sukj.dn.600-3/4/1 jld.5 dewan negeri johor soalan …

288
SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021 UNIT DEWAN PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021) 1 YB PUAN HAJAH ALWIYAH BINTI TALIB (ENDAU) SOALAN B1 Apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan dan jabatan berkaitan mengenai masalah gelandangan dan individu yang mengalami masalah mental yang merayau dalam kawasan bandar Mersing? JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor mengambil perhatian mengenai masalah gelandangan dan individu yang mengalami mental yang merayau dalam kawasan Bandar Mersing. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyantuni dan menyelamat individu gelandangan berdasarkan peruntukan Akta Orang-Orang Papa 1977 (Akta 183) yang ditaksirkan sebagai orang papa dan peleser di sesuatu tempat awam. Manakala individu yang mengalami mental tidak termasuk dalam bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat namun JKM membantu menyantuni individu yang mengalami mental dirujuk kepada agensi pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia dan Hospital Daerah yang mempunyai kuasa penyelamat di bawah bidang kuasa agensi berkenaan. Dalam tahun 2021 sehingga bulan Julai, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melaksanakan pengoperasian menyelamat orang gelandangan khususnya di Bandar Mersing seramai tujuh kes orang gelandangan secara pendekatan memberi khidmat nasihat dan amaran, penyerahan kepada waris dan dirujuk kepada Agensi yang berkaitan. Untuk makluman Yang Berhormat, kemasukan penghuni bagi orang papa di bawah peruntukan Akta Orang-Oang Papa 1977 ke Desa Bina Diri (DBD) ditangguhkan kerana telah mencapai kapasiti penuh penghuni dan tindakan kawalan pandemik Covid-19 dalam Institusi JKM. Melalui Jabatan Kesihatan Negeri Johor pula, mereka akan bertindak sebagai agensi yang merawat pesakit mental tersebut.

Upload: others

Post on 18-Mar-2022

4 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

1

YB PUAN HAJAH ALWIYAH BINTI TALIB (ENDAU) SOALAN B1 Apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan dan jabatan berkaitan mengenai masalah gelandangan dan individu yang mengalami masalah mental yang merayau dalam kawasan bandar Mersing? JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor mengambil perhatian mengenai masalah gelandangan dan individu yang mengalami mental yang merayau dalam kawasan Bandar Mersing. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyantuni dan menyelamat individu gelandangan berdasarkan peruntukan Akta Orang-Orang Papa 1977 (Akta 183) yang ditaksirkan sebagai orang papa dan peleser di sesuatu tempat awam. Manakala individu yang mengalami mental tidak termasuk dalam bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat namun JKM membantu menyantuni individu yang mengalami mental dirujuk kepada agensi pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia dan Hospital Daerah yang mempunyai kuasa penyelamat di bawah bidang kuasa agensi berkenaan. Dalam tahun 2021 sehingga bulan Julai, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melaksanakan pengoperasian menyelamat orang gelandangan khususnya di Bandar Mersing seramai tujuh kes orang gelandangan secara pendekatan memberi khidmat nasihat dan amaran, penyerahan kepada waris dan dirujuk kepada Agensi yang berkaitan. Untuk makluman Yang Berhormat, kemasukan penghuni bagi orang papa di bawah peruntukan Akta Orang-Oang Papa 1977 ke Desa Bina Diri (DBD) ditangguhkan kerana telah mencapai kapasiti penuh penghuni dan tindakan kawalan pandemik Covid-19 dalam Institusi JKM. Melalui Jabatan Kesihatan Negeri Johor pula, mereka akan bertindak sebagai agensi yang merawat pesakit mental tersebut.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

2

YB PUAN HAJAH ALWIYAH BINTI TALIB (ENDAU) SOALAN B2 Adakah kerajaan bersedia untuk mengkaji permasalahan di Jalan Mersing – Endau yang sering menjadi kawasan kemalangan maut? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat, pada 07hb Januari 2020 JKR Daerah Mersing telah melakukan siasatan di tapak bersama Bahagian Kejuruteraan Forensik Jalan, Cawangan Jalan, JKR Malaysia. Hasil dari siasatan tersebut didapati jajaran Jalan Endau Mersing tidak memenuhi kriteria kategori kawasan kemalangan maut (black spot). Di mana kriteria tersebut adalah mempunyai sejarah 5 kemalangan maut dalam tempoh masa 5 tahun Walau bagaimanapun, sebanyak 11 lokasi telah dikenal pasti sebagai kawasan yang kerap berlaku kemalangan dan terdapat beberapa cadangan pembaikan kecil yang perlu dilakukan di kawasan tersebut. Sehubungan itu, permohonan peruntukan program pembaikan di lokasi tersebut telah dikemukakan kepada pihak Cawangan Senggara Fasiliti Jalan JKR Malaysia pada 9hb Disember 2018 dan disusul sekali lagi permohonan tersebut pada 7 Januari 2020.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

3

YB PUAN HAJAH ALWIYAH BINTI TALIB (ENDAU) SOALAN B3 Bilakah Masjid Bandar Mersing dan Masjid Sawah Dato dijangka siap dan boleh memulakan operasi? JAWAPAN YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI Masjid Bandar Mersing: Pihak kontraktor belum membuat penyerahan bangunan kepada pihak agensi pelaksana iaitu JKR Negeri Johor. Seterusnya, pihak JKR Negeri Johor akan menyerahkan bangunan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor untuk tindakan selanjutnya. Jadual projek menaik taraf Masjid Bandar Mersing sebagaimana berikut: Semasa: 100% Sebenar: 100% Kelewatan: 0 Tarikh siap sebenar: 6hb Mei 2021 Kerja tambahan untuk penukaran jubin asal (berwarna biru) kepada jubin baru di ruang limpah tepi belum dilaksanakan. Dalam tempoh PKP, barang-barang keperluan bagi kerja-kerja tidak dapat dihantar. Masjid Kg. Sawah Dato: Jadual projek bina semula Masjid Kg. Sawah Dato sebagaimana berikut: Semasa: 86% Sebenar: 100 % Kelewatan: -14

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

4

YB PUAN HAJAH ALWIYAH BINTI TALIB (ENDAU) SOALAN B4 Adakah kerajaan bersedia untuk menambah peruntukan bagi kemudahan lampu jalan kampung dalam kawasan DUN Endau? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bagi Fasa 10 tahun 2020/2021 dipecahkan mengikut Parlimen. Kemajuan pemasangan sehingga 26 Julai 2021 adalah seperti jadual di bawah:

Bermula Fasa 1 hingga 10, jumlah kelulusan pemasangan LJK bagi Parlimen Mersing adalah sebanyak 83 unit LED dan 938 unit High Pressure Sodium Vapour (HPSV). Tambahan permohonan boleh dimajukan kepada kementerian dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melaksanakan semakan di tapak dengan mengikut syarat-syarat ditetapkan di dalam garis panduan projek Lampu Jalan Kampung (LJK) KPLB.

BIL. PARLIMEN

KELULUSAN PEMASANGAN BAKI PEMASANGAN

HPSV LED JUMLAH HPSV LED JUMLAH

1. MERSING 56 47 103 51 43 94 9

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

5

YB PUAN HAJAH ALWIYAH BINTI TALIB (ENDAU) SOALAN B5 Apakah cadangan kerajaan negeri untuk menghidupkan kembali fungsi Mersing Harbour Centre? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Untuk makluman Yang Berhormat, Mersing Harbour Centre (MHC) telah dibina adalah bangunan yang dibina oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang berkeluasan 40,502.80 kaki persegi dan telah dirasmikan pada 10 September 2017 oleh DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar semasa Program Kembara Mahkota Johor Tahun 2017. Pada peringkat awal, MHC adalah sebuah Kompleks Kraf tangan untuk mengetengahkan produk Industri Kecil Sederhana (IKS) dan produk tempatan, serta medan promosi perniagaan dan pusat pameran untuk memasarkan produk secara terus kepada pengguna. Komponen MHC terdiri daripada 23 unit Lot Retail, 6 unit Lot Workshop dan 5 unit Lot F&B, Kiosk serta Ruang Pameran. Pelbagai usaha telah dilaksanakan termasuklah pengurangan diskaun sewaan kepada penyewa serta membawa masuk Kluang Rail Coffee dan MORAS pada peringkat awalnya. Walau bagaimanapun, konsep yang diketengahkan kurang mendapat sambutan. Oleh itu, bagi menghidupkan semula bangunan tersebut, Pihak Majlis Daerah Mersing (MDM) dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) akan membawa masuk ‘well-known brand’ seperti KFC Pandu Lalu, Farm Fresh dan 7Eleven ke MHC menjelang Oktober – Disember 2021. Pihak KFC (QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd) akan memulakan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijangka pada Ogos 2021. Dalam masa yang sama, pihak MDM dengan kerjasama ECER juga dalam usaha untuk membawa masuk Nasi Kandar Seri Mutiara bagi Lot F&B.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

6

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN B6 Nyatakan jumlah ujian saringan, kes disahkan positif, pemberian vaksinasi dan kematian penduduk-penduduk Johor disebabkan oleh COVID-19 mengikut pecahan umur 0-12, 13-18,19-39,40-59 dan 60 ke atas dan daerah. Apakah ujian saringan secara besar-besaran akan diadakan bagi mengawal jangkitan COVID-19? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Sepanjang tempoh pandemik COVID-19 sehingga 2 Ogos 2021, negeri Johor melalui Jabatan Kesihatan dan pihak swasta telah melakukan 428,201 ujian saringan COVID-19 di seluruh negeri Johor. Berikut merupakan pecahan kes COVID-19 mengikut umur:

Sehingga 31/7/2021, seramai 1,111,660 (41%) warga Johor telah menerima dos 1 dan 447,536 (16.5%) telah menerima dos kedua (sumber: JKJAV). Didapati seramai 393,729 (91.8%) warga emas iaitu umur 60 tahun dan ke atas telah menerima vaksin COVID dos 1 dan seramai 251,135 (58.6%) telah menerima dos kedua.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

7

Berikut merupakan jumlah kematian kes COVID-19 mengikut umur:

Konsep Mass Testing yang dilaksanakan di negeri Johor adalah berbentuk ujian bersasar atau targeted testing berdasarkan maklumat risikan dan epidemiologi yang dianalisa dengan terperinci. Pendekatan targeted testing lebih berfokus, efisien dan berkesan dalam situasi pandemik.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

8

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN B7 Nyatakan jumlah kutipan cukai dan perbelanjaan keseluruhan bagi tahun 2020. Apakah kedudukan terkini Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Hutang Awam Negeri Johor? Apakah perancangan untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan negeri Johor? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Jementah, pada keseluruhannya, hasil yang dikutip oleh kerajaan negeri pada tahun 2020 berjumlah RM1,674.29 juta menurun sebanyak RM71.04 juta atau 4.07% berbanding tahun 2019 yang berjumlah RM1,745.33 juta. Manakala, perbelanjaan mengurus kerajaan negeri telah menunjukkan penurunan sejumlah RM13.46 juta atau 0.80% iaitu daripada RM1,677.10 juta pada tahun 2019 menjadi RM1,663.64 juta pada tahun 2020. Kumpulan Wang Disatukan terdiri daripada tiga (3) akaun iaitu:

Akaun Hasil Disatukan

Akaun Pinjaman Disatukan

Akaun Amanah Disatukan Selaras dengan itu, kedudukan terkini sehingga 31 Julai 2021 adalah:

Akaun Hasil Disatukan ialah RM1,427.85 juta

Akaun Pinjaman Disatukan ialah RM0.00 dan;

Akaun Amanah Disatukan berjumlah RM3,339.22 juta. Oleh yang demikian, Kumpulan Wang Disatukan yang terdiri daripada ketiga-tiga akaun tersebut adalah berjumlah RM4,767.07 juta. Walau bagaimanapun, Kumpulan Wang Disatukan dijangka akan berkurangan kerana terdapat bayaran-bayaran yang akan dilakukan menjelang hujung tahun. Manakala jumlah Hutang Awam Kerajaan Negeri Johor kepada Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM216.58 juta. Seperti yang semua sedia maklum, negara kita sedang mengharung tempuh yang mencabar disebabkan Pandemik COVID-19. Secara tidak langsung Kedudukan Kewangan Negeri Johor sedikit sebanyak turut akan terjejas. Antara perancangan bagi memastikan kutipan hasil terus dapat dilakukan secara konsisten adalah dengan menambah baik sistem kutipan hasil secara atas talian (online). Untuk makluman YB Jementah, penambahbaikan sistem bayaran secara online sedang dilaksanakan melibatkan sistem yang dikenali sebagai Johorpay. Selain itu, terdapat juga agensi yang sedang memperkemaskan kutipan hasil secara atas talian iaitu Pejabat Tanah, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Agama Islam, Muzium DiRaja Abu Bakar dan lain-lain.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

9

Kerajaan negeri komited untuk melaksanakan sebarang bentuk inisiatif dan penambahbaikan yang lebih holistik kepada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan bagi lebih memperkukuhkan kompetensi kewangan kerajaan kepada tahap yang terus memberangsangkan.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

10

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN B8 Apakah perancangan spesifik kerajaan negeri Johor untuk membangunkan semula sektor pelancongan di negeri Johor pasca wabak COVID-19? Apakah jenis pelancongan yang akan diberikan keutamaan untuk membina pasaran niche pelancongan di Johor? JAWAPAN YB DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI 1. Selain pemberian insentif kepada golongan yang terjejas, walaupun aktiviti pelancongan

masih tidak dibenarkan, kerajaan negeri melalui Tourism Johor telah mengambil langkah proaktif secara berterusan dengan mempromosikan produk dan destinasi pelancongan 10 daerah melalui medium sosial media (pemasaran digital) dan menerusi kempen Yok Round Johor bagi mempromosikan pelancongan dalam negeri, penyiaran video Majestic Johor di rancangan Astro Ria serta memperkasakan pengisian / content di media sosial rasmi Tourism Johor bagi mengekalkan kesedaran tentang produk-produk pelancongan di dalam negeri Johor. JOHOR TOURISM INTERCHANGE

2. Tourism Johor telah membangunkan sebuah platform digital iaitu Johor Tourism Interchange (JTI) yang menghubungkan semua pemilik produk, pengusaha pelancongan dan pemain industri di bawah satu platform digital. Pada masa yang sama mengumpul data-data berkaitan pelancongan untuk kegunaan perancangan negeri pada waktu akan datang.

3. Platform yang akan dilancarkan pada bulan November sejajar dengan perancangan Pelan Vaksinasi Kebangsaan supaya Johor akan mencapai “herd immunity’ pada bulan Oktober ini. Kita sudah semestinya menjangkakan sektor pelancongan di dalam negeri Johor akan kembali aktif. WAYFORWARD MAJESTIC JOHOR

4. Kerajaan Negeri melihat kepada perancangan melangkaui batasan program Tahun Melawat Johor, perancangan demi perancangan telah dilaksanakan kerajaan negeri Johor melalui Tourism Johor akan terus komited dalam melaksanakan pelbagai usaha rehabilitasi sektor pelancongan bagi memperkukuhkan jenama Majestic Johor dengan fokus mempromosikan destinasi pelancongan utama di 10 daerah negeri Johor yang mempunyai pelbagai keunikan dan keistimewaan tersendiri sebagai ‘unique selling point’ dan memperlihatkan negeri Johor mampu bangkit semula ‘rise up’ menjadi pilihan destinasi pelancongan utama atau top-of-mind-destination serta selamat dikunjungi.

5. Ini dapat diperlihatkan Desaru yang telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 100 Destinasi Terbaik Dunia sebagai tumpuan destinasi percutian pantai (beach escape) yang menawarkan hotel serta resort bertaraf dunia dan eksklusif.

6. Bukan itu sahaja, saya dengan bangga ingin menyatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa Johor tetap berada di ranking no 3 (pilihan pengunjung di platform Traveloka). Syukur alhamdulillah, usaha-usaha kerajaan negeri menampakkan hasil walaupun kita berada dalam keadaan pandemik.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

11

7. Susulan itu, Kempen Yok Round Johor yang telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor pada 18 Mac 2021 di Rumah Citra Pinang Benut dibuat bagi menggalakkan pelancongan tempatan melancong di dalam negeri Johor. Menggalakkan pelancong domestik untuk melancong di dalam negeri dan daerah di dalam Johor dengan memperkenalkan serta mempromosikan produk dan pusat pelancongan tempatan yang berada di daerah-daerah di negeri Johor. USAHA TRAVEL KORIDOR

8. Selain dari hanya melihat usaha untuk menarik pelancong domestik, sukacita juga saya ingin memaklumkan kepada sidang dewan sekalian bahawa kerajaan negeri dalam proses perbincangan dengan dua buah negara bagi melaksanakan projek “travel corridor”.

9. Pada 30 Mac 2021 yang lepas, saya telah berbincang dengan wakil Senai Airport, wakil IRDA dan Wakil Jin Air bagi melihat kemungkinan kita membuka sektor pelancongan kita kepada pelancong Korea. Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa perincian perancangan ini telah disediakan dan kita masih menunggu untuk “the right timing” bagi melancarkan program ini.

10. Kerajaan negeri juga telah berbincang dengan kerajaan Singapura melalui Singapore Tourism Board pada 5 Ogos 2021 dalam usaha dua hala kita untuk melihat kemungkinan “Travel Corridor” bagi membuka sektor-sektor tertentu kepada pelancong Singapura.

11. Semestinya menjadi kewajipan kerajaan negeri untuk memperhalusi SOP sebelum kita mengambil apa jua langkah dalam membuka sektor pelancongan negeri Johor. MEDIA SOSIAL

12. Tidak dinafikan lagi bahawa media sosial memainkan peranan penting dalam proses pemasaran produk-produk pelancongan negeri ini. Kerajaan negeri melalui Tourism Johor dalam proses menyediakan video-video marketing sebagai langkah memastikan Johor kekal sebagai destinasi pilihan bagi pelancong domestik dan antarabangsa.

