surat lawatan

Upload: azhariarif

Post on 07-Jan-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

lawatan sambil belajar

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN TOH RAKNA SAKTI

SUNGAI RAMBUTAN,

Kod Sekolah : ABA6044 34140 RANTAU PANJANG,

Telefon /Fax : 05-8392473

PERAK DARUL RIDZUAN.

E-mail : [email protected]

Website : http://setras.php0h.com PERAK EXCELLENT

Ruj. Kami : Bil ( 008 ) dlm SETRAS

Tarikh : 29 September 2015Kepada,Ketua Balai

Balai Bomba dan Penyelamat Selama,

Jalan Menteri, 34100 Selama

Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

Memohon Lawatan Sambil BelajarMerujuk kepada perkara di atas, adalah sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba Selama.2. Saya bagi pihak sekolah ingin memohon jasa baik dari pihak tuan untuk membenarkan kami melawat dan melihat kemudahan yang terdapat di Balai Bomba Selama dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang bidang kuasa serta tugas bomba.3. Berikut adalah maklumat mengenai lawatan berkenaan :

3.1 Tarikh: 27 Oktober 2015

3.2 Masa: 10:30 pagi

3.3 Peserta : Murid 56 orang,Guru 10 Orang.

4. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih.Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

.

(AZHARI BIN YAHYA ARIF)Setiausaha Program Pasca UPSR 2015SK Toh Rakna Sakti

34140 Rantau Panjang Perak.05-8392473/019-2401978Tarikh : 10 Oktober 2013

Masa : 0800 -1100

Tempat Balai Polis Daerah Daro

Objektif :

i.Memberi peluang kepada murid-murid agar dapat mengenali dan bersosialisasi dengan rakan-rakan dan masyarakat sekeliling terutamanya khidmatsosial yang ada.

ii.Menyedariakibat melanggar undang-undang dan menjauhi jenayah

iii.Mengetahui Kerjaya Polis dan Memahami Tugas-tugas Polis

iii.Menimba pengetahuansemasa aktivitilawatan diadakan

Aktiviti : Ceramah Keselamatan dan Jenayah, Pameran Senjata Api dan Peralatan Polis dan Lain-lain lagi.

Guru dan AKS Terlibat : Puan Maryana Mohiddin, Cik Ayang Lee, Encik Mohamad Hj Bedawi, Encik Baharodin Jiren, Puan Rosna Siot, Cik Siti Rosdiana Rahuni, Cik Siti Norzehan Mohd Zakaria, Puan Jamnah Darus, Encik Abdullah Kipli, Encik Yusuf Baijuri YDP Encik Yusuf Bakeri, Encik Gesie, Encik Amirul, Puan Jani Mail, Puan Teng,

Rumusan : Lawatan berjaya dilaksanakan dengan jayanya . Ini adalah hasil daripada kerjasama dan sokongan semua pihak yang telah terlibat.