notis mesyuarat agung tahunan

Download notis mesyuarat agung tahunan

Post on 21-Dec-2016

293 views

Category:

Documents

10 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Komunikasi Korporat KumpulanTELEKOM MALAYSIA BERHAD (128740-P)Aras 8 (Sayap Selatan), Menara TMJalan Pantai Baharu, 50672 Kuala LumpurMalaysia

    www.tm.com.my

    2010 Laporan TahunanTELEK

    OM

    MA

    LAYSIA B

    ERH

    AD

    (128740-P)

    L A P O R A N T A H U N A N 2010

    H u b u N g a N K O m u N I K a S I K O l a b O R a S I

    Laporan ini dicetak menggunakan bahan kitar semula dan mesra alam.

  • hubungan . komunikasi . kolaborasi .Kami menyatukan semua dengan merapatkan jurang dan mewujudkan kesepaduan dalam kepelbagaian. Kami menyediakan sambungan tanpa sempadan, di mana aliran pengetahuan yang tiada gangguan, menjadikan impian dan keinginan satu kenyataan. Sama ada untuk tujuan peribadi, hiburan atau perniagaan, kemungkinannya tidak terbatas. Dengan jalur lebar berkelajuan tinggi UniFi, kami menembusi segala rintangan. Kami memperkukuhkan negara dan rakyat. Kami merintis segala kemungkinan. Segalanya mungkin menerusi hubungan.

  • fakta sekilas pandang

    1

    2.1%

    760,000

    249,000

    87.6%

    10,982

    Penyedia Jalur Lebar di Malaysia

    No.

    peningkatan hasil daripada RM8,608.0 juta kepada RM8,791.0 juta

    premis sedia dipasang dengan rangkaian HSBB pada akhir Disember

    pelanggan baru jalur lebar, menjadikan jumlah pelanggan jalur lebar kepada 1.68 juta

    peningkatan PATAMI daripada RM643.0 juta kepada RM1,206.5 juta

    Streamyx hotspot di seluruh negara

  • meningkatkan Kejayaan ketahap lebih tinggi dengan

    Sejajar dengan kedudukan sebagai Peneraju Komunikasi Generasi Baru Malaysia, kami telah memperkenalkan dan melaksanakan Program Peningkatan Prestasi (PIP 2.0) bagi memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan kami melalui inovasi yang berterusan dan kecemerlangan pelaksanaan.

    Empat Teras Utama PIP 2.0:

    berorientasikan Pelanggandan Peningkatan KualitiKami sentiasa mara melangkaui sempadan untuk terus berada di hadapan dalam industri ini. Dengan memberi fokus terhadap kepuasan pelanggan, kami dapat meningkatkan kualiti pengalaman bagi pelanggan-pelanggan yang dihargai di setiap pusat transaksi pelanggan.

    Pemikiran Satu Syarikatdengan Berorientasikan PelaksanaanDengan peralihan modal insan yang menyeluruh ke arah perkembangan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), kami bersedia berfungsi sebagai organisasi yang menumpukan kepada peningkatan pembangunan kemahiran agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan-pelanggan kami.

  • KecemerlanganOperasi Dan Produktiviti ModalDengan meningkatkan kecekapan operasi dan kos, kami dapat mengoptimumkan pelaburan perbelanjaan modal (CAPEX) seiring dengan peningkatan kecekapan pengurusan modal kami.

    KepimpinanMelalui Inovasi Dan Kecemerlangan KomersilStrategi pengurusan kami dibezakan melalui kecemerlangan komersil dan inovasi yang tertumpu kepada pertumbuhan perniagaan dan pelanggan dengan mempertingkatkan cadangan nilai dan keberkesanan jualan.