13. Usaha ini juga dimantapkan lagi dengan strategi promosi tempat-tempat tumpuan pelancongan di semua platform media sosial Tourism Johor. Jikalau Yang Berhormat sekalian ingin mencari kedai makan mana yang menarik selepas sidang dewan ini, saya mengesyorkan Yang Berhormat lawat Facebook atau Instagram Tourism Johor. Pasti akan ada yang membuatkan Yang Berhormat terliur. PEMBANGUNAN PRASARANA KEMUDAHAN PELANCONGAN

14. Kerajaan negeri juga giat membangun dan menaik taraf prasarana pelancongan di dalam negeri Johor. “We will always be ready” untuk menyambut tetamu dengan gaya Johor. Terdapat 28 projek semua sekali yang telah dirancang dan antara projek yang sedang dilaksanakan adalah kemudahan pelancongan, jeti dan lapangan tempat kereta di daerah Muar, pemasangan mercu tanda pelancongan dan kerja pencahayaan di beberapa lokasi pelancongan di daerah Mersing, menaik taraf pusat informasi pelancongan (TIC) di daerah Kota Tinggi dan beberapa lokasi lain.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

12

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN B10 Berapakah jumlah permohonan dan panggilan yang diterima daripada penduduk Johor yang menghadapi masalah kos sara hidup, kesihatan mental dan gelandangan ekoran wabak COVID-19? Apakah jenis-jenis dan jumlah bantuan yang telah dihulurkan mengikut daerah dan perbelanjaannya setakat kini? JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Kerajaan negeri Johor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor telah menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada keluarga yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di seluruh negeri Johor. Ekoran wabak COVID-19 yang melanda negara, Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dan daerah telah dibuka untuk memastikan permohonan bantuan dan panggilan dapat terus diterima oleh pihak JKM semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat, Bilik Gerakan JKM negeri dan daerah telah mula dibuka pada bulan April 2020 hingga kini masih lagi dibuka. Sepanjang Bilik Gerakan JKM dibuka, sebanyak 29,799 permohonan/panggilan mengalami masalah kos sara hidup telah direkodkan oleh JKM dan sebanyak 432 permohonan berkaitan kesihatan mental. Manakala seramai 228 orang gelandangan telah direkodkan hasil kerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Berhubung dengan jenis-jenis dan jumlah bantuan yang telah dihulurkan mengikut daerah dan perbelanjaan setakat ini Yang Berhormat boleh merujuk statistik penerima bantuan JKM seperti di Lampiran A. LAMPIRAN A Statistik Penerima Bantuan dan Jumlah Perbelanjaan Bulan Julai 2021

BIL DAERAH JENIS BANTUAN (BIL PENERIMA)

JUMLAH

BKK BOT EPOKU BTB BPT BA BAP BLP

1. Johor Bahru

1263 3041 2828 2652 627 1416 8 11 11,870

596,400 1,520,500 1,272,600 795,600 318,350 424,800 2,000 2,200 4,939,650

2. Segamat 670 1257 938 935 167 1089 6 3 5,065

259,600 628,500 422,100 280,500 83,500 326,7000 2,250 600 2,003,750

3. Pontian 498 979 1067 745 265 274 0 0 3,828

208,650 494,000 480,150 223,500 133,000 82,200 0 0 1,703,700

4. Muar 696 1633 1626 999 307 950 5 1 6217

277,750 816,500 731,700 291,000 155,000 285,000 1,500 200 2,558,650

5. Kluang 284 1260 885 939 200 464 3 2 4463

126,100 630,000 398,250 281,700 100,000 139,200 1,000 400 1,804,450

6. Kota Tinggi

433 1262 1090 640 332 85 0 1 3842

167,900 631,000 490,500 192,000 167,000 25,500 0 200 1,673,900

7. Tangkak 453 1289 914 549 225 427 1 0 3858

184,350 644,500 411,300 164,700 113,500 128,100 250 0 1,646,700

8. Batu Pahat

1114 2035 2194 1889 651 934 9 9 8835

449,750 1,017,500 988,200 568,500 329,000 280,200 3,250 1,800 3638200

9. Kulai 266 847 503 652 102 258 3 0 2631

123,050 423,500 226,350 195,600 51,000 77,400 1250 0 1,098,150

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

13

10. Mersing 241 662 339 367 80 388 0 0 2077

140,350 330,000 152,550 110,100 40,000 116,400 0 0 889,400

JUMLAH BESAR (PENERIMA)

5,918 14,265 12,384 10,367 2,956 6,285 35 27 52,237

JUMLAH PERBELANJAAN

2,533,900 7,136,000 5,573,700 3,103,200 1,490,350 1,885,500 11,500 5,400 21,956,550

Sumber: Laporan Perbelanjaan Bulanan Daerah Bulan Julai 2021 Melalui Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), berdasarkan permohonan perkhidmatan tele-kaunseling JKNJ yang dimulakan pada Februari 2021, semua klien adalah mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental. JKNJ membuat penilaian pertama melalui panggilan telefon oleh pegawai psikologi pejabat kesihatan daerah dan seterusnya memberikan temu janji di klinik yang berdekatan untuk intervensi lanjut. Bermula Februari 2021 sehingga Julai 2021, sebanyak 1,217 klien yang menggunakan perkhidmatan kaunseling JKNJ.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

14

YB TUAN TEE BOON TSONG (SENAI) SOALAN B11 Berapakah bajet yang digunakan oleh MPKu Bahagian Landskap kerana nampaknya banyak pokok telah ditanam di kawasan Kulai? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Pihak Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) sedang melaksanakan kerja-kerja menaik taraf landskap dan pengindahan bandar termasuklah kerja-kerja penanaman pokok jenis Annual Flower di sekitar kawasan-kawasan tumpuan. Ia juga adalah sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Sukan SUKMA Johor di mana pihak MPKu merupakan Tuan Rumah bagi sukan Bola Sepak. Pihak MPKu Senarai peruntukan yang disediakan bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf landskap dan pengindahan bandar di kawasan Majlis Perbandaran Kulai bagi Tahun 2021 adalah seperti berikut :-

BIL. PERKARA JUMLAH PERUNTUKAN

1. Penyediaan Kemudahan Riadah dan Taman RM4,005,00.00

2. Pengindahan Bandar RM6,250,000.00

3. Pembangunan Landskap RM8,000,000.00

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

15

YB TUAN TEE BOON TSONG (SENAI) SOALAN B12 Bilakah jejantas Senai Utama akan di baik pulih semula? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat, sebagaimana perancangan Pihak Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) telah melantik pihak perunding untuk mereka bentuk semula jejantas baru dan menentukan kos keseluruhan pembinaan. Dijangkakan perlaksanaan akan bermula pada awal tahun 2022 kerana melibatkan Perancangan Perbelanjaan Pembangunan MPKu 2022.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

16

YB TUAN TEE BOON TSONG (SENAI) SOALAN B13 Berapakah permohonan "fast track" yang telah diluluskan di kawasan Kulai? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Pentadbiran Tanah Johor telah melaksanakan ‘Fast Track Nil’ bermula 09 Januari 2020 sehingga 30 Jun 2021. Tujuan pelaksanaan ‘Fast Track Nil’ adalah untuk menggalakkan mana-mana tanah yang masih tertakluk kepada penggunaan di bawah Seksyen 53 kanun Tanah Negara iaitu tanah-tanah yang diberi milik sebelum KTN berkuat kuasa supaya dikenakan kategori dan syarat nyata tanah selaras dengan peruntukan Seksyen 52 Kanun Tanah Negara. Berdasarkan rekod sehingga 30 Jun 2021 sebanyak 239 kelulusan fast track di kawasan Kulai sebagaimana jadual berikut:-

Tahun Kelulusan

2020 227

Sehingga Jun 2021 12

Jumlah 239

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

17

YB TUAN TEE BOON TSONG (SENAI) SOALAN B14 Apakah perkembangan projek Senai Kulai Bypass? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat Senai, Cadangan Projek Membina Senai by Pass bagi menyelesaikan masalah kesesakan kenderaan yang melalui Bandar Kulai dan Senai iaitu laluan persekutuan FT001 sepanjang 14km telah disenaraikan dalam permohonan cadangan projek RMK12 dengan anggaran kos RM704 juta. JKR Johor telah menyenaraikan projek Pembinaan Senai by Pass ini ke dalam 10 senarai projek berkeutamaan tinggi untuk dilaksanakan di bawah RMK12 Rolling Plan 1. Dukacita dimaklumkan, projek ini tidak termasuk dalam senarai projek perancangan pelaksanaan di bawah Rolling Plan 1 dan Rolling Plan 2. Namun, cadangan akan terus kekal dlm RMK12. Permohonan diteruskan utk dimajukan dlm senarai perancangan perlaksanaan Rolling Plan Ke-3. Kajian kemungkinan bagi cadangan pembinaan projek ini pernah dijalankan pada September 2004 oleh Bahagian Perancangan Jalan Kementerian Kerja Raya Malaysia dan serahan tanah untuk rangkaian jalan pintas Kulai Bypass oleh Majlis Perbandaran Kulai (MPKU) juga telah dibuat pada tahun 2019. Sekiranya projek ini dapat dilaksanakan ianya akan dapat membantu menyelesaikan masalah kesesakan trafik jalan sedia ada iaitu Jalan FT001 Senai ke Kulai yang mana pada ketika ini Level Of Service (LOS) jalan sedia ada Senai – Kulai telah pun berada pada tahap LOS. Pembukaan rangkaian jalan baru Senai by Pass ini juga akan dapat menghubungkan dua buah pekan iaitu Kulai dan Senai dengan lebih cepat sekali gus dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan pekan Senai.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

18

YB TUAN GOPALAKRISHNAN A/L SUBRAMANIAM (TIRAM) SOALAN B15 Berapa ramai orang telah disuntik vaksin di seluruh negeri Johor dan bolehkah dapat jumlah mengikut daerah? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula pada 1 Mac di negeri Johor. Sehingga 1/8/21, seramai 2,640,053 (88.9%) rakyat di negeri Johor yang berumur 18 tahun dan ke atas telah mendaftar dalam MySejahtera untuk menerima vaksin. Sebanyak 1,146,314 (42.3%) warga Johor berumur 18 tahun dan ke atas telah menerima dos 1 dan 458,476 (16.9%) telah menerima dos kedua (sumber: JKJAV).

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

19

YB TUAN GOPALAKRISHNAN A/L SUBRAMANIAM (TIRAM) SOALAN B16 Apakah status Delta Variant di Johor? Berapa pesakit dikenal pasti Delta Variant di negeri Johor dan kawasan manakah paling ramai? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Sehingga 28 Julai 2021, hanya 9 kes VOC jenis Delta yang dilaporkan di negeri Johor.

Daerah Bilangan Kes

Kluster / Saringan

Batu Pahat 1 Saringan Pintu Masuk Antarabangsa Kes Import A (tamat 2/5/2021)

Tangkak 5

Kluster - Jarum Laut (tamat 5/7/2021)

Kluster - Serom Lima (tamat 6/7/2021)

Kluster - Jalan Bidara (tamat 2/8/2021)

Kluster - Jalan Bidara (tamat 2/8/2021)

Saringan Bergejala (tamat 20/6/2021)

Muar 1 Saringan Bergejala (tamat 8/6/2021)

Segamat 2 Kluster - Kenawar 69 (tamat 6/8/2021)

Kluster - Kenawar 69 (tamat 6/8/2021)

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

20

YB TUAN GOPALAKRISHNAN A/L SUBRAMANIAM (TIRAM) SOALAN B17 Bilakah Klinik Kesihatan Ulu Tiram akan dibuka? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Tarikh Perakuan Siap Kerja (CPC) dijangka akan dikeluarkan pada 12 Ogos 2021.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

21

YB TUAN GOPALAKRISHNAN A/L SUBRAMANIAM (TIRAM) SOALAN B18 Apakah tindakan khas kerajaan negeri Johor untuk membendung penularan virus COVID-19, selain daripada tindakan kerajaan persekutuan? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Pengurusan COVID-19 Negeri Johor adalah di bawah Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar. Jawatankuasa ini membincangkan perkembangan situasi pandemik COVID-19 dan tindakan-tindakan yang perlu diambil dan dilaksanakan untuk menguruskan krisis tersebut di negeri Johor.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

22

YB TUAN GOPALAKRISHNAN A/L SUBRAMANIAM (TIRAM) SOALAN B19 Apakah penyelesaian pembuangan sampah yang tidak berkesudahan di Jalan Durian dan Jalan Duku bersebelahan Sekolah Tamil Kota Masai? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Kawasan pembuangan sampah haram ini sentiasa dipantau oleh pihak Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) kerana tiada pembangunan dilaksanakan oleh pemaju di kawasan ini sehingga menjadi tempat tumpuan pembuangan sampah. Selain itu, sebanyak 23 kali pembersihan telah dijalankan di Jalan Durian dan Duku (Jalan Ciku Utama 2) sepanjang tahun 2020, manakala sebanyak 11 kali pembersihan telah dijalankan sehingga Jun 2021. Operasi intip dan cekup juga telah dilaksanakan oleh Jabatan Penguat kuasa Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan batu penghadang juga turut diletakkan di lokasi bagi membendung masalah ini. Walau bagaimanapun, pembersihan sampah serta operasi intip dan cekup adalah di bawah bidang kuasa pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berdasarkan Seksyen 71(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Sabit kesalahan bagi pembuangan dan pelonggokan sisa pepejal terkawal di tempat yang tidak dibenarkan boleh didenda tidak kurang RM 10,000 atau penjara tidak kurang 6 bulan dan lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. SWCorp adalah agensi di bawah Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, yang sentiasa komited membanteras kegiatan pembuangan dan pelonggokan sisa pepejal terkawal di tempat yang tidak dibenarkan. Sebagai rekod, kes-kes yang telah didakwa di Mahkamah di bawah kesalahan Seksyen 71(1) Akta 672 adalah sebanyak 16 kes di Daerah Johor Bahru dengan jumlah denda sebanyak RM235,000 dan seorang OKT dipenjarakan selama 1 tahun. Semua tertuduh adalah pelaku iaitu orang yang bertanggungjawab membuang dan melonggokkan sisa pepejal terkawal di tempat yang tidak dibenarkan. Daripada 16 kes yang direkodkan ini, 1 kes adalah dari operasi yang dijalankan di Jalan Durian dan denda telah dikenakan kepada OKS pada tahun 2020. 2 OKS telah didenda RM10 000 setiap seorang, manakala seorang gagal membayar denda dan telah dipenjarakan selama 1 tahun. Dalam masa tindakan terhadap pelaku pembuangan sisa dan pelonggokan sisa pepejal terkawal di tempat yang tidak dibenarkan dikenakan, penutupan dan pencegahan lokasi juga dibuat oleh pihak SWCorp. Antara tindakan pencegahan yang diambil oleh pihak SWCorp adalah seperti mengorek lubang atau menutup jalan masuk, memasang “barrier tape” atau papan tanda larangan di lokasi kejadian. Pihak SWCorp juga turut menjejaki pemilik tanah lokasi pembuangan sisa pepejal. Hasil semakan mengenal pasti bahawa pemilik tanah persendirian di Jalan Durian telah diberikan notis untuk pembersihan serta bertanggungjawab menjaga tanah mereka dari pencerobohan. Bagi kawasan-kawasan rizab kerajaan, tindakan pencegahan telah diambil oleh pihak SWCorp/SWM Environment Sdn. Bhd. dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Bagi tindakan di Jalan Duku, semakan pemilikan tanah dikenal pasti adalah milik pihak Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Notis bagi bertanggungjawab ke atas milikan tanah juga telah diberikan, dan pihak SWCorp telah meminta SPNB untuk memasang penghadang bagi menghalang kawasan mereka di ceroboh.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

23

YB TUAN HAJI RASMAN BIN HAJI ITHNAIN (SEDILI) SOALAN B20 Adakah pekan Sedili dimasukkan dalam perancangan pembangunan kerajaan negeri sekarang kerana pekan Sedili merupakan pekan yang termundur dan sering ketinggalan dalam arus pembangunan? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman pihak YB Sedili. Rancangan Tempatan Daerah Kota Tinggi 2020 telah mula disediakan pada tahun 2007 dan Rancangan Tempatan ini telah diwartakan pada 21 Disember 2017 melalui no Warta (J.P.U.70 Jilid 61, No.26) setelah mengambil kira pelbagai proses termasuk penubuhan Majlis Perbandaran Pengerang. Oleh yang demikian, Rancangan Tempatan Daerah Kota Tinggi 2030 (Penggantian) atau RTD Kota Tinggi 2030 (Penggantian) ini akan disediakan khususnya untuk menggantikan Rancangan Tempatan sedia ada yang telah tamat tempoh pada tahun 2020. Tambahan lagi, berdasarkan kepada penyediaan kajian Draf RTD Kota Tinggi 2030 (Penggantian) ini telah mengenal pasti potensi Tanjung Sedili sebagai salah satu kawasan penyediaan RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) SEDILI,KOTA TINGGI JOHOR. Selaras dengan itu, merujuk kepada Rancangan Struktur Negeri Johor (RSNJ) 2030, kawasan Sedili telah dicadangkan sebagai Pusat Pertumbuhan Desa. Keadaan ini penting supaya Sedili dapat menyediakan perkhidmatan perbandaran yang mencukupi bagi memastikan penduduk Sedili untuk terus tinggal dan menetap dan memajukan kawasannya pada masa hadapan. RSNJ 2030 juga telah mengenal pasti Sedili sebagai kawasan perikanan dan Marin. Ianya, kerana Tanjung Sedili telah dicadangkan sebagai kawasan pendaratan sumber dan pembangunan aktiviti akuakultur bagi negeri Johor. Oleh itu, perancangan dan pembangunan yang sesuai perlu dilaksanakan khususnya untuk mencapai aspirasi ini. Tanjung Sedili juga dikenal pasti mempunyai potensi sebagai kawasan Pelancongan Pantai dan Eko. Perkara tersebut berikutan potensi Sedili Besar dikenal pasti sebagai kawasan-kawasan menarik seperti:

