surat pekeliling bahagian perancangan dan...

4
SURAT PEKELILING BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BIL.1/2006 Svarat dan Peraturan Menialankan Penvelidikan Pendidikan Di Institusi-institusi Di Bawah Kementerian Pelaiaran Malavsia 1. Tujuan Tujuan Surat Pekeliling ini ialah untuk menerangkan syarat dan peraturan yang berkaitan bagi memastikan semua kegiatan penyelidikan pendidikan yang melibatkan institusi di bawah Kementerian Pelajaran dapat dijalankan dengan lancar serta memberi sumbangan kepada pembangunan pendidikan negara. 2. Latar Belakang 2.1. Peraturan bagi menjalankan penyelidikan di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran pada masa lepas oleh penyelidik di Malaysia adalah tertakluk kepada Pekeliling Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 1/2003. 2.2. Surat Pekeliling Bil.1/2003 perlu dipinda memandangkan Kementerian Pendidikan telah pun dibahagikan kepada Kementerian Pelajaran(KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi. Terdapat perubahan bidang tugas dan fungsi Kementerian Pelajaran yang meliputi pendidikan pra sekolah, rendah, menengah, matrikulasi dan institusi pendidikan guru. Selain itu, premis KPM juga meliputi Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan/Bahagian, dan semua badan berkanun di bawah KPM. 2.3. Penyelidik yang hendak menjalankan penyelidikan di mana-mana institusi yang dinyatakan di para 2.2 hendaklah memperoleh kebenaran daripada Kementerian Pelajaran. 1

Upload: dinhdat

Post on 20-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PERANCANGAN DAN …einspem.upm.edu.my/v1/images/penyelidik/surat_pekeliling_bahagian... · rendah, menengah, matrikulasi dan institusi pendidikan guru

SURAT PEKELILING BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BIL.1/2006

Svarat dan Peraturan Menialankan Penvelidikan

Pendidikan Di Institusi-institusi Di Bawah Kementerian Pelaiaran Malavsia

1. Tujuan

Tujuan Surat Pekeliling ini ialah untuk menerangkan syarat dan peraturan yang berkaitan bagi memastikan semua kegiatan penyelidikan pendidikan yang melibatkan institusi di bawah Kementerian Pelajaran dapat dijalankan dengan lancar serta memberi sumbangan kepada pembangunan pendidikan negara.

2. Latar Belakang

2.1. Peraturan bagi menjalankan penyelidikan di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran pada masa lepas oleh penyelidik di Malaysia adalah tertakluk kepada Pekeliling Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 1/2003.

2.2. Surat Pekeliling Bil.1/2003 perlu dipinda memandangkan Kementerian Pendidikan telah pun dibahagikan kepada Kementerian Pelajaran(KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi. Terdapat perubahan bidang tugas dan fungsi Kementerian Pelajaran yang meliputi pendidikan pra sekolah, rendah, menengah, matrikulasi dan institusi pendidikan guru. Selain itu, premis KPM juga meliputi Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan/Bahagian, dan semua badan berkanun di bawah KPM.

2.3. Penyelidik yang hendak menjalankan penyelidikan di mana-mana institusi yang dinyatakan di para 2.2 hendaklah memperoleh kebenaran daripada Kementerian Pelajaran.

1

Page 2: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PERANCANGAN DAN …einspem.upm.edu.my/v1/images/penyelidik/surat_pekeliling_bahagian... · rendah, menengah, matrikulasi dan institusi pendidikan guru

3.1.3 Semua borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Pengarah,

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan sebelum penyelidikan boleh dimulakan. Ini bagi membolehkan BPPDP meneliti dan menyemak cadangan. penyelidikan. Proses ini akan mengambil masa dua minggu dari tarikh cadangan penyelidikan diterima. Ketua Jabatan/Fakulti/ Institusi/Agensi hendaklah melengkapkan Bahagian B dalam Borang BPPDP 1/Form BPPDP 1 sebelum penyelidik menghantar permohonan tersebut ke alamat seperti para 3.1.2.