  • notis mesyuarat agung tahunanTARIKH 10 Mei 2011, SelasaMASA 10.00 pagiTEMPAT Dewan Serbaguna Menara TM, Jalan Pantai Baharu 50672 Kuala Lumpur, Malaysia

    10 Notis Mesyuarat Agung Tahunan13 Penyata Mengiringi Notis Mesyuarat Agung Tahunan14 Kalendar Kewangan

    kandungan

  • b a b

    Profil Korporat 16 Pencapaian Sepanjang Dua Abad 18 Pencapaian-Pencapaian Media Sepanjang 20 Tahun 2010 Acara-Acara Korporat 2010 22 Anugerah & Pengiktirafan 26

    Anugerah-Anugerah Yang Pernah 30 Dimenangi TM Maklumat Korporat 36 Struktur Korporat Kumpulan 38 Struktur Organisasi Kumpulan 39 Hubungan Dengan Pelabur 40 Produk Dan Perkhidmatan Kumpulan TM 44

    Maklumat Penting Kewangan Kumpulan 46 Ringkasan Penyata Kedudukan 48 Kewangan & Analisis Segmen Kumpulan Prestasi Kewangan Suku Tahunan 50 Kumpulan

    Ulasan Kewangan Kumpulan 51 Penyata Nilai Ditambah 55 Pengagihan Nilai Ditambah 56

    Lembaga Pengarah 58 Profil Pengarah 60 Barisan Kepimpinan Kumpulan 68 Profil Barisan Kepimpinan Kumpulan 70

    Penyata Pengerusi 126 Penyata Ketua Pegawai 130 Eksekutif Kumpulan

    Penyata Tadbir Urus Korporat 78 Penyata Lembaga Pengarah 97 Ke Atas Kawalan Dalaman Laporan Jawatankuasa Audit 103

    Penyata Audit Dalaman 110 Laporan Jawatankuasa Risiko Lembaga 114 Maklumat Pematuhan Tambahan 119 Kod Etika Perniagaan 122

    Perniagaan Retail 138 Pengguna 138 Perusahaan Kecil Dan Sederhana 140 Perusahaan 142 Kerajaan 143 Perniagaan Wholesale 145 Perniagaan Global 148

    Fungsi Perniagaan 152 Perniagaan Sokongan 152 Memacu Inovasi Menerusi HSBB 158 Antarabangsa & Domestik Infrastruktur & 160 Rangkaian Gentian Optik Utama Liputan TM Seluruh Dunia 162 Rencana: New Media 164 Ekonomi Asia Dan Sektor 168 Telekomunikasi: Tinjauan & Pandangan

    Kecemerlangan Perkhidmatan Melalui 172 Pengalaman Dan Hubungan Pelanggan Yang Lebih Bernilai Membina Sebuah Negara Berasaskan 176 Pengetahuan Menggerakkan Modal Insan 179 Ke Arah Kecemerlangan Perniagaan

    Membina Keupayaan Menerusi 182 Pembelajaran Dan Pembangunan Keselamatan, Kesihatan Dan 186 Persekitaran Pekerjaan (OSHE) Tanggungjawab Korporat 190

    Perangkaan Pegangan Saham 356 Senarai 30 Pemegang Saham Teratas 357 Modal Saham Dibenarkan 359 Dan Diterbitkan

    Nilai Buku Bersih Tanah & Bangunan 361 Penggunaan Hartanah 362 Direktori Kumpulan 363 Glosari 368 BorangProksi

    rangka kerja korporat

    ulasan prestasi

    kepimpinan

    akauntabiliti

    perspektif

    ulasan perniagaan & fungsi

    inisiatif-inisiatif utama

    penyatakewangan 200

    maklumatlain 356

  • visiUntuk menjadi peneraju komunikasi generasi baru Malaysia yang memenuhi keperluan pelanggan menerusi inovasi dan kecemerlangan pelaksanaan

    lagu kristalMesti komited pada pelangganDan berusaha sehabis upayaTunjukkan kesefahaman tinggiBerfikiran terbuka sepanjang masa

    Jujur ikhlas dan dipercayaiPada rakan, teman dan semuaAmalkan hormat dan menghormatiBekerja penuh dengan dedikasi

    Korus:Mari kita melangkah bersatuSajikanlah perkhidmatan bermutuMerempuh segala cabaranPasti kita unggul selalu

    TM terus maju jayaDi bawah kepimpinan berwibawaDan dengan kesefahaman wajaTM kebanggaan negara

    Korus:Mari kita melangkah bersatuSajikanlah perkhidmatan bermutuMerempuh segala cabaranPasti kita unggul selalu

