surat kebenaran berangkat awal menunaikan haji

2
Zuliza binti Hamom, No. 55 Jalan Jasa 32, Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru. Lembaga Tabung Haji, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, Peti Surat 210, 80720 Johor Bahru, Johor. Tuan, RAYUAN PENERBANGAN BERANGKAT MUSIM HAJI 1436H/2015M Merujuk perkara diatas, saya Zuliza binti Hamom No.KP 890220-01- 5990 ingin membuat rayuan mengenai penerbangan akhir ke Mekah untuk berangkat musim haji pada tahun 1436H/2015M dan penerbangan pulang yang terawal ke Malaysia bersama-sama mahram saya. Saya juga telah berdaftar dengan No. Daftar Haji 1001130102162511A dan mahram saya Mohd Ridhwan bin Mohd Kassim dengan No. Daftar Haji 1012070628141002A. 2. Justeru itu kerana saya masih menyusukan anak yang berumur 1 tahun 9 bulan yang masih kecil. Memandangkan anak saya masih memerlukan penyusuan daripada saya yang tidak boleh ditinggalkanya terlalu lama dan atas rayuan ini saya amat berharap dan merayu jasa baik pihak tuan agar dapat memberi peluang untuk berangkat akhir dan pulang terawal atas sebab-sebab yang munasabah. Saya merayu belas ihsan tuan terhadap anak kecil yang sedang menyusu badan (menyusu badan sepenuhnya). 3. Oleh yang demikian, saya amat menghargai jasa baik tuan dan mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama pihak tuan kerana memberi peluang dan bantuan kepada saya untuk keberangkatan akhir dan pulang awal menunaikan haji bersama-sama mahram saya. Dengan

Upload: sara-ashirah

Post on 11-Dec-2015

310 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Berangkat awal menunaikan haji

TRANSCRIPT

Page 1: Surat kebenaran Berangkat Awal menunaikan Haji

Zuliza binti Hamom,No. 55 Jalan Jasa 32,Taman Mutiara Rini,81300 Skudai,Johor Bahru.

Lembaga Tabung Haji,Menara Tabung Haji,Jalan Ayer Molek,Peti Surat 210,80720 Johor Bahru,Johor.

Tuan,

RAYUAN PENERBANGAN BERANGKAT MUSIM HAJI 1436H/2015M

Merujuk perkara diatas, saya Zuliza binti Hamom No.KP 890220-01-5990 ingin membuat rayuan mengenai penerbangan akhir ke Mekah untuk berangkat musim haji pada tahun 1436H/2015M dan penerbangan pulang yang terawal ke Malaysia bersama-sama mahram saya. Saya juga telah berdaftar dengan No. Daftar Haji 1001130102162511A dan mahram saya Mohd Ridhwan bin Mohd Kassim dengan No. Daftar Haji 1012070628141002A.

2. Justeru itu kerana saya masih menyusukan anak yang berumur 1 tahun 9 bulan yang masih kecil. Memandangkan anak saya masih memerlukan penyusuan daripada saya yang tidak boleh ditinggalkanya terlalu lama dan atas rayuan ini saya amat berharap dan merayu jasa baik pihak tuan agar dapat memberi peluang untuk berangkat akhir dan pulang terawal atas sebab-sebab yang munasabah. Saya merayu belas ihsan tuan terhadap anak kecil yang sedang menyusu badan (menyusu badan sepenuhnya).

3. Oleh yang demikian, saya amat menghargai jasa baik tuan dan mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama pihak tuan kerana memberi peluang dan bantuan kepada saya untuk keberangkatan akhir dan pulang awal menunaikan haji bersama-sama mahram saya. Dengan ini saya juga ada melampirkan salinan-salinan yang kukuh kepada pihak tuan. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

__________________( Zuliza Binti Hamom) 016-7008633