tinjauan kesedaran keselamatan bengkel …...objektif kajian ini adalah untuk melihat ... niosh -...

23

Upload: others

Post on 09-Jan-2020

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and
Page 2: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and
Page 3: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and

i

TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL DIKALANGAN

PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

DI BENGKEL FABRIKASI LOGAM N30 FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

ZURAIDA BINTI TALIB

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 4: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and

ii

Page 5: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and

iii

Page 6: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and

iii

DEDIKASI

DENGAN nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Untukmu Ayahanda dan Bonda yang amat disanjungi,

Hj. Talib B. Mohd Yusof dan Kepol Binti Johari

Dengan doamu anakanda mampu mencapai cita-cita anakanda hari ini……….

Pendorong serta sumber ilhamku,

Kekanda Rosman B. Leman

Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala pengorbanan dan jasamu,

Permata Hatiku,

Intan Zainatul Maria,

Mohd Zulfie Izzhar,

Muhammad Afif Hakim,

Cahaya wajah kalian adalah pembakar semangat mama,

Adinda Halimatul Saadiah ….. terima kasih di atas sokongan dan dorongan.

Moga mendapat cahaya mata yang comel, sihat dan bistari…..

Harapan agar kejayaan akan jadi milik kita bersama………

Page 7: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Bersyukur ke hadrat Allah S. W. T berkat limpah dan Kurnia NYA dan kepada

NYA jugalah saya memohon taufik dan hidayah dalam menempuh liku-liku kehidupan.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S. A. W.

Salam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia saya, En Kandar

Bin Selamat di atas segala tunjuk ajar, bimbingan, teguran dan nasihat yang berterusan

sehingga terhasilnya projek ini.

Ucapan terima kasih juga ingin saya rakamkan kepada En Ros Iskandar b.

Mansor selaku pengajar di Bengkel Fabrikasi Logam N30 kerana memberi kerjasama

dalam menyiapkan projek ini.

Tidak lupa juga pihak keluarga saya yang amat memahami dan sentiasa memberi

dorongan kepada saya sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia. Juga

segala tunjuk ajar dan teguran tenaga pengajar dan staf sokongan UTM yang sentiasa

sedia untuk memberikan pertolongan apabila diperlukan.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekuliah di atas segala

dorongan yang diberikan dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak

dalam penyiapan projek ini.

Page 8: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and

v

ABSTRAK

Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk meninjau kesedaran keselamatan di

kalangan pelajar Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional di bengkel Fabrikasi

Logam N30 Universiti Teknologi Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk melihat

adakah pelajar sedar kepentingan pengetahuan dan latihan terhadap keselamatan mereka,

kesedaran pelajar tentang kesan daripada sikap yang mereka amalkan terhadap

keselamatan mereka semasa berada di bengkel, kesedaran pelajar tentang kesan yang

diberikan oleh persekitaran tempat kerja terhadap keselamatan mereka semasa berada di

bengkel kerja dan kesedaran pelajar tentang kepentingan peraturan keselamatan bengkel

terhadap keselamatan. Kajian ini berbentuk deskriptif yang menggunakan soal selidik

dengan skala 5 (lima) mata sebagai instrumen kajian. Responden yang dikaji adalah

seramai 120 orang. Persampelan dibuat secara rawak mudah. Segala data yang

diperolehi telah diproses dengan menggunakan perisian SPSS 11.0 untuk mendapatkan

peratus dan min. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelajar Pendidikan Teknik dan

Vokasional yang menggunakan bengkel Fabrikasi logam di N30 mempunyai kesedaran

terhadap keselamatan mereka meliputi kepentingan pengetahuan dan latihan, sikap yang

mereka amalkan, kesan persekitaran dan kepentingan peraturan keselamatan semasa

mereka berada di bengkel. Di akhir kajian ini, penyelidik telah mengemukakan beberapa

cadangan untuk kebaikan bersama di masa hadapan.

Page 9: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and

vi

ABSTRACT

This research is conducted to look at the safety awareness in general among

the Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional students whom been using the

Bengkel Fabrikasi Logam at N30 Universiti Teknologi Malaysia. The objective of

this research is to find out are the students aware that knowledge and practice are

important for their safety, the effect of their attitude during working in the

workshop to their safety, the effect of the environment of the workshop to their

safety and the importance of safety rules in workshops to their safety. This is a

descriptive research using questionnaires and 5 point scales instrument to measure

the respondents’ feedback. All the data that had been collected are being processed

with SPSS 11.0 software, which is based on percentage and min. The obtained data

shows that those students are aware of their safety including the importance of

knowledge and practice for their safety, the effect of the attitude during working in

the workshop to their safety, the effect of the environment of the workshop to their

safety and the importance of safety rules in workshops to their safety. In the end of

this research, some suggestions are made to particular parties for safety and health

excellence during the using of workshops in future.

