pks/bc/208/157/4 jld 2(18) pertubuhan keselamatan sosial

7
PKS/BC/208/157/4 Jld 2(18) PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL PEKELILING MAJIKAN BIL. 2 TM-JUN 2018 PROSEDUR PENDAFTARAN DAN CARUMAN BAGI PELAKSANAAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (SIP) 2018 TUJUAN Pekeliling Majikan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan tindakan pelaksanaan yang perlu dilakukan oleh majikan dan i aspek pendaftaran, pemberitahuan dan pembayaran caruman bagi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP). LATAR BELAKANG 2.1 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) telah diluluskan oieh Parlimen pada 18 Disember 2017 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018 seperti di Lampiran 1. 2.2 Objektif utama SIP adalah untuk membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan meliputi bantuan kewangan, program latihan, insentif pekerjaan, bantuan carian pekerjaan dan membantu Orang Berinsurans (OB) yang kehilangan pekerjaan kembali semula bekerja dengan kadar segera. 2.3 Komponen utama SIP yang berkaitan adalah seperti berikut: 2.3.1. Liputan i. Akta 800 SIP terpakai kepada semua majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau lebih. Employer Circular No. 2 Year 2018 1 1

Upload: others

Post on 04-Nov-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PKS/BC/208/157/4 Jld 2(18) PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

PKS/BC/208/157/4 Jld 2(18)

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

PEKELILING MAJIKAN BIL. 2 TM-JUN 2018

PROSEDUR PENDAFTARAN DAN CARUMAN BAGI PELAKSANAAN SISTEM

INSURANS PEKERJAAN (SIP) 2018

TUJUAN

Pekeliling Majikan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan tindakan pelaksanaan

yang perlu dilakukan oleh majikan dan i aspek pendaftaran, pemberitahuan dan

pembayaran caruman bagi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

LATAR BELAKANG

2.1 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) telah diluluskan oieh

Parlimen pada 18 Disember 2017 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018

seperti di Lampiran 1.

2.2 Objektif utama SIP adalah untuk membantu golongan pekerja yang

kehilangan pekerjaan meliputi bantuan kewangan, program latihan, insentif

pekerjaan, bantuan carian pekerjaan dan membantu Orang Berinsurans

(OB) yang kehilangan pekerjaan kembali semula bekerja dengan kadar

segera.

2.3 Komponen utama SIP yang berkaitan adalah seperti berikut:

2.3.1. Liputan

i. Akta 800 SIP terpakai kepada semua majikan yang

mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau

lebih.

Employer Circular No. 2 Year 2018 1

1

Page 2: PKS/BC/208/157/4 Jld 2(18) PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

PKS/BC/208/157/4 Jld. 2(18)

H. Kategori pekerja yang akan dikecualikan daripada liputan

SIP adalah mereka yang tersenarai di dalam Jadual

Pertama Akta 800 dan pekerja asing.

2.3.2 Kadar caruman

Kadar caruman bagi majikan dan pekerja adalah seperti di

Lampiran 2.

2.3.3. Definisi Gaji Bagi Maksud Pembayaran Caruman

Definisi 'Gaji' bagi SIP adalah sama seperti Akta Keselamatan

Sosial Pekerja (AKSP) 1969 iaitu termasuk apa-apa bayaran

berkenaan dengan cuti, hari kelepasan, lebih masa dan kerja

tambahan pada hari kelepasan tetapi tidak termasuk:

apa-apa caruman yang kena dibayar oleh majikan kepada

mana-mana kumpulan wang pencen, kumpulan wang

keselamatan sosial atau kumpulan wang simpanan;

apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsesi

perjalanan;

apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada pekerja bagi

membayar belanja khas yang dilakukan hasil daripada

pekerjaannya;

apa-apa ganjaran yang kena dibayar apabila berhenti

bekerja atau bersara;

apa-apa bonus tahunan; dan

apa-apa faedah di bawah mana-mana undang-undang

bertulis lain yang ditadbir oleh Pertubuhan.

