surat ceramah

6
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN ANGGERIK, JALAN BUKIT KEMPAS UTAMA, 81200 JOHOR BAHRU. : 07-5546966 ____________________________________________________________________ _____ Ruj. Kami : JBA 1095 / 600-2/6/6 (0 ) Tarikh : 19 hb Ogos 2014 Kepada, Ustaz Abdul Hamid bin Ismail SK Sri Amar Johor Bahru. Tuan, JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH DAN MENGETUAI SOLAT SEMPENA MAJLIS RESTU UPSR MURID TAHUN 6 Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. 2. Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling berbesar hati akan menganjurkan program Majlis Restu bagi calon UPSR 2014 murid Tahun 6 bersama ibu bapa dan guru-guru. Tujuan program ini untuk memberi tips motivasi murid menjelang peperiksaan dari sudut kerohanian dan doa-doa kepada murid, ibu bapa mahupun guru. Semoga tuan juga dapat memberi kesedaran kepada murid ini akan kepentingan restu dan mohon maaf kepada guru, ibu bapa dan rakan mereka sebelum memasuki dewan peperiksaan. 3. Program ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 04hb September 2014 (Khamis) Tempat : Kantin SK Taman Anggerik Tentatif : 6.30 ptg : Pendaftaran dan makan malam 7.15mlm : Solat Maghrib, bacaan Yassin, Solat Isyak dan Hajat 3. Bagi menjayakan program ini, besarlah harapan kami agar tuan dapat bersama-sama bagi mengetuai solat Isyak dan solat Hajat serta memberi ceramah motivasi kepada tetamu yang hadir. Semoga usaha murni ini dapat membantu dalam meningkatkan pencapaian UPSR tahun ini. Segala keprihatinan tuan dan kerjasama amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian untuk makluman tuan.

Upload: saiful-bahree-mohd-sumib

Post on 12-Jan-2016

250 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

R

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Ceramah

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN ANGGERIK,JALAN BUKIT KEMPAS UTAMA,81200 JOHOR BAHRU.

: 07-5546966_________________________________________________________________________

Ruj. Kami : JBA 1095 / 600-2/6/6 (0 )Tarikh : 19 hb Ogos 2014

Kepada,

Ustaz Abdul Hamid bin IsmailSK Sri AmarJohor Bahru.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH DAN MENGETUAI SOLAT SEMPENA MAJLIS RESTU UPSR MURID TAHUN 6

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling berbesar hati akan menganjurkan program Majlis Restu bagi calon UPSR 2014 murid Tahun 6 bersama ibu bapa dan guru-guru. Tujuan program ini untuk memberi tips motivasi murid menjelang peperiksaan dari sudut kerohanian dan doa-doa kepada murid, ibu bapa mahupun guru. Semoga tuan juga dapat memberi kesedaran kepada murid ini akan kepentingan restu dan mohon maaf kepada guru, ibu bapa dan rakan mereka sebelum memasuki dewan peperiksaan.

3. Program ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 04hb September 2014 (Khamis)Tempat : Kantin SK Taman AnggerikTentatif : 6.30 ptg : Pendaftaran dan makan malam 7.15mlm : Solat Maghrib, bacaan Yassin, Solat Isyak dan Hajat

3. Bagi menjayakan program ini, besarlah harapan kami agar tuan dapat bersama-sama bagi mengetuai solat Isyak dan solat Hajat serta memberi ceramah motivasi kepada tetamu yang hadir. Semoga usaha murni ini dapat membantu dalam meningkatkan pencapaian UPSR tahun ini. Segala keprihatinan tuan dan kerjasama amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian untuk makluman tuan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(RAHMAH BT MD YASSIN)Guru Besar,SK Taman Anggerik Johor Bahru.

Sk: Fail Bimbingan/Kecemerlangan/Fail PIBG

Page 2: Surat Ceramah

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN ANGGERIK,JALAN BUKIT KEMPAS UTAMA,81200 JOHOR BAHRU.

: 07-5546966_________________________________________________________________________

Ruj. Kami : JBA 1095 / 100-19/3/2/04 (06)Tarikh : 20hb Januari 2014

Kepada,

En Saiful Lizan bin Suparman,IPG Kampus Tun Hussein Onn,KM 7.75 Jalan Kluang,Karung Berkunci 524,83009 Batu Pahat,Johor Darul Takzim.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH KURSUS KEPIMPINAN 2014

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Unit Bimbingan dan Kaunseling berbesar hati akan menganjurkan kursus Kepimpinan kepada barisan pemimpin sekolah yang terdiri daripada Badan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, dan Ketua/Penolong Darjah. Tujuan kursus ini untuk memberi kesedaran motivasi diri sebagai pemimpin murid dalam memegang tanggungjawab penting di sekolah.