Kawasan pelancongan makanan dan pantai

Sungai Sedili sebagai kawasan memancing

Pantai Teluk Mahkota sebagai kawasan rekreasi keluarga dan;

Pantai Pemanis sebagai kawasan pelancongan makanan dan pantai Dimaklumkan juga bahawa Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Sedili, Kota Tinggi, Johor sedang dalam peringkat penyediaan oleh pihak PLANMalaysia. Status penyediaan RKK Sedili ini masih dalam peringkat Terma dan Rujukan (TOR) dan ianya telah melalui proses publisiti awal pada 7 Julai 2021 bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada golongan sasaran dan stakeholders.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

24

RKK merupakan satu rancangan pemajuan yang komprehensif yang disediakan dalam masa yang singkat untuk tujuan pelaksanaan segera. Hasil utama RKK ialah satu Pelan Tindakan Pembangunan atau Pelan Pengurusan atau kedua-duanya sekali. Selain itu, kajian ini juga disediakan bertujuan untuk menyediakan suatu perancangan pembangunan yang menepati aspirasi pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan, daerah serta negeri. Penyediaan RKK ini adalah tertakluk di bawah Subseksyen 16B, Akta 172 Perancang Bandar dan Desa 1976. Sumber kewangan Kajian RKK Sedili, Kota Tinggi ini adalah di bawah peruntukan dari Kerajaan Persekutuan (P43) yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) untuk kos perkhidmatan perunding dan imbuhan balik perunding. Manakala kos pengurusan akan dibiayai oleh kerajaan negeri Johor dan Majlis Daerah Kota Tinggi. Tempoh masa kajian RKK ini adalah selama enam (6) bulan daripada tarikh pelantikan perunding sehingga penyerahan draf akhir kajian RKK (tidak mengambil kira peringkat mobilisasi, kelulusan serta pewartaan). Oleh itu, hasil akhir daripada penyediaan RKK Sedili, Kota Tinggi akan dijadikan sebagai dokumen pembangunan untuk Malis Daerah Kota Tinggi (MDKT) dan Agensi Pelaksana, meningkatkan jumlah pelancong di daerah Kota Tinggi, meningkatkan pendapatan penduduk melalui pembangunan aktiviti yang boleh menyumbang pendapatan, kesejahteraan alam sekitar dan sumber jaya semula jadi dapat dikekalkan serta meningkatkan hasil pendapatan MDKT melalui peningkatan jumlah pembangunan di kawasan Tanjung Sedili. Oleh yang demikian, MDKT bersama sama PLANMalaysia (Jabatan Perancang Bandar Dan Desa) dalam tindakan untuk penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Sedili yang akan bermula pada awal tahun 2022. Ianya, merupakan sebuah Pelan Perancangan Pembangunan Semula Kawasan Sedili meliputi Pelan Tindakan Pembangunan, Pelan susun atur dan Pelan Pengurusan. RKK ini disediakan di bawah peruntukan Akta Perancang Bandar Dan Desa (Akta 172) mengikut seksyen 16B (i),(ii) dan (iii) dan RKK ini akan menjadi sebagai panduan terperinci dalam kawalan dan perancangan bagi kawasan Sedili serta sebagai alat pembangunan yang teratur dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Untuk makluman YB Sedili, pihak MDKT telah menerima surat kelulusan peruntukan daripada Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 25 Februari 2021 berjumlah RM1 Juta bagi membina kiosk penjaja dan pondok wakaf di Pantai Telok Mahkota dan projek ini di dalam tindakan juru perunding yang telah dilantik. Ia merupakan salah satu langkah untuk menaikkan Sedili sebagai pusat pertumbuhan desa dan pelancongan yang berkualiti dan menarik. Adalah dilampirkan sepertimana berikut yang merupakan maklumat tambahan Pejabat Pembangunan Negeri Johor sebagaimana makluman kepada pengetahuan YB Sedili:

i. Sehingga 31 Julai 2021, sejumlah 477 projek Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe12) telah disenaraikan di Negeri Johor.

ii. Daripada jumlah berkenaan sepuluh (10) projek pembangunan fizikal adalah di

bawah DUN Sedili iaitu satu (1) projek baharu dan sembilan (9) projek sambungan dengan jumlah kos keseluruhan projek RM235.67 juta (RM235,067,093.00).

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

25

iii. Pecahan mengikut Kementerian adalah seperti berikut (Lampiran A):

Kementerian

Jumlah Projek

Kategori Projek

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA)

1 projek

Baharu

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)

5 projek

Sambungan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

4 projek

Sambungan

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)

1 projek

Sambungan

Daripada keseluruhan sepuluh (10) projek berkenaan, satu (1) projek pada fasa Dalam Pelaksanaan (DP), 4 projek pada fasa Pra-Pelaksanaan dan lima (5) projek pada fasa Pasca Pelaksanaan iaitu penyediaan akaun muktamad untuk bayaran akhir. Perincian projek berkaitan bagi DUN Sedili adalah seperti di Lampiran A di atas.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

26

YB TUAN HAJI RASMAN BIN HAJI ITHNAIN (SEDILI) SOALAN B21 Sedili merupakan pusat pelancongan kepada golongan sederhana. Adakah kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk membangunkan pantai Tanjung Buluh, Jason Bay dan Pantai Manis? JAWAPAN YB DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI PANTAI TANJUNG BULOH Kerajaan negeri melalui Tourism Johor dalam kerjasama bersama Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) telah memasukkan Pantai Tanjung Buloh sebagai salah kluster cadangan pembangunan pelancongan di dalam Pelan Tindakan Pelancongan Pengerang. Antara perancangan dan pembangunan yang telah dirangka serta dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Pengerang adalah seperti berikut:

Menaik taraf kemudahan awam seperti tandas awam dan kemudahan bilik persalinan (siap pada tahun 2019).

Penyediaan taman permainan (siap pada tahun 2019).

Menyediakan tapak perniagaan tidak formal seperti gerai (6 tapak telah siap pada tahun 2019 manakala tambahan 11 tapak lagi dijangka akan siap pada bulan Oktober 2021)

Pembinaan Pondok pengawal dan menara tinjau yang dijangka siap pada bulan Oktober 2021.

Menaik taraf landskap lembut dan kejur yang menarik berunsurkan pantai. JASON BAY Manakala di Pantai Jason Bay pula pihak Majlis Daerah Kota Tinggi telah menyediakan kemudahan seperti gerai, tandas awam, surau, wakaf dan dataran. Pada tahun 2021 pihak Majlis Daerah Kota Tinggi telah diberikan peruntukan sebanyak RM 1juta di bawah KPKT / BP1 (pelancongan) bagi pembinaan 10 unit gerai, 1 unit tandas awam di Pantai Jason Bay. PANTAI MANIS PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia) melalui Pejabat Projek Zon Selatan, Majlis Daerah Kota Tinggi dan PLANMalaysia@Johor sedang menjalankan proses mobilisasi bagi kajian Rancangan Kawasan Khas Sedili, Kota Tinggi, Johor. Dijangka akan bermula pada awal tahun 2022 dan hasil kajian ini akan dijadikan sebagai garis panduan bagi pembangunan di kawasan Sedili termasuklah di dalam bidang pelancongan. Tourism Johor juga akan menggalakkan serta menyokong penganjuran program-program pameran peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa untuk menjadikan pantai tersebut dijadikan venue utama untuk program pameran kereta dan motor antik sebagaimana yang pernah dibuat pada tahun 2018.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

27

YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE (BUKIT BATU) SOALAN B22 Apakah status terbaru pembinaan dan penggunaan Arked di FELDA Bukit Batu? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman Yang Berhormat, projek membina dan menaik taraf Pusat Pengumpulan dan Jualan Hasil Pertanian dan Pusat Sehenti Daerah Kulai ini adalah projek di bawah pelaksanaan dan penyeliaan oleh Majlis Perbandaran Kulai (MPKU) dan Pejabat Daerah Kulai. Nilai keseluruhan pelaksanaan projek ini adalah berjumlah RM1.6 juta dan tempoh pelaksanaan dijadualkan bermula pada 2019 dan siap sepenuhnya pada 2023. Dimaklumkan bahawa, kemajuan kerja sehingga kini bagi fasa 1 telah siap sepenuhnya yang mana melibatkan tapak jualan berbumbung dan tapak food truck. Penglibatan FELDA di dalam projek ini hanyalah di dalam urusan tanah yang menjadi tapak projek ini dilaksanakan. Selepas urusan tanah ini diserahkan kepada pihak berwajib, FELDA tidak lagi terlibat di dalam sebarang urusan berkaitan termasuklah pengurusan jual beli tapak jualan memandangkan ianya diurus selia sepenuhnya oleh pihak Majlis Perbandaran Kulai (MPKU) dan Pejabat Daerah Kulai.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

28

YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE (BUKIT BATU) SOALAN B23 Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan khususnya Jabatan Alam Sekitar terhadap pihak bersalah kes pencemaran di Sengkang, Kulai baru-baru ini? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Antara tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan khususnya Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor adalah mengeluarkan Notis Arahan kepada pihak premis (pemilik tanah) bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan tumpahan dan mengesan premis-premis yang terlibat dengan penstoran haram buangan terjadual tersebut. Kertas Siasatan telah dibuka bagi tujuan pendakwaan di bawah kesalahan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Kerja-kerja pembersihan sisa tumpahan di kawasan penstoran dan kawasan sekitar telah dibuat oleh pihak penyewa tanah dengan kerjasama dan pemantauan oleh agensi-agensi kerajaan berkaitan. Kerja-kerja pembersihan telah selesai dijalankan pada 7 Julai 2021. Pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor di kawasan alur air dan anak sungai Skudai pada 8 Julai 2021 mendapati tiada lagi bau dikesan dan tiada tompokan tumpahan ditemui di alur air sungai.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

29

YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE (BUKIT BATU) SOALAN B24 Adakah pejabat JETCO telah ditubuhkan di Singapura seperti dirancangkan pada awal tahun ini dan sila nyatakan kos pengurusan tahunan serta fungsi utama pejabat ini? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Bukit Batu dan YB Stulang. Persoalan yang diajukan tersebut akan dijawab secara bersekali. Johor Economic, Tourism and Cultural Office Singapore (JETCO) merupakan sebuah agensi yang julung kali diwujudkan di Johor. Objektif penubuhan JETCO adalah untuk mempromosikan prospek pelaburan, pelancongan dan kebudayaan Johor di Singapura, serta meneroka potensi dan peluang-peluang baharu dalam sektor berkaitan. Kertas cadangan penubuhan JETCO di Singapura telah dimajukan kepada Kementerian Luar Negeri dan seterusnya dibentangkan dan dipersetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri. Susulan persetujuan tersebut, JETCO telah ditubuhkan sebagai Private Limited Company pada April 2021 di bawah Akta Syarikat Singapura. Dalam persiapan untuk pembukaan pejabat JETCO di Singapura, antara lain JETCO telah mengadakan perbincangan bersama agensi di Johor dan Singapura seperti Invest Johor, Tourism Johor, BPENJ, Tourism Malaysia – Singapore, Pejabat Consulate-General Singapura di Johor Bahru dan sebagainya. JETCO juga telah mengadakan beberapa sesi perbincangan bersama pemegang taruh ekonomi negeri Johor seperti:

Federation of Malaysian Manufacturers Johor (FMM)

Ahli American Malaysian Chamber of Commerce (AMCHAM)

Ahli EU-MALAYSIA Chamber of Commerce and Industry Sesi perbincangan ini adalah menjurus bagi mendapat maklum balas tentang isu terkini serta perancangan aktiviti post pandemic. Justeru itu, adalah dimaklumkan bahawa pembukaan pejabat JETCO di Singapura di jadual pada suku keempat tahun ini, tertakluk kepada kelulusan employment pass dari Ministry of Manpower Singapore untuk pegawai JETCO yang akan bertugas di Singapura, serta situasi semasa pandemik COVID-19.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

30

YB TUAN IR. DR. FAIZUL AMRI BIN ADNAN (SEROM) SOALAN B25 Apakah kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam mempunyai perancangan untuk membenarkan solat Jemaah khususnya solat Jumaat dilaksanakan tanpa had jemaah yang hadir di tempat terbuka dengan SOP ketat seperti yang dilaksanakan di beberapa negara Islam seperti Turki, Palestin termasuk Singapura? JAWAPAN YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI Kita lihat Perbandingan Antara Negeri Mengenai Jumlah Jemaah Solat Jumaat Dan Solat Fardu Di Masjid Dan Surau Semasa Pelan Pemulihan Negara (Bermula 29 Jun 2021) sebagaimana pada lampiran A. Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor bersama MKN, Jabatan Kesihatan Negeri dan agensi-agensi lain sentiasa berusaha menaikkan syiar Islam dalam negeri Johor.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

31

YB TUAN IR. DR. FAIZUL AMRI BIN ADNAN (SEROM) SOALAN B26 Apakah kerajaan mempunyai perancangan dan tindakan yang bersesuaian untuk sistem persekolahan semasa dan strategi pembelajaran sehingga hari ini yang memberi fokus kepada PdPR khususnya pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting seperti SPM dan STPM? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Jabatan Pendidikan Negeri Johor merujuk pembentangan YB Menteri Kanan (Pendidikan), berkaitan dengan takwim persekolahan bertarikh 20 Jun 2021 yang memaklumkan bahawa sistem persekolahan semasa secara bersemuka akan dibuka pada 1 September 2021 bagi kelas peperiksaan yang melibatkan pelajar Tingkatan 5 dan tingkatan 6. Setakat ini, pembelajaran secara PdPR masih digunakan oleh semua murid mulai 25 Julai 2021 hingga 30 Ogos 2021. Memandangkan PdPR diteruskan sehingga 30 Ogos 2021, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amnya dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN) khususnya sentiasa menitikberatkan kualiti penyampaian guru semasa sesi PdPR. PdPR Fasa 3 yang bermula pada 17 Mei 2021 telah memberi tumpuan kepada pemantapan pelaksanaan PdPR dan peningkatan kualiti PdPR terutamanya bagi guru Tingkatan 5 dan 6 supaya murid terjamin menerima akses pembelajaran ke arah kemenjadian murid yang selari hala tuju pendidikan Johor. Selain itu, pelbagai usaha meningkatkan kualiti PdPR guru dilaksanakan melalui bimbingan oleh PPD/School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) dan latihan secara atas talian. Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menganjurkan pelbagai webinar berupa perkongsian amalan terbaik PdPR guru-guru di negeri Johor yang boleh ditonton menerusi laman CikgooTube Johor. Penyebarluasan juga telah dibuat melalui media sosial jabatan seperti Youtube, Telegram dan Facebook.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

32

YB TUAN IR. DR. FAIZUL AMRI BIN ADNAN (SEROM) SOALAN B27 Apakah pihak kerajaan ada menetapkan apa-apa tindakan yang wajib diambil oleh pihak industri atau kilang atau apa-apa bentuk bayaran sagu hati kepada semua pekerja kilang yang dijangkiti penyakit COVID-19 di tempat kerja dan keluarga mereka? JAWAPAN YB DATUK MOHD IZHAR BIN AHMAD Berdasarkan Akta Kerja 1955 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia, bagi pekerja (tidak termasuk ahli keluarga yang dijangkiti penyakit COVID-19) telah menetapkan berkenaan Cuti Sakit di bawah Seksyen 60F (1) (aa) Seorang pekerja berhak mendapat cuti sakit berbayar sekiranya tidak perlu dihospitalisasikan seperti berikut :- i. Empat belas hari setiap tahun kalendar jika telah bekerja kurang dari dua tahun ii. Lapan belas hari setiap tahun kalendar jika telah bekerja untuk lebih dua tahun tetapi kurang lima tahun, iii. Dua puluh dua hari setiap tahun kalendar jika bekerja untuk lima tahun atau lebih. Selain itu, Seksyen 60F (1)(bb) menetapkan enam puluh hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika hospitalisasi adalah perlu, sebagaimana yang diperakui oleh pengamal perubatan berdaftar dengan syarat jumlah bilangan hari cuti sakit berbayar dalam suatu tahun bagi seorang pekerja tidak boleh melebihi enam puluh hari pada keseluruhannya. Kerajaan turut melindungi pekerja yang dijangkiti COVID-19 di tempat kerja menerusi agensi PERKESO di bawah Akta 4 - AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

33

YB TUAN IR. DR. FAIZUL AMRI BIN ADNAN (SEROM) SOALAN B28 Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung jangkitan COVID-19 ketika mendapatkan rawatan penyakit lain di hospital-hospital kerajaan dan swasta? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Semua 12 buah hospital kerajaan di negeri Johor memberikan perawatan secara hybrid di mana semua kes-kes yang disyaki COVID-19, Patient Under Investigation (PUI) dan kes-kes yang disahkan COVID-19 akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Di antara langkah-langkah yang diambil bagi membendung jangkitan COVID-19 di hospital-hospital kerajaan adalah seperti berikut: Pengoperasian Klinik Pakar i) Pengoperasian mengikut sistem blok masa bagi mengelakkan kesesakan. ii) Saringan suhu badan pesakit dan peneman akan dijalankan di pintu masuk utama klinik.

