sulit 1103/1 1103/1 kertas 1 2009 - philosophia ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4...

31
SULIT 1103/1 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 September 2009 2 ¼ jam [Lihat sebelah SULIT 1103/1 PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009 BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab Soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak. j2kk

Upload: doxuyen

Post on 24-Jun-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

SULIT 1103/1 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 September 2009 2 ¼ jam

[Lihat sebelah SULIT 1103/1

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH

NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

BAHASA MELAYU

Kertas 1

Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab Soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak

dan 1 halaman tidak bercetak.

j2kk

Page 2: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

SULIT 1103/1 2

Bahagian A

(Masa yang dicadangkan : 45 minit)

[30 markah] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan negatif filem kepada remaja. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

FILEM-FILEM POPULAR MALAYSIA

ROCK

PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM CASTELLO

1103/1 SULIT

j2kk

Page 3: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

SULIT 1103/1

1103/1 SULIT

3

Bahagian B (Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit)

[100 markah]

Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan.

1. Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysia semakin terhakis. Anda sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.

2. Teknologi internet kini telah maju. Ibu bapa berperanan penting dalam mengawal kecenderungan anak-anak melayari internet tanpa berasa risau dan bimbang. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak memanfaatkan internet dalam kehidupan seharian.

3. “Barangan Tempatan Berkualiti Antarabangsa” ialah slogan kerajaan ke arah mencapai standard kualiti barangan antarabangsa.

Bincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh usahawan tempatan supaya hasrat ini menjadi realiti.

4 Kemasukan warganegara asing ke beberapa buah negara lain meninggalkan

pelbagai implikasi. Jelaskan pernyataan ini.

5. Tulis sebuah cerpen atau skrip drama berdasarkan tema “Konflik Remaja” .

KERTAS SOALAN TAMAT

j2kk

Page 4: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

SULIT 1103/2 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 September 2009 2 ½ jam

[Lihat sebelah SULIT

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH

NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen

Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

1103/2

j2kk

Page 5: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

SULIT 1103/2 2

1103/2 [Lihat sebelah SULIT

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahasa Melayu harus dijadikan bahasa ilmu yang dapat menyampaikan peradaban bangsa di rantau Asia dan peringkat dunia. Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha perlu dirancang dan dijalankan untuk mengilmukan bahasa tersebut. Dasar bahasa terletak pada kuasa pemimpin politik. Pemimpin perlu menetapkan dasar bahasa yang jelas untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pengantar ilmu pengetahuan, bahasa perpaduan dan bahasa penyatuan mesyarakat. Langkah menetapkan dasar yang jelas untuk mempertahankannya perlu ada dalam jiwa setiap pemimpin politik yang dipilih oleh rakyat.

Golongan profesional harus disyaratkan menulis dalam bahasa Melayu tentang kepakaran mereka sebagai syarat untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan. Golongan ini, terutama mereka yang terlibat dalam bidang akademik harus menguasai kemahiran penulisan profesional dalam bahasa Melayu supaya ilmu yang dipelajari di Barat dapat dipindahkan ke bahasa Melayu untuk faedah anak bangsa. Selain itu, mengilmukan bahasa Melayu dapat direalisasikan melalui penghasilan buku ilmiah supaya dapat disebarkan kepada masyarakat. Tindakan ini perlu dilaksanakan supaya golongan profesional turut berasa cinta akan bahasa kebangsaan malah dapat membantu meningkatkan jumlah pengguna bahasa Melayu golongan intelek. Pada masa yang sama, buku yang dihasilkan akan membantu meningkatkan jumlah buku bacaan dan rujukan di Malaysia. Tindakan ini juga dapat meningkatkan jati diri golongan penulis profesional. Penerbitan artikel dan buku berbahasa Melayu yang meliputi pelbagai bidang terutama sains, teknikal dan sains sosial juga perlu dilakukan dengan giat dan disebarkan ke seluruh negara sama ada di bandar atau di luar bandar. Penyebaran yang menyeluruh ini dapat memasyarakatkan buku di samping dapat meningkatkan tahap pembacaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Usaha mengubah sikap dan cara berfikir rakyat Malaysia mestilah berfokus kepada kakitangan kerajaan dan kakitangan swasta atau korporat supaya mereka dapat mengusai bahasa Melayu untuk tujuan bekerja dan berkomunikasi. Hal yang sama juga perlu dilaksanakan dalam kalangan pegawai asing yang berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta di negara ini. Bagi golongan pelajar, syarat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, kolej dan institusi pengajian tinggi harus dikekalkan. Malah, pemberian biasiswa dan pinjaman kepada pelajar tempatan dan luar negara termasuk pelajar sekolah, kolej dan universiti di Malaysia juga perlu dikenakan syarat tersebut.

