sukj.dn.600-3/4/1 jld.3 dewan negeri johor soalan-soalan … · soalan-soalan bertulis bagi...

204
SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020 UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020) 1 YB TUAN DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH (BEKOK) SOALAN B1 Jalan sementara yang dibina untuk tujuan Projek Landasan Kereta Api Berkembar menghubungkan kawasan Bekok dan Paloh. Jalan ini dapat menjimatkan kos dan masa perjalanan Bekok ke Paloh. Maka, dimohon untuk menjadikan jalan sementara ini ditukar kepada jalan kekal bertar. JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat Bekok, bagi jalan sementara yang dibina di kawasan Projek Landasan Kereta Api Berkembar menghubungkan kawasan Bekok dan Paloh ini digunakan oleh pihak kontraktor bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan landasan kereta api. Apabila projek telah siap, status jalan ini akan dimansuhkan. Tambahan lagi, jalan sementara ini tidak boleh ditukar kepada laluan kekal yang berturap kerana laluan sementara ini berada di dalam rizab Perbadanan Aset Kereta api (RAC) yang akan dibangunkan sebagai laluan kereta api pada masa akan datang. Selain itu, isu kelulusan penggunaan tanah jalan sementara itu di bawah bidang kuasa RAC dan perlu mendapat kebenaran atau kelulusan RAC jika ingin digunakan terus. Untuk makluman Yang Berhormat juga, jalan kekal hanya boleh dipohon kepada Kerajaan Persekutuan dan dibina di atas rizab jalan di atas tanah Kerajaan atau melalui pengambilan tanah untuk maksud tersebut.

Upload: others

Post on 21-Sep-2020

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

1

YB TUAN DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH (BEKOK) SOALAN B1 Jalan sementara yang dibina untuk tujuan Projek Landasan Kereta Api Berkembar menghubungkan kawasan Bekok dan Paloh. Jalan ini dapat menjimatkan kos dan masa perjalanan Bekok ke Paloh. Maka, dimohon untuk menjadikan jalan sementara ini ditukar kepada jalan kekal bertar. JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat Bekok, bagi jalan sementara yang dibina di kawasan Projek Landasan Kereta Api Berkembar menghubungkan kawasan Bekok dan Paloh ini digunakan oleh pihak kontraktor bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan landasan kereta api. Apabila projek telah siap, status jalan ini akan dimansuhkan. Tambahan lagi, jalan sementara ini tidak boleh ditukar kepada laluan kekal yang berturap kerana laluan sementara ini berada di dalam rizab Perbadanan Aset Kereta api (RAC) yang akan dibangunkan sebagai laluan kereta api pada masa akan datang. Selain itu, isu kelulusan penggunaan tanah jalan sementara itu di bawah bidang kuasa RAC dan perlu mendapat kebenaran atau kelulusan RAC jika ingin digunakan terus. Untuk makluman Yang Berhormat juga, jalan kekal hanya boleh dipohon kepada Kerajaan Persekutuan dan dibina di atas rizab jalan di atas tanah Kerajaan atau melalui pengambilan tanah untuk maksud tersebut.

Page 2: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

2

YB TUAN DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH (BEKOK) SOALAN B2 Terdapat banyak laporan mengenai kes kemasukan binatang liar seperti gajah yang merosakkan hasil kebun durian, kelapa sawit dan pokok pisang terutamanya di kawasan pedalaman Bekok, Mersing dan Kota Tinggi. Dimohon agar memindahkan gajah-gajah liar ini ke tempat santuari gajah. JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Masalah konflik hidupan liar terutama spesies gajah adalah disebabkan oleh beberapa faktor, di mana kehilangan habitat merupakan penyumbang utama. Kawasan hutan yang semakin berkurangan akibat pembalakan, pertanian dan penempatan serta pembangunan pesat telah menyebabkan kawasan rayau hidupan liar menjadi semakin terhad dan sumber makanan semula jadi hidupan liar ini semakin berkurangan. Sebagai contoh, seekor gajah dewasa memerlukan makanan sekurang-kurangnya 200 kg dan 200 liter air sehari bagi menampung keperluannya. Gajah juga memerlukan kawasan rayau yang luas antara 25 km2 hingga 100 km2 untuk bergerak. Gajah menghabiskan masa 17 hingga 18 jam sehari bergerak dari satu tempat ke satu tempat sambil mencari makan. Kekurangan sumber makanan telah memaksa hidupan liar ini keluar dari hutan dan menceroboh ke kawasan ladang yang dahulunya adalah habitat gajah. Pada masa yang sama, gajah juga turut terdedah kepada risiko dibunuh, diracun, terjerat atau dicederakan sebagai reaksi tindak balas daripada orang ramai akibat kerugian yang dialami apabila gajah masuk ke dalam kawasan ladang atau penempatan mereka. Pelbagai bentuk usaha telah dilakukan oleh Jabatan PERHILITAN dalam menangani masalah gangguan gajah seperti kawalan dan pemantauan di lokasi aduan, tembak halau dan operasi tangkap pindah. Kewujudan Santuari Gajah Johor (JES) adalah bagi menguruskan masalah konflik gajah terutamanya bagi daerah Kota Tinggi. Anggaran populasi gajah di negeri Johor adalah 120-160 ekor yang bertaburan di empat daerah iaitu Kota Tinggi, Mersing, Kluang dan Segamat. Adalah diharapkan dengan adanya JES, aduan konflik manusia-gajah dapat dikurangkan sehingga 50% dalam tempoh 5 tahun selepas projek pembangunan JES beroperasi sepenuhnya dan sebahagian besar gajah yang sering menimbulkan konflik dapat diuruskan secara lebih lestari. Pengayaan habitat seperti penyediaan padang ragut dan penyediaan jenut tiruan akan dijalankan bagi membolehkan gajah-gajah tersebut kekal dalam kawasan santuari dan tidak keluar mencari makan ke kawasan pertanian atau penempatan berhampiran.

Page 3: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

3

YB TUAN DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH (BEKOK) SOALAN B3 Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang diberikan kepada penduduk di Kawasan Sungai Sabar haruslah dikaji semula. Penduduk di Sungai Sabar haruslah diberi pemilikan penuh terhadap tanah yang mereka menduduki selama 50 tahun dan ke atas. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Bekok, Lesen Pendudukan Sementara (LPS) ialah satu bentuk pelupusan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) iaitu satu cara di mana Pihak Berkuasa Negeri (PBN) membenarkan tanah tertentu diduduki atau digunakan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 42(1)(c) dan Seksyen 66 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965. Permohonan LPS ini boleh dikemukakan kepada Pejabat Tanah Daerah untuk diproses sekali gus berikan pertimbangan PBN. Sehubungan dengan itu, Kampung Sungai Sabar terletak di Mukim Chaah, kira-kira 500 meter dari Pekan Chaah dan kawasan ini juga berada di atas Rizab Sungai Lenek dengan jarak di antara petempatan penduduk dengan sungai dalam lingkungan 15 hingga 60 meter sahaja. Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 12.6.2013, telah BERSETUJU untuk tanah-tanah ini dikeluarkan Lesen Pendudukan Sementara bagi tujuan tapak kediaman kepada 62 pemohon. Kawasan perkampungan ini juga telah diduduki sekitar tahun 1970-an lagi dan terdapat kira-kira 44 buah kediaman yang penduduk kampung berkenaan sehingga kini yang terdiri daripada jenis kekal, separuh kekal dan jenis sementara. Selain itu, terdapat juga 2 buah kuil di atas tapak yang telah diluluskan LPS. Berdasarkan kepada rekod semakan di Pentadbiran Tanah Daerah (K) Labis, didapati bahawa masih terdapat tunggakan bayaran LPS oleh pemohon-pemohon yang telah diluluskan pada tahun 2013 yang berjumlah RM32,075.00. Pada 16.2.2020, Pentadbir Tanah Daerah (K) Labis telah mengadakan perjumpaan bersama penduduk kampung berkenaan bagi mengemas kini maklumat penduduk sedia ada bagi permohonan semula LPS sebelum permohonan tersebut dibawa untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Walau bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Kerajaan di mesyuaratnya pada 25.3.2020 telah BERSETUJU supaya tanah-tanah lapisan pertama berhampiran rizab sungai dan rizab hutan tidak dikurniakan kepada mana-mana individu dan Pentadbir Tanah Daerah boleh menolak permohonan ini tanpa membawa kepada pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Di samping itu, MMK pada 26.8.2020 telah memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri lebih teliti dalam menimbangkan permohonan-permohonan tanah. Ini termasuk memastikan tanah-tanah yang hendak dikurniakan bukan tanah yang bermasalah seperti terletak di kawasan yang kerap mengalami banjir yang akan menyebabkan pemohon yang diluluskan kurniaan tanah tidak menghargai tanah yang dikurniakan. Sehubungan dengan itu, kawasan ini yang berada di atas Rizab Sungai Lenek dengan jarak di antara petempatan penduduk dengan sungai berhampiran dalam lingkungan 15 hingga 60 meter adalah tertakluk dengan keputusan terkini pihak kerajaan yang bertarikh 25.3.2020 seperti yang dinyatakan. Pematuhan kepada garis panduan dalam menentukan perkara-perkara yang boleh dibuat Penolakan Ringkas (Summary Rejection) sebagaimana Peraturan 3 Kaedah-Kaedah Tanah Johor (2004) dan surat arahan Penolakan Ringkas oleh Pentadbir Tanah bertarikh

Page 4: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

4

16.04.2008. Berdasarkan kepada rekod di Pentadbiran Tanah Johor sehingga 31.08.2020, sebanyak 226 permohonan tanah yang telah diterima di PTG Johor (pemberi milikan dan juga Lesen Pendudukan Sementara) telah dibuat Penolakan Ringkas ke atas permohonan tanah-tanah lapisan pertama berhampiran rizab sungai dan rizab hutan. Pematuhan kepada garis panduan ini juga dilaksanakan secara teliti dan menyeluruh di seluruh Pentadbiran Tanah Daerah.

Page 5: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

5

YB TUAN DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH (BEKOK) SOALAN B5 Jalan yang menghubungkan Yong Peng dan Chaah adalah jalan yang sibuk. Kebanyakan laluan jalan utama dari Yong Peng ke Chaah adalah jalan sehala. Maka, dimohon untuk melebarkan jalan sehala ini kepada jalan dua hala sepanjang Jalan Yong Peng ke Chaah. JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk maklumat Yang Berhormat Bekok, Kerajaan Negeri berpandangan buat masa ini, tiada keperluan lagi bagi jalan yang menghubungkan Yong Peng dan Chaah untuk di naik taraf daripada 2 lorong kepada 4. Walau bagaimanapun, kerja-kerja membaik pulih muka jalan dan melebarkan jambatan telah pun dilaksanakan dari seksyen 134.00 hingga 174.00 (Desa temu jodoh - Kg Kwongsai).

Page 6: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

6

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN B6 Senaraikan statistik kadar jumlah penumpang bagi 4 frekuensi laluan Bas Muafakat di daerah Muar bagi tahun 2018 dan 2019 mengikut pecahan bagi setiap laluan tersebut. JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat Bentayan, terdapat 4 laluan Bas Muafakat Johor dalam Daerah Muar yang pada mulanya beroperasi dengan 3 laluan pada 2017 sebelum laluan MU004 diperkenalkan pada julai 2018. Secara keseluruhannya seramai 54,168 orang pengguna di Daerah Muar telah menggunakan perkhidmatan bas percuma ini pada tahun 2018. Dari jumlah tersebut MU001 mencatatkan jumlah pengguna seramai 17,593 orang, MU002 seramai 6,019 orang, MU003 seramai 18,944 orang manakala MU004 seramai 11,612 orang penumpang. Pada tahun 2019 pula menunjukkan peningkatan jumlah keseluruhan pengguna BMJ di Daerah Muar iaitu sebanyak 78,528 orang penumpang. Dari jumlah tersebut, seramai 19,524 orang telah menggunakan BMJ di laluan MU001, 10,317 orang menggunakan MU002, 18,520 orang menggunakan MU003 dan seramai 30,167 orang yang menggunakan BMJ di laluan MU004.

Page 7: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

7

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN B7 Berapa ramaikah usahawan yang telah berjaya menerima bantuan daripada pihak kerajaan negeri melalui program Geran Orang Lokal (GOL) 2019 mengikut pecahan daerah serta nyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan di setiap daerah tersebut. JAWAPAN YB TUAN MOHD IZHAR BIN AHMAD Jumlah usahawan yang telah berjaya dan akan menerima manfaat bantuan Geran Orang Lokal (GOL) 2019 adalah sebanyak 279 pemohon dan ianya melibatkan kos peruntukkan sebanyak RM1,591,193.30. Butiran pecahan jumlah peruntukkan Geran Orang Lokal (GOL) 2019 yang disalurkan mengikut daerah adalah seperti perincian berikut: RINGKASAN KESELURUHAN PERMOHONAN GERAN ORANG LOKAL (GOL 2019)

DAERAH JUMLAH PEMOHON JUMLAH KELULUSAN

Pontian 32 RM334,437.30

Kulai 17 RM120,597.00

Batu Pahat 42 RM180,323.00

Johor Bahru 64 RM246,239.00

Kluang 30 RM137,156.00

Kota Tinggi 22 RM117,073.00

Mersing 7 RM75,072.00

Muar 35 RM146,622.00

Segamat 18 RM136,282.00

Tangkak 12 RM98,130.00

JUMLAH KESELURUHAN 279 RM1,591,931.30

Page 8: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

8

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN B8 Senaraikan kadar statistik permohonan bagi Kebenaran Merancang (KM) berserta jumlah kelulusan yang telah diberi mengikut pecahan bagi setiap daerah masing-masing mengikut tahun 2017, 2018 dan 2019. JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Kadar statistik permohonan Kebenaran Merancang (KM) berserta jumlah kelulusan yang telah diberi mengikut pecahan di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor mengikut tahun 2017, 2018 dan 2019 adalah sebagaimana berikut :

PBT

Permohonan Kebenaran Merancang Yang Lulus (KM)

2017 2018 2019

MB JOHOR BAHRU 81 76 103

MB ISKANDAR PUTERI 94 88 75

MP MUAR 107 54 49

MP BATU PAHAT 120 74 52

MP KLUANG 68 58 79

MP KULAI 46 47 31

MP PASIR GUDANG 92 57 59

MP SEGAMAT 16 15 9

MP PENGERANG 40 33 30

MD TANGKAK 46 57 44

MD YONG PENG 23 40 20

MD SIMPANG RENGGAM 11 8 19

MD SEGAMAT 16 15 9

MD LABIS 8 4 6

MD PONTIAN 43 30 27

MD KOTA TINGGI 36 29 25

MD MERSING 23 19 14

Page 9: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

9

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN B9 Nyatakan angka terkini bagi pekerja-pekerja swasta yang telah kehilangan pekerjaan mengikut pecahan industri serta apakah inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk membantu mereka? JAWAPAN YB TUAN MOHD IZHAR BIN AHMAD Angka terkini bagi pekerja-pekerja swasta yang telah kehilangan pekerjaan mengikut pecahan industri adalah berjumlah 4911 orang sebagaimana yang telah diperincikan seperti ternyata di dalam Lampiran B9 – Jadual PP/PPK/1 (0220). Antara inisiatif-inisiatif kerajaan bagi membantu pekerja yang hilang pekerjaan dalam tempoh PKP atau Pandemik COVID-19 yang sedang dipergiatkan oleh Unit SMI adalah seperti berikut :- 1. Sejajar dengan pembukaan semula ekonomi negara yang melibatkan beberapa sektor ekonomi yang telah kembali beroperasi dan menunjukkan tanda-tanda positif ke arah pemulihan dalam pasaran pekerjaan, justeru itu Program Minggu Kerjaya Johor akan dijadualkan berlangsung pada September 2020 ini. Program yang juga merupakan platform bagi individu yang sedang mencari pekerjaan serta majikan yang mencari pekerja bertemu ini akan dijalankan serentak di 3 lokasi meliputi 3 zon di seluruh negeri Johor iaitu Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Selatan. Bagi Zon Utara, program akan diadakan di Muar, bagi Zon Tengah program akan diadakan di Kluang manakala bagi Zon Selatan program akan diadakan di Johor Bahru. Penganjuran program ini juga akan mengambil kira Prosedur Standard Operasi (SOP) selain memberi pendedahan kepada masyarakat awam mengenai amalan normal baharu sesi temu duga bagi membendung penularan Covid-19. 2. Turut akan dilaksanakan adalah Program Peningkatan Kemahiran Teknikal Lepasan Siswazah dan SPM yang menyediakan peluang pembelajaran berterusan atau peluang kedua untuk meningkatkan kemahiran teknikal. Program ini menyasarkan penglibatan graduan yang masih menganggur selama setahun selepas tamat pengajian dan juga lepasan SPM. Menerusi program ini, para belia akan diberi pendedahan yang baharu berkenaan dengan keperluan kemahiran tambahan dalam pembangunan kemahiran bagi kesan jangka masa pendek dan panjang. 3. Selain itu, Unit SMI juga telah membuat hebahan di laman sosial Facebook pada 1 September 2020 serta hebahan kepada Pejabat- Pejabat Daerah, Pejabat-Pejabat DUN dan Penyelaras-Penyelaras DUN bagi mendapatkan penyertaan pelaksanaan Program Johor Upskilling and Reskilling. Program ini bertujuan untuk membantu rakyat Negeri Johor yang diberhentikan akibat pandemik COVID-19 melalui latihan kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran mengikut keperluan industri semasa di Negeri Johor dan meningkatkan peluang penempatan pekerjaan. Antara kursus bagi Fasa 1 yang akan dijalankan ialah bidang kimpalan, penyelenggaraan elektrik, penyelia keselamatan tapak bina dan pemasang perancah.

Page 10: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

Muka Surat : 1Tarikh : 02/09/2020

Jadual :ID Pegawai :

PP/PPK/1 (0220)MASLINA.M

PEMBERHENTIAN PEKERJA MENGIKUT KATEGORI INDUSTRI, WARGANEGARA DAN JANTINAPADA Tempoh: Tahun 2020

BAGI Kawasan: PEJABAT TENAGA KERJA NEGERI JOHOR/

ID Pegawai :

NOTA : L - LELAKI P - PEREMPUAN

1

Aktiviti hartanah

Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman

Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal

Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan

Pendidikan

Perlombongan dan Pengkuarian

Pengangkutan dan Penyimpanan

Kesenian, hiburan dan rekreasi

Aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial

Pertanian, Perhutanan dan Perikanan

Pembuatan

Aktiviti kewangan dan insuran/takaful

Maklumat dan komunikasi

Pembinaan

Aktiviti perkhidmatan lain

Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotordan motosikalPentadbiran awam dan pertahanan; aktiviti keselamatan sosialwajib

8

46

11

11

7

10

12

6

8

8

96

5

2

13

7

74

9

BILANGANMAJIKAN

45

1332

42

64

12

33

1056

169

113

105

3187

19

7

335

2

741

320

L

75

722

32

93

52

20

193

131

121

56

1766

26

1

152

36

692

524

P

120

2054

74

157

64

53

1249

300

234

161

4953

45

8

487

38

1433

844

JUMLAH

0

201

0

0

0

16

34

1

0

0

1614

0

0

9

0

64

5

L

0

8

0

0

0

2

0

0

0

0

1238

0

0

4

0

4

18

P

0

209

0

0

0

18

34

1

0

0

2852

0

0

13

0

68

23

JUMLAH

120

2263

74

157

64

71

1283

301

234

161

7805

45

8

500

38

1501

867

JUMLAHBESAR

30

491

25

15

2

9

312

36

38

87

1123

12

3

93

1

245

59

L

38

339

8

26

30

6

55

21

22

46

526

6

1

43

16

202

35

P

68

830

33

41

32

15

367

57

60

133

1649

18

4

136

17

447

94

JUMLAH

0

41

0

0

0

1

34

1

0

0

620

0

0

0

0

14

0

L

0

7

0

0

0

0

0

0

0

0

184

0

0

1

0

2

5

P

0

48

0

0

0

1

34

1

0

0

804

0

0

1

0

16

5

JUMLAH

68

878

33

41

32

16

401

58

60

133

2453

18

4

137

17

463

99

JUMLAHBESAR

JUMLAH PEKERJA SEBELUM DIBERHENTIKAN

TEMPATAN ASING

JUMLAH PEKERJA DIBERHENTIKAN

TEMPATAN ASING

KATEGORI INDUSTRI

7582 19444692 1274 2581 1420 711 19912274 3218 4001 91015492 4911JUMLAH 333

Page 11: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

10

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN B10 Nyatakan jumlah peruntukan untuk bantuan ihsan COVID-19 Negeri Johor serta nyatakan jumlah pemohon dan jumlah permohonan yang telah berjaya mengikut pecahan kaum, umur dan daerah. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Sebagai makluman YB Bentayan, YB Kota Iskandar, YB Bukit Naning, YB Pasir Raja dan YB Maharani adalah dimaklumkan bahawa kesemua jawapan akan dijawab secara bersekali. Umumnya, Bantuan Tunai Ihsan Johor yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Johor memberikan keutamaan kepada mereka yang tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri sepanjang tempoh penularan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan pergerakan (PKP). Bantuan Ihsan COVID-19 menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM11,199,000.00. Penerima layak akan menerima bantuan dalam bentuk tunai iaitu sama ada RM500.00 atau RM250.00. Sehingga 3 Jun 2020 seramai 41,565 penerima telah pun diluluskan dengan pecahan 38,334 pemohon adalah penerima bantuan RM250.00 dengan peruntukan sebanyak RM9,583,500 manakala seramai 3,231 pemohon adalah penerima bantuan RM500.00 dengan peruntukan sejumlah RM1,615,500.00. Kerajaan Negeri Johor turut melaksanakan inisiatif tambahan bagi membantu golongan miskin tegar, miskin dan golongan terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan jumlah peruntukan tambahan secara one-off sebanyak RM4,576,950.00. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian besar permohonan gagal atas faktor-faktor berikut:

1. Pemohon atau pasangan melebihi had kelayakan pendapatan 2. Pemohon atau pasangan mempunyai syarikat dan layak memohon Geran Prihatin

Nasional (GPN) 3. Pemohon berumur kurang daripada 18 tahun yang berada di bawah tanggungan

keluarga 4. Duplikasi permohonan 5. Nombor kad pengenalan tidak wujud 6. Pemohon telah meninggal dunia 7. Maklumat permohonan tidak lengkap

Sehingga kini, penerima layak telah pun menerima bantuan tunai ini menerusi bayaran yang disalurkan secara ‘electronic fund transfer” (EFT) bagi mereka yang mempunyai akaun bank, manakala bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bantuan akan disalurkan menerusi Pejabat Daerah masing-masing.

Page 12: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

11

YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE (BUKIT BATU) SOALAN B11 Apakah status terkini pemasangan solar panel di 3 bangunan pentadbiran kerajaan di Kota Iskandar yang telah lama diluluskan? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Bukit Batu, pemasangan panel solar di tiga bangunan yang melibatkan Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak dan Bangunan Sultan Ismail masih berjalan sebagaimana perancangan awal. Status perlaksanaan pemasangan panel solar ini masih berada di peringkat penelitian awalan melalui pembandingan kos dan faedah iaitu dengan membuat pembandingan kos utiliti elektrik sebelum dan anggaran penjimatan selepas pemasangan panel solar tersebut. Selain itu, anggaran awal penjimatan oleh pihak pelaksana telah diberikan adalah sebanyak RM72,610.66 setahun bagi Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, RM40,333.90 setahun bagi Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad dan RM15,261.75 setahun bagi Bangunan Sultan Ismail daripada kadar utiliti semasa. Walau bagaimanapun, pemasangan panel solar ini perlulah dilihat dari pelbagai aspek terutamanya dari segi reka bentuk dan kesesuaian infrastruktur bangunan supaya pemasangan ini tidak menjejaskan keselamatan dan konsep asal Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor di Kota Iskandar.

Page 13: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

12

YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE (BUKIT BATU) SOALAN B12 Adakah kerajaan masih berhasrat untuk implementasikan sistem pembayaran 'on-the-spot' di Gunung Pulai 1 yang memang dinanti-nantikan oleh orang awam? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Bukit Batu, Kerajaan Negeri memang berhasrat untuk melaksanakan sistem pembayaran secara ‘on-the-spot’ bagi setiap kawasan eko-pelancongan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal terutamanya bagi kawasan yang popular bagi aktiviti merentas hutan (jungle trekking) dan pendakian antaranya di:

• Gunung Pulai

• Gunung Panti

• Gunung Muntahak

• Gunung Arong

• Gunung Belumut

• Gunung Bekok

• Gunung Maokil Untuk makluman, pada masa ini Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan sedang mengkaji kaedah yang sesuai dan mudah bagi menggantikan prosedur semasa yang memerlukan seseorang itu perlu mendapatkan Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal di bawah Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985. Dalam masa yang sama, Jabatan Perhutanan telah berusaha untuk membangunkan sistem aplikasi yang dinamakan e-Permit bagi membolehkan permohonan memasuki kawasan Hutan Simpanan kekal dibuat secara dalam talian sekali gus memudahkan pelbagai pihak. Sistem ini akan diintegrasikan dengan sistem bayaran Johor Online Payment yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha pendigitalan kerajaan di bawah agenda 7 Ikhtiar Makmur Johor selari dengan langkah pemerkasaan Ikhtiar Kedua: Johor Digital Master Plan.

Page 14: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

13

YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE (BUKIT BATU) SOALAN B13 Sila nyatakan dalam pecahan bulanan jumlah orang yang telah balik dan keluar Singapura melalui negeri Johor sejak PKP dilaksanakan? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman pihak YB Bukit Batu, jumlah orang yang telah balik dan keluar dari Singapura melalui negeri Johor sejak PKP dilaksanakan mengikut pecahan bulanan adalah seperti berikut:

BULAN KELUAR DARI SINGAPURA (ORANG)

MASUK KE SINGAPURA (ORANG)

Mac 31,418 28,308

April 73,423 59,697

Mei 67,276 65,873

Jun 76,708 83,402

Julai 91,193 97,831

Ogos 94,041 105,602

JUMLAH KESELURUHAN

434,059

440,713

Page 15: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

14

YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE (BUKIT BATU) SOALAN B14 Adakah pembinaan RTS akan mengubah perancangan pembangunan sedia ada di sekitar kawasan Bukit Chagar, seperti Wadi Hana & Kim Teng Park? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Bukit Batu, Bagi kawasan Bukit Chagar dan Bangunan CIQ ianya akan dibangunkan Stesen RTS manakala kawasan Wadi Hana pula telah dikenal pasti untuk dibangunkan sebagai Depot RTS. Sehingga kini kawasan Kim Teng Park tidak terlibat dengan pembangunan projek RTS.

Page 16: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

15

YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE (BUKIT BATU) SOALAN B15 Pada zaman pentadbiran BN telah diumumkan kerajaan tidak akan memanjangkan pajakan kawasan industri di Larkin-Tampoi. Adakah kerajaan negeri sekarang masih mengambil pendirian yang sama dan sekiranya ya, apakah blueprint untuk kawasan ini pada masa depan? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Bukit Batu, kawasan perindustrian Larkin (KPL) ini telah dibuka pada akhir era 60-an untuk menggalakkan perkembangan sektor pembuatan selain menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan seterusnya berupaya meningkatkan kemajuan ekonomi negeri. Kedudukannya yang terletak di pinggir bandar serta di kelilingi oleh kawasan penempatan telah berjaya merancakkan pertumbuhan kegiatan ekonomi di kawasan tersebut. Kini kawasan perindustrian Larkin (KPL) telah dikelilingi oleh beberapa kawasan penempatan seperti Kampung Melayu Majidee, Kampung Ungku Mohsin, Desa Larkin, Taman Sri Bahagia, Bandar Baru Uda dan lain-lain lagi. Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam mesyuaratnya pada 12 Jun 2013 telah bersetuju supaya Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru (PTDJB) untuk mengeluarkan notis kepada pemilik tanah yang memiliki taraf pegangan pajakan di kawasan perindustrian Larkin (KPL) bagi memaklumkan kemungkinan tempoh pajakan mereka tidak akan disambung untuk memberi laluan kepada cadangan pembangunan oleh Kerajaan Negeri pada masa hadapan. Secara ringkas, YAB Menteri Besar Johor pada ketika itu memaklumkan tempoh pajakan tanah kawasan perindustrian Larkin (KPL) akan tamat dalam masa 10 hingga 15 tahun. Terdapat cadangan untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai kawasan perumahan bagi menampung keperluan perumahan di kawasan Larkin dan pihak industri pula akan ditempatkan di tempat lain yang akan diputuskan kelak. Pada Oktober 2013, Pentadbiran Tanah Johor telah mengemukakan satu pemakluman kepada Pengerusi Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia Cawangan Johor berkenaan ketetapan Kerajaan Negeri berkaitan pembekuan permohonan memperbaharui tempoh pajakan di kawasan perindustrian Larkin. Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor seterusnya pada 1 Julai 2015 telah meminta supaya Pentadbiran Tanah Johor mengambil tindakan mengeluarkan notis pemakluman kepada pemilik-pemilik tanah di kawasan perindustrian Larkin bahawa tanah-tanah di kawasan tersebut tidak akan disambung pajakannya oleh Kerajaan Negeri. Perkara ini turut telah diputuskan oleh Kerajaan Negeri dan ia telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan. Pecahan kawasan melibatkan 46 hak milik seluas 43.112 hektar bagi kawasan Perindustrian Larkin, 37 hak milik seluas 25.776 hektar bagi Kawasan Perindustrian Tampoi dan 11 hak milik seluas 11.273 hektar bagi Kawasan Perindustrian Dato’ Onn. Berdasarkan kepada semakan terkini yang telah dilakukan oleh Pentadbiran Tanah Johor, terdapat 24 plot tanah yang memiliki tempoh pegangan pajakan antara 51 tahun sehingga 95 tahun. Berdasarkan kepada semakan, plot tanah tersebut telah melalui proses permohonan sambung pajakan antara tahun 2005 sehingga tahun 2010 dan diluluskan oleh kerajaan sekitar tahun 2009 sehingga 2014.

Page 17: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

16

Tempoh pajakan tanah yang ditawarkan adalah 60 tahun dan juga 99 tahun. Selain daripada itu, terdapat kira-kira 23 hak milik tanah yang memiliki baki tempoh pegangan antara 11 tahun sehingga 50 tahun. Kumpulan 23 hak milik ini boleh disifatkan mempunyai tempoh pegangan sederhana tetapi memiliki tempoh pusingan perindustrian yang masih berdaya maju. Selain itu, hak milik yang memiliki tempoh pegangan pajakan antara 4 tahun hingga 10 tahun mewakili jumlah terbesar di dalam kawasan perindustrian Larkin ini iaitu 29 hak milik keseluruhannya. Seterusnya, bagi menyahut perancangan pembangunan Kerajaan Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan pada tahun 2017 telah bersetuju pihak Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI) untuk melaksanakan proses pengambilan dua (2) plot tanah di Larkin yang mempunyai keluasan kira-kira 5.98 ekar dengan anggaran kos pengambilan tanah adalah kira-kira RM 6,000,000. Kerajaan juga pada dasarnya telah bersetuju kedua-dua tapak tanah tersebut dimajukan oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). Pada asalnya tanah yang bakal dimajukan ini dicadangkan untuk menempatkan semula penduduk di Taman Sinaran Kempas di mana kawasan perumahan yang sedang mereka duduki adalah di atas tanah rizab Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB). Proses Pengambilan Balik Tanah (PBT) ini telah selesai dan kini dalam tindakan pengeluaran hak milik selepas PBT. Berdasarkan kepada rekod di Pentadbiran Tanah Johor, hanya terdapat 3 permohonan sambung pajakan yang diterima di kawasan perindustrian Larkin-Tampoi. Permohonan tersebut telah diambil tindakan yang sewajarnya di peringkat Pentadbiran Tanah Daerah, satu (1) permohonan telah mempunyai keputusan DITOLAK oleh Kerajaan manakala dua (2) lagi permohonan akan dibawa untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri dalam masa terdekat ini. Di samping itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor di mesyuaratnya pada 15.4.2020 di bawah Amanat YAB Menteri Besar Johor telah menyarankan supaya mengkaji semula Program Malay Belt di Larkin, Johor Bahru. Kajian semula perlu dilakukan bagi membangunkan dan menyediakan peluang ekonomi dalam bidang teknologi kepada usahawan-usahawan Melayu di kawasan Bandar. Kajian semula ini juga bukanlah bermaksud untuk mengetepikan perancangan perumahan untuk Melayu di kawasan Bandar tetapi lebih kepada melihat keperluan semasa memulihkan ekonomi dalam jangka masa pendek dalam menangani cabaran pasca COVID -19. Salah satu strategi yang boleh diambil adalah melalui penyambungan tempoh pajakan di mana ia akan dapat membantu industri meningkatkan kemasukan pelaburan dan memperluas aktiviti ekonomi di kawasan perindustrian tersebut dan kawasan sekelilingnya (spill-over effect) contohnya dalam konteks penawaran lebih banyak peluang pekerjaan serta pendedahan adaptasi teknologi baharu kepada rakyat Johor.

Page 18: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

17

LAMPIRAN: Cadangan Pembangunan Semula Kawasan Perindustrian Larkin-Tampoi adalah satu cadangan projek bagi menjadikan 3 kawasan perindustrian tersebut menjadi kawasan perumahan bagi menampung keperluan perumahan di Bandar Johor Bahru. Antara kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:

Bil. Kawasan Keluasan (ekar) Bil. Hak milik

Julat Tahun Tamat Pajakan

1. Perindustrian Larkin 106.53 46

2020-2025 2. Perindustrian Dato’ Onn 63.70 37

3. Perindustrian Tampoi 27.85 11

JUMLAH 198.00 94

Page 19: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

18

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN B16 Nyatakan secara terperinci kedudukan kemajuan terkini berkenaan dengan projek menaik taraf jalan sedia ada Bukit Jementah? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Pentadbiran ini telah menghantar surat Permohonan peruntukan untuk menurap semula jalan sedia ada ke Bukit Jementah, Segamat kepada Pejabat Y.A.B Menteri Besar Johor, rujukan surat ( )dlm.PDS (Pemb)7 Jld. 2 bertarikh 19 November 2019. Peruntukan yang dipohon adalah sebanyak RM400,000.00 untuk menaik taraf jalan pertanian sepanjang 1.8 kilometer serta sistem pengaliran air. Walau bagaimanapun, pentadbiran ini belum menerima sebarang maklum balas sehingga kini.

Page 20: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

19

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN B17 Nyatakan secara terperinci kedudukan kemajuan terkini projek pemasangan biogas Plant oleh sebuah kilang memproses buah kelapa sawit di sempadan Jementah/Kebun Bahru? Bilakah jangka masa persiapan projek tersebut? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Status terkini projek pemasangan loji biogas di kilang kelapa sawit Milik Mestika Sdn Bhd adalah telah selesai sebanyak 70% bagi fasa pembangunan fizikal. Loji biogas tersebut telah beroperasi dengan menghasilkan gas metana dan HDPE geo-membrane liner telah kembang sepenuhnya. Gas yang terhasil dibakar melalui flare tower secara berkala untuk sementara waktu sehingga proses penjanaan elektrik boleh dijalankan. Baki 30% fasa pembangunan adalah melibatkan pemasangan peralatan mekanikal yang lain bagi melengkapkan projek loji biogas tersebut. Fasa pembangunan fizikal projek dijangka siap pada penghujung bulan Januari 2021. Terdapat kelewatan dalam tempoh siap projek iaitu jangkaan awal adalah pada bulan Julai 2020. Kelewatan ini adalah kerana kerja dihentikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan daripada bulan Mac sehingga Jun 2020. Loji biogas ini dijangka dapat menghasilkan kapasiti janaan elektrik sebanyak 2 MW (megawatt) apabila telah beroperasi sepenuhnya kelak. Buat masa ini pemantauan terus dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar dan tiada aduan baru mengenai pencemaran bau yang dihasilkan oleh premis tersebut setelah loji biogas beroperasi.

Page 21: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

20

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN B18 Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membantu pemain-pemain industri pelancongan yang terjejas teruk akibat wabak COVID-19 dan perancangan atau usaha untuk memulihkan dan memajukan industri pelancongan pasca wabak COVID-19? JAWAPAN YB DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI Kerajaan Negeri prihatin dan memandang serius terhadap penggiat-penggiat industri yang terkesan akibat wabak pandemik COVID19 yang melanda seluruh dunia Insentif-insentif bagi sektor pelancongan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor adalah : i) Pemberian insentif one-off RM1,000.00 kepada pemandu-pemandu pelancong berlesen

yang menetap di Johor ii) Pengecualian bayaran lesen perniagaan kepada pemilik syarikat pelancongan dan hotel

bagi tahun 2020 iii) Pengecualian bayaran duti hiburan bagi taman tema dan pusat hiburan keluarga bagi

tahun 2020 Kerajaan Negeri kini sedang giat menggalakkan pelancongan domestik bagi merancakkan semula Tahun Melawat Johor. Semenjak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kerajaan Negeri melalui Tourism Johor giat bekerjasama bersama agensi-agensi seperti MOTAC, Tourism Malaysia Wilayah Selatan dan juga IRDA untuk menstrategikan semula promosi pelancongan bagi negeri Johor. Antara usaha yang telah dilakukan oleh Tourism Johor adalah : i) Sesi Libat Urus bersama Penggiat Industri & Pengusaha Produk Pelancongan Kerajaan Negeri melalui Tourism Johor telah mengambil langkah proaktif untuk memastikan semua permasalahan yang dihadapi oleh penggiat industri serta pengusaha produk pelancongan didengari & diambil kira untuk membantu kerajaan Negeri merangka sebuah pelan tindakan khusus bagi membantu mereka yang terkesan. Oleh itu, dua (2) sesi libat urus telah diadakan pada bulan Jun bersama penggiat-penggiat industri pelancongan di Johor. Melalui sesi libat urus tersebut, beberapa pandangan serta cadangan telah diambil kira seperti produk-produk pelancongan yang ingin dipromosikan oleh Kerajaan Negeri perlulah berfokus, menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan produk-produk pelancongan serta kembali berfokus kepada pelancong domestik & mempersiapkan kawasan sekitar produk pelancongan agar ia terjaga kebersihannya, diperbaiki kemudahan fasiliti dan lain-lain. ii) Mempromosi produk-produk pelancongan melalui Media & Influencers. Ini merupakan inisiatif baru Kerajaan Negeri untuk mempromosikan negeri Johor sebagai pilihan utama pelancong domestik. Inisiatif ini melibatkan beberapa selebriti terkenal tanah

Page 22: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

21

air yang dijemput sebagai selebriti undangan untuk mempromosikan produk pelancongan di setiap daerah di Johor. Program berkonsepkan Travelogue ini mempunyai 13 episod dan akan disiarkan di siaran Astro Ria & Astro Ria HD pada 25 September 2020 ini. Selebriti-selebriti yang dijemput ini juga tidak terlepas untuk mempromosikan setiap produk pelancongan yang mereka lawati di laman media sosial mereka termasuk Instagram dan Facebook. iii) Menaik taraf prasarana produk-produk pelancongan Untuk makluman, Tourism Johor telah mengenal pasti beberapa prasarana pelancongan yang boleh dibaikpulih dan dinaiktaraf di beberapa buah lokasi. Antaranya adalah : i) Pusat Sehenti Warisan Johor di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru ii) Air Terjun Kota Tinggi, Kota Tinggi iii) Taman Negara Endau-Rompin (PETA), Mersing iv) Taman Negara Gunung Ledang, Tangkak v) Laman Samudera, Mersing vi) Skrin Digital (LED) di Bandaraya Muar vii) Kampung Sungai Melayu di Iskandar Puteri viii) Dataran Pelancongan & Budaya di Simpang Renggam

Page 23: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

22

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN B19 Senaraikan secara terperinci taburan penduduk yang terkini mengikut kategori B40, M40 dan T20 di negeri Johor. Nyatakan lingkungan pendapatan dan pecahan kaum bagi setiap kategori tersebut. Apakah angka median pendapatan dan indeks GINI terkini Negeri Johor. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Jementah, Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIS & BA) merupakan survei berkala yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dengan kekerapan dua kali bagi setiap lima tahun. Tujuan utama survei ini adalah untuk mengumpul maklumat pola taburan pendapatan isi rumah dan mendapatkan statistik terkini berkaitan dengan isi rumah miskin. Pendapatan isi rumah dan kemudahan asas (HIS & BA) merupakan survei secara sampel yang meliputi negeri dan kawasan bandar dan luar bandar. Penemuan survei terkini adalah bagi tahun 2019. Selaras dengan itu, berdasarkan penemuan daripada HIS & BA, kumpulan isi rumah terendah 40% (B40) pada tahun 2019 merangkumi 351.7 ribu isi rumah dengan had pendapatan RM5,399. Kumpulan pertengahan 40% (M40) melibatkan 351.9 ribu isi rumah dengan had pendapatan di antara RM5,400 hingga RM10,879. Sementara itu, sebanyak 175.7 ribu isi rumah berada di kumpulan Tertinggi 20% (T20) dengan pendapatan RM10,880 dan ke atas. (Rujukan Lampiran: Jadual 1 & 2) Sebagai makluman, pendapatan penengah merujuk kepada nilai pertengahan apabila pendapatan disusun secara menaik dari nilai terendah kepada nilai tertinggi. Pada tahun 2019, pendapatan isi rumah penengah di Johor adalah RM6,427. Pendapatan isi rumah penengah di Johor tumbuh 4.3 peratus setahun bagi tahun 2019 berbanding 4.2 peratus pada tahun 2016. Ketaksamarataan atau kesenjangan pendapatan boleh diukur dengan menggunakan pelbagai kaedah. Antara kaedah yang paling popular adalah dengan menggunakan pekali Gini. Pekali Gini ini merujuk kepada pengukuran pemusatan pendapatan menggunakan keluk Lorenz di mana nilai pekali Gini berada di antara 0 dan 1. Semakin kecil nilainya semakin saksama agihan pendapatan. Penemuan 2019 menunjukkan nilai pekali Gini negeri Johor yang dikira berdasarkan pendapatan kasar meningkat sebanyak 0.012 mata indeks daripada 0.354 (2016) kepada 0.366 (2019). (Rujukan Lampiran: Jadual 3)

Page 24: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

23

LAMPIRAN: Perincian struktur pendapatan mengikut kumpulan isi rumah seperti di JADUAL 1. Manakala perincian bilangan isi rumah mengikut kumpulan etnik dan kumpulan isi rumah seperti di JADUAL 2 dan JADUAL 3 merupakan Pendapatan Isi Rumah Penengah dan Pekali Gini bagi Johor tahun 2016 dan 2019 Jadual 1: Struktur pendapatan mengikut kumpulan isi rumah, Johor, 2019

Kumpulan isi rumah Bilangan isi rumah (‘000)

Had pendapatan (RM)

Terendah 40% (B40) 351.7 Kurang daripada RM5,400

Pertengahan 40% (M40) 351.9 RM5,400 – RM10,879

Tertinggi 20% (T20%) 175.7 RM10,880 dan ke atas

Jadual 2: Bilangan isi rumah mengikut kumpulan etnik utama dan kumpulan isi rumah, Johor, 2019

Kumpulan etnik utama

Bilangan isi rumah (‘000)

Terendah 40% (B40)

Pertengahan 40% (M40)

Tertinggi 20% (T20%)

Jumlah

Bumiputera 232.9 206.1 81.8 520.9

Cina 91.0 115.3 77.8 284.2

India 27.2 30.2 15.8 73.2

Lain-lain 0.6 0.3 0.2 1.1

Jumlah 351.7 351.9 175.7 879.3

Jadual 3: Pendapatan Isi Rumah Penengah dan Pekali Gini, Johor, 2016 dan 2019

Johor 2016 2019

Pendapatan isi rumah penengah (RM) 5,652 6,427

Pekali Gini 0.354 0.366

Page 25: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

24

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN B20 Nyatakan status kemajuan terkini berkenaan dengan projek menaik taraf Sungai Siput untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Jementah. JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memohon peruntukan kerajaan persekutuan dalam Rolling Plan ke-4 Rancangan Malaysia ke-11. Skop projek yang dipohon merangkumi komponen seperti berikut:-

a) kajian awal meliputi kerja ukur bagi mengenal pasti dan mengesahkan jajaran, kawasan dan hak milik terlibat serta kerja reka bentuk,

b) Pengambilan balik tanah

c) Naik taraf sungai sepanjang 1.1 kilometer

d) Penjajaran semula sungai sepanjang 4.0 kilometer Sehingga kini, permohonan peruntukan yang dibuat belum lagi diluluskan. Walau bagaimanapun, sebagai persediaan pelaksanaan projek, kerja ukur sedang dilakukan dengan menggunakan peruntukan kerajaan negeri. Permohonan peruntukan projek ini masih diteruskan dalam RMK12 nanti di bawah Kementerian Air Dan Sumber Asli (KASA).

