sumbangan tokoh matematik india

5
SUMBANGAN TOKOH MATEMATIK TIMUR TENGAH DAN INDIA SUMBANGAN ARYABHATTA: Aryabhatta yang lahir pada 478 sangat terkenal dalam bidang astronomi sehingga diberikan gelaran sebagai “Bapa Astronomi India”. Aryabhatta telah memperkenalkan teori Heliocentric yang kemudiannya dikembangkan oleh Copernicus lebih seribu tahun kemudian. Pada tahun 499, Aryabhata memperkenalkan fungsi versinus dan menghasilkan jadual sinus trigonometri yang pertama, mengembangkan teknik dan algoritma algebra, infinitesimal, persamaan pembezaan, dan memperolehi penyelesaian nombor bulat untuk persamaan linear dengan suatu cara yang serupa dengan cara moden, bersamaan dengan perkiraan astronomi tepat berasaskan sebuah sistem kegravitian heliosentrik. Beliau juga mengira nilai π hingga empat tempat perpuluhan sebagai 3.1416. SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI: Dalam bidang trigonometri, beliau mengetengahkan konsep sinus (sine) yang kemudiannya diperkembangkan kepada tangen. Konsep algoritma yang dinamakan mengikut namanya juga diasaskan oleh Khwarizmi. Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra

Upload: shin-wei

Post on 01-Dec-2015

505 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sumbangan Tokoh Matematik India

SUMBANGAN TOKOH MATEMATIK TIMUR TENGAH DAN INDIA

SUMBANGAN ARYABHATTA:

Aryabhatta yang lahir pada 478 sangat terkenal dalam bidang astronomi

sehingga diberikan gelaran sebagai “Bapa Astronomi India”.

Aryabhatta telah memperkenalkan teori Heliocentric yang kemudiannya

dikembangkan oleh Copernicus lebih seribu tahun kemudian.

Pada tahun 499, Aryabhata memperkenalkan fungsi versinus dan menghasilkan

jadual sinus trigonometri yang pertama, mengembangkan teknik dan algoritma

algebra, infinitesimal, persamaan pembezaan, dan memperolehi penyelesaian

nombor bulat untuk persamaan linear dengan suatu cara yang serupa dengan

cara moden, bersamaan dengan perkiraan astronomi tepat berasaskan sebuah

sistem kegravitian heliosentrik.

Beliau juga mengira nilai π hingga empat tempat perpuluhan sebagai 3.1416.

SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI:

Dalam bidang trigonometri, beliau mengetengahkan konsep sinus (sine) yang

kemudiannya diperkembangkan kepada tangen.

Konsep algoritma yang dinamakan mengikut namanya juga diasaskan oleh

Khwarizmi.

Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep

asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak

hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi

juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam

pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.

Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa

lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x - 8 = 0). Kejayaan itu

akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada

bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah.

Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar - iaitu sistem angka yang

dibangunkan oleh orang Arab.

Page 2: Sumbangan Tokoh Matematik India

Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan

itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh

nama selepas dibangunkan oleh orang Arab.

Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab),

beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan

pecahan.

Beberapa cabang ilmu dalam Matematik yang diperkenalkan oleh al-Khawarizmi

seperti: geometri, aljabar, aritmatika dan lain-lain.

Beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan

trigonometri dan astronomi. Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan

matematik dan mengemukakan 800 buah masalah yang sebagian besar

merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo.

Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-

Khawarizmi.

Dalam Sistem Nombor, beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting

dalam sistem Nombor pada zaman sekarang. Karyanya yang satu ini memuat

Cos, Sin dan Tan dalam penyelesaian persamaan trigonometri , teorema segitiga

sama kaki dan perhitungan luas segitiga, segi empat dan lingkaran dalam

geometri.

Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang pertama kali memperkenalkan aljabar

dan hisab.

SUMBANGAN IBN-SINA:

Beliau yang lebih dikenali sebagai Avicenna di kalangan masyarakat Eropah

merupakan pakar perubatan, sains, falsafah, muzik, matematik, puisi dan kaji

bintang pada masa tersebut.

Ibn Sina dianggap sebagi 'Bapa Perubatan' oleh penulis-penulis Barat kerana

beliau telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen,

pengalaman ahli-ahli perubatan India dan Parsi serta hasil pengalaman beliau

sendiri untuk diamalkan.

Page 3: Sumbangan Tokoh Matematik India

Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal

Tuhan.

SUMBANGAN OMAR KHAYYAM:

Beliau telah memajukan lagi pengetahuan penemuan al-Khawarizmi dalam

memuatkan pecahan-pecahan, persamaan geometrik dan algebra serta

klasifikasi tentang persamaan.

Proses mengkaitkan aljabar dengan Geometri telah pun dapat dilihat dengan

jelasnya dalam penulisan al-Khawarizmi.

Geometri analisis memerlukan tiga peringkat perkembangan iaitu penemuan

sistem koordinat, mencantumkan perhubungan antara satu sama lain dalam

kaedah aljabar dengan geometri, dan akhirnya menyatakan hubungan dalam

bentuk geraf.

Beliau mengkelaskan banyak persamaan algebra berdasarkan kerumitan

masing-masing dan mengenal pasti 13 bentuk persamaan kubus yang berbeza.

Beliau membangunkan pendekatan geometri untuk menyelesaikan persamaan,

yang membabitkan satu pilihan pintar kon-kon yang sesuai.

Beliau menyelesaikan persamaan-persamaan kubus dengan menyilangkan

parabola dengan bulatan.

Beliau merupakan orang pertama yang membangunkan teorem binomial dan

menentukan pekali binomial.

Beliau memajukan pengembangan binomial bagi kes apabila eksponen adalah

integer positif.

Beliau menokok nambah hasil kerja Euclid sambil memberi definisi baru bagi

nisbah-nisbah dan memasukkan pendaraban nisbah-nisbah. Beliau

menyumbang kepada teori garis selari.

SUMBANGAN BHASKARA:

Pada abad ke-12, Bhaskara merupakan tokoh pertama untuk memikirkan

kalkulus pembezaan, bersamaan dengan konsep-konsep terbitan, pekali

pembezaan dan pembezaan.