surat izin suami eg tukar complete.docx

4
SHAHRIDZAL BIN IBRAHIM NO 5 LORONG BERTAM PERMAI 2 TAMAN BERTAM PERMAI 13200 KEPALA BATAS PULAU PINANG ................................................................. ................................................................. ................ Ketua Sektor, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuaan, 62604 PUTRAJAYA 12 April 2015. Tuan, Memberi Keizinan Kepada Isteri Untuk Bertukar ke Pulau Pinang Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan permohonan pertukaran sekolah isteri saya, NURUL FATIN NABILA BT MD RAZI melalui laman web E-G Tukar (No. Permohonan Y20151731) adalah berkaitan.

Upload: nurulfatinnabila

Post on 14-Nov-2015

2.212 views

Category:

Documents


367 download

TRANSCRIPT

SHAHRIDZAL BIN IBRAHIMNO 5 LORONG BERTAM PERMAI 2TAMAN BERTAM PERMAI13200 KEPALA BATASPULAU PINANG..................................................................................................................................................Ketua Sektor,Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,Kementerian Pelajaran Malaysia,Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks Kerajaan Parcel E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuaan,62604 PUTRAJAYA12 April 2015.

Tuan,Memberi Keizinan Kepada Isteri Untuk Bertukar ke Pulau Pinang

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan permohonan pertukaran sekolah isteri saya, NURUL FATIN NABILA BT MD RAZI melalui laman web E-G Tukar (No. Permohonan Y20151731) adalah berkaitan.

2. Sukatcita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas memberi keizinan kepada isteri saya Nurul Fatin Nabila Bt Md Razi No. Kad Pengenalan 900409-08-5710 yang kini bertugas di Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Mohammad, Bintulu, Sarawak untuk bertukar ke mana-mana sekolah di dalam negeri Pulau Pinang.3. Untuk makluman tuan, saya mewakili isteri saya berharap agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan perpindahan ini atas sebab-sebab berikut :

i) Faktor rumah tangga. Saya dan isteri sering berjauhan untuk tempoh masa yang lama menyebabkan rumah tangga kami mengalami masalah dari segi perhubungan dan tekanan emosi serta salah faham. Saya juga tidak meredhai jika isteri saya tinggal berjauhan oleh kerana faktor keselamatan diri beliau. ii) Faktor pekerjaan : Saya juga yang berkerja dalam sektor swasta tidak dapat membuat pertukaran perkerjaan memandangkan tiada jawatan kosong dalam sektor berkenaan yang memerlukan saya untuk berkhidmat di tempat isteri. iii) Faktor keselamatan: Sebagai seorang suami,saya perlu menjaga kebajikan isteri dari segi keperluan tempat tinggal, dan keselamatan. Keadaan isteri yang tinggal seorang diri bintulu, Sarawak menekan emosi dan jiwa saya kerana beliau terdedah kepada risiko ancaman keselamatan.Hal ini juga menyebabkan saya sering tertekan kerana khuatir dengan keadaan isteri. iv) Faktor kewangan : Kos tiket penerbangan pergi dan balik dari Sarawak-Pulau Pinang menyebabkan kami seringan menghadapi masalah kewangan.Harga tiket yang tinggi dan tempoh perjalanan yang lama menyebabkan isteri jarang balik untuk bersama saya kerana desakan kewangan kami yang kritikal. Hal ini sekaligus menjejaskan hubungan suami isteri kami.Keperluan untuk saya memberi nafkah dari segi zahir dan batin kepada isteri sering terabai.v) Faktor hubungan suami isteri: Saya yang masih dalam tempoh permulaan alam perkahwinan sangat memerlukan komitmen yang tinggi dari isteri untuk menjaga keharmonian rumahtangga kami. Saya juga sering khuatir dengan keadaan diri isteri yang berada jauh di bawah pengawasan saya. Saya juga ingin menekankan bahawa tempat seorang isteri disisi suaminya jesteru saya berdoa agar dapat memulakan perjalanan hidup rumah tangga dengan lebih sempurna jika isteri dapat tinggal bersama saya.Sehubungan dengan itu, saya sangat berharap agar keprihatinan pihak tuan meluluskan permohonan isteri saya untuk kembali bersama saya. 4. Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar permohonan perpindahan isteri saya berhampiran dengan rumah kediaman kami mendapat pertimbangan dan keprihatinan sewajarnya dan seterusnya diluluskan oleh pihak tuan.

5. Sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi kami di talian 017-4552695 (SHAHRIDZAL BIN IBRAHIM) atau 019- 4936109 (NURUL FATIN NABILA BT MD RAZI). Segala kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

----------------------------------------(SHAHRIDZAL BIN IBRAHIM)NO KP : 900416025345