Page 26: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

25

YB TUAN GOPALAKRISHNAN A/L SUBRAMANIAM (TIRAM) SOALAN B21 Balai Polis Ulu Tiram bila akan dinaiktaraf, keadaannya (infrastruktur) terlalu buruk. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Tiram, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menyedari bahawa Balai Polis Ulu Tiram kini tidak lagi sesuai dari segi kedudukan dan aspek keselamatan. Justeru, PDRM Johor sedang dalam perancangan untuk memindahkan balai polis berkenaan ke tempat yang lebih sesuai, kondusif dan selamat. Permohonan tanah kerajaan seluas 6.44 ekar bertempat di PTD 198307 Mukim Plentong telah pun dikemukakan kepada Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan), Negeri Johor dalam siri 118/3/2 bertarikh 6 Ogos 2020. Buat masa ini, PDRM Johor masih lagi mengguna pakai dan menyelenggara infrastruktur di Balai Polis Ulu Tiram yang sedia ada. Dalam pada itu, bagi tujuan naik taraf balai polis dan penambahan perjawatan PDRM adalah terikat dengan arahan penangguhan kajian permohonan perjawatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Semua permohonan perjawatan baru ditangguhkan sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kemudian. Kerajaan negeri akan meneliti permohonan oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian (KPTG) bagi dibangunkan sebuah Balai Polis di Ulu Tiram.

Page 27: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

26

YB TUAN GOPALAKRISHNAN A/L SUBRAMANIAM (TIRAM) SOALAN B22 Peniaga asing perlu dibanteras. Apakah rancangan untuk dibendung? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Dalam usaha mengawal penglibatan peniaga asing, PBT telah sedia melaksanakan sekatan terhadap penglibatan warga asing dari membuat permohonan bagi lesen penjaja. Dalam syarat permohonan lesen telah sedia dinyatakan hanya pemohon yang terdiri warganegara sahaja layak membuat permohonan lesen. Mana-mana peniaga bukan warga negara yang didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah oleh PBT boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan terus ditapak. Bagi jenis perniagaan di premis pula, PBT masih mensyaratkan pemohon perlu memiliki SSM yang sah serta aktiviti perniagaan yang dimohon adalah jenis yang dibenarkan dalam Garis Panduan oleh KPDNKK. Selain itu, PBT juga sentiasa melaksanakan operasi penguatkuasaan dan pemantauan perniagaan secara bersepadu bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan agensi berkaitan daripada semasa ke semasa di kawasan-kawasan yang menjadi tempat tumpuan peniaga asing berniaga. Tindakan penutupan premis akan dilakukan jika premis tersebut milik warga asing di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil PBT.

Page 28: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

27

YB TUAN GOPALAKRISHNAN A/L SUBRAMANIAM (TIRAM) SOALAN B23 Kelab judi haram masih wujud, bilakah akan dihapus sepenuhnya? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Aktiviti perjudian online ini di bawah bidang kuasa pihak PDRM dan SKMM untuk mengambil tindakan penguatkuasaan. Namun PBT telah mengambil tindakan proaktif dengan melakukan operasi bersepadu bersama PDRM bagi menangani isu ini. Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan dari semasa ke semasa secara berterusan. Bagi premis yang menyalahgunakan lesen perniagaan bagi menjalankan aktiviti perjudian haram, tindakan notis pematuhan dikeluarkan sebelum tindakan pembatalan lesen serta penguatkuasaan oleh PBT dijalankan. Antara langkah kawalan dalam menghalang aktiviti perjudian haram berkembang adalah melalui pembekuan bagi permohonan lesen jenis pusat komputer berinternet/ pusat Internet.

Page 29: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

28

YB TUAN GOPALAKRISHNAN A/L SUBRAMANIAM (TIRAM) SOALAN B24 Kekacauan burung gagak, anjing tanpa lesen dan monyet terlalu banyak di kawasan Tanjung Langsat, Pasir Putih dan kawasan sekitarnya. Apakah rancangan pihak berkuasa untuk penyelesaiannya? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) akan mengaturkan operasi berkala bagi kawalan anjing liar atau anjing tanpa lesen. Manakala bagi kekacauan gagak, operasi menembak akan dijalankan setelah mendapat permit dari Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bagi permasalahan monyet yang terlalu banyak di kawasan Tanjung Langsat, Pasir Putih dan kawasan sekitarnya ia adalah di bawah kuasa Jabatan PERHILITAN. Walau bagaimanapun, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah memasang perangkap monyet di beberapa kawasan terutamanya di kawasan perumahan.

Page 30: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

29

YB TUAN GOPALAKRISHNAN A/L SUBRAMANIAM (TIRAM) SOALAN B25 Apakah status tanah/tapak pengendalian upacara sembahyang "Karumakkiriyai" kaum Hindu di Tanjung Langsat. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Tiram, berdasarkan semakan, tanah yang dimaksudkan adalah PTD 5258 seluas 1.007 ekar di Mukim Sungai Tiram Daerah Johor Bahru. Majlis Mesyuarat Kerajaan melalui Ringkasan Mesyuarat Bil 36/2020 bertarikh 15.1.2020 telah BERSETUJU tapak ini dirizabkan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara bagi maksud awam untuk tapak upacara terakhir kematian kaum India di atas nama Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan diselenggarakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Untuk makluman pihak YB Tiram, Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah dibenarkan untuk menentukan pihak mana yang akan menguruskan tapak upacara terakhir kematian Kaum India tersebut. Proses pewartaan perizaban tanah kini dalam tindakan Pihak Pentadbiran Tanah Daerah Johor Bahru untuk disempurnakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara.

Page 31: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

30

YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN (PARIT YAANI) SOALAN B26 Berapa jumlah pendapatan sebenar kerajaan pada tahun 2018, 2019 dan jangkaan tahun 2020? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Parti Yaani, Johor merupakan salah sebuah negeri yang pesat membangun dalam pelbagai sektor kemajuan antaranya pelaburan dan ekonomi. Ianya, telah berjaya menjadikan kita sebagai salah sebuah negeri penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Umumnya kini, kita sedang bertarung dengan Pandemik Covid-19 yang telah merencatkan perkembangan sesetengah sektor ekonomi dunia. Amnya, Malaysia dan khususnya Johor tidak terkecuali daripada menerima impak tersebut. Justeru itu, kerajaan negeri sentiasa komited untuk mencari pelbagai inisiatif sebagai jalan keluar daripada segala permasalahan ekonomi sekali gus mengorak langkah untuk menambah pendapatan Kerajaan Negeri Johor dengan sebaiknya. Jumlah dan anggaran pendapatan sebenar Kerajaan Negeri Johor bagi tahun 2018 hingga 2020 adalah seperti berikut:

Tahun Pendapatan (RM’ Juta)

Catatan

2018 1,543.02 -

2019 1,745.33 -

2020 1,529.80 Anggaran setelah semakan dan penjajaran semula

Page 32: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

31

YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN (PARIT YAANI) SOALAN B27 Apakah usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Johor bagi memastikan rakyat Johor boleh bekerja semula dan berulang alik ke Singapura? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Parit Yaani, isu sempadan merupakan perkara yang melibatkan hubungan dua hala antara negara. Namun begitu, Kerajaan Negeri Johor, telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dapat berulang alik antaranya mencadangkan kertas kerja awal dan penyediaan Operasi Kerja Standard (SOP) kepada Kementerian Luar Negeri bagi pembukaan sempadan Malaysia dan Singapura. Cadangan awal ini telah ditambah baik melibatkan pelbagai pemegang taruh dari semasa ke semasa sehingga mendapat persetujuan kedua-dua buah negara dan terlaksananya Reciporocal Green Lane (RGL) dan Periodical Commuting Arrangement (PCA) yang kita lihat pada hari ini. Sehubungan itu, bagi memastikan SOP yang dirancang dapat dipatuhi dan dilaksanakan dengan baik, kerajaan negeri telah mengambil langkah proaktif dengan menyelaras keterlibatan agensi yang berada di barisan hadapan melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor sekali gus menambah baik skop tugas sedia ada dan menyediakan keperluan-keperluan khusus seperti penyediaan kapasiti makmal ujian saringan swab test yang mencukupi bagi menampung keperluan SOP perlaksanaan PCA dan RGL tanpa menambah beban sedia ada petugas kesihatan bagi tujuan tersebut. Umumnya, kerajaan negeri sentiasa komited untuk memikirkan pelbagai langkah yang terbaik bagi menyelesaikan perkara-perkara yang melibatkan isu sempadan di Malaysia (Johor) dan Singapura. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin kita perlu sedar bahawa isu sempadan ini melibatkan kerjasama peringkat global yang harus direncanakan dengan teliti dan komprehensif bagi mendapatkan keputusan yang inklusif untuk semua terutamanya dalam suasana pasca pandemik Covid-19.

Page 33: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

32

YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN (PARIT YAANI) SOALAN B28 Apakah langkah proaktif yang telah diambil oleh kerajaan Johor bagi memastikan bajet untuk membantu rakyat Johor dalam menghadapi COVID-19? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Parit Yaani, kerajaan negeri telah mengambil langkah drastik bagi membantu rakyat Johor menghadapi Covid-19. Pada 24 Mac yang lepas, kerajaan negeri telah meluluskan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor. Pakej tersebut merangkumi sektor modal insan dan masyarakat, pelancongan, PKS serta pembinaan dan lain-lain. Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Negeri Johor ini disyorkan bagi menyokong inisiatif yang telah dirancang di peringkat kerajaan persekutuan. Pakej tersebut merupakan tambahan kepada inisiatif sedia ada bukan sahaja disebabkan oleh kesan penularan wabak COVID-19, tetapi ianya juga dirangka supaya dapat menangani kesan ketidaktentuan ekonomi global khususnya di negeri Johor merangkumi:

1. Sektor berkaitan pelancongan 2. Sektor berkaitan pembinaan 3. Sektor berkaitan PKS 4. Sektor berkaitan modal insan dan masyarakat

Selain daripada langkah-langkah dan inisiatif tersebut, kerajaan negeri telah merangka beberapa strategi bagi mendepani dunia pasca Covid-19. Umumnya, negeri Johor memerlukan tujahan baharu bagi langkah penyelesaian jangka masa pendek, sederhana dan panjang dalam konteks memulihkan semula ekonomi negeri Johor. Tujuh Ikhtiar Makmur Johor antara sebuah exit plan yang telah diumumkan sebelum ini bagi membawa Johor keluar daripada belenggu Covid-19. Sehingga 1 September 2020 kerajaan negeri Johor telah memperuntukkan sejumlah RM174.46 juta bagi melaksanakan 54 inisiatif melalui peruntukan kerajaan negeri Johor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Page 34: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

33

YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN (PARIT YAANI) SOALAN B29 Berapa jumlah kutipan zakat pada tahun 2018, 2019 dan senaraikan mengikut daerah hasil kutipan berkenaan. JAWAPAN YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI Pencapaian kutipan zakat negeri Johor bagi tahun 2018 ialah sebanyak RM285,765,323.80 meliputi zakat harta sebanyak RM270,701,386.80 dan zakat fitrah sebanyak RM15,063,937.00. Manakala bagi tahun 2019 pula jumlah pungutan zakat ialah sebanyak RM294,916,050.60 meliputi zakat harta sebanyak RM276,833,911.60 dan zakat fitrah sebanyak RM18,082,139.00. Pecahan pungutan zakat mengikut daerah-daerah adalah sebagaimana di jadual berikut :

CAWANGAN KUTIPAN 2018 KUTIPAN 2019

IBU PEJABAT 122,371,593.19 132,558,686.92

JOHOR BAHRU 74,151,054.86 70,116,435.00

PONTIAN 8,339,563.20 7,104,158.46

KLUANG 8,988,176.02 9,567,630.86

BATU PAHAT 14,521,841.50 15,399,301.73

MUAR 9,917,150.31 9,699,930.55

KOTA TINGGI 8,063,728.10 9,267,546.60

MERSING 4,301,638.75 4,058,302.09

SEGAMAT 4,986,269.77 5,049,890.70

TANGKAK 2,983,491.96 3,293,005.64

KULAI 6,484,177.50 7,293,041.79

PASIR GUDANG 14,781,105.04 14,416,433.94

UTC 4,711,971.20 5,600,008.49

ISKANDAR PUTERI 349,824.85 75,264.25

KAUNTER BERGERAK 816,737.55 1,416,413.58

JUMLAH 285,768,323.80 294,916,050.60

Page 35: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

34

YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN (PARIT YAANI) SOALAN B30 Berapa ramai rakyat Johor yang kehilangan pekerjaan dari bulan Mac sehingga Ogos akibat COVID-19? JAWAPAN YB TUAN MOHD IZHAR BIN AHMAD Sepertimana sedia maklum, bulan Mac sehingga Ogos 2020 adalah suatu tempoh masa yang sukar bagi sosioekonomi negeri Johor mahupun seluruh dunia akibat serangan Pandemik Covid-19, kesan langsung daripada situasi ekonomi yang merudum dan tidak stabil ini menyumbang kepada peningkatan jumlah kes pemberhentian pekerja atau kehilangan pekerjaan. Merujuk kepada laporan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor, seramai 3334 orang pekerja tempatan di negeri Johor telah kehilangan pekerjaan sejak mula tempoh PKP dikuatkuasakan iaitu bermula pada 18.03.2020 sehingga 02.09.2020. Butiran terperinci boleh dirujuk pada Lampiran B30 - Jadual PP/PPK/1 (0220).

Page 36: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

Muka Surat : 1Tarikh : 02/09/2020

Jadual :ID Pegawai :

PP/PPK/1 (0220)MASLINA.M

PEMBERHENTIAN PEKERJA MENGIKUT KATEGORI INDUSTRI, WARGANEGARA DAN JANTINAPADA Tempoh: Tahun 2020

BAGI Kawasan: PEJABAT TENAGA KERJA NEGERI JOHOR/

ID Pegawai :

NOTA : L - LELAKI P - PEREMPUAN

1

Aktiviti hartanah

Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman

Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal

Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan

Pendidikan

Perlombongan dan Pengkuarian

Pengangkutan dan Penyimpanan

Kesenian, hiburan dan rekreasi

Aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial

Pertanian, Perhutanan dan Perikanan

Pembuatan

Aktiviti kewangan dan insuran/takaful

Maklumat dan komunikasi

Pembinaan

Aktiviti perkhidmatan lain

Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotordan motosikalPentadbiran awam dan pertahanan; aktiviti keselamatan sosialwajib

8

46

11

11

7

10

12

6

8

8

96

5

2

13

7

74

9

BILANGANMAJIKAN

45

1332

42

64

12

33

1056

169

113

105

3187

19

7

335

2

741

320

L

75

722

32

93

52

20

193

131

121

56

1766

26

1

152

36

692

524

P

120

2054

74

157

64

53

1249

300

234

161

4953

45

8

487

38

1433

844

JUMLAH

0

201

0

0

0

16

34

1

0

0

1614

0

0

9

0

64

5

L

0

8

0

0

0

2

0

0

0

0

1238

0

0

4

0

4

18

P

0

209

0

0

0

18

34

1

0

0

2852

0

0

13

0

68

23

JUMLAH

120

2263

74

157

64

71

1283

301

234

161

7805

45

8

500

38

1501

867

JUMLAHBESAR

30

491

25

15

2

9

312

36

38

87

1123

12

3

93

1

245

59

L

38

339

8

26

30

6

55

21

22

46

526

6

1

43

16

202

35

P

68

830

33

41

32

15

367

57

60

133

1649

18

4

136

17

447

94

JUMLAH

0

41

0

0

0

1

34

1

0

0

620

0

0

0

0

14

0

L

0

7

0

0

0

0

0

0

0

0

184

0

0

1

0

2

5

P

0

48

0

0

0

1

34

1

0

0

804

0

0

1

0

16

5

JUMLAH

68

878

33

41

32

16

401

58

60

133

2453

18

4

137

17

463

99

JUMLAHBESAR

JUMLAH PEKERJA SEBELUM DIBERHENTIKAN

TEMPATAN ASING

JUMLAH PEKERJA DIBERHENTIKAN

TEMPATAN ASING

KATEGORI INDUSTRI

7582 19444692 1274 2581 1420 711 19912274 3218 4001 91015492 4911JUMLAH 333

Page 37: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

35

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN B31 Apakah tindakan yang diambil oleh Majlis Daerah Yong Peng berkenaan dakwaan bahawa Bandar Baru Ayer Hitam yang digelar "Little Pakistan"? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Terdapat 28 lesen dipercayai terlibat dengan aktiviti perniagaan yang dikatakan dijalankan peniaga warganegara asing melibatkan 41 premis perniagaan komersial/ persendirian (bukan premis perniagaan milik MDYP). Lesen tersebut didaftarkan atas nama warganegara Malaysia. Pemegang lesen mempunyai hubungan kekeluargaan dengan warganegara Malaysia seperti hubungan suami isteri dan anak. Sebelum ini, MDYP telah menjalankan siasatan dan membuat inventori ke atas premis peniagaan persendirian (bukan premis perniagaan milik MDYP) sejumlah 132 premis yang berkaitan dengan warganegara asing pada awal Julai 2020 untuk rekod rujukan dan tindakan lanjut penguatkuasaan di bawah perundangan sedia ada. Malah pada Oktober 2019, MDYP bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membuat tindakan bersepadu terhadap aktiviti perniagaan warganegara asing di lokasi berhampiran. Seramai 10 warga Pakistan ditahan kerana berniaga di premis terbabit tanpa dokumen sah dan enam lesen perniagaan disiasat untuk tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDYP) 2019.

Page 38: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

36

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN B32 Bilakah jalan dari Yong Peng ke Ayer Hitam dan Yong Peng ke Chaah akan dinaiktaraf? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat Yong Peng, buat masa ini tiada keperluan lagi untuk menaik taraf jalan Yong Peng ke Ayer Hitam dari 2 lorong ke 4 lorong. Walau bagaimanapun, kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan dan pelebaran jambatan telah dimasukkan di dalam permohonan RMK-12.

Page 39: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

37

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN B33 Laluan baru Bas Muafakat Johor dari Yong Peng ke Kangkar Bahru telah diluluskan oleh kerajaan negeri. Bilakah tarikh perkhidmatan laluan baru bas tersebut akan dimulakan? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat Yong Peng, perbincangan bersama ADUN di kawasan tersebut telah dilaksanakan dan semakan laluan serta kajian juga telah dijalankan bagi mendapatkan pandangan penduduk terhadap kesesuaian laluan tersebut untuk dilaksanakan. Perkara ini telah diperincikan dan akan dibentangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) bagi mendapatkan kelulusan. Proses terkini adalah pihak perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) sedang menunggu kelulusan daripada MMK berkaitan laluan yang dicadangkan ini.

Page 40: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

38

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN B34 Apakah langkah-langkah keselamatan dan penyelesaian bagi mengelakkan kemalangan berlaku di persimpangan Taman Seri Bertam dan Taman Bayu? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Yong Peng, Kemalangan jalan raya boleh berlaku dengan tiga faktor iaitu kerana kecuaian manusia, persekitaran dan kenderaan. 80% berlakunya kemalangan di jalan raya kerana sikap tidak bertanggungjawab dan kecuaian pemandu itu sendiri. Memandu secara merbahaya, tidak mematuhi peraturan jalan raya, memandu laju, tidak berhenti ketika lampu isyarat merah, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, mengekori kenderaan terlalu dekat, memotong di selekoh/garisan berkembar, menukar lorong tanpa memberi isyarat dan pelbagai kesalahan lalu lintas yang lain. Faktor kedua yang turut menyumbang kemalangan di jalan raya adalah keadaan persekitaran sebanyak 14%. Keadaan persekitaran melibatkan keadaan jalan yang rosak, berlopak, berlubang, tidak rata dan sebagainya. Jalan yang gelap dengan tiada lampu jalan dan papan tanda keselamatan juga merupakan faktor persekitaran yang tidak selamat. Faktor ketiga iaitu 6% berpunca dari kemalangan jalan raya yang di sebabkan keadaan kenderaan. Hasil dari pemerhatian pihak JKJR, telah diadakan transverse bar, jalan berselekoh dan berbukit. Jalan kurang sesak. Sehubungan dengan itu, pihak JKJR mencadangkan pihak bertanggungjawab di bawah bidang kuasa Jabatan kerja Raya dan Pihak Berkuasa Tempatan supaya memasang papan tanda keselamatan seperti berhati-hati dan awas.

Page 41: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

39

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN B35 Bilakah pelantikan baru Ahli Majlis dan Ketua Masyarakat akan dilakukan? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Pelantikan baru bagi Ahli Majlis dan Ketua Masyarakat sedang dalam tindakan bagi dibawa kepada kerajaan dan dijangkakan cadangan bagi pelantikan tersebut akan berkuat kuasa pada 15 September 2020.

Page 42: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

40

YB TUAN MUHAMAD SAID BIN JONIT (MAHKOTA) SOALAN B36 Mohon senarai penuh lantikan politik baru di dalam syarikat-syarikat GLC negeri Johor di bawah kerajaan Perikatan Nasional. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Mahkota, bagi memperkasa dan menjadikan Government Linked-Company (GLC) di Johor berjaya dalam urusan pentadbiran dan perniagaan yang dijalankan beberapa orang ahli MMK telah ditempatkan di sesetengah GLC mengikut portfolio masing-masing. Selaras dengan itu, YB (Semarang): Datuk Samsolbari bin Jamali selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar telah diamanahkan untuk menjadi salah seorang daripada Board Of Directors (BOD) kepada Johor Biotechnology and Biodiversity Corporation (J-Biotech). Sebagai tambahan, J-Biotech akan berperanan sebagai sekretariat kepada inisiatif Johor Food Security. Pada masa yang sama, YB (Tenang): Tuan Mohd Solihan bin Badri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Infrastruktur juga telah diamanahkan bagi syarikat berkenaan kerajaan (GLC) iaitu Johor Centre For Construction Development (JCCD), Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ), dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Islam Johor (PIJ). Tujuan GLC ini diletakkan di bawah YB Tenang adalah selari dengan portfolio yang digalas beliau terutamanya dalam hal ehwal Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur bagi negeri Johor.

Page 43: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

41

YB TUAN MUHAMAD SAID BIN JONIT (MAHKOTA) SOALAN B37 Bagaimanakah pengagihan peruntukan wang MARRIS untuk pembangunan setiap daerah. Mohon penjelasan? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Mahkota, peruntukan MARRIS digunakan untuk menyelenggara kawasan :

• Jalan Negeri yang merangkumi Jalan Raya Negeri (JRN)

• Jalan Raya Bandaran (JRB)

• Jalan Kawasan Perumahan Kos Rendah (JKPR)

• Jalan Kampung (JKPG)

• Jalan Pertanian (JPTN)

• Lorong Belakang (PLB) Dalam masa yang sama, agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara jalan-jalan tersebut terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat-Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR), dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Peruntukan MARRIS kepada agensi pelaksana pula diagihkan berdasarkan kepada jumlah pecahan panjang kilometer jalan yang didaftarkan di dalam Sistem MARRIS Online mengikut jalan yang dipertanggungjawabkan kepada agensi masing-masing sekali gus mengikut keperluan penyelenggaraan serta permohonan oleh setiap agensi pelaksana. Permohonan yang dikemukakan akan disemak oleh Perbendaharaan Negeri bagi memastikan peruntukan yang diagihkan mematuhi skop yang dibenarkan di dalam Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri oleh Kementerian Kewangan. Tanggungjawab untuk mendaftarkan jalan di dalam Sistem MARRIS Online adalah di bawah semua PBT (JRB / JKPR / PLB), Pejabat Daerah (JKPG), JKR Daerah (JRN), dan JPS Daerah (JPTN) yang berkuasa ke atas jalan di kawasan masing-masing. Selain itu, jalan yang didaftarkan kemudiannya akan disahkan secara berperingkat di JKR Daerah dan kemudiannya oleh JKR Negeri serta akan diambil kira dalam agihan pemberian MARRIS oleh Kementerian Kewangan pada tahun seterusnya.

Page 44: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

42

YB TUAN MUHAMAD SAID BIN JONIT (MAHKOTA) SOALAN B38 Adakah kesemua ADUN negeri Johor telah mengisytiharkan harta mereka? Mohon senarai diberikan. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Mahkota, YB Speaker Dewan Negeri Johor dan 55 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Johor telah pun mengisytiharkan harta mereka kecuali YB Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kukup.

Page 45: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

43

YB TUAN MUHAMAD SAID BIN JONIT (MAHKOTA) SOALAN B39 Berapakah jumlah pemilik tanah yang belum memohon untuk ubah syarat tanah NIL di dalam daerah Kluang dan peratusan berbanding yang telah membuat ubah syarat NIL? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Mahkota, berdasarkan kepada semakan di Pentadbiran Tanah Daerah Kluang, terdapat kira-kira 1,725 hak milik di bawah kategori NIL di mana 1,724 merupakan hak milik pendaftar dan 1 hak milik pentadbir tanah. Sehingga 30.08.2020 terdapat 57.5% atau 993 hak milik di bawah kategori NIL yang dipohon untuk perubahan syarat tanah kepada kategori sebenar. Manakala terdapat 42.5% ataupun 732 jumlah hak milik yang masih belum dikemukakan untuk perubahan syarat nyata tanah. Daripada 993 hak milik yang diterima, sebanyak 862 hak milik yang telah diluluskan manakala 131 hak milik lagi masih dalam tindakan dan pertimbangan Pentadbir Tanah Daerah Kluang.

Page 46: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

44

YB TUAN MUHAMAD SAID BIN JONIT (MAHKOTA) SOALAN B40 Menurut laporan berita antarabangsa Malaysia kini menjadi tempat pembuangan sisa-sisa sampah daripada luar negara. Adakah negeri Johor menjadi salah satu lokasi pembuangan sampah antarabangsa ini? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) hanya mengeluarkan permit import untuk barang plastik sahaja bagi tujuan kitar semula terutama daripada Singapura. Tiada permit untuk import sisa pepejal (sampah) dikeluarkan untuk dilupuskan di dalam negara. Setiap kontena yang diisytiharkan sebagai barang kitar semula akan diperiksa bagi memastikan tiada elemen sampah dibawa masuk. Jika terdapat kekotoran atau bau yang tidak menyenangkan, ianya akan dihalang untuk pelepasan dan akan dihantar ke negara asal. Justeru itu, negeri Johor meliputi semua PBT sama sekali tidak menerima sisa sampah daripada luar negara. Johor mematuhi perundangan Malaysia sedia ada seperti mana yang disebutkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 selari kehendak perjanjian Konvensyen Basel. Akta dan perjanjian tersebut menyatakan larangan membawa masuk (import) atau membawa keluar (eksport) sisa sampah dengan syarat tertentu.

Page 47: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

45

YB TUAN HAJI ROSLELI BIN JAHARI (JOHOR LAMA) SOALAN B41 Mohon FELDA menyiapkan rumah terbengkalai di Perumahan Taman Pasak Indah, ianya dapat menyelesaikan masalah penempatan anak-anak peneroka dan penduduk FELDA di sekitarnya. Apakah pihak FELDA ada tindakan untuk menyiapkan rumah-rumah ini ? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman, projek Perumahan Taman Pasak Indah yang dirujuk adalah Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) yang kini tertangguh disebabkan masalah kewangan FELDA. Walau bagaimanapun, untuk menyiapkan projek ini yang merangkumi pembinaan sebanyak 200 unit rumah dengan kemajuan kerja terkini 47%, akan mampu diteruskan melalui dana tambahan yang baru. Pengurusan FELDA telah memohon peruntukan kewangan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang melibatkan baki kerja sebanyak RM20 juta termasuk kerja-kerja infrastruktur daripada kerajaan pusat.

Page 48: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

46

YB TUAN HAJI ROSLELI BIN JAHARI (JOHOR LAMA) SOALAN B42 Mohon PERHILITAN mengambil serius dengan kemusnahan pokok kelapa sawit yang melibatkan sehingga 13 ribu pokok di FELDA Lok Heng Barat dan FELDA Gugusan Lok Heng akibat dari serangan dan ancaman gajah. Apa perancangan PERHILITAN untuk mengatasi masalah ini? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Pihak Jabatan PERHILITAN mengambil maklum berkenaan aduan serangan gajah terhadap tanaman kelapa sawit di FELDA Lok Heng Barat dan FELDA Gugusan Lok Heng. Sepanjang tahun 2020, pihak jabatan telah menerima sebanyak 24 aduan susulan berkaitan kacau ganggu gajah di kawasan tersebut. Bertindak di atas aduan tersebut, pihak jabatan telah menjalankan 40 tindakan rondaan dan pemantauan di kawasan berkenaan sepanjang tahun ini. Pihak jabatan juga telah menjalankan sebanyak tiga kali operasi tangkapan gajah di kawasan berkenaan dan kawasan berhampiran. Sebanyak enam ekor gajah liar juga telah berjaya ditangkap dan dipindahkan ke Taman Negara Endau-Rompin. Pihak Jabatan PERHILITAN juga telah menjalinkan kerjasama dengan pihak pengurusan FELDA untuk menjalankan rondaan dan kawalan bersama. Pihak FELDA juga bertindak menyalurkan maklumat awal kehadiran gajah untuk pihak Jabatan PERHILITAN menjalankan tindakan segera. Pihak jabatan juga ada memberikan khidmat nasihat kepada pihak FELDA berkaitan langkah mitigasi yang bersesuaian seperti pembinaan Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG), parit gajah dan penggunaan lampu LED bagi mengekang kehadiran gajah daripada mencerobohi kawasan ladang mereka.

Page 49: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

47

YB TUAN HAJI ROSLELI BIN JAHARI (JOHOR LAMA) SOALAN B43 Apakah status Santuari Gajah di Jalan Waterfall Kota Tinggi yang sehingga kini masih tidak berfungsi? Apakah tindakan pihak JPS untuk menyelesaikan masalah ini dan masalah penempatan gajah? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN JAWAPAN JPS Santuari Gajah Johor (Johor Elephant Sanctuary - JES) adalah projek Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). PERHILITAN telah menyerahkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk pelaksanaan projek. Komponen utama projek JES ialah Bangunan Pentadbiran, Berek Pekerja dan Padok Gajah. Komponen lain-lain meliputi pembinaan empat (4) buah Telaga Tiub (Tube Well) bagi bekalan air (kerana tiada bekalan air dari SAJ di kawasan dan memerlukan kos yang besar sekiranya paip sambungan dipasang), tanaman rumput dan pagar elektrik untuk padang ragut, TNB Compact-Sub Station dan lain-lain. Komponen utama telah disiapkan pada 15 Oktober 2019. Manakala yang lain disiapkan secara berperingkat. Kelewatan penyiapan projek adalah kerana laluan asal yang dicadangkan ke bangunan Padok Gajah perlu diubah disebabkan terdapat pengaliran air bawah tanah yang menyebabkan tanah di laluan tersebut menjadi lembut dan tidak sesuai bagi pembinaan jalan. Jajaran laluan baru perlu dibina yang melibatkan kerja pemotongan tanah (bukit) yang agak banyak dan perubahan skop kerja kepada kontraktor yang dilantik. Setelah keseluruhan komponen utama disiapkan, ia masih tidak boleh diserah untuk beroperasi kerana ‘Compact-Substation’ bagi bekalan elektrik belum disiapkan. Pembinaan compact-sub dan lokasinya telah beberapa diubah bagi memerlukan ia mematuhi kehendak TNB yang betul-betul mahu pastikan ia dibina di lokasi yang betul-betul sesuai. Aras tapak juga terpaksa diubah suai dan ditinggikan selepas kejadian banjir berlaku pada akhir tahun 2019. Arahan perubahan ini mengambil masa untuk disiapkan kerana ia memerlukan perubahan pelan butiran pembinaan dan kelulusan peruntukan sebelum boleh dilaksanakan. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Kerajaan juga telah menyebabkan kerja-kerja pemasangan kabel bekalan elektrik, penyiapan padang ragut dan pagar elektrik dan kerja-kerja luaran lain seperti landskap dan sebagainya yang perlu dihentikan dan hanya boleh bermula semula pada akhir Mei 2020. Walau bagaimanapun, dengan kerjasama baik pihak TNB dan pihak-pihak lain yang terlibat, bekalan elektrik telah selesai dilakukan pada 28 Julai 2020 yang lalu. Selepas bekalan elektrik dibuat, kerja-kerja lain yang melibatkan elektrik terus dilaksanakan dan kini telah siap. Satu perbincangan bagi permohonan Sijil Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion dan Compliance – CCC) telah diadakan pada 24 Ogos 2020 lalu melibatkan pelbagai jabatan bagi persediaan terakhir permohonan CCC kepada Majlis Daerah Kota Tinggi.

Page 50: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

48

Pada masa sama, JPS Malaysia telah mencadangkan untuk membuat penyerahan projek JES kepada PERHILITAN Malaysia pada akhir September 2020. JAWAPAN PERHILITAN Kerja-kerja pembangunan projek Santuari Gajah Johor (JES), Fasa I (2016-2020) telah selesai dilaksanakan yang melibatkan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) sebanyak RM15 juta. Projek JES dijangka akan diserahkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran kepada Jabatan PERHILITAN pada pertengahan bulan September 2020 selepas semua urusan persijilan yang berkaitan selesai dilaksanakan. Walau bagaimanapun, JES hanya akan dapat beroperasi sepenuhnya pada tahun hadapan bergantung kepada proses pengisian perjawatan di peringkat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Buat masa ini seramai 10 orang kakitangan Jabatan PERHILITAN akan ditempatkan di projek ini. Namun pengisian segera kakitangan kontrak di bawah kerajaan negeri amatlah penting kerana mereka akan berperanan sebagai Mahut (penggembala gajah) dan akan dilatih selama tiga bulan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Lanchang, Pahang sebelum mereka dan gajah yang dilatih dapat ditempatkan di JES.

Page 51: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

49

YB TUAN HAJI ROSLELI BIN JAHARI (JOHOR LAMA) SOALAN B44 Mohon menurap dan menaiktaraf jalan dari persimpangan Kampung Makam ke FELDA Air Tawar 2 ( Jalan Kota Tinggi - Sungai Rengit FT92 ). Permukaan jalan teruk dan berbahaya. Bilakah pihak JKR akan menaik taraf jalan yang rosak ini? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat Johor Lama, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan pusat bagi menaik taraf persimpangan Kampung Makam serta menurap semula Jalan Kota Tinggi - Sungai Rengit FT92 di dalam Program Aktiviti Penyelenggaraan Jalan Persekutuan pada tahun 2020. Namun demikian, permohonan tersebut masih belum diluluskan. Sebagai langkah proaktif pihak JKR telah menyenaraikan semula cadangan tersebut untuk di senarai di dalam program bagi tahun 2021.

Page 52: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

50

YB TUAN HAJI ROSLELI BIN JAHARI (JOHOR LAMA) SOALAN B45 Mohon dibina laluan motosikal dari persimpangan Keris Kota Tinggi hingga ke Bandar Tiram. Ramai pengguna motosikal ulang alik di waktu kerja pagi dan petang. Adakah pihak JKR ada menjalankan kajian dan mengambil langkah-langkah keselamatan kepada mereka? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat Johor Lama, setakat ini Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk membina laluan motosikal di laluan FT03 dari persimpangan Keris ke Bandar Tiram. Walau bagaimanapun, bagi memastikan keselamatan pengguna di laluan berkenaan terutama kepada penunggang motosikal, JKR Negeri Johor akan sentiasa memantau kadar kemalangan di kawasan berkenaan dan memastikan keadaan permukaan jalan, papan tanda jalan serta garisan jalan sentiasa berada dalam keadaan baik.

Page 53: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

51

YB TUAN TEE BOON TSONG (SENAI) SOALAN B46 Adakah projek Senai Kulai By Pass akan diteruskan? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat Senai, cadangan Projek Senai Kulai by Pass telah disenaraikan di dalam permohonan projek RMK-12 dengan anggaran kos sebanyak RM700 Juta. Walau bagaimanapun, kelulusan adalah tertakluk kepada kecukupan peruntukan kerajaan pusat setelah mengambil kira keutamaan bagi projek pembinaan dan menaik taraf jalan-jalan lain.

Page 54: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

52

YB TUAN TEE BOON TSONG (SENAI) SOALAN B47 Apakah inisiatif kerajaan untuk membantu pemandu bas di kawasan Johor? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senai, melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, kerajaan telah mengumumkan bantuan kepada pemandu bas sekolah dan bas persiaran sebanyak RM600.00. Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), iaitu agensi di bawah MOT bertanggungjawab menyalurkan bantuan tersebut. Setakat ini, bantuan hanya diberikan daripada kerajaan persekutuan manakala kerajaan negeri belum memperkenalkan apa-apa bantuan untuk pemandu bas di negeri Johor.

Page 55: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

53

YB TUAN TEE BOON TSONG (SENAI) SOALAN B48 Apakah inisiatif kerajaan untuk membantu pekerja yang hilang pekerjaan dalam tempoh wabak COVID-19? JAWAPAN YB TUAN MOHD IZHAR BIN AHMAD Angka terkini bagi pekerja-pekerja swasta yang telah kehilangan pekerjaan mengikut pecahan industri adalah berjumlah 4911 orang sebagaimana yang telah diperincikan seperti ternyata di dalam Lampiran B48 – Jadual PP/PPK/1 (0220). Antara inisiatif-inisiatif kerajaan bagi membantu pekerja yang hilang pekerjaan dalam tempoh PKP atau Pandemik COVID-19 yang sedang dipergiatkan oleh Unit SMI adalah seperti berikut :- 1. Sejajar dengan pembukaan semula ekonomi negara yang melibatkan beberapa sektor ekonomi yang telah kembali beroperasi dan menunjukkan tanda-tanda positif ke arah pemulihan dalam pasaran pekerjaan, justeru itu Program Minggu Kerjaya Johor akan dijadualkan berlangsung pada September 2020 ini. Program yang juga merupakan platform bagi individu yang sedang mencari pekerjaan serta majikan yang mencari pekerja bertemu ini akan dijalankan serentak di 3 lokasi meliputi 3 zon di seluruh negeri Johor iaitu Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Selatan. Bagi Zon Utara, program akan diadakan di Muar, bagi Zon Tengah program akan diadakan di Kluang manakala bagi Zon Selatan program akan diadakan di Johor Bahru. Penganjuran program ini juga akan mengambil kira Prosedur Standard Operasi (SOP) selain memberi pendedahan kepada masyarakat awam mengenai amalan normal baharu sesi temu duga bagi membendung penularan Covid-19. 2. Turut akan dilaksanakan adalah Program Peningkatan Kemahiran Teknikal Lepasan Siswazah dan SPM yang menyediakan peluang pembelajaran berterusan atau peluang kedua untuk meningkatkan kemahiran teknikal. Program ini menyasarkan penglibatan graduan yang masih menganggur selama setahun selepas tamat pengajian dan juga lepasan SPM. Menerusi program ini, para belia akan diberi pendedahan yang baharu berkenaan dengan keperluan kemahiran tambahan dalam pembangunan kemahiran bagi kesan jangka masa pendek dan panjang. 3. Selain itu, Unit SMI juga telah membuat hebahan di laman sosial Facebook pada 1 September 2020 serta hebahan kepada Pejabat- Pejabat Daerah, Pejabat-Pejabat DUN dan Penyelaras-Penyelaras DUN bagi mendapatkan penyertaan pelaksanaan Program Johor Upskilling and Reskilling. Program ini bertujuan untuk membantu rakyat Negeri Johor yang diberhentikan akibat pandemik COVID-19 melalui latihan kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran mengikut keperluan industri semasa di Negeri Johor dan meningkatkan peluang penempatan pekerjaan. Antara kursus bagi Fasa 1 yang akan dijalankan ialah bidang kimpalan, penyelenggaraan elektrik, penyelia keselamatan tapak bina dan pemasang perancah.

Page 56: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

Muka Surat : 1Tarikh : 02/09/2020

Jadual :ID Pegawai :

PP/PPK/1 (0220)MASLINA.M

PEMBERHENTIAN PEKERJA MENGIKUT KATEGORI INDUSTRI, WARGANEGARA DAN JANTINAPADA Tempoh: Tahun 2020

BAGI Kawasan: PEJABAT TENAGA KERJA NEGERI JOHOR/

ID Pegawai :

NOTA : L - LELAKI P - PEREMPUAN

1

Aktiviti hartanah

Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman

Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal

Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan

Pendidikan

Perlombongan dan Pengkuarian

Pengangkutan dan Penyimpanan

Kesenian, hiburan dan rekreasi

Aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial

Pertanian, Perhutanan dan Perikanan

Pembuatan

Aktiviti kewangan dan insuran/takaful

Maklumat dan komunikasi

Pembinaan

Aktiviti perkhidmatan lain

Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotordan motosikalPentadbiran awam dan pertahanan; aktiviti keselamatan sosialwajib

8

46

11

11

7

10

12

6

8

8

96

5

2

13

7

74

9

BILANGANMAJIKAN

45

1332

42

64

12

33

1056

169

113

105

3187

19

7

335

2

741

320

L

75

722

32

93

52

20

193

131

121

56

1766

26

1

152

36

692

524

P

120

2054

74

157

64

53

1249

300

234

161

4953

45

8

487

38

1433

844

JUMLAH

0

201

0

0

0

16

34

1

0

0

1614

0

0

9

0

64

5

L

0

8

0

0

0

2

0

0

0

0

1238

0

0

4

0

4

18

P

0

209

0

0

0

18

34

1

0

0

2852

0

0

13

0

68

23

JUMLAH

120

2263

74

157

64

71

1283

301

234

161

7805

45

8

500

38

1501

867

JUMLAHBESAR

30

491

25

15

2

9

312

36

38

87

1123

12

3

93

1

245

59

L

38

339

8

26

30

6

55

21

22

46

526

6

1

43

16

202

35

P

68

830

33

41

32

15

367

57

60

133

1649

18

4

136

17

447

94

JUMLAH

0

41

0

0

0

1

34

1

0

0

620

0

0

0

0

14

0

L

0

7

0

0

0

0

0

0

0

0

184

0

0

1

0

2

5

P

0

48

0

0

0

1

34

1

0

0

804

0

0

1

0

16

5

JUMLAH

68

878

33

41

32

16

401

58

60

133

2453

18

4

137

17

463

99

JUMLAHBESAR

JUMLAH PEKERJA SEBELUM DIBERHENTIKAN

TEMPATAN ASING

JUMLAH PEKERJA DIBERHENTIKAN

TEMPATAN ASING

KATEGORI INDUSTRI

7582 19444692 1274 2581 1420 711 19912274 3218 4001 91015492 4911JUMLAH 333

Page 57: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

54

YB TUAN TEE BOON TSONG (SENAI) SOALAN B49 Berapakah kos atau peruntukan yang telah digunakan untuk menghadapi wabak COVID-19? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Umumnya, Pandemik Covid-19 telah memberikan impak yang sangat besar kepada seluruh masyarakat dunia terutamanya rakyat Johor. Berada pada dunia Pasca Covid-19 merupakan arena global yang tidak menentu dalam pelbagai aspek antaranya kehidupan yang melibatkan kekangan kos sara hidup, pendapatan dan juga struktur ekonomi sosial setempat khususnya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan yang lalu. Justeru itu, Kerajaan Negeri Johor bersama beberapa agensi dan jabatan telah mengorak pelbagai inisiatif yang proaktif bagi mengupayakan sekali gus menstabilkan kembali daya tahan rakyat di Johor. Ianya, melibatkan sejumlah RM174.46 juta yang telah diperuntukkan di bawah Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor (PBT) merangkumi 54 inisiatif terdiri daripada pelbagai sektor. Sehingga 1 September 2020, sebanyak RM70.24 juta telah dibelanjakan dengan anggaran sebanyak 255,013 penerima bantuan meliputi pelbagai golongan yang memerlukan.

