surat notis mesyuarat agung kpss

Upload: idamm

Post on 06-Oct-2015

244 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kelab PSS

TRANSCRIPT

Contoh Surat Notis Mesyuarat Agung

Minit Mesyuarat Agung

Kelab Pusat Sumber Sekolah,

SMK Tun Hussein Onn2013

Tarikh

: 9 Januari 2013Masa

: 3.00 ptgTempat: Pusat Sumber Sekolah, SMKTHOKehadiran: Ahli Kelab (senarai nama dilampirkan)

Agenda Mesyuarat:

1.0 Ucapan aluan Pengerusi1.1 Pengerusi sementara, Siti Nor Fatimah, mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru penasihat kerana telah banyak membantu dan membimbing menguruskan kelab ini.

1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kelab kerana telah banyak bekerjasama menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

2.0 Ucapan Guru Penasihat Kelab

2.1 Guru penasihat Pn Norlida Bt Mohd Mahudin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kelab yang telah banyak membantu beliau menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan.

2.2 Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada ahli-ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menguruskan kelab ini.

3.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung 2012.

Pengesahan minit mesyuarat agung 2012 telah dicadangkan oleh Sharmini A/P Yoganathan dan disokong oleh Amalina Lubis Bt Abdul Khalik Lubis.

4.0 Membentang laporan tahunan 2012Pengerusi meminta semua ahli membaca laporan tahunan yang disediakan dan bertanya sama ada terdapat perkara berbangkit atau tidak.

5.0 Membentang dan mengesahkan laporan kewangan 2012Pengesahan laporan kewangan 2012 telah dicadangkan oleh Leong Wai Pheng dan disokong oleh Goh Dyi Ni.

6.0 Pembubaran ahli jawatan kuasa Kelab 2012Ahli jawatankuasa Kelab Pusat Sumber Sekolah 2012 dibubarkan secara rasmi.

7.0 Pelantikan ahli jawatan kuasa baru 2013 Ahli-ahli jawatankuasa baru yang dilantik ialah:

Pengerusi : Siti Nor Fatimah Bt Abdul Jalil [5S2]

Naib Pengerusi : Setiausaha : Hani Sofea Bt Sonyharsono [4T1]Pen. Setiausaha : Nur Hanani Bt Mohd Izhab [4T2]Bendahari : Amalina Lubis Bt Abdul Khalik Lubis [4T2] Pen. Bendahari : Norhayati Bt Baharin [4K1]

Ahli Jawatankuasa :1. Fakhrullah B Sony [1E]

2. Nur Syahira Bt Zainuddin [2E]

3. Nurul Ain Najwa Bt Abdul Rashaid [3C]

4. Nur Amalia Bt Ahmad [4T1]

5. Yong Chin Kiew [5S1]

Juru Audit :1.

2.8.0 Perkara Berbangkit

8.1 Amalina menyatakan masih ramai ahli lama yang tidak membayar yurat kelab

tahun 2012. Beliau berharap semua ahli akan dapat menjelaskan yuran keahlian

sebanyak RM2.00 setahun secepat yang mungkin.

8.2 Semua ahli dikehendakai menjelaskan yuran sebelum bulan April 2013.

8.3 Perkara ini mendapat persetujuan semua ahli.

Tindakan : Bendahari

9.0 Ucapan Penangguhan

9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas pelantikan beliau dan berharap semua

AJK dapat bekerjasama dalam menggerakkan kelab ini. 9.2 Beliau seterusnya menangguhkan mesyuarat ke satu tarikh yang akan ditetapkan

kemudian.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.05petang.

Disediakan oleh,

Tarikh : 23 Januari 2013

..(Hani Sofea Bt Sonyharsono)

Setiausaha Kelab Pusat Sumber SekolahSMK Tun Hussein OnnPUSAT SUMBER SEKOLAH

SMK TUN HUSSEIN ONN

Pustaka-tho.blogspot.com

.

.

.

Saudara/Saudari,

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kelab Pusat Sumber Sekolah, SMK Tun Hussein Onn akan diadakan pada :

Tarikh: 9 Januari 2013

Masa: 3.00 ptg

Tempat: Pusat Sumber Sekolah, SMKTHO

Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

Ucapan aluan Pengerusi

Ucapan Guru Penasihat Kelab

Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung 2012

Membentang laporan tahunan

Membentang dan mengesahkan laporan kewangan 2012

Perletakan jawatan ahli jawatankuasa 2012

Pelantikan ahli jawatankuasa baru 2013

Perkara berbangkit

Ucapan penangguhan

Saudara/saudari dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

..

( Hani Sofea Bt Sonyharsono )

b/p Setiausaha Kelab Pusat Sumber Sekolah

SMK Tun Hussein Onn

s.k1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah.

2. Guru Penasihat Kelab Pusat Sumber sekolah

3. Pengerusi Kelab Pusat Sumber Sekolah