surat kiriman tidak rasmi

2
Surat Kiriman Tidak Rasmi No. 30, Jalan Bukit Tinggi Kampung Nelayan, Kuantan, Pahang. 30 April 2012. Menemui sahabatku Talib yang ku rindui selalu. Diharapkan saudara sihat seisi keluarga. Tujuan saya menulis surat adalah untuk bertanya khabar dan menceritakan pengalaman baru saya. Saudara, Di sini saya ceritakan keadaan di tempat baru saya. Pekerjaan utama masyarakat di sini ialah nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan. Kedudukan rumah-rumah di sini berhampiran dengan pantai. Keadaan ini membuka peluang untuk saya mempelajari tentang selok-belok kehidupan nelayan. Saya selalu pergi ke pantai pada waktu pagi semasa cuti sekolah untuk melihat nelayan-nelayan pergi ke laut. Pada sebelah petangnya pula saya menunggu nelayan-nelayan pulang dengan pelbagai hasil tangkapan laut yang segar. Masyarakat di sini ramah dan tidak lokek dengan senyuman. Di sekolah, saya mudah mendapat kawan-kawan baru. Mereka cepat mesra dan sering membantu saya untuk memahami loghat Pahang. Untuk pengetahuan saudara, sekolah saya terletak berhampiran dengan rumah saya. Di sini saya tidak mempunyai masalah dalam pelajaran, malah saya sering membantu rakan-rakan yang lemah. Guru-guru di sini juga baik-baik belaka dan selalu memberi nasihat dan peransang kepada saya. Akhir sekali, sudilah saudara untuk datang bercuti di sini. Saya senantiasa menanti kedatangan saudara di sini. Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap anda sudi membalas surat saya dan bercuti di sini. Yang benar, Amirull Surat Kiriman Tidak Rasmi No. 30, Jalan Bukit Tinggi Kampung Nelayan, Kuantan, Pahang. 30 April 2012. Menemui sahabatku Talib yang ku rindui selalu. Diharapkan saudara sihat seisi keluarga. Tujuan saya menulis surat adalah untuk bertanya khabar dan menceritakan pengalaman baru saya. Saudara, Di sini saya ceritakan keadaan di tempat baru saya. Pekerjaan utama masyarakat di sini ialah nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan. Kedudukan rumah-rumah di sini berhampiran dengan pantai. Keadaan ini membuka peluang untuk saya mempelajari tentang selok-belok kehidupan nelayan. Saya selalu pergi ke pantai pada waktu pagi semasa cuti sekolah untuk melihat nelayan-nelayan pergi ke laut. Pada sebelah petangnya pula saya menunggu nelayan-nelayan pulang dengan pelbagai hasil tangkapan laut yang segar.

Upload: misjki

Post on 05-Sep-2015

261 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh surat

TRANSCRIPT

Surat Kiriman Tidak Rasmi

No. 30, Jalan Bukit Tinggi Kampung Nelayan, Kuantan, Pahang.

30 April 2012.

Menemui sahabatku Talib yang ku rindui selalu. Diharapkan saudara sihat seisi keluarga. Tujuan saya menulis surat adalah untuk bertanya khabar dan menceritakan pengalaman baru saya.

Saudara, Di sini saya ceritakan keadaan di tempat baru saya. Pekerjaan utama masyarakat di sini ialah nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan. Kedudukan rumah-rumah di sini berhampiran dengan pantai.Keadaan ini membuka peluang untuk saya mempelajari tentang selok-belok kehidupan nelayan. Saya selalu pergi ke pantai pada waktu pagi semasa cuti sekolah untuk melihat nelayan-nelayan pergi ke laut. Pada sebelah petangnya pula saya menunggu nelayan-nelayan pulang dengan pelbagai hasil tangkapan laut yang segar.Masyarakat di sini ramah dan tidak lokek dengan senyuman. Di sekolah, saya mudah mendapat kawan-kawan baru. Mereka cepat mesra dan sering membantu saya untuk memahami loghat Pahang.Untuk pengetahuan saudara, sekolah saya terletak berhampiran dengan rumah saya. Di sini saya tidak mempunyai masalah dalam pelajaran, malah saya sering membantu rakan-rakan yang lemah. Guru-guru di sini juga baik-baik belaka dan selalu memberi nasihat dan peransang kepada saya.Akhir sekali, sudilah saudara untuk datang bercuti di sini. Saya senantiasa menanti kedatangan saudara di sini. Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap anda sudi membalas surat saya dan bercuti di sini. Yang benar,AmirullSurat Kiriman Tidak Rasmi

No. 30, Jalan Bukit Tinggi Kampung Nelayan, Kuantan, Pahang.

30 April 2012.

Menemui sahabatku Talib yang ku rindui selalu. Diharapkan saudara sihat seisi keluarga. Tujuan saya menulis surat adalah untuk bertanya khabar dan menceritakan pengalaman baru saya.

Saudara, Di sini saya ceritakan keadaan di tempat baru saya. Pekerjaan utama masyarakat di sini ialah nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan. Kedudukan rumah-rumah di sini berhampiran dengan pantai.Keadaan ini membuka peluang untuk saya mempelajari tentang selok-belok kehidupan nelayan. Saya selalu pergi ke pantai pada waktu pagi semasa cuti sekolah untuk melihat nelayan-nelayan pergi ke laut. Pada sebelah petangnya pula saya menunggu nelayan-nelayan pulang dengan pelbagai hasil tangkapan laut yang segar.Masyarakat di sini ramah dan tidak lokek dengan senyuman. Di sekolah, saya mudah mendapat kawan-kawan baru. Mereka cepat mesra dan sering membantu saya untuk memahami loghat Pahang.Untuk pengetahuan saudara, sekolah saya terletak berhampiran dengan rumah saya. Di sini saya tidak mempunyai masalah dalam pelajaran, malah saya sering membantu rakan-rakan yang lemah. Guru-guru di sini juga baik-baik belaka dan selalu memberi nasihat dan peransang kepada saya.Akhir sekali, sudilah saudara untuk datang bercuti di sini. Saya senantiasa menanti kedatangan saudara di sini. Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap anda sudi membalas surat saya dan bercuti di sini. Yang benar,Amirull