soaljawab pelawat sementara pas lawatan iktisas … · satu daripada syarat-syarat jabatan...

36
B o l e t í n d e l a S E A Sociedad Entomológica Argentina N° 27 (1) 2016 ISSN 1666-4612 Encontranos en: Facebook: Sociedad-Entomologica-Argentina http://www.museo.fcnym.unlp.edu.ar/ http://seargentina.myspecies.info/

Upload: others

Post on 14-Dec-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOALJAWAB PELAWAT SEMENTARA PAS LAWATAN IKTISAS … · Satu daripada syarat-syarat Jabatan Imigresen semasa memproses permohonan Pas Lawatan Iktisas ialah Surat pemberitahuan dar

SOALJAWAB PELAWAT SEMENTARA

PAS LAWATAN IKTISAS (PROFESIONAL)

S1. Siapakah orang-orang yang termasuk dalam kategori Pelawat Sementara? J1. Orang-orang yang tidak bermastautin yang memasuki Malaysia dengan menggunakan Pas Lawatan

iktisas kecuali Penghibur Awam.

S2. Mengapakah Lembaga Hasil Dalam Negeri perlu dimaklumkan apabila memohon Pas Lawatan Iktisas?

J2. Satu daripada syarat-syarat Jabatan Imigresen semasa memproses permohonan Pas Lawatan Iktisas ialah Surat pemberitahuan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

S3. Siapakah yang bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri? J3. Penganjur untuk Pelawat Sementara yang berkenaan. S4. Sebagai Penganjur apakah yang perlu saya lakukan untuk memperolehi Surat Pemberitahuan dari

Lembaga Hasil Dalam Negeri? J4. Tuan perlu membuat permohonan secara bertulis kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Surat tuan

mestilah disertakan bersama Borang NR/R/PS1 bagi setiap pelawat dengan maklumat-maklumat berikut:

Nama penuh [nama lain, jika ada], nombor paspot dan alamat. Salinan kontrak/surat tawaran/penerimaan atau lain-lain dokumen yang berkaitan yang

mengandungi butir-butir berikut: Jenis perkhidmatan yang akan diberikan di Malaysia. Tarikh perkhidmatan bermula dan berakhir. Jumlah bayaran tunai dan dalam bentuk manfaat termasuk tiket penerbangan,

makanan, nilai tempat kediaman dan lain-lain. Bagi kes penceramah seminar/kursus latihan, salinan risalah seminar/kursus latihan

tersebut diperlukan. Bagi seseorang pekerja, surat pengesahan dari majikan negara asal.

S5. Ke Cawangan manakah di Lembaga Hasil Dalam Negeri perlu saya kemukakan permohonan untuk

Surat Pemberitahuan? J5. Semua maklumat hendaklah dikemukakan kepada:

Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cawangan Tidak Bermastautin, Unit 11.7 [Pengesanan dan Khidmat Pelanggan], Tingkat 10 Kiri, Blok 11, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Duta, 50600 KUALA LUMPUR Tel : 03-62092300 Samb 2542/2543/2694 Faks : 03-62012417 Laman Web LHDNM ://www.hasil.gov.my