surat arahan pelaksanaan bengkel hands on s4 & penarafan 3 kali

3
ه ساب ڬري ن رن ج لا ڤ ن ت ن ا جJABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH SEKTOR JAMINAN KUALITI TINGKAT 5, RUMAH PERSEKUTUAN JALAN MAT SALLEH 88604 KOTA KINABALU SABAH Tel: 088-513 529/ 513 520/ 513 533 / 513 530 Fax:088-513 556 Email : [email protected] Ruj: JP(SB) /1300(01)/14( ) Tarikh : 25 Februari 2014 Semua Pegawai Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Tuan, PEMBUDAYAAN AMALAN PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH-STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (PKS-SKPM 2010) Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan keputusan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Bil.4/2012 bertarikh 8 Januari 2012 serta Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Bil. 1/2013 bertarikh 26 Februari 2013, Bil. 2/2013 bertarikh 27-29 Mei 2013 dan Bil.1/2014 bertarikh 28-30 Januari 2014 adalah dirujuk. 2. Sukacita diperingatkan bahawa PKS-SKPM 2010 merupakan instrumen penting dalam membantu sekolah meningkatkan prestasi melalui kaedah penambahbaikan melalui proses penarafan kendiri. Walau bagaimanapun, hasil pemantauan Sektor Jaminan Kualiti (SJQ) serta Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) mendapati bahawa pembudayaan amalan PKS-SKPM di peringkat sekolah tidak berlaku sepenuhnya. Masih terdapat sekolah yang mengisi PKS-SKPM hanya untuk tujuan memenuhi keperluan penghantaran data sahaja. Hal ini menyebabkan objektif sebenar PKS-SKPM untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah melalui kaedah penambahbaikan berterusan tidak tercapai. 3. Antara isu-isu yang dikenal pasti oleh pihak SJQ dan JNJK terhadap pelaksanaan PKS-SKPM ialah seperti yang berikut: 3.1 Jawatankuasa PKS-SKPM sekolah tidak berfungsi dengan efisyen. 3.2 Bengkel berbentuk hands on khususnya untuk standard 4 tidak dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran guru dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP). 3.3Penarafan 3 kali setahun tidak dilaksanakan oleh sekolah. 3.4Skor yang diberikan oleh sesetengah sekolah tidak tepat, tidak konsisten, terlalu tinggi atau terlalu rendah. 3.5 Terdapat sekolah mengisi PKS-SKPM online pada saat- saat akhir. 1

Upload: nur-akma-md-hatta

Post on 07-Apr-2016

243 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

surat

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Arahan Pelaksanaan Bengkel Hands on s4 & Penarafan 3 Kali

سابه نڬري ڤالجرن جابتنJABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

SEKTOR JAMINAN KUALITITINGKAT 5, RUMAH PERSEKUTUAN

JALAN MAT SALLEH88604 KOTA KINABALU

SABAHTel: 088-513 529/ 513 520/ 513 533 / 513 530 Fax:088-513 556

Email : [email protected]

Ruj: JP(SB) /1300(01)/14( ) Tarikh : 25 Februari 2014

Semua Pegawai Pendidikan Daerah,Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Tuan,

PEMBUDAYAAN AMALAN PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH-STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (PKS-SKPM 2010)

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan keputusan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Bil.4/2012 bertarikh 8 Januari 2012 serta Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Bil. 1/2013 bertarikh 26 Februari 2013, Bil. 2/2013 bertarikh 27-29 Mei 2013 dan Bil.1/2014 bertarikh 28-30 Januari 2014 adalah dirujuk. 2. Sukacita diperingatkan bahawa PKS-SKPM 2010 merupakan instrumen penting dalam membantu sekolah meningkatkan prestasi melalui kaedah penambahbaikan melalui proses penarafan kendiri. Walau bagaimanapun, hasil pemantauan Sektor Jaminan Kualiti (SJQ) serta Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) mendapati bahawa pembudayaan amalan PKS-SKPM di peringkat sekolah tidak berlaku sepenuhnya. Masih terdapat sekolah yang mengisi PKS-SKPM hanya untuk tujuan memenuhi keperluan penghantaran data sahaja. Hal ini menyebabkan objektif sebenar PKS-SKPM untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah melalui kaedah penambahbaikan berterusan tidak tercapai.

