersama peralatan memadam kerana syarat pertandingan peserta tidak

boleh berulang alik untuk mengambil alat-alat tersebut kerana dalam situasi sebenar masa adalah

amat penting, jika mengambil masa yang agak lama kemungkinan kebakaran akan merebak dan

meningkatkan kadar kerugian. Dalam masa yang sama para peserta perlulah sentiasa bersedia

menerima arahan seterusnya. Selepas keseluruhan ahli kumpulan berada pada tempat yang telah

ditetapkan, ketua pasukan akan memberi arahan “buka air” barulah kebakaran boleh dipadam.

Dalam pertandingan ini ada tiga keadaan untuk memadam kebakaran iaitu menggunakan kain

yang telah dibasahkan, menggunakan alat pemadam api dan yang terakhir menggunakan air

bergantung kepada tahap dan jenis kebakaran. Selepas kebakaran telah selesai dipadam ahli

kumpulan perlu segera mengemaskan peralatan yang digunakan. Hal ini menunjukan tahap

disiplin yang perlu ada pada setiap ahli dalam kumpulan. Dalam pertandingan ini prestasi setiap

kumpulan dinilai dari segi pengurusan masa, disiplin menggunakan peralatan dan kejelasan

6

Page 7: Photo talk azham bin aziz

arahan yang diberi oleh ketua pasukan. Pertandingan ini juga mmenilai tahap kerjasama setiap

ahli untuk memastikan perjalanan sesuatu aktiviti dapat berjalan dengan lancar.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat saya huraikan daripada cerita tersebut ialah tindakan akan

terhasil selepas arahan diterima, hal ini dapat menyokong teori behaviorism yang mengatakan

bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Contohnya ketua memberi

arahan supaya ahli memakai pakaian keselamatan maka gerakbalas daripada arahan tersebut

akan dilaksanakan dengan secepat mungkin oleh ahli kumpulan. Maka dengan itu arahan

merupakan aspek yang penting untuk mengubah sesuatu tingkahlaku kepada suatu tingkahlaku

yang lain. Dari segi kognitifnya pula dapat saya perhatikan sebelunm pertandingan ini

dilangsungkan para peserta telah menjalankan latihan yang dikelolakan oleh ahli sukarela JPAM

yang telah menunjukkan cara untuk memadamkan kebakaran dan daripada demo yang

dilakukan, para peserta dapat mempelajari dan mengaplikasikan dalam pertandingan tersebut

dan disini dapat dihuraikan bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan

atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan

yang optimum kepada kefahaman pelajar.

7

Page 8: Photo talk azham bin aziz

5.0 Maklumat GambarGAMBAR 1 DAN 2

TAJUK : PERTANDINGAN MELAWAN KEBAKARAN KADET PERTAHANAN AWAM

TARIKH :8 APRIL 2013

MASA : 11.23 PAGI

SIZE :2.8 MB

RESOLUTION : 3264x2448

APERTURE : 2.6

ISO : 160

MODEL : GT-I9070 (SAMSUNG S ADVANCE)

LOKASI : PADANG SEKOLAH TINGGI MUAR

6.0 Rujukan

Laman Web

1. http://greenlanternroom.blogspot.com/2013/05/teori-pembelajaran-sosial-albert-bandura.html

2. http://www.slideshare.net/nadia_zulkifli/teori-pembelajaran-sosial-dan-sosial-kognitif

3. http://psycholocious.blogspot.com/2013/02/teori-belajar-sosial-albert-bandura.html

8