Page 58: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

55

YB TUAN TEE BOON TSONG (SENAI) SOALAN B50 Berapakah jumlah rumah ibadat bukan Islam yang sah di kawasan Senai? JAWAPAN YB DR. CHONG FAT FULL Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang sah di kawasan Senai adalah sebanyak 20 buah sebagaimana di Lampiran B50.

Page 59: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

56

LAMPIRAN B50

SENARAI RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI) BERDAFTAR DI DUN SENAI (SUMBER DARI PEJABAT DAERAH KULAI DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA)

BUDDHA / TOKONG

BIL NAMA RIBI ALAMAT PARLIMEN DUN

1 Tokong Chin Tao Tang Ptd 25842, Senai KULAI SENAI

2 Rumah Berhala Wah Kong Tai Kee Ptd 25842, Senai KULAI SENAI

3 Rumah Berhala Hong Sian Tai Tee Ptd 53814 Senai KULAI SENAI

4 Tokong Tan Gong Xian Sheng Kg Baru Seelong, Senai

KULAI SENAI

5 Pertubuhan Penganut Yek Ong Tai Tee 180, Kampung Baru Saleng 81400

Senai, Johor.

KULAI SENAI

6 Persatuan Penganut Dewa Shun Tian Gong Lot 3612, Jalan Senai 10, Senai, Kulai KULAI SENAI

7 Persatuan Penganut San Sam Kok Wang Jalan Tokong, Taman Angkasa, Senai,

Kulai

KULAI SENAI

8 Persatuan Penganut Dewa Chi Tian Tai Sen 15, Jalan Hang Tuah, Taman Dawani

81400 Senai, Johor.

KULAI SENAI

9 Persatuan Penganut Dewa Tai Pak Kong Lorong 1, Senai, Kulai KULAI SENAI

Page 60: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

57

10 Persatuan Penganut Liu Ren Fa Tan 89, Jalan Bunga Dahlia 9, Taman

Aman, Senai, Kulai

KULAI SENAI

11 Persatuan Penganut Dewa Fu De Zheng Shen Taman Aman, Senai KULAI SENAI

12 Persatuan Penganut Dewa Fa Zhu Gong 26-A, Kampung Baru Saleng, Senai,

Kulai

KULAI SENAI

13 Persatuan Wah Kong Tai Tee 190, Saleng, Senai, Kulai KULAI SENAI

14 Persatuan Penganut Tai San Lau Chin 89, Jalan Bawal 3, Taman Saleng Baru,

Senai, Kulai

KULAI SENAI

HINDU / KUIL

BIL NAMA RIBI ALAMAT PARLIMEN DUN

1 Kuil Arulmigu Maha Mariamman Lot 5781, Senai KULAI SENAI

2 Kuil Dewi Sri Maha Mariamman Alayam Ptd 103284, Senai KULAI SENAI

KRISTIAN / GEREJA

BIL NAMA RIBI ALAMAT PARLIMEN DUN

1 Tamil Baptist Church. Taman Aman, Senai, Kulai KULAI SENAI

2 Chinese Worship Service No. 1711 A&B, Jalan Senai Utama 1/2, Taman Senai Utama, Senai, Kulai

KULAI SENAI

3 Disciple Truth Church, Kulai No. 10a, Jalan Cermai 1 Taman Mesra, KULAI SENAI

Page 61: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

58

Saleng, Senai, Kulai

4 Kulai Bible Presbyterian Fellowship Jalan Kenanga 29/10, Senai, Kulai

KULAI SENAI

Page 62: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

59

YB DATO’ IR. SYED SIS BIN SYED ABDUL RAHMAN (TANJUNG SURAT) SOALAN B51 Beberapa Kampung di kawasan saya akan banjir bila hujan lebat turun kerana sistem perparitan yang tidak diselenggarakan dengan baik oleh pihak Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS). Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang oleh JPS untuk mengatasi masalah ini? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Pelbagai bentuk pembangunan telah dan sedang pesat dilaksanakan di kawasan DUN Tanjung Surat. Pembangunan kawasan pasti akan melibatkan kerja tanah yang mengubah aras tanah sedia ada. Ada juga aliran air semula jadi telah tersekat atau tertutup semasa pembangunan dijalankan. Pembangunan kawasan selain membawa pelbagai impak positif, akan wujud juga kesan negatif akibat daripadanya termasuk kejadian banjir. Bagi kawasan atau kampung yang belum dibangunkan, ia mungkin akan berada pada aras ketinggian yang rendah secara relatif berbanding kawasan yang telah dibangunkan. Kawasan ini akan mudah ditenggelami air banjir apabila berlakunya hujan. Keadaan sebegini menyukarkan penyelenggaraan lebih-lebih lagi apabila melibatkan kawasan yang luas. Penyelenggaraan yang baik hanya dapat dilakukan dengan peruntukan yang besar. Sebagai langkah jangka panjang bagi kawasan yang agak luas ini, pihak JPS sedang mengenal pasti dan mengumpul maklumat melalui Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) bertujuan membina sistem saliran kawasan Bukit Pelali dan Kg. Lepau secara menyeluruh. Maklumat ini akan digunakan untuk mereka bentuk saliran sesuai bagi kawasan tersebut.

Page 63: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

60

YB DATO’ IR. SYED SIS BIN SYED ABDUL RAHMAN (TANJUNG SURAT) SOALAN B52 Jalan-jalan di bawah projek unit khas JKR di Pengerang yang telah siap masih mengalami kerosakan di beberapa lokasi yang boleh membahayakan pengguna jalan-jalan berkenaan. Apakah tindakan Unit Projek Khas JKR untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat Tanjung Surat, bagi jalan-jalan baru yang dibina di Pengerang Kota Tinggi, masih lagi berada di dalam tempoh tanggungan kecacatan. Oleh yang demikian, pihak JKR telah mengarahkan dan memastikan kontraktor yang terlibat untuk membaik pulih segala kerosakan ditapak. Kerja-kerja membaik pulih semula jalan ini dijangka siap sepenuhnya pada akhir Disember 2020 ini.

Page 64: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

61

YB DATO’ IR. SYED SIS BIN SYED ABDUL RAHMAN (TANJUNG SURAT) SOALAN B53 Kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan negeri di kawasan DUN Tg. Surat tidak memuaskan. Permukaan jalan, bahu jalan dan parit jalan yang rosak, begitu juga garisan jalan tiada dicat semula begitu lama. Bolehkah pihak JKR atau pemegang konsesi bertindak untuk membaiki segera? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat Tanjung Surat, pihak Kerajaan Negeri sedia maklum berkenaan keadaan jalan sedia ada yang kurang memuaskan. Oleh yang demikian, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuat permohonan kepada Kementerian Kerja Raya sebanyak RM3,900,000.00 juta bagi menjalankan kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan, garisan jalan, bahu jalan termasuk kerja-kerja membaik pulih longkang. Kerja-kerja pembaikan ini akan dilaksanakan apabila permohonan peruntukan ini diluluskan oleh Kementerian Kerja Raya.

Page 65: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

62

YB TUAN HAJI ABD TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN B54 Apakah usaha yang telah dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (MDSR) sehingga berjaya menutup tapak pembuangan sampah di ladang CEP Renggam ke Seelong? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Isu pencemaran air yang berlaku sekian lama di Simpang Renggam adalah berpunca daripada Tapak Pelupusan Sampah Ladang CEP 1 Renggam yang menghasilkan air larut resap (leachate) dan mengalir di dalam Sungai Ulu Benut hingga ke Loji Rawatan Air Simpang Renggam yang terpaksa ditutup apabila hujan lebat. Tapak Pelupusan Sampah terpaksa ditutup bagi mengatasi masalah yang berlaku kepada penduduk-penduduk Simpang Renggam.

Page 66: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

63

YB TUAN HAJI ABD TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN B55 Mohon penjelasan tentang adanya permohonan dua ladang ternakan ayam baru di Parit Ghani, Simpang Renggam yang dikhuatiri menambah permasalahan yang berpunca dari ladang ternakan yang sedia ada di kampung sekitar. JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Berdasarkan siasatan yang telah dijalankan oleh Pentadbir Tanah Daerah Kluang, terdapat 1 permohonan Permit Khas Ternakan Ayam (PKTA) di atas Lot 509 HS(M) 1379 seluas 2.43 hektar yang dipohon oleh Aminah binti Sabran dan 1 permohonan ubah syarat nyata tanah di atas PTD 682 HS(M) 1289 seluas 2,1802 hektar yang dipohon oleh Maslan bin Sabran. Kedua-dua permohonan ini masih dalam tindakan Pentadbir Tanah Daerah Kluang bagi mendapatkan ulasan daripada jabatan teknikal termasuk ulasan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain jabatan yang terlibat. Jabatan Perkhidmatan Veterinar memberi ulasan bahawa jabatan tidak menyokong permohonan ubah syarat tanah tersebut kerana lokasi ladang tersebut adalah kurang 500 meter daripada kawasan penempatan. Semakan juga mendapati bahawa pemohon telah membuat permohonan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan di Majlis Perbandaran Kluang dan seterusnya memperolehi kelulusan bersyarat dengan mematuhi syarat-syarat jabatan tersebut. Namun demikian pihak Majlis Perbandaran Kluang telah mengeluarkan perintah "stop work order" kepada pemilik tanah kerana terdapat aduan mengenai masalah lalat serta pencemaran bau yang diterima.

Page 67: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

64

YB TUAN HAJI ABD TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN B56 Apakah usaha yang dilakukan oleh JPS Kluang dalam mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di Machap? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Bagi tahun 2020 ini pihak JPS telah melaksanakan 7 kerja di kawasan Machap melibatkan kerja penggalian, mendalamkan, pembersihan rizab dan membuang sekatan yang berada di dalam sungai. Antara kerja utama yang sedang dilaksanakan adalah Kerja Penggalian Sungai Ulu Benut yang dijadualkan siap pada minggu pertama bulan September. Dengan terlaksananya beberapa kerja penggalian, mendalamkan, pembersihan rizab dan membuang sekatan yang berada di dalam sungai ini, adalah diharapkan agar masalah banjir di kawasan Machap dapat dikurangkan. Usaha untuk mengurangkan masalah banjir akan terus dijalankan dari masa ke semasa bergantung kepada kemampuan kewangan yang diperolehi.

Page 68: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

65

YB TUAN HAJI ABD TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN B57 Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh Jabatan Pertanian kepada pengusaha kebun sawit yang menggunakan baja najis ayam yang menyumbang kepada bau dan lalat di kampung-kampung? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Baja daripada sumber najis haiwan seperti tahi ayam merupakan alternatif pembajaan yang digunakan di kalangan pekebun dan pengusaha kebun sawit memandangkan kos yang rendah berbanding baja kimia. Walau bagaimanapun kesan penggunaan baja ini diakui memberikan kesan langsung seperti pencemaran bau dan lalat. Melalui Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan, setiap pengusaha kebun sawit tanpa mengira skala penghasilan hendaklah mematuhi garis panduan tertentu di dalam menguruskan kebun termasuklah menitikberatkan sensitiviti sosial dan alam sekitar. Pencemaran bau seperti ini merupakan antara elemen sosial dan alam sekitar yang terkesan akibat daripada aktiviti pengurusan kebun. Secara umumnya, Pensijilan MSPO bertujuan untuk mengesahkan bahawa pekebun kecil menghasilkan buah tandan segar (BTS) yang mampan. Terdapat tujuh prinsip yang perlu dinilai bagi mencapai tujuan ini antaranya adalah komitmen dan tanggungjawab pengurusan; ketelusan; pematuhan terhadap undang-undang; tanggungjawab sosial; kesihatan dan keselamatan pekerjaan; persekitaran, sumber asli, kepelbagaian-bio dan perkhidmatan ekosistem; amalan terbaik dan pembangunan penanaman baharu. Bagi pelaksanaan MSPO ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah diberikan mandat oleh pihak kerajaan bagi memastikan semua pekebun kecil dapat dipersijilkan. Bagi mengatasi isu ini juga, MSPO menyediakan suatu platform yang dipanggil Sistem Aduan dan Rungutan bagi menyelesaikan sebarang pertikaian dan permasalahan yang berpunca daripada perusahaan kelapa sawit. Pihak yang terkesan boleh mengemukakan aduan secara terus kepada premis yang terlibat atau boleh membuat aduan kepada Pengurus Kumpulan Pensijilan yang dilantik oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Pengurus Kumpulan ini mengelolakan persijilan MSPO bagi 700 ke 1500 orang pekebun kecil sawit di setiap Kluster Persijilan yang dipertanggungjawabkan (mengikut mukim atau daerah). Aduan yang diterima kemudiannya akan disiasat bagi memastikan kesahihan dan punca permasalahan. Sekiranya aduan tersebut adalah tepat dan punca permasalahan dari aktiviti kebun sawit yang dimaksudkan seperti aduan, suatu Rundingan Pihak Berkepentingan (Stakeholders Consultation) akan dijalankan. Tujuan rundingan ini adalah bagi mencari penyelesaian berkenaan isu bau dan lalat yang terhasil agar tidak berulang, dan mengelakkan pihak berkepentingan terus terjejas. Sekiranya rundingan ini tidak dapat menyelesaikan punca permasalahan dan pihak berkepentingan masih berasa terjejas, pengusaha yang terlibat boleh berhadapan dengan risiko penarikan sijil MSPO kerana telah melanggari klausa yang dinyatakan di dalam pensijilan ini. Impak akibat daripada kegagalan mendapatkan sijil MSPO akan memberikan kesan terhadap keupayaan pekebun atau pengusaha sawit tersebut untuk menjual hasil sawit kerana keseluruhan industri termasuklah kilang dan pusat timbang berkehendakkan persijilan MSPO sebelum transaksi jualan dibuat.

Page 69: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

66

YB TUAN HAJI ABD TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN B58 Nyatakan perkembangan atau kemajuan industri halal di negeri Johor melalui Iskandar Halal Park? JAWAPAN YB TUAN MOHD IZHAR BIN AHMAD Iskandar Halal Park (IHP) yang dioperasi oleh Tetuan Teguh Sdn Bhd, anak syarikat UMLand Bhd telah menerima akreditasi Halal Malaysia (HALMAS) pada tahun 2017. Akreditasi daripada Halal Development Corporation (HDC)/Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) membenarkan insentif ditawarkan kepada pelabur yang menempatkan operasi mereka di IHP. IHP berkeluasan 350 ekar meliputi pembangunan Tiga Fasa kini. Kawasan pembangunan ini di peringkat perancangan untuk diperluaskan. Fasa Pertama pembangunan IHP membabitkan kawasan seluas 100 ekar; Fasa Ke-2 berkeluasan 200 ekar, manakala Fasa Ke-3 berkeluasan 50 ekar. Fasa Pertama meliputi 89 lot teres yang sehingga kini sekitar 60 peratus telah dipenuhi dan kebanyakannya melibatkan skim sewa milik, Fasa Ke-2 dan Ke-3 kebanyakan melibatkan perancangan pelaburan membabitkan penjualan tanah. Usaha-usaha juga terus diperhebat bagi menarik pelabur untuk beroperasi di IHP dan pada masa sama menjadikan lokasi IHP mudah diakses menerusi usaha-usaha bagi mempertingkatkan sistem perhubungan jalan raya untuk ke kawasan berkenaan.

Page 70: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

67

YB TUAN HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN B59 Sampai bila Masjid Taman Bukit Flora, Batu Pahat yang terbengkalai hendak dimulakan? JAWAPAN YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI Projek ini telah diberikan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor sebagai Agensi Pelaksana. Nama tender/perolehan: Membina dan menyiapkan kerja-kerja terbengkalai Masjid Taman Banang Jaya, Batu Pahat Johor (Tawaran Semula). Jumlah peruntukan/pembiayaan: RM2,400,000.00. Mesyuarat Lembaga Perolehan JPM dijadualkan pada 10 September 2020.

Page 71: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

68

YB TUAN HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN B60 Sampai bila pembinaan lampu isyarat di pekan Senggarang yang selalu ada kemalangan maut hendak dimulakan? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat Senggarang, cadangan bagi pembinaan lampu isyarat di Pekan Senggarang telah dimasukkan di dalam Cadangan Meluruskan jalan daripada sek 11.00 -115.00 & menaik taraf (2) lorong kepada empat (4) lorong di jalan persekutuan FT005 Batu Pahat -Pontian Batu Pahat Johor. Cadangan projek ini telah disenaraikan di dalam permohonan RMK-11 yang lalu, tetapi tidak mendapat kelulusan. Namun demikian, Kerajaan Negeri amat komited untuk melaksanakan projek ini dengan meletakkan semula cadangan projek ini di dalam permohonan RMK-12. Selain itu juga Kerajaan Negeri akan mengemukakan permohonan berasingan kepada Kementerian Kerja Raya bagi mendapatkan kelulusan pembinaan lampu isyarat terlebih dahulu.

Page 72: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

69

YB TUAN HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN B61 Sampai bila Sekolah Agama Minyak Beku yang tergendala lama akan didirikan? JAWAPAN YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI Sekolah Agama Minyak Beku pada masa ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Minyak Beku seramai 92 orang, murid lelaki 51 perempuan 41 dan guru 3 orang sahaja. Tapak wakaf untuk kegunaan sekolah ini telah diperolehi dan didaftarkan atas nama Majlis Agama Islam Johor. Namun demikian, kerajaan negeri menangguhkan dahulu pembinaan Sekolah Agama Minyak Beku memandangkan kapasiti pelajar masih boleh ditampung oleh Sekolah Kebangsaan Minyak Beku. Pihak kerajaan mengutamakan pembinaan sekolah-sekolah baru bagi penempatan yang jumlah pelajarnya agak ramai melebihi 250 orang.

Page 73: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

70

YB TUAN HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN B62 Sampai bila masalah banjir air pasang di Kampung Asal Desa Sri Banang, Minyak Beku akan diselesaikan? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Bagi mengatasi masalah banjir akibat air pasang di bahagian pantai barat negeri Johor, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memohon peruntukan di bawah butiran fenomena air pasang besar sejak tahun 2017. Terdapat dua (2) projek yang kini telah diberi pertimbangan oleh kerajaan persekutuan iaitu projek Ban Pantai dari Tanjung Bin ke Tampok, Pontian dan Ban Pantai dari Tampok ke Senggarang, Batu Pahat. Sehingga kini, kedua (2) projek ini dalam peringkat kajian dan reka bentuk. Pelaksanaan projek dijangka bermula pada akhir 2021 nanti. Dengan pelaksanaan projek ban pantai dari Tampok ke Senggarang nanti, masalah banjir disebabkan oleh air pasang di Kampung Desa Sri Banang Senggarang akan dapat dikurangkan atau dihapuskan.

Page 74: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

71

YB TUAN HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN B63 Adakah kerajaan bercadang untuk membuat penyusunan semula rumah-rumah dan memberi hak milik kepada rumah-rumah di tanah rizab kerajaan di Kampung Petani, Batu Pahat? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Senggarang, Pentadbiran Tanah Johor komited dalam melaksanakan inovasi penyampaian perkhidmatan ‘Innovation In Delivery System’ berasaskan Penunjuk Prestasi Utama ‘Key Performance Indicator’ (KPI). Salah satu daripada fokus utama di bawah KPI Pentadbiran Tanah Johor adalah melalui objektif tindakan ‘Penyelesaian Isu Permohonan, Pendudukan dan Penerokaan Tanah’. Sehubungan dengan itu, khusus bagi Kampung Petani ini, berdasarkan kepada siasatan yang telah dilaksanakan oleh Pentadbiran Tanah Johor mendapati bahawa, kawasan perkampungan ini terletak di sebelah kanan Jalan Batu Pahat ke Minyak Beku, berada di Mukim Simpang Kanan, kategori tanah adalah Tanah Bandar kategori B (Gazet No.265 bertarikh 26.12.2004) yang dirizabkan bagi tujuan awam dan mempunyai keluasan lebih kurang 30 ekar. Pendudukan di kawasan Kampung Petani dianggarkan bermula sejak 30 tahun yang lalu. Terdapat lebih kurang 460 buah rumah kediaman yang terdiri daripada jenis separuh kekal dengan anggaran bilangan penduduk seramai 1,900 orang. Kebanyakan rumah-rumah kediaman yang telah dibina oleh penduduk didirikan di atas tanah berhak milik, Rizab Jalan dan juga Rizab JKR. Terdapat 15 buah rumah kediaman yang dibina di atas Rizab JKR, 25 buah rumah kediaman lagi dibina di atas Rizab Jalan. Manakala, selebihnya dibina di atas tanah-tanah berhak milik di mana penghuni rumah berkenaan menyewa tapak dengan tuan tanah tersebut. Majoriti penduduk yang mendiami kawasan perkampungan ini terdiri daripada orang Melayu. Kedudukan rumah-rumah di kawasan perkampungan ini tidak tersusun dan terancang. Sehingga kini, Pentadbiran Tanah Johor tiada menerima sebarang cadangan permohonan untuk membuat penyusunan semula rumah-rumah dan memberi hak milik kepada penduduk Kampung Petani. Pada masa yang sama, isu perkampungan ini juga tidak pernah dibangkitkan di dalam mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Batu Pahat. Walau bagaimanapun, sekiranya ada cadangan untuk permohonan membuat penyusunan semula dan pemberian hak milik kepada penduduk perkampungan ini, proses permohonan dan juga prosedur yang perlu dipatuhi adalah sebagaimana menurut Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 selari dengan kriteria pemberimilikan tanah kerajaan kepada pemohon-pemohon yang layak adalah sebagaimana menurut Seksyen 43 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.

Page 75: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

72

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN B64 Apakah garis panduan untuk Ranhill SAJ semasa memilih kawasan hotspot bagi penggantian paip usang yang sering pecah/bocor dan sila senaraikan rancangan penggantian paip usang yang telah dikenal pasti mengikut daerah masing-masing. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Tangkak, Ranhill SAJ telah meletakkan garis panduan bagi melaksanakan program penggantian paip di negeri ini. Secara prinsipalnya keutamaan penggantian paip akan dilakukan di kawasan- kawasan yang mengalami masalah bekalan air (Water Stress Area) dengan mengambil kira juga perbelanjaan dan kesannya terhadap operasi di kawasan permeteran yang berkaitan (District Metering Area). Antara keutamaan perlaksanaan program penggantian paip adalah melibatkan kawasan yang menggunakan paip lama jenis Asbestos Cement (AC) dan dikenal pasti mengalami masalah seperti paip pecah dan bocor berulang atau kawasan yang kerap menerima air bertekanan rendah. Secara keseluruhannya, anggaran kos projek untuk penggantian paip dari tahun 2018 - 2022 adalah berjumlah RM935 juta dengan melibatkan paip sepanjang 843.86 km yang memberi faedah kepada kira-kira 335,673 akaun pengguna atau 1,678,365 pengguna air bagi seluruh negeri Johor. Perlaksanaan dijangka selesai secara keseluruhannya menjelang tahun 2022 dengan paip-paip jenis uPVC, Multilayer uPVC dan juga paip HDPE. Berikut adalah dilampirkan senarai keseluruhan program penggantian paip setiap daerah bagi tahun 2018 hingga 2022: JUMLAH KESELURUHAN PROGRAM PENGGANTIAN PAIP DARI TAHUN 2018-2022

DAERAH

Panjang Paip (KM)

Akaun Pengguna

Johor Bahru 441.63 243,141

Pasir Gudang 20.65 8,768

Kulai 22.53 21,953

Pontian 158.53 34,348

Mersing 5.45 1,783

Kota Tinggi 25.49 3,477

Kluang 37.72 6,315

Batu Pahat 44.21 7,983

Muar 28.11 2,489

Segamat 59.55 5,416

Jumlah 843.86 KM 335,673

Page 76: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

73

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN B65 Berapakah jumlah wang yang telah disalurkan oleh kerajaan negeri sepanjang tempoh menghadapi penularan COVID-19? Sila nyatakan pecahan dan tujuan kegunaan dana yang disalurkan. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Pandemik COVID -19 telah memberikan sebuah tamparan hebat kepada seluruh masyarakat dunia khususnya dalam konteks ekonomi dan kesihatan. Justeru, Johor juga telah menyalurkan dana berbentuk kewangan bertujuan untuk kegunaan menghadapi penularan wabak COVID -19. Untuk makluman, peruntukan keseluruhan yang telah dibelanjakan bagi membantu menangani COVID-19 sehingga 01 September 2020 adalah sebanyak RM70.24 juta. Pecahan perbelanjaan mengikut sektor adalah sebagaimana berikut:-

Sektor Jumlah Inisiatif

Inisiatif Selesai

Peruntukan Perbelanjaan

(RM’ Juta)

Modal Insan dan Masyarakat 43 30 36.48 50.95

Pelancongan 5 1 18.32 3.56

PKS 5 4 15.75 15.73

Pembinaan 1 - 104.0 -

JUMLAH 54 35 174.55 70.24

Page 77: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

74

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN B66 Sila senaraikan kedudukan rizab tunai mengikut PBT bermula tahun 2013 sehingga 2019 dan memberi penjelasan terhadap mana-mana PBT yang mencatat peningkatan atau penurunan drastik. JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, merujuk kepada kedudukan Rizab Tunai di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor bagi tahun 2013 hingga 2019, terdapat peningkatan kutipan hasil bagi setiap tahun. Dilampirkan jadual kedudukan rizab tunai sebagaimana di Lampiran B66.

Page 78: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

75

LAMPIRAN B66

2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019

RM RM RM RM RM RM RM

1 MBJB 205,392,257.00 230,846,720.00 292,399,556.00 343,173,364.00 401,631,454.00 452,927,334.00 473,020,146.00

2 MBIP 120,245,811.70 141,161,132.14 170,984,177.88 217,816,270.47 252,505,786.67 327,207,822.87 384,544,396.08

3 MPPG 231,855.00 4,344,488.00 18,304,797.00 65,173,095.00 66,562,790.00 68,987,171.00 93,592,031.00

4 MPKu 56,278,904.00 76,915,499.00 89,124,773.00 106,755,681.00 112,618,893.00 135,165,341.00 131,008,484.00

5 MPBP 9,721,978.00 7,906,640.00 9,416,839.00 13,366,264.00 17,212,797.00 16,425,332.00 28,031,388.00

6 MPM 9,034,520.26 9,269,641.24 10,772,756.00 13,384,494.64 13,691,869.11 36,141,769.35 22,788,180.04

7 MPK 2,600,907.00 4,841,072.00 11,060,375.00 15,447,327.00 19,347,494.00 20,214,115.00 51,237,541.00

8 MPS 4,660,553.00 2,379,303.00- 4,314,154.00- 7,874,540.00- 11,004,122.00- 10,262,076.00- 9,136,058.00-

9 MPP - - - - 27,477,007.00 54,729,909.00 64,051,961.00

10 MDP 22,161,162.00 27,023,409.00 22,316,190.00 18,132,850.00 31,576,903.00 43,084,018.00 49,513,743.00

11 MDKT 35,867,198.00 31,705,897.00 45,510,420.00 67,456,810.00 83,130,892.00 69,164,341.00 68,223,598.00

12 MDT 4,248,823.00 1,929,833.00 986,488.00 2,458,818.00 2,853,639.00 3,095,070.00 3,130,523.00

13 MDYP 10,998,825.92 11,176,202.58 9,111,502.37 10,426,425.52 12,070,790.19 13,690,493.33 14,830,699.45

14 MDSR 9,953,747.00 9,808,585.00 10,413,269.00 9,452,712.00 9,030,024.00 13,042,366.00 16,105,262.00

15 MDM 9,548,058.00 8,606,336.00 9,202,790.00 7,066,493.00 10,466,533.00 13,337,244.00 10,774,353.00

16 MDL 3,045,393.00 1,065,178.00 2,180,334.00 3,166,797.00 4,200,259.00 5,922,997.00 3,808,736.00

JUM 503,989,992.88 564,221,329.96 697,470,113.25 885,402,861.63 1,053,373,008.97 1,262,873,247.55 1,262,873,247.55

KEDUDUKAN RIZAB TUNAI

PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI JOHOR

TAHUN 2013 SEHINGGA 2019

BIL PBT

Page 79: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

76

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN B67 Sila senaraikan sungai di negeri Johor bersama tahap kualiti air sungai tersebut dan nyatakan sungai yang sedang diberi tumpuan untuk menambah baik kualiti air sungai. JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN JAWAPAN JPS Negeri Johor mempunyai 180 lembangan sungai; iaitu 20 lembangan sungai utama dan 160 lembangan sungai kecil. Panjang keseluruhan sungai adalah 6,282km. Fungsi JPS terhadap sungai adalah bagi memastikan kapasiti hidraulik sungai adalah mencukupi bagi menghindarkan masalah banjir akibat limpahan air sungai dapat dihindarkan. Bagi pengurusan dan pemantauan kualiti air, JPS tidak terlibat secara langsung. Tanggungjawab untuk memantau dan kualiti air sungai pada amnya adalah dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Badan Kawal selia Air Johor (BAKAJ). JAWAPAN JAS Senarai status sungai di Negeri Johor dalam program pengawasan kualiti air sungai.

BIL LEMBANGAN SUNGAI

SUNGAI IKA KATEGORI KELAS

1 SG. BATU PAHAT SG. MEREK 82 B II

SG. MERPO 81 B II

SG. BANTANG 93 B I

SG. AMRAN 69 ST III

SG. BEKOK 77 ST II

SG. LENIK 79 ST II

SG. CHAAH 78 ST II

SG. PANCHOR 61 ST III

SG. SEMBERONG 67 ST III

SG. SIMPANG KIRI 65 ST III

SG. BERLIAN 76 ST III

SG. SIMPANG KANAN

59 T III

SG. TEMEHEL 44 T IV

SG. BATU PAHAT 59 T III

2 SG. JOHOR SG. PELEPAH 86 B II

SG. TELOR 85 B II

SG. BUKIT BESAR 83 B II

SG. LEBAM 84 B II

SG. PAPAN 81 B II

SG. PENGGELI 83 B II

SG. SENING 86 B II

SG. LINDDIU 84 B II

SG. LAYANG 87 B II

Page 80: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

77

SG. REMIS 83 B II

SG. SEMANGGAR 81 B II

SG. SAYONG 81 B II

SG. SANTI 85 B II

SG. LAYAU KIRI 89 B II

SG. BELITUNG 83 B II

SG. ANAK SG. SAYONG

75 ST II

SG. SELUYUT 76 ST II

SG. TIRAM 77 ST II

SG. PANTI 79 ST II

SG. BERANGAN 63 ST III

SG. CHEMANGAR 70 ST III

SG. JOHOR 80 ST II

SG. SEMECHU 61 ST III

SG. SERAI 61 ST III

SG. SEBOL 75 ST III

SG. TEMOH 58 T III

3 SG. MERSING SG. MERSING 86 B II

SG. EMPANGAN CONGOK

77 ST III

4 SG. PALOI SG. PALOI 85 B II

5 SG. SEDELI BESAR SG. DOHOL 84 B II

SG. AMBAT 86 B II

SG. PASIR PANJANG 85 B II

SG. SEDELI BESAR 81 B II

SG. TEMUBOR KANAN

89 B II

SG. MUPUR 48 T IV

6 SG. JEMALUANG SG. JEMALUANG 81 B II

7 SG. MUAR SG. AIR PANAS 90 B II

SG. BELEMANG 87 B II

SG. LABIS 83 B II

SG. MEDA 86 B II

SG. PENDOL 84 B II

SG. SEGAMAT 86 B II

SG. JUASEH 89 B II

SG. GEMAS 66 ST III

SG. KELAMAH 74 ST III

SG. MERBUDU 68 ST III

SG. P. MENGKUANG 80 ST III

SG. PAGOH 69 ST III

SG. PALONG 79 ST III

SG. SARANG BUAYA 63 ST III

SG. SENARUT 71 ST III

SG. SIMPANG LOI 76 ST III

SG. TENANG 66 ST III

SG. GEMENCHEH 80 ST II

SG. MUAR 79 ST II

Page 81: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

78

SG. MERLIMAU 55 T III

SG. SEROM 54 T III

8. SG. ENDAU SG. JASIN 94 B I

SG. DENGAR 81 B II

SG. EMPANGAN LABONG

91 B II

SG. LENGGOR 83 B II

SG. MAMAI 84 B II

SG. TAMOK 86 B II

SG. SELAI 89 B II

SG. ENDAU 87 B II

SG. KAHANG 87 B II

SG. PALOH 77 ST II

SG. ANAK SG. SEMBERONG

76 ST III

SG. JEBONG 71 ST III

SG. LENGA 74 ST III

SG. MELATAI 68 ST III

SG. SEMBERONG 78 ST II

SG. MENGKIBOL 73 ST III

SG. PAMOL 68 ST III

9 SG. BENUT SG. ULU BENUT 77 ST II

SG. PARIT HJ. YASSIN

80 ST II

SG. PINGGAN 60 ST III

SG. BENUT 71 ST III

10 KAW. PASIR GUDANG

SG. LATOH 64 ST III

SG. PEREMBI 42 T IV

SG. MASAI 56 T III

SG. BULUH 26 T V

SG. TUKANG BATU 22 T V

11 SG. SKUDAI SG. MELANA 71 ST III

SG. SKUDAI 63 ST III

12 SG. PONTIAN BESAR

SG. AIR HITAM 72 ST III

SG. PONTIAN BESAR 69 ST III

SG. AYER MERAH 51 T IV

13 SG. PONTIAN KECIL SG. PONTIAN KECIL 78 ST III

14 SG. PULAI SG. PULAI 72 ST III

SG. ULU CHOH 64 ST III

15 SG. RAMBAH SG. RAMBAH 70 ST III

16 SG. SANGLANG SG. SANGLANG 63 ST III

17 SG. SEDELI KECIL SG. SEDELI KECIL 80 ST II

SG. ANAK SEDELI KECIL

76 ST III

SG. BAHAN 60 ST III

18 SG. AIR BALOI SG. AIR BALOI 53 T III

19 SG. DANGA SG. DANGA 47 T IV

Page 82: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

79

20 SG. KEMPAS SG. KEMPAS 46 T IV

21 SG. KIM KIM SG. KIM KIM 58 T III

22 SG. SEGGET SG. SEGGET 59 T III

23 SG. TEBRAU SG. BALA 45 T IV

SG. SEBULUNG 44 T IV

SG. PLENTONG 54 T III

SG. TEBRAU 51 T IV

SG. PANDAN 42 T IV

SG. TAMPOI 45 T IV

SG. SENGKUANG 30 T V

• B = BERSIH

• ST = SEDERHANA TERCEMAR

• T = TERCEMAR Secara umumnya JAS melaksanakan program penguatkuasaan secara berterusan ke atas punca-punca di bawah bidang kuasa JAS melalui pemantauan penguatkuasaan di lapangan secara berkala. Bagi menambah baik kualiti air sungai, JAS bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan seperti JPS, IRDA, SPAN dan PBT.

Page 83: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

80

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN B68 Sila senaraikan geran atau bantuan yang boleh dimohon oleh pertubuhan-pertubuhan kebajikan bukan kerajaan bersama dengan syarat dan cara memohon. JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Kerajaan negeri melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah menyediakan geran atau bantuan yang boleh dimohon oleh pertubuhan-pertubuhan kebajikan bukan kerajaan seperti berikut: A. Senarai geran atau bantuan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) seperti

berikut:

1. Geran Pentadbiran Bantuan bagi menampung kos pentadbiran PSK Kebangsaan dan Negeri seperti sewaan premis, utiliti dan sagu hati sukarelawan (bahagian pentadbiran).

2. Geran Rangsum Bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi menampung sebahagian kos perbelanjaan makan dan minum penghuni.

3. Geran Pembaikan Bantuan yang diberikan kepada PSK untuk membaik pulih premis yang menjejaskan perjalanan pentadbiran dan aktiviti PSK yang menjalankan Pusat Jagaan Harian dan Berkediaman.

4. Elaun Khas Murid OKU Bantuan bulanan yang diberikan kepada OKU yang mengikuti program pemulihan di Sekolah Pendidikan Khas kelolaan PSK dengan syarat-syarat berikut: • OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat; • Mengikuti program pemulihan di Sekolah Pendidikan Khas kendalian PSK yang

mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran dari Jabatan Pelajaran Malaysia; • Mengikuti program pemulihan OKU sekurang-kurangnya 3 jam sehari dan 3 kali

seminggu; • OKU berumur tidak lebih dari 19 tahun; dan • OKU yang hadir program akademik, ADL, terapi, intervensi awal, vokasional,

pemulihan anggota, cara kerja dan latihan transisi.

B. Syarat Permohonan

1. Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966 atau di bawah Undang-Undang Tubuh lain;

2. Pertubuhan bertaraf tempatan; 3. Pertubuhan yang bercorak kebajikan (welfare-related) yang mengendalikan program

berbentuk pencegahan, pemulihan, penjagaan, perlindungan dan pembangunan bagi kumpulan sasar di bawah tanggungjawab dan fungsi Jabatan;

Page 84: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

81

4. Berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi yang mengendalikan program institusi berkediaman atau Pusat Jagaan Harian ;

5. Tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung perjalanan program ;

6. Mempunyai perancangan masa depan untuk menanggung kos pembiayaan program selepas tamat tempoh penerimaan bantuan; dan

7. Telah beroperasi sekurang-kurangnya tiga (3) tahun bagi PSK baru.

C. Prosedur Permohonan Permohonan Bantuan Kewangan Kerajaan kepada PSK perlu di buat oleh PSK dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Kewangan kepada PSK (JKM/PK/PSK1/2013) yang boleh didapati di Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat : http://www.jkm.gov.my Dokumen yang diperlukan bagi pertimbangan bantuan geran adalah seperti berikut:

1. Penyata Kewangan Beraudit bagi satu tahun sebelumnya yang diaudit oleh Juruaudit

Bertauliah; 2. Salinan Penyata Bank terkini bagi akaun yang dibuka untuk bantuan kewangan

kerajaan; 3. Salinan Laporan Kewangan yang terperinci termasuk debit dan kredit bagi

perbelanjaan Bantuan Kewangan Kerajaan yang diterima pada tahun sebelum; 4. Anggaran perbelanjaan bagi tahun semasa; 5. Salinan Perlembagaan Pertubuhan/Sijil Pendaftaran dengan Undang-Undang Tubuh

yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan/Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); 6. Salinan Perlembagaan Pertubuhan/Memorandum Of Articles (MOA) yang disahkan

Pendaftar Pertubuhan/ SSM; 7. Laporan aktiviti dan program (bertulis dan bergambar) yang dijalankan; 8. Perakuan Pendaftaran Pusat Jagaan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993; 9. Salinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Pelajaran bagi PSK yang

mengendalikan Sekolah Pendidikan Khas; 10. Senarai Maklumat penghuni/pelatih 11. Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan mengikut jenis Bantuan Kewangan

Kerajaan. Borang permohonan yang telah lengkap perlu dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran. Untuk maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan pegawai bertanggungjawab di Unit Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor di talian 07-02282971 atau 07-2282972.

Page 85: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

82

YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD (KOTA ISKANDAR) SOALAN B69 Berapakah baki terkini Tabung Amanah Sumbangan Kuota Bumiputera dan jika wang tabung ini dibelanjakan pada tahun 2020, untuk apakah perbelanjaan wang tersebut dibuat? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Kedudukan Akaun Amanah Sumbangan Kuota Bumiputera yang terkini adalah seperti berikut:

PERIHAL BAKI SEHINGGA 28 FEBRUARI 2020

BAKI SEHINGGA 31 OGOS 2020

Baki Awal (1.1.2020) 266,656,451.06 266,656,451.06

( + ) Terimaan 18,635,955.21 52,419,324.18

( - ) Perbelanjaan 431,862.48 16,143,682.20

Baki 284,860,543.79 302,932,093.04

Baki Akaun tersebut sehingga 31 Ogos 2020 adalah sebanyak RM302,932,093.04 dan setelah mengambil kira tanggungan berjumlah RM121,873,650.87, masih mempunyai baki sebanyak RM181,058,442.17. Dalam tahun 2020, akaun ini telah digunakan bagi perbelanjaan sebagaimana berikut:

BIL NAMA AGENSI KETERANGAN JUMLAH (RM)

1. Pembeli Rumah RMBJ

Baucer 1000 50,000,000.00

2. SAJ Ranhill Berhad Tunggakan Bil Air Pangsapuri Bkt Saujana

247,862.48

3. Pentadbir Tanah Pontian

Pengambilan Balik Tanah Lot 2397 dan Lot 156 Mukim Pontian

14,795,820.54

4. Inventure Engineering Sdn Bhd

Bayaran Interim Menaik taraf dan Menubuhkan Inkubator Kompleks Pekan Rabu

458,000.00

5. Pentadbir Tanah Kluang

Bayaran Tambahan PBT Lot 2064 GRN 134836, Mukim Kluang

3,999.18

JUMLAH 16,143,682.20

Page 86: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

83

YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD (KOTA ISKANDAR) SOALAN B70 Berapa ramaikah penerima dan jumlah dana yang telah dibayar bagi bantuan tunai (RM250-RM500) di bawah Skim Bantuan Tunai Ihsan COVID-19 Negeri Johor mengikut DUN/Daerah serta berapakah peruntukan keseluruhan yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk skim ini? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Sebagai makluman YB Bentayan, YB Kota Iskandar, YB Bukit Naning, YB Pasir Raja dan YB Maharani adalah dimaklumkan bahawa kesemua jawapan akan dijawab secara bersekali. Umumnya, Bantuan Tunai Ihsan Johor yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Johor memberikan keutamaan kepada mereka yang tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri sepanjang tempoh penularan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan pergerakan (PKP). Bantuan Ihsan COVID-19 menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM11,199,000.00. Penerima layak akan menerima bantuan dalam bentuk tunai iaitu sama ada RM500.00 atau RM250.00. Sehingga 3 Jun 2020 seramai 41,565 penerima telah pun diluluskan dengan pecahan 38,334 pemohon adalah penerima bantuan RM250.00 dengan peruntukan sebanyak RM9,583,500 manakala seramai 3,231 pemohon adalah penerima bantuan RM500.00 dengan peruntukan sejumlah RM1,615,500.00. Kerajaan Negeri Johor turut melaksanakan inisiatif tambahan bagi membantu golongan miskin tegar, miskin dan golongan terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan jumlah peruntukan tambahan secara one-off sebanyak RM4,576,950.00. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian besar permohonan gagal atas faktor-faktor berikut:

1. Pemohon atau pasangan melebihi had kelayakan pendapatan 2. Pemohon atau pasangan mempunyai syarikat dan layak memohon Geran Prihatin

Nasional (GPN) 3. Pemohon berumur kurang daripada 18 tahun yang berada di bawah tanggungan

keluarga 4. Duplikasi permohonan 5. Nombor kad pengenalan tidak wujud 6. Pemohon telah meninggal dunia 7. Maklumat permohonan tidak lengkap

Sehingga kini, penerima layak telah pun menerima bantuan tunai ini menerusi bayaran yang disalurkan secara ‘electronic fund transfer” (EFT) bagi mereka yang mempunyai akaun bank, manakala bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bantuan akan disalurkan menerusi Pejabat Daerah masing-masing.

