surat lawatan

4
SMK BANDAR EASTER KOTA TINGGI JOHOR JEA 3036 KERTAS KERJA PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH PERKHEMAHAN PENGAKAPPENDIDIKAN KHAS DISEDIAKAN OLEH PANATIA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Upload: khuzaimah-ibrahim

Post on 20-Sep-2015

14 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Contoh surat lawatan

TRANSCRIPT

SMK BANDAR EASTERKOTA TINGGI JOHOR

JEA 3036

KERTAS KERJA PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAHPERKHEMAHAN PENGAKAPPENDIDIKAN KHAS

DISEDIAKAN OLEHPANATIA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASISMK BANDAR EASTERInsan Istimewa Tanggungjawab Bersama

1.RASIONAL

Sejajar dengan hasrat untuk melahirkan insan yang berupaya, berkemahiran dan produktif, maka wajarlah murid-murid pendidikan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran di beri peluang untuk mendapat pengetahuan dan pengalaman yang baru seperti mana murid-murid kelas normal yang lain.

Program lawatan sambil belajar amat sesuai untuk golongan pelajar khas. Segala pengisian program ini juga selaras dengan asas untuk meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran selain mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan serta merangsang murid bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran. Program ini dijalankan di luar bilik darjah, di mana pelajar dapat mendekati alam semulajadi serta menghayati alam ciptaan tuhan. Ini secara langsung memberikan pendedahan secara praktikal kepada pelajar.

Program ini merupakan sebahagian aktiviti akademik yang perlu dilaksanakan sebagai pendedahan awal murid-murid khas dengan dunia luardisamping membina keyakinan diri dan kemahiran berosial dikalangan muridberkeperluan khas.Malahan pergaulan sesama rakan sebaya pula berupaya membantu mereka dalam modifikasi tingkahlaku murid agar menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

2.MATLAMAT

Program Lawatan sambil belajar ini dirancang untuk memperkenalkan elemen-elemen perhubungan, pengangkutan dan kemudahan awam serta memberi pengalaman kepada murid menggunakannya. Selain daripada itu, ia juga dirancang bagi melahirkan murid-murid Khas Bermasalah Pembelajaran agar mampu hidup berdikari dan boleh bergaul dengan masyarakat luar serta alam sekeliling. Ini bersesuaian dengan kehendak Falsafah Pendidikan Khas yang ingin melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3. OBJEKTIFMelalui program ini, diharap murid-murid Pendidikan Khas akan dapat : Memberi motivasi dan sokongan moral kepada pelajar tentang kehidupan selepas alam persekolahan. Memberi peluang kepada pelajar untuk melepaskan tekanan. Memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta. Menunjukkan perlakuan bersopan santun semasa berinteraksi dengan ahli masyarakat. Menggalakkan interaksi dua hala dan melatih murid tatacara bersosial ditempat awam.

4.TARIKH DAN TEMPOH LAWATAN

Hari:JUMAAT,SABTU DAN AHAD

Tarikh: 29 HINGGA 31 MEI 2015 Tempoh / masa:3 hari 2 malam

5.SASARAN

Murid-murid Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran seramai 10 orang.

Seperti yang dilampirkan di Lampiran A.

6.ANGGARAN BELANJAWAN

8.1 Jumlah kos :RM 6000.008.2 Punca kewangan : kutipan pelajar dan guru

8.3 Butiran anggaran perbelanjaan :

Pengangkutan RM 3500.00Penginapan RM 2500.00 Makan dan minum RM 300.00Kecemasan RM 200.00Jumlah RM 6000.00