borang pengesahan status tesis -...

22
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97) JUDUL : Saya BORANG PENGESAHAN STATUS TESISSISTEM KAWALAN INVENTORI MAKMAL KOMPUTER MENGGUNAKAN RFID SESI PENGAJIAN : 2007 / 2008 MOHAMAD FAIRUZ BIN ABDULLAH (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan Oleh _______________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : 771 LORONG JAMBU, KG DURIAN BURUNG, (TANDATANGAN PENYELIA) 20050 K. TERENGGANU, HAZINAH BINTI KUTTY MAMMI TERENGGANU DARUL IMAN. NAMA PENYELIA Tarikh : 30 JUN 2008 Tarikh : 30 JUN 2008 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus atau penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: dinhque

Post on 10-Mar-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

JUDUL : Saya

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

SISTEM KAWALAN INVENTORI MAKMAL KOMPUTER MENGGUNAKAN RFID

SESI PENGAJIAN : 2007 / 2008

MOHAMAD FAIRUZ BIN ABDULLAH

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan Oleh

_______________________________________ _______________________________

(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : 771 LORONG JAMBU, KG DURIAN BURUNG,

(TANDATANGAN PENYELIA)

20050 K. TERENGGANU, HAZINAH BINTI KUTTY MAMMI

TERENGGANU DARUL IMAN. NAMA PENYELIA

Tarikh : 30 JUN 2008 Tarikh : 30 JUN 2008 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus atau penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer).”

Tandatangan

Nama Penyelia

Tarikh

: ……………………………….

: Hazinah Binti Kutty Mammi

: 30 Jun 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

SISTEM KAWALAN INVENTORI MAKMAL KOMPUTER

MENGGUNAKAN RFID

MOHAMAD FAIRUZ BIN ABDULLAH

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat Penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JUN 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………….

Nama Penulis : Mohamad Fairuz bin Abdullah

Tarikh : 30 Jun 2008

i

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

ii

DEDIKASI

Untuk mak, ayah dan keluarga tercinta, terima kasih di atas sokongan rohani dan

jasmani yang tidak terhingga.

Buat teman-teman seperjuangan, teruskan perjuangan agar kita beroleh kejayaan

hidup di dunia dan di akhirat jua.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

iii

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas segala nikmat dan

rahmat yang telah dilimpahkan-Nya terhasillah laporan serta sistem bagi Projek Sarjana

Muda ini dengan tajuk Sistem Kawalan Inventori Makmal Komputer Menggunakan

RFID (SKIMK-RFID Tech). Saya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan

terima kasih yang tidak terhingga khasnya kepada penyelia, Cik Hazinah binti Kutty

Mammi atas bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar yang cukup bermanfaat sepanjang

tempoh penyediaan laporan ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

memberikan pandangan, idea dan maklumat serta mereka yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung dalam pembangunan sistem ini.

Sekalung penghargaan juga buat ibu bapa dan keluarga yang banyak memberi

dorongan sepanjang pembelajaran di UTM serta pensyarah-pensyarah yang turut

menyumbangkan idea dalam penghasilan laporan ini. Tidak lupa juga kepada teman-

teman yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan laporan

projek ini. Semoga segala usaha dan komitmen serta kerjasama berterusan daripada

semua pihak mendapat keredhaan dan keberkatan.

Sekian, terima kasih.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

iv

ABSTRAK

Sistem Kawalan Inventori Makmal Komputer Menggunakan RFID atau lebih

dikenali sebagai SKIMK-RFID Tech merupakan sistem yang dibangunkan untuk tujuan

kawalan terhadap inventori di dalam makmal komputer di Fakulti Sains Komputer dan