Pesakit diwajibkan untuk memakai ‘face mask’ sepanjang masa berada di kawasan klinik iii) Jumlah pesakit diminimakan bagi mengurangkan kesesakan dan memastikan

penjarakan sosial dapat dilaksanakan. iv) Pesakit dibenarkan hadir dengan seorang peneman sahaja. v) Virtual Clinic dilaksanakan bagi pesakit ulangan. Pihak hospital akan menghubungi

pesakit dan konsultasi dilaksanakan secara maya bagi mendapatkan perkembangan semasa keadaan pesakit.

vi) Pesakit digalakkan mengambil ubat secara pos menggunakan perkhidmatan pos laju. Perkhidmatan Pesakit Dalam i) Perkhidmatan beroperasi seperti biasa. ii) Perkhidmatan penghantaran barangan atau keperluan pesakit daripada waris

dilaksanakan oleh petugas hospital melalui kaunter khas di lobi hospital. Penghantaran barangan pesakit ke wad dibuat 2 kali sehari pada tengah hari dan petang.

iii) Pelawat tidak dibenarkan melawat pesakit di hospital. Pembedahan Semua pembedahan elektif di hospital ditangguhkan kecuali bagi kes-kes kecemasan dan trauma dan kes separa kecemasan seperti kes kanser.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

34

YB TUAN IR. DR. FAIZUL AMRI BIN ADNAN (SEROM) SOALAN B29 Apakah pelan strategi dan tindakan pihak kerajaan negeri bagi menangani lambakan produk-produk pertanian keluaran tempatan seperti nanas dan pelbagai jenis pisang serta kejatuhan harga yang sangat membebankan para petani dan pekebun? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman Yang Berhormat, isu pemasaran hasil pertanian antara dilema besar yang dihadapi petani dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun 2020. Walaupun pergerakan kenderaan yang membawa hasil pertanian dibenarkan, tapi isu yang lebih besar ialah ruang pasaran yang sangat terhad apabila pasar borong, pasar tani, pasar sehari dan pasar malam dihentikan operasi. Pasar raya juga menerima sejumlah kecil saja hasil berbanding dengan kemuncak hasil pengeluaran pertanian di sekitar negeri Johor sekarang seperti nanas, pisang dan sebagainya. Penguncupan permintaan pengguna tempatan juga memberi kesan besar terhadap kebolehpasaran hasil pertanian. Pengguna pada masa ini lebih berhati-hati memilih barangan keperluan bagi mengimbangi pendapatan yang diperolehi mereka. Majlis keramaian tidak dibenarkan dan operasi sekolah ditutup bagi membendung wabak ini dari berleluasa. Hal ini seterusnya menyebabkan permintaan bagi hasil pertanian dalam kuantiti yang banyak amat terkesan seterusnya petani tidak dapat memasarkan hasil keluaran mereka sepertimana dirancang. Menyedari hakikat ini, FAMA Negeri Johor telah menggiatkan usaha-usaha meningkatkan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran melalui strategi-strategi berikut: 1. Pembangunan Pembekalan Produk Bagi memastikan jaminan bekalan yang berterusan dan memenuhi permintaan pasaran, program Ladang Kontrak telah diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan dengan menumpukan kepada sektor pertanian yang boleh dipergiatkan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi. Program ini bertujuan meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi yang memberi penekanan kepada beberapa aspek pembangunan pengeluaran berkualiti yang mempunyai nilai tambah melalui aktiviti seperti penggredan, pembungkusan dan pelabelan. Program tersebut dilaksanakan secara bersepadu di antara jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Antara manfaat yang diperolehi adalah seperti bantuan khidmat nasihat, bantuan peralatan dan pengaturan pemasaran. Tujuan program Ladang Kontrak dilaksanakan adalah:

i. Menjamin pasaran dan meningkatkan pendapatan pengeluar

ii. Mempergiatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran

iii. Memastikan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan menepati kehendak pasaran

Sehingga Julai 2021 bilangan peserta Ladang Kontrak terkumpul di negeri Johor yang berdaftar adalah sebanyak 1,420 petani dengan keluasan 1,435.88 hektar.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

35

2. Pembangunan Infrastruktur Pemasaran Untuk memajukan sektor pertanian negeri sebagai satu sektor yang moden, dinamik dan berdaya saing, isu kritikal dan cabaran yang dihadapi oleh sektor ini perlu ditangani. Antara inisiatif dan program yang telah dirangka adalah dengan memantapkan rantaian bekalan makanan seperti menambah baik infrastruktur, mengukuhkan pusat pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran serta meluaskan lagi pemasaran. Menyedari kepentingan ini pihak FAMA telah menyediakan kemudahan infrastruktur pemasaran bagi melengkapkan rantaian pemasaran. Perwujudan Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) telah dibangunkan di kawasan pengeluaran sebagai tempat pengumpulan hasil pertanian sebelum dipasarkan. Ia bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah pemasaran pertanian melalui amalan pengendalian selepas tuai, meningkatkan mutu pengedaran, pelabelan serta sebagai pusat saluran informasi pertanian. Buat masa ini FAMA telah membangunkan sebanyak 19 Pusat Pengumpulan yang dapat dimanfaatkan oleh 120 orang peserta. Sejak wabak COVID-19 melanda, pelbagai pihak mula membangunkan aplikasi telefon mahupun perhubungan melalui sosial media (Whatsapp dan Facebook) bagi memastikan penjualan agro-makanan segar berjalan dengan baik. Selaras dengan situasi semasa, Pusat Pengumpulan Digital (PPD) dibangunkan bagi menghubungkan penjual dan pemborong. Konsep PPD adalah sama seperti Pusat Pengumpulan Ladang tetapi lebih cekap dan sistematik. Melalui PPD, transaksi jualan akan lebih telus, nama penjual dan pembeli diketahui, pasaran akan lebih terjamin dan isu traceability juga dapat diatasi di masa hadapan. FAMA juga mewujudkan Hab Pengedaran di kawasan bandar utama yang berhampiran dengan kawasan pengeluaran dan kompleks pasar borong sedia ada. Hab ini berperanan sebagai pusat penerimaan, tambah nilai dan seterusnya mengedarkan hasil-hasil keluaran pertanian ke rangkaian pasar raya dan institusi. Di samping itu, ia mempunyai kemudahan dan peralatan untuk urusan pembungkusan semula, penyimpanan, pemeraman dan khidmat logistik penghantaran. Kemudahan bilik sejuk juga disediakan bagi memastikan hayat hasil pertanian yang ada dapat dikawal seterusnya memudahkan pengaturan pemasaran dilaksanakan. Selain berfungsi sebagai pusat edaran produk pertanian, pusat ini turut berfungsi sebagai pusat penyebaran maklumat berkaitan pemasaran hasil pertanian dan teknologi yang berfaedah kepada petani dan pengusaha. Terdapat sebanyak 4 buah pusat pengedaran FAMA sedang beroperasi di Johor Bahru, Simpang Renggam, Tangkak dan Batu Pahat. 3. Penyediaan Ruang Pasaran Dalam memastikan sektor pertanian negara diperkasa dan berdaya saing, berbagai platform pemasaran telah diwujudkan oleh FAMA bagi memastikan usahawan tani dapat bersaing dan menjual hasil-hasil mereka kepada pengguna. Antara saluran pemasaran yang telah dibangunkan FAMA sepanjang perlaksanaan PKP adalah seperti berikut:

36

i. Pasar Segar Terkawal (PST) Pasar Segar Terkawal (PST) telah diperkenalkan pada tahun 2020 bagi memberi akses pilihan kepada pengguna mendapatkan barangan keperluan. Sebanyak tujuh (7) komoditi ditawarkan di semua outlet PST ini iaitu sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan atau hasil laut, daging, barangan runcit dan barangan asas tani. Ianya bercirikan terbuka atau berbumbung dengan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berwajib. Dengan perlaksanaan PST ini, ia secara tidak langsung berupaya membantu petani menjual hasil keluaran mereka terus kepada pengguna manakala pengguna mendapat bekalan bermutu dengan harga yang berpatutan. Pada tahun 2021, sebanyak 6 lokasi PST telah beroperasi di seluruh Pasar Tani Kekal seluruh negeri Johor dengan melibatkan seramai 184 peserta. Nilai jualan terkumpul sejak beroperasi pada Mei sehingga 31 Julai 2021 adalah sejumlah RM 319,882.90. Pihak FAMA memerlukan kerjasama pihak Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengenal pasti lokasi-lokasi yang bersesuaian untuk perlaksanaan PST bagi memberi peluang lebih ramai lagi petani terlibat terutama semasa menghadapi krisis sebegini.

ii. Portal Agrobazaar Online dan Pemasaran Online Transisi pembangunan pemasaran dari offline kepada online (atas talian) adalah salah satu strategi yang dilaksanakan oleh FAMA. Matlamatnya adalah untuk memastikan kelestarian pengeluar dan usahawan pemasar dalam industri agro-makanan. Justeru FAMA bukan sahaja membantu dalam pembangunan pemasaran secara jual beli, pemadanan dan pengaturan pasaran tetapi bagi memastikan pengeluar dan usahawan pemasar terus kompetitif, platform Agrobazaar Online turut disediakan. Agrobazaar Online merupakan antara platform untuk usahawan memasarkan produk serta perkhidmatan berasaskan pertanian secara maya kepada pengguna. Pencapaian sehingga Jun 2021, seramai 6,208 usahawan telah berdaftar sebagai pekedai dengan melibatkan 20,877 produk ditawarkan menggunakan platform ini di seluruh Malaysia. Selaras dengan perkembangan teknologi dan peningkatan trend pembelian secara atas talian, Agrobazaar Online telah membuat pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan ke atas portal serta membangunkan aplikasi mudah alih agar lebih mesra pengguna. Beberapa peningkatan ciri-ciri tambahan telah dijalankan iaitu pendaftaran dan log masuk melalui Google atau Facebook, peta padanan dan penambahbaikan gerbang pembayaran. Penyertaan Agrobazaar Online adalah terbuka kepada semua usahawan, pengeluar dan pengusaha di bawah enam kategori produk yang dibenarkan iaitu kategori tanaman, perikanan, ternakan, industri asas tani, agro-pelancongan dan agro-perkhidmatan. Usaha untuk mempromosi platform ini masih giat dijalankan seiring dengan perubahan kaedah pembelian pengguna. Pihak FAMA juga sentiasa membuka peluang kepada petani-petani tempatan dengan menganjurkan beberapa kursus berkaitan pemasaran secara atas talian (online). Penganjuran kursus ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada kumpulan sasar mengembangkan perniagaan mereka di samping mempelbagaikan kaedah pemasaran.

37

iii. Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) dianjurkan FAMA sebagai inisiatif menyediakan outlet pemasaran kepada usahawan yang juga peserta ladang kontrak mempromosikan produk hasil pertanian dan industri asas tani kepada pengguna pada harga yang berpatutan. JTDL mampu menawarkan harga lebih berpatutan kepada pengguna iaitu 5 hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran dan harga yang munasabah kepada pengeluar. Program ini menggalakkan peserta ladang kontrak membuat jualan terus hasil pertanian masing-masing kepada pengguna tanpa membabitkan orang tengah dan dengan ini mereka mampu mendapat pulangan tinggi. Impak JTDL bukan saja memberi pendedahan kepada peserta bagi membuat jualan produk yang lebih kemas, tersusun dan teratur, malah mendisiplinkan mereka dengan pematuhan peraturan ditetapkan outlet serta didedahkan dengan kemahiran berhadapan dengan pelanggan. Dalam JTDL, pelbagai produk pertanian segar ditawarkan pada harga berpatutan kepada pengguna diadakan di lokasi terbuka seperti pekarangan pejabat FAMA, pejabat-pejabat kerajaan / swasta, pasar tani, tapak ekspo dan pasar raya. Pada tahun 2020, sebanyak 66 program JTDL telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 210 peserta dengan nilai jualan sebanyak RM1,381,279.00. Bagi pengguna, mereka dapat membuat belian sayuran dan buah-buahan terus daripada ladang, pada masa sama didedahkan dengan ilmu dan pengetahuan dalam bidang pertanian dengan pertemuan terus dengan petani. Cara ini membantu dapat mengurangkan kos sara hidup dengan pembelian dengan harga yang lebih rendah dari pasaran.

iv. Program Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP) Program RPKP dibangunkan bagi memastikan lebih banyak hasil daripada Ladang Kontrak disalurkan terus kepada pengguna melalui outlet peruncitan yang telah disediakan oleh FAMA di samping membangunkan usahawan pemasar yang bertanggungjawab memasarkan hasil keluaran petani-petani (pengeluar) di bawah kelolaan mereka. Objektif utama perlaksanaan program ini adalah seperti berikut:

a. Memperkukuhkan bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan di pasaran melalui konsep jualan terus daripada Ladang ke Pasaran.

b. Meredakan tekanan inflasi dengan tawaran harga yang lebih berpatutan daripada harga pasaran.

c. Memendekkan rantaian pemasaran sayur dan buah. d. Menawarkan harga ladang yang lebih baik kepada pengeluar.

Program ini dilaksanakan kerana rantaian pemasaran mempunyai banyak perantara pasaran yang menyumbang kepada harga yang tinggi sebelum hasil ladang dapat sampai kepada pengguna. Oleh yang demikian pengurangan perantara pasaran mampu menawarkan harga yang lebih berpatutan kepada pengguna dan harga yang munasabah kepada pengeluar. Sehingga kini seramai 34 usahawan pemasar dan lebih 133 usahawan pengeluar RPKP telah berjaya dibangunkan.

38

4. Pembangunan Keusahawanan Inisiatif kerajaan dalam mendepani transformasi sektor pertanian adalah dengan pembangunan kapasiti di sepanjang rantaian. FAMA membangunkan pelbagai projek bagi setiap segmen dari pembekalan, pengumpulan, pemprosesan, pemborongan, peruncitan sehingga kepada pengguna. Setiap projek memfokuskan kepada pembangunan nilai berteraskan usahawan, infrastruktur, luang pasaran dan produk. Bagi memberi impak positif terhadap industri agro-makanan, golongan muda turut diberikan perhatian dengan perlaksanaan program MyAgrosis. Program ini telah dilaksanakan di 112 Institut Pengajian Tinggi di seluruh negara. Ia melibatkan sebanyak tiga skop perniagaan tani yang telah dipilih untuk dijadikan sebagai asas kepada pendedahan terhadap aktiviti Agro Niaga (Agro Trading), Agro Ladang (Agro Farm) dan Agro Inovasi. Pihak FAMA juga menganjurkan kursus pengendalian lepas tuai untuk meningkatkan hasil lebih berkualiti dan mengikut kehendak pasaran. Di samping itu, bahagian ini berperanan membina keupayaan kumpulan sasar melalui latihan, bimbingan, khidmat nasihat dan perundingan dalam ilmu pemasaran agro-makanan. Ianya juga berfungsi:

a. Memindahkan maklumat, teknologi dan kemahiran pemasaran kepada kumpulan sasar melalui program-program pendidikan dan khidmat nasihat.

b. Meningkatkan amalan pemasaran baik di kalangan kumpulan sasar ke arah jaminan bekalan makanan dengan nilai tambah dan memenuhi kehendak pasaran.