3. PENDAFTARAN MAJIKAN DAN PEKERJA

3.1 Semua majikan yang telah berdaftar dengan Akta Keselamatan Pekerja

Sosial, 1969 pada tarikh Akta 800 berkuatkuasa adalah dikehendaki untuk

Employer Circular No. 2 Year 2018 2

Page 3: PKS/BC/208/157/4 Jld 2(18) PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

PKS/BC/208/157/4 J1d. 2(18)

memberi pemberitahuan kepada PERKESO berkenaan dengan

pendaftaran SIP.

3.2. Tatacara pemberitahuan kepada PERKESO adalah melalui kaedah berikut:

Semua majikan hendaklah berdaftar dengan portal ASSIST. Sila rujuk

www.perkeso.gov.my/portal untuk mendapatkan ID pengguna dan

kata laluan.

ii. Log masuk ke dalam portal SIP di laman web

www.perkeso.qov.my/sip/eisc/rcc dengan menggunakan ID pengguna

dan password yang sama seperti portal ASSIST.

Setelah log masuk portal SIP, Majikan dikehendaki menyemak tanda

(tick) ke atas 'acknoledment check box' yang bermaksud majikan

berkenaan telah berdaftar dengan Sistem Insurans Pekerjaan.

iv. Dengan menggunakan Portal SIP PERKESO, majikan tidak perlu lagi

mengemukakan borang SIP 1A dan SIP 2A secara manual.

3.3 Bagi majikan yang baharu (perusahaan yang ditubuhkan selepas 1 Januari

2018), mereka hendaklah berdaftar di bawah AKSP 1929 terlebih dahulu

dan berdaftar dengan portal ASSIST untuk mendapatkan ID pengguna dan

password. Majikan hendaklah:

i. Log masuk ke dalam portal SIP di laman web

www.perkeso.qov.my/sip/eisc/rcc dengan menggunakan ID pengguna

dan password yang sama seperti portal ASSIST;

Setelah log masuk portal SIP, Majikan dikehendaki menyemak tanda

(tick) ke atas 'acknoledment check box' yang bermaksud majikan

berkenaan telah berdaftar dengan Sistem Insurans Pekerjaan; dan

Employer Circular No. 2 Year 2018 3

1969

Page 4: PKS/BC/208/157/4 Jld 2(18) PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

PKS/BC/208/157/4 Jld 2(18)

Dengan menggunakan Portal SIP PERKESO, majikan tidak perlu lagi

mengemukakan borang SIP 1 dan SIP 2 secara manual.

Portal ASSIST

3.4. Permohonan ID pengguna portal ASSIST PERKESO boleh dibuat secara

manual di kaunter PERKESO atau email borang permohonan ke

[email protected], atau pos atau faks kepada mana-mana

pejabat PERKESO terdekat. Borang permohonan ID pengguna SIP dimuat

turun dan i laman web www.perkeso.qov.mv/sip.

3.5. Majikan yang telah mempunyai iPERKESO perlu berdaftar dengan portal

ASSIST dan mendapatkan ID pengguna dan password bagi tujuan

pendaftaran SIP.

3.6 Bagi maksud para 3.4., majikan adalah dinasihatkan supaya mengikuti

tatacara pendaftaran berhubung dengan status majikan sama ada sebagai

majikan yang dianggap berdaftar atau majikan baharu, mengikut mana

yang berkenaan.

4. TATACARA PEMBAYARAN CARUMAN

4.1.Bayaran caruman SIP hendaklah dibayar selewat-lewatnya 15 haribulan

setiap bulan berikutnya.

4.2. Sehingga kini, terdapat tiga (3) cara pembayaran caruman iaitu Portal SIP,

secara manual dan iPERKESO (FPX) seperti berikut:

A. Portal SIP

i. Log masuk ke portal SIP di laman web

https://sip.perkeso.gov.my/eiscircc dengan menggunakan ID

pengguna dan password yang sama seperti ASSIST.

Employer Circular No. 2 Year 2018 4

Page 5: PKS/BC/208/157/4 Jld 2(18) PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

PKS/BC/208/157/4 Jld 2(18)

Penyediaan maklumat caruman melalui portal SIP boleh

menggunakan pendekatan 'Text File' atau 'Data Entry'.