Page 87: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

84

YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD (KOTA ISKANDAR) SOALAN B71 Apakah cadangan penyelesaian jangka panjang kerajaan berkaitan banjir kilat di Kg. Baru Muafakat Gelang Patah dan Taman Syed Idrus serta 5 kampung di Mukim 8 iaitu Kg. Tiram Duku, Kg. Pekajang, Kg. Tg. Adang, Kg. Pok dan Kg. Tg. Kupang? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pengairan Saliran Daerah Johor Bahru menyediakan Pelan Tindakan Penyelesaian Isu Banjir Kilat di Daerah Johor Bahru termasuk kawasan Gelang Patah yang mengambil kira pelan jangka pendek dan pelan jangka panjang. Beberapa pelan jangka pendek yang telah dikenal pasti antaranya dengan membuat pendalaman sungai, pembersihan parit-parit, pembersihan pintu- pintu air dan sebagainya.

Page 88: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

85

YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD (KOTA ISKANDAR) SOALAN B72 Apakah status terkini projek meluruskan sebahagian Sg. Pulai bernilai RM500,000 yang telah diluluskan oleh Mesyuarat MMK pada akhir tahun 2019 bagi mengatasi banjir kilat di Kg. Pulai dan Kg. Ulu Pulai dengan menggunakan Dana Khas Bantuan Bencana? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Proses perolehan bagi melaksanakan projek ini telah pun dibuat secara sebut harga terbuka. Notis tawaran telah dikeluarkan pada 10 Ogos 2020 oleh JPS Daerah Johor Bahru. Adalah dijadualkan kerja-kerja di tapak dapat dilaksanakan pada hujung September 2020 dan disiapkan pada awal Disember 2020. Kelewatan proses perolehan ini berlaku disebabkan pematuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Page 89: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

86

YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD (KOTA ISKANDAR) SOALAN B73 Jalan Skudai-Ulu Choh berada dalam keadaan yang teruk, berlubang-lubang di merata tempat dan sarat dengan bekas-bekas tampalan yang dilaksanakan secara tidak sempurna. Jalan ini memerlukan kerja pemulihan dan pembinaan semula (reconstruction). Bilakah kerajaan akan membaik pulih jalan ini? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat Kota Iskandar, Jalan Skudai – Ulu Choh yang dimaksudkan adalah Laluan Persekutuan FT05. Anggaran Penyelenggaraan Jalan bagi tahun 2020 untuk laluan ini telah dimohon sebanyak RM3,050,000.00 juta, bagi Berkala Pavement manakala RM1,728,361.60 juta, bagi Berkala Bukan Pavement dan sehingga kini masih belum diterima. Selain itu, permohonan di dalam aktiviti penyelenggaraan jalan untuk tahun 2021 bagi Laluan Persekutuan FT05 ini juga telah dimohon sebanyak RM3 juta. Pihak JKR akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan setelah peruntukan disalurkan.

Page 90: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

87

YB TUAN HAJI SHEIKH ‘UMAR BAGHARIB BIN ALI (PALOH) SOALAN B74 Mohon dinyatakan status terkini projek naik taraf Jalan Paloh-Bekok JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat Paloh, status terkini bagi projek menaik taraf Jalan Paloh - Bekok ini telah disenaraikan di dalam permohonan RMK-12 di bawah projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Projek menaik taraf Jalan Paloh - Bekok ini merupakan projek menaik taraf jalan kepada spesifikasi JKR R2 dengan anggaran kos RM188 juta. Selain itu, cadangan projek ini dapat memendekkan perjalanan dari Pekan Paloh ke Pekan Bekok dari 59.5km kepada 19.4km.

Page 91: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

88

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN B75 Apakah jenis bantuan rangsangan ekonomi oleh kerajaan Johor yang boleh meningkatkan produktiviti industri dan individu? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Mengkibol, di peringkat persekutuan sebanyak 3 Pakej Rangsangan Ekonomi telah diumumkan iaitu Pakej Prihatin, Pakej Prihatin Tambahan dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) keseluruhannya melibatkan peruntukan RM295 bilion bertujuan untuk memulihkan dan menjana semula ekonomi negara yang telah dihambat oleh Pandemik Covid-19. Bagi menyokong inisiatif yang telah dirancang di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor. Pakej rangsangan ini dirangka bagi menangani kesan ketidaktentuan ekonomi global khususnya negeri Johor. Ianya merangkumi sektor berkaitan pelancongan, pembinaan, PKS serta modal insan dan masyarakat. Secara keseluruhannya sehingga 1 September 2020 kerajaan negeri Johor telah memperuntukkan sejumlah RM174.46 juta bagi melaksanakan 54 inisiatif melalui peruntukan kerajaan negeri Johor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Antara inisiatif bagi meningkatkan produktiviti yang telah dilaksanakan adalah: 1. Insentif pengecualian bayaran sewa premis milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan

pasar awam daripada bulan April sehingga Disember 2020 iaitu melibatkan 10,371 orang peniaga.

2. Insentif pengecualian bayaran sewa premis milik kerajaan negeri yang diuruskan Perbadanan Usahawan Negeri Johor daripada bulan April sehingga Disember 2020 melibatkan 151 peniaga usahawan kecil dan sederhana (PKS) Johor.

3. Insentif pengecualian bayaran sewa rumah PPR dan RSK daripada bulan April sehingga Jun 2020 melibatkan 11,938 penyewa (PPR - 8,949) (RSK - 2,989).

4. Insentif pengecualian bayaran lesen perniagaan PKS mikro berdaftar melibatkan 11,737 pelesen PKS Kategori Mikro yang berdaftar dan memiliki lesen perniagaan dengan PBT merangkumi 10,692 penyewa premis PBT & Pasar Awam

5. Insentif pengecualian bayaran tapak perniagaan pasar tani, pasar malam dan pasar pagi di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada bulan April sehingga Oktober 2020 melibatkan peniaga PBT - 34,821 orang (Peniaga Pasar Malam dan Pasar Pagi) dan FAMA - 1,660 orang (Peniaga Pasar Tani)

6. Kerja-kerja disinfeksi dan sterilisasi oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pejabat Kerajaan, pusat jagaan orang tua, taman rekreasi, perhentian bas dan kawasan tumpuan awam.

Page 92: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

89

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Unit Modal Insan Johor juga melaksanakan Program Upskilling & Reskilling bagi membantu pekerja yang diberhentikan kerja akibat Covid-19 dan graduan menganggur bagi meningkatkan kebolehpasaran semasa di negeri Johor.

Page 93: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

90

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN B76 Berapakah populasi pengangguran di setiap bulan, daripada Februari ke Ogos? JAWAPAN YB TUAN MOHD IZHAR BIN AHMAD Angka terkini bagi pekerja-pekerja swasta yang telah kehilangan pekerjaan mengikut pecahan industri adalah berjumlah 4911 orang sebagaimana yang telah diperincikan seperti ternyata di dalam Lampiran B76 – Jadual PP/PPK/1 (0220). Antara inisiatif-inisiatif kerajaan bagi membantu pekerja yang hilang pekerjaan dalam tempoh PKP atau Pandemik COVID-19 yang sedang dipergiatkan oleh Unit SMI adalah seperti berikut :- 1. Sejajar dengan pembukaan semula ekonomi negara yang melibatkan beberapa sektor ekonomi yang telah kembali beroperasi dan menunjukkan tanda-tanda positif ke arah pemulihan dalam pasaran pekerjaan, justeru itu Program Minggu Kerjaya Johor akan dijadualkan berlangsung pada September 2020 ini. Program yang juga merupakan platform bagi individu yang sedang mencari pekerjaan serta majikan yang mencari pekerja bertemu ini akan dijalankan serentak di 3 lokasi meliputi 3 zon di seluruh negeri Johor iaitu Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Selatan. Bagi Zon Utara, program akan diadakan di Muar, bagi Zon Tengah program akan diadakan di Kluang manakala bagi Zon Selatan program akan diadakan di Johor Bahru. Penganjuran program ini juga akan mengambil kira Prosedur Standard Operasi (SOP) selain memberi pendedahan kepada masyarakat awam mengenai amalan normal baharu sesi temu duga bagi membendung penularan Covid-19. 2. Turut akan dilaksanakan adalah Program Peningkatan Kemahiran Teknikal Lepasan Siswazah dan SPM yang menyediakan peluang pembelajaran berterusan atau peluang kedua untuk meningkatkan kemahiran teknikal. Program ini menyasarkan penglibatan graduan yang masih menganggur selama setahun selepas tamat pengajian dan juga lepasan SPM. Menerusi program ini, para belia akan diberi pendedahan yang baharu berkenaan dengan keperluan kemahiran tambahan dalam pembangunan kemahiran bagi kesan jangka masa pendek dan panjang. 3. Selain itu, Unit SMI juga telah membuat hebahan di laman sosial Facebook pada 1 September 2020 serta hebahan kepada Pejabat- Pejabat Daerah, Pejabat-Pejabat DUN dan Penyelaras-Penyelaras DUN bagi mendapatkan penyertaan pelaksanaan Program Johor Upskilling and Reskilling. Program ini bertujuan untuk membantu rakyat Negeri Johor yang diberhentikan akibat pandemik COVID-19 melalui latihan kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran mengikut keperluan industri semasa di Negeri Johor dan meningkatkan peluang penempatan pekerjaan. Antara kursus bagi Fasa 1 yang akan dijalankan ialah bidang kimpalan, penyelenggaraan elektrik, penyelia keselamatan tapak bina dan pemasang perancah.

Page 94: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

Muka Surat : 1Tarikh : 02/09/2020

Jadual :ID Pegawai :

PP/PPK/1 (0220)MASLINA.M

PEMBERHENTIAN PEKERJA MENGIKUT KATEGORI INDUSTRI, WARGANEGARA DAN JANTINAPADA Tempoh: Tahun 2020

BAGI Kawasan: PEJABAT TENAGA KERJA NEGERI JOHOR/

ID Pegawai :

NOTA : L - LELAKI P - PEREMPUAN

1

Aktiviti hartanah

Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman

Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal

Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan

Pendidikan

Perlombongan dan Pengkuarian

Pengangkutan dan Penyimpanan

Kesenian, hiburan dan rekreasi

Aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial

Pertanian, Perhutanan dan Perikanan

Pembuatan

Aktiviti kewangan dan insuran/takaful

Maklumat dan komunikasi

Pembinaan

Aktiviti perkhidmatan lain

Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotordan motosikalPentadbiran awam dan pertahanan; aktiviti keselamatan sosialwajib

8

46

11

11

7

10

12

6

8

8

96

5

2

13

7

74

9

BILANGANMAJIKAN

45

1332

42

64

12

33

1056

169

113

105

3187

19

7

335

2

741

320

L

75

722

32

93

52

20

193

131

121

56

1766

26

1

152

36

692

524

P

120

2054

74

157

64

53

1249

300

234

161

4953

45

8

487

38

1433

844

JUMLAH

0

201

0

0

0

16

34

1

0

0

1614

0

0

9

0

64

5

L

0

8

0

0

0

2

0

0

0

0

1238

0

0

4

0

4

18

P

0

209

0

0

0

18

34

1

0

0

2852

0

0

13

0

68

23

JUMLAH

120

2263

74

157

64

71

1283

301

234

161

7805

45

8

500

38

1501

867

JUMLAHBESAR

30

491

25

15

2

9

312

36

38

87

1123

12

3

93

1

245

59

L

38

339

8

26

30

6

55

21

22

46

526

6

1

43

16

202

35

P

68

830

33

41

32

15

367

57

60

133

1649

18

4

136

17

447

94

JUMLAH

0

41

0

0

0

1

34

1

0

0

620

0

0

0

0

14

0

L

0

7

0

0

0

0

0

0

0

0

184

0

0

1

0

2

5

P

0

48

0

0

0

1

34

1

0

0

804

0

0

1

0

16

5

JUMLAH

68

878

33

41

32

16

401

58

60

133

2453

18

4

137

17

463

99

JUMLAHBESAR

JUMLAH PEKERJA SEBELUM DIBERHENTIKAN

TEMPATAN ASING

JUMLAH PEKERJA DIBERHENTIKAN

TEMPATAN ASING

KATEGORI INDUSTRI

7582 19444692 1274 2581 1420 711 19912274 3218 4001 91015492 4911JUMLAH 333

Page 95: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

91

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN B77 Berapakah pelajar yang berhenti sekolah dalam tempoh PKP sejak Mac ke Ogos, di sekolah rendah, sekolah menengah, kolej vokasional, kolej komuniti dan institusi pengajian tinggi di Johor? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Jumlah murid yang berhenti sekolah antara Mac 2020 hingga Ogos 2020: 1. Sekolah Menengah termasuk Kolej Vokasional – 868 Orang 2. Sekolah Rendah – 41 Orang Jumlah keseluruhan 909 orang bersamaan 0.16 peratus daripada bilangan keseluruhan murid di negeri Johor (574,987 orang) terdiri sekolah KPM dan swasta.

Page 96: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

92

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN B78 Berapakah jumlah kerugian ekonomi dan pecahannya mengikut sektor ekonomi dan daerah di Johor? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Mengkibol, kerajaan negeri tidak mempunyai data jumlah kerugian ekonomi mengikut sektor dan daerah di negeri Johor. Walau bagaimana pun jika dirujuk kepada prestasi ekonomi suku kedua di peringkat nasional mencatatkan penyusutan pada kadar -17.1% di mana kesemua sektor mengalami pertumbuhan negatif kecuali bagi sektor pertanian. Manakala jika berdasarkan anggaran KDNK bulanan, kemerosotan ketara berlaku dalam kesemua sektor pada April 2020. Namun prestasi ekonomi menampakkan pemulihan bermula Mei 2020 apabila sektor ekonomi telah dibuka secara berperingkat dan keadaan lebih baik pada Jun 2020 apabila kesemua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi Bagi negeri Johor, secara khususnya 6 segmen utama telah dikenal pasti mengalami kesan ketara akibat penularan wabak covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi global. 6 segmen tersebut adalah:

1. Sektor pelancongan 2. Perusahaan kecil dan sederhana 3. Pembuatan dan perdagangan 4. Sektor pembinaan dan harta tanah 5. Sektor pertanian 6. Tenaga kerja.

Sektor pelancongan merupakan sektor yang paling ketara kesannya kerana ianya merupakan sektor pertama yang terjejas dan dijangkakan hanya akan pulih dalam tempoh yang agak panjang. Penutupan sempadan amat memberi kesan kerana perbelanjaan pelancong asing telah menyumbang lebih 50 peratus kepada sektor pelancongan negeri. Jika dilihat indikator utama bagi sektor ini, bulan april telah merekodkan angka-angka terendah iaitu 9% bagi kadar penghunian hotel dan hanya 2,563 pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Pemulihan bagi sektor pelancongan telah pun direkodkan dengan ketara bermula Jun 2020 namun ianya hanya melibatkan segmen domestik. Manakala kedudukan pasaran tenaga kerja negeri Johor bagi suku kedua tahun ini terutama sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sehingga pertengahan Julai yang lalu terdapat 36 ribu pekerja negeri Johor (tidak termasuk warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura) telah terkesan iaitu 4,603 orang telah terlibat dalam pemberhentian secara tetap, 840 pemberhentian sukarela, 3,405 pemberhentian secara tetap dan 26,364 terlibat dalam pengurangan gaji. Walau bagaimanapun, berdasarkan laporan bulanan tenaga buruh yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan jumlah penduduk bekerja telah mula menunjukkan pemulihan iaitu penduduk bekerja telah meningkat semula kepada 1.72 juta orang pada Jun 2020 berbanding 1.58 juta orang pada Mei 2020.

Page 97: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

93

Dalam skop pelaburan khususnya sektor pembuatan, Pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan telah menjejaskan sasaran jumlah pelaburan pada tahun 2020 yang telah dianggarkan berjumlah RM9 bilion sebelum ini. Walau bagaimanapun, jumlah sebenar kerugian yang dialami oleh pelabur-pelabur sedia ada adalah belum dapat dipastikan sepenuhnya. Impak dari segi ekonomi kepada pelabur-pelabur dalam sektor pembuatan adalah seperti kejatuhan nilai perdagangan (import dan eksport), pengurangan permintaan dan penawaran akibat masalah rantaian bekalan serta pengurangan kemasukan pelaburan ke Negeri Johor. Dalam sektor pertanian, sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, jualan hasil pertanian, penternakan, perikanan dan industri asas tani terjejas dan menghadapi masalah pemasaran kerana kurangnya permintaan akibat penutupan pasar tani, penyedia makanan, perniagaan tepi jalan dan majlis keramaian. Pemborong pula hanya membeli hasil pertanian sekitar 30% ekoran lokasi jualan tidak dapat beroperasi (pasaran mengecil). Ini menyebabkan lambakan hasil kerana ianya tidak dapat dijual dan kebanyakan pengusaha yang menjual hasil mereka sendiri tidak dapat dijual menyebabkan hasil terjejas seperti sayur rosak dan terpaksa dibuang. Sehingga April 2020, nilai kerugian industri tanaman adalah sebanyak RM4,678,757.14 juta dengan melibatkan seramai 208 orang petani. Kuantiti yang tidak boleh dijual akibat COVID19 (kg) adalah sebanyak 4,268,774kg. Bagi nilai kerugian industri perikanan pula adalah sebanyak 6,699.06 tan dengan melibatkan 4,152 orang nelayan. Apabila kerajaan telah membenarkan pembukaan perkhidmatan penting pada Mei 2020, pemulihan bagi sektor pertanian semakin baik dan tidak banyak terjejas.

Page 98: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

94

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN B79 Apakah langkah untuk mempermudahkan atau meringkaskan prosedur permohonan lesen berniaga demi pemulihan ekonomi akibat PKP, di Pihak Berkuasa Tempatan? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Pertama, penjaja kecil akan diberikan lesen penjaja sementara sekiranya lokasi berniaga tidak menimbulkan kacau ganggu, kemalangan serta tidak meninggalkan peralatan setelah tamat perniagaan. Kedua, meringkaskan prosedur permohonan lesen berniaga. Ketiga, kaedah borang permohonan secara dalam talian iaitu e-PBT di mana permohonan lengkap, mematuhi syarat ditetapkan dan mematuhi SOP keselamatan PKPP. Keempat, pelaksanaan Inisiatif ‘Pendigitalan Borang Permohonan’ bagi menggantikan borang cetakan sedia-ada selaras meminimumkan urusan orang awam ke pejabat PBT. Status terkini borang tersebut di dalam proses pendigitalan secara berperingkat. Kelima, modul e-Khidmat yang membolehkan pemohon mengemukakan permohonan lesen perniagaan secara dalam talian. Modul ini boleh menerima permohonan lesen bagi lesen perniagaan berisiko dan tidak berisiko. Keenam, pengasingan kategori bagi permohonan lesen kepada berisiko dan tidak berisiko. Ia mengambil masa kurang daripada 5 hari bekerja untuk diperolehi dan akan diproses dalam tempoh 24 jam jika permohonan yang diterima memenuhi keperluan dokumen dan syarat ditetapkan. Ketujuh, lesen sementara juga dikeluarkan dalam tempoh mendapatkan ulasan jabatan untuk diproses bagi mendapatkan kelulusan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan. Pihak Pemilik Perniagaan perlu memastikan keperluan syarat dipenuhi bagi kelulusan segera lesen tersebut. Malah, jika tapak yang dipohon ada kekosongan, kelulusan akan diberikan secara terus.

Page 99: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

95

YB DATO’ SHARIFAH AZIZAH BINTI DATO’ SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN B80 Kadar pengangguran pasca COVID-19 adalah pada 173,000 sehingga 200,000 untuk negeri Johor. Apakah insentif daripada pihak berkuasa IRDA contohnya untuk menangani masalah pengangguran? JAWAPAN YB TUAN MOHD IZHAR BIN AHMAD Pelbagai tindakan pro-aktif serta inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani masalah pengangguran rakyat tempatan dan ini termasuk individu yang diberhentikan bekerja oleh majikan di Singapura. Kerajaan melalui IRDA dan pelbagai agensi lain berkaitan sentiasa memberi ruang dan peluang kepada individu yang memerlukan untuk meningkatkan kebolehan masing-masing dalam bidang keusahawanan mahupun kemahiran. Kerajaan secara dasarnya sentiasa berusaha mempelbagaikan program dan inisiatif untuk meningkatkan kebolehpasaran dan kemahiran termasuk dalam bidang keusahawanan tenaga kerja tempatan. Program dan inisiatif sedia ada diyakini boleh dilaksanakan secara khusus di Iskandar Malaysia bagi menangani masalah pengangguran di koridor ekonomi ini. Sebagai contoh, program Iskandar Malaysia Employment Grant (IMEG) yang telah dilaksanakan bermula tahun 2016 sehingga kini membuka peluang kepada pelbagai kategori kumpulan sasar untuk peluang pekerjaan di Iskandar Malaysia termasuk warga tempatan yang telah diberhentikan kerja di Singapura. Usaha bagi memperkasa dan memperluaskan program ini terus dilakukan dari masa ke semasa. Untuk makluman, pihak IRDA telah memohon peruntukan tambahan sebanyak RM3 JUTA daripada Kementerian Kewangan di bawah PENJANA dan masih menunggu keputusan Kementerian berhubung perkara berkenaan. Ingin dikongsikan juga bahawa IMEG adalah satu inisiatif bagi menggalakkan industri memberi peluang pekerjaan kepada golongan sasar yang telah dikenal pasti, terutama golongan tercicir. Golongan sasar yang dimaksudkan adalah graduan yang tidak bekerja, pekerja yang diberhentikan kerja (retrenched), graduan TVET sektor teknikal dan sektor perkhidmatan, graduan kemahiran terhad atau “dropouts” dan tidak mempunyai kelulusan, wanita, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan juga pesara. Inisiatif ini menggunakan kaedah berupa bantuan sebanyak 50% bayaran gaji pekerja selama 6 bulan, geran maksimum sebanyak RM2,500 sebulan untuk setiap pekerja yang diambil oleh majikan. Pelaksanaan program ini dapat membantu rakyat mendapat pekerjaan dengan lebih mudah. Selain geran berbentuk gaji, IRDA juga memberi geran latihan sekali bayaran bersamaan sebulan geran gaji yang diluluskan supaya pekerja yang diambil itu dapat menjalani latihan peningkatan kemahiran semasa bekerja di dalam industri. Geran ini disediakan untuk semua rakyat tempatan dari semua bangsa dan agama, dan dari pelbagai Industri di Iskandar Malaysia.

Page 100: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

96

YB DATO’ SHARIFAH AZIZAH BINTI DATO’ SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN B81 Apakah sumbangan dan kontribusi PBT-PBT di negeri Johor ketika COVID-19 terutama sekali kepada mereka yang terkesan dan berapakah insentif pengecualian-pengecualian bayaran sewaan tapak dan premis-premis di bawah PBT seluruh negeri Johor ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Antara insentif dan inisiatif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Negeri Johor 2020 terhadap sektor PKS adalah dalam bentuk pengecualian bayaran lesen perniagaan selama setahun bermula Januari hingga Disember 2020 yang melibatkan golongan peniaga seperti berikut :

• Peniaga yang menyewa premis milik PBT dan Pasar Awam berjumlah 10,692 peniaga. Peniaga PKS Johor yang beroperasi di premis milik Kerajaan Negeri yang diuruskan Perbadanan Usahawan Negeri Johor iaitu berjumlah 151 buah.

• PKS kategori mikro yang berdaftar dan memiliki lesen perniagaan dengan PBT iaitu sebanyak 11,737 di seluruh Negeri Johor.

• Bagi peniaga yang telah membuat pembayaran lesen perniagaan bagi tahun 2020, ia akan diselaraskan dengan bayaran lesen tahun 2021. Anggaran kos sebanyak RM2,370,778.00.

Implikasi kewangan akibat pengecualian bayaran lesen perniagaan ini akan ditampung melalui Geran Keseimbangan Negeri kepada PBT yang kurang berkemampuan. Kerajaan Negeri juga bersetuju bagi memberikan insentif pengecualian bayaran sewa premis bermula April hingga Disember kepada golongan berikut:-

• Peniaga yang menyewa premis milik PBT dan Pasar Awam berjumlah 10,692 peniaga. Anggaran kos: RM8,257,977.00.

• Peniaga PKS Johor beroperasi di premis milik Kerajaan Negeri yang diuruskan Perbadanan Usahawan Negeri Johor iaitu berjumlah 151 buah. Anggaran kos sebanyak RM2,268,000.00.

Page 101: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

97

YB DATO’ SHARIFAH AZIZAH BINTI DATO’ SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN B82 Berapakah jumlah bantuan tunai kepada mahasiswa yang tinggal di asrama IPTA di Johor dan apakah kriteria dan kaedah pelaksanaan bantuan tunai mahasiswa yang tinggal di asrama IPTA di Johor? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Berikut merupakan jumlah bantuan tunai kepada mahasiswa yang tinggal di asrama IPTA di Johor dan apakah kriteria dan kaedah pelaksanaan bantuan tunai mahasiswa yang tinggal di asrama IPTA di Johor:- 1. Bantuan Pendaftaran Bantuan dalam meringankan yuran pendaftaran kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih. Pada tahun 2020 YPJ memperuntukkan sebanyak RM 1.5 juta dengan anggaran penerima manfaat seramai 2,000 orang pelajar Jumlah Bantuan : Masih dalam tempoh permohonan dan sedang diproses. Bayaran kepada pelajar akan bermula pada 1 Oktober 2020. Kriteria Bantuan Pendaftaran 1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor. 2. Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah

Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah).

3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi. 4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih; 5. Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM

4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas.

6. Keutamaan akan diberikan kepada jumlah per kapita (jumlah pendapatan isi rumah / jum. tanggungan) yang paling minima.

7. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.

8. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain. 9. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar

YPJ 10.Kadar Bantuan adalah :

• Diploma : RM 500

• Ijazah Sarjana Muda : RM 1,000 Kaedah pelaksanaan Bantuan Pendaftaran 1. Pelajar membuat permohonan online. 2. Dokumen sokongan dihantar ke YPJ bagi tujuan semakan dan kelulusan 3. Bayaran akan dilaksanakan kepada pelajar yang Berjaya secara EFT (Electronic Fund

Transfer) terus kepada akaun pelajar.

Page 102: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

98

2. Bantuan Inisiatif Ihsan Johor. Bantuan tunai RM 200 kepada mahasiswa Anak Johor di semenanjung dan RM 300 di Sabah dan Sarawak yang terkandas di IPT yang terkandas semasa tempoh PKP akibat penularan COVID-19 yang telah melanda negara bar-baru ini. a. Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah diberi mandat oleh Pejabat Menteri Besar bagi

mendapatkan maklumat pelajar yang terkandas di kampus berikutan perintah kawalan pergerakan PKP.

b. Pejabat Menteri Besar Johor telah bersetuju memberikan bantuan tunai RM200 kepada mahasiswa Anak Johor di semenanjung dan RM 300 kepada mahasiswa Anak Johor di Sabah dan Sarawak yang terkandas di IPT. Untuk makluman, jumlah keseluruhan penerima bagi bantuan ini adalah seramai 4,861 orang melibatkan RM1.06 juta.

c. Bagi mahasiswa terkandas di asrama IPTA dan rumah sewa di Johor sahaja melibatkan seramai 762 orang iaitu 15% daripada jumlah keseluruhan dengan dana peruntukan sebanyak RM152,400.

Kriteria Bantuan Inisiatif Ihsan Johor. 1. Mahasiswa anak Johor yang terkandas di IPT yang lahir dan menetap di negeri Johor. 2. Mahasiswa bukan anak Johor yang terkandas di IPT tetapi telah menetap di negeri

Johor. 3. Mahasiswa/i anak / bukan anak Johor (bil 1 & 2) yang terkandas di IPT dan masih

menuntut secara aktif di universiti selama tempoh PKP dilaksanakan Kaedah pelaksanaan Bantuan Inisiatif Ihsan Johor.

1. Pembayaran melalui Persatuan Mahasiswa Anak Johor setiap IPT, atau 2. Bagi pelajar UTHM, UiTM, Politeknik, Kolej Komuniti serta Institut Perguruan Guru,

pembayaran melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar / Bendahari IPT. Untuk makluman, permohonan perlu mendapat pengesahan HEP IPT sebelum pembayaran dilakukan dan keperluan mengemukakan laporan perbelanjaan serta dokumen sokongan bagi peruntukan yang diberikan.

Page 103: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

99

BIL NAMA IPT (ASRAMA DI JOHOR)JUMLAH

PELAJARRM

1 UiTM Kampus Pasir Gudang 20 RM4,000

2 UiTM Kampus Segamat 36 RM7,200

3 Politeknik Metro Johor Bahru 6 RM1,200

4 Politeknik Ibrahim Sultan 54 RM10,800

5 Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail 8 RM1,600

6 Politeknik Mersing 45 RM9,000

7 Universiti Kuala Lumpur Pasir Gudang 13 RM2,600

8Universiti Teknologi Malaysia Kampus

Skudai211 RM42,200

9 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 324 RM64,800

10Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM) Kampus Pagoh30 RM6,000

11 Kolej Komuniti Pasir Gudang 5 RM1,000

12 Kolej Komuniti Bandar Penawar 1 RM200

13 Kolej Komuniti Bandar Tenggara 4 RM800

14 Kolej Komuniti Segamat 5 RM1,000

JUMLAH 762 RM152,400

Page 104: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

100

YB DATO’ SHARIFAH AZIZAH BINTI DATO’ SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN B83 Apakah langkah fiskal yang sedang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi memastikan kedudukan kewangan negeri kekal stabil dan apakah status kewangan negeri Johor ketika ini, memandangkan pandemik COVID-19 telah menurunkan prestasi ekonomi dunia ketika ini. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk pengetahuan YB Penawar, 2020 merupakan tahun yang luar biasa bagi pengurusan kewangan negeri Johor kerana selain daripada cabaran­cabaran kitaran ekonomi dunia, penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan kepada ekonomi global seterusnya menyebabkan berlaku ketidakseimbangan yang boleh menjejaskan pengurusan kewangan negeri Johor terutamanya dalam kutipan hasil. Kerajaan Negeri pada 3 Ogos 2020 telah mengunjurkan berlaku pengurangan hasil yang ketara berbanding tahun lepas (2019) iaitu sebanyak RM256 juta walaupun anggaran dijangkakan berlaku peningkatan hasil ekoran pelaksanaan Pindaan Cukai Tanah. Jangkaan hasil yang paling ketara menurun daripada komponen Pentadbiran Tanah seperti Bayaran Pendaftaran Tanah, Lesen Tanah Dan Galian. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan semua urusan Pendaftaran Tanah tidak dapat dilakukan berikutan penutupan kaunter urusan. Hasil juga didapati menurun disebabkan oleh beberapa insentif pengecualian dan penangguhan bayaran beberapa perkhidmatan kerajaan yang diberikan dalam Pakej-pakej Rangsangan Ekonomi dalam usaha menangani kesan COVID-19. Kerajaan Negeri mengambil langkah komprehensif untuk melaksanakan semakan semula Belanjawan 2020 dengan meneliti semula perbelanjaan-perbelanjaan jabatan seluruh Negeri Johor sama ada perbelanjaan mengurus mahupun pembangunan supaya ianya dibelanjakan secara berhemah dengan pendekatan pro-rakyat. Semakan semula belanjawan juga mengambil kira peruntukan sebanyak RM174.46 juta bagi pelaksanaan 54 inisiatif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor dapat dilaksanakan. Atas dasar tersebut, Kerajaan Negeri akan melaksanakan konsolidasi fiskal kepada semua Pusat Tanggungjawab dan Pegawai-pegawai bagi memastikan perbelanjaan yang dibuat mampu menggerakkan ekonomi negeri Johor secara holistik ke arah yang berdaya tahan dan makmur.

Page 105: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

101

YB DATO’ SHARIFAH AZIZAH BINTI DATO’ SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN B84 Apakah program-program yang boleh dijalankan di bawah SIJORI Growth Triangle dan apakah kesediaan kerajaan negeri untuk menjalankannya? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Penawar, antara program yang boleh dijalankan adalah berkaitan pemerkasaan ekonomi yang melibatkan ketiga-tiga kawasan iaitu negeri Johor, negara Singapura dan provinsi (kepulauan) Riau. Program ini perlu dihidupkan semula selaras dengan tujuan utama penubuhan Segi Tiga Pertumbuhan SIJORI pada tahun 1989 yang bertujuan untuk menguatkan rantaian ekonomi dan memastikan ketiga-tiga kawasan ini saling melengkapi bagi pembangunan yang saksama. Selain daripada itu, peranan Segi Tiga Pertumbuhan SIJORI ini juga boleh dikembangkan dengan mengambil contoh program-program yang dijalankan di bawah SOSEK MALINDO yang berteraskan tiga bidang kerjasama iaitu:

1. Bidang Sosial dan Budaya 2. Bidang Ekonomi, Perdagangan dan Perhubungan 3. Bidang Keselamatan dan Perhubungan Sempadan

Selain itu, Segi Tiga Pertumbuhan SIJORI juga dilihat berpotensi untuk dijadikan sebagai platform kepada pemerkasaan hab halal di rantau ini dengan menggunakan kedudukan segi tiga ini yang strategik untuk memasarkan produk-produk halal dari negeri Johor ke luar negara, khususnya pasaran halal terbesar yang terletak di Indonesia. Ianya, akan menggalakkan kerjasama antara ketiga-tiga kawasan bagi kebaikan bersama dan mengelakkan persaingan sesama sendiri. Kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk menjalankan inisiatif seumpama ini yang dilihat akan memberi banyak manfaat kepada negeri Johor khususnya dalam merangsang ekonomi pasca pandemik COVID-19. Oleh yang demikian, inisiatif Segi Tiga Pertumbuhan SIJORI ini diletakkan sebagai salah satu daripada tujuh ikhtiar makmur Johor yang telah diumumkan sebelum ini. Pada ketika ini pihak kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bersama pihak-pihak berkepentingan bagi meneliti bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan, implikasi serta manfaat kepada negeri Johor sekiranya kerjasama ini diaktifkan semula sebelum tindakan selanjutnya diambil. Pastinya, kerjasama yang akan dijalin kelak bakal meningkatkan kadar pertumbuhan pelaburan dan ekonomi serantau dalam bidang-bidang tertentu.

Page 106: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

102

YB TUAN DR. SULAIMAN BIN MOHD NOR (KEMELAH) SOALAN B85 Apakah status pelaksanaan Prosedur Operasi Piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sekolah-sekolah dalam negeri Johor serta keberkesanan pelaksanaan? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Jabatan Pendidikan Negeri Johor sentiasa memastikan dan memantau semua sekolah di bawah seliaan KPM dan sekolah swasta sebelum pembukaan sekolah pada 24 Jun 2020 dan pemantauan berterusan selepas tarikh pembukaan semula sekolah agar mematuhi SOP sebagaimana dikeluarkan KPM/KKM/MKN merangkumi normal baharu mengelakkan 3C dan mengamalkan 3W. Amalan pengambilan suhu badan dilakukan ketika murid hadir di pintu masuk dan penjarakan fizikal sepanjang waktu persekolahan sementara murid bergejala dan suhu 37.5 darjah Celsius ke atas akan ditempatkan di Bilik Isolasi sebelum tindakan lanjut oleh pihak KKM atau diambil ibu bapa. Pemantauan pegawai-pegawai JPN Johor/PPD melibatkan semua sekolah di negeri Johor sebelum, semasa dan selepas pembukaan bagi memastikan kepatuhan SOP menangani wabak Covid-19 yang ditetapkan KPM/KKM/MKN. Semua sekolah mematuhi SOP ditetapkan dan tiada kes penularan wabak Covid-19 di sekolah-sekolah yang dilaporkan.

Page 107: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

103

YB TUAN DR. SULAIMAN BIN MOHD NOR (KEMELAH) SOALAN B86 Berapakah jumlah warga Johor yang bekerja di Singapura hilang pekerjaan akibat wabak Covid-19 dan langkah kerajaan negeri membantu mereka? JAWAPAN YB TUAN MOHD IZHAR BIN AHMAD Angka terkini bagi pekerja-pekerja swasta yang telah kehilangan pekerjaan mengikut pecahan industri adalah berjumlah 4911 orang sebagaimana yang telah diperincikan seperti ternyata di dalam Lampiran B86 – Jadual PP/PPK/1 (0220). Antara inisiatif-inisiatif kerajaan bagi membantu pekerja yang hilang pekerjaan dalam tempoh PKP atau Pandemik COVID-19 yang sedang dipergiatkan oleh Unit SMI adalah seperti berikut :- 1. Sejajar dengan pembukaan semula ekonomi negara yang melibatkan beberapa sektor ekonomi yang telah kembali beroperasi dan menunjukkan tanda-tanda positif ke arah pemulihan dalam pasaran pekerjaan, justeru itu Program Minggu Kerjaya Johor akan dijadualkan berlangsung pada September 2020 ini. Program yang juga merupakan platform bagi individu yang sedang mencari pekerjaan serta majikan yang mencari pekerja bertemu ini akan dijalankan serentak di 3 lokasi meliputi 3 zon di seluruh negeri Johor iaitu Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Selatan. Bagi Zon Utara, program akan diadakan di Muar, bagi Zon Tengah program akan diadakan di Kluang manakala bagi Zon Selatan program akan diadakan di Johor Bahru. Penganjuran program ini juga akan mengambil kira Prosedur Standard Operasi (SOP) selain memberi pendedahan kepada masyarakat awam mengenai amalan normal baharu sesi temu duga bagi membendung penularan Covid-19. 2. Turut akan dilaksanakan adalah Program Peningkatan Kemahiran Teknikal Lepasan Siswazah dan SPM yang menyediakan peluang pembelajaran berterusan atau peluang kedua untuk meningkatkan kemahiran teknikal. Program ini menyasarkan penglibatan graduan yang masih menganggur selama setahun selepas tamat pengajian dan juga lepasan SPM. Menerusi program ini, para belia akan diberi pendedahan yang baharu berkenaan dengan keperluan kemahiran tambahan dalam pembangunan kemahiran bagi kesan jangka masa pendek dan panjang. 3. Selain itu, Unit SMI juga telah membuat hebahan di laman sosial Facebook pada 1 September 2020 serta hebahan kepada Pejabat- Pejabat Daerah, Pejabat-Pejabat DUN dan Penyelaras-Penyelaras DUN bagi mendapatkan penyertaan pelaksanaan Program Johor Upskilling and Reskilling. Program ini bertujuan untuk membantu rakyat Negeri Johor yang diberhentikan akibat pandemik COVID-19 melalui latihan kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran mengikut keperluan industri semasa di Negeri Johor dan meningkatkan peluang penempatan pekerjaan. Antara kursus bagi Fasa 1 yang akan dijalankan ialah bidang kimpalan, penyelenggaraan elektrik, penyelia keselamatan tapak bina dan pemasang perancah.

Page 108: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

Muka Surat : 1Tarikh : 02/09/2020

Jadual :ID Pegawai :

PP/PPK/1 (0220)MASLINA.M

PEMBERHENTIAN PEKERJA MENGIKUT KATEGORI INDUSTRI, WARGANEGARA DAN JANTINAPADA Tempoh: Tahun 2020

BAGI Kawasan: PEJABAT TENAGA KERJA NEGERI JOHOR/

ID Pegawai :

NOTA : L - LELAKI P - PEREMPUAN

1

Aktiviti hartanah

Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman

Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal

Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan

Pendidikan

Perlombongan dan Pengkuarian

Pengangkutan dan Penyimpanan

Kesenian, hiburan dan rekreasi

Aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial

Pertanian, Perhutanan dan Perikanan

Pembuatan

Aktiviti kewangan dan insuran/takaful

Maklumat dan komunikasi

Pembinaan

Aktiviti perkhidmatan lain

Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotordan motosikalPentadbiran awam dan pertahanan; aktiviti keselamatan sosialwajib

8

46

11

11

7

10

12

6

8

8

96

5

2

13

7

74

9

BILANGANMAJIKAN

45

1332

42

64

12

33

1056

169

113

105

3187

19

7

335

2

741

320

L

75

722

32

93

52

20

193

131

121

56

1766

26

1

152

36

692

524

P

120

2054

74

157

64

53

1249

300

234

161

4953

45

8

487

38

1433

844

JUMLAH

0

201

0

0

0

16

34

1

0

0

1614

0

0

9

0

64

5

L

0

8

0

0

0

2

0

0

0

0

1238

0

0

4

0

4

18

P

0

209

0

0

0

18

34

1

0

0

2852

0

0

13

0

68

23

JUMLAH

120

2263

74

157

64

71

1283

301

234

161

7805

45

8

500

38

1501

867

JUMLAHBESAR

30

491

25

15

2

9

312

36

38

87

1123

12

3

93

1

245

59

L

38

339

8

26

30

6

55

21

22

46

526

6

1

43

16

202

35

P

68

830

33

41

32

15

367

57

60

133

1649

18

4

136

17

447

94

JUMLAH

0

41

0

0

0

1

34

1

0

0

620

0

0

0

0

14

0

L

0

7

0

0

0

0

0

0

0

0

184

0

0

1

0

2

5

P

0

48

0

0

0

1

34

1

0

0

804

0

0

1

0

16

5

JUMLAH

68

878

33

41

32

16

401

58

60

133

2453

18

4

137

17

463

99

JUMLAHBESAR

JUMLAH PEKERJA SEBELUM DIBERHENTIKAN

TEMPATAN ASING

JUMLAH PEKERJA DIBERHENTIKAN

TEMPATAN ASING

KATEGORI INDUSTRI

7582 19444692 1274 2581 1420 711 19912274 3218 4001 91015492 4911JUMLAH 333

Page 109: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

104

YB TUAN DR. SULAIMAN BIN MOHD NOR (KEMELAH) SOALAN B87 Siapakah ahli dalam Jawatankuasa Reformasi Ekonomi Negeri (State Economic Reform Committee) dan bilakah hasil dapatan jawatankuasa ini akan dibentang kepada umum? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Kemelah, ahli dalam Jawatankuasa Reformasi Ekonomi Negeri atau kini dikenali sebagai Ibrahim Johor Economic Council (IJEC) adalah terdiri daripada mereka yang berwibawa dan berkaliber dari sektor kerajaan dan swasta, pakar-pakar ekonomi, para pemain industri utama dan individu yang berpengalaman di samping berupaya memberikan sumbangan dalam bentuk pandangan dan input untuk bersama-sama mencambah idea membawa negeri Johor untuk mencapai matlamat kemakmuran bersama. Mesyuarat pertama IJEC telah diadakan pada 6 Julai 2020, beberapa dapatan telah diperolehi antaranya keperluan kepada kerajaan negeri untuk meningkatkan kerjasama dan tadbir urus antara kerajaan persekutuan dan sektor swasta. Bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri Johor, inisiatif digital perlu diberi penekanan oleh kerajaan. Sehubungan itu, kerajaan dalam proses penyediaan Pelan Hala tuju Digital negeri Johor. Selain itu, tumpuan juga diberikan terhadap sektor pelancongan domestik dengan menggalakkan lagi promosi tempat-tempat menarik kepada pelancongan tempatan.