3. Kursus ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 08hb Februari 2014 (Sabtu)Tempat : Dewan SK Taman AnggerikMasa : Jam 8.00 -10.00 pagi

3. Bagi menjayakan program ini, besarlah harapan kami agar tuan dapat hadir memberi ceramah motivasi kepimpinan kepada barisan pemimpin ini. Semoga usaha murni ini dapat membantu dalam meningkatkan kecemerlangan sahsiah dan disiplin sekolah ini. Segala keprihatinan dan kerjasama pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian untuk makluman tuan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(RAHMAH BT MD YASSIN)Guru Besar,SK Taman Anggerik Johor Bahru.

Sk: Fail Bimbingan

Page 3: Surat Ceramah

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN ANGGERIKJALAN BUKIT KEMPAS UTAMA,TAMAN ANGGERIK,81200, JOHOR BAHRU, JOHOR.

: 07-5546966

_________________________________________________________________________Ruj. Kami : SKTA/JBA1095/ 100-19/3/2/06 (01)Tarikh : 26hb Februari 2015

Kepada,Pengarah,AADK Negeri Johor,Blok 5, Kompleks Dalam Negeri,Setia Tropika, Kempas,81200 Johor Bahru.(up : En Aziz)

Tuan/Puan,

Memohon Pameran dan Ceramah Sempena Minggu PPDa Peringkat Sekolah

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk

2. Sempena minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat sekolah, unit bimbingan dan kaunseling berbesar hati menganjurkan program seperti ketetapan berikut ini :

Tarikh : 04hb Mac 2015 (Rabu)

Masa : 11.30 pagi – 1.00 petang (sesi pameran) 1.00 – 2.30 petang (sesi ceramah)

Tempat : Dewan SK Taman Anggerik

3. Oleh yang demikian, pihak sekolah menjemput pihak tuan hadir untuk menjayakan program ini dalam memberi ceramah dan pameran berkaitan penyalahgunaan dadah kepada murid kami dari Tahun 3 hingga Tahun 6 sempena aktiviti Kokurikulum.

4. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Guru Bimbingan, Pn Norsilawati bt Md Arshad 012-7560380. Keprihatinan dan kerjasama tuan/puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian untuk makluman tuan/puan.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

Page 4: Surat Ceramah

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN ANGGERIK,JALAN BUKIT KEMPAS UTAMA,81200 JOHOR BAHRU.

: 07-5546966_________________________________________________________________________

Ruj. Kami : JBA 1095-100-19/8/1(01) Tarikh : 23 Julai 2015

Kepada,

Pejabat Kesihatan Daerah,Johor Bahru,Johor Darul Takzim.

Tuan,

JEMPUTAN PEMERIKSAAN KESIHATAN SEMPENA HARI KESIHATAN DAN HARI KEUSAHAWANAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Pihak pentadbiran sekolah berbesar hati akan menganjurkan Hari Kesihatan dan Hari Keusahawanan sekolah yang terbuka kepada murid-murid, ibu bapa, guru dan warga sekitar Taman Anggerik. Tujuan penganjuran program ini untuk memberi peluang kepada semua warga sekolah dan penduduk setempat untuk membuat pemeriksaan kesihatan pengesanan awal penyakit darah tinggi, diabetes, atau obesiti.

3. Program ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 08hb Ogos 2015 (Sabtu)Tempat : Dataran dan kantin sekolah Masa : Jam 8.00 -1.00 petang

3. Bagi menjayakan program ini, besarlah harapan kami agar tuan dapat hadir memberi pemeriksaan kesihatan kepada warga sekolah ini. Semoga usaha murni ini dapat membantu dalam meningkatkan taraf kesihatan warga sekolah ini. Sebarang pertanyaan boleh berhubung kepada En Saiful Bahree Bin Mohd Sumib, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di talian 012-6373629. Segala keprihatinan dan kerjasama pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian untuk makluman tuan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(RAHMAH BT MD YASSIN)Guru Besar,SK Taman Anggerik Johor Bahru.