Teknologi Maklumat Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu ia bertujuan untuk

menggantikan sistem inventori yang sedia ada yang masih menggunakan kod bar kepada

teknologi RFID. Dengan penggunaan teknologi RFID dalam sistem inventori, proses

pengurusannya akan menjadi lebih cekap. Selain daripada itu, teknologi ini turut

menawarkan keselamatan maklumat bagi inventori yang terlibat. Pembangunan sistem

ini dijalankan menurut kaedah UML dan model prototaip bagi menjamin keberkesanan

sistem. Perisian yang digunakan untuk membangunkan sistem ini ialah perisian

Microsoft Visual Basic 6.0 dan disokong oleh pangkalan data jenis Microsoft SQL

Server 2005. Sistem ini berkeupayaan untuk memproses maklumat berkenaan inventori

dengan lebih mudah dan cepat. Selain itu ia juga berupaya untuk memantau sebarang

perubahan lokasi perkakasan komputer di dalam makmal komputer. Adalah diharapkan

sedikit sebanyak sistem ini dapat membantu pihak yang terbabit.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

v

ABSTRACT

Inventory Controlling System for Computer Lab Using RFID or know as

SKIMK-RFID Tech was developed for main purpose to controlling and monitoring

inventory or devices in computer laboratory at Fakulti Sains Kompuer dan Teknologi

Maklumat Universiti Teknologi Malaysia. Besides that, it also for replacing current

inventory system that using the bar code with RFID technology. By using this

technology in inventory system, its management process will be more effective. On the

other hand, this technology also provides information security for inventory.

Development for system was based on UML and prototype model to ensure its

effectiveness, software used to develop this system is Microsoft Visual Basic 6.0 and

supported by database type Microsoft SQL Server 2005. This system is capable to

process information in short time and quick. It also can monitor any location changes for

computer devices in computers laboratory. Hopefully this system can help computer

technicians in their jobs.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

vi

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN i

DEDIKASI ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

SENARAI KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL viii

SENARAI RAJAH ix

SENARAI ISTILAH xi

SENARAI LAMPIRAN xii

1 PENGENALAN PROJEK

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Penyataan Masalah 3

1.3 Kepentingan Projek 4

1.4 Matlamat 5

1.5 Objektif 5

1.6 Skop 5

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 7

2.2 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 8

2.3 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada di Pasaran 9

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

vii

2.3.1 Almyta Inventory Control System 3.12.4F 9

2.3.2 Inventory Executive System v1.5.12 11

2.4 Analisa Masalah Terhadap Sistem Sedia Ada 12

2.5 Kaedah Penyelesaian Masalah 13

2.6 Pengenalan Terhadap Teknologi RFID 14

2.6.1 Kelebihan RFID 15

2.6.2 Jenis RFID 16

2.6.3 Keperluan Perkakasan dan Perisian 18

2.6.3.1 Untuk Pembangunan Sistem 18

2.6.3.2 Untuk Kegunaan Pengguna Sistem 19

2.7 Perbezaan Sistem Inventori Sedia Ada dan Projek Yang 20

Dibangunkan

2.8 Kesimpulan 21

3 METODOLOGI PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 22

3.2 Metodologi 23

3.2.1 Kaedah 23

3.2.2 Teknik 24

3.3 Metodologi Dan Kaedah Yang Dipilih 24

3.3.1 Model Prototaip 24

3.3.2 UML (Unified Modeling Language) 27

3.4 Analisa Keperluan Sistem 28

3.4.1 Justifikasi Perkakasan 29

3.4.2 Justifikasi Perisian 29

3.5 Kesimpulan 30

4 HASIL ANALISIS DAN REKABENTUK AWALAN

4.1 Pengenalan 31

4.2 Rekabentuk Sistem 32

4.2.1 Rajah Guna Kes (Use Case Diagram) 33

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

viii

4.2.2 Rajah Jujukann (Sequence Diagram) 35

4.3 Rekabentuk Pangkalan Data 41

4.3.1 Rekabentuk Terperinci Data 42

4.4 Kesimpulan 43

5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN

5.1 Pengenalan 44

5.2 Pembangunn Sistem 44

5.2.1 Capaian Ke Pangkalan Data 45

5.2.2 Proses Login 45

5.2.3 Masuk Maklumat 47

5.2.4 Ubah Maklumat 49

5.2.5 Hapus Maklumat 51

5.2.6 Proses Pengesanan Melalui RFID 53

5.3 Implementasi Hasil Akhir 54

5.4 Pengujian 54

5.5 Rumusan Pengujian 56

6 KESIMPULAN

6.1 Pengenalan 57

6.2 Pencapaian 58

6.3 Kekangan 58

6.4 Cadangan 59

6.5 Kesimpulan Secara Keseluruhan 60

RUJUKAN 61

LAMPIRAN

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

ix

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Klasifikasi Tag RFID Berdasarkan Bekalan Kuasa 16