Page 10: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN x

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan Kajian 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.2 Penyataan Masalah 6

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Batasan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

Page 11: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and

viii

1.7 Definasi Istilah 9

1.8 Penutup 10

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Pengertian Keselamatan Bengkel 14

2.3 Pengertian Kesedaran Keselamatan 15

2.4 Aspek Pengetahuan dan Latihan 16

2.5 Aspek Sikap Pelajar Di bengkel 18

2.6 Aspek Peraturan Keselamatan Bengkel 21

2.7 Aspek Persekitaran Tempat Kerja 22

2.8 Penutup 23

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Reka Bentuk Kajian 24

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 25

3.4 Instrumen Kajian 27

3.5 Kajian Rintis 28

3.5.1 Keesahan Soal

Selidik 29

3.5.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 30

3.6 Prosedur Kajian 32

3.7 Analisis Data 32

3.8 Penutup 34

Page 12: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and

ix

BAB IV ANALISA DATA

4.1 Pengenalan 35

4.2 Analisis Demografi Responden 36

4.2.1 Taburan Responden Mengikut

Jantina 36

4.2.2 Taburan Responden Mengikut

Umur 37

4.2.3 Taburan Responden Mengikut

Kursus 37

4.2.4 Taburan Responden Mengikut

Pengalaman Menggunakan Bengkel

Kerja 38

4.2.5 Taburan Responden Mengikut

Pengalaman Mengikuti Kursus

Kesedaran Keselamatan Bengkel 39

4.3 Analisis Bahagian B 39

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 40

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 43

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 46

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 49

4.4 Analisis Keseluruhan 52

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 55

5.2 Rumusan 55

5.3 Perbincangan 56

5.3.1 Perbincangan Demografi Responden 57

5.3.2 Aspek Kepentingan Pengetahuan

Page 13: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and

x

Dan Latihan Keselamatan Bengkel 57

5.3.3 Aspek Kesan Sikap Pelajar Amalkan

Terhadap Keselamatan Semasa

Berada DiBengkel Kerja. 59

5.3.4 Aspek Kesan Persekitaran

Tempat Kerja Terhadap Keselamatan

Semasa Berada Dibengkel. 61

5.3.5 Aspek Kepentingan Peraturan

Keselamatan Bengkel 62

5.4 Kesimpulan 64

5.4 Cadangan Tindakan 64

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 65

5.5 Penutup 66

BAHAGIAN EMPAT

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 67

BAHAGIAN LIMA

LAMPIRAN

A Set Borang Soal Selidik

B Jadual Penentuan Saiz Sampel

C Reliability Coefficients

D Surat Pengesahan Soal Selidik

Page 14: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kemalangan yang dilaporkan berlaku 5

di Bengkel Fabrikasi Logam Di N30

(2002-2003)

3.1 Jumlah populasi yang digunakan 25

3.2 Jumlah sampel kajian yang digunakan 25

3.3 Aspek kesedaran keselamatan yang

ditinjau. 27

3.4 Analisis purata nilai Alpha berdasarkan

persoalan kajian. 29

3.5 Pemeringkatan Skala Likert 32

3.6 Perubahan Markat Dan Skala 32

3.7 Markat Skala Likert 3 mata 33

4.1 Taburan responden mengikut jantina 35

4.2 Taburan responden mengikut umur 36

4.3 Taburan responden mengikut kursus 36

4.4 Taburan responden mengikut pengalaman

menggunakan bengkel kerja. 37

4.5 Taburan responden mengikut pengalaman

mengikuti kursus kesedaran keselamatan

bengkel. 38

Page 15: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and

xii

4.6 Taburan responden mengikut peratus

dan min bagi kepentingan

pengetahuan dan latihan 39

4.7 Taburan responden mengikut peratus

dan min bagi kesan sikap pelajar

ketika berada di bengkel terhadap

keselamatan. 43

4.8 Taburan responden mengikut peratus

dan min bagi kesan persekitaran

tempat kerja terhadap keselamatan. 46

4.9 Taburan responden mengikut peratus

dan min bagi kepentingan

peraturan keselamatan bengkel. 50

4.10 Analisis persoalan kajian. 52

Page 16: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and

xiii

SENARAI SINGKATAN

JPTV - Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional

NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Negara.