Menurut statistik, penutur bahasa Melayu di dunia dianggarkan melebihi 300 juta. Bahasa Melayu merupakan bahasa keempat dalam turutan penutur terpenting selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi. Oleh itu, Kementerian Palajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia perlu membentuk kerjasama dengan mana-mana negara yang menawarkan kursus atau pengajian bahasa Melayu. Dengan cara itu, bahasa Melayu akan berfungsi sebagai bahasa ilmu dalam pelbagai bidang seperti teknologi komputer, sains, perniagaan dan perubatan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada”Bahasa Melayu Bahasa Ilmu” Oleh Zaitul Azma Zainon Hamzah, Pelita Bahasa, Januari 2009)

j2kk

Page 6: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

SULIT 1103/2 3

1103/2 [Lihat sebelah SULIT

Soalan 2 : Pemahaman Soalan 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata menyampaikan peradaban bangsa. [2 markah] (ii) Apakah kesan-kesan mengilmukan bahasa Melayu menerusi penghasilan buku

ilmiah? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk meningkatkan penghasilan buku ilmiah

dalam bahasa Melayu [4 markah]

j2kk

Page 7: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

SULIT 1103/2 4

1103/2 [Lihat sebelah SULIT

Soalan 2(b) Petikan Drama Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SUARA : Mek Bongsu mana? WAK KELETUNG : Mek Bongsu ni, asalnya, anak peladang di sudut sawah Tetapi, kerana sebegitu cantik orangnya Dengan mata yang tergenang jernih Senyum sedih selalu menguntum Suara sayu mendendang adik Ha, terus diambil Saudagar Shah Alam Tinggallah Mek dalam mahligai Hujankah, panaskah, Mek tak perasan Menguningkah padi Mek tak tahu Keringkah telaga Mek tak sedar Mek diulit, Mek mengulit Hidup kosong tak buat apa Tapi, akhirnya Mek sedar Mek bongsu sedih terharu Jari halus memohon ampun Malu sesal hidup begitu.

(Dipetik daripada drama Jangan Bunuh Rama-rama Oleh Noordin Hassan dalam antalogi Kerusi,

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Siapakah Mek Bongsu? [2 markah] (ii) Kecantikan dan kekayaan bukanlah faktor utama kebahagiaan rumah tangga. Pada

pendapat anda apakah faktor-faktor lain yang menjamin kebahagiaan rumah tangga. [3 markah] (i) Huraikan satu pengajaran daripada petikan di atas dan satu pengajaran lain yang

terdapat dalam keseluruhan drama.

[4 markah]

j2kk

Page 8: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

SULIT 1103/2 5

1103/2 [Lihat sebelah SULIT

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah sudah maka Hang Jebat pun makan nikmat pada persantapan raja itu. Setelah sudah makan maka ia makan sirih pada puan raja lalu ia berjalan ke muka pintu istana itu. Maka Hang Jebat pun membuka pintu istana itu sebelah, maka kata Hang Jebat, “Silakanlah orang kaya naik, kerana ayapan sudah hadir.” Maka kata Laksamana, “Aku tiada mahu naik, kerana engkau hendak mengenai aku. Bukalah pintu keduanya supaya aku naik.” Setelah Hang Jebat mendengar kata Laksamana demikian itu, maka oleh Hang Jebat dibukanya pintu sebelah lagi. Maka kata Hang Jebat, “Silakanlah orang kaya naik, pintu sudah terbuka.” Maka kata Laksamana, “Baiklah.” Maka Laksamana pun menyinsing lengan bajunya, seraya memekis, katanya, “Cih, Si Jebat! Mati engkau olehku.” Serta ia melompat ke atas anak tangganya itu. Maka Hang Jebat pun menghunus kerisnya lalu menikam dada Laksamana; maka Laksamana pun melompatv ke tanah. Maka kata Laksamana, “Cih, bukan laki-laki menikam mencuri!” Maka Hang Jebat pun tertawa katanya, “Hai orang kaya aku geram melihat engkau terdiri-diri atas tangga itu, tiada tertahan hatiku!” Maka kata Laksamana, “Bukan laki-laki berani, jika hendak bertikam berilah aku berjijak dahulu.”

(Dipetik daripada ‘Pertarungan Tuah dengan Jebat’ Dalam antalogi Anak Laut,

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berikan maksud rangkai kata jika hendak bertikam berilah aku berjijak dahulu

berdasarkan petikan di atas? [2 markah] (ii) Bagaimanakah Hang Jebat melayani Laksamana ketika Laksamana datang untuk

membunuhnya? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, mengapakah pahlawan tidak boleh bertindak menikam curi?