  • nilai-nilai kristal1. Komitmen Menyeluruh terhadap Pelanggan2. Kewibawaan Tanpa Kompromi3. Hormat & Prihatin

    misiUntuk mencapai visi kami, kami telah menggariskan perkara-perkara berikut: Mencapai kecemerlangan khidmat pelanggan dan kecekapan operasi Mempertingkat gaya hidup dan pengalaman pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan-

    perkhidmatan generasi akan datang yang inovatif Mempertingkat prestasi perniagaan para pelanggan kami dengan menyediakan penyelesaian

    maklumat dan komunikasi yang bernilai tinggi Memberi nilai kepada pihak-pihak yang berkepentingan dengan merangsang nilai pemegang

    saham dan menyokong pertumbuhan serta pembangunan Malaysia

  • notis mesyuarat agung tahunan

    DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SYARIKAT KE-DUA PULUH ENAM (KE-26) AKAN DIADAKAN PADA JAM 10:00 PAGI, HARI SELASA, 10 MEI 2011 DI DEWAN SERBAGUNA, MENARA TM, JALAN PANTAI BAHARU, 50672 KUALA LUMPUR, MALAYSIA, UNTUK TUJUAN-TUJUAN BERIKUT:-

    SEBAGAI RESOLUSI BIASA

    1. Untuk menerima Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 serta Laporan-Laporan Pengarah dan Juruaudit berkaitan dengannya.

    (Resolusi Biasa 1)

    2. Untuk mengisytihar dividen kasar akhir sebanyak 13.1 sen sesaham (ditolak Cukai Pendapatan sebanyak 25.0%) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. (Resolusi Biasa 2)

    3. Untuk melantik semula Pengarah-pengarah berikut, yang bersara secara giliran menurut Artikel 103 Tataurus Syarikat:-

    i. Dato Sri Zamzamzairani Mohd Isa (Resolusi Biasa 3)ii. Datuk Bazlan Osman (Resolusi Biasa 4)iii. Tunku Dato Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin (Resolusi Biasa 5)iv. Dato Danapalan T.P. Vinggrasalam (Resolusi Biasa 6)v. Dato Ir Abdul Rahim Abu Bakar (Resolusi Biasa 7)vi. Quah Poh Keat (Resolusi Biasa 8)vii. Ibrahim Marsidi (Resolusi Biasa 9)viii. Riccardo Ruggiero (Resolusi Biasa 10)

    4. Untuk meluluskan pembayaran yuran Pengarah-pengarah sebanyak RM1,116,000.00 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. (Resolusi Biasa 11)

    5. Untuk melantik semula Tetuan PricewaterhouseCoopers yang telah memberikan persetujuan sebagai Juruaudit Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 dan memberi kuasa kepada Pengarah-pengarah untuk menetapkan ganjaran mereka. (Resolusi Biasa 12)

    6. Untuk membincangkan perkara-perkara lain di mana notis sepatutnya telah diterima. DENGAN INI JUGA DIMAKLUMKAN BAHAWA bagi menentukan kelayakan ahli untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan ke-26 ini, Syarikat akan meminta Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd (Bursa Depository), menurut Artikel 74(3)(a) Tataurus Syarikat dan Seksyen 34(1) Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat), 1991 (SICDA) untuk mengeluarkan Rekod Pendeposit Mesyuarat Agung (Rekod Pendeposit) setakat 29 April 2011. Hanya pendeposit yang nama mereka tercatit dalam Buku Daftar Ahli/Rekod Pendeposit setakat 29 April 2011 sahaja yang layak menghadiri atau melantik proksi untuk hadir dan/atau mengundi bagi pihak beliau pada mesyuarat ini.

    hubungankomunikasikolaborasi

    ms 12Telekom Malaysia Berhadlaporan tahunan 2010

  • NOTIS KELAYAKAN DAN PEMBAYARAN DIVIDEN AKHIR

    NOTIS DENGAN INI JUGA DIBERI BAHAWA tertakluk kepada kelulusan ahli-ahli di Mesyuarat Agung Tahunan ke-26 yang akan diadakan pada 10 Mei 2011, dividen kasar akhir sebanyak 13.1 sen sesaham (ditolak Cukai Pendapatan sebanyak 25.0%) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 akan dibayar pada 1

Recommended

View more >