OSHA - Occupational Safety and Health Administration

(Pengurusan keselamatan dan Kesihatan

pekerjaan).

SPA - Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPH ( Perdana) - Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPH ( PKPG ) - Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup) Program Kursus

Pensiswazahan Guru.

SPJ - Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)

SPSS - Statistical Package For Social Science

Page 17: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Kesedaran keselamatan merupakan aspek yang perlu dititikberatkan semasa

menjalankan aktiviti amali di bengkel. Kesedaran keselamatan meliputi pelbagai aspek

iaitu pengetahuan, amalan, latihan dan motivasi. Ia amat penting kerana tanpa tahap

kesedaran keselamatan yang tinggi, individu akan menjadi alpa akan keselamatan

dirinya sendiri serta melibatkan persekitaran dan individu lain yang berada berdekatan

dengan bengkel.

Pengabaian aspek keselamatan mungkin akan mengakibatkan kecederaan,

kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Malahan imej institusi yang terlibat juga

akan buruk serta memberi kesan terhadap kelancaran operasi bengkel berkenaan. Selain

itu juga, kerugian terpaksa ditanggung akibat kerosakan dan tanggungan kos perubatan.

Pihak pengurusan bengkel bertanggungjawab bagi memastikan agar segala

peraturan keselamatan di bengkel dipatuhi dan dihayati oleh pelajar. Pelajar-pelajar

perlu didedahkan dengan amalan keselamatan agar mereka mengetahui aspek yang

berkaitan dengan keselamatan di bengkel. Pelajar-pelajar perlu diberi pendedahan awal

tentang pengetahuan dan kesedaran keselamatan, supaya amalan keselamatan ini, dapat

diterapkan di alam pekerjaan, setelah mereka menamatkan alam persekolahan mereka.

Sikap pelajar yang memandang remeh tentang kepentingan keselamatan akan

mendedahkan seseorang individu itu kepada risiko kemalangan. Oleh itu, pihak

Page 18: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and

2

pengurusan bengkel perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menangani

masalah ini.

" Faults of persons frequently lead to the creation of unsafe acts and

conditions….. Unsafe acts and conditions usually lead to accidents "

(CIAST-Ministry Of Human Resources, 1994)

Kenyataan ini menunjukkan bahawa pengaruh manusia adalah tinggi sebagai

penyumbang terhadap keselamatan. Oleh itu kesedaran terhadap keselamatan haruslah

dipupuk supaya mereka dapat mengawal diri mereka daripada membahayakan diri

sendiri, orang lain dan harta benda di sekeliling mereka.

Kesedaran terhadap keselamatan boleh dicapai melalui pelbagai cara. Apabila

membincangkan perihal mengenai kemanusiaan pelbagai aspek berkenaan manusia itu

harus diambil kira. Manusia di pengaruhi oleh pengetahuan dan latihan yang mereka

terima semasa hayat mereka seta persekitaran mereka. Sikap yang mereka amalkan

juga memberi kesan terhadap diri mereka, tidak lupa juga peraturan-peraturan yang

dibentuk oleh masyarakat bagi diri mereka. Dalam kajian ini penyelidik akan

menampilkan aspek-aspek di atas dalam persoalan kajiannya.

1.1 Latar belakang Masalah

Keselamatan biasanya berkaitan dengan bahaya. Sejak kecil lagi kita telah

diingatkan supaya menjaga keselamatan diri, orang lain dan objek yang berada di

persekitaran kita. Pendidikan yang diterima dari kecil ini menimbulkan kesan yang

mendalam dalam jiwa kita. Dengan itu nyatalah kesedaran akan pentingnya keselamatan

telah menjadi sebahagian daripada hidup kita.