2.2 Klasifikasi RFID Berdasarkan Frekuensi 16

2.3 Perbezaan Sistem Inventori Sedia Ada Dengan Sistem 20

Yang Dibangunkan

4.1 Keterangan fungsi-fungsi jadual dalam pangkalan data 42

5.1 Jadual pengujian sistem dan hasil yang diperolehi 54

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

x

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Antaramuka Utama Almyta Inventory 9

Control System 3.12.4F

2.2 Antaramuka Utama Inventory Executive 11

System v1.5.12

2.3 Bagaimana RFID berfungsi 15

2.4 Contoh tag RFID 17

3.1 Model Prototaip 25

4.1 Rajah modul sistem 32

4.2 Antaramuka utama sistem 33

4.3 Rajah Guna Kes bagi Pentadbir/Juruteknik 34

4.4 Rajah jujukan proses log masuk 35

4.5 Rajah jujukan proses melihat maklumat 36

4.6 Rajah jujukan proses menambah maklumat 37

4.7 Rajah jujukan proses mengubah maklumat 38

4.8 Rajah jujukan proses menghapus maklumat 39

4.9 Rajah jujukan proses log keluar 40

4.10 Rajah hubungan antara jadual dalam 41

pangkalan data

5.1 Connection String ke pangkalan data 45

5.2 Keratan aturcara Login 46

5.3 Keratan aturcara bagi proses memasukkan 48

maklumat

5.4 Rajah borang masuk maklumat 49

5.5 Rajah borang ubah maklumat 50

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

xi

5.6 Rajah keratan aturcara ubah maklumat 50

5.7 Rajah borang hapus maklumat 51

5.8 Rajah keratan aturcara hapus maklumat 52

5.9 Rajah fungsi bagi kawalan RFID 53

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

xii

SENARAI ISTILAH

BAHASA MALAYSIA BAHASA INGGERIS

Aktor Actor

Kes guna Use case

Rajah Guna Kes Use Case Diagram

Rajah Jujukan Sequence Diagram

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA

A Carta Gantt PSM 1

B Carta Gantt PSM 2

C Manual Pengguna

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

1

BAB 1

PENGENALAN PROJEK

1.1 Pendahuluan

Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi banyak

memberi kesan kepada kehidupan masa kini. Ini dapat dilihat dengan penggunaan

teknologi di sekeliling kita. Salah satu daripada teknologi berkenaan yang makin

menjadi tumpuan sekarang ialah penggunaan teknologi Pengenalan Berfrekuensi

Radio atau lebih dikenali sebagai Radio Frequency Identification (RFID). Teknologi

ini berguna untuk mengesan pergerakan sesuatu objek dengan menggunakan tag

RFID yang telah diletakkan pada objek tersebut. Secara tidak langsung ini

membolehkan pihak yang terlibat memantau objek tersebut dengan lebih mudah dan

terbukti keberkesanannya. Teknologi ini banyak digunakan dalam bidang industri,

domestik dan juga logistik. Antara kelebihan teknologi ini ialah kebolehannya untuk

menyimpan data yang penting dengan disokong oleh tahap keselamatan yang

terbukti boleh dipercayai.

Sistem Kawalan Inventori Makmal Komputer menggunakan RFID (SKIMK-

RFIDTech) dibangunkan bertujuan untuk memudahkan juruteknik makmal komputer

untuk mengawasi perkakasan dari mula diterima hingga ditempatkan. Sistem yang

dibangunkan ini adalah sistem localhost. Proses pengawasan inventori berlaku secara

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

2

automatik dimana juruteknik makmal komputer hanya perlu melihat antaramuka

sistem ataupun merujuk kepada pangkalan data sistem bagi maklumat lengkap.