Selaras dengan tanggungjawab untuk menyelaras aktiviti-aktiviti pemasaran pertanian sama ada melibatkan pihak swasta atau jabatan/agensi kerajaan dan ianya menjurus kepada pemasaran keluaran pertanian yang segar, berkualiti serta selamat dimakan pihak FAMA telah memperkenalkan Peraturan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (GPL) untuk dipraktikkan dalam semua peringkat urusan pemasaran hasil-hasil pertanian di pasaran tempatan dan juga eksport. Peraturan GPL FAMA telah diwartakan menjadi Undang-Undang Malaysia pada 18hb Ogos 2008 sebagai Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) 2008. Melalui amalan Penggredan dan Pembungkusan yang baik, kualiti keluaran pertanian dapat dipertingkatkan berdasarkan permintaan pelanggan dan juga sektor pasaran di samping memberikan pulangan yang lebih baik kepada pengeluar tempatan. Amalan pelabelan pula akan membekalkan maklumat sumber bekalan yang lengkap dan tepat sebagai jaminan keselamatan makanan di dalam penguatkuasaan Akta Makanan 1983. Sehubungan dengan itu, kesemua projek dan program yang disediakan ini diharap dapat dimanfaatkan oleh semua kumpulan sasar bagi memastikan hasil keluaran mereka dapat dipasarkan secara efektif seterusnya dapat bersaing dalam pasaran terbuka. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Johor pula berperanan dalam menyediakan ruang pasaran bagi menyediakan perkhidmatan pemasaran produk-produk hasil pertanian dan IKS yang diuruskan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) dan Pertubuhan Peladang Kawasan seperti berikut :

39

i. 27 pusat pengumpulan hasil pertanian (pphp) @ peladang bizcenter @ peladang outlet

ii. 12 buah agrobazar iii. 1 pasar peladang iv. 7 buah kedai peladang

Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor telah mempergiat dan mengaktifkan operasi 27 buah Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) dan Outlet Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh Negeri Johor dalam mengumpul dan memasarkan hasil pertanian usahawan peladang sepanjang musim pandemik Covid-19 bermula dari tahun 2020 sehingga kini. Berakhir 31 Disember 2020, PPHP Pertubuhan Peladang Kawasan telah memasarkan hasil pertanian sebanyak RM32.71juta dan sehingga bulan Jun 2021 pemasaran hasil pertanian sebanyak RM17.017 juta. Jumlah pemasaran hasil-hasil pertanian ini telah melibatkan 766 pengeluar dan usahawan ahli-ahli Pertubuhan Peladang. Pertubuhan Peladang telah memasarkan produk - produk hasil pertanian dari Januari sehingga Jun 2021 seperti berikut :

Bil Jenis produk Berat (M/tan)

1 Ayam 965.45

2 Sayur-sayuran 407.89

3 Buah-buahan 243.46

4 Hasil laut 98.99

5 Daging lembu 40.89

6 IKS & makanan sejuk beku 80.78

Sebagai contoh, hasil pertanian buah nanas dari pekebun kecil telah dipasarkan melalui Peladang Outlet Pengerang sebanyak 11.469 MT dan Peladang Outlet Benut sebanyak 100.38 MT. Semasa musim lambakan buah durian yang lalu Peladang Outlet Ayer Baloi turut membantu memasarkan sebanyak 7.79 MT hasil buah durian pekebun kecil di sekitar daerah Pontian. Sebagai langkah jangka masa panjang bagi menjamin dan memantapkan rantaian pemasaran hasil pertanian, pihak kerajaan negeri juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi Program Pengumpulan Hasil Pertanian PPK Benut dan PPK Kluang. Pada masa ini PPK Benut telah memasarkan hasil pertanian daripada pengeluar hasil pertanian seramai 69 orang dan PPK Kluang seramai 126 orang. Peruntukan ini akan memberi manfaat kepada 29 Pertubuhan Peladang Kawasan dan 1 Pertubuhan Peladang Negeri yang akan menyelia 700 unit peladang dengan keahlian berakhir 30 Jun 2021 berjumlah 105,574 orang ahli. Untuk makluman Yang Berhormat, berkenaan isu pemasaran buah nanas, jenis nanas yang terkesan pada ketika ini adalah Varieti Moris dan Josapine. Nanas Moris dan Josapine banyak digunakan di dalam masakan dan makan segar. Kekangan dan pelanjutan PKP 3.0 di mana majlis-majlis dan kenduri tidak dapat dilaksanakan antara faktor yang memberi kesan kepada permintaan nanas Moris dan Josapine. Pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah mengambil beberapa langkah/inisiatif bagi membantu

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

40

pengusaha tanaman yang terjejas akibat kesan Pandemik COVID-19 dan PKP yang berlarutan dengan kaedah : 1. Membuat pemadanan pemasaran dengan pemborong - pemborong sedia ada di Negeri Johor serta di Luar Negeri Johor. 2. Membuat pembelian buah nanas melalui peruntukan Promosi Kempen Nanas Negeri Johor. 3. Membuat pemadanan dengan kilang – kilang pemprosesan nanas. 4. Pihak LPNM juga dalam usaha transformasi menggalakkan pengusaha menanam varieti yang lebih komersial dan premium seperti varieti MD2 yang mana permintaannya di pasaran adalah tinggi dan ketika ini juga tiada masalah pemasaran.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

41

YB TUAN HAJI ABD TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN B30 Nyatakan peranan yang dimainkan oleh NGO dan Badan Sukarelawan semasa COVID-19 di negeri Johor? JAWAPAN YB DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI PENULARAN pandemik COVID-19 sehingga melumpuhkan sistem kesihatan dan sosial di banyak negara menyebabkan jentera serta tenaga kerja kerajaan, swasta mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak mencukupi untuk menguruskan pengesanan kontak, rawatan, mencegah penularan dan kerja kebajikan. Justeru, khidmat sukarelawan terpaksa digerakkan. Ia bukan baharu, sebaliknya setiap kali bencana besar berlaku di sesuatu tempat, pasukan sukarelawan akan tampil membantu pihak berkuasa. Negara sedang dilanda bencana kesihatan sangat dahsyat, jutaan penduduk sedang terhimpit dengan pelbagai kesulitan, maka bertindaklah sebagai sukarelawan sebagai tanda solidariti kita kepada golongan terkesan ini. Usaha menyemai sifat prihatin melalui kesukarelawan perlu dibuat berterusan sehingga menjadi budaya bangsa Johor. Di Johor gerakan kesukarelawan ini terdiri daripada NGO dan badan kesukarelawan bersama sama begerak dibawah gerakan Southern Volunteers di setiap Pihak Berkuasa Tempatan. Southern Volunteers diinspirasikan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim khas untuk anak muda Johor yang mencari platform terbaik bagi membina jati diri melalui program kesukarelawan yang telah dirasmikan pada 21 Disember 2020 oleh DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Asas utama Southern Volunteers ini ditubuhkan adalah untuk menggalakkan penyertaan para belia khususnya di seluruh negeri Johor dalam aktiviti kemasyarakatan. Terutamanya memberi khidmat sepenuh jiwa kepada rakyat serta negeri Johor. Southern Volunteers yang ditubuhkan ini dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya sukarelawan dalam kalangan belia di Johor. Malah ia juga memberi kesedaran kepada para belia untuk menyemai sikap prihatin terhadap masyarakat di sekeliling mereka. Kerajaan negeri juga berhasrat menjadikan Southern Volunteers juga bakal menjadi gerakan besar-besaran di peringkat akar umbi serta bersedia menggalas apa jua misi kemanusiaan bagi membantu golongan yang memerlukan. Kerajaan negeri Menjunjung Kasih ke atas DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang telah menitahkan supaya Southern Volunteers digerakkan bagi membantu kerajaan negeri menjayakan Program Imunisasi Covid-19 dan membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Gerak Kerja Southern Volunteers ini dibahagikan kepada 3 fasa. Fasa Pertama, Southern Volunteers membantu di Pusat Pemberian Vaksin di seluruh negeri Johor. Fasa Kedua, membantu rakyat Johor mendaftar vaksin dan membantu Penghulu di Pusat Gerobok Makanan.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

42

Fasa 1: Sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin Alhamdulillah bagi Fasa Pertama, Southern Volunteers terus bergerak membantu di Pusat Pusat Vaksin di seluruh negeri Johor dengan kerjasama MyVac. Ada yang membantu warga emas dan ada yang membantu sesi pendaftaran. Tahniah dan terima kasih juga kepada Jabatan Belia dan Sukan Johor yang telah menggerakkan sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin ini dengan baik. Secara rasmi sekurang kurangnya 610 orang Southern Volunteers sudah digerakkan setiap hari untuk membantu pusat-pusat vaksinasi dengan sokongan padu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Pegawai Daerah, Datuk Bandar dan Yang di Pertua PBT seluruh negeri. DYAM Tunku Mahkota Johor juga berkenan mengurniakan 100 kerusi roda untuk pusat-pusat vaksinasi seluruh negeri Johor melalui Southern Volunteers. Kerusi-kerusi roda ini adalah untuk kegunaan warga emas dan mereka yang keuzuran. Semoga bantuan ini dapat memberi manfaat kepada warga Johor secara keseluruhan. Fasa 2: Program Pendaftaran Imunisasi COVID-19 Lanjutan kurnian DYAM TMJ memberi kerusi roda dan bantuan kewangan kepada 16 PBT bagi mengerakkan Southern Volunteers, YAB MB, Dato’ Haji Hasni Mohamad pula telah mengumumkan peruntukan kepada Southern Volunteers bagi membantu menjayakan Program Pendaftaran Imunisasi COVID-19. Pengumuman tersebut membuktikan kerajaan negeri Menjunjung Titah TMJ dan mengiktiraf peranan Orang Muda Johor sebagai Sukarelawan Southern Volunteers sebagai satu gerakan kesukarelaan yang amat penting dalam memastikan negeri Johor mencapai imuniti kelompok bagi memerangi penularan wabak COVID-19 secepat mungkin. Bagi gerak kerja Fasa 2, Southern Volunteers telah turun turun padang ke seluruh pelusuk negeri Johor bagi meningkatkan pendaftaran vaksin ke seluruh negeri Johor. Lebih 500 sukarelawan Southern Volunteers telah bergerak dari rumah ke rumah, ke bandar, ke pekan dan ke desa bagi tujuan pendaftaran. Syukur Alhamdulillah. Berkat bantuan pelbagai pihak, Southern Volunteers telah berjaya mendaftarkan sejumlah 531,896 orang bagi tujuan pendaftatan vaksin.Ini bermakna sebanyak 93.8% orang bersamaan 2,544,008 bangsa Johor telah membuat pendaftaran vaksin. Johor merupakan negeri ke empat tertinggi mendaftar vaksin selepas Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang. Tahniah buat semua pihak termasuklah Southern Volunteers yang turun padang bertungkus lumus membantu rakyat membuat pendaftaran. Hasil Muafakat antara Pegawai Daerah, Datuk Bandar, Yang Di-Pertua Pihak Berkuasa Tempatan, Pemimpin Masyarakat, Penghulu, Ketua Kampung, Ahli Majlis, dan semua pertubuhan belia dan NGO di negeri Johor yang telah menggembeleng tenaga supaya imuniti kelompok dapat dicapai secepat mungkin. Terima kasih juga saya ucapkan kepada YAB MB Dato’ Hasni Mohamad, YB Dato Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, Majlis Sukan Negeri Johor, Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (Joydec), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Sekretariat Sukma, Institut Dato Onn, dan Majlis Belia Negeri Johor yang turut berganding bahu menyumbang tenaga untuk menjayakan misi ini.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

43

Fasa 3: Membantu Program Gerobok Makanan Ramai yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Ramai rakyat yang tertekan akibat kehilangan pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat pandemik ini. Ia benar-benar telah menduga rakyat Johor secara keseluruhan. Atas kesedaran itu DYAM Tunku Mahkota Johor juga menitahkan supaya para belia Johor melalui platform Southern Volunteers untuk membantu kerajaan negeri menggerakkan bantuan untuk disalurkan kepada rakyat Johor yang sangat terkesan sekarang ini. Saya percaya dengan muafakat kepimpinan negeri, Pegawai Daerah, Datuk Bandar, Yang Dipertua, Penghulu, Ketua Kampung dan belia Johor, kita mampu membantu rakyat secara lebih efektif dan berkesan. Sama-samalah kita menggembeleng tenaga dan kudrat untuk membantu golongan yang sangat memerlukan bantuan pada ketika ini. Tiada bangsa Johor yang terpaksa berlapar kerana ketiadaan makanan di rumah sepanjang tempoh yang mencabar ini. Tiga PBT yang telah mencatatkan pendaftaran tertinggi adalah Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Perbandaran Muar dan Majlis Perbandaran Batu Pahat. Syabas saya ucapkan.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

44

YB TUAN HAJI ABD TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN B31 Berapakah jumlah bilangan orang yang sudah mendaftar vaksin dan yang sudah menerima vaksin di DUN Machap mengikut mukim-mukim? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Sehingga 2 Ogos 2021, berdasarkan data MySejahtera sebanyak 2,451 orang di mukim Machap dan 13,905 orang dari mukim Ulu Benut telah mendaftar dalam MySejahtera untuk menerima vaksin COVID-19.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

45

YB TUAN HAJI ABD TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN B32 Mohon pencerahan tentang kebenaran kepada jemaah yang solat di masjid dan surau yang belum disuntik vaksin? JAWAPAN YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI Kebenaran solat fardu Jumaat dan solat fardu lima waktu di seluruh masjid negeri Johor dalam tempoh pergerakan PKP 3.0 adalah sebagaimana berikut: i) Solat fardu Jumaat: - Masjid dengan bilangan jemaah 50 orang yang terdiri daripada kalangan Imam, Bilal, Noja, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau serta ahli kariah yang digilirkan dalam kawasan itu. - Surau Jumaat dengan bilangan jemaah 20 orang yang terdiri daripada kalangan Imam, Bilal, Noja, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau serta ahli kariah yang digilirkan dalam kawasan itu. ii) Solat fardu di masjid dan surau dengan bilangan jemaah 20 orang yang terdiri daripada kalangan Imam, Bilal, Noja, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau serta ahli kariah yang digilirkan dalam kawasan itu.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

46

YB TUAN HAJI ABD TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN B33 Berapakah bilangan pesakit buah pinggang yang mendapat bantuan daripada MAIJ untuk membuat rawatan dialisis dan kos setahun bagi semua pesakit? JAWAPAN YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI Skim Bantuan Perubatan kepada asnaf zakat adalah merupakan salah satu skim yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kepada masyarakat Islam yang bermastautin di dalam negeri Johor. Skim ini bertujuan membantu dan meringankan beban mereka yang ditimpa musibah penyakit sama ada dalam bentuk bantuan bulanan atau sekali sahaja. Di bawah skim bantuan perubatan ini MAINJ menyediakan pembiayaan berikut kepada para pesakit : 1. Bantuan Rawatan Sakit Buah Pinggang 2. Bantuan Rawatan Bulanan 3. Bantuan Pembedahan Dan Pembelian Peralatan. 4. Pelbagai (One Off) Sekali Pemberian Bagi bantuan rawatan kepada pesakit buah pinggang, ianya meliputi pembiayaan rawatan hemodialisis sebanyak 13 kali sebulan di hospital kerajaan dan pusat-pusat rawatan dialisis termasuk suntikan Eprex dengan kos di antara RM2,500.00 hingga RM5,000.00 sebulan. Selain itu bagi pesakit buah pinggang yang baru, MAINJ juga menyediakan kos pemasangan tapak fistula sebanyak RM2,000.00 hingga RM3,000.00. Selain rawatan hemodialisis bagi pesakit buah pinggang, rawatan lain yang melibatkan buah pinggang ialah rawatan melalui kaedah Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) turut dibantu kos rawatannya oleh MAINJ. Bilangan pesakit buah pinggang yang telah dikategorikan sebagai asnaf yang layak menerima Bantuan Perubatan Rawatan Hemodialisis Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah berjumlah 3,304 orang. Pada tahun 2020, MAINJ membelanjakan RM55 juta bagi rawatan hemodialisis di seluruh negeri Johor.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

47

YB TUAN HAJI ABD TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN B34 Mohon pencerahan dari JKM tentang usaha mengatasi masalah orang kurang siuman yang berkeliaran di bandar yang kelihatan tidak terurus sehingga mengganggu orang awam? JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor mengambil perhatian mengenai masalah orang kurang siuman yang berkeliaran di bandar yang kelihatan tidak terurus sehingga mengganggu orang awam. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyantuni dan menyelamat individu gelandangan berdasarkan peruntukan Akta Orang-Orang Papa 1977 (Akta 183) yang ditaksirkan sebagai orang papa dan peleser di sesuatu tempat awam. Manakala individu yang mengalami mental atau kurang siuman tidak termasuk dalam bidang tugas Jabatan Kebajikan Masyarakat namun mereka akan dirujuk kepada agensi pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri yang mempunyai kuasa penyelamat di bawah bidang kuasa agensi berkenaan.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

48

YB DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH (BEKOK) SOALAN B35 Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan bagi menyelesaikan masalah ketidakadaan sambungan elektrik dan air di tapak krematorium yang berada di Segamat dan isu jalan masuk ke tapak krematorium di Labis yang dibina di atas tanah milik persendirian? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Adalah dimaklumkan bahawa kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.55 juta bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih infrastruktur dan menyiapkan baki kerja di kedua-dua krematorium tersebut. Ianya merangkumi kerja-kerja baik pulih bangunan krematorium, peralatan, pembinaan jalan masuk dan penyambungan utiliti bagi kedua-dua krematorium. Status berkaitan isu jalan masuk ke krematorium di Labis telah juga diselesaikan. Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bahawa Permohonan Bekalan Elektrik telah dibuat pada tahun 2017 bagi tapak krematorium di Jalan Kuantan, Segamat. Jumlah Caj Sambungan Pengguna (CSP) telah dikeluarkan pada 14 Ogos 2018 berjumlah RM29,505.00. Walau bagaimanapun, projek telah dibatalkan pada 23 Jun 2021 kerana tiada pembayaran CSP dibuat (hampir 3 tahun) dan penyerahan tapak pencawang elektrik tidak dibuat. Bagi maklum balas terkini, Pejabat Pembangunan Negeri Johor telah menyerahkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tujuan permohonan semula pembekalan elektrik. Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Segamat memaklumkan bahawa proses perolehan untuk menyelesaikan masalah penyambungan elektrik, air dan jalan masuk ke tapak krematorium Segamat dan Labis adalah dalam tindakan. Kerja-kerja pembinaan akan dimulakan selepas kontraktor dilantik. Di samping itu, proses pengambilan balik tanah di Krematorium Labis telah selesai pada tarikh 18 November 2018. Mesyuarat penyelarasan berkaitan projek pembinaan Krematorium Negeri Johor bertarikh 12 April 2021 telah memutuskan untuk membawa kertas kerja ke MMK bagi menentukan pentadbir urus krematorium tersebut.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

49

YB DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH (BEKOK) SOALAN B36 Mengapakah Bantuan Ihsan Johor 3.0 tidak mempunyai pautan bagi setiap bantuan yang diberikan untuk memudahkan proses pendaftaran dan semakan status oleh pemohon? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Bekok, inisiatif di bawah PRE Ihsan Johor 3.0 merupakan bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada penerima bersasar yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Bagi memudahkan proses pengumpulan dan pengemaskinian data serta mengesahkan penerima yang layak, kerajaan negeri telah melantik agensi penyelaras di kalangan jabatan-jabatan yang berkaitan untuk melaksanakan inisiatif yang ditetapkan. Misalnya bantuan kepada peniaga kecil dan penjaja di dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pihak PBT bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat penerima berdasarkan kepada senarai peniaga yang berlesen di bawah pentadbiran PBT masing-masing. Manakala bagi peniaga dan penjaja di luar bandar, Pejabat-Pejabat Daerah melalui peranan penghulu serta ketua kampung dipertanggungjawabkan untuk mengumpulkan data bagi penerima yang layak. Begitu juga dengan bantuan kepada pengusaha kantin sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Jabatan Pendidikan Agama Islam berperanan sebagai agensi penyelaras untuk mendapatkan maklumat pengusaha kantin di bawah jagaan masing-masing. Proses yang dijalankan oleh pihak kerajaan negeri kini dilihat lebih berkesan kerana secara khusus kepada agensi dan jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan agihan bantuan dan insentif yang lebih bersifat komprehensif serta bersasar kepada seluruh rakyat.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

50

YB DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH (BEKOK) SOALAN B37 Berapakah jumlah peratus rakyat di negeri Johor yang telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin? Dari jumlah tersebut, berapa peratus rakyat yang telah diberi vaksin? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula pada 1 Mac di negeri Johor. Sehingga 1/8/21, seramai 2,640,053 (88.9%) rakyat di negeri Johor yang berumur 18 tahun dan ke atas telah mendaftar dalam MySejahtera untuk menerima vaksin. Sebanyak 1,146,314 (42.3%) warga Johor berumur 18 tahun dan ke atas telah menerima dos 1 dan 458,476 (16.9%) telah menerima dos kedua (sumber: JKJAV).