Panduan asas bagi Portal SIP seperti di Lampiran 3.

Kemaskini maklumat gaji pekerja melalui Portal SIP dan jana EIS

Contribution Received (ECR).

Sila sediakan cek, kiriman wang atau wang pos dengan jumlah

yang sama seperti di maklumat ECR. Sila nyatakan nama

syarikat, kod majikan dan nombor ECR di bahagian belakang

cek, kiriman wang atau wang pos.

Sila sediakan cek, kiriman wang atau wang pos dengan jumlah

yang sama seperti di maklumat ECR. Sila nyatakan nama

syarikat, kod majikan dan nombor ECR di bahagian belakang

cek, kiriman wang atau wang pos.

Sila poskan cek, wang pos atau kiriman wang bersama-sama

ECR ke Pejabat PERKESO seperti yang tersenarai di

www.perkeso.gov.my atau anda boleh menyerahkan dokumen

tersebut ke Pejabat PERKESO yang terdekat.

Sekiranya nama pekerja tidak muncul di dalam senarai SIP,

majikan perlu mengemaskini senarai pekerja di portal ASSIST

terlebih dahulu, sebelum menjana slip ECR.

*Sila rujuk panduan asas portal ASSIST seperti di Lampiran 4.

B. Caruman secara Manual

Untuk caruman secara manual, sila muat turun Lampiran 1 dani

https://www.perkesomov.mv/sip/tatacara.php

Sila masukkan maklumat pekerja mengikut format seperti di

Lampiran 1.

Email Lampiran 1 mengikut format Microsoft Excel kepada

carumanSIPAperkesomov.my

Sila masukkan subjek email seperti contoh berikut:

Contoh: [Caruman SIP]: (Employer Code) A38000012061 —

(Contribution Month) 02/2018

Sila sediakan cek, kiriman wang atau wang pos dengan jumlah

yang sama seperti di maklumat Lampiran 1. Sila nyatakan nama

Employer Circular No. 2 Year 2018 5

v.

vi

Page 6: PKS/BC/208/157/4 Jld 2(18) PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

PKS/BC/208/157/4 Jld. 2(18)

syarikat, kod majikan, bulan caruman dan nombor telefon di

bahagian belakang cek, kiriman wang atau wang pos.

Sila poskan cek, wang pos atau kiriman wang bersama-sama

salinan Lampiran 1 ke Pejabat PERKESO seperti yang

tersenarai di www.perkeso.qov.my atau anda boleh

menyerahkan dokumen tersebut ke Pejabat PERKESO yang

terdekat.

C. i-PERKESO 2.0 (FPX)

i. Majikan juga boleh membayar caruman melalui FPX melalui

PERKESO.

H. Log masuk ke laman web https://www.iperkeso.my

Kemaskini maklumat upah pekerja melalui i-PERKESO dan

teruskan dengan prosedur pembayaran FPX.

Pembayaran melalui FPX boleh dilakukan dengan selesa di

pejabat anda.

Sila layari https://www.iperkeso.my untuk memuat turun manual

pengguna i-PERKESO.

4.2.4. Electronic Fund Transfer (EFT) dan Perbankan Internet setakat

ini tidak boleh digunakan untuk pembayaran SIP sehingga notis

selanjutnya.

5. TARIKH KUAT KUASA PEKELILING

Pekeliling Majikan Bit. 2 tahun 2018 berkuat kuasa mulai 1 February 2018.

Employer Circular No. 2 Year 2018 6

1 Februari

Page 7: PKS/BC/208/157/4 Jld 2(18) PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

PKS/BC/208/157/4 Jld. 2(18)

6. PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan

Pelanggan di talian 1 300 22 8000 atau e-mel ke [email protected] atau

rujuk soalan-soalan lazim (FAQ) di laman web www.perkeso.gov.my/sip.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

(DATO I DR. MOHAMMED AZMAN BIN DATO' AZIZ MOHAMMED)

Ketua Eksekutif

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Tarikh: IC Februari 2018

Employer Circular No. 2 Year 2018 7