Setiap perubahan kedudukan perkakasan yang menggunakan tag RFID ini

akan direkodkan secara automatik ke dalam sistem dan juga pangkalan data tanpa

perlu direkodkan secara manual. Selain daripada itu, proses pegiraan inventori dapat

dijalankan dengan lebih tepat dan juga dapat menjimatkan masa. Dengan

penggunaan teknologi ini, kesilapan manusia dalam melakukan pengiraan inventori

dapat dikurangkan ataupun tiada kesilapan langsung.

Ketepatan dalam proses pengiraan merupakan elemen kepada sistem

pengurusan inventori. Terdapat sesetengah teknologi RFID yang dapat menyokong

kebolehan anti-collision dimana ia dapat mengenalpasti beberapa tag RFID yang

berada dalam lingkungan kawasan yang disokong oleh pembaca (reader). Ini

merupakan satu ciri yang diperlukan oleh sistem inventori bagi menjamin

keberkesanan dalam proses pengiraan inventori.

Salah satu kelebihan utama teknologi ini ialah dapat menjamin keselamatan

data. Setiap tag mempunyai satu siri nombor yang lebih dikenali dengan Nombor

Pengenalan Unik (Unique Identification Number atau UIN). Nombor Pengenalan

Unik ini diperolehi dari proses pengilangannya ataupun diprogramkan secara manual

dan kemudiannya dimasukkan katakunci bagi menjamin keselamatan data

didalamnya.

Penggunaan teknologi RFID dalam Sistem Kawalan Inventori Makmal

Komputer Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat merupakan satu langkah

yang baik. Ini kerana sistem ini dapat memberikan kemudahan kepada juruteknik

makmal komputer dalam menjalankan tugas mereka memantau inventori di dalam

makmal terutama sekali perkakasan komputer. Sistem ini juga turut memberikan

kemudahan kepada juruteknik makmal komputer untuk proses merekod data yang

berkaitan dengan inventori makmal.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

3

1.2 Pernyataan Masalah

Kebanyakan sistem pengurusan inventori semasa masih lagi menggunakan

teknologi kod bagi merekodkan maklumat inventori. Ini kerana kos dalam

menyediakan kod bar adalah murah dan mudah dilakukan. Namun begitu kelebihan

ini tidak menjamin keselamatan inventori terutamanya maklumat-maklumat penting

berkaitan dengan inventori. Keselamatan data merupakan satu perkara penting dalam

sesebuah organisasi. Teknologi kod bar langsung tidak mempunyai kebolehan untuk

menyediakan keselamatan. Ia hanya berkeupayan untuk menyimpan maklumat asas

seperti nombor item, lokasi dan harga. Bagi proses membaca maklumat pada kod

bar, item tersebut mestilah berada dalam jalur bacaan pengimbas dengan jarak 4

hingga 8 inci.

Dari segi proses pengiraan atau semakan inventori pula, ia adalah sukar untuk

dilakukan sekiranya kuantiti inventori adalah besar. Pengiraan perlu dilakukan secara

manual oleh manusia dengan menggunakan pengimbas kod bar. Kemungkinan

berlakunya kesilapan dalam pengiraan adalah tinggi. Selain daripada itu, masa yang

lama diperlukan untuk melakukan proses pengiraan dan semakan inventori.

Sekiranya inventori berada dalam kawasan yang terhad, kerja-kerja pengalihan perlu

dilakukan. Ini amat merugikan kerana ia memerlukan tenaga manusia yang ramai

dan masa yang lama.

Proses pengawasan inventori amatlah perlu bagi menjamin tidak berlakunya

kes kecurian atau kehilangan barang atau perkakasan di dalam makmal komputer

atau stor simpanan inventori. Begitu juga dengan proses carian. Bagi barangan yang

berada di dalam stor simpanan, tentulah mustahil untuk mengawasi setiap barang

kerana jumlahnya yang banyak dan berbagai jenis. Ini menjadi masalah bagi pihak

yang ditugaskan untuk menjaga inventori. Bagi juruteknik makmal komputer pula,

mereka sukar untuk memantau setiap perkakasan yang berada di dalam makmal

komputer di bawah jagaan mereka. Ini kerana jumlahnya bukan sedikit dan tidak

terhad kepada satu jenis sahaja.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

4

Matlamat utama Sistem Kawalan Inventori Makmal Komputer Menggunakan

Teknologi RFID (SKIMK-RFID Tech) dibangunkan adalah untuk memberikan

kemudahan kepada juruteknik makmal komputer bagi merekod, mengawasi dan

memantau inventori terutamanya perkakasan komputer dengan lebih praktikal dan

juga lebih efektif. Dengan menggunakan sistem ini, masalah berkaitan dengan

keselamatan, maklumat penting inventori dan kawalan terhadap inventori yang

terlibat dapat diatasi ataupun dapat diperbaiki.

1.3 Kepentingan Projek

Secara umumnya sistem ini dibangunkan untuk memberikan kemudahan

dalam proses pengurusan, proses penjejakan, proses penyimpan dan manipulasi data

bagi inventori. Pihak pengurusan tidak lagi perlu membuat semakan berkenaan

inventori secara manual. Masa dan tenaga yang diperlukan bagi melakukan proses-

proses ini dapat dijimatkan.

Secara khusus pula, sistem ini memberi banyak manfaat kepada juruteknik

makmal komputer. Proses pemantauan dan kawalan bagi perkakasan di dalam

makmal komputer menjadi lebih mudah. Mereka hanya perlu merujuk kepada

monitor di dalam bilik mereka bagi mengetahui keadaan semasa perkakasan di dalam

makmal komputer. Sekiranya berlaku perubahan lokasi atu kehilangan perkakasan,

mereka dengan mudah dapat mengesannya.

Dengan penggunaan teknologi RFID dalam pengurusan dan kawalan

inventori, pihak pengurusan dan juruteknik makmal komputer di Fakulti Sains

Komputer dan Sistem Maklumat dapat menikmati kemudahan dalam menjalankan

tugas mereka. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti dan mutu kerja

mereka.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

5

1.4 Matlamat

Matlamat utama sistem ini dibangunkan adalah untuk memberikan

kemudahan kepada juruteknik makmal komputer bagi merekod, mengawasi dan

memantau inventori terutamanya perkakasan komputer dengan lebih praktikal, cepat

dan efektif. Dengan menggunakan sistem ini, masalah berkaitan dengan maklumat

dan kawalan terhadap inventori yang terlibat dapat diatasi ataupun dapat diperbaiki.

1.5 Objektif

Objektif atau sasaran utama pembangunan sistem ini ialah :

1. Menjalankan kajian terhadap sistem inventori sedia ada.

2. Membangunkan sistem yang dapat memberi kemudahan kepada

juruteknik makmal komputer dalam proses pengawasan inventori dan

rekod inventori.

3. Melakukan pengujian terhadap sistem yang dibangunkan.

1.6 Skop

Skop yang telah dikenalpasti untuk membangunkan sistem ini ialah :

1. Sistem yang akan dibangunkan adalah untuk proses pengurusan rekod

inventori dan proses pemantauan perkakasan komputer bagi pihak

juruteknik makmal komputer.

2. Sistem yang akan dibangunkan mempunyai tujuh modul iaitu modul

admin, modul komputer makmal, modul peralatan makmal, modul

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/154/1/mohamadfairuzbinabdullahd08ttp.pdf · Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak

6

alat tulis makmal, modul fasiliti makmal, modul kawalan RFID dan

modul laporan.

3. Pembangunan sistem ini menggunakan perisian Microsoft Visual

Basic 6.0 dan Microsoft SQL Server 2005 sebagai pangkalan data

utama sistem.