[3 markah]

j2kk

Page 9: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

SULIT 1103/2 6

1103/2 [Lihat sebelah SULIT

Soalan 2(d) Puisi Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. JALAN-JALAN RAYA KOTAKU Saban waktu sepanjang perjalanan jalan-jalan raya kotaku lewat senja begini tika gerimis menabur benih menerima kehadiran warga kota lemas dalam kesabaran lelah meresahkan dengan luka parah dihati. Ketidaksabaran membengkak kesombongan merajai setiap ruang semakin padat dengan emosi kebosanan menggigit pangkal rasa. Demikian etika di perjalanan budi luhur warga kota tidak lagi berlaku yang hadir adalah keserakahan memacu menghimpun kekuatan menghakis sopan santun seperti banjir kilat melanda pinggir perjalanan fitrah sang manusia peradaban kota masa kini. Jalan-jalan raya kotaku adalah gelanggang kebuasan perlumbaan kebiadaban para pesakit kemanusiaan semakin mandul pada penghujung musim. Zam Ismail Antalogi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka.

j2kk

Page 10: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

SULIT 1103/2 7

1103/2 [Lihat sebelah SULIT

(i) Berikan maksud Ketidaksabaran membengkak. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah masalah kecelakaan di jalan raya di negara ini

sukar dibendung? [3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.

[4 markah]

j2kk

Page 11: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

SULIT 1103/2 8

1103/2 [Lihat sebelah SULIT

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan (a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda

faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) bersih-membersih (ii) cubit-mencubit (iii) tingkah-meningkah (iv) mengemaskinikan (v) mencampuradukkan (vi) menguatkuasakan

[6 markah]

(b) Tukar ayat-ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat-ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Kawasan ini menyimpan pelbagai kenangan. (ii) Ke Puncak Janing ditempuh dengan berjalan kaki. (iii) Pertanyaan itu pernah kami kemukakan pada minggu lalu. (iv) Pameran Minggu Pelaburan Amanah Saham Wawasan diadakan di perkarangan

pejabat daerah. (v) Stesen Sentral Kuala Lumpur sibuk sekali dengan kehadiran penumpang. (vi) Sektor hartanah mencatatkan perkembangan positif setelah mendapat galakan

daripada kerajaan. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Faktor pertama yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar ialah

penambahan bilangan kenderaan berinjin. (ii) Pelajar yang gagal menguasai Bahasa Inggeris akan menghadapi kesukaran

untuk mendapat pekerjaan.

(iii) Pengambilan karbohiderat secara berlebih seperti nasi merupakan salah satu punca obesiti.

[6 markah]

j2kk

Page 12: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

SULIT 1103/2 9

1103/2 [Lihat sebelah SULIT

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat semula.

(i) Masyarakat menganggap menghidu ganja adalah kesalahan kecil berbanding

dengan ketagihan dadah. (ii) Kemiskinan mendorong petani meninggalkan jurusan pertanian hingga

mengakibatkan timbulnya masalah tanah pertanian terbiar.

(iii) Di zaman kegawatan ekonomi, pengguna harus berkerjasama untuk mengawal harga supaya tidak menaik.

[6 markah] (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang

menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini. Ramli tidak pernah patah semangat. Dia berazam untuk mencapai matlamatnya mengeluarkan sosej dan burger yang diiktiraf halal. Dengan berkat usahanya dan bukti kemajuan yang ditunjukkan akhirnya dia berjaya mendapat pinjaman sejumlah RM50,000. Kini, sesudah dua puluh tahun, Ramli Burger berjaya memperoleh jualan tahunan menjangkau RM42 juta. [6 markah]

j2kk

Page 13: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

SULIT 1103/2

1103/2 [Lihat sebelah SULIT

10

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf. (ii) Julia karya Abu Hassan Morad.

(a) Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian pada watak utama

dalam sebuah novel yang anda pelajari. [7 markah]

(b) Teknik imbas kembali biasanya digunakan oleh pengarang untuk mengembangkan plot supaya ceritanya menarik. Huraikan peristiwa imbas kembali yang telah digunakan oleh pengarang berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari.

[8 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

j2kk

Page 14: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

j2kk

Page 15: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

j2kk

Page 16: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

j2kk

Page 17: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

j2kk

Page 18: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

j2kk

Page 19: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

j2kk

Page 20: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

j2kk

Page 21: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

j2kk

Page 22: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

j2kk

Page 23: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

j2kk

Page 24: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

j2kk

Page 25: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

j2kk

Page 26: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

j2kk

Page 27: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

j2kk

Page 28: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

j2kk

Page 29: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

j2kk

Page 30: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

j2kk

Page 31: SULIT 1103/1 1103/1 Kertas 1 2009 - PHILOSOPHIA ... bagi soalan 2(b), 2(c), 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis

j2kk