Page 110: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

105

Senarai ahli-ahli Ibrahim Johor Economic Council (IJEC) adalah sebagaimana berikut:

NO NAMA JAWATAN

1 YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad (Chairman)

Menteri Besar Johor

2 YB Dato’ Haji Azmi Bin Rohani Johor State Secretary

3 YBhg Tan Sri Dato’ Dr Ali Hamsa Deputy Chairman Johor Corporation

4 YB Dato’ Hj A. Rahim Bin Hj Nin Johor State Financial Officer (PKN)

5 YBhg Datuk Syed Mohamed bin Syed Ibrahim

President/Chief Executive Johor Corporation

6 YBhg Datuk Md Ariff Mahmood Executive Vice President & Chief Executive Officer Downstream, PETRONAS

7 YBhg Datuk Ismail Ibrahim Chief Executive Iskandar Regional Development Authority (IRDA)

8 YBhg Datuk Shahril Ridza Ridzuan

Managing Director Khazanah Nasional Berhad

9 YBhg Tan Sri Dato’ Sri Liew Kee Sin

Executive Chairman EcoWorld Malaysia

10 YBhg Tan Sri Datuk Dr. Kamal Salih

Chairman Malaysian Institute of Economic Research (MIER)

11 YBhg Datuk Rosman Mohamed Chief Executive Officer Bank Rakyat

12 YBhg Dr. Abdul Razak Ahmad Director Bait Al-Amanah

13 YB Dato’ Dr Badrul Hisham bin Kassim

Johor Deputy State Secretary (Development) / Head of Secretariat

Page 111: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

106

YB TUAN DR. SULAIMAN BIN MOHD NOR (KEMELAH) SOALAN B88 Apakah usaha yang dibuat Majlis Agama Islam Negeri Johor dalam membantu usahawan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan? JAWAPAN YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI Menyedari bahawa ramai daripada golongan peniaga kecil dan juga usahawan asnaf di bawah seliaan MAINJ terjejas dan hilang pendapatan di sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berjalan, MAINJ telah mengambil inisiatif menyalurkan bantuan kepada mereka ini sebagaimana berikut : 1. Bantuan “one off” RM500.00 kepada 200 usahawan asnaf seliaan MAINJ di seluruh

Johor dengan peruntukan RM100,000.00.

2. Bekerjasama dengan Tabung Haji Negeri Johor di bawah Program Musaadah Tabung Haji untuk peniaga kecil bukan asnaf yang terkesan dengan PKP dengan bantuan sebanyak RM300.00 kepada 616 orang peniaga di seluruh Johor dengan peruntukan sebanyak RM184,800.00.

3. Bekerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad di bawah Program Bantuan Peniaga Micro dengan bantuan sebanyak RM250.00 kepada 100 peniaga di seluruh Johor.

Kesemua peniaga yang disenaraikan ini telah menerima bantuan masing-masing pada tempoh PKP berlangsung.

Page 112: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

107

YB TUAN HAJI RASMAN BIN ITHNAIN (SEDILI) SOALAN B90 Apakah perancangan kerajaan negeri Johor bagi pembangunan di Pekan Sedili sebagaimana usul mantan-mantan MB Johor terdahulu kepada KPRJ dalam usaha untuk membangunkan Pekan Sedili yang semakin menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Sedili, pihak KPRJ telah menyediakan kertas kajian cadangan bertarikh 4 Julai 2017 bersama dengan Pihak MDKT dalam membuat penyelarasan dengan menubuhkan kumpulan Kemajuan Pembangunan Pekan Sedili (Focus Group Development) yang telah melibatkan beberapa agensi kerajaan. Akan tetapi, kemajuan laporan kertas kerja ini ditangguhkan kerana memberi laluan kepada Pilihan raya Umum ke-14 sehingga kerajaan membuat keputusan sama ada untuk meneruskannya ataupun sebaliknya. Justeru itu, kertas kerja ini perlu diangkat dan dipertimbangkan semula oleh Pihak Berkuasa Tempatan Kota Tinggi ataupun pihak Kejora bagi meneruskan pembangunan tersebut. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri sentiasa komited untuk membangunkan seluruh pelosok Johor mengikut kebitaraan masing-masing khususnya kawasan-kawasan tumpuan antaranya yang melibatkan konteks pelaburan, pelancongan dan pembangunan ekonomi sosial. Segala pembangunan akan dijana sebaiknya mengikut proses dan objektif yang telah direncanakan. Maka itu, pembangunan pekan Sedili juga akan menjadi salah sebuah fokus kepada pihak kerajaan dalam proses pemerkasaan kemajuan pelancongan dan sosial di Johor.

Page 113: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

108

YB TUAN HAJI RASMAN BIN ITHNAIN (SEDILI) SOALAN B91 Sejauh manakah tindakan kerajaan Johor untuk melaksanakan pelebaran jalan serta membina jalan antara Bandar Penawar ke Mersing di sepanjang pesisir pantai sepertimana yang pernah diusulkan dalam pembentangan bajet yang terdahulu? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini Kerajaan Negeri masih belum ada perancangan untuk menaik taraf di laluan tersebut atau membina jalan baru. Walau bagaimanapun, sekiranya ada keperluan Kerajaan Negeri akan membuat kajian lanjut sebelum projek tersebut dapat dilaksanakan.

Page 114: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

109

YB TUAN HAJI RASMAN BIN ITHNAIN (SEDILI) SOALAN B92 Tanjung Sedili semakin dikenali sebagai kawasan pelancongan dan sentiasa menjadi tumpuan orang ramai terutama pada hari minggu dan cuti umum. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk melebarkan jalan sedia ada bermula dari Kampung Mawai sehingga ke Pantai Telok Mahkota? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat Sedili, pada masa ini Kerajaan Negeri masih belum ada perancangan untuk menaik taraf laluan tersebut atau membina jalan baru. Walau bagaimanapun, sekiranya ada keperluan Kerajaan Negeri akan membuat kajian lanjut sebelum projek tersebut dapat dilaksanakan.

Page 115: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

110

YB TUAN HAJI RASMAN BIN ITHNAIN (SEDILI) SOALAN B93 Pihak PAJ telah menjanjikan perkhidmatan bas awam dari Bandar Kota Tinggi ke Pekan Sedili bermula September 2019 namun masih tiada tindakan. Apakah usaha kerajaan negeri dalam membantu menaik taraf sistem pengangkutan awam di Pekan Sedili dan rangkaian kampung di sekitarnya? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat Sedili, perbincangan bersama ADUN di kawasan tersebut telah dilaksanakan dan semakan laluan serta kajian juga telah dijalankan bagi mendapatkan pandangan penduduk terhadap kesesuaian laluan tersebut untuk dilaksanakan. Perkara ini telah diperincikan dan akan dibentangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) bagi mendapatkan kelulusan. Proses terkini adalah pihak perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) sedang menunggu kelulusan daripada MMK berkaitan laluan yang dicadangkan ini.

Page 116: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

111

YB TUAN HAJI SHEIKH ‘UMAR BAGHARIB BIN ALI (PALOH) SOALAN B94 Mohon nyatakan usaha kerajaan negeri membantu peniaga di Bazar Arena Warna Ayer Hitam terutamanya apabila mereka terkesan dengan pandemik COVID-19. JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Pertama, pengecualian bayaran sewa selama 9 bulan. Kedua, pengecualian sewaan kepada 90 penyewa di Arena Warna Ayer Hitam secara keseluruhannya sebanyak RM202,500.00 bayaran sewa selama 9 bulan (April hingga Disember 2020). Ketiga, mempromosi Arena Warna melalui rancangan Singgah musim Ke-2 yang disiarkan di RTM pada 13hb Ogos 2020.

Page 117: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

112

YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR (SEMERAH) SOALAN B95 Nyatakan jumlah belia yang menganggur sejak Mac 2020 akibat impak COVID-19 serta apakah tindakan jangka pendek serta jangka panjang yang diusahakan oleh kerajaan negeri. Pecahan mengikut daerah. JAWAPAN YB DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI Daripada Survei Tenaga Buruh (STB) yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, adalah dianggarkan jumlah penganggur belia di negeri Johor pada Suku Tahun Pertama (ST1) 2020 adalah seramai 42,900 orang dengan kadar pengangguran 6.3%. Manakala pada Suku Tahun Kedua (ST2) kadar pengangguran belia di negeri Johor meningkat kepada 7.8% dengan bilangan belia menganggur bertambah seramai 7,600 orang menjadikan jumlah 50,500 orang belia. Kerajaan Negeri dengan bantuan daripada kerajaan pusat sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan pintu sempadan Singapura dapat dibuka dalam kadar segera bagi memastikan peluang pekerjaan orang Johor termasuklah golongan belia dapat diteruskan. Bagi meningkatkan daya saing anak muda dalam membina kerjaya dan daya saing terutamanya pada tempoh yang genting ini, kerajaan negeri sedang berusaha bersama-sama IKBN untuk reskiling dan upskilling kepada anak-anak muda terutamanya yang tiada pekerjaan disebabkan oleh wabak Covid-19 yang melanda negara kita. Program ini melibatkan pelbagai jabatan dalam IKBN seperti : 1. Jabatan Hospitaliti 2. Jabatan Perhotelan 3. Jabatan Minyak dan Gas. Jabatan-jabatan ini pula akan terbahagi kepada sijil-sijil tertentu : 1. Jabatan Hospitaliti : Sijil Teknologi Penyediaan Pastri dan Sijil Teknologi Penyediaan

Makanan 2. Jabatan Perhotelan: Sijil Teknologi Kaunter Hadapan dan Sijil Teknologi Pengemasan. 3. Jabatan Minyak dan Gas : Kursus Kimpalan (AWS), Basic Inspection Welding (BIW),

Welder Qualification Test (WQT) dan Health, Safety and Environment (HSE). Selain IKBN, kerajaan juga telah mewujudkan sebuah lagi institut kemahiran iaitu Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBNP) di Pagoh,Muar. IKTBNP telah ditubuhkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-7 (RMK-7) bagi menepati keperluan semasa di sektor industri. Tujuan penubuhan IKTBNP adalah untuk menampung permintaan tenaga mahir yang semakin meningkat dan seterusnya dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan tenaga mahir negara. Kursus ini merangkumi konsep asas mesin, penggunaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan kuasa, kerja-kerja melarik, mengisar, mencanai membentuk serta memeriksa dan menilai hasil kerja menggunakan pelbagai peralatan. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5.

Page 118: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

113

Selain itu di peringkat kerajaan persekutuan, satu program yang dikenali sebagai Program Skim Perantisan Nasional (SPN) telah dilancarkan atas inisiatif kolaborasi rentas kementerian yang diterajui oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kerja Raya. SPN ini diwujudkan bagi membantu golongan belia yang berhadapan dengan kesukaran mendapatkan pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran ekoran pandemik Covid-19. SPN yang berkonsepkan 'penempatan dan latihan' terbuka untuk belia berusia 35 tahun dan ke bawah, sama ada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sijil kemahiran, graduan diploma atau ijazah sarjana muda yang diiktiraf kerajaan Malaysia. Perantis terpilih akan menerima elaun sehingga RM2,000 sebulan daripada majikan yang menyertai program itu, dan dalam tempoh penempatan, perantis akan sentiasa dinilai serta diberi latihan kemahiran bersesuaian oleh majikan masing-masing. Program Perantisan ini akan menyediakan lebih 10,000 peluang pengalaman bekerja kepada golongan belia di sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan. Kerajaan Negeri Johor pula menerusi Unit Strategik Modal Insan (SMI) mengambil tanggungjawab untuk membantu menurunkan kadar pengangguran dengan beberapa inisiatif. Antara inisiatif yang sedang dipergiatkan oleh Unit SMI ialah : 1. Sejajar dengan pembukaan semula ekonomi negara yang melibatkan beberapa sektor ekonomi telah beroperasi dan menunjukkan tanda pemulihan dalam pasaran pekerjaan, justeru itu Program Karnival Kerjaya Johor akan dijadualkan berlangsung pada September 2020 ini. Program ini akan dijalankan serentak di 3 lokasi meliputi 3 zon; Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Selatan. Zon Utara akan diadakan di Muar, Zon Tengah di Kluang manakala Zon Selatan di Johor Bahru. Penganjuran program ini juga akan mengambil kira Prosedur Standard Operasi (SOP) dan mendedahkan kepada rakyat dengan temu duga amalan normal baharu untuk mengawal penularan Covid-19. 2. Program Peningkatan Kemahiran Teknikal Lepasan Siswazah dan SPM yang membuka peluang pembelajaran berterusan atau peluang kedua untuk meningkatkan kemahiran teknikal. Program ini menyasarkan penglibatan graduan yang masih menganggur selama setahun selepas tamat pengajian dan juga lepasan SPM. Menerusi program ini, para belia akan diberi pendedahan yang baharu berkenaan dengan keperluan kemahiran tambahan dalam pembangunan kemahiran bagi kesan jangka masa pendek dan panjang. 3. Selain itu, Unit SMI juga telah membuat hebahan di laman sosial Facebook pada 1 September 2020 serta hebahan kepada Pejabat- Pejabat Daerah, Pejabat-pejabat DUN dan Penyelaras-penyelaras DUN bagi mendapatkan penyertaan pelaksanaan Program Johor Upskilling and Reskilling. Program ini bertujuan untuk membantu rakyat Negeri Johor yang diberhentikan akibat pandemik COVID-19 melalui latihan kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran mengikut keperluan industri semasa di Negeri Johor dan meningkatkan peluang penempatan pekerjaan. Antara kursus bagi Fasa 1 yang akan dijalankan ialah bidang kimpalan, penyelenggaraan elektrik, penyelia keselamatan tapak bina dan pemasang perancah. 4. Kerajaan juga akan memperkenalkan Johor Youth Digital Entrepreneurship, salah satu program bagi memperkasakan kemahiran “berniaga secara online”. Ini bagi memastikan belia mendapat kemahiran yang mencukupi dan mampu melaksanakan perniagaan mereka secara online selari dengan konsep Digital Johor.

Page 119: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

114

YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR (SEMERAH) SOALAN B96 Nyatakan peruntukan yang telah guna pakai dari peruntukan sedia ada bagi membangunkan usahawan luar bandar serta berapa yang telah diterima oleh usahawan dalam kawasan DUN Semerah JAWAPAN YB TUAN MOHD IZHAR BIN AHMAD Bagi makluman YB Semerah, peruntukkan yang telah diguna pakai dan salurkan melalui program Geran Orang Lokal 2019 oleh PUJB bagi membantu membangunkan usahawan di daerah Batu Pahat termasuk usahawan luar bandar adalah sebanyak RM180,323.00. Ianya telah memanfaatkan seramai 42 usahawan. Namun begitu, butiran secara terperinci mengikut DUN tidak diperolehi memandangkan data yang dikumpul hanya dikategorikan mengikut daerah.

Page 120: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

115

YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR (SEMERAH) SOALAN B97 Nyatakan kedudukan kewangan serta ekonomi negeri Johor bagi suku kedua 2020 serta pecahan mengikut daerah. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Sebagai makluman YB Semerah, pihak Jabatan Perangkaan Malaysia tidak menerbitkan prestasi pertumbuhan ekonomi yang diukur melalui nilai Keluaran Dalam Negara Kasar secara sukuan mengikut negeri. Namun keadaan semasa ekonomi negeri turut dapat dilihat menerusi prestasi ekonomi di peringkat nasional kerana struktur ekonomi yang tidak jauh berbeza. Secara keseluruhan kedudukan kewangan kerajaan negeri adalah stabil walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk kenaikan kos operasi dan keadaan ekonomi yang mencabar. Prestasi kutipan hasil Kerajaan Negeri masih di tahap yang rendah dibandingkan dengan anggaran asal dan berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. Amnya, prestasi ekonomi suku kedua di peringkat nasional mencatatkan penyusutan pada kadar -17.1% di mana kesemua sektor mengalami pertumbuhan negatif kecuali bagi sektor pertanian. Manakala jika berdasarkan anggaran KDNK bulanan, kemerosotan ketara berlaku dalam kesemua sektor pada April 2020. Namun prestasi ekonomi menampakkan pemulihan bermula Mei 2020 apabila sektor ekonomi telah dibuka secara berperingkat dan keadaan lebih baik pada Jun 2020 apabila kesemua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi. Sehingga 30 Jun 2020, prestasi kutipan hasil adalah sebanyak RM846 juta atau 47.4 peratus berbanding kutipan sama pada tahun lalu sebanyak RM917 juta atau 53.9 peratus. Prestasi perbelanjaan mengurus pula mencatatkan sebanyak RM625.38 juta atau 35 peratus. Secara keseluruhannya prestasi kewangan negeri Johor pada suku tahun kedua tahun 2020 mengalami lebihan sebanyak RM220.9 juta. Bagi negeri Johor, secara khususnya 6 segmen utama telah dikenal pasti mengalami kesan ketara akibat penularan wabak covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi global. segmen tersebut adalah:

1. Sektor pelancongan 2. Perusahaan kecil dan sederhana 3. Pembuatan dan perdagangan 4. Sektor pembinaan dan harta tanah 5. Sektor pertanian dan; 6. Tenaga kerja.

Sektor pelancongan merupakan sektor yang paling ketara kesannya kerana ianya merupakan sektor pertama yang terjejas dan dijangkakan hanya akan pulih dalam tempoh yang agak panjang. Penutupan sempadan amat memberi kesan kerana perbelanjaan pelancong asing telah menyumbang lebih 50 peratus kepada sektor pelancongan negeri. Jika dilihat indikator utama bagi sektor ini, bulan April telah merekodkan angka-angka terendah iaitu 9% bagi kadar penghunian hotel dan hanya 2,563 pergerakan penumpang di

Page 121: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

116

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Pemulihan bagi sektor pelancongan telah pun direkodkan dengan ketara bermula Jun 2020 namun ianya hanya melibatkan segmen domestik. Selain itu juga, pengeluaran sektor pertanian juga turut mencatatkan penurunan terutama pada Mei 2020 dengan pengeluaran terendah pada nilai RM38 juta sahaja bagi kategori tanaman utama. Namun setelah ekonomi mula dibuka secara berperingkat nilai pengeluaran telah mula meningkat kepada RM157 juta bagi bulan Jun 2020. Manakala kedudukan pasaran tenaga kerja negeri Johor bagi suku kedua tahun ini terutama sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sehingga pertengahan Julai yang lalu terdapat 36 ribu pekerja negeri Johor (tidak termasuk warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura) telah terkesan iaitu 4,603 orang telah terlibat dalam pemberhentian secara tetap, 840 orang pemberhentian sukarela, 3,405 pemberhentian secara tetap dan 26,364 terlibat dalam pengurangan gaji. Walau bagaimanapun, berdasarkan laporan bulanan tenaga buruh yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan jumlah penduduk bekerja telah mula menunjukkan pemulihan iaitu penduduk bekerja telah meningkat semula kepada 1.72 juta orang pada Jun 2020 berbanding 1.58 juta orang pada Mei 2020.

Page 122: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

117

YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR (SEMERAH) SOALAN B98 Nyatakan status terkini penempatan baharu bagi Pelabuhan Batu Pahat yang sekarang masih beroperasi di jeti lama yang berada di Jalan Shahbandar, bandar lama Batu Pahat dan bila ianya akan beroperasi? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman YB Semerah, jeti lama yang berada di Jalan Shahbandar adalah di atas PTB 2669 seluas 0e.1r.04p, Mukim Bandar Penggaram, Daerah Batu Pahat. Kelas guna tanah adalah Tanah Bandar Kategori ‘B’ Gazet Not. No. 26 bertarikh 16.12.2004. Tanah ini terletak di dalam Rizab Sungai Batu Pahat. Jeti ini juga dikenali sebagai jeti barter trade. Terdapat aktiviti kapal/tongkang keluar masuk bagi tujuan import dan eksport serta tempat pemunggahan barang-barang kering. Sehubungan dengan itu, cadangan penempatan baharu bagi Pelabuhan Batu Pahat adalah di atas tanah berhak milik PTD 504 HS(D)73626 (Mukim Bagan) seluas 119.4246 ekar dan PTD 1668 HS(D)73627 (Mukim Peserai) seluas 71.556 ekar. Kedua-dua tanah ini merupakan tanah berhak milik iaitu Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI). Seterusnya, adalah dimaklumkan bahawa, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ) telah membawa kertas cadangan Pembangunan Marin Dan Kemudahan Berkaitan Di Persisiran Sungai Batu Pahat Di Atas PTD 504 dan PTD 1668 Oleh Second Port Logistic Sdn, Bhd. dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor di mesyuaratnya pada 5.2.2020 telah BERSETUJU dengan permohonan cadangan pembangunan oleh pihak Second Port Logistic Sdn. Bhd. (SPLSB) iaitu Aktiviti Marin dan Industri Berat. Majlis juga BERSETUJU cadangan komponen Pembangunan Marin dan Industri Berat akan diperhalusi oleh Kerajaan Negeri dan akan dimuktamadkan dalam Perjanjian Tambahan yang akan dimeterai kelak. Majlis seterusnya BERSETUJU Perjanjian Tambahan yang akan dimeterai perlu disemak dan dimuktamadkan oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Johor. Pemakluman kepada cadangan pembangunan ini telah dimaklumkan ke Pentadbiran Tanah Johor melalui surat BPENJ bertarikh 16.02.2020.

Page 123: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

118

YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR (SEMERAH) SOALAN B99 Nyatakan adakah kerajaan negeri akan memberikan peruntukan sama yang diterima ADUN Kerajaan kepada ADUN Pembangkang bagi memastikan pembangunan di kawasan akan membangun secara saksama kerana peruntukan datang dari sumber pembayar cukai. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman pihak Yang Berhormat, buat masa ini, peruntukan-peruntukan bagi YB ADUN hanya diberikan kepada YB ADUN Kerajaan sahaja. Umumnya, kaedah ini telah lama dilaksanakan dan ianya sama dengan kaedah yang digunakan oleh kerajaan di peringkat persekutuan. Walau bagaimanapun, bagi memastikan keperluan, kebajikan serta pembangunan yang diwakili oleh YB ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri telah pun melantik barisan Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Khas DUN bagi mewakili Kerajaan di kawasan DUN Pembangkang. Pada masa yang sama, kerajaan Negeri berbesar hati untuk meneruskan pemberian peruntukan sejumlah RM50,000.00 kepada setiap YB ADUN Pembangkang bertujuan bagi urusan-urusan pentadbiran.

Page 124: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

119

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN B100 Minta senaraikan kilang berdaftar di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kota Tinggi yang terletak di kawasan DUN Panti; berserta butiran nama kilang, jenis perindustrian dan alamat kilang. JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Untuk makluman, terdapat sebanyak 48 unit kilang yang didaftarkan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kota Tinggi yang terletak di DUN Panti, berikut merupakan Lampiran B100 yang disertakan bagi soalan ini.

Page 125: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

120

LAMPIRAN B100

NAMA PEMILIK NAMA SYARIKAT

NO.K/P NO.DAFTAR SSM/ PERNIAGAAN

LAI PENG KONG MEMBUAT BARANG-BARANG

KACA & ALUMINIUM HOO HUAT

NO.19 & 21, JALAN LANGSAT

1TMN KOTA JAYA

LESEN MEMBUAT BARANG

DARI ALUMINIUM -B3

AB TECHNOLOGY (M) SDN.

BHD.

AB TECHNOLOGY (M) SDN. BHD. LOT 11PERINDUSTRIAN LUKUT KILANG ELEKTRONIK (5000

K.P. KE ATAS)

BEYONICS PRECISION

(MALAYSIA) SDN BHD

BEYONICS PRECISION (MALAYSIA)

SDN BHD

PLOT 8, BATU 2, JALAN

LOMBONG,PERINDUSTRIAN

JALAN LOMBONG,

LESEN KILANG

ELEKTRONIK (MELEBIHI

5001 KP) -B1

BEYONICS PRECISION

(MALAYSIA) SDN BHD

BEYONICS PRECISION (MALAYSIA)

SDN BHD

PLOT 4, BATU 2, JALAN

LOMBONG,PERINDUSTRIAN

JALAN LOMBONG,

KILANG ELEKTRONIK (5000

K.P. KE ATAS)

BEYONICS PRECISION

(MALAYSIA) SDN BHD

BEYONICS PRECISION (MALAYSIA)

SDN BHD

PLOT 9, BATU 2, JALAN

LOMBONG,PERINDUSTRIAN

JALAN LOMBONG,

KILANG ELEKTRONIK (5000

K.P. KE ATAS)

PANG AH KAW PERUSAHAAN PERMAI NO.105, JALAN LUKUT

CINAKAMPUNG LUKUT CINA

MEMBUAT BARANG-

BARANG DARI KAYU

NG KEK SON @ NG KEK

CHAI

SYARIKAT KEK SIANG LOT 48, JALAN LUKUT

CINA,KAMPUNG LUKUT CINA,

LESEN MEMBUAT BARANG

DARI KAYU -B3

PANG SIN CHONG PERNIAGAAN SOON LEE LOT 1933, JALAN LUKUT

CINAKOTA TINGGI

LESEN KILANG BARANG

DARI KAYU -B3

TAN SAI WAH T.S.W. TRADING NO.19, JALAN PEDADATMN

KOTA JAYA

MEMPROSES MAKANAN

ZUBLIN PRECAST

INDUSTRIES SDN. BHD.

ZUBLIN PRECAST INDUSTRIES

SDN. BHD.

PLOT 1, PLOT 2 DAN PLOT 3,

JALAN BESI 4TAMAN

PERINDUSTRIAN LUKUT

LESEN MEMBACUH SIMEN

(KONKRIT) -B3

MAJLIS DAERAH KOTA TINGGISENARAI PELESEN

KATEGORI LESEN PERNIAGAAN KHAS (PEMBUATAN) DAN JENIS LESEN SEMUA

STATUS AKTIF

BIL

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

610721015033

411227-K

197228 V

197228 V

197228 V

501003015183

3218731

4976677

291115015011

C4JHFW-HM-T

JM0010548-T

411227-K

197228 V

197228 V

197228 V

JM0144708-U

347199

JM0116910-K

JM0273923-V

1077736-M

ALAMAT PERNIAGAAN

81900,KOTA TINGGI,

81900,KOTA TINGGI,

81900,KOTA TINGGI,JOHOR

DARUL TA'ZIM

81900,KOTA TINGGI,JOHOR

DARUL TA'ZIM

81900,KOTA TINGGI,JOHOR

DARUL TA'ZIM

81900,KOTA TINGGI,

81900,KOTA TINGGI,JOHOR

DARUL TA'ZIM

81900,KOTA TINGGI,JOHOR

DARUL TAKZIM

81900,KOTA TINGGI,

81900,KOTA TINGGI,JOHOR

DARUL TAKZIM

JENIS/AKTIVITI

PERNIAGAAN

MEMBUAT BARANGAN DARI

ALUMINIUM

KILANG ELEKTRONIK

KILANG ELEKTRONIK

KILANG ELEKTRONIK

MEMBUAT BARANG DARI

KAYU

LESEN MEMBUAT BARANG

DARI KAYU

KILANG BARANGAN DARI

SIMEN

Page 126: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

121

ENG TIONG HENG SE POLYMER (M) SDN. BHD. PLO/NO.5, LORONG 1,

KAWASAN PERINDUSTRIAN

BATU 2JALAN LOMBONG

LESEN KILANG BARANG

DARI PLASTIK -B1

MOHAMED FAROK BIN

ZAHIRUDDIN

PERUSAHAAN MAZ SDN. BHD. N0.2, LOT 1295B, JALAN TUN

MUTAHIR 7 BANDAR TENGGARA

LESEN MEMPROSES

MAKANAN -B3

SUNNINGDALE TECH

(MALAYSIA) SDN. BHD.

SUNNINGDALE TECH (MALAYSIA)

SDN. BHD.

LOT/PTB 2174, (KILANG 1),JALAN

TUN MUTALIB 1,

LESEN KILANG BARANG

DARI PLASTIK -B3

SUNNINGDALE TECH

(MALAYSIA) SDN. BHD.

SUNNINGDALE TECH (MALAYSIA)

SDN. BHD.

LOT/PTB 1260-1262, (KILANG

2),JALAN TUN MUTAHIR,

LESEN KILANG BARANG

DARI PLASTIK -B3

SUNNINGDALE TECH

(MALAYSIA) SDN. BHD.

SUNNINGDALE TECH (MALAYSIA)

SDN. BHD.

LOT/PTB 1275, (KILANG 3),JALAN

TUN MUTAHIR 1,

LESEN KILANG

ELEKTRONIK (3001 KP -

5000 KP) -B1

HOKUDEN (M) SDN. BHD. HOKUDEN (M) SDN. BHD. LOT/PTB 244,JALAN TUN

MUTALIB 3,

LESEN KILANG

ELEKTRONIK (3001 KP -

5000 KP) -B1

KHOR CHAI MOI ACOTEC SDN. BHD. LOT 1290&1298, JALAN TUN

MUTAHIR,KAWASAN

PERINDUSTRIAN FASA 2,

LESEN MEMBUAT BARANG

DARI SIMEN -B3

CHEE SOO YUEN HUME ROOFING PRODUCTS SDN.

BHD.

LOT 353, KAWASAN

PERINDUSTRIAN FASA 2,

LESEN KILANG MEMBUAT

ATAP GENTING -B1

BEY AH KUEE SIRI BELUKAR PACKAGING SDN.

BHD.

LOT 1237,JALAN TUN MUTAHIR 1, LESEN KILANG BARANG

DARI KAYU -B3

EIK YU ENTERPRISE SDN.

BHD.

EIK YU ENTERPRISE SDN. BHD. LOT/PTB 1297,JALAN MUTAHIR 1 LESEN MEMBACUH SIMEN

(KONKRIT) -B3

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

631119045523

670915045086

136504-T

136504-T/

136504-T.

305545-P.

520814095010

700807105290..

590929015061

221084-X..

989700-X

237020-D

136504-T

136504-T

136504-T

305545-P

72727-K

225308-M

207352-U

221084-X

81900,KOTA TINGGI,JOHOR

DARUL TA'ZIM

81440,KULAI,JOHOR DARUL

TA'ZIM.

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TA'ZIM.

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TA'ZIM.

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TA'ZIM.

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TA'ZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TA'ZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TAKZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TA'ZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TAKZIM

KILANG MEMBUAT BARANG

DARI PLASTIK

LESEN KILANG

MEMPROSES MAKANAN

(CILI GILING)

KILANG PLASTIK, INK &

GUDANG

KILANG PLASTIK, INK

PRINTER & STOR

KILANG KOMPONEN

ELEKTRIK & GUDANG

KILANG ELEKTRONIK

KILANG SIMEN

KILANG MEMBUAT ATAP

GENTING

KILANG BARANG DARI KAYU

KILANG MEMBANCUH

SIMEN

Page 127: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

122

LIAN HUP PACKAGING

INDUSTRIES SDN BHD

LIAN HUP PACKAGING

INDUSTRIES SDN. BHD.

LOT/PTB 1304&1305JALAN TUN

MUTAHIR 1

LESEN MEMBUAT BARANG

DARI KAYU -B3

WHEELCO INDUSTRY SDN.

BHD.

WHEELCO INDUSTRY SDN. BHD. LOT/PTB 1300, JALAN TUN

MUTAHIR 5KAWASAN

PERINDUSTRIAN FASA 1

LESEN KILANG BARANG

DARI KAYU -B1

AYAMAS FOOD

CORPORATION SDN. BHD.

AYAMAS FOOD CORPORATION

SDN. BHD.

PTD 1384,KOMPLEKS SINDORA

BERHAD,

LESEN MEMPROSES AYAM -

B3

WIBAWA URUS WOOD

PROUCTS SDN. BHD.

WIBAWA URUS WOOD PROUCTS

SDN. BHD.

WIBAWA URUS WOOD

PRODUCT SDN. BHD.LOT/PTB

1244 & 1245, JALAN MUTAHIR 1

LESEN KILANG BARANG

DARI KAYU -B3

GINA GREEN PACKAGING

SDN. BHD.

GINA GREEN PACKAGING SDN.

BHD.

PTB 254, JALAN TUN MUTALIB 4, LESEN KILANG BARANG

DARI KAYU -B3

JAMAREE ENTERPRISE SDN.

BHD.

JAMAREE ENTERPRISE SDN. BHD. LOT/PTB 1250, JALAN TUN

MUTAHIR 1KAWASAN

PERINDUSTRIAN FASA II

LESEN MEMPROSES

MAKANAN -B3

CAA TECHNOLOGIES (M)

SDN. BERHAD

CAA TECHNOLOGIES SDN. BHD. LOT/PTB 495, JALAN TUN

MUTALIB 1KAWASAN

PERINDUSTRIAN

KILANG MEMBUAT

KERANGKA BANGUNAN -

B3

HALEX (M) SDN. BHD. HALEX (M) SDN. BHD. LOT/PTB 264, JALAN TUN

MUTALIB 1,KAWASAN

PERINDUSTRIAN BANDAR

TENGGARA

LESEN LAIN-LAIN

PERNIAGAAN

(STOR/GUDANG) -B3

SRI MUTIARA KOSMETIK

SDN. BHD.

SRU MUTIARA KOSMETIK SDN.

BHD.

NO.1 & 2, JALAN TUN ALI, LESEN AGENSI

PERKHIDMATAN (PEJABAT) -

B1

PALM WOOD TIMBER SDN.

BHD.

PALM WOOD TIMBER SDN. BHD. LOT/PTB 1301 & 1302, JALAN

TUN MUTAHIR 5KAWASAN

PERINDUSTRIAN

LESEN KILANG PAPAN

(SAWMILL) -B3

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

418528 T

210404-P

139112-H

257165-K

750599-K

184170-K.

500616660003

47751-V..

717961-U

203952-D

418528-T

210404-P

139112-H

257165-K

750599-K

184170-K

414925-D

47751-V

717961-U

203952-D

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TAKZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TAKZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TA'ZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TAKZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TAKZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TAKZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TAKZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TAKZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TAKZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TAKZIM

LESEN MEMBUAT BARANG

DARI KAYU

LESEN KILANG BARANG

DARI KAYU

KEDAI MEMPROSES AYAM

KILANG BARANG DARI KAYU

& STOR

MEMPROSES MAKANAN

(HIASAN KEK/KUIH)

MEMBUAT KERANGKA

BANGUNAN (IBS)

LESEN KILANG BARANG

DARI KIMIA

LESEN AGENSI

PERKHIDMATAN (PEJABAT)

LESEN KILANG PAPAN

(SAWMILL)

Page 128: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

123

SINDORA BERHAD SINDORA BERHAD LOT/PTD 1384, KOMPLEKS

SINDORA BERHADBANDAR

TENGGARA

LESEN KILANG PAPAN

(SAWMILL) -B3

NAZRUHAIDAH BINTI SAIAN IDANIAL AFDAL ENTERPRISE NO.12-14, JALAN TUN MUTALIB

05,BENGKEL IKS,

LESEN MEMPROSES

MAKANAN -B3

TEO KEE LIN EB PACKAGING SDN. BHD. LOT PTB 1268, JALAN TUN

ABDUL MAJID,KAWASAN

PERINDUSTRIAN FASA 2,

LESEN AGENSI

PERKHIDMATAN (PEJABAT) -

B3

BOON WEE PENG XIONGLIP INDUSTRY SDN. BHD. PTB 1301 & 1302, JALAN TUN

MUTAHIR 5,KAWASAN INDUSTRI

11,

LESEN AGENSI

PERKHIDMATAN (PEJABAT) -

B2

CHONG NGEE @ CHONG

FOOK KIM

PIALA RINTING SDN. BHD. LOT/PTB 1248 & 1249JALAN TUN

MUTAHIR 1

LESEN KILANG PAPAN

(SAWMILL) -B3

SITI MARILENI BINTI TASRIP CK PERFECT GLOBAL SUPPLY

SDN. BHD.

LOT 378, KAMPUNG BATU

4,JALAN LUKUT,

LESEN MEMBUAT BOT -B3

SINDORA WOOD PRODUCT

SDN. BHD.

SINDORA WOOD PRODUCT SDN.

BHD.

LOT/PTD 1384, KOMPLEKS

SINDORA BERHAD

LESEN KILANG BARANG

DARI KAYU -B3

BELANDAR SDN. BERHAD BELANDAR SDN. BERHAD PTB 253, JALAN MUTALIB 3 LESEN AGENSI

PERKHIDMATAN (PEJABAT) -

B3

CHUA JING MOI FIVE STAR FABRICATION SDN.

BHD

LOT 338, BATU 71/2, INDUSTRI

JALAN MAWAI,

LESEN KILANG BARANG

DARI BESI -B3

RABIN BT AB RAHIM MNR WOOD TRADING NO.2J, BENGKEL JLN TUN

MUTAHIR 5

LESEN MEMBUAT BARANG

DARI KAYU -B2

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

1969092-K

751107017222..

641228015103

700815015615

460423015149

770212016786

64789-V

160570-D

880818015208

680916035396

13418-K

JM0368688-U

351886-U

654036-U

317701-H

630872-D

64789

160570-D

1221008-P

JM0410882-M

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TA'ZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TA'ZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TA'ZIM

81900,KOTA TINGGI,JOHOR

DARUL TA'ZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TAKZIM

81900,KOTA TINGGI,JOHOR

DARUL TA'ZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TA'ZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TAKZIM

81900,KOTA TINGGI,JOHOR

DARUL TA'ZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TAKZIM

KILAN PAPAN (SAWMILL)

KILANG MEMPROSES

MAKANAN ( CENDOL )

KILANG BARANG DARI

PLASTIK

LESEN KILANG BARANG

DARI KAYU

LESEN KILANG PAPAN

(SAWMILL)

MENYELENGGARA DAN

MEMBUAT BOT

KILANG BARANG DARI KAYU

LESEN KILANG BESI/LOGAM

MEMPROSES BARANGAN

DARIPADA KAYU

Page 129: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

124

ZAHARI BIN IBRAHIM OTIMUM STATUS SDN BHD LOT 1384, JALAN TUN ABDUL

MAJIDKAWASAN

PERINDUSTRIAN FASA 01,

LESEN KERJA

KEJURUTERAAN

MEKANIKAL -B3

TAN LIAN HUA WYNN DESIGN SDN BHD PTD 11018/PLOT 5, JALAN BESI

2,KAWASAN PERINDUSTRIAN

LUKUT,

LESEN KILANG BARANG

DARI PLASTIK -B3

W & L WOOD PRODUCTS

SDN BHD

W & L WOOD PRODUCTS SDN

BHD

PTD 1384, JALAN TUN ABDUL

MAJIDKAWASAN

PERINDUSTRIAN FASA 1

LESEN KILANG BARANG

DARI KAYU -B3

GOH TONG LIANG ZHONGHE INDUSTRIES SDN BHD PTD/PLOT 13, JALAN BESI

2,PERINDUSTRIAN LUKUT,

LESEN KILANG

MEMPROSES PRODUK

BIOMASS -B3

TEO KEE LIN EB PACKAGING SDN BHD LOT PTB 1269, JALAN TUN

ABDUL MAJID,KAWASAN

PERINDUSTRIAN FASA 2,

LESEN KILANG BARANG

DARI PLASTIK -B3

ER KIAN SIONG ESE WOOD SDN BHD LOT 1384, JALAN

MUTALIB,KAWASAN

PERINDUSTRIAN FASA 1,

LESEN KILANG PAPAN

(SAWMILL) -B3

QCP PAVER SDN BHD QCP PAVER SDN BHD PTB 1293, JALAN TUN MUTAHIR

7KAWASAN PERINDUSTRIAN

FASA 2

LESEN KILANG BATU-BATA -

B3

NOREKHWAINI BINTI

ABDULLAH

IFA MZ SPICES INDUSTRY NO.1, KILANG INKUBATOR,JALAN

TUN MUTAHIR 7,

LESEN MEMPROSES

MAKANAN -B3

41

42

43

44

45

46

47

48

731205035573

540808015238

737684H

650924015857

641228-01-5103

740305015275

780558-V

851114015434.

896377 P

749109 X

737684 H

1295266-D

351886-U

945278 U

780558-V

JM0834493-D

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TA'ZIM

81900,KOTA TINGGI,JOHOR

DARUL TA'ZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TAKZIM

81900,KOTA TINGGI,JOHOR

DARUL TA'ZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TA'ZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TA'ZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TA'ZIM

81440,BANDAR

TENGGARA,JOHOR DARUL

TA'ZIM

KILANG MEMPROSES

SABUT KELAPA SAWIT

MENJADI 'BIOFUEL'

KILANG MEMBUAT BARANG

DARI PLASTIK

KILANG PAPAN

KILANG MEMPROSES

'PAVER'

KILANG MEMPROSES

MAKANAN (REMPAH

RATUS)

KILANG KEJURUTERAAN

MEKANIKAL

KILANG MEMBUAT BAG

PLASTIK

KILANG MEMPROSES

BARANG DARI KAYU

Page 130: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

125

YB DATUK OTHMAN BIN YUSOF (KUKUP) SOALAN B101 Liputan perkhidmatan Internet kawasan luar bandar, seperti di DUN Kukup adalah tidak memuaskan. Ini menimbulkan kesukaran proses komunikasi dan pendidikan atas talian. Masalah ini dihadapi pengguna pelbagai syarikat telekomunikasi. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam memberikan tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur komunikasi melalui penyediaan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan menggunakan pelbagai teknologi di seluruh negeri Johor terutamanya di kawasan luar bandar termasuklah di DUN Kukup. Susulan dari pandemik COVID-19, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan SKMM telah bekerjasama dengan pihak industri untuk membangunkan sebuah pelan infrastruktur digital yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan norma baharu rakyat. Pelan tindakan Jalinan Digital Negara atau JENDELA telah dibangunkan secara kolektif oleh pemain industri dan pihak Kerajaan melalui sesi Makmal Infrastruktur Digital Negara yang dianjurkan oleh SKMM dari 13 Julai hingga 14 Ogos 2020, bagi mempertingkatkan tahap kesalinghubungan dan kualiti pengalaman perkhidmatan komunikasi di seluruh negara. JENDELA akan memperluas liputan dan mempertingkat kualiti perkhidmatan jalur lebar melalui inisiatif-inisiatif yang telah dikenal pasti serta mempersiapkan negara ke arah teknologi 5G. JENDELA akan dilaksanakan secara berfasa di seluruh negara termasuklah di negeri Johor. Fasa 1 yang bermula sekarang akan:

1. Memperluaskan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8% kepada 96.9% di kawasan berpenduduk;

2. Mempertingkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih daripada 25Mbps kepada 35Mbps; dan

3. Membolehkan sebanyak 7.5 juta premis secara keseluruhannya tersedia dengan akses kepada jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit.