Page 19: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and

3

Pengerusi NIOSH, Datuk Lee Lam Thye menyatakan "Kesedaran keselamatan

diri adalah kriteria utama untuk mengelak daripada berlakunya kemalangan ditempat

kerja. Jika sikap ini diketepikan , kemalangan dan kecederaan ditempat kerja akan

meningkat." Menurutnya lagi berdasarkan laporan kemalangan yang dikeluarkan

Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) sejak kebelakangan ini jumlah

kemalangan perusahaan semakin menurun. Pada tahun 1995, jumlah kemalangan yang

dilaporkan ialah sebanyak 114,134 kes dan menurun pada Julai 2000 sebanyak 36,854

kes. Penurunan jumlah kemalangan menandakan wujudnya kesedaran keselamatan

pekerjaan di negara ini. (Kementerian Sumber Manusia, 2001)

Dr. Haji Abd Latif Bin Ahmad, Timbalan Menteri Sumber Manusia menyatakan

bahawa hanya masyarakat yang mempunyai kesedaran yang tinggi berkaitan aspek-

aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berupaya untuk menyelesaikan

masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara komprehensif dan berjangka

panjang. (Kementerian Sumber Manusia 2002)

Nyata sekali aspek keselamatan ini tidak dapat dipisahkan daripada faktor

kemanusiaan. Setiap individu harus faham tanggungjawab mereka terhadap keselamatan

diri dan segala tindak tanduk mereka seharusnya tidak akan memberi mendatangkan

bahaya terhadap orang lain. Kefahaman tentang keselamatan yang ujud dalam diri

mereka inilah yang di sebut sebagai "Kesedaran Keselamatan"

" Setiap orang seandainya gagal mengawal dirinya mungkin akan

mendatangkan mudarat, kecederaan, atau kerosakan di mana tidak secara langsung

akan meninggalkan kesan terhadap organisasi." (The National Federation Of Building

Trades Employers, 1972)

Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa tanpa kesedaran terhadap keselamatan

semasa di bengkel pelajar bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga terhadap

orang lain dan harta benda yang terdapat di bengkel dan kawasan yang berhampiran.

Page 20: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and

4

Menurut Kavianan et al (1993) kekurangan kesedaran terhadap keselamatan

terbahagi kepada dua masalah yang bertindanan. Pertama , keadaan pelajar yang

terdedah kepada bahaya di dalam bengkel yang berpunca dari pihak pengurusan

bengkel. Kedua nya ialah dari segi pengetahuan pelajar. Pengetahuan mereka dari segi

keselamatan bengkel adalah terhad dan kadangkala tiada kerana Keselamatan Bengkel

tidak diajar dalam bentuk matapelajaran. Atau dengan kata lain kelulusan pengetahuan

keselamatan bengkel bukan syarat sebelum pelajar dibenarkan menggunakan sesuatu

bengkel.

Mereka juga menyatakan kekurangan kesedaran keselamatan dikalangan pelajar

juga nyata semasa menjalankan operasi amali. Ia merujuk kepada aspek yang berkaitan

dengan penguatkuasaan undang-undang, penyediaan alat kelengkapan keselamatan yang

tidak mencukupi, penyimpanan bahan kimia dan kegagalan pelajar mematuhi peraturan

bengkel. Kajian yang dijalankan oleh Revelle dan Boultan dalam Colling (1990)

menunjukkan pekerja yang tidak menerima latihan keselamatan mengalami hampir 2

kali ganda kemalangan daripada mereka yang telah menjalani latihan tersebut. Hanya

20% merasakan mereka telah mendapat latihan keselamatan yang secukupnya manakala

75% merasakan telah selesa dengan langkah keselamatan yang telah mereka ambil

sendiri. Dapatan ini juga menyatakan 85% pekerja bersetuju bahawa kemalangan yang

mereka alami boleh dicegah. Ini disokong oleh Heinrich (1959) bahawa 88%

kemalangan disebabkan oleh kesilapan manusia.

Mr Alan Tong Kok Mau semasa persidangan "Towards Construction Site

Accident Prevention" menyatakan punca kemalangan pekerjaan terbahagi kepada dua

perkara. Iaitu kecuaian dan sikap tidak acuh pekerja walaupun langkah keselamatan

telah diambil oleh pihak pengurusan. Ia melibatkan aspek disiplin kendiri dan

berkesanggupan mengambil risiko. (Pemaju Perumahan Malaysia, 1993)

Universiti Teknologi Malaysia yang diiktiraf sebagai universiti bertaraf dunia

dan mampu melahirkan ribuan graduan setiap tahun dalam pelbagai bidang teknikal

haruslah bertindak sebagai salah satu institusi pengajian tinggi yang boleh memainkan

Page 21: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and

5

peranan untuk melahirkan generasi yang bakal mengisi bidang pekerjaan negara pada

masa akan datang sebagai generasi yang mempunyai kesedaran keselamatan yang tinggi.

Hasil daripada pertemuan dengan tenaga pengajar yang bertugas, penyelidik telah

mendapatkan data yang menunjukkan kemalangan yang telah dilaporkan berlaku di

bengkel tersebut antara 2002-2003. Rujuk Jadual 1.1.