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

51

YB DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH (BEKOK) SOALAN B38 Apakah status pembinaan jalan raya yang menyambungkan Bekok dan Paloh? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat, pembinaan jalan raya yang menghubungkan Bekok dan Paloh, pihak JKR telah membuat satu lawatan tapak bagi pengesahan taklimat projek pada 15 Mac 2020. Susulan daripada lawatan tersebut, Pihak Head of Project Team (HODT) JKR Kuala Lumpur sedang dalam proses penyediaan reka bentuk awalan dan dijangka projek ini akan dilaksanakan ditapak pada Disember 2021.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

52

YB DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH (BEKOK) SOALAN B39 Apakah pelan/rancangan kerajaan negeri untuk mempraktikkan norma baharu dalam semua sektor seperti pendidikan, perindustrian, perkilangan dan sebagainya. Sila nyatakan langkah-langkah yang telah diambil? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Bekok. Norma baharu merupakan kerangka konsep pembudayaan pengamalan sebuah cara hidup yang menyeluruh bagi membendung penularan COVID-19. Umumnya, terdapat beberapa pendekatan yang digunakan bagi mencegah penularan antaranya pendekatan CAPP dengan sasaran individu, keluarga dan komuniti. CAPP merupakan:

Cegah COVID-19 dengan mendidik keluarga serta komuniti norma baharu kehidupan

Amalkan tingkah laku bagi mengelakkan diri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan.

Patuhi SOP pengoperasian sektor-sektor utama negara dan lain-lain arahan kerajaan.

Pantau status kesihatan diri dan keluarga, segera dapatkan rawatan jika bergejala. Laksana saringan suhu badan dan gejala sebelum memasuki tempat kerja, institusi pendidikan, pusat jagaan seperti rumah orang tua.

Selaras dengan itu, terdapat beberapa strategi norma baharu iaitu saringan suhu dan gejala di pintu premis, gunakan hospot tracker dalam MySejahtera, penjarakan fizikal 1 meter, penggunaan hand sanitizer, pemakaian pelitup muka (digalakkan untuk memakai 2 lapis pelapik muka) bagi mencegah penularan pelbagai variant baharu. Pelbagai langkah telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mempraktikkan norma baharu di negeri Johor. Antaranya melalui Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) yang diselaraskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD). Program ABC-19 ini bertindak dalam menyampaikan mesej secara konsisten, berterusan dan usaha menerap penghayatan serta amalan norma baharu dalam kalangan komuniti bagi memastikan kesedaran awam serta pematuhan norma baharu COVID-19 pada tahap yang tinggi. Kerajaan negeri Johor juga melaksanakan program Inisiatif Pemimpin Advokasi COVID (IPAC) bertujuan untuk meningkatkan peranan pemimpin dalam advokasi masyarakat bagi pencegahan COVID di negeri Johor. Inisiatif ini menuntut kerjasama para pemimpin setempat selaku orang yang paling hampir dengan masyarakat perlu memainkan peranan untuk memupuk kesedaran masyarakat dalam menentang penularan COVID 19. Bagi memastikan pemimpin IPAC mempunyai kefahaman yang mutakhir dan mantap berkaitan situasi semasa wabak ini, town hall akan dijalankan oleh Pegawai Daerah bersama Pegawai Kesihatan Daerah bagi menyampaikan maklumat-maklumat terkini.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

53

Bagi sektor perindustrian pula, kerajaan pusat melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) telah memperkenalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ‘Safe@Work’ bagi sektor perkilangan. SOP yang komprehensif ini bertujuan untuk meningkatkan langkah-langkah penjagaan kesihatan awam yang dipertanggungjawabkan kepada pihak majikan dalam menangani penularan wabak pandemik COVID-19 dalam masa yang sama dapat mempraktikkan norma baharu di kalangan pekerja sama ada di tempat kerja atau di tempat tinggal. Dalam masa yang sama, kerajaan negeri juga telah mencadangkan kepada Kerajaan Pusat berhubung pelaksanaan inisiatif baharu iaitu Projek Perintis Johor Industrial Preparedness Plan (JIPP) yang mengguna pakai konsep Safe@work. Antara faktor pelaksanaan JIPP ini adalah seperti berikut:

i. Pelaksanaan risk assessment secara case to case basis terhadap industri secara holistik.

ii. Pemerkasaan PERT di tempat kerja. iii. Pelaksanaan risk reduction melalui pengurusan tempat kerja serta komunikasi

berkesan. iv. Pemantauan dan penguatkuasaan secara bersepadu melibatkan agensi

berkaitan termasuk Jabatan Kesihatan Negeri, MITI Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Umumnya, penularan wabak COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada kelangsungan hidup, keselamatan dan kesihatan di dalam komuniti. Kawalan pergerakan dan limitasi yang dikuatkuasakan dalam beberapa perkara bertujuan menjaga kesihatan semua rakyat. Rakyat seharusnya memahami bahawa wabak COVID-19 akan terus berada di kalangan kita. Memandangkan tiada pilihan lain, amalan norma baru kehidupan dalam suasana wabak COVID-19 yang masih menular perlu diperkukuhkan. SOP dan peraturan penjarakan fizikal, amalan kebersihan, pemakaian pelitup muka di samping menjauhi 3C (crowded places, confined spaces dan close conversation) perlu menjadi amalan di setiap tempat dan masa tanpa kompromi. Kerajaan negeri kini sedang giat mengukuhkan kerjasama bersama dengan pihak kementerian sains dan teknologi dan syarikat berkaitan untuk meningkatkan lagi kadar vaksinasi bukan sahaja kepada kalangan penduduk warga emas, bergejala dan pedalaman malah ianya juga untuk pekerja sektor industri dan sektor tertentu. Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor turut komited untuk melaksanakan pelbagai inisiatif yang lebih berkesan selari dengan pelbagai program dan kempen kesihatan awam yang akan dilaksanakan kelak.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

54

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN B40 Apakah status pembinaan dialysis centre di FELDA Tenggaroh 2? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Perolehan bagi kerja-kerja pembinaan bangunan Pusat Hemodialisis di Klinik Kesihatan Tenggaroh 2, Mersing telah mula dilaksanakan secara perolehan tender terbuka oleh pihak Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM selaku agensi pelaksana projek tersebut. Iklan tender tersebut telah dibuka pada 10 Mei 2021 dan telah ditutup pada 26 Julai 2021. Tender tersebut kini di dalam peringkat penilaian oleh Jawatankuasa Perolehan Tender di peringkat Kementerian.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

55

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN B41 Apakah cadangan kerajaan untuk membina Rumah Mampu Milik Johor di Mersing? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Kerajaan negeri komited dan akan terus aktif untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di negeri Johor melalui pendekatan berikut:-

i. Mengenal pasti selain daripada tanah milik kerajaan untuk dibangunkan rumah mampu milik melalui Pengambilan Balik Tanah secara terancang. Bagi fasa 1 Program Pengambilan Balik Tanah bagi tujuan pembangunan rumah mampu milik, kerajaan negeri telah membelanjakan RM34.77 juta untuk melaksanakan pengambilan balik tanah seluas 48.36 ekar bagi membina rumah mampu milik, yang kini dalam perancangan pembangunan oleh syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan negeri (GLC). Pecahan pengambilan tanah rumah mampu milik (fasa 1) mengikut daerah adalah sebagaimana di Jadual 1. Manakala bagi fasa kedua yang dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2022 adalah sebagaimana di Jadual 2. Bagi di kawasan Kota Tinggi terutama sekali di kawasan Sedili, tanah di kawasan tersebut adalah jenis pembangunan berkelompok seperti FELDA, FELCRA dan Kejora. Namun demikian kerajaan negeri akan mencari tanah yang sesuai untuk dilaksanakan pengambilan balik tanah bagi tujuan pembinaan Rumah Mampu Biaya Johor.

ii. Penguatkuasaan pembangunan perumahan yang dilaksanakan oleh pihak swasta

bagi penyediaan komponen rumah mampu milik dalam pembangunan sebagaimana Dasar Perumahan Rakyat dengan lebih agresif. Sebagaimana Dasar Perumahan Rakyat Johor Edisi 2019, tiada pengecualian pembinaan secara total oleh pemaju untuk TIDAK membina komponen Perumahan Rakyat Johor. Pengenaan caj gantian pada unit rumah mampu biaya yang dipohon untuk tidak dibangunkan dan wajib digantikan komponen tidak dibangunkan tersebut dengan komponen rumah mampu biaya yang lain bagi mencukupkan peratusan Perumahan Rakyat Johor dibina oleh pemaju. Pelaporan Perumahan Rakyat Johor yang memperoleh kelulusan Kebenaran Merancang dan dijangkakan siap pada tahun 2021 adalah sebagaimana di Jadual 3. Manakala perancangan pembangunan RMBJ oleh pemaju swasta di Kota Tinggi dan Mersing pada 2021 adalah sebagaimana di Jadual 4.

Pembangunan Kampung Tradisional adalah program pembangunan bagi membangkit kesedaran dan pembangunan penduduk desa bagi membawa perubahan dan pembangunan yang pesat ke kawasan luar bandar yang melibatkan perlaksanaan program pembangunan sikap penduduk dan penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas yang disalurkan melalui pejabat Pegawai-pegawai Daerah. Bagi maksud penyediaan rumah di kampung Tradisional yang kebanyakannya adalah di atas tanah milik penduduk kampung itu sendiri, kerajaan negeri telah meluluskan dana berjumlah RM20.0 juta untuk program Rumah Ihsan Johor, di mana pemohon golongan B40 yang mempunyai tanah sendiri untuk dibangunkan rumah bernilai RM65,000 - RM80,000.00 atau bantuan untuk membaiki rumah. Nota : Insentif pembangunan Kampung Tradisional di Kota Tinggi perlu dirujuk ke Pejabat Daerah Kota Tinggi dan Majlis Daerah Kota Tinggi.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

56

Jadual 1: Laporan Pengambilan Tanah Rumah Mampu Milik (Fasa 1) Di Negeri Johor

Daerah Keluasan (ekar) Pampasan (RM)

Johor Bahru 2.43 6,930,800.00

Kluang 14.46 9,192,506.00

Segamat 16.85 3,908,549.00

Pontian 14.62 14,732,120.00

Jumlah (4) daerah 48.36 34,763,975.00

Sumber: Unit SSI Jadual 2: Laporan Pengambilan Tanah Rumah Mampu Milik (Fasa 2) Di Negeri Johor

Daerah Keluasan (ekar) Pampasan (RM)

Batu Pahat 51.734 26,252,000.00

Mersing 60.956 18,720,000.00

Kluang 50.000 8,900,000.00

Jumlah (3) daerah 162.69 53,872,000.00

Sumber: Unit SSI

Jadual 3: Pelaporan Perumahan Rakyat Johor Yang Memperoleh Kelulusan Kebenaran Merancang Dan Dijangkakan Siap Pada Tahun 2021

Daerah Unit Perumahan Rakyat Johor

JOHOR BAHRU 2,687

KULAI 831

MUAR 35

BATU PAHAT 378

KLUANG 176

SEGAMAT 59

TANGKAK 122

PONTIAN 155

KOTA TINGGI -

MERSING -

JUMLAH 4,443

SUMBER: Perunding MNF (Laporan sehingga Februari 2021)

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

57

Jadual 4: Perancangan Pembangunan RMBJ Oleh Pemaju Swasta Di Kota Tinggi Dan Mersing

Daerah / Mukim Pemaju / Nama Taman Unit Perumahan Rakyat Johor

Mersing / Endau KPRJ Petroleum / Jauhar Tenglu 178 unit

Tetuan Koperasi Kakitangan Kerajaan Mersing / -

110 unit

Marina Hill / - 35 Unit

Prudent Steel Development / - 8 Unit

Kota Sutera / Taman Markisa 35unit

Mersing / Tenggaroh

TD Consultant / Taman Wawasan 398 Unit

JUMLAH 729 unit

Kota Tinggi Daiman Jaya/ Taman Daiman Jaya 3,104 unit

Pesaka Persada/ Taman Kota Pesaka 399 unit

Glomac Sutera Sdn Bhd/ Taman Sri Saujana

752 unit

Golden Envoy/ Desa impian 553 unit

Amber Land Berhad/ Tenggara 444 unit

JUMLAH 5,252 UNIT

SUMBER: Perunding MNF (Laporan sehingga Februari 2021)

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

58

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN B42 Apakah status permohonan tanah untuk generasi kedua di rancangan-rancangan FELDA di Tenggaroh dan Nitar? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman yang berhormat, status permohonan adalah seperti berikut :

i. Gugusan FELDA Tenggaroh Bilangan Permohonan : 1,444 permohonan Notis 5A : 191 pemohon (Penyerahan ditangguhkan disebabkan PKP) Telah menerima Jadual 1 : 1,163 pemohon Belum menerima Jadual 1 : 90 pemohon

ii. FELDA Nitar 01: Bilangan Permohonan : 434 permohonan Telah menerima Jadual 1 : 191 pemohon (Fasa 1) Belum menerima Jadual 1 : 243 pemohon Fasa 2: Pemohon perlu memastikan setiap permohonan perlu mematuhi permohonan bagi 1 keluarga hanya 1 Lot sahaja. Dimaklumkan juga bahawa, buat masa ini FELDA menangguhkan sementara pengurusan permohonan lot generasi kedua bagi membolehkan satu polisi baru yang ditambah baik berkenaan permohonan lot generasi kedua ini dapat dimuktamadkan.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

59

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN B43 Nyatakan jumlah dan peratus kluster mengikut kategori tempat kerja, komuniti, kumpulan berisiko tinggi, pendidikan tinggi dan lain-lain mengikut setiap daerah? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Sehingga 30 Julai 2021, terdapat sebanyak 172 kluster aktif yang sedang dipantau oleh CPRC Johor. Pecahan Kluster mengikut daerah adalah seperti berikut:

Daerah Industri Komuniti Institusi Pasar raya

Tahanan Import A Kapal

Johor Bahru 38 9 17 7 1 1

Muar 21 4 3 2 1 0

Batu Pahat 4 1 1 0 0 0

Kluang 6 5 0 0 2 0

Segamat 1 2 2 0 0 0

Kulai 11 3 1 0 0 0

Pontian 5 2 1 0 1 0

Kota Tinggi 3 0 0 1 0 1

Tangkak 8 4 1 0 0 0

Mersing 0 1 1 0 0 0

JUMLAH 97 31 27 10 5 2

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

60

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN B44 Adakah kerajaan negeri Johor telah mengemukakan cadangan ke peringkat kerajaan persekutuan supaya ADUN Pembangkang juga dibenarkan menghadiri Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah atau membenarkan ADUN Pembangkang menghantar soalan kepada JTPD? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Bentayan. Kerajaan negeri Johor telah melantik Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) di tempat DUN yang diwakili oleh pihak Pembangkang bagi mewakili kerajaan yang akan berperanan dalam perancangan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat di DUN masing-masing. Selain itu, pengerusi JPKD akan menghadiri mesyuarat JTPD yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah (DO) yang menjadi platform bagi mengutarakan pelbagai masalah dan juga cadangan penyelesaian di DUN masing-masing. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri komited untuk sentiasa mengkaji dan memperhalusi serta menambah baik sistem dan kaedah sedia ada, bagi membolehkan pihak pembangkang turut serta dalam pelaksanaan dan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

61

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN B45 Nyatakan jumlah Pusat Pemberian Vaksin dan kapasiti setiap Pusat Pemberian Vaksin yang ada di negeri Johor dan jumlah vaksin yang telah diberikan oleh setiap Pusat Pemberian Vaksin? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Terdapat pelbagai jenis Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri Johor dan sehingga kini terdapat sebanyak 232 buah PPV dan beberapa PPV Industri yang silih berganti beroperasi, seperti di bawah: a) PPV awam : 23 buah b) Special PPV: 7 buah c) PPVGP (General Practitioner): 156 buah d) PPVHS (Hospital Swasta): 20 buah e) PPV mobile: 10 buah f) PPV mega dan integrasi: 12 buah g) PPV Industri 4 buah Kapasiti bagi kesemua PPV ini adalah 70 ribu dos sehari dan jumlah vaksin yang diberi kepada setiap PPV bergantung kepada kapasiti masing-masing.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

62

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN B46 Nyatakan jumlah pekerja yang telah kehilangan pekerjaan mengikut pecahan industri pada tahun 2020 dan 2021? JAWAPAN YB DATUK MOHD IZHAR BIN AHMAD Berdasarkan Laporan Kehilangan Pekerjaan yang dikeluarkan oleh Pusat EIS, PERKESO, jumlah pekerja yang telah kehilangan pekerjaan mengikut pecahan industri Januari - 30 Julai 2021 adalah seperti di bawah :-