Bermula tahun 2020 sehingga 2022, rakyat negeri Johor juga akan turut mendapat manfaat daripada pelaksanaan JENDELA antaranya adalah penambahan sebanyak 107 menara komunikasi baharu yang telah dirancang dan penaiktarafan 393 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Manakala penambahan sebanyak 68 menara baharu dan 1,960 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf secara komersial oleh pemberi perkhidmatan bagi meningkatkan liputan 4G. Bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap pula, sebanyak 413,494 premis di Johor akan disediakan dengan capaian kepada gentian optik.

Page 131: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

126

Untuk makluman Yang Berhormat juga, antara inisiatif-inisiatif penyediaan perkhidmatan jalur lebar yang sedang dalam peringkat pelaksanaan di Johor termasuklah di DUN Kukup bagi meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar adalah seperti berikut:

a) Sebanyak 18 menara baharu bagi penyediaan perkhidmatan jalur lebar mudah alih 4G sedang dalam peringkat pelaksanaan, termasuklah 3 lokasi menara di DUN Kukup dan kesemua menara ini dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya secara berperingkat bermula suku pertama 2021; dan

b) Terdapat satu (1) alat pemancar komunikasi di menara komunikasi sedia ada sedang

dalam peringkat penaiktarafan ke perkhidmatan jalur lebar mudah alih 4G. Di samping itu, terdapat sebanyak 86 Pusat Internet di Johor yang boleh digunakan untuk pembelajaran atas talian oleh pelajar-pelajar yang tidak memiliki tablet, telefon pintar atau komputer riba dan di kalangan keluarga yang tidak berkemampuan untuk melanggan perkhidmatan jalur lebar di rumah masing-masing. Daripada jumlah ini, empat (4) Pusat Internet telah dilaksanakan di DUN Kukup.

Page 132: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

127

YB DATUK OTHMAN BIN YUSOF (KUKUP) SOALAN B102 Dalam tempoh 7 bulan ini, DUN Kukup kerap mengalami banjir. Sistem saliran Rancangan Pertanian Johor Barat sudah tidak sesuai dan perlu dikaji semula. Banyak kerugian harta, hasil pertanian dan pendapatan yang dihadapi. Apakah perancangan segera kerajaan mengatasi masalah ini? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Kenyataan YB Datuk ADUN Kukup bahawa sistem saliran Rancangan Pertanian Johor Barat sudah tidak sesuai dan perlu dikaji semula adalah disokong dan sememangnya perlu dilakukan. Sistem saliran dan infra yang ada telah dibina sejak tahun 1974 hingga 1999. Sebahagiannya besarnya didapati sudah tidak lagi efektif dan perlu kepada naik taraf dan pembaikan besar. Bukan sahaja masalah sistem saliran, malah infrastruktur lain seperti jambatan, jalan ladang, pintu kawalan air, pembetung dan sebagainya tidak dapat diselenggara mengikut rutin yang sepatutnya dan dengan sempurna kerana kekangan peruntukan yang dihadapi. Bagi menyelenggara pelbagai struktur dan infra dalam kawasan Rancangan Pertanian Johor Barat yang keluasan 359,100 hektar (887,355 ekar) memang memerlukan peruntukan yang besar. Sebagai contoh, untuk menyelenggara sistem saliran dan parit-parit pertanian sahaja yang panjangnya melebihi 4,900 kilometer (iaitu 2,695 km di Batu Pahat, 1,375 km di Pontian dan 845 km di Muar) sudah memerlukan peruntukan yang besar. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran hanya mampu menjalankan penyelenggaraan kecil dengan tempoh yang tidak kerap. Hidupan air yang begitu subur kerana kandungan nitrat yang tinggi dalam saliran/parit menambahkan lagi masalah yang dihadapi. Selepas diserahkan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri pada 19 Julai Tahun 2001, tiada peruntukan khusus dari kerajaan persekutuan yang dikhaskan bagi penyelenggaraan di kawasan ini. Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran dari semasa ke semasa memohon peruntukan dari kerajaan persekutuan bagi menangani masalah banjir dan kerosakan ban pantai yang boleh menyebabkan banjir di kawasan Johor Barat. Terkini ialah: i. cadangan projek Tebatan Banjir Sungai Batu Pahat bertujuan menangani masalah

banjir khasnya di kawasan Sri Medan. Status: permohonan belum diberi pertimbangan.

ii. Menaik taraf Ban Pantai dari Tanjung Bin ke Tampok, Pontian. Status: permohonan telah diluluskan dan kini di peringkat perancangan dan reka bentuk.

iii. Ban Pantai dari Tampok ke Senggarang, Batu Pahat Status: permohonan telah diluluskan dan kini di peringkat perancangan dan reka bentuk.

Page 133: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

128

Menyedari masalah yang dihadapi di kawasan ini, YAB Datuk Menteri Besar Johor dalam pertemuan dengan YAB Perdana Menteri pada 16 Julai 2020 telah menyenaraikan Projek Tebatan Banjir Johor Barat (Pontian, Batu Pahat, Muar) sebagai projek agar diberi keutamaan. Bagi pembangunan semula kawasan Johor Barat, pihak JPS mencadangkan agar empat peringkat pembangunan dijalankan iaitu:- i. Pertama : Kajian Semula Kawasan.

- untuk menjalankan kajian secara menyeluruh kawasan Johor Barat berkaitan kemungkinan perubahan bentuk muka bumi, kesesuaian infra sedia ada, keperluan akan datang, kepentingan dan sumbangan kepada sosioekonomi dan lain-lain.

ii. Kedua : Peringkat Pelaksanaan - berdasarkan kajian pada peringkat pertama, pelaksanaan penyelenggaraan, tingkat

taraf infra dan pembinaan infra baru dilaksanakan. iii. Ketiga : Peringkat Penambahbaikan

- semasa atau setelah selesai pelaksanaan, mana-mana cadangan untuk menambah baik lagi kemudahan berdasarkan keperluan semasa akan terus dilaksanakan secara berperingkat.

iv. Keempat : Peringkat Penilaian Keberkesanan - Setelah selesai pelaksanaan, suatu penilaian tentang pelaksanaan dilakukan bagi

menilai “outcome” dari output yang dilaksanakan dicapai mengikut matlamat dan tujuan yang sepatutnya.

Memandangkan peruntukan yang besar diperlukan, perancangan yang dicadangkan adalah melibatkan jangka panjang dengan bantuan kerajaan persekutuan. Sementara itu, pihak kerajaan negeri akan menyalurkan peruntukan penyelenggaraan biasa dijalankan secara berterusan. Dalam konteks dampak kepada sektor pertanian, banjir sememangnya turut menyumbang kepada ketidakstabilan aktiviti pertanian termasuk di negeri Johor. Kapasiti taburan hujan yang tinggi dan berpanjangan mengakibatkan kawasan rendah kerap mengalami bencana banjir. Fenomena ini sememangnya memberi kesan kepada petani akibat kerosakan/kemusnahan tanaman yang sememangnya turut memberi kesan kepada pengeluaran dan pendapatan petani. Kedudukan geografi DUN Kukup yang terletak berhampiran laut akan turut terkesan dengan bencana banjir terutamanya apabila hujan lebat dan fenomena air pasang berlaku serentak. Melalui Jabatan Pertanian, terdapat Program Bantuan Bencana disediakan untuk petani jika sesuatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada kehilangan hasil pertanian/hasil ladang/hasil industri asas tani serta hasil-hasil yang terletak di bawah tanaman makanan negara. Bencana yang dimaksudkan termasuklah kemarau, banjir, ribut, penyakit tanaman dan perosak tanaman seperti serangan haiwan. Bantuan itu terkecuali daripada projek-projek komersial dan perladangan. Bantuan ihsan ini adalah bagi membantu memulihkan projek dan bukan bertujuan membayar ganti rugi kerosakan akibat bencana. Pada tahun 2020, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100,000.00 untuk program ini dan boleh dimohon tambahan sekiranya perlu berdasarkan justifikasi bencana. Kadar bantuan kepada pengusaha buah-buahan /kontan dan sayur-sayuran adalah minima RM500.00 sehingga maksima RM2,000.00 per hektar dengan had bantuan maksimum 2 – 4

Page 134: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

129

hektar. Bantuan berupa bahan input pertanian akan diberikan kepada petani/pengusaha yang membuat permohonan sahaja berdasarkan penilaian kawasan yang telah dibuat oleh Pegawai Pertanian Daerah bersama-sama dokumen yang lengkap. Bagi DUN Kukup, berdasarkan bancian yang telah dibuat oleh Pejabat Pertanian Daerah Pontian, hanya segelintir petani sahaja telah menghantar permohonan lengkap bagi permohonan bantuan bencana banjir yang berlaku pada tahun 2020 dan pihak Jabatan Pertanian sedang dalam proses penyaluran bantuan kepada petani yang terlibat. Oleh yang demikian, bagi menghadapi kemungkinan berlaku bencana banjir pada masa hadapan, adalah disarankan agar setiap petani membuat persiapan awal dengan mendapatkan khidmat nasihat teknikal berkaitan pengurusan tanaman, jadual penanaman dan mendapatkan maklumat keadaan cuaca setempat daripada Agen Pengembangan Tanaman (APT) bagi mengurangkan risiko apabila berlaku banjir.

Page 135: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

130

YB TUAN IR. DR. FAIZUL AMRI BIN ADNAN (SEROM) SOALAN B103 Apakah inisiatif dan strategi terkini kerajaan negeri hari ini bagi membangunkan ekonomi negeri dalam pelan pembangunan Johor 2030 kesan perlaksanaan PKP dan PKPP sebelum ini? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Serom, seperti semua sedia maklum, senario ekonomi pada ketika ini amat mencabar kesan daripada ketidaktentuan ekonomi global ditambah dengan penularan wabak pandemik Covid-19. Situasi ini turut dirasai oleh negeri Johor yang mana kesannya telah menyebabkan momentum pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Ianya turut mengganggu rantaian sektor perniagaan yang seterusnya menyebabkan kesukaran kepada rakyat mencari sumber pendapatan dan meneruskan kelangsungan hidup. Ramai di kalangan peniaga Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) dan pekerja yang bergaji hari telah hilang punca pendapatan kerana aktiviti ekonomi tidak dapat dilaksanakan. Terdapat juga mereka yang diberhentikan kerja dan diberikan cuti tanpa gaji kerana ketidakupayaan pihak majikan untuk menanggung kos tanpa memperolehi hasil pendapatan. Selain daripada itu, pelbagai sektor lain seperti pelancongan, pengangkutan awam, pelaburan dan perindustrian, pembinaan, pertanian dan lain-lain lagi juga turut terkesan dengan penularan wabak ini. Keadaan ini masih belum dapat dipastikan bila ianya akan berakhir. Namun dengan segala usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dan dengan kerjasama dari rakyat, Insya-Allah segala permasalahan ini akan dapat diatasi sedikit masa lagi. Kerajaan negeri ingin merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri di atas insentif-insentif yang telah diumumkan menerusi 3 pengumuman pakej-pakej rangsangan ekonomi berjumlah secara keseluruhannya sebanyak RM295 bilion. Oleh itu, kerajaan negeri amat menyanjungi dan berpandangan bahawa insentif-insentif yang telah diumumkan adalah amat komprehensif dan mencakupi keperluan keseluruhan lapisan masyarakat khususnya di kalangan B40 dan M40 di seluruh negara serta golongan usahawan. Kerajaan negeri telah sedaya upaya membantu mengurangkan impak penularan wabak ini dengan memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor. Secara keseluruhannya kerajaan negeri Johor telah memperuntukkan sejumlah RM173.5 juta bagi melaksanakan 51 inisiatif melalui peruntukan kerajaan negeri Johor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Pada 14 Jun yang lepas saya telah mengumumkan Tujuh Ikhtiar Makmur Johor di dalam majlis amanat bersama penjawat awam negeri Johor. Ianya, merupakan strategi terkini yang merupakan exit plan kerajaan negeri Johor bagi memulihkan semula ekonomi Johor pasca Pandemik Covid-19. Tujuh Ikhtiar Makmur Johor adalah seperti berikut:

1) IKHTIAR PERTAMA: Penubuhan Ibrahim Johor Economic Council (IJEC) Majlis ini yang dianggotai oleh ahli yang berpengalaman untuk merangka perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk memacu semula pertumbuhan ekonomi negeri dan inisiatif pro-rakyat.

Page 136: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

131

2) IKHTIAR KEDUA: Johor Digital Master Plan

Memantapkan infrastruktur dan keperluan asas digital yang menyeluruh dalam usaha memacu perkembangan ekonomi digital dan transformasi Johor sebagai sebuah negeri pintar.

3) IKHTIAR KETIGA: Singapore-Johor-Riau Growth Triangle (SIJORI) Mengaktifkan semula segi tiga pertumbuhan sebagai pemangkin kepada kerjasama serantau khasnya dalam aspek integrasi ekonomi.

4) IKHTIAR KEEMPAT: Johor Investment Company (JICO) Meningkatkan hubungan dan kerjasama antara Johor dan Singapura dalam pelbagai aspek terutamanya pelaburan, perdagangan, pelancongan dan kebudayaan.

5) IKHTIAR KELIMA: Jajaran Ekonomi Baru (Economic Spine) Menterjemahkan semula potensi ekonomi di kawasan pantai barat negeri berlandaskan pembangunan projek berimpak tinggi terutamanya Kereta api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

6) IKHTIAR KEENAM: Inisiatif Bank Makanan Johor (Food security) Menjadikan Johor sebagai Bakul Makanan Utama negara dengan pelaksanaan dasar dan strategi untuk memperkasakan sektor pertanian dan industri asas tani.

7) IKHTIAR KETUJUH: Pemerkasaan Pelan Pembangunan Mapan Johor 2019 – 2030. Penyediaan pelan strategik untuk memacu Johor ke arah negeri berdaya saing melalui pembangunan mampan dan dinamik serta membangunkan bangsa Johor ke arah pemikiran kelas pertama secara holistik

Pada masa yang sama, kesemua inisiatif yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Mampan 2019 - 2030 juga akan digerakkan secara intensif oleh semua jabatan dan agensi persekutuan sekali gus negeri dalam memastikan visi yang digariskan serta matlamat bagi 7 ikhtiar ini juga dapat direalisasikan sebaiknya. Keenam-enam ikhtiar yang disebutkan sebelumnya merupakan kesinambungan dalam langkah intervensi kepada pemerkasaan Pelan Pembangunan Mampan 2019 - 2030 yang dirancang untuk 10 tahun akan datang.

Page 137: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

132

YB TUAN IR. DR. FAIZUL AMRI BIN ADNAN (SEROM) SOALAN B104 Apakah status dan inisiatif kerajaan negeri hari ini mengenai kadar terkini pengangguran di Johor kesan perlaksanaan PKP? JAWAPAN YB TUAN MOHD IZHAR BIN AHMAD Sepertimana sedia maklum, bulan Mac sehingga Ogos 2020 adalah suatu tempoh masa yang sukar bagi sosioekonomi negeri Johor mahupun seluruh dunia akibat serangan Pandemik Covid-19, kesan langsung daripada situasi ekonomi yang merudum dan tidak stabil ini menyumbang kepada peningkatan jumlah kes pemberhentian pekerja atau kehilangan pekerjaan. Merujuk kepada laporan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor, seramai 3,334 orang pekerja tempatan di negeri Johor telah kehilangan pekerjaan sejak mula tempoh PKP dikuatkuasakan iaitu bermula pada 18.03.2020 sehingga 02.09.2020. Antara insiatif-inisiatif kerajaan bagi membantu pekerja yang hilang pekerjaan dalam tempoh PKP atau Pandemik COVID-19 yang sedang dipergiatkan oleh Unit SMI adalah seperti berikut :- 1. Sejajar dengan pembukaan semula ekonomi negara yang melibatkan beberapa sektor ekonomi yang telah kembali beroperasi dan menunjukkan tanda-tanda positif ke arah pemulihan dalam pasaran pekerjaan, justeru itu Program Minggu Kerjaya Johor akan dijadualkan berlangsung pada September 2020 ini. Program yang juga merupakan platform bagi individu yang sedang mencari pekerjaan serta majikan yang mencari pekerja bertemu ini akan dijalankan serentak di 3 lokasi meliputi 3 zon di seluruh negeri Johor iaitu Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Selatan. Bagi Zon Utara, program akan diadakan di Muar, bagi Zon Tengah program akan diadakan di Kluang manakala bagi Zon Selatan program akan diadakan di Johor Bahru. Penganjuran program ini juga akan mengambil kira Prosedur Standard Operasi (SOP) selain memberi pendedahan kepada masyarakat awam mengenai amalan normal baharu sesi temu duga bagi membendung penularan Covid-19. 2. Turut akan dilaksanakan adalah Program Peningkatan Kemahiran Teknikal Lepasan Siswazah dan SPM yang menyediakan peluang pembelajaran berterusan atau peluang kedua untuk meningkatkan kemahiran teknikal. Program ini menyasarkan penglibatan graduan yang masih menganggur selama setahun selepas tamat pengajian dan juga lepasan SPM. Menerusi program ini, para belia akan diberi pendedahan yang baharu berkenaan dengan keperluan kemahiran tambahan dalam pembangunan kemahiran bagi kesan jangka masa pendek dan panjang. 3. Selain itu, Unit SMI juga telah membuat hebahan di laman sosial Facebook pada 1 September 2020 serta hebahan kepada Pejabat- Pejabat Daerah, Pejabat-pejabat DUN dan Penyelaras-penyelaras DUN bagi mendapatkan penyertaan pelaksanaan Program Johor Upskilling and Reskilling. Program ini bertujuan untuk membantu rakyat Negeri Johor yang diberhentikan akibat pandemik COVID-19 melalui latihan kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran mengikut keperluan industri semasa di Negeri Johor dan meningkatkan peluang penempatan pekerjaan. Antara kursus bagi Fasa 1 yang akan dijalankan ialah bidang kimpalan, penyelenggaraan elektrik, penyelia keselamatan tapak bina dan pemasang perancah.

Page 138: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

133

YB TUAN IR. DR. FAIZUL AMRI BIN ADNAN (SEROM) SOALAN B105 Di antara punca utama banjir di beberapa kawasan di daerah Tangkak ialah keadaan parit keliling yang tidak diselenggara. Bagi kawasan Mukim Kesang sahaja sepanjang 27 km. Adakah pihak kerajaan maklum mengenai perkara ini dan isu sebenar yang berbangkit? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Sepertimana yang sedia maklum, parit keliling Sg Kesang sepanjang 27 kilometer berfungsi menerima aliran air dari sekitar kawasan Kg. Pengkalan Besar, Kg. Telok Rimba, Kesang Tasek dan lain-lain lagi. Sejumlah 30 saliran dikenal pasti mengalir ke parit keliling Sungai Kesang dan seterusnya memasuki Sungai Kesang. Pada pertengahan Jun dan Julai 2020, berlaku beberapa kali hujan yang lebat sehingga menyebabkan kejadian banjir di Daerah Tangkak termasuk di kawasan Kesang. Jumlah hujan yang tinggi telah direkodkan di Stesen Hujan Sg Senduk, Telok Rimba dan Tanjung Agas. Kejadian air pasang yang berlaku pada masa yang hampir sama dengan kejadian hujan lebat telah menyumbang kepada kejadian banjir yang lebih kritikal. Berdasarkan rekod terdahulu, kejadian hujan lebat yang melampau jarang berlaku pada bulan Jun hingga Julai, namun pada tahun ini ia telah berlaku. Malah kejadian hujan lebat masih berterusan dalam tempoh-tempoh tertentu sehingga sekarang. Daripada 30 saliran yang mengalir ke Parit Keliling Sg Kesang, sebanyak 27 saliran telah dan sedang dijalankan kerja penyelenggaraan. Pelaksanaan kerja telah bermula sejak akhir Mei dan berterusan lagi di tempat-tempat tertentu sekarang. Akibat wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadual perancangan kerja telah terlewat dari yang dirancangkan. Utk makluman juga, pada tahun 2019 penyelenggaraan Parit Keliling Sg Kesang telah pun dilaksana dan terakhir adalah pada bulan Oktober. Walaupun belum sampai setahun dilaksana, keadaan sistem saliran tersebut telah dipenuhi dengan tumbuhan dan rumput-rumpai air dengan banyak. Keadaan ini dipercayai berpunca dari kandungan nitrat (baja) yang tinggi yang mengalir dari kawasan pertanian dan skim pengairan yang terdapat di sekeliling Parit Keliling Kesang. Sekiranya pengaliran air berbaja ke parit keliling tidak dapat dibendung, masalah tanaman dan rumpai air yang cepat subur dan menyekat pengaliran air akan terus berlaku dan sentiasa memerlukan peruntukan tahunan yang banyak untuk diselesaikan. Semasa kejadian banjir yang lalu juga, pihak JPS telah menggunakan lima (5) buah pam yang beroperasi serentak di sepanjang Parit Keliling Sg Kesang untuk membantu mengeluarkan air banjir dari kawasan-kawasan rendah yang terlibat banjir. Pam telah dipasang di Parit Timin, Parit Dahlan, Parit Telok Ranggam, Parit Kesang Tasek dan Parit Ayah Samad. Untuk makluman juga, pihak Kerajaan memang maklum mengenai perkara ini dan isu sebenar yang berbangkit. Usaha-usaha yang dinyatakan di atas adalah tindakan yang telah dilaksana oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran. Selain JPS, pelbagai agensi telah bekerja sama dalam mengatasi perkara ini.

Page 139: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

134

YB TUAN IR. DR. FAIZUL AMRI BIN ADNAN (SEROM) SOALAN B106 Apakah tindakan dan perancangan strategi jangka panjang kerajaan hari ini mengenai peningkatan keupayaan industri perikanan dan harga hampir semua jenis hasil laut yang terus meningkat tinggi di pasaran berbanding dengan kemampuan daya beli rakyat yang rendah dan terus menurun hari ini? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Antara perancangan strategik jangka panjang kerajaan hari ini bagi memastikan peningkatan keupayaan industri perikanan adalah selaras dengan hala tuju Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) dan Negara sebagaimana rajah di bawah.

Bagi mencapai matlamat hala tuju MAFI dan Negara, Jabatan Perikanan Negeri Johor telah merancang pelbagai usaha bagi mencapai sasaran berikut:

1. Memastikan bekalan ikan mencukupi, mampu milik dan selamat 2. Memperkukuhkan kelestarian sumber perikanan 3. Meningkatkan sumbangan perikanan kepada ekonomi negara 4. Pelibatan aktif dalam Jawatankuasa Food Security di peringkat Negeri Johor.

Berkenaan dengan harga hasil laut yang terus meningkat, ianya bergantung kepada pada konsep penawaran dan permintaan sesuatu jenis ikan tersebut. Umumnya, sumber bekalan ikan daripada negeri ini didapati daripada tangkapan ikan marin, ikan air tawar dan ternakan. Kenaikan dan penurunan harga ikan berlaku disebabkan oleh faktor jumlah tangkapan jenis/spesies ikan yang ada pada masa tersebut. Jika jenis/spesies ikan tersebut berkurangan dan bekalan kurang tetapi mempunyai permintaan, maka secara automatik harga akan naik dan begitu juga sebaliknya. Secara keseluruhan, hasil pantauan dan risikan harga oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Johor, bekalan ikan masih mencukupi dan harga ikan masih stabil di Negeri Johor. Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga sentiasa menjalankan program-program dalam usaha menstabilkan harga ikan seperti Program Ikan Rakyat, Fish on Wheels, Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Ikan (CCDC) dan pemasaran melalui Pasar-pasar Nelayan LKIM. Terdapat juga spesies-spesies tertentu seperti tuna dan

Page 140: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

135

mackerel atau spesies yang tidak diperolehi pada waktu tertentu, ianya diimport dari negara luar bagi menampung permintaan dalam negara. Dalam masa yang sama bekalan ikan juga diperolehi dari negeri lain dalam negara. Selain daripada itu, bekalan diperolehi dalam bentuk ikan segar yang dibekukan menggunakan kaedah 'Individual Quick Freezing' atau IQF yang terdapat di seluruh negara untuk memastikan bekalan ikan mencukupi serta harga berpatutan. Teknologi IQF ini mampu menjamin kesegaran ikan sejuk beku sama seperti ikan segar di pasaran dan sama sekali tidak merosakkan kualiti ikan serta dipasarkan pada harga yang rendah melalui Program Ikan Rakyat dan juga Pasar-pasar Nelayan LKIM. Dalam keadaan tertentu, kenaikan harga sesuatu jenis ikan adalah disebabkan oleh permintaan yang tinggi oleh pengguna yang mana menunjukkan pengguna mampu atau punyai kuasa membeli.

Page 141: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

136

YB TUAN IR. DR. FAIZUL AMRI BIN ADNAN (SEROM) SOALAN B107 Apakah tindakan dan perancangan strategi jangka panjang kerajaan hari ini mengenai peningkatan keupayaan peserta industri perikanan khususnya bagi memanfaatkan sumber perikanan kawasan laut lepas dengan keperluan peralatan penangkapan yang lebih moden dan berdaya saing khususnya di kalangan negara ASEAN? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman, pelbagai pelan pembangunan dirangka dan dilaksanakan secara berfasa untuk memastikan sumber perikanan diterokai secara mampan dan optimum, berikut adalah usaha-usaha yang sedang dan akan dilaksanakan secara berterusan:

1. Memodenkan sektor perikanan melalui penglibatan secara menyeluruh (termasuk penggunaan teknologi baru dan aplikasi IoT dalam industri perikanan tangkapan)

2. Penerokaan laut dalam (melebihi 30 batu nautika ke atas dan laut pantai di bawah 30 batu nautika) secara terancang

3. Peningkatan penggunaan tenaga kerja tempatan untuk pengurangan kebergantungan kepada kru asing

4. Pengurusan baharu pembangunan melalui konsep New Bussines Model 5. Pindaan Akta dan Penambahbaikan Dasar dan Prosedur Operasi Piawai (SOP) Zon

C2 6. Pemodenan vessel C2

Selain daripada usaha untuk teroka sumber perikanan secara mampan, usaha Pengawalan Dan Perlindungan Sumber Perikanan turut diperkasa dan dipergiatkan untuk melindungi sumber perikanan negara kita. Berdasarkan statistik semasa, nelayan bekerja atas vessel di Johor adalah seramai 12,518 orang dan perkakas tangkapan dilesenkan adalah 4558 unit. Sebahagian besar pukat hanyut (3982), pukat tunda (330), pukat jerut (91) dan lain-lain peralatan tangkapan (155). Daripada jumlah nelayan tersebut, nelayan di Malaysia terbahagi kepada 2 kategori iaitu nelayan pantai dan nelayan laut dalam. Perbezaan kategori ini terletak kepada zon kawasan tangkapan mereka dari pantai dan jenis alat tangkapan yang bersesuaian. Khusus kepada sumber perikanan kawasan laut lepas, di Negeri Johor, hanya nelayan sekitar Perairan Sedili sehingga ke Perairan Endau sahaja yang memasuki zon tangkapan C2 iaitu 30 batu nautika ke atas. Nelayan-nelayan ini sememangnya telah menggunakan kaedah tangkapan yang lengkap dengan peralatan moden seperti alat GPS dan ‘fish finder / echo sounder’. Antara fungsi alat ini adalah bagi mengetahui kedalaman air, keadaan dasar laut, kedudukan ikan dan tempat-tempat baru kawasan penangkapan ikan yang seterusnya membantu nelayan memperolehi hasil tangkapan lebih banyak. Tambahan lagi, kerajaan melalui LKIM sentiasa membantu nelayan melalui program-program dan skim yang disediakan oleh kerajaan. Antaranya adalah Insentif Hasil Tangkapan Ikan (IHTI) dan kemudahan Dana Pinjaman. Bagi IHTI, ianya merupakan insentif yang diberikan kepada pemilik vessel perikanan berdasarkan kuantiti pendaratan mereka. Insentif ini disediakan bagi memberi galakan kepada pemilik vessel perikanan untuk

Page 142: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

137

mendaratkan hasil perikanan di dalam negara, seterusnya meningkatkan hasil tangkapan ikan dalam negara. Kadar bayaran IHTI adalah sebanyak 10 sen sekilogram bagi pemilik vessel Zon A, B dan C. Kerajaan melalui LKIM juga melaksanakan Skim Pinjaman Nelayan Enjin Dalam (SNED), skim ini merupakan pinjaman kepada nelayan bagi membiayai aktiviti sektor perikanan untuk bot-bot enjin dalam mengikut zon A, B dan C. Skop pinjaman meliputi pembiayaan modal input operasi, membeli / mengganti / baik pulih kulit bot, enjin, pukat dan peralatan termasuk juga peralatan moden seperti alat GPS dan ‘fish finder / echo sounder’. Pembiayaan diberikan adalah minima RM5,000.00 dan maksima RM70,000.00.

Page 143: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

138

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN B108 Apakah kriteria-kriteria penerima Program Bank Makanan di negeri Johor? YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN B109 Apakah cara dan kaedah pelaksanaan Program Bank Makanan di negeri Johor? JAWAPAN YB DR. CHONG FAT FULL Bagi soalan B108 dan B109 adalah diminta izin untuk menjawab bersekali. Untuk makluman Yang Berhormat, menerusi inisiatif kelima dalam Belanjawan Johor 2020, mantan YAB Menteri Besar telah menyebut bahawa kerajaan negeri akan memperluaskan pelaksanaan Program Bank Makanan di seluruh negeri Johor dengan peruntukan sebanyak RM600 ribu. Program ini bertujuan untuk membekalkan makanan keperluan harian kepada golongan B40 yang amat memerlukan, khususnya dalam kalangan penerima bantuan e-kasih, asnaf zakat dan penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Namun begitu, tahun 2020 merupakan tahun yang sangat memberi cabaran bukan sahaja kepada rakyat di negeri dan negara ini, malah rakyat di negara luar. Ini adalah kerana, kita menghadapi cabaran yang maha hebat, iaitu pandemik COVID-19. Kita akan hanya dapat mendepani dampak COVID-19 jika kita punyai daya tahan ekonomi dan daya tahan governance yang kuat. Masalah yang timbul memerlukan penyelesaian baharu. Menyedari hakikat ini, kerajaan negeri Johor begitu prihatin dalam memastikan kesejahteraan rakyat negeri Johor secara berterusan. Sehubungan dengan itu, sebagai salah satu inisiatif menangani kos sara hidup rakyat dalam membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan bekalan makanan yang mana secara tidak langsung dapat meringankan kos sara hidup golongan tersebut, kerajaan negeri Johor telah memperuntukkan hampir RM1.2 juta untuk memperluaskan pelaksanaan program Bank Makanan di seluruh negeri Johor dalam menghadapi cabaran yang maha hebat, iaitu pandemik COVID-19. Insentif ini diselaraskan oleh Pejabat YAB Menteri Besar, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ), SUKJ (Khidmat Pengurusan), Pejabat Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Negeri Johor (KPDHEP) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan sejumlah RM8.545 juta telah dibelanjakan melibatkan seramai 86,100 penerima bantuan sehingga 8 Jun 2020. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan Program Bank Makanan, kerajaan negeri Johor menggariskan beberapa pendekatan agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih berstruktur dan strategik. Berikut adalah pendekatan yang diberi keutamaan dalam pelaksanaan Program Bank Makanan Negeri Johor 2020: (i) Penggerak yang terdiri daripada Pejabat Daerah dengan kerjasama Jabatan/ Agensi

Kerajaan dalam memastikan bantuan dapat diberikan kepada kumpulan sasar. Kumpulan ini juga akan bertanggungjawab untuk mengumpul maklumat berkenaan dengan kumpulan sasar dan proses agihan barangan sumbangan kepada penerima.

Page 144: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

139

(ii) Peruntukan sebanyak RM1.2 juta disediakan di mana sebahagian besarnya adalah untuk membeli barangan asas seperti beras, gula, minyak masak dan lain-lain sebagai tambahan kepada barangan yang telah disumbangkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau sukarelawan.

(iii) Peruntukan kepada golongan sasaran ini telah diagihkan kepada tiga (3) fasa, iaitu

Fasa 1 seramai 40,309 orang penerima dengan peruntukan berjumlah RM3.97 juta, Fasa 2 seramai 39,541 orang penerima dengan peruntukan berjumlah RM3.95 juta dan Fasa 3 seramai 6,250 orang penerima dengan peruntukan berjumlah RM625,000.00.

Page 145: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

140

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN B110 Berapakah jumlah bantuan tunai kepada mahasiswa yang tinggal di asrama IPTA di Johor? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Berikut merupakan jumlah bantuan tunai kepada mahasiswa yang tinggal di asrama IPTA di Johor dan apakah kriteria dan kaedah pelaksanaan bantuan tunai mahasiswa yang tinggal di asrama IPTA di Johor:- 1. Bantuan Pendaftaran Bantuan dalam meringankan yuran pendaftaran kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih. Pada tahun 2020 YPJ memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta dengan anggaran penerima manfaat seramai 2,000 orang pelajar. Jumlah Bantuan : Masih dalam tempoh permohonan dan sedang diproses. Bayaran kepada pelajar akan bermula pada 1 Oktober 2020. Kriteria Bantuan Pendaftaran 1. Pemohon lahir dan menetap di negeri Johor. 2. Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah

Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah).

3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi. 4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih; 5. Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM4,000.00 sebulan dan RM4,001

hingga RM5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas. 6. Keutamaan akan diberikan kepada jumlah per kapita (jumlah pendapatan isi rumah /

jum. tanggungan) yang paling minima. 7. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh

pengajian. 8. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain. 9. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar

YPJ 10.Kadar Bantuan adalah :

• Diploma : RM500

• Ijazah Sarjana Muda : RM1,000 Kaedah pelaksanaan Bantuan Pendaftaran 1. Pelajar membuat permohonan online. 2. Dokumen sokongan dihantar ke YPJ bagi tujuan semakan dan kelulusan 3. Bayaran akan dilaksanakan kepada pelajar yang Berjaya secara EFT (Electronic Fund

Transfer) terus kepada akaun pelajar. 2. Bantuan Inisiatif Ihsan Johor. Bantuan tunai RM200 kepada mahasiswa Anak Johor di semenanjung dan RM300 di Sabah dan Sarawak yang terkandas di IPT yang terkandas semasa tempoh PKP akibat penularan COVID-19 yang telah melanda negara bar-baru ini.

Page 146: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

141

a. Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah diberi mandat oleh Pejabat Menteri Besar bagi mendapatkan maklumat pelajar yang terkandas di kampus berikutan perintah kawalan pergerakan PKP.

b. Pejabat Menteri Besar Johor telah bersetuju memberikan bantuan tunai RM200 kepada mahasiswa Anak Johor di semenanjung dan RM300 kepada mahasiswa Anak Johor di Sabah dan Sarawak yang terkandas di IPT. Untuk makluman, jumlah keseluruhan penerima bagi bantuan ini adalah seramai 4,861 orang melibatkan RM1.06 juta.

c. Bagi mahasiswa terkandas di asrama IPTA dan rumah sewa di Johor sahaja melibatkan seramai 762 orang iaitu 15% daripada jumlah keseluruhan dengan dana peruntukan sebanyak RM152,400.

Kriteria Bantuan Inisiatif Ihsan Johor. 1. Mahasiswa anak Johor yang terkandas di IPT yang lahir dan menetap di negeri Johor. 2. Mahasiswa bukan anak Johor yang terkandas di IPT tetapi telah menetap di negeri

Johor. 3. Mahasiswa/i anak / bukan anak Johor (bil 1 & 2) yang terkandas di IPT dan masih

menuntut secara aktif di universiti selama tempoh PKP dilaksanakan. Kaedah pelaksanaan Bantuan Inisiatif Ihsan Johor. 1. Pembayaran melalui Persatuan Mahasiswa Anak Johor setiap IPT, atau 2. Bagi pelajar UTHM, UiTM, Politeknik, Kolej Komuniti serta Institut Perguruan Guru,

pembayaran melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar / Bendahari IPT. Untuk makluman, permohonan perlu mendapat pengesahan HEP IPT sebelum pembayaran dilakukan dan keperluan mengemukakan laporan perbelanjaan serta dokumen sokongan bagi peruntukan yang diberikan.

Page 147: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

142

BIL NAMA IPT (ASRAMA DI JOHOR)JUMLAH

PELAJARRM

1 UiTM Kampus Pasir Gudang 20 RM4,000

2 UiTM Kampus Segamat 36 RM7,200

3 Politeknik Metro Johor Bahru 6 RM1,200

4 Politeknik Ibrahim Sultan 54 RM10,800

5 Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail 8 RM1,600

6 Politeknik Mersing 45 RM9,000

7 Universiti Kuala Lumpur Pasir Gudang 13 RM2,600

8Universiti Teknologi Malaysia Kampus

Skudai211 RM42,200

9 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 324 RM64,800

10Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM) Kampus Pagoh30 RM6,000

11 Kolej Komuniti Pasir Gudang 5 RM1,000

12 Kolej Komuniti Bandar Penawar 1 RM200

13 Kolej Komuniti Bandar Tenggara 4 RM800

14 Kolej Komuniti Segamat 5 RM1,000

JUMLAH 762 RM152,400

Page 148: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

143

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN B111 Apakah sumbangan dan kontribusi PBT-PBT di negeri Johor ketika COVID-19 terutama sekali kepada mereka yang terkesan? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Pertama, melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 2020 yang telah diumumkan Kerajaan Negeri iaitu pengecualian bayaran sewa premis milik MBIP dan pasar awam mulai April hingga Disember 2020, Kedua, pengecualian sewa tapak pasar malam dan pagi bagi Januari hingga Disember 2020 dan pengecualian bayaran lesen premis milik MBIP dan Pasar Awam, Peniaga PKS Johor yang beroperasi di premis Milik Kerajaan Negeri yang diuruskan oleh Perbadanan Usahawan Negeri Johor serta PKS Kategori Mikro berdaftar dan Lesen Perniagaan MBIP mulai Januari hingga Disember 2020. Ketiga, inisiatif di peringkat pentadbiran dengan memperuntukkan sumbangan dan bantuan yang bersesuaian kepada golongan yang terkesan akibat COVID-19 bagi mengurangkan bebanan dalam menghadapi tempoh pandemik ini.

Page 149: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

144

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN B112 Apakah relevannya Johor Digital Master Plan, dan berapa lamakah ianya dapat direalisasikan? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Menerusi kajian Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030, kerajaan negeri telah mengenal pasti digital sebagai salah satu dari pemacu pertumbuhan ekonomi negeri Johor antaranya penekanan terhadap revolusi IR 4.0 sektor pembuatan, inisiatif pembangunan “smart city”, perbankan, perniagaan, keusahawanan, pertanian moden dan lain-lain lagi selain membantu transformasi tadbir urus kerajaan menerusi pengurusan data dan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kepada rakyat dan pihak berkepentingan. Sehubungan dengan itu, penyediaan Johor Digital Masterplan ini disediakan dengan justifikasi sebagaimana berikut: 1. Mengenal pasti dan menyelaras semua inisiatif digital Johor yang sedia ada dan dalam

perancangan, termasuk inisiatif digital di peringkat kerajaan merangkumi inisiatif di peringkat persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat swasta.

2. Menganalisa senario dan isu berkaitan sektor digital di negeri Johor serta potensi sektor

digital terhadap pertumbuhan ekonomi negeri Johor selain perancangan bagi mewujudkan ekosistem ekonomi berasaskan digital;

3. Menilai tahap ketersediaan infrastruktur, kandungan dan komunikasi serta penyertaan

digital dalam kalangan pihak yang berkepentingan seperti para pemegang taruh sekali gus masyarakat.

4. Mereka bentuk metrik pengukuran tahap pendigitalan Johor berasaskan penanda aras

kompetitif dan terbaik di peringkat antarabangsa. 5. Menyediakan hala tuju penerapan digital dengan struktur tadbir urus yang jelas dengan

meningkatkan bentuk kerjasama di antara kerajaan dan pihak swasta. 6. Mengenal pasti bidang-bidang dan inisiatif-inisiatif digital untuk diberi tumpuan dan

dilaksanakan di negeri Johor termasuk transformasi dalam sektor kerajaan, pemerkasaan industri dan pembudayaan di kalangan masyarakat menerusi kerangka dasar dan polisi yang menyokong aplikasi digital di negeri Johor.

Kajian ini sedang berada di peringkat awal penyediaan dan disasarkan untuk dimuktamadkan pada suku pertama 2021. Pelaksanaan yang digariskan menerusi dokumen ini akan digerakkan dan diselaraskan menerusi Majlis Digital Johor yang telah dipersetujui penubuhannya baru-baru ini. Majlis ini dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar dan turut dianggotai oleh sebilangan jabatan kerajaan dan pihak-pihak yang mempunyai kepakaran di dalam bidang digital, teknologi dan telekomunikasi bagi proses merangka perancangan strategik demi memacu pertumbuhan ekonomi negeri Johor, transformasi perkhidmatan kerajaan dan pembudayaan digital serta teknologi di kalangan masyarakat Johor.

Page 150: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

145

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NANAS) SOALAN B113 Memohon pencerahan perkembangan projek meluruskan Sungai Pulai (potong tanjung) di kawasan Ulu Pulai untuk mencegah banjir kilat yang sering berlaku di sana? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Proses perolehan bagi melaksanakan projek ini telah pun dibuat secara sebut harga terbuka. Notis tawaran telah dikeluarkan pada 10 Ogos 2020 oleh JPS Daerah Johor Bahru. Adalah dijadualkan kerja-kerja di tapak dapat dilaksanakan pada hujung September 2020 dan disiapkan pada awal Disember 2020. Kelewatan proses perolehan ini berlaku disebabkan pematuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Page 151: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

146

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NANAS) SOALAN B114 Kerajaan pernah meluluskan RM14.7 juta untuk 17 projek yang semasa Pilihan raya Kecil Tanjung Piai. Adakah projek-projek tersebut masih diteruskan dan memohon pencerahan perkembangan setiap projek. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Pekan Nanas, Kerajaan negeri komited untuk melaksanakan semua projek berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan bagi Kawasan Parlimen Tanjung Piai. Sebanyak 17 projek bernilai RM14.75 juta yang diluluskan oleh Kerajaan bukanlah projek Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai. Peruntukan ini telah diluluskan oleh Kerajaan sebagai projek khas semasa Allahyarham Datuk Wira Dr. Mohamed Farid bin Md. Rafik menjadi Ahli Parlimen Kawasan tersebut. Senarai projek melibatkan empat (4) komponen seperti berikut:

(a) Empat (4) Pembinaan Dewan Serba guna : RM5 juta; (b) Enam (6) Pembinaan Dewan Sekolah : RM3 juta; (c) Tiga (3) Pembinaan Semula Jeti Nelayan : RM3 juta; dan (d) Empat (4) Penyelenggaraan dan Menaik Taraf Padang : RM3.75 juta.

Agensi Pelaksana bagi projek-projek ini ialah Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Pontian, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pontian, Pejabat Daerah Pontian dan Pejabat Pembangunan Negeri Johor (SDO Johor), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Semua projek ini sekarang berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan melibatkan penyediaan dokumen, proses perolehan kerja dan dalam pembinaan. Projek-projek ini diteruskan kerana ianya dapat memberi manfaat kepada rakyat di Kawasan Parlimen Tanjung Piai. Projek-projek ini dijangka siap dalam tempoh antara 12 minggu hingga 24 bulan daripada tarikh Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan. Sebagai tambahan, sebanyak 12 projek lagi yang bernilai RM5.77 juta telah diluluskan di Parlimen Tanjung Piai dan menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 29 projek yang melibatkan kos bernilai RM20.52 juta.

Page 152: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

147

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NANAS) SOALAN B115 Memohon pencerahan mengenai pelaksanaan dasar penggunaan garam beriodin secara mandatori bagi kegunaan isi rumah yang akan berkuat kuasa mulai September 2020. Adakah dasar ini akan dijalankan seperti asal, ditangguhkan ataupun dibatalkan? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Pengiodinan Garam Secara Universal merupakan strategi utama di dalam menghapuskan masalah gangguan akibat kekurangan iodin (Iodine Deficiency Disorder, IDD) di peringkat populasi. Ia dilaksanakan dengan menambah zat iodin ke dalam garam yang dijual dan dipasarkan kepada masyarakat secara menyeluruh. Sehubungan itu, pada November 2018, seluruh Malaysia telah diwartakan untuk menggunakan garam beriodin secara mandatori bagi kegunaan isi rumah dan akan mula berkuat kuasa mulai 30 September 2020. Dengan pewartaan ini tiada sesiapa boleh menyediakan atau menjualkan garam halus atau garam yang beratnya 20kg ke bawah tanpa beriodin.

Page 153: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

148

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NANAS) SOALAN B116 Kajian pernah dijalankan oleh RECESS UTHM untuk mengatasi masalah kerosakan jalan raya dari Pontian ke Pekan Nanas (FT5). Memohon pencerahan laporan dan cadangan kajian tersebut dan juga tindakan kerajaan selanjutnya? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat Pekan Nanas, kajian mengatasi masalah kerosakan jalan raya bari Laluan Persekutuan Pontian ke Pekan Nenas (FT005) telah dilaksanakan oleh Pusat Kecemerlangan dan Kejuruteraan JKR (CREaTE) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Hasil daripada kajian tersebut, kerja-kerja penyelenggaraan seperti turapan semula tidak sesuai dilaksanakan kerana akan menyebabkan penambahan beban sedia ada dan menambah mendapan pada laluan berkenaan. Sehubungan dengan itu, hasil dari pengesyoran CReATE dan UTHM, kerajaan negeri telah pun memohon di dalam RMK-12 untuk membina semula Laluan Persekutuan Pontian – Pekan Nenas (FT005) dari seksyen 39.00 hingga seksyen 51.00 iaitu sepanjang 12km dengan anggaran kos sebanyak RM240 juta.

Page 154: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

149

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NANAS) SOALAN B117 Sila berikan pencerahan tentang perkembangan projek pembinaan transfer station di Pekan Nanas. JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Berikut adalah perincian pelaksanaan Projek Belum Mula bagi Projek pembinaan transfer station Pekan Nanas.

Projek Maklumat Am Sasaran 2020 Status Semasa

Pembinaan SPSP Pekan Nanas, Pontian Johor

Keluasan Tapak :

12.5

SST Perunding : Mei 2018 Kajian Reka bentuk & EIA: mula Mei 2018 siap Nov 2019 Jangka Iklan Tender : Mac 2020 Jangka SST Kontraktor : Mei 2020

Jabatan telah melantik perunding : 1. Perunding

Awam dan Struktur (C&S)

2. Perunding

Mekanikal dan Elektrikal (M&E)

3. Perunding

Ukur Bahan (QS)

4. Perunding

Alam Sekitar Status Pelaksanaan 1. Reka bentuk :

100% 2. Kajian Impak

Alam Sekitar (EIA) : 100%

Isu : 1. Dalam Proses

rayuan pengecualian KM kepada MMKN Johor

Page 155: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

150

YB TUAN MD. YSAHRUDDIN BIN KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN B118 Senaraikan nama-nama Pegawai Wanita DUN Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim yang telah ditamatkan kontrak mengikut kawasan DUN masing-masing serta nyatakan parti-parti yang mereka wakili? JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Pegawai Wanita Darul Ta’zim telah dilantik di bawah Yayasan Pembangunan Darul Ta’zim bagi membantu kerajaan negeri Johor melaksanakan aktiviti dan program pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat di peringkat DUN. Perwujudan dan pelantikan Pegawai Wanita Darul Ta’zim adalah sebagaimana keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan RM Bil 555/2019 bertarikh 20 Mac 2019. Seramai 32 orang Pegawai Wanita Darul Ta’zim telah dilantik di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim. Namun begitu, perkhidmatan Pegawai Wanita Darul Ta’zim ini telah ditamatkan kontrak pada 8 Mei 2020 sebagaimana keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan RM Bil 517/2020 pada 8 April 2020 yang bersetuju untuk menamatkan pelantikan Pegawai Sakinah Darul Ta’zim, Pegawai Hospital Darul Ta’zim dan Pegawai Wanita Darul Ta’zim sedia ada dengan memberi 1 bulan notis penamatan kontrak. Senarai nama Pegawai Wanita Darul Ta’zim adalah sulit dan direkodkan dalam rekod jabatan. Sekiranya memerlukan maklumat lebih lanjut, boleh berhubung secara terus dengan YPKDT.

Page 156: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

151

YB TUAN MD. YSAHRUDDIN BIN KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN B119 Berapakah peruntukan bagi menjadikan sektor pelancongan di keluasan 3,795.84 hektar Mukim Ayer Hitam iaitu di sebahagian kawasan Hutan Simpanan Kekal Paya Gambut, Ayer Hitam Utara? JAWAPAN YB DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI Hutan Simpan Ayer Hitam Utara dalam Daerah Muar merupakan satu-satunya hutan dari jenis Hutan Paya Gambut (peat swamp forest) yang masih ujud di Negeri Johor meliputi kawasan seluas 3,795.84 hektar. Menyedari akan peranan dan kepentingan pengekalan kawasan hutan tersebut maka, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan menguruskan kawasan hutan tersebut sebagai hutan taman negeri paya gambut yang dikenali sebagai Hutan Taman Negeri Ayer Hitan Utara, di bawah pentadbiran dan pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Kerajaan Negeri juga memutuskan Hutan Simpan Ayer Hitam Utara ini diurus dan dikelaskan sebagai Hutan Perlindungan (Protection Forest) di bawah Seksyen 10(1) Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 Negeri Johor dan dijadikan sebagai produk eko-pelancongan (eco-tourism) negeri. Sehubungan itu, Kerajaan melalui Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah menyediakan Pelan Induk Pembangunan Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara bagi memastikan pembangunan kawasan dan produk eko-pelancongan yang terancang dan berdaya saing. Berdasarkan pelan tersebut, peruntukan berjumlah RM23 juta adalah diperlukan bagi melaksanakan pembangunan infrastruktur, pengurusan dan konservasi kawasan serta promosi yang akan dilaksanakan secara berfasa selama tempoh 10 tahun bermula tahun 2020 hingga 2029. Sehingga kini Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM649,120 dari peruntukan Pembangunan Negeri (P71) dan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan (KWPH) bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan, pembinaan pagar, wakaf, tandas dan dewan terbuka.

Page 157: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

152

YB TUAN MD. YSAHRUDDIN BIN KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN B120 Apakah inisiatif kerajaan Pakatan Harapan yang terdahulu seperti Kad Sihat diteruskan sehingga kini? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Program Kad Sihat Johor masih diteruskan perlaksanaannya,pada tahun 2020 beberapa penambahbaikan telah dibuat antaranya penambahan kuota. Jumlah kuota penerima Kad Sihat Johor adalah sebanyak 47,600 penerima iaitu 19,600 bagi individu dan 28,000 bagi keluarga, dengan peruntukan sebanyak RM2 Juta . Berikut merupakan pecahan agihan kad sihat mengikut daerah dan tuntutan bayaran yang telah dilaksanakan sehingga 31 Julai 2020.

Bil Daerah Jumlah Kad Sihat

Jumlah Perbelanjaan (RM)

1 Johor 2,100 RM 35,102.5

2 Muar 5,003 RM 78,856.00

3 Batu pahat 4,692 RM 68,553.60

4 Segamat 2,117 RM 49,801.40

5 Kluang 1,020 RM 5,190

6 Pontian 1,778 RM12,137.09

7 Kota tinggi 1,105 RM 4,210

8 Mersing 294 -

9 Kulai 2,067 RM 30,910.75

10 Tangkak 2,329 RM 56,597.70

Jumlah 22,505 RM 341,359.04

Page 158: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

153

YB TUAN MD. YSAHRUDDIN BIN KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN B121 Bagaimana cara-cara kerajaan untuk membantu masalah ekonomi pekebun yang terjejas akibat COVID-19 di kawasan seperti DUN Bukit Naning yang terkenal dengan penanaman nanas? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Kerajaan sedia maklum akan masalah ekonomi pekebun yang terjejas akibat COVID-19. Oleh yang demikian, beberapa pelan strategik telah dilaksanakan / dicadangkan oleh Jabatan Pertanian iaitu: PERANCANGAN JANGKA MASA PENDEK & SEDERHANA i. Menggalakkan Konsep Mixed Farming Dan Urban Farming, serta Sistem Fertigasi ii. Bekerjasama Mewujudkan Data Agromakanan Negara iii. Memastikan Infra Dan Fasiliti Disediakan Menepati Piawaian Dan Keperluan Industri iv. Memperkasa Usaha Menarik Agropreneur Muda v. Meningkatkan Pengeluaran Dan Produktiviti Tanaman vi. Mempergiatkan Aktiviti Pemprosesan Berasaskan Pertanian Dan Kepelbagaian

Produk vii. Pembangunan Sumber Manusia Yang Berinformasi viii. Memperkukuhkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan ix. Pendaftaran Petani, PKS Dan Pemberi Perkhidmatan Yang Berkaitan PERANCANGAN JANGKA MASA PANJANG i. Memberi Tumpuan Pada Penanaman Tanaman Bernilai Tinggi ii. Meningkatkan Pengeluaran Makanan Yang Selamat Dan Lestari iii. Memperluas Penggunaan Aplikasi Teknologi Dalam Sektor Agromakanan iv. Membudayakan Pertanian Melalui Pengembangan Dan Pembangunan Modal Insan v. Melaksanakan Program Atau Projek Pembangunan Secara Inklusif Dengan

Penglibatan Golongan Muda Dan Rakan Strategik vi. Pengeluaran Baja Tempatan vii. Pengeluaran Benih Tempatan viii. Menghasilkan Bahan Makanan Ternakan Tempatan Jabatan Pertanian akan terus melaksanakan program-program bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat di negeri Johor, melalui aktiviti pengembangan dengan pemindahan teknologi terutamanya yang melibatkan pekebun-pekebun kecil dan menyalurkan bantuan promosi / insentif / latihan untuk menggalakkan mereka mengamalkan teknologi terkini bagi meningkatkan pengeluaran dan seterusnya pendapatan mereka. Dari segi latihan, antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Jabatan Pertanian ialah menyediakan kursus-kursus di Pusat-pusat Pertanian dan Institut Pertanian. Pada masa yang sama, pegawai pengembangan (agen pengembangan kawasan) turut ditempatkan di setiap daerah, bagi memberi khidmat nasihat kepada rakyat di peringkat lapangan. Selain itu, pihak Kerajaan melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) sentiasa bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri dalam menjayakan agenda pembangunan industri nanas negara. LPNM juga telah menyediakan pelbagai jenis bantuan dan insentif

Page 159: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

154

yang bersesuaian mengikut kluster projek tanaman nanas. Bantuan atau insentif yang diberikan kepada pengusaha adalah seperti berikut :

a) Bantuan Bahan Tanaman (Anak Benih/Sulur Nanas) b) Bantuan Input Pertanian (Baja/Racun/Hormon) c) Bantuan Infrastruktur Asas Ladang d) Bantuan Infrastruktur Asas Pemasaran e) Bantuan Mekanisasi dan Automasi Ladang f) Bantuan Khidmat Nasihat dan Teknikal Tanaman

Page 160: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

155

YB TUAN MD. YSAHRUDDIN BIN KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN B122 Senaraikan peruntukan yang telah diluluskan mengikut DUN melalui bantuan ihsan COVID-19 negeri Johor? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Sebagai makluman YB Bentayan, YB Kota Iskandar, YB Bukit Naning, YB Pasir Raja dan YB Maharani adalah dimaklumkan bahawa kesemua jawapan akan dijawab secara bersekali. Umumnya, Bantuan Tunai Ihsan Johor yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Johor memberikan keutamaan kepada mereka yang tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri sepanjang tempoh penularan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan pergerakan (PKP). Bantuan Ihsan COVID-19 menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM11,199,000.00. Penerima layak akan menerima bantuan dalam bentuk tunai iaitu sama ada RM500.00 atau RM250.00. Sehingga 3 Jun 2020 seramai 41,565 penerima telah pun diluluskan dengan pecahan 38,334 pemohon adalah penerima bantuan RM250.00 dengan peruntukan sebanyak RM9,583,500 manakala seramai 3,231 pemohon adalah penerima bantuan RM500.00 dengan peruntukan sejumlah RM1,615,500.00. Kerajaan Negeri Johor turut melaksanakan inisiatif tambahan bagi membantu golongan miskin tegar, miskin dan golongan terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan jumlah peruntukan tambahan secara one-off sebanyak RM4,576,950.00. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian besar permohonan gagal atas faktor-faktor berikut:

1. Pemohon atau pasangan melebihi had kelayakan pendapatan 2. Pemohon atau pasangan mempunyai syarikat dan layak memohon Geran Prihatin

Nasional (GPN) 3. Pemohon berumur kurang daripada 18 tahun yang berada di bawah tanggungan

keluarga 4. Duplikasi permohonan 5. Nombor kad pengenalan tidak wujud 6. Pemohon telah meninggal dunia 7. Maklumat permohonan tidak lengkap

Sehingga kini, penerima layak telah pun menerima bantuan tunai ini menerusi bayaran yang disalurkan secara ‘electronic fund transfer” (EFT) bagi mereka yang mempunyai akaun bank, manakala bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bantuan akan disalurkan menerusi Pejabat Daerah masing-masing.

Page 161: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

156

YB PUAN RASHIDAH BINTI ISMAIL (PASIR RAJA) SOALAN B123 Apakah tindakan atau inisiatif kerajaan dalam menghentikan gangguan gajah, monyet dan hidupan liar lainnya yang kerap menyerang tanaman dan mengganggu masyarakat kampung? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Jabatan PERHILITAN memberi perhatian yang serius ke atas aduan gangguan hidupan liar yang berlaku di negeri Johor. Tindakan yang diambil oleh jabatan adalah bergantung kepada spesies hidupan liar yang menyebabkan kacau ganggu, tempat dan situasi konflik. Beberapa langkah jangka pendek telah dijalankan bagi mengurangkan impak gangguan hidupan liar adalah seperti berikut: i. Menjalankan rondaan dan pemantauan secara berkala serta pemasangan perangkap

di lokasi konflik; ii. Tindakan tembak halau dijalankan di kawasan gangguan berhampiran dengan

kawasan hutan di mana tembakan akan dilepaskan ke udara bagi menakutkan dan seterusnya memaksa hidupan liar berkenaan masuk semula ke dalam hutan;

iii. Kaedah tangkap pindah pula dijalankan dengan menangkap hidupan liar di kawasan yang bermasalah dan memindahkannya ke satu habitat baru yang lebih sesuai;

iv. Menjalankan kaedah tembak mati bagi hidupan liar yang mengancam keselamatan penduduk atau apabila tiada tindakan lain lagi yang difikirkan sesuai. Kaedah ini juga dijalankan bagi mengurangkan populasi spesies hidupan liar di kawasan yang mengalami gangguan yang serius; dan

v. Memberi khidmat nasihat, mengadakan program kesedaran awam, dialog dan perbincangan bersama masyarakat setempat bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman penduduk dalam pengurusan konflik hidupan liar dan kaedah pengurusan kebun yang terbaik terutama bagi kawasan yang bersempadan dengan kawasan hutan.

Untuk makluman, Jabatan PERHILITAN juga telah menjalankan tindakan jangka panjang bagi mengurangkan gangguan konflik hidupan liar seperti berikut: i. Menubuhkan Santuari Gajah Johor (JES) sebagai pusat konservasi gajah di Negeri

Johor dan juga menyediakan padang ragut khusus untuk populasi gajah di Hutan Simpan Kekal Panti yang bertujuan mengurangkan konflik manusia-gajah di kawasan berhampiran;

ii. Memasang kolar satelit gajah bagi mengesan pergerakan kumpulan gajah yang turut berfungsi sebagai sistem amaran awal (early warning system) untuk tindakan awal diambil;

iii. Menggunakan teknologi dron bagi memantau pergerakan kumpulan gajah yang sering menimbulkan konflik di dalam Negeri Johor;

iv. Membina jajaran Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di Kg. Seri Lukut, Kluang sepanjang 17.8km, SPEG Kg. Tenang, Labis sepanjang 21km dan SPEG Kg. Mawai, Kota Tinggi sepanjang 15 km dengan kos keseluruhan sebanyak RM2.7juta;

v. Memasang sebanyak 54 unit papan-papan tanda di kawasan lintasan hidupan liar di jajaran jalan raya utama di dalam negeri Johor bagi mengurangkan risiko kemalangan

Page 162: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

157

dengan hidupan liar serta di kawasan habitat yang mempunyai populasi buaya bagi mengelakkan serangan buaya;

vi. Menjalankan program pengkayaan habitat dengan mewujudkan padang ragut dan jenut-jenut tiruan; serta

vii. Menjalinkan kerjasama dengan pihak Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia untuk program konservasi hidupan liar di kawasan Central Forest Spine (CFS) di dalam negeri Johor.

Orang awam adalah dinasihatkan tidak mengambil tindakan sendiri kerana dikhuatiri akan membahayakan keselamatan diri. Tindakan seperti memprovokasi hidupan liar boleh menyebabkan berlakunya serangan ke atas manusia. Pihak Jabatan menggalakkan pekebun atau pihak ladang untuk mengambil langkah-langkah mitigasi (atas nasihat Jabatan) seperti pembinaan pagar elektrik, parit gajah dan pemasangan perangkap komuniti bagi mengurangkan kesan gangguan hidupan liar ini.

Page 163: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

158

YB PUAN RASHIDAH BINTI ISMAIL (PASIR RAJA) SOALAN B124 Adakah wajar pihak pengurusan FELDA dapat mewartakan semua tanah Klinik Kesihatan di dalam rancangan FELDA di dalam DUN Pasir Raja? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman, melalui Seksyen 8, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok)1960 – Akta GSA, telah diperuntukkan bahawa tapak tanah untuk kegunaan awam, termasuklah untuk kegunaan Klinik Kesihatan. Sehubungan itu, sekiranya Klinik-klinik Kesihatan ini ingin memohon hak milik, adalah dibenarkan dengan cara pembatalan Akta GSA bagi tapak tersebut, seterusnya mengikut proses biasa bagi permohonan hak milik untuk Tanah-tanah Kerajaan.

Page 164: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

159

YB PUAN RASHIDAH BINTI ISMAIL (PASIR RAJA) SOALAN B125 Apakah status permohonan lampu jalan di simpang Jalan Kulai – Kota Tinggi sehingga ke Kg Semangar Luar sepanjang lebih kurang 3 km? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat, merujuk kepada keadaan semasa di tapak, didapati lampu jalan di persimpangan Jalan Kulai - Kota Tinggi telah pun ada. Buat masa ini tiada keperluan yang mendesak bagi memasang lampu jalan sepanjang 3KM dari persimpangan jalan tersebut hingga ke Kg. Semangar Luar. Selain itu, kekangan peruntukan juga merupakan salah satu faktor mengapa tiada keperluan terhadap permohonan ini. Hal ini kerana, pada masa ini keutamaan pemasangan lampu jalan lebih tertumpu kepada kawasan persimpangan dan juga kawasan kemalangan.

Page 165: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

160

YB PUAN RASHIDAH BINTI ISMAIL (PASIR RAJA) SOALAN B126 Apakah status permohonan rangkaian Kg Sg Telor, Kg Rantau Panjang dan Kg Sg Redan yang memohon untuk diwartakan di dalam pentadbiran KEJORA ? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman Yang Berhormat, Kampung Sungai Telur, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Sungai Redan adalah kampung-kampung yang telah tersenarai dalam Kertas Cadangan Peluasan Kawasan Operasi KEJORA. Pihak KEJORA telah mengangkat Kertas Cadangan Peluasan Operasi KEJORA untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada 11 September 2019. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut ditangguhkan dengan keperluan untuk melaksanakan kajian yang lebih terperinci, kemudian dibentangkan semula kepada MMK. Bagi menyokong cadangan ini, KEJORA sedang melaksanakan Kajian Pelan Induk Hala Tuju Pembangunan Kampung Wilayah KEJORA yang merupakan sebahagian fokus pembangunan dalam peluasan kawasan operasi KEJORA. Kajian ini dijangka siap pada 30 Oktober 2020 dan akan dibentangkan kepada Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Johor (BPENJ) pada awal Disember 2020.

Page 166: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

161

YB PUAN RASHIDAH BINTI ISMAIL (PASIR RAJA) SOALAN B127 Berapa jumlah dan senarai penerima Bantuan Ihsan COVID-19 bagi DUN Pasir Raja? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Sebagai makluman YB Bentayan, YB Kota Iskandar, YB Bukit Naning, YB Pasir Raja dan YB Maharani adalah dimaklumkan bahawa kesemua jawapan akan dijawab secara bersekali. Umumnya, Bantuan Tunai Ihsan Johor yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Johor memberikan keutamaan kepada mereka yang tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri sepanjang tempoh penularan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan pergerakan (PKP). Bantuan Ihsan COVID-19 menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM11,199,000.00. Penerima layak akan menerima bantuan dalam bentuk tunai iaitu sama ada RM500.00 atau RM250.00. Sehingga 3 Jun 2020 seramai 41,565 penerima telah pun diluluskan dengan pecahan 38,334 pemohon adalah penerima bantuan RM250.00 dengan peruntukan sebanyak RM9,583,500 manakala seramai 3,231 pemohon adalah penerima bantuan RM500.00 dengan peruntukan sejumlah RM1,615,500.00. Kerajaan Negeri Johor turut melaksanakan inisiatif tambahan bagi membantu golongan miskin tegar, miskin dan golongan terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan jumlah peruntukan tambahan secara one-off sebanyak RM4,576,950.00. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian besar permohonan gagal atas faktor-faktor berikut:

1. Pemohon atau pasangan melebihi had kelayakan pendapatan 2. Pemohon atau pasangan mempunyai syarikat dan layak memohon Geran Prihatin

Nasional (GPN) 3. Pemohon berumur kurang daripada 18 tahun yang berada di bawah tanggungan

keluarga 4. Duplikasi permohonan 5. Nombor kad pengenalan tidak wujud 6. Pemohon telah meninggal dunia 7. Maklumat permohonan tidak lengkap

Sehingga kini, penerima layak telah pun menerima bantuan tunai ini menerusi bayaran yang disalurkan secara ‘electronic fund transfer” (EFT) bagi mereka yang mempunyai akaun bank, manakala bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bantuan akan disalurkan menerusi Pejabat Daerah masing-masing.

Page 167: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

162

YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN B128 Untuk kategori mereka yang balik ke JB dari Singapura melalui Tambak Johor, senaraikan jumlah PUS yang disahkan COVID-19 positif sejak PKP bermula sehingga sekarang. JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Bermula 3 April 2020 sehingga 30 Ogos 2020, seramai 35,414 pengembara atau Person Under Surveillance (PUS) telah dilaporkan masuk melalui Pintu Masuk Singapura-Malaysia. Dari bilangan tersebut, terdapat 54 kes COVID-19 yang telah dikesan di kalangan PUS yang tiba dari Singapura.

Page 168: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

163

YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN B129 Senaraikan jumlah orang yang balik dari Singapura ke Johor Bahru melalui CIQ BSI dan CIQ KSAB untuk bulan Mac, April, Mei, Jun, Julai dan Ogos 2020. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Stulang, jumlah orang yang balik dari Singapura ke Johor Bahru melalui Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) bagi bulan Mac, April, Mei, Jun, Julai dan Ogos 2020 adalah seperti berikut:

BULAN

PINTU MASUK JUMLAH BANGUNAN SULTAN

ISKANDAR KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR

Mac 22,313 9,105 31,418

April 47,608 25,815 73,423

Mei 29,225 38,051 67,276

Jun 29,317 47,391 76,708

Julai 37,952 53,241 91,193

Ogos 42,136 51,905 94,041

JUMLAH KESELURUHAN

208,551

225,508

427,683

Page 169: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

164

YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN B130 Untuk projek VEP, setakat ini, berapakah peratusan tag RFID yang telah dipasang pada kereta Singapura ? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Jumlah kenderaan berdaftar melalui portal JPJ Malaysia adalah sebanyak 206,207 buah kenderaan dan peratus yang telah dibuat agihan adalah sebanyak 31.75%. Bagi jumlah agihan tag RFID mengikut pecahan pusat pengeluar tag RFID sehingga 30/8/2020 adalah seperti berikut:

Pejabat JPJ Pusat VCC

Komplek Sultan Abu Bakar

107

Pandan 16,289

Angsana 20,945

Bangunan Sultan Iskandar

72 Lima Kedai 12,323

Gelang Patah 15,740

Jumlah Keseluruhan

65,476

Page 170: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

165

YB CIK LIOW CAI TUNG (JOHOR JAYA) SOALAN B131 Nyatakan status perkembangan Program Mama Friendly termasuk bilangan bilik, kos, tempoh siap bagi setiap bilik. JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Kerajaan Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim telah berjaya melaksanakan Program Mama Friendly sebanyak 40 bilik. Peruntukan projek setiap satu bilik Mama Friendly adalah tidak lebih daripada RM5,000.00 (Lima Ribu) dengan proses persiapan mengambil masa lebih kurang 2 minggu. Promosi dan percetakan (Banting, Banner, Pamphlet, Beg Woven, Logo, Cenderahati, Sijil dan persiapan majlis perasmian bilik).

Page 171: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

166

YB CIK LIOW CAI TUNG (JOHOR JAYA) SOALAN B132 Nyatakan rancangan dan status perkembangan Program Peguam Wanita untuk membantu wanita yang menghadapi keganasan rumah tangga dan masalah keluarga. JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Kerajaan negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim amat komited dalam memperkasa wanita Negeri Johor dalam pelbagai aspek kehidupan. Ini termasuklah membantu golongan wanita dalam isu-isu masalah sosial terutamanya yang berlaku dalam keluarga dan rumah tangga mereka. Justeru YPKDT telah merangka pelaksanaan Skim Bantuan Guaman Wanita Negeri Johor bagi tahun 2020 yang bertujuan membantu golongan wanita bukan Islam mendapatkan pembelaan di Mahkamah dengan memberikan perkhidmatan kaunseling serta nasihat guaman kepada mereka secara percuma. Namun disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia kini, skim ini terpaksa ditangguhkan pelaksanaannya pada tahun hadapan. Walau bagaimanapun YPKDT telah merujuk ke pejabat Penasihat Undang-undang bagi mendapatkan ulasan berkenaan pelaksanaan skim ini supaya program ini memberi manfaat dan impak kepada golongan sasar.

Page 172: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

167

YB CIK LIOW CAI TUNG (JOHOR JAYA) SOALAN B133 Nyatakan rancangan baik pulih sistem saliran dan perparitan di Taman Johor Jaya iaitu parit utama Johor Jaya yang melalui Jalan Anggerik, Jalan Teratai, Jalan Keembong, Jalan Seroja yang mengakibatkan banjir kilat pada bulan Jun baru-baru ini. JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Untuk makluman, kerja-kerja pembaikan sistem saliran di Taman Johor Jaya telah bermula pada 1.9.2020 dan dijangka siap pada 30.11.2020.

Page 173: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

168

YB CIK LIOW CAI TUNG (JOHOR JAYA) SOALAN B134 Nyatakan status perkembangan kerja-kerja baik pulih sistem saliran di Kg Melayu Pandan, Kg Sri Bahagia dan Kg Rumah 10 yang kerap berlaku banjir kilat. JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Untuk makluman kawasan tersebut merupakan asalnya kawasan kampung tidak terancang (setinggan) dan hasil siasatan didapati tiada rizab saliran yang diwartakan lagi di lokasi tersebut bagi tujuan menaik taraf saliran. Aduan telah dirujuk ke Pejabat Daerah Johor Bahru.

Page 174: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

169

YB CIK LIOW CAI TUNG (JOHOR JAYA) SOALAN B135 Pihak kerajaan negeri Johor telah memperuntukkan RM15 juta bagi menjayakan Tahun Melawat Johor 2020, jelaskan status peruntukan tersebut mengikut kos perbelanjaan dan rancangan terkini untuk peruntukan tersebut. JAWAPAN YB DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI Tahun Melawat Johor 2020 telah menyasarkan kemasukan pelancong seramai 18.4 juta orang dan sasaran pelancong bermalam seramai 8.4 juta orang. Namun, penularan wabak pandemik COVID-19 telah menyebabkan industri pelancongan terjejas secara global, malahan negeri Johor turut terkesan akan masalah ini. Wabak ini turut menyaksikan kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020 di peringkat persekutuan dibatalkan. Justeru, perancangan bagi menjayakan kempen Tahun Melawat Johor telah terjejas dan kini kerajaan Negeri memberi fokus kepada merancakkan semula pelancongan domestik yang serta mempersiap sedia produk serta hospitaliti pelancongan Johor sejurus pintu sempadan di buka semula. Penjajaran semula peruntukan telah dilaksanakan semenjak penularan wabak pandemik ini. Penjajaran ini bertujuan bagi memberi penekanan utama kepada rakyat Johor yang terjejas teruk kesan dari bencana ini. Berbanding peruntukan asal RM 15 juta, sebanyak RM 4,122,601.00 telah dipulangkan kepada Kerajaan Negeri bagi membela nasib rakyat. Pemain industri pelancongan turut terkesan akan penularan wabak ini. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Johor melalui Tourism Johor telah mengenal pasti dan mewujudkan inisiatif bagi meringankan beban pemegang taruh pelancongan di Johor. Antara inisiatif termasuk:

1. Memanjangkan tempoh Kempen Tahun Melawat Johor ke tahun 2022. Dengan ini, pemain industri pelancongan Johor berpeluang untuk meningkatkan dan menaik taraf produk serta perkhidmatan yang berkaitan yang mampu menjana kembali dan meningkatkan industri pelancongan di Johor

2. Insentif one-off kepada Pemandu Pelancong Negeri Johor sebanyak RM 1,000 yang memberi manfaat kepada Pemandu Pelancong yang berdaftar dan menetap di negeri Johor

3. Pengecualian pembayaran lesen perniagaan kepada pemain industri pelancongan Johor

4. Pengecualian bayaran duti hiburan kepada taman-taman tema dan pusat hiburan keluarga

Bagi jangka masa pendek, pasaran pelancongan domestik diberi keutamaan berbanding pasaran antarabangsa. Ini berikutan limitasi dan halangan ekoran penutupan sempadan antarabangsa. Dalam menarik pelancong domestik, beberapa inisiatif telah dirangka dan dijalankan termasuk:

1. Mewujudkan Pelan Pemulihan Pelancongan Negeri Johor bagi memulihkan kembali industri pelancongan pasca COVID-19 serta mengetengahkan kaedah dan solusi bagi penggerakan industri pelancongan menghadapi norma baru

Page 175: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

170

2. Memberi fokus kepada produk pelancongan yang bersedia dan berpotensi menjadi tarikan utama negeri Johor. Inisiatif ini akan memperkenalkan signature product yang menjadi must visit destination di Johor.

3. Meningkat dan membaik pulih fasiliti pelancongan di 8 destinasi pelancongan utama negeri Johor berjumlah RM1.3 juta.

4. Penghasilan travelogue dengan penglibatan influencer dan selebriti dalam memperkenalkan negeri Johor. Travelogue 13 episod ini akan ditayangkan di stesen televisyen dengan peruntukan sebanyak RM1,318,534.

Page 176: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

171

YB PUAN HAJAH NOR HAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN B136 Sila nyatakan jumlah keseluruhan peruntukan kerajaan untuk Bantuan Ihsan COVID-19 untuk seluruh negeri Johor, jumlah permohonan yang telah diterima dan diagihkan, serta nyatakan jumlah penerima dan agihan peruntukan kepada penerima di dalam DUN Maharani. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Sebagai makluman YB Bentayan, YB Kota Iskandar, YB Bukit Naning, YB Pasir Raja dan YB Maharani adalah dimaklumkan bahawa kesemua jawapan akan dijawab secara bersekali. Umumnya, Bantuan Tunai Ihsan Johor yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Johor memberikan keutamaan kepada mereka yang tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri sepanjang tempoh penularan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan pergerakan (PKP). Bantuan Ihsan COVID-19 menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM11,199,000.00. Penerima layak akan menerima bantuan dalam bentuk tunai iaitu sama ada RM500.00 atau RM250.00. Sehingga 3 Jun 2020 seramai 41,565 penerima telah pun diluluskan dengan pecahan 38,334 pemohon adalah penerima bantuan RM250.00 dengan peruntukan sebanyak RM9,583,500 manakala seramai 3,231 pemohon adalah penerima bantuan RM500.00 dengan peruntukan sejumlah RM1,615,500.00. Kerajaan Negeri Johor turut melaksanakan inisiatif tambahan bagi membantu golongan miskin tegar, miskin dan golongan terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan jumlah peruntukan tambahan secara one-off sebanyak RM4,576,950.00. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian besar permohonan gagal atas faktor-faktor berikut:

1. Pemohon atau pasangan melebihi had kelayakan pendapatan 2. Pemohon atau pasangan mempunyai syarikat dan layak memohon Geran Prihatin

Nasional (GPN) 3. Pemohon berumur kurang daripada 18 tahun yang berada di bawah tanggungan

keluarga 4. Duplikasi permohonan 5. Nombor kad pengenalan tidak wujud 6. Pemohon telah meninggal dunia 7. Maklumat permohonan tidak lengkap

Sehingga kini, penerima layak telah pun menerima bantuan tunai ini menerusi bayaran yang disalurkan secara ‘electronic fund transfer” (EFT) bagi mereka yang mempunyai akaun bank, manakala bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bantuan akan disalurkan menerusi Pejabat Daerah masing-masing.

Page 177: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

172

YB PUAN HAJAH NOR HAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN B137 Sila nyatakan skim-skim bantuan kebajikan di bawah kelolaan Baitulmal, golongan sasar penerima dan perancangan kerajaan untuk menghebahkan skim-skim yang ada kepada orang awam serta memudahcarakan proses permohonan bagi memastikan lebih ramai golongan terpinggir menerima manfaat skim-skim bantuan ini. JAWAPAN YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI Skim bantuan yang disediakan oleh MAINJ adalah mengikut kepada keperluan semasa asnaf terutamanya bagi membantu asnaf fakir dan miskin dalam menangani kos sara hidup, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan juga mereka yang terlibat dengan bencana alam. Dalam masa yang sama MAINJ juga memberi penekanan terhadap mekanisme peningkatan tahap ekonomi asnaf melalui latihan kemahiran dan juga kesedaran terhadap kepentingan ilmu dan pendidikan. Bantuan kepada anak-anak asnaf di kalangan pelajar juga adalah salah satu mekanisme mengeluarkan keluarga mereka daripada kemiskinan melalui pendidikan supaya mereka boleh berjaya dalam pelajaran seterusnya memperoleh pekerjaan dan membantu keluarga mereka di kemudian hari. Skim-skim bantuan zakat yang disediakan MAINJ adalah sebagaimana berikut :

Bil Skim Bantuan

A. Bantuan Kebajikan

1 Bantuan Sara Hidup Bulanan

2 Bantuan Hari Raya

3 Bantuan Bencana Alam

B. Bantuan Perubatan

1 Rawatan Dyalisis

2 Perubatan Pelbagai

3 Bantuan Pesakit Jantung IJN

C. Bantuan Pelajaran

1 Yuran Sekolah

2 Pakaian Sekolah ( yang diharuskan Syarak)

3 Pendaftaran IPT

4 Dermasiswa Luar Negara

5 Pinjaman Pelajar Perubatan Luar Negara

6 Tambang Ke Pusat Pengajian

D. Bantuan Perumahan

1 Pembinaan Rumah Baru

2 Baik Pulih Rumah

E. Bantuan Peningkatan Ekonomi

1 Bantuan Berdikari

Page 178: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

173

2 Kursus Motivasi Pelajar Miskin

3 Pembangunan Ekonomi Asnaf

F. Bantuan Menjelaskan Hutang

1 Hutang Pelbagai

Dalam mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatannya kepada masyarakat Islam terutama golongan asnaf zakat, Majlis Agama Islam Negeri Johor telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meminimumkan keciciran terhadap bantuan kepada golongan asnaf zakat ini. Antara pendekatan yang diambil ialah : 1. Mewujudkan Program Jejak Asnaf di setiap daerah yang berkonsep mencari golongan

yang memerlukan bukan menunggu mereka datang ke pejabat zakat untuk memohon. Sejak dilaksanakan pada tahun 2015, golongan yang memerlukan dapat dikenal pasti kesusahan dan bentuk bantuan yang perlu disalurkan.

2. Pelantikan Amil Agihan Zakat. Mereka bertindak sebagai agen mencari asnaf dan juga sebagai rujukan masyarakat di mukimnya untuk membuat permohonan bantuan zakat. Kaedah ini dilihat sangat berkesan kerana mereka dapat sampai kepada setiap aduan dan golongan memerlukan dengan lebih cepat. Untuk memperluaskan lagi skop tugasan Amil Agihan Zakat ini bilangan mereka akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut mukim-mukim dalam negeri Johor.

3. Permohonan bantuan melalui talian. Setakat ini MAINJ telah melaksanakan permohonan bantuan pendaftaran ke Pusat Pengajian Tinggi dan Bantuan Pakaian Sekolah melalui kaedah dalam talian. Kaedah ini lebih memudahkan para pelajar dan dapat dicapai walau di mana berada. Kaedah ini juga akan diperluas kepada skim-skim bantuan yang lain.

4. Kaunter Permohonan Bantuan Zakat. Menyasarkan kawasan yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi supaya mereka mudah membuat permohonan tanpa perlu hadir ke pejabat. Dilaksanakan dengan kerjasama pemimpin setempat seperti Ketua Kampung dan Penghulu.

5. Borang-borang permohonan bantuan juga kini boleh di muat turun melalui laman sesawang MAINJ bagi lebih memudahkan permohonan.

Page 179: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

174

YB PUAN HAJAH NOR HAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN B138 Sila nyatakan jumlah ketua isi rumah wanita (female headed households) di seluruh negeri Johor serta kategori pendapatan mereka dan tindakan-tindakan kerajaan untuk membantu golongan ini? JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Kerajaan negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Darul Ta’zim telah mewujudkan Sistem Maklumat Ibu Tunggal (SMIT) pada tahun 2012. Sistem ini diwujudkan bertujuan untuk mengumpul maklumat data berkaitan ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah di seluruh negeri Johor. Bermula tahun 2003 sehingga Ogos 2020 (terkini), jumlah ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah yang telah berdaftar di bawah YPKDT adalah seramai 12,257. Seramai 11,478 daripada jumlah tersebut adalah ibu tunggal yang dikategorikan sebagai ketua isi rumah wanita (female headed households) di seluruh negeri Johor. Manakala, berdasarkan kepada data Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah telah memberi bantuan kepada ketua isi rumah wanita melalui pemberian Bantuan Kanak-Kanak (BKK) yang disalurkan secara bulanan. Sehingga kini, JKM telah memberikan BKK kepada seramai 2,716 ketua isi rumah wanita berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan anak yang berumur 18 tahun ke bawah. Pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim dalam membantu golongan ini sama ada dalam aspek peningkatan ekonomi, pembangunan modal insan dan peningkatan kendiri mereka. Berikut adalah projek-projek dan program-program yang telah dilaksanakan oleh YPKDT yang melibatkan golongan sasaran iaitu:

a) Program Motivasi Sinergi Transformasi Ibu Tunggal (START) 2018 Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan motivasi diri, kemahiran kendiri dan kesejahteraan emosi golongan ibu tunggal agar sentiasa bersemangat dan berdaya saing dalam meningkatkan potensi diri dalam mencapai pembangunan diri yang optimum.

b) Projek Menjana Pendapatan Wanita & Golongan Sasaran - 2003 sehingga kini Projek ini telah dilaksanakan sejak tahun 2003 sehingga kini dalam membantu golongan sasaran meningkatkan kemahiran diri melalui pelbagai kursus kemahiran seperti masakan, jahitan, solekan dan andaman, urutan dan kursus-kursus keusahawanan.

c) Skim Bantuan Peralatan Perniagaan (SKIPP) - 2003 sehingga kini Projek ini juga telah dilaksanakan sejak tahun 2003 sehingga kini. Objektif utama pelaksanaan projek ini adalah bagi membantu golongan sasaran memulakan perniagaan dari rumah secara kecil-kecilan, selain membantu peniaga wanita sedia ada dalam mengembangkan lagi produksi produk mereka di rumah.

d) Bazar Suri Johor Projek ini berkonsepkan jualan terus pengusaha/peniaga/usahawan wanita berpendapatan rendah, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya kepada orang awam. Bazar Suri ini juga

Page 180: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

175

merupakan gerai jualan yang menjadi salah satu platform memasarkan dan mempromosikan hasil produk mereka.

e) Program Stop It, Survive! (S.I.S) 2019 Program ini dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar dapat bersama-sama menggembleng tenaga membanteras jenayah keganasan terhadap wanita sekali gus melahirkan generasi dan masyarakat yang sejahtera, harmoni dan bahagia. Program berkonsepkan seminar kesedaran ini menekankan tentang isu-isu keselamatan wanita dalam rumah tangga yang member kesan terhadap kesejahteraan fizikal, emosi, mental dan psikologi wanita itu sendiri. Program ini diilhamkan daripada Seminar Keselamatan Keluarga yang pernah dijalankan oleh YPKDT sebelum ini dalam membantu golongan wanita menghadapi keganasan dalam rumah tangga.

f) Perkhidmatan Kaunseling Dan Runding cara Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim juga menyediakan perkhidmatan kaunseling dan runding cara kepada masyarakat umum terutamanya kepada wanita yang menghadapi masalah dalam rumah tangga dan perkahwinan. Selain daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga turut mengambil inisiatif untuk membantu golongan ibu tunggal itu dengan menyediakan bantuan Geran Pelancaran kepada ibu tunggal yang ingin memulakan perniagaan bagi meningkatkan pendapatan bulanan keluarga mereka. Tambahan pula, pihak kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pembangunan Wanita turut memperkasakan wanita yang menjadi ketua isi rumah. Antaranya ialah :

a) Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) Inisiatif ini terkandung dalam 40 inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 yang lalu. Melalui BKIT, pihak kerajaan menyalurkan bantuan sebanyak RM300 secara One Off yang diberikan kepada ibu tunggal yang layak.

b) Program i-Suri Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor (PPWNJ) di bawah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) adalah merupakan agensi penyelaras yang telah dilantik oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan pengoperasian i-Suri mulai bulan April 2019. Namun begitu, data pencarum atau bilangan peserta e-Kasih yang telah berdaftar dengan i-Suri hanya boleh dijana oleh Ibu Pejabat KWSP.