Jadual 1.1 : Kemalangan yang dilaporkan berlaku di bengkel fabrikasi

logam di N30 (2002-2003)

JENIS KEMALANGAN 2002 2003

Terhempit tool box 5 5

Luka semasa memotong

plet besi (menggegas)

5 5

Terhidu gas kimpalan 2 3

Luka terkena hand grinder 3 1

Jumlah 15 14

Sumber : Tenaga Pengajar Bengkel Fabrikasi Logam N30

Jadual 1.1 menunjukkan kekerapan kemalangan yang berlaku di Bengkel

Fabrikasi Logam N30. Data menunjukkan jumlah kemalangan mencapai 15 kejadian

pada tahun 2002 dan 14 kejadian pada tahun 2003 walaupun langkah-langkah

keselamatan telah diambil oleh pihak pengurusan bengkel di samping pemantauan yang

dijalankan oleh pensyarah dari masa ke semasa. Oleh itu penyelidik mengambil

keputusan untuk menjalankan kajian yang adalah bertujuan untuk meninjau kesedaran

keselamatan di kalangan pelajar-pelajar tahun 4 JPTV yang menggunakan bengkel

Fabrikasi Logam N30 Universiti Teknologi Malaysia sebagai populasi.

Page 22: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and

6

1.2 Penyataan Masalah

Kemalangan merupakan perkara yang tidak dirancang dan tidak dikehendakki.

Walaupun begitu ia tidak dapat dijangka. Penerapan kesedaran keselamatan dikalangan

pelajar merupakan suatu perkara yang serius dan perlu diberi perhatian. Ini adalah

kerana pelajar merupakan aset yang penting kepada negara dan merekalah bakal

dibentuk sebagai generasi yang seharusnya mempunyai kesedaran keselamatan yang

tinggi. Tidak dapat dinafikan juga kesedaran terhadap keselamatan yang diterapkan di

institusi pengajian tinggi akan dibawa oleh pelajar apabila mereka menceburi alam

pekerjaan kelak.

Menerusi kajian ini pengkaji ini meninjau kesedaran keselamatan kerja bagi

pelajar-pelajar JPTV yang menggunakan bengkel Fabrikasi Logam N30 di Universiti

Teknologi Malaysia. Kesedaran keselamatan yang dinilai berdasarkan empat aspek iaitu

kepentingan pengetahuan dan latihan, kesan sikap pelajar ketika berada di bengkel

terhadap keselamatan, kesan persekitaran tempat kerja terhadap keselamatan dan

kepentingan peraturan keselamatan bengkel.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini bertujuan untuk meninjau :

1. Kesedaran pelajar terhadap kepentingan pengetahuan dan latihan terhadap

keselamatan semasa berada di bengkel kerja.

2. Kesedaran pelajar tentang kesan sikap yang mereka amalkan terhadap

keselamatan semasa berada di bengkel kerja.

Page 23: TINJAUAN KESEDARAN KESELAMATAN BENGKEL …...Objektif kajian ini adalah untuk melihat ... NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. OSHA - Occupational Safety and

7

3. Kesedaran pelajar tentang kesan persekitaran tempat kerja terhadap keselamatan

mereka semasa berada di bengkel kerja.

4. Kesedaran pelajar tentang kepentingan peraturan keselamatan bengkel yang

dijalankan terhadap keselamatan pelajar semasa berada di bengkel kerja.

1.4 Persoalan Kajian

Daripada penyataan masalah yang dinyatakan, beberapa persoalan kajian telah

dihasilkan seperti berikut:

1. Adakah pelajar sedar kepentingan pengetahuan dan latihan yang mereka terima

semasa dibengkel mempengaruhi keselamatan mereka?

2. Adakah pelajar sedar sikap yang mereka amalkan memberi kesan terhadap

keselamatan mereka semasa berada di bengkel kerja?

3. Adakah pelajar sedar persekitaran tempat kerja memberi kesan terhadap keselamatan

mereka semasa berada di bengkel?

4. Adakah pelajar sedar kepentingan peraturan keselamatan terhadap keselamatan

mereka ketika berada di bengkel?

1.5 Batasan Kajian

Pengkaji membataskan kajian ini kepada pelajar-pelajar JPTV Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang menggunakan Bengkel Fabrikasi

Logam yang bertempat di N30. Populasi yang terlibat adalah seramai 176 orang pelajar.