INDUSTRI BILANG PEKERJA

Pembuatan 1,222

Borong & Peruncitan 563

Pembinaan 375

F&B & Penginapan 319

Profesional & Teknikal 198

Pentadbiran & Khidmat Sokongan 170

Lain-Lain Klasifikasi 139

Perladangan 125

Pengangkutan 122

Pendidikan 115

Ict 68

Kesihatan & Sosial 38

Agrikultur, Perhutanan & Perikanan 25

Seni, Hiburan & Rekreasi 25

Perlombongan 24

Kewangan & Insuran 20

Pertahanan / Keselamatan Sosial 19

Air, Pembentungan & Sisa 9

Eletrik, Gas, Wap & Pendingin Udara 7

3,583

Manakala merujuk kepada Statistik Pemberhentian, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor bagi tahun 2020 dan 2021 sehingga Julai, jumlah pekerja yang terlibat mengikut sektor atau pecahan industri adalah seperti di bawah :-

SEKTOR BILANGAN PEKERJA

2020 2021

Aktiviti Hartanah 49 8

Penginapan dan Aktiviti perkhidmatan makanan & minuman 1328 430

Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal 128 260

Pendidikan 37 47

Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan 76 31

Pengangkutan dan Penyimpanan 603 4

Perlombongan dan Pengkuarian 18 20

Bekalan air; pembetungan, pengurusan sisa dan aktiviti pemulihan

8 0

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

63

Aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial 125 19

Kesenian, hiburan dan rekreasi 80 57

Pembuatan 4068 1987

Aktiviti kewangan dan insuran/takaful 82 8

Pertanian, Perhutanan dan Perikanan 330 16

Maklumat dan komunikasi 3 1

Pembinaan 245 51

Aktiviti perkhidmatan lain 38 32

Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal

896 236

Pentadbiran awam dan pertahanan; aktiviti keselamatan sosial wajib

143 36

JUMLAH 8257 3243

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

64

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN B47 Apakah inisiatif atau bantuan yang diterima oleh Masyarakat Cina dan India melalui Yayasan Sultanah Fatimah & Yayasan Sultanah Rogayah dan nyatakan jumlah peruntukan untuk setiap inisiatif dan bantuan? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Bentayan, pada tahun 2020 sebanyak RM3.5 juta telah disalurkan Yayasan Sultanah Fatimah untuk, pembangunan Masyarakat Cina, manakala sebanyak RM6 juta telah disalurkan pada tahun 2021. Fokus utama pembangunan Masyarakat Cina terdiri daripada Bantuan Pendidikan, Bantuan Keusahawanan, Bantuan Keagamaan dan Bantuan Kebajikan. Bermula tahun 2020 Yayasan Sultanah Fatimah telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Johor (JDEC) yang membantu bangsa Johor mengadaptasi ilmu ekonomi digital untuk menghadapi pasca COVID-19. JDEC telah mengadakan sesi urus libat dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Telekom Malaysia (TM), Hua Wei Malaysia, PUJB, Persatuan-Persatuan Peniaga Kecil dan sederhana, Dewan Perniagaan dan lain-lain. Selain itu menganjurkan kursus-kursus Re-skilling dan Up-skilling seperti program Key Opinion Leder (KOL) kepada orang awam termasuk kursus siaran langsung bagi mendorong peniaga-peniaga Johor untuk memasarkan produk mereka di platform seperti shopee dan lazada. Untuk tahun 2020 YSF telah meluluskan bantuan baik pulih bangunan sekolah bagi 10 buah Sekolah Menengah Cina Persendirian dengan berjumlah RM1 juta dan bantuan kepada Persatuan Agama dan kebajikan sebanyak RM1 juta. Disebabkan pandemik COVID-19 pelaksanaan beberapa program seperti Program Penggunaan Aplikasi & Program Digital “Api-Api, Program Insuran Penyayang, Digital Village Bangsa Johor, Program membantu Warga Hilang Kerja dan Bantuan Pendidikan bagi Pelajar-Pelajar Negeri Johor terpaksa ditangguhkan. Selain itu, sebagai makluman kepada persoalan yang diajukan oleh YB Bentayan. Pada tahun 2020 peruntukan khas Masyarakat India telah dibelanjakan sebanyak RM4,173,385.00 yang diurus oleh Pejabat Menteri Besar melalui permohonan-permohonan terus untuk baik pulih bangunan sekolah dan aktiviti SJK(T), Bantuan kepada NGO India dan lain-lain bantuan kebajikan dan keusahawanan. Untuk tahun 2021 Yayasan Sultanah Rogayah pula sedang melaksanakan Program Peruntukan Masyarakat India Negeri Johor. Program ini terdiri daripada 3 inisiatif atau bantuan iaitu Bantuan Kebajikan, Bantuan Pendidikan dan Bantuan Keusahawanan. Sebanyak 9,642 borang permohonan telah diterima dan dari jumlah tersebut sebanyak 1,351 borang permohonan telah diproses untuk kelulusan iaitu 827 borang bantuan kebajikan, 332 borang bantuan pendidikan dan 315 borang bantuan keusahawanan. Peruntukan Fasa 2 akan dituntut sebaik sahaja peruntukan Fasa 1 sebanyak RM2 juta habis di belanja dan dilaporkan kepada Pejabat Menteri Besar Johor.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

65

YB DR. SULAIMAN BIN MOHD NOR (KEMELAH) SOALAN B48 Apakah status terkini menaik taraf litupan selular Internet dalam kawasan Mukim Pogoh, khususnya di sekitar Sekolah Kebangsaan Pogoh dalam Daerah Segamat, yang sehingga kini masih mempunyai capaian dan litupan Internet yang amat buruk? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedia maklum akan masalah liputan di kawasan ini. Tindakan yang sewarnya telah pun diambil dan perancangan telah dibuat bagi membina sebuah menara telekomunikasi yang baharu berdekatan Sekolah Kebangsaan Pogoh di bawah projek JENDELA fasa 1. Pembinaan menara baharu ini akan menyediakan kemudahan liputan jalur lebar mudah alih 4G di kawasan sekolah tersebut dan penempatan sekitarnya. Status semasa projek ini masih lagi dalam peringkat tender dan pembinaan dijangka akan bermula seawal hujung tahun ini sekiranya berjalan sebagaimana yang dirancang. Selain itu, di bawah JENDELA juga, pihak Telekom Malaysia (TM) sedang dalam proses untuk menaik taraf talian tetap sedia ada di kawasan tersebut kepada teknologi gentian optik. Kerja-kerja naik taraf ini dijangka siap selewat-lewatnya pada Mac tahun 2022. Setelah selesai pelaksanaannya, penduduk di sekitar Sekolah Kebangsaan Pogoh akan mendapat akses kepada perkhidmatan jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

66

YB DR. SULAIMAN BIN MOHD NOR (KEMELAH) SOALAN B49 Apakah perkembangan terkini Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru (PLBEGJB) dan adakah projek tersebut masih akan siap mengikut jadual pada Oktober 2022? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat, kemajuan terkini bagi Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas Johor Bahru (PLBEGJB) sehingga 25 Jun 2021 adalah 77.1 % dan tarikh jangkaan siap yang terbaru selepas mengambil kira lanjutan masa yang terkesan akibat bagi projek ini adalah pada Jun 2023.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

67

YB DR. SULAIMAN BIN MOHD NOR (KEMELAH) SOALAN B50 Berapakah jumlah bantuan yang telah di salur melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor bagi setiap mukim dalam negeri Johor sejak PKP 3.0 di laksana? JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Kerajaan negeri Johor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Johor telah menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada keluarga yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di seluruh negeri Johor dengan bantuan bakul makanan. Bantuan ini adalah merupakan bantuan makanan asas harian yang bertujuan meringankan beban yang dihadapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan hingga kini. Jumlah bantuan bakul makanan yang telah diagihkan oleh JKM sejak PKP 3.0 dilaksanakan hingga Julai 2021 adalah sebanyak 8,200 unit dengan perbelanjaan sebanyak RM410,000. Manakala pecahan jumlah bantuan bakul makanan yang telah diagihkan mengikut mukim di Negeri Johor adalah seperti di Lampiran B50.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

68

YB DR. SULAIMAN BIN MOHD NOR (KEMELAH) SOALAN B51 Berapakah jumlah bantuan yang telah di salur melalui Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi setiap mukim dalam negeri Johor sejak PKP 3.0 dilaksana? JAWAPAN YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI Dalam tempoh Fasa Pertama PPN (Pelan Pemulihan Negara) dilaksanakan, Majlis Agama Islam Negeri Johor menyediakan Talian Hotline Bantuan Bakul Makanan dengan peruntukkan berjumlah RM3,000,000.00. Permohonan bantuan ini akan diterima di peringkat Ibu Pejabat dan Tindakan akan dilaksanakan di peringkat Majlis Agama Islam Daerah. Di peringkat daerah, MAINJ juga bekerjasama dengan Penghulu-penghulu mukim dan Amil-Amil Agihan yang dilantik bagi menyalurkan bantuan mengikut permohonan di atas talian yang diterima. Selain itu, Gerakan Team Jejak Asnaf juga sentiasa bersedia dengan menyalurkan bantuan segera wang tunai dan bantuan segera perubatan seperti susu dan lampin pakai buang mengikut aduan -aduan yang diterima dari Ketua Masyarakat, penduduk setempat dan media sosial.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

69

YB DR. SULAIMAN BIN MOHD NOR (KEMELAH) SOALAN B52 Apakah status terkini peratus litupan dan capaian Internet, sama ada melalui teknologi wayar atau teknologi tanpa wayar (wayarles) mengikut mukim dalam negeri Johor? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 yang bermula pada tahun 2020 sehingga tahun 2022, bagi meluaskan liputan 4G, kerajaan dengan kerjasama pemberi perkhidmatan menyasarkan pembinaan sebanyak 233 tapak baharu dengan teknologi 4G. Dari jumlah tersebut, 101 tapak telah siap dilaksanakan sehingga Jun 2021. Selain itu, sejumlah 3,409 alat pemancar sedia ada akan di naik taraf kepada perkhidmatan 4G dan 2,877 daripadanya telah selesai di naik taraf sehingga Jun 2021. Bagi peluasan liputan jalur lebar gentian optik pula, melalui JENDELA Fasa 1 tambahan sebanyak 413,493 premis akan mendapat perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi gentian optik, dari jumlah tersebut, sebanyak 146,766 premis telah dilaksanakan sehingga Jun 2021. Peratus liputan jalur lebar mudah alih 4G dan jumlah keseluruhan premis tersedia dengan capaian gentian optik bagi negeri Johor sehingga suku kedua 2021 mengikut daerah adalah seperti berikut:

BIL. DAERAH % Liputan 4G – Suku ke2 2021

Premis Tersedia dengan Gentian Optik - Suku ke2 2021

1 Batu Pahat 96.45 82,855

2 Johor Bahru 99.91 503,927

3 Kluang 94.89 50,873

4 Kota Tinggi 94.46 12,766

5 Kulaijaya 98.81 43,162

6 Ledang 97.63 14,988

7 Mersing 89.57 4,332

8 Muar 97.40 40,559

9 Pontian 95.48 9,915

10 Segamat 95.25 5,140

Negeri Johor 97.66 768,517

Bagi kawasan yang masih kurang mendapat liputan atau perkhidmatan jalur lebar mudah alih atau talian tetap, pihak kerajaan negeri akan bekerjasama dengan MCMC dan pemberi perkhidmatan bagi membuat perancangan penyediaan infrastruktur di kawasan berkenaan pada masa hadapan. Ahli Yang Berhormat juga boleh melayari Portal JENDELA di pautan berikut: https://jendela.my/map/ bagi mendapat maklumat terkini berkaitan JENDELA serta gambaran liputan yang lebih jelas di negeri Johor.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

70

YB TUAN HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN B53 Tidakkah kerajaan negeri mempunyai cadangan untuk menggunakan cara-cara lain untuk mengekang virus COVID-19 selain vaksin umpamanya penggunaan ubat Ivermactin dan herba-herba yang mempunyai bukti boleh memberi kesan penyembuhan. Mereka yang mempunyai simptom COVID-19 terus boleh mengambil penawar-penawar berkenaan. JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Di dalam menangani isu jangkitan penyakit berjangkit, dua aspek perlu diutamakan, iaitu i) perawatan pesakit dan ii) pencegahan penularan virus. Sehingga kini tiada bukti kukuh atau hasil kajian klinikal sedia ada tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa Ivermectin boleh merawat atau mencegah COVID-19. Hanya vaksin terbukti untuk mencegah COVID-19. KKM hanya membenarkan penggunaan Ivermectin secara “off-label” (iaitu penggunaan di luar indikasi yang diluluskan oleh KKM), dengan syarat ada pemantauan rapi oleh doktor yang bertauliah. Kesan sampingan Ivermectin mungkin memerlukan rawatan di hospital, termasuk ruam kulit yang teruk, mual, muntah, cirit-birit, sakit perut, bengkak di muka atau anggota badan lain, kesan sampingan saraf (seperti pening, sawan atau kekeliruan), penurunan tekanan darah secara tiba-tiba, dan kerosakan hati. Begitu juga dengan penggunaan herba-herba yang sedang viral diperkatakan di media sosial, tiada bukti kajian klinikal setakat ini yang membuktikan keberkesanan herba tersebut dalam merawat COVID-19. Di dalam menangani isu jangkitan penyakit berjangkit, dua aspek perlu diutamakan, iaitu perawatan pesakit dan pencegahan penularan virus. Sehingga kini tiada bukti kukuh atau hasil kajian klinikal sedia ada tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa Ivermectin boleh merawat atau mencegah COVID-19. Hanya vaksin terbukti untuk mencegah COVID -19. KKM hanya membenarkan penggunaan Ivermectin secara “off-label” (iaitu penggunaan di luar indikasi yang diluluskan oleh KKM), dengan syarat ada pemantauan rapi oleh doktor yang bertauliah. Kesan sampingan Ivermectin mungkin memerlukan rawatan di hospital, termasuk ruam kulit yang teruk, mual, muntah, cirit-birit, sakit perut, bengkak di muka atau anggota badan lain, kesan sampingan saraf (seperti pening, sawan atau kekeliruan), penurunan tekanan darah secara tiba-tiba dan kerosakan hati. Begitu juga dengan penggunaan herba-herba yang sedang viral diperkatakan di media sosial, tiada bukti kajian klinikal setakat ini yang membuktikan keberkesanan herba tersebut dalam merawat COVID-19.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

71

Di Malaysia, ubat Ivermectin didaftarkan sebagai antiparasit dan hanya digunakan untuk haiwan. Sehingga kini, tiada produk Ivermectin yang diluluskan pendaftarannya untuk kegunaan manusia. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan penggunaan Ivermectin secara off-label (iaitu penggunaan di luar indikasi yang diluluskan oleh KKM) dalam kajian klinikal bagi rawatan pesakit COVID-19 bertujuan untuk menentukan keberkesanan dan keselamatan ubat tersebut. Pengambilan Ivermectin secara sendiri adalah satu kesalahan di bawah undang-undang kerana ianya tidak berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk kegunaan manusia selain risiko kesan-kesan sampingan. Bagi penggunaan herba-herba untuk rawatan COVID-19, rawatan ini masih belum digunakan di Malaysia. Berdasarkan Diagnosis and Treatment Protocol for Novel Coronavirus Pneumonia, versi ke-71, menjelaskan ubat-ubatan herba yang mengandungi herba ephedra, alkaloids of ephedra adalah selamat dan berkesan untuk rawatan tahap 2 (ringan) dan 3 (sederhana) COVID-19 di negara China. Rujukan: 1The Diagnosis and Treatment Protocol for Novel Coronavirus Pneumonia (Trial Version 7). National Health Commission & National Administration of Traditional Chinese Medicine, released on March 3rd, 2020. Diagnosis_and_Treatment_Protocol_for_COVID19_NHCNATCM.pdf (uab.edu) Accessed 1.8.2021

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

72

YB TUAN HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN B54 Sebanyak manakah jumlah sumbangan GLC-GLC negeri yg telah diberikan kepada pihak Perbendaharaan Negeri Johor. GLC mana yang menjadi penyumbang terbesar?. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Senggarang, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri sentiasa memainkan peranan dalam pembangunan negeri Johor bersama-sama dengan pihak kerajaan. Peranan dan tanggungjawab sebagai GLC yang digalas juga telah dilaksanakan dengan sebaik mungkin untuk meletakkan Johor sebagai sebuah negeri yang membangun dan berdaya tahan. Umumnya, walaupun tiada dasar dalam penetapan sumbangan tunai daripada GLC-GLC kepada kerajaan negeri, Perbadanan Johor (JCorp) telah menetapkan sumbangan tunai (dividen) pada kadar 10% berdasarkan keuntungan selepas cukai (Penyata Kewangan Tahunan Beraudit). Selaras dengan itu, jumlah sumbangan tunai JCorp kepada kerajaan negeri yang telah dijadikan hasil kerajaan negeri sejak tahun 1989 sehingga tahun 2019 ialah berjumlah RM148,110,462.91. Manakala dalam tempoh lima tahun kebelakangan iaitu dari tahun 2015 hingga tahun 2019, jumlah sumbangan JCorp adalah RM66,971,794.68. Ianya, dapat dilihat sebagaimana jadual di bawah yang menunjukkan jumlah sumbangan tunai JCorp mengikut tahun dan jumlah terimaan yang di terima oleh Bendahari Negeri Johor seperti berikut:

TAHUN SUMBANGAN TUNAI JCORP (RM)

JUMLAH TERIMAAN (RM JUTA)