Page 181: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

176

YB TUAN TAN HONG PIN (SKUDAI) SOALAN B139 Nyatakan statistik mengikut bulan, kes penyakit-penyakit yang dirawat di setiap hospital di negeri Johor setiap bulan bagi tahun 2017, 2018, 2019 dan 2020. JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Penyakit-penyakit utama yang dirawat di hospital-hospital KKM Negeri Johor adalah termasuk penyakit berkaitan kehamilan dan kelahiran, penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penyakit berkaitan sistem sirkulatori. 10 sebab utama kemasukan ke hospital-hospital KKM Negeri Johor mengikut tahun 2017 hingga 2020 adalah seperti di Jadual 1,2,3 dan 4 (dilampirkan) (Data diekstrak dari pangkalan data MyHDW SMRP V2.0 PER_PD 206, Pusat Informatik Kesihatan, Bahagian Perancangan KKM pada 1 September 2020).

Page 182: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

177

JADUAL 1

SISTEM MAKLUMAT KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TEN PRINCIPAL CAUSES OF HOSPITALISATION IN HOSPITALS

JANUARY - DECEMBER, 2017

HOSPITAL : ALL HOSPITAL

STATE : JOHOR

SECTOR : KKM

No. Causes No. of

Discharges

1 CHAPTER XV : PREGNANCY, CHILDBIRTH AND THE PUERPERIUM (O00-O99) 59,669

2 CHAPTER X : DISEASES OF THE RESPIRATORY SYSTEM (J00-J99) 36,509

3 CHAPTER IX : DISEASES OF THE CIRCULATORY SYSTEM (I00-I99) 25,233

4 CHAPTER XIX : INJURY, POISONING AND CERTAIN OTHER CONSEQUENCES OF EXTERNAL CAUSES (S00-T98)

23,112

5 CHAPTER XVI : CERTAIN CONDITIONS ORIGINATING IN THE PERINATAL PERIOD (P00-P96) 21,931

6 CHAPTER I : CERTAIN INFECTIOUS AND PARASITIC DISEASES (A00-B99) 19,134

7 CHAPTER XIV : DISEASES OF THE GENITOURINARY SYSTEM (N00-N99) 13,057

8 CHAPTER XI : DISEASES OF THE DIGESTIVE SYSTEM (K00-K93) 12,868

9 CHAPTER II : NEOPLASMS (C00-D48) 10,781

10 CHAPTER XXI : FACTORS INFLUENCING HEALTH STATUS AND CONTACT WITH HEALTH SERVICES (Z00-Z99)

10,197

TOTAL ALL CAUSES 232,491

Page 183: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

178

JADUAL 2

SISTEM MAKLUMAT KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TEN PRINCIPAL CAUSES OF HOSPITALISATION IN HOSPITALS

JANUARY - DECEMBER, 2018

HOSPITAL : ALL HOSPITAL

STATE : JOHOR

SECTOR : KKM

No. Causes No. of

Discharges

1 CHAPTER XV : PREGNANCY, CHILDBIRTH AND THE PUERPERIUM (O00-O99) 69,233

2 CHAPTER X : DISEASES OF THE RESPIRATORY SYSTEM (J00-J99) 42,895

3 CHAPTER IX : DISEASES OF THE CIRCULATORY SYSTEM (I00-I99) 28,845

4 CHAPTER XIX : INJURY, POISONING AND CERTAIN OTHER CONSEQUENCES OF EXTERNAL CAUSES (S00-T98)

26,026

5 CHAPTER XVI : CERTAIN CONDITIONS ORIGINATING IN THE PERINATAL PERIOD (P00-P96) 25,537

6 CHAPTER I : CERTAIN INFECTIOUS AND PARASITIC DISEASES (A00-B99) 21,015

7 CHAPTER XIV : DISEASES OF THE GENITOURINARY SYSTEM (N00-N99) 15,413

8 CHAPTER XI : DISEASES OF THE DIGESTIVE SYSTEM (K00-K93) 14,579

9 CHAPTER II : NEOPLASMS (C00-D48) 14,232

10 CHAPTER IV : ENDOCRINE, NUTRITIONAL AND METABOLIC DISEASES (E00-E90) 10,385

Page 184: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

179

JADUAL 3

SISTEM MAKLUMAT KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TEN PRINCIPAL CAUSES OF HOSPITALISATION IN HOSPITALS

JANUARY - DECEMBER, 2019

HOSPITAL : ALL HOSPITAL

STATE : JOHOR

SECTOR : KKM

No. Causes No. of

Discharges

1 CHAPTER XV : PREGNANCY, CHILDBIRTH AND THE PUERPERIUM (O00-O99) 71,499

2 CHAPTER X : DISEASES OF THE RESPIRATORY SYSTEM (J00-J99) 45,942

3 CHAPTER IX : DISEASES OF THE CIRCULATORY SYSTEM (I00-I99) 31,417

4 CHAPTER XVI : CERTAIN CONDITIONS ORIGINATING IN THE PERINATAL PERIOD (P00-P96) 29,826

5 CHAPTER I : CERTAIN INFECTIOUS AND PARASITIC DISEASES (A00-B99) 29,766

6 CHAPTER XIX : INJURY, POISONING AND CERTAIN OTHER CONSEQUENCES OF EXTERNAL CAUSES (S00-T98) 28,544

7 CHAPTER XIV : DISEASES OF THE GENITOURINARY SYSTEM (N00-N99) 16,650

8 CHAPTER XI : DISEASES OF THE DIGESTIVE SYSTEM (K00-K93) 16,132

9 CHAPTER II : NEOPLASMS (C00-D48) 15,084

10 CHAPTER IV : ENDOCRINE, NUTRITIONAL AND METABOLIC DISEASES (E00-E90) 11,322

TOTAL ALL CAUSES 296,182

Page 185: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

180

JADUAL 4

SISTEM MAKLUMAT KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TEN PRINCIPAL CAUSES OF HOSPITALISATION IN HOSPITALS

JANUARY - JUNE, 2020

HOSPITAL : ALL HOSPITAL

STATE : JOHOR

SECTOR : KKM

No. Causes No. of

Discharges

1 PREGNANCY, CHILDBIRTH AND THE PUERPERIUM (O00-O99) 8,001

2 CERTAIN CONDITIONS ORIGINATING IN THE PERINATAL PERIOD (P00-P96) 3,667

3 DISEASES OF THE CIRCULATORY SYSTEM (I00-I99) 3,371

4 DISEASES OF THE RESPIRATORY SYSTEM (J00-J99) 3,320

5 CERTAIN INFECTIOUS AND PARASITIC DISEASES (A00-B99) 2,767

6 INJURY, POISONING AND CERTAIN OTHER CONSEQUENCES OF EXTERNAL CAUSES (S00-T98) 2,204

7 DISEASES OF THE GENITOURINARY SYSTEM (N00-N99) 1,678

8 DISEASES OF THE DIGESTIVE SYSTEM (K00-K93) 1,533

9 NEOPLASMS (C00-D48) 1,266

10 FACTORS INFLUENCING HEALTH STATUS AND CONTACT WITH HEALTH SERVICES (Z00-Z99) 1,219

TOTAL ALL CAUSES 29,026

Page 186: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

181

YB TUAN TAN HONG PIN (SKUDAI) SOALAN B140 Nyatakan secara terperinci status terkini usaha pendigitalan pentadbiran PBT di negeri Johor dan rancangan kerajaan dalam meringkaskan urusan pentadbiran PBT terutamanya dalam pengurusan hal ehwal yang berhubung rapat dengan orang awam. JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa komited dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dalam urusan pentadbiran PBT terutamanya dalam pengurusan berhubung rapat dengan orang awam. Seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi ICT pada era ini, Pihak Berkuasa Tempatan tidak ketinggalan turut sama memperkasa teknologi digital di dalam penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada komuniti setempat. Justeru itu, Pihak Berkuasa Tempatan telah menyediakan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan sebagaimana berikut:

Bil Aplikasi Keterangan Status

1.

ePBT Negeri Johor

Pengurusan PBT bersepadu yang mempunyai modul-modul seperti Taksiran, Cukai, Sewa, Sewa Pelbagai, Lesen, Kompaun dan Kewangan. Sistem dibangunkan berasaskan web yang mudah dicapai. Melalui pelaksanaan ePBT ini juga membolehkan pihak Setiausaha Kerajaan Negeri memperolehi maklumat PBT secara terus.

Telah digunakan

2.

e-khidmat

E-khidmat adalah kemudahan carian maklumat mengenai cukai harta, lesen dan sewa yang disediakan oleh PBT kepada seluruh komuniti. Pelanggan hanya perlu memasukkan nombor akaun dan nombor bil bagi mendapatkan maklumat bil tuntutan, bil yang masih tertunggak dan bayaran yang telah dijelaskan. Permohonan lesen, sewa dan tempahan kemudahan juga boleh dilakukan melalui laman web ini. Sistem ini berintegrasi secara terus dengan ePBT Negeri Johor Boleh dicapai melalui http://johor.ekhidmat.my

Telah digunakan

3.

OSC Online

Sistem berasaskan web yang di bangunkan oleh pihak KPKT untuk kegunaan permohonan-permohonan melalui Unit Pusat Setempat (OSC ) Permohonan, pengesahan dan kelulusan dilakukan secara talian. Agensi teknikal lain seperti JKR turut boleh mengakses sistem ini.

Telah digunakan

Page 187: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

182

4.

Aduan Awam (SISPAA)

Aduan awam kini lebih mudah dengan menggunakan sistem ini. Aduan dapat di pantau dari masa ke semasa oleh PBT dan BPA. Orang awam boleh hadir ke kaunter atau menggunakan sistem ini secara atas talian. Laporan aduan juga boleh dikeluarkan mengikut format yang ‘standard’.

Telah digunakan

5.

Sistem e-sebut harga/tender (E-SPEK)

Sistem ini membolehkan kontraktor yang berkelayakan membeli dan menghantar sebut harga/tender secara atas talian.

Telah digunakan

6.

PGEO

Sistem GIS dikemas kini mengikut draf perancangan PBT yang diuruskan oleh Jabatan Perancangan Bandar Pihak Berkuasa Tempatan. Boleh di akses oleh orang awam secara terkawal bagi melihat zon pembangunan di kawasan pentadbiran PBT. Sistem ini dalam proses pengemaskinian data spatial.

Telah digunakan

7.

HRMIS (Web dan Apps)

Sistem diguna pakai di Jabatan Khidmat Pengurusan PBT (Bhg. Sumber Manusia). PBT juga turut menggunakan Aplikasi mudah alih My HRMIS Cuti dan My HRMIS eGL bagi kemudahan kakitangan memohon cuti dan mengeluarkan GL secara atas talian.

Telah digunakan

8.

CCTV (Program Bandar Selamat)

Pemasangan CCTV. Merupakan Program Bandar Selamat (Kemudahan CCTV). Ianya bertujuan merekodkan pergerakan trafik sekali gus kejadian jenayah di sekitarnya.

Telah digunakan

9.

Digital Board (LED Big Screen)

Pihak Berkuasa Tempatan ada menyediakan Digital Board bagi penyampaian maklumat kepada orang awam.

Telah digunakan

10.

Sistem Pengurusan Kompaun Penguatkuasaan (Handheld)

Sistem penguatkuasaan menggunakan peralatan handheld sebagai usaha membantu penguat kuasa menjalankan tugas secara lebih bersistematik dan moden. Data / maklumat kompaun dapat diuruskan secara atas talian dan pengeluaran notis turun dijana menggunakan

Telah digunakan

Page 188: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

183

sistem ini.

11.

ILMU(Sistem Perpustakaan)

Sistem yang terdiri daripada modul peminjaman, pemulangan dan carian buku ini digunakan oleh Perpustakaan Awam PBT di dalam membantu melaksanakan tugas-tugas pengurusan perpustakaan dan memudahkan orang awam berurusan.

Telah digunakan

12.

Sistem Maklumat Artifak Muzium Layang-layang Pasir Gudang

Sistem merekodkan maklumat artifak yang terdapat di Muzium Layang-layang Pasir Gudang. Mendapatkan maklumat dengan lebih pantas dan tepat melalui kaedah carian maklumat melalui sistem berbanding carian rekod artifak yang disimpan di dalam komputer secara manual dan dalam bentuk hardcopy. Laporan dapat dihasilkan dengan lebih cepat, tepat dan boleh diperolehi di mana-mana. Memudahkan pencarian maklumat pada bila-bila masa yang diperlukan.

Telah digunakan

13.

Sistem Pengurusan Kubur (epusara)

Sistem ini dibangunkan bagi memudahkan waris membuat carian lokasi kubur simati di Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah, Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang. Sistem ini boleh dicapai di alamat http://mutmainnahpg.epusara.com

Telah digunakan

14.

Johor Free Wifi

Projek ini merupakan satu projek hasil kajian Pelan Suara Hati Johor yang dijalankan pada tahun 2013. Perkhidmatan talian Internet Wifi secara percuma telah ditawarkan kepada rakyat. Sebahagian Lokasi adalah seperti berikut;

• Hentian Bas dan Teksi,

• Kompleks PBT

• Jeti

• Medan Selera PBT

• Taman Bandar

• Padang Kerajaan

• Dataran

• Kaunter / Pejabat PBT

• Taman Rekreasi

• Mini Stadium/Gelanggang

Telah Digunakan

Page 189: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

184

15.

Laman web rasmi

Penyampaian perkhidmatan digital berpacukan data telah dilaksanakan. Menyediakan maklumat terkini dan dikemas kini dari semasa ke semasa di laman web rasmi.

Telah Digunakan

16.

Pembayaran cukai dan sewa online

Orang awam boleh membuat pembayaran cukai harta melalui kiosk bayaran dan perbankan online dengan mudah seperti maybank2u, mybsn, bank islam.biz,cimb click, Standard Chartered, Pos Malaysia dan jompay.

Telah Digunakan

Page 190: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

185

YB TUAN TAN HONG PIN (SKUDAI) SOALAN B141 Apakah inisiatif, rancangan dan bantuan agensi kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dalam pemberdayaan anak muda bagi meningkatkan daya saing anak muda dalam membina kerjaya dan meningkatkan kesedaran sivik dan politik anak muda? JAWAPAN YB DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI Kerajaan negeri amat komited untuk mengambil langkah untuk memberikan lebih tumpuan kepada golongan anak muda terutamanya di peringkat umbi seperti meningkatkan daya saing anak-anak muda di negeri Johor dalam membina kerjaya termasuk meningkatkan lagi kesedaran sivik dan politik anak muda. Bagi meningkatkan daya saing anak muda dalam membina kerjaya dan daya saing terutamanya pada tempoh yang genting ini, kerajaan negeri sedang berusaha bersama-sama IKBN untuk reskiling dan upskilling kepada anak-anak muda terutamanya yang tiada pekerjaan disebabkan oleh wabak Covid-19 yang melanda negara kita. Program ini melibatkan pelbagai jabatan dalam IKBN seperti : 4. Jabatan Hospitaliti 5. Jabatan Perhotelan 6. Jabatan Minyak dan Gas. Jabatan-jabatan ini pula akan terbahagi kepada sijil-sijil tertentu : 4. Jabatan Hospitaliti : Sijil Teknologi Penyediaan Pastri dan Sijil Teknologi Penyediaan

Makanan 5. Jabatan Perhotelan: Sijil Teknologi Kaunter Hadapan dan Sijil Teknologi Pengemasan. 6. Jabatan Minyak dan Gas : Kursus Kimpalan (AWS), Basic Inspection Welding (BIW),

Welder Qualification Test (WQT) dan Health, Safety and Environment (HSE). Selain IKBN, kerajaan juga telah mewujudkan sebuah lagi institut kemahiran iaitu Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBNP) di Pagoh,Muar. IKTBNP telah ditubuhkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-7 (RMK-7) bagi menepati keperluan semasa di sektor industri. Tujuan penubuhan IKTBNP adalah untuk menampung permintaan tenaga mahir yang semakin meningkat dan seterusnya dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan tenaga mahir negara. Kursus ini merangkumi konsep asas mesin, penggunaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan kuasa, kerja-kerja melarik, mengisar, mencanai membentuk serta memeriksa dan menilai hasil kerja menggunakan pelbagai peralatan. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5. Kerajaan negeri juga dengan kerjasama IKLAS sedang merangka 4 modul untuk kebaikan anak-anak muda Negeri Johor. Modul yang pertama ialah program kepimpinan eksekutif. Modul yang kedua pula ialah bengkel ataupun latihan-latihan patriotisme berteraskan bangsa Johor kepada anak-anak muda. Ketiganya ialah untuk mempraktikkan community service, membantu masyarakat di segenap lapisan masyarakat dan modul yang keempat adalah global leadership di mana kerajaan negeri akan mengetengahkan anak-anak muda

Page 191: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

186

untuk berjumpa, berdialog serta berbahas dengan pemimpin-pemimpin muda dari luar negara. Kerajaan negeri juga telah memberikan sokongan sepenuhnya kepada Dewan Muda Johor yang telah menjadi platform terbaik kepada anak-anak muda untuk berbahas dan mengusulkan idea-idea bernas kepada kerajaan negeri. Sebanyak 7 usul telah dibahaskan di dalam Dewan Muda ini. Kesemua usul ini juga telah diangkat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sokongan kerajaan kepada Dewan Muda Johor yang menghimpunkan anak-anak muda daripada pelbagai latar belakang kerjaya, pendidikan dan politik telah menandakan bahawa kerajaan negeri sangat komited dalam mengangkat suara golongan muda ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, kerajaan negeri juga dengan kerjasama IKLAS dalam perancangan untuk mengadakan job festival. Job festival ini akan diadakan di Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Selatan Johor bagi menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak muda. Kerajaan juga akan memperkenalkan Johor Youth Digital Entrepreneurship, salah satu program bagi memperkasakan kemahiran “berniaga secara online”. Ini bagi memastikan belia mendapat kemahiran yang mencukupi dan mampu melaksanakan perniagaan mereka secara online selari dengan konsep Digital Johor.

Page 192: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

187

YB TUAN TAN HONG PIN (SKUDAI) SOALAN B142 Nyatakan rancangan kerajaan negeri untuk menguruskan loji rawatan kumbahan bawah penyeliaan MPPG dan MBJB? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Untuk makluman, pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menyerahkan operasi penyelenggaraan loji rawatan kumbahan awam (LRK) sedia ada sebanyak 96 unit dan 33 unit rumah pam kepada Johor Special Water bermula 1 Jan 2020. Mulai 1 Januari 2020, MBJB memberhentikan kerja penyelenggaraan sistem pembetungan awam yang merangkumi LRK, rumah pam dan rangkaian paip betung di kawasan MBJB. Manakala, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) masih lagi membuat penyelenggaraan dan pengoperasian loji kumbahan awam di Pasir Gudang setiap tahun dengan mendapat kelulusan permit pengoperasian Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan tempoh 3 bulan sekali diberi pembaharuan lesen oleh SPAN. MPPG bersedia sepenuhnya untuk menyerahkan tanggungjawab pengoperasian dan penyelenggaraan loji rawatan kumbahan awam di pentadbiran MPPG kepada Indah Water Konsortium (IWK) sebagai konsesi rasmi kerajaan persekutuan yang diberi lesen mengendalikan kumbahan awam. Proses penyerahan masih lagi tertangguh disebabkan rundingan pengambilalihan di antara kerajaan negeri Johor melalui Johor Special Water Sdn Bhd (JSW) dan kerajaan persekutuan melalui IWK.

Page 193: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

188

YB TUAN TAN HONG PIN (SKUDAI) SOALAN B143 Nyatakan rancangan, inisiatif dan peruntukan daripada kerajaan negeri bagi merancakkan semula aktiviti pelancongan di negeri Johor yang merosot akibat pandemik COVID-19. JAWAPAN YB DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI Kerajaan Negeri prihatin dan memandang serius terhadap penggiat-penggiat industri yang terkesan akibat wabak pandemik COVID19 yang melanda seluruh dunia. Oleh yang demikian pelbagai langkah dan insentif telah diambil oleh kerajaan negeri bagi memulihkan kembali industri tersebut. Di antara langkah-langkah yang telah diambil adalah: Insentif-insentif bagi sektor pelancongan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor adalah : i) Pemberian insentif one-off RM1,000.00 kepada pemandu-pemandu pelancong berlesen yang menetap di Johor ii) Pengecualian bayaran lesen perniagaan kepada pemilik syarikat pelancongan dan hotel bagi tahun 2020 iii) Pengecualian bayaran duti hiburan bagi taman tema dan pusat hiburan keluarga bagi tahun 2020 Kerajaan Negeri kini sedang giat menggalakkan pelancongan domestik bagi merancakkan semula Tahun Melawat Johor. Semenjak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kerajaan Negeri melalui Tourism Johor giat bekerjasama bersama agensi-agensi seperti MOTAC, Tourism Malaysia Wilayah Selatan dan juga IRDA untuk menstrategikan semula promosi pelancongan bagi negeri Johor. Antara usaha yang telah dilakukan oleh Tourism Johor adalah : i) Sesi Libat Urus bersama Penggiat Industri & Pengusaha Produk Pelancongan Kerajaan Negeri melalui Tourism Johor telah mengambil langkah proaktif untuk memastikan semua permasalahan yang dihadapi oleh penggiat industri serta pengusaha produk pelancongan didengari & diambil kira untuk membantu kerajaan Negeri merangka sebuah pelan tindakan khusus bagi membantu mereka yang terkesan. Oleh itu, beberapa sesi libat urus telah diadakan pada bulan Jun bersama penggiat-penggiat industri pelancongan di Johor. Melalui sesi libat urus tersebut, beberapa pandangan serta cadangan telah diambil kira seperti produk-produk pelancongan yang ingin dipromosikan oleh Kerajaan Negeri perlulah berfokus, menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan produk-produk pelancongan serta kembali berfokus kepada pelancong domestik & mempersiapkan kawasan sekitar produk pelancongan agar ia terjaga kebersihannya, diperbaiki kemudahan fasiliti dan lain-lain. ii) Mempromosi produk-produk pelancongan melalui Media & Influencers

Page 194: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

189

Ini merupakan inisiatif baru Kerajaan Negeri untuk mempromosikan negeri Johor sebagai pilihan utama pelancong domestik. Inisiatif ini melibatkan beberapa selebriti terkenal tanah air yang dijemput sebagai selebriti undangan untuk mempromosikan produk pelancongan di setiap daerah di Johor. Program berkonsepkan Travelogue ini mempunyai 13 episod dan akan disiarkan di siaran Astro Ria & Astro Ria HD pada 25 September 2020 ini. Selebriti-selebriti yang dijemput ini juga tidak terlepas untuk mempromosikan setiap produk pelancongan yang mereka lawati di laman media sosial mereka termasuk Instagram dan Facebook. iii) Menaik taraf prasarana produk-produk pelancongan Untuk makluman, Tourism Johor telah mengenal pasti beberapa prasarana pelancongan yang boleh dibaikpulih dan dinaiktaraf di beberapa buah lokasi. Antaranya adalah : i) Pusat Sehenti Warisan Johor di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru ii) Air Terjun Kota Tinggi, Kota Tinggi iii) Taman Negara Endau-Rompin (PETA), Mersing iv) Taman Negara Gunung Ledang, Tangkak v) Laman Samudera, Mersing vi) Skrin Digital (LED) di Bandaraya Muar vii) Kampung Sungai Melayu di Iskandar Puteri viii) Dataran Pelancongan & Budaya di Simpang Renggam iv) Meningkatkan lagi kerjasama di antara agensi dan pemain-pemain industri bergerak

bersama-sama dalam usaha mempromosi bagi meningkatkan industri pelancongan Negeri Johor dengan lebih berfokus.

v) Penubuhan Johor Tourist Safety Standard (JTSS) dengan memberi pensijilan/jaminan

kualiti di tempat-tempat pelancongan bagi meyakinkan pelancong bahawa destinasi yang mereka kunjungi adalah disahkan selamat dan mematuhi SOP yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pasca COVID-19.

vi) Pelan Pembangunan Pelancongan Negeri Johor Kerajaan Negeri dalam proses menambah baik pelan pembangunan pelancongan negeri di mana ia merangkumi aspek-aspek yang perlu diperhalusi oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Johor bersama-sama Pejabat-pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pengusaha-pengusaha produk di setiap daerah, penggiat-penggiat industri seperti Malaysia Association of Hotels (MAH), Malaysian Budget Hotel Association (MyBHA), taman-taman tema dan ramai lagi. Ini merupakan antara kaedah yang digunakan untuk mendapatkan input/cadangan serta idea yang holistik; iaitu dari perspektif badan-badan kerajaan serta penggiat industri. vii) Mengemaskini peta pelancongan setiap daerah Tourism Johor dengan kerjasama pejabat daerah serta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pengusaha produk pelancongan sedang mengemas kini peta pelancongan yang menonjolkan tempat-tempat yang perlu dilawati oleh pelancong apabila mereka kunjungi daerah tersebut. Peta tersebut akan dijadikan bukan sahaja dalam bentuk pamflet malah

Page 195: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

190

secara digital yang interaktif dan mesra pengguna di media sosial. Peta tersebut akan mengetengahkan produk pelancongan melalui 4 aspek iaitu : - produk utama (main product) - produk sokongan (supporting products) - tempat makan (food & beverages) - tempat penginapan (accommodation)

Page 196: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

191

YB PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM) SOALAN B144 Apakah langkah kerajaan di dalam membantu penternak ayam berskala kecil dari segi syarat kegunaan tanah dan yang berkaitan, berikutan pelaksanaan ubah syarat tanah dan sistem reban tertutup ke atas ladang penternakan unggas? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Dalam membantu penternak-penternak ayam, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) telah mengeluarkan Pekeliling Bil.10/2019 berkenaan dengan Permit Khas Ternakan Ayam (PKTA). Pekeliling ini selaras dengan arahan kerajaan yang mewajibkan reban ayam hendaklah dibina secara Sistem Reban Ayam Tertutup bagi mengurangkan impak pencemaran. Hanya setelah reban ayam yang dibina secara tertutup ini dilaksanakan dan disahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Permohonan ubah syarat ini bagi tujuan ternakan ayam yang akan dipertimbangkan oleh Pengarah Tanah Dan Galian Johor. Pekeliling ini telah dilaksanakan pada 2.09.2019 dan tamat tempoh pada 30.06.2020. Namun begitu, terdapat aduan-aduan daripada penternak bagi melaksanakan arahan yang telah diberikan termasuk dari segi kos permohonan, kelewatan kelulusan dan terlalu banyak ulasan jabatan teknikal yang perlu diperolehi sebelum PKTA dapat dipertimbangkan. Dengan mengambil kira aduan dan ruang-ruang yang boleh diperbaiki, PTG telah menyediakan satu kertas cadangan penambahbaikan Permit Khas Ternakan Ayam (PKTA). Cadangan penambahbaikan ini telah menggariskan beberapa kaedah yang bukan sahaja mempercepatkan proses kelulusan malahan turut membantu mengurangkan kos yang ditanggung oleh pemilik tanah. PKTA ini akan diguna pakai bukan sahaja bagi tanah-tanah berskala kecil malahan akan digunakan bagi tanah-tanah berstatus GSA. Dimaklumkan Focus Group Discussion (FGD) Penambahbaikan Permit Khas Ternakan Ayam (PKTA) ini akan diadakan yang disertai oleh Jabatan-jabatan Teknikal yang terlibat. Keputusan dan hasil FGD ini akan dibawa bagi pertimbangan dan seterusnya kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Sekiranya kelulusan ini dapat diluluskan pihak PTG akan mengeluarkan Pekeliling baru bagi dasar PKTA.

Page 197: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

192

YB PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM) SOALAN B145 Sebagai langkah menjaga kebajikan kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan atau taska, adakah kerajaan mempunyai rancangan menjalankan proses pemutihan terhadap pusat swasta seperti ini, dan apakah tindakan yang diambil terhadap pengusaha pusat yang menjalankan perniagaan ini tanpa kelulusan pihak kerajaan? JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Kerajaan negeri melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah sentiasa menjalankan operasi pemutihan terhadap semua TASKA dan Pusat Jagaan yang tidak berdaftar dan tidak mematuhi Akta Taska 1984 dan Akta Pusat Jagaan 1993 melalui tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Pegawai di Beri Kuasa (PDBK) yang diwartakan di bawah Akta tersebut. Hal ini penting bagi memastikan kebajikan kanak-kanak yang dihantar ke Pusat Jagaan atau TASKA terjamin. Di samping itu, tindakan penguatkuasaan ini penting bagi memastikan TASKA dan Pusat Jagaan mematuhi semua garis panduan yang telah ditetapkan di bawah Akta dan peraturan yang sedang berkuat kuasa. Melalui operasi yang dijalankan, mana-mana TASKA dan Pusat Jagaan yang tidak berdaftar serta tidak mematuhi Akta Taska 1984 dan Akta Pusat Jagaan 1993 boleh dikenakan tindakan seperti berikut:-

1. Memberi Arahan Bertulis kepada pengendali TASKA dan Pusat Jagaan berhubung dengan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam pengurusan dan pengoperasian TASKA dan Pusat Jagaan tersebut;

2. Mengeluarkan perintah untuk penutupan sementara TASKA atau Pusat Jagaan dalam

tempoh masa yang ditetapkan sekiranya didapati berlaku perlanggaran pematuhan di bawah akta yang berkuat kuasa;

3. Mengambil tindakan pembatalan pendaftaran TASKA atau Pusat Jagaan yang

didapati tidak patuh dengan mana-mana syarat yang telah ditetapkan; 4. Mengambil tindakan mengelak TASKA atau Pusat Jagaan untuk tindakan

pemberhentian operasi secara serta merta; 5. Mengenakan kompaun sehingga lima ribu ringgit kepada pengendali TASKA dan

Pusat Jagaan yang melakukan kesalahan di bawah peruntukan Akta; dan 6. Membuat pendakwaan di mahkamah terhadap mana-mana orang yang melakukan

kesalahan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 dan Akta Pusat Jagaan 1993.

Page 198: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

193

YB PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM) SOALAN B146 Terdapat tapak-tapak penanaman sawah padi seperti di Tangkak dan Ayer Hitam, yang diusahakan secara persendirian, dilihat berpotensi menjadi daya tarikan pelancong ke negeri Johor. Apakah rancangan kerajaan di dalam membangunkan kawasan-kawasan seperti ini sebagai destinasi pelancongan? JAWAPAN YB DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI Kerajaan Negeri melalui Tourism Johor sentiasa mengenal pasti lokasi-lokasi pelancongan baharu dan sedia ada di negeri Johor termasuk destinasi-destinasi agro-pelancongan seperti di kawasan penanaman sawah padi. Buat masa ini, tiada perancangan spesifik yang digariskan untuk kawasan penanaman padi. Walaupun begitu, kerajaan Negeri melalui Tourism Johor sentiasa menyokong usaha pengusaha destinasi/produk pelancongan yang ingin membangunkan kawasan yang berpotensi untuk dijadikan tempat tumpuan pelancongan. Kerajaan Negeri sedang merangka satu pelan jangka masa panjang bagi industri pelancongan dan akan mengambil kira supaya kawasan Tangkak dan Ayer Hitam dapat dijadikan sebagai daya tarikan pelancong khususnya dalam agro-pelancongan.

Page 199: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

194

YB PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM) SOALAN B147 Berapakah keuntungan yang diperolehi oleh Ranhil SAJ Sdn. Bhd. setiap tahun, dari tahun 2015 hingga tahun 2019? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Penggaram, industri bekalan air Johor sudah memasuki fasa baharu perlesenan. Ianya, bermakna keseluruhan operasi yang membabitkan bekalan air termasuk keuntungan yang diraih adalah di bawah kawal selia pihak Persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dipertanggungjawabkan selari di bawah Akta 655 dengan meletakkan pihak Pengurusan Aset Air Negara (PAAB) sebagai pelaksana infrastruktur dan instalasi bekalan air di negeri Johor. PAAB juga merupakan pemilik ke semua aset dan instalasi tersebut. Dalam masa yang sama, Ranhill SAJ adalah operator air yang diberi lesen dan dipertanggungjawabkan untuk memastikan pengurusan bekalan air dioperasikan mengikut Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan. Ini juga termasuklah berkaitan dengan margin keuntungan Ranhill SAJ yang juga dikawal selia oleh pihak SPAN. Sehingga kini, margin keuntungan terhadap Ranhill SAJ hanya ditetapkan secara purata pada kadar 9% (peratus) dengan semua komitmen yang telah dipersetujui secara bersama dalam Pelan Rancangan Perniagaan (Business Plan). Kemudiannya, Ranhill SAJ juga mentadbir uruskan bekalan air di negeri ini dan kita dapat melihat pencapaian-pencapaian yang diperolehi oleh Ranhill SAJ khususnya dalam menangani pencapaian Non-Revenue Water (NRW) pada kadar 24.8% (peratus) berbanding 45% (peratus) pada tahun 2000. Oleh yang demikian, Ranhill SAJ juga komited dalam menyempurnakan segala tanggungjawab sosialnya melalui program dan aktiviti kemasyarakatan bagi mengimbangi keperluan bersifat Sustainability merangkumi pencapaian Environment, Social and Governance (ESG) yang secara langsungnya diperlukan oleh seluruh masyarakat khususnya di negeri Johor.

Page 200: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

195

YB PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM) SOALAN B148 Saya mendapat makluman, terdapat bil-bil utiliti Pusat Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PKPDK) tidak dijelaskan sejak Mac 2020 hingga sekarang. Apakah alasan kerajaan di dalam kelewatan menjelaskan bil-bil utiliti di pusat-pusat kebajikan tersebut? JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor boleh menyalurkan peruntukan Bantuan Kewangan Kerajaan untuk pembayaran bil-bil utiliti kepada PKPDK dengan jumlah maksimum sehingga RM500.00 sebulan untuk tujuan pengoperasian walaupun pembayaran bil-bil utiliti Pusat Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti adalah di bawah tanggungjawab Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PKPDK) sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan. Penutupan sementara pengoperasian Pusat Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti bermula pada 18 Mac 2020 kerana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan peruntukan Bantuan Kewangan Kerajaan termasuk bayaran bil-bil utiliti tidak boleh disalurkan kecuali mendapat kelulusan khas daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). JKM melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memohon kelulusan Bantuan Kewangan Khas kepada MOF untuk membantu PKPDK khususnya Penyelia/Petugas dan Pelatih walaupun PKPDK tidak beroperasi. Walau bagaimanapun, MOF hanya meluluskan pembayaran elaun kepada Penyelia/Petugas dan Pelatih PKPDK untuk bulan Mac 2020 hingga Jun 2020 tidak termasuk bayaran bil-bil utiliti. Justeru itu, JKM melalui KPWKM dalam tindakan untuk memohon kelulusan khas sekali lagi untuk Bantuan Kewangan Kerajaan kepada MOF bagi bayaran bil-bil utiliti PKPDK dan dijangka kelulusan akan diperolehi sebelum akhir tahun ini.

Page 201: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

196

YB PUAN HAJAH NOR HAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN B149 Ekoran kejadian banjir kilat di daerah Muar pada Julai 2020, nyatakan tindakan-tindakan segera, jangka pendek, panjang dan sederhana bagi menangani banjir kilat ini khususnya dalam kawasan Maharani yang terjejas dan rancangan kerajaan untuk menaik taraf sistem perparitan dan penyelenggaraan. JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Untuk makluman, pada 20 Jun 2020, 8 Julai 2020 dan 13 Julai 2020 Bandar Muar khususnya Bandar Maharani telah menerima jumlah hujan yang tinggi dan ia telah mengakibatkan beberapa kawasan rendah mengalami fenomena banjir kilat. Sejak tahun 2010 Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah melaksanakan ‘Program Perparitan Bandar’ yang memberi fokus kepada mengenal pasti punca banjir, cadangan dan seterusnya perlaksanaan projek perparitan bandar bagi mengatasi masalah banjir kilat khusus dalam pusat Bandar. Program ini tertumpu kepada membaik pulih dan menaik taraf parit konkrit lama jenis ‘block drain’ kepada parit konkrit kepada jenis ‘U’ yang berkapasiti lebih besar dan dapat menampung isi padu air yang lebih banyak serta ianya juga dapat berfungsi sebagai kawasan takungan sementara (OSD) . Untuk makluman, kerja-kerja menaik taraf perparitan bandar sentiasa di dilaksanakan oleh pihak Majlis dan pada ketika ini kerja membaik pulih, menaik taraf parit monsun yang terletak di Jalan Arab sedang giat dilaksanakan. Secara keseluruhan program perparitan bandar telah mencapai 70 peratus perlaksanaannya. Bagi perancangan jangka pendek, Jabatan Pengairan dan Saliran Muar telah menempatkan beberapa unit pam di kawasan pintu air yang berfungsi untuk mengepam air keluar ketika berlakunya pertembungan air pasang penuh dan hujan lebat. Selain itu juga kerja pembersihan perparitan secara berkala sentiasa dilaksanakan oleh agensi yang berkaitan. Pihak MPM amat serius dalam mengatasi masalah ini dan kejadian banjir kilat pada 13 Julai dengan bacaan tolok hujan 270mm dijangkakan bukanlah kejadian yang pertama dan terakhir. Kolaborasi dengan pihak-pihak yang berkepakaran amat perlu, justeru cadangan menempatkan sistem pam di pintu-pintu air automatik secara kekal adalah salah satu kaedah yang perlu dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.

Page 202: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

197

YB PUAN HAJAH NOR HAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN B150 Sila nyatakan status terkini berkaitan perancangan kerajaan negeri untuk memperkenalkan industri dan tanaman baharu kepada petani dan pekebun luar bandar khasnya di daerah Muar supaya tidak hanya bergantung kepada penanaman sawit dan getah. JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Khusus bagi daerah Muar dan Negeri Johor secara umumnya, dalam usaha untuk menjamin keselamatan bekalan makanan yang mencukupi dan berterusan serta tidak hanya bergantung kepada penanaman kelapa sawit dan getah, Kerajaan Negeri sedang dan telah merangka program dan tindakan yang positif ke arah usaha-usaha untuk meningkatkan pengeluaran bahan-bahan tanaman makanan melalui program seperti Pertanian Selingan (Intercropping). Jabatan Pertanian juga membantu petani ke arah pengeluaran makanan selamat dengan pengamalan Amalan Pertanian Baik (APB) melalui pensijilan myGAP dan myOrganic. Jabatan Pertanian memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan APB berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. Pada tahun 2020 sejumlah RM200,000.00 (Pembangunan Pertanian Lestari) diperuntukkan bagi program ini. Selain itu, di dalam RMKe12, Jabatan Pertanian akan melaksanakan pertanian campuran yang memfokuskan program Pertanian Selingan (intercropping). Tanaman Selingan adalah kaedah menanam dua atau lebih jenis tanaman dalam satu petak kebun, untuk meningkatkan interaksi di antaranya dan mempelbagaikan jenis tanaman. Setiap tanaman yang diusahakan mestilah mempunyai ruang yang mencukupi untuk memaksimumkan kerjasama dan meminimumkan persaingan sesama tanaman yang diusahakan. Untuk melaksanakan tanaman selingan empat perkara hendaklah diambil kira iaitu pengaturan ruang tanaman, kepadatan tanaman, tempoh matang tanaman, dan bentuk tanaman (plant architecture). Melalui pengamalan, faedah sistem tanaman selingan khususnya di kawasan tanam semula (kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun) adalah seperti berikut: i. Menggunakan tanah secara optimum melalui aktiviti tanaman selingan di kawasan

tanam semula kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun. ii. Menjana pendapatan awal dari tanaman kontan yang diusahakan sementara

menunggu tanaman kekal yang diusahakan mula mengeluarkan hasil. iii. Salah satu faedah utama tanaman selingan di dalam sesuatu petak kebun ialah

peningkatan pengeluaran per unit tanah berbanding dengan kaedah pengamalan tanaman secara tunggal.

iv. Meningkatkan pendapatan petani /pekebun kecil dari RM1,000.00 sehingga RM3,000.00 sebulan melalui aktiviti tanaman selingan seperti nanas, pisang, sayuran dan kontan.

v. Meningkatkan kuantiti pengeluaran bahan - bahan makanan dalam negeri Johor untuk kegunaan segar dan eksport.

vi. Menyediakan keperluan bahan mentah bagi industri pemprosesan makanan yang terdapat di negeri Johor.

Page 203: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

198

vii. Faedah dari sudut pengurusan makhluk perosak tanaman hasil daripada peningkatan diversiti jenis tanaman yang diusahakan secara tanaman tambah nilai (intercropping).

viii. Pelaksanaan kaedah Mix Farming (pertanian pelbagai; pertanian / penternakan / perikanan) juga antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam membantu petani kelapa sawit / getah iaitu :

• 'Mix Farming' (pertanian pelbagai) iaitu dengan mempelbagaikan jenis tanaman / ternakan / perikanan pada sesuatu kawasan dan tidak hanya bergantung pada satu sumber pertanian sahaja. Petani seharusnya memanfaatkan tanah pertanian mereka dengan hasil sektor pertanian yang pelbagai. Sekali gus dapat membantu mereka memperoleh pendapatan daripada pelbagai sumber hasil, meskipun berdepan kejatuhan harga tanaman tertentu.

• Menggalakkan petani mewujudkan Agro-pelancongan yang mana mampu menjana sumber ekonomi bagi penduduk setempat dengan menyediakan peluang pekerjaan, perniagaan dan pelaburan.

• Menggalakkan petani mengusahakan tanah dengan pelbagai jenis tanaman seperti tanaman kontan, nanas dan sebagainya.

Selain dari itu kerajaan (melalui agensi / jabatan berkaitan pemasaran), akan membantu petani berkaitan pemasaran melalui e-dagang dengan mengadakan kursus bagi membantu pemasaran hasil dan produk pertanian. Bagi menambahkan lagi pendapatan, Jabatan Pertanian menggalakkan petani ke arah industri hiliran hasil pertanian seperti kerepek, produk sejuk beku, roti dan pastri, kraf tangan serta lain-lain.

Page 204: SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN … · soalan-soalan bertulis bagi mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-14 mulai pada 10

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14

MULAI PADA 10 SEPTEMBER 2020 DAN 13 SEPTEMBER 2020

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan Bertulis Sept 2020)

199

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN B151 Minta senaraikan kerja pembangunan fizikal tahun 2020 di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran yang melibatkan kawasan DUN Panti; berserta butiran nama projek, jumlah peruntukan dan tarikh siap. JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Terdapat enam (6) projek yang dijalankan oleh JPS dalam tahun 2020 iaitu sepertimana berikut:-

Bil Senarai Kerja Kos Tarikh siap

1. Kerja-kerja menyelenggara Sg Tembioh, Mukim Kota Tinggi, Johor

RM19,800 21/7/2020

2. Kerja-kerja menyelenggara Sg Lalang di Sepak Hilir, Kota Tinggi, Johor

RM19,300 21/7/2020

3. Kerja-kerja menyelenggara Cabang Sg. Pelepah, Mukim Ulu Sungai Johor, Kota Tinggi, Johor

RM19,700 6/8/2020

4. Kerja-kerja menyelenggara Cabang Sungai Panti di Kg. Lipat Kajang, Mukim Ulu Sungai Johor, Kota Tinggi, Johor

RM19,700 12/8/2020

5. Kerja-kerja menyelenggara Cabang Anak Sungai Temenin, Mukim Kota Tinggi, Johor

RM19,800 12/8/2020

6. Kerja-kerja menyelenggara Sg Jamroot, Mukim Kota Tinggi, Johor

RM19,800 27/9/2020 (Jangka siap)