3. Antara isu-isu yang dikenal pasti oleh pihak SJQ dan JNJK terhadap pelaksanaan PKS-SKPM ialah seperti yang berikut:

3.1Jawatankuasa PKS-SKPM sekolah tidak berfungsi dengan efisyen.3.2 Bengkel berbentuk hands on khususnya untuk standard 4 tidak

dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran guru dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP).

3.3Penarafan 3 kali setahun tidak dilaksanakan oleh sekolah.3.4Skor yang diberikan oleh sesetengah sekolah tidak tepat, tidak

konsisten, terlalu tinggi atau terlalu rendah.3.5Terdapat sekolah mengisi PKS-SKPM online pada saat-saat

akhir.

1

Page 2: Surat Arahan Pelaksanaan Bengkel Hands on s4 & Penarafan 3 Kali

Ruj: JP(SB) /1300(01)/14( ) Tarikh : 25 Februari 2014

4. Berdasarkan isu ini, Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Bil.1/2013, Bil. 2/2013 dan Bil.1/2014 amat memandang serius perkara ini dan mengambil ketetapan bahawa amalan PKS-SKPM perlu dilaksanakan melalui konsep pembudayaan oleh semua sekolah untuk penambahbaikan pengurusan sekolah melalui proses penarafan kendiri. Kejayaan sekolah dalam pembudayaan amalan PKS-SKPM akan mampu meningkatkan prestasi sekolah untuk mendapatkan band sekolah yang lebih baik dan akhirnya akan membawa sekolah ke arah band 1, band 2, layak menerima Tawaran Baharu, mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dan menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

5. Bagi memastikan sekolah dapat menggunakan PKS-SKPM sebagai instrumen penambahbaikan, strategi yang berikut hendaklah dilaksanakan oleh sekolah iaitu:

5.1 Melaksanakan bengkel PKS-SKPM secara hands on untuk Standard 4. 5.2 Membuat penarafan kendiri sebanyak 3 kali dalam setahun

6. Bersama-sama ini disertakan Panduan Pelaksanaan Bengkel Hands On Standard 4 PKS-SKPM (Lampiran 1) dan Panduan Pelaksanaan Penarafan PKS-SKPM sebanyak 3 kali (Lampiran 2).

7. Pihak tuan hendaklah memastikan semua sekolah di daerah tuan melaksanakan program ini sepenuhnya.

8. Sekiranya pihak tuan memerlukan bantuan, sila berhubung dengan Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di talian 088-513510/088-513530/ 088-513533.

Kerjasama tuan untuk memastikan hasrat membudayakan amalan PKS-SKPM tercapai amatlah diharapkan dan kerjasama serta perhatian tuan tentang perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“

Saya yang menurut perintah,

DATUK JAME ALIPPengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

s.k 1. Timbalan Pengarah, Jabatan Pendidikan Sabah 2. Semua Ketua Sektor, JPN Sabah 3. Ketua Nazir Negeri, JNJK 4. KPP, BTPN Sabah

2

Page 3: Surat Arahan Pelaksanaan Bengkel Hands on s4 & Penarafan 3 Kali

Lampiran 2

JADUAL PELAKSANAAN PKS-SKPM

PENARAFAN MANUAL

Bil. PKS-SKPM Tempoh/Tarikh Catatan*SR *SM

1. PKS-SKPM kali pertama Mac Mac Dilaksanakan secara manual untuk penambahbaikan dan pengisian skor

2. PKS-SKPM kali kedua Jun Jun Dilaksanakan secara manual untuk penambahbaikan dan pengisian skor

3. PKS-SKPM kali ketiga September

November Dilaksanakan secara manual untuk penambahbaikan dan pengisian skor

PENGISIAN ONLINE

BIL PKS-SKPM SR SM Catatan1

Online** Oktober- Disember (Tahun semasa)

Februari – April(Tahun berikutnya)

Pengisian online perlu dibuat lebih awal bagi mengelakkan kesesakan talian

Catatan : *SR – Sekolah Rendah SM – Sekolah Menengah **Bergantung kepada pemakluman JNJK

3