3.1.4 Setiap permohonan hendaklah lengkap dengan perkara- perkara seperti

berikut: i. Satu salinan Borang BPPDP 1/Form BPPDP 1; ii. Satu salinan cadangan penyelidikan (research proposal) berserta

instrumen kajian dan senarai sampel kajian yang dicadangkan; dan iii. Tiga sampul sural yang bersetem dan mencukupi bagi tujuan pos

semasa. 3.1.5 Kelulusan daripada Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan adalah hanya untuk menjalankan penyelidikan. Kebenaran untuk menggunakan sekolah sebagai sampel penyelidikan hendaklah diperoleh daripada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri. Kebenaran untuk menggunakan lain-lain institusi sebagai sampel kajian hendaklah diperoleh daripada Ketua Jabatan/Pengarah Bahagian berkenaan.

3.1.6 Penyelidik tidak dibenarkan menjalankan penyelidikan di kelas-kelas

peperiksaan awam di sekolah. Walau bagaimanapun dalam kes-kes tertentu, pengecualian akan diberikan dengan kebenaran daripada Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

3.1.7 Penyelidik tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif dalam

penyelidikannya. (Rujuk Lampiran A mengenai Isu-lsu Sensitif)

3

Page 3: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PERANCANGAN DAN …einspem.upm.edu.my/v1/images/penyelidik/surat_pekeliling_bahagian... · rendah, menengah, matrikulasi dan institusi pendidikan guru

4. Kerjasama Ketua Institusi/Bahagian

4.1. Ketua Institusi/Bahagian yang berkenaan adalah diminta memberikan kerjasama kepada penyelidik dan memastikan kegiatan penyelidikan di institusi/bahagian mereka sentiasa diawasi supaya tidak menjejaskan perjalanan institusi/bahagian masing-masing.

5. Tarikh Kuat Kuasa Dan Pembatalan

5.1. Tarikh kuat kuasa peraturan-peraturan di alas ialah mulai 1 Oktober 2006. Sural Pekeliling Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kemente'rian Pendidikan Malaysia Bil. 1/2003 bertarikh 10 Oktober, 2003 dengan ini dibatalkan.

DATO' DR. AHAMAD BIN SIPON Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k :

Naib Canselor, Semua Universiti Pengarah, Semua Jabatan/Bahagian Kementerian Pelajaran Pengarah, Institut Aminuddin Baki Pengarah, Semua Jabatan Pelajaran Negeri Pengarah, Semua Institut Pendidikan Guru Pengarah, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri Pengarah, Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Pengarah, Semua Jabatan Penuntut Malaysia

5

Page 4: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PERANCANGAN DAN …einspem.upm.edu.my/v1/images/penyelidik/surat_pekeliling_bahagian... · rendah, menengah, matrikulasi dan institusi pendidikan guru

LAMPIRAN A

ISU-ISU SENSITIF Dalam konteks keharmonian dan keselamatan nasional, isu-isu sensitif bermaksud apa-apa isu yang boleh menyebabkan prejudis dan/atau kebencian terhadap satu-satu kumpulan etnik dan/atau kumpulan agama sehingga menimbulkan masalah keselamatan awam, keselamatan dalam negara dan/atau integriti Kerajaan. Dalam menjalankan penyelidikan, perkara-perkara sensitif berikut perlu dielakkan:

1. Mempersoalkan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi, pendidikan dan sosial.

2. Mempersoalkan pelaksanaan peruntukan-peruntukan yang termaktub

dalam Perlembagaan Persekutuan dan Negeri berkaitan Federal Laws, kebebasan beragama, kedudukan dan status Bumiputera, status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, kerakyatan, dan hak komuniti lain.

3. Mempersoalkan kuasa, kebijaksanaan dan keupayaan sesuatu kumpulan

dalam sesuatu bidang berasaskan kumpulan etnik.

4. Mengaitkan dan menyalahkan sesuatu bangsa dan/atau kumpulan agama sebagai punca sesuatu insiden.

5. Menganggap sesuatu kumpulan etnik dibiarkan atau diberi keutamaan

dalam pelaksanaan sesuatu dasar tanpa memahami sebab-sebab di sebalik pelaksanaannya.

6. Menimbulkan isu seks secara keterlaluan.

7. Mendedahkan sesuatu yang boleh mengaibkan mana-mana individu atau

kumpulan.

6