CATATAN

2015

10,019,519.47

10,019,519.47

Terima pada tahun 2016

2016

12,000,000.00

5,500,000.00 6,500,000.00

Terima pada tahun 2017 Terima pada tahun 2018

2017

11,300,000.00

11,300,000.00

Terima pada tahun 2018

2018

17,345,657.06

8,672,828.53 8,672,828.53

Terima pada tahun 2019 Terima pada tahun 2020

2019

16,376,618.15

8,188,309.08 8,118,309.07

Terima pada tahun 2021 Terima pada tahun 2021

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

73

Selaras dengan itu, GLC Negeri yang lain juga komited dalam memainkan peranan bersama Kerajaan Negeri sebagai badan korporat bagi menyeimbangi pengoperasian syarikat dan kesejahteraan rakyat serta memangkin pembangunan di negeri Johor. Pihak GLC tersebut sentiasa mempunyai inisiatif dalam menyalur sumbangan dalam bentuk tunai dan bukan tunai. Peranannya dilihat lebih kepada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang merangkumi pelbagai aspek iaitu:

Kebajikan

Pendidikan

Kesihatan Dan Sosial Peranan yang dijalankan akan menjadi sebagai pelengkap kepada kerajaan terutamanya dalam suasana negara yang berdepan dengan krisis kesihatan global dan keadaan ekonomi yang tidak baik kini. Sebagai makluman tambahan kepada persoalan YB Senggarang, keprihatinan Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan Kumpulannya yang telah memberi sumbangan tunai berjumlah RM350,000.00 ke dalam Tabung Bencana Negeri Johor pada tahun 2020 dan 2021 menggambarkan kebersamaan GLC dan kerajaan negeri dalam menyalur bantuan bagi berhadapan dengan situasi COVID-19. Pada masa yang sama, PIJ juga memberi pengurangan kadar sewa sehingga 50% terhadap premis dan inkubator miliknya yang melibatkan jumlah sewaan sebanyak RM535,000.00 bagi bulan April 2020 hingga Disember 2020. Ianya, tidak terhenti setakat tahun 2020, pengurangan bayaran sewaan bulanan sebanyak 50% turut diberikan pada PKP 3.0 dan dimasukkan sebagai salah satu inisiatif kerajaan negeri dalam Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 3.0 bermula Jun 2021 hingga Disember 2021 yang melibatkan kos berjumlah RM415,000.00. Selain itu, Permodalan Darul Ta’zim (PDT) saban tahun menumbang CSR kepada kerajaan negeri dan salah satu sumbangan CSR ialah dalam aspek pendidikan sebagai insentif meningkatkan kualiti modal insan di kalangan penjawat awam negeri. PDT telah membelanjakan sebanyak RM12,195,718.85 sejak tahun 2015 hingga tahun 2021 termasuklah sumbangan tunai berjumlah RM500,000.00 ke dalam Tabung Bencana Negeri Johor baru-baru ini. Begitu juga dengan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan kumpulannya yang telah bersama-sama dengan kerajaan negeri yang telah memberi sumbangan sebanyak RM350,000.00 kepada Tabung Bencana Negeri Johor untuk tahun 2020 dan tahun 2021 selain menyediakan dana bagi pendidikan anak negeri Johor yang melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Awam (IPTA) dan sebagainya. Kerajaan negeri terus fokus untuk membangunkan segenap pelosok Johor dengan berbekalkan kerjasama daripada seluruh jabatan, agensi, GLC dan juga para pemegang taruh khususnya dalam meningkatkan potensi serta tahap kesihatan, ekonomi, pelaburan dan kehidupan sosial rakyat terutamanya dalam konteks pasca pandemik COVID-19 kini.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

74

YB TUAN HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN B55 Masjid Jamek Raudathul Jannah Senggarang perlu dinaiktaraf untuk pembesaran / bina baru. Apakah status pengambilan tanah untuk pembesaran ini telah selesai dilaksanakan? Adakah peruntukan pembinaan masjid baru telah diluluskan? JAWAPAN YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor tiada menerima permohonan menaik taraf untuk pembesaran dan bina semula Masjid Raudathul Jannah Senggarang.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

75

YB TUAN HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN B56 PKP yang terlalu lama memberi kesan psikologi dan kemurungan yang melampau kepada rakyat akibat “terkongkong” di rumah. Adakah kerajaan negeri tidak mahu mencontohi negeri Sabah yang membenarkan pembukaan warung dan restoran dengan SOP yang ketat bagi memberi peluang masyarakat bersosial? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Senggarang, kerajaan negeri sentiasa komited dalam merencanakan pelbagai langkah yang komprehensif demi kelangsungan dan kebebasan kepada rakyat dalam meneruskan kehidupan seperti sedia kala dengan pengamalan Norma Baharu. Umumnya, penetapan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengikut Fasa dibincangkan dan diputuskan di peringkat pusat. Berdasarkan kepada parameter Pelan Pemulihan Negara (PPN) berfasa yang dikeluarkan oleh MKN, pembukaan warung dan restoran secara dine-in akan dibenarkan dalam Fasa 3. Kini negeri Johor akan terus berusaha keras memerangi Pandemik COVID-19 sekali gus untuk keluar daripada Fasa 1 PPN dan beralih kepada Fasa 2. Bagi memenuhi klasifikasi Fasa 2 kita memerlukan pelbagai faktor yang perlu diperincikan antaranya bilangan kes harian, kadar vaksinasi semasa dan juga bilangan penggunaan katil ICU di hospital. Walau bagaimanapun, terdapat cadangan yang dibentangkan untuk membenarkan mereka yang telah lengkap menerima 2 dos vaksin agar dibenarkan dalam Fasa 2 dan seterusnya PPN. Sebagaimana umum telah sedia maklum bahawa pada 8 Ogos baru-baru ini YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap. Kerajaan telah bersetuju memberikan kemudahan bagi Sektor Sosial bagi individu lengkap 2 dos suntikan vaksin yang menetap di mana-mana negeri yang telah berada dalam Fasa 2 dan seterusnya. Berikut adalah ringkasan daripada kemudahan-kemudahan bagi negeri Fasa 2 & seterusnya:

1. Rentas daerah DIBENARKAN.

Aktiviti ini menuntut kerjasama rakyat untuk menunjukkan sijil digital vaksinasi lengkap 2 dos kepada petugas keselamatan di sekatan jalan raya.

2. Aktiviti Dine-in DIBENARKAN.

Pengunjung premis/kedai makan harus menunjukkan bukti sijil digital vaksinasi kepada pemilik premis. Selain itu, SOP seperti pemakaian pelitup muka, mengimbas aplikasi mysejahtera dan penjarakan sosial masih diguna pakai.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

76

Kepada pasangan yang telah lengkap vaksinasi dan ingin membawa anak di bawah umur 17 tahun adalah dinasihatkan mematuhi SOP yang ketat.

Aktiviti ini juga menuntut supaya pengusaha premis kedai makan untuk menyediakan lebih banyak ruang makan di luar premis bagi pengudaraan yang lebih baik.

3. Pada masa yang sama, aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan

bukan berkumpulan (outdoor) DIBENARKAN hanya bagi negeri-negeri dalam Fasa 2 dan seterusnya.

Aktiviti dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di tempat terbuka dan separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

Aktiviti dine-in di restoran atau kafe club house adalah DIBENARKAN. pematuhan SOP selaras dengan kebenaran dine-in. termasuklah untuk menunjukkan sijil digital vaksinasi lengkap kepada pemilik premis/pengusaha kafe.

Walau bagaimanapun, operasi bilik persalinan dan bilik mandi di premis club house adalah TIDAK DIBENARKAN. Ianya, bagi mengelakkan perkumpulan selepas bersukan.

Aktiviti yang DIBENARKAN adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.

4. Aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama DIBENARKAN juga bagi negeri Fasa

2 dan seterusnya sahaja yang melibatkan homestay dan hotel.

Pihak pengusaha homestay dan hotel PERLU memastikan pengunjung premis lengkap vaksin dengan menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19.

Untuk makluman YB Senggarang, terdapat juga kemudahan yang diumumkan sekali gus melibatkan KESEMUA FASA dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) termasuklah:

5. Kemudahan KUARANTIN dan PERJALANAN untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara.

Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah lengkap vaksinasi DIBENARKAN menjalani kuarantin wajib di rumah dan akan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah(HSO) Digital.

Pasangan suami isteri jarah jauh yang telah lengkap vaksin DIBENARKAN rentas daerah dan negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

77

Ibu bapa yang telah divaksin lengkap juga DIBENARKAN merentas daerah dan negeri bagi tujuan berjumpa dengan anak di bawah umur 18 tahun.

6. Selain itu, kerajaan juga bersetuju MEMBENARKAN aktiviti solat sahaja di masjid

dan surau bagi jemaah yang telah lengkap menerima 2 suntikan dos vaksin. Kemudahan juga terpakai kepada SEMUA FASA DALAM PPN.

Jemaah harus mematuhi SOP sedia ada sekali gus menunjukkan bukti sijil digital vaksinasi lengkap kepada petugas di masjid dan surau setempat.

Kemudahan ini juga DIBERIKAN kepada penganut bukan Islam untuk menghadiri rumah-rumah ibadat.

Pelaksanaan kemudahan ini tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara bagi Rumah Ibadat selain Islam.

Kesemua kemudahan ini telah berkuat kuasa bermula SELASA, 10 OGOS 2021. Sebagai tambahan menurut Kerajaan Pusat terdapat juga kemudahan-kemudahan SEKTOR EKONOMI yang akan diumumkan dalam waktu terdekat selepas dipertimbangkan di peringkat Sidang Khas MKN. Kerajaan negeri akan terus komited untuk menyokong apa tindakan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan pusat terutamanya dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dilalui oleh semua peringkat negeri. Dalam masa yang sama, kerajaan negeri juga akan terus mencadangkan pelbagai penambahbaikan terhadap SOP dan perancangan terhadap apa jua kemudahan-kemudahan yang diperlukan peringkat negeri Johor khususnya dalam konteks merancakkan kembali aktiviti ekonomi, memperkukuh kesejahteraan dan meningkatkan keselamatan rakyat amnya.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

78

YB TUAN HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN B57 Peningkatan kes COVID-19 di Johor antaranya kerana kewujudan kluster kilang. Walaupun khuatir dijangkiti, pekerja terpaksa hadir bekerja untuk menggelakkan dari pemotongan gaji atau diberhentikan pekerjaan. Apakah tindakan kerajaan dalam membela nasib pekerja kilang yang tersepit dan terkesan ini? JAWAPAN YB DATUK MOHD IZHAR BIN AHMAD Kerajaan melalui agensi PERKESO sentiasa peka dan prihatin terhadap apa yang berlaku kepada golongan pekerja. Bagi membela nasib golongan pekerja yang terkesan susulan penularan Pandemik COVID 19, kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan sasaran. Antara inisiatif kerajaan bagi melindungi para pekerja dari diberhentikan adalah melalui Program Subsidi Upah (PSU). Program Subsidi Upah merupakan bantuan kewangan kepada majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat yang secara langsung akan mengekalkan pekerja mereka dalam tempoh yang kritikal ini dan menyelamatkan mereka daripada dibuang. Program Subsidi Upah telah mula diperkenalkan sejak 1 April 2020. Majikan yang berkelayakan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan adalah dikehendaki mengemukakan permohonan kepada PERKESO dan permohonan yang telah diluluskan akan dibayar ke akaun syarikat pada setiap bulan untuk suatu tempoh. Para majikan yang menerima insentif dari Program Subsidi Upah (PSU) dikehendaki mengekalkan pekerja mereka. Bagi majikan yang ingin mengurangkan gaji, waktu bekerja atau memberi cuti tanpa gaji kepada pekerja, persetujuan antara majikan dan pekerja adalah amat diperlukan. Melalui Jabatan Tenaga Kerja, tindakan yang boleh dilakukan oleh pekerja yang terkesan akibat pemotongan gaji atau penamatan perkhidmatan adalah dengan cara membuat aduan berkenaan pemotongan gaji dan memfailkan tuntutan kes Buruh bagi penamatan yang dilakukan oleh pihak majikan. Pihak kerajaan juga melalui Kementerian Sumber Manusia telah mengeluarkan kenyataan (FAQ) bahawa dalam tempoh PKP dilaksanakan, pihak majikan diwajibkan untuk membuat pembayaran gaji seperti biasa sebagaimana yang telah dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

79

YB TUAN HAJI ROSLELI BIN JAHARI (JOHOR LAMA) SOALAN B58 Mohon baik pulih jambatan dan baik pulih jalan kampung serta pasang papan tanda di jalan masuk simpang Ang Tong. Baik pulih perparitan di Kampung Baru Telok Sengat. Mohon pertimbangan untuk permohonan tanah TOL penduduk Telok Sengat dan permohonan tanah Kampung Sungai Sembilang. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Johor Lama. Menurut Kementerian Luar Bandar bagi permohonan baik pulih jambatan dan jalan kampung di Kampung Ang Tong serta baik pulih perparitan di Kampung Baru Telok Sengat, pegawai Pejabat KPLB Negeri Johor akan mengadakan siasatan bersama Pejabat Daerah Kota Tinggi dalam kadar segera. Kebolehlaksanaan projek adalah tertakluk kepada pematuhan skop Garis Panduan Jalan Perhubungan Desa (JPD) dan Program Ameniti Sosial (PAMS) sebelum dibawa kepada pertimbangan/kelulusan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Pemilihan Projek (JPPP) di ibu pejabat.

Sekiranya tiada sebarang kekangan dalam pematuhan Garis Panduan, pelaksanaan projek dicadangkan bermula awal tahun 2022 menggunakan peruntukan tahun tersebut memandangkan peruntukan pembangunan bagi tahun 2021 telah pun komited dengan projek sedia ada yang telah diluluskan pada tahun ini. Berikutan persoalan yang dibangkitkan oleh YB Johor Lama berkaitan permohonan Tanah TOL dan permohonan tanah kampung. Pihak PTG juga telah memberikan maklum balas secara berkaitan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) Tapak Kediaman Telok Sengat Mukim Johor Lama Kota Tinggi. Lesen Pendudukan Sementara (LPS) ialah satu bentuk pelupusan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) iaitu satu cara di mana Pihak Berkuasa Negeri (PBN) membenarkan tanah tertentu diduduki atau digunakan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 42(1)(c) dan Seksyen 66 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965. Permohonan LPS ini boleh dikemukakan kepada Pejabat Tanah Daerah bagi diproses dan seterusnya diangkat untuk pertimbangan PBN. Sehubungan dengan itu, bagi makluman YB Johor Lama permohonan LPS tapak kediaman ini melibatkan 21 pemohon di kawasan Kampung Hilir Telok Sengat, Kampung Belading Baru dan Kampung Belading. Permohonan ini telah ditolak oleh Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi secara Summary Rejection pada 21.6.2020 kerana terdapat ulasan jabatan teknikal yang tidak menyokong kerana melibatkan kawasan rizab sungai dan menjadi halangan bagi pembangunan akan datang. Rayuan telah diterima oleh Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi pada 22.9.2020 dan laporan telah dikemukakan kepada Pejabat Menteri Besar Johor pada 01.12.2020. YAB Menteri Besar Johor di dalam suratnya bertarikh 20.7.2021 meminta Pejabat Tanah Daerah atau Pegawai Daerah Kota Tinggi mencadangkan penempatan baru bagi permohonan ini.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

80

Bagi permohonan tanah kerajaan untuk tapak kediaman di Kampung Sungai Sembilang Mukim Johor Lama, Kota Tinggi yang melibatkan 89 pemohon telah dibawa bagi pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri dan telah ada keputusan tangguh sebagaimana Ringkasan Mesyuarat Bil.1597/2017 bertarikh 30.08.2017. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi dalam tindakan semakan semula bersama dengan pihak BAKAJ dan agensi yang berkaitan bagi menilai semula kesesuaian permohonan tersebut. Ini disebabkan plot-plot berkenaan berhampiran dengan sungai yang mana pihak BAKAJ menyatakan dalam ulasannya terdapat cadangan pembinaan barrage kedua di Sungai Johor di tapak permohonan yang dikemukakan.

Adalah dilampirkan sepertimana yang tertera sebagai makluman YB Johor Lama untuk dirujuk berkaitan Isu Permohonan Tanah TOL bagi Penduduk Teluk Sengat dan Kampung Sg Sembilang:

BIL ISU PERKARA STATUS

1. PERMOHONAN

TANAH TOL

PENDUDUK

TELUK

SENGAT

No. Fail :

PTDKT.04/03/01/0401/0012/2018-

3259

Pemohon : Sarnah binti Salam

dan 20 orang pemohon

No. Plot / Keluasan / Kawasan :

a) Kampung Hilir, Telok Sengat

1. PTD 1487 keluasan 212 mp

2. PTD 1486 keluasan 229 mp

3. PTD 1485 keluasan 169 mp

4. PTD 1484 keluasan 240 mp

5. PTD 1483 keluasan 305 mp

6. PTD 1482 keluasan 402 mp

7. PTD 1481 keluasan 487 mp

- Permohonan ini telah didaftarkan pada 28.07.2018.

- Setelah diteliti dan diproses, permohonan ini ditolak oleh PTD Kota Tinggi pada 21.06.2020 sebagaimana Bil.(12) PTDKT 04/03/01/0401/0012/2018-3259 melalui “Summarily Reject” berdasarkan para 5.5 iaitu permohonan yang tidak mendapat sokongan daripada Jabatan Teknikal

- Ulasan Jabatan Teknikal yang terlibat adalah sebagaimana berikut:

a) Pejabat Daerah Kota Tinggi PDKT 17/3-1733

bertarikh

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

81

8. PTD 1480 keluasan 321 mp

9. PTD 1479 keluasan 240 mp

10. PTD 1478 keluasan 333 mp

11. PTD 1476 keluasan 366 mp

12. PTD 1475 keluasan 474 mp

13. PTD 1490 keluