sumbangan wanita cina imigran ke tanah melayu

3

Click here to load reader

Upload: cnck

Post on 13-Jun-2015

565 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sumbangan Wanita Cina imigran ke Tanah Melayu

KUMPULAN B

Tajuk soalan 7:“Wanita Cina imigran ke Tanah Melayu pada zaman penjajahan lebih menimbulkan masalah-masalah sosial daripada sumbangan positif kepada ekonomi.” Bincangkan.

Pengenalan :

Bersetuju dengan topik iaitu kedatangan wanita Cina telah menimbulkan masalah-masalah sosial tetapi tidak menafikan sumbangan positif mereka dalam bidang ekonomi.

Isi-isi :

1. Kedatangan wanita imigran Cina telah menimbulkan masalah pelacuran. - Hal ini adalah ekoran daripada ketidakseimbangan jantina antara lelaki dan wanita yang berhijrah ke Tanah Melayu merupakan faktor utama terhadap perkembangan pelacuran.- Kedatangan kaum lelaki tidak membawa bersama keluarga memandangkan wanita dan kanak-kanak Cina tidak sesuai dengan keadaan iklim di Tanah Melayu.- Pada tahun 1901, Cuma terdapat 100 wanita Cina dalam kalangan 1000 orang lelaki. Kehadiran mereka tidak diambil berat oleh sesiapa dan ini menjurus kepada kegiatan Pe;acuran akibat daripada desakan hidup.- Wujud tuga jenis kegiatan pelacuran, iaitu :

i. Pelacur yang dijual kepada rumah pelacuran (sold) wanita / kanak-kanak perempuan yang diseludup dan diperdagangkan oleh sindiket.

ii. Pelacur yang dipajak gadai (pawned) mereka yang terpaksa menjadi pelacur disebabkan oleh masalah hutang. Anak-anak gadis terpaksa mengorbankan diri menjadi pelacur demi melangsaikan hutang yang ditanggung oleh keluarga.

iii. Pelacur yang datang secara sukarela (voluntary) melibatkan diri dalam aktiviti pelacuran hanya semata-mata untuk mendapatkan makanan dan tempat tinggal. * namun tidak semuanya suka menjadi pelacur dan kerana itulah ramai di antara mereka yang menderita apabila tua kerana perkhidmatan mereka tidak lagi diperlukan, jadi mereka akhirnya bekerja menjadi buruh.- Menurut Lai Ah Eng, kebanyakan wanita Cina tidak berpeluang melibatkan diri dalam sektor perlombongan dan pertanian dan mereka mengambil alternatif lain dengan melibatkan diri dalam aktiviti pelacuran.

2. Kesinambungan daripada aktiviti pelacuran telah mewujudkan kegiatan jenayah yang lain. - Kegiatan perjudian, candu dan minuman keras.- Sindiket yang menjalankan aktiviti pelacuran mendapat keuntungan yang lumayan menerusi kegiatan-kegiatan lain seperti perjudian dan candu.- Sikap kerajaan colonial yang enggan mempedulikan kegiatan ini ekoran kebimbangan wujudnya kekacauan telah menyebabkan kegiatan ini semakin berleluasa.- Pada masa yang sama kerajaan kolonial memperolehi keuntungan menerusi cukai.- Sekitar tahun 1920-an hingga 1930-an, kegiatan pelacuran dijalankan secara sulit dan tersembunyi dengan menyamar sebagai pelayan di restoran.- 1930-an terdapat kegiatan ‘taxi girl’ atau perempuan teksi. - Kelab-kelab kaberet telah dibuka di Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang selalu dikunjungi oleh lelaki Eropah.

Page 2: Sumbangan Wanita Cina imigran ke Tanah Melayu

3. Masalah ‘Mui Tsai’.- Mui Tsai merujuk kepada kanak-kanak perempuan yang diserahkan oleh ahli keluarga sama ada secara langsung kepada pihak ketiga kepada keluarga lain dengan tujuan dijadikan orang gaji.- Kedatangan dengan kadar 60 – 70 orang sebulan ekoran daripada kemiskinan keluarga, desakan hidup, masalah kebuluran dan bencana alam.- Mereka akan dibebaskan sekiranya segala bayaran hutang telah diselesaikan.- Tetapi tradisi Mui Tsai sering disalahgunakan apabila anak yang diserahkan akan dijual kepada sindiket pelacuran.- Malah ada yang didera dan dipukul.

4. Masalah penyakit berjangkit semakin merebak kesan daripada kegiatan pelacuran.- Jangkitan penyakit iaitu penyakit kelamin lebih tertumpu kepada pekerja lelaki dan dalam kalangan pelacur sendiri.- Kesannya adalah pengeluaran dalam sektor perlombongan dan perusahaan terjejas.- Kos perbelanjaan semakin meningkat kerana kerajaan kolonial terpaksa menanggung kos rawatan. Hal ini adalah kerana golongan lelaki yang pergi ke rumah pelacuran bukan sahaja terdiri daripada pekerja-pekerja lombong sahaja malah turut membabitkan pegawai-pegawai atau lelaki Eropah.- 1928 hingga 1931, kebanyakan lelaki Eropah telah menerima rawatan penyakit kelamin di klinik-klinik kerajaan.- 1927 hingga 1929, penyakit ini turut menjangkiti wanita Eropah melalui suami mereka sendiri.

Namun tidak dinafikan bahawa peranan wanita imigran Cina masih ada yang positifnya di Tanah Melayu. Antaranya seperti dalam :

1. Sektor perlombongan bijih timah.- Wanita juga diperlukan dalam perlombongan bijih timah.- Seperti dalam aktiviti mendulang.

2. Perusahaan getah.- Wanita Cina adalah majoriti di estet berbanding wanita India dan Melayu.- Antara kerja-kerja yang mereka lakukan ialah :

i. memproses getah.ii. menanam benih getah.iii. menyemai semaian bijih getah.

3. Amah (orang gaji).- Ada juga wanita Cina yang enggan berkahwin akan bekerja sebagai amah seumur hidupnya.- Mereka bekerja di rumah-rumah orang kaya Cina, orang kaya Eropah dan lain-lain.

Kesimpulan :

Sesunguhnya kedatangan imigran wanita Cina lebih banyak menimbulkan masalah sosial daripada memberi sumbangan yang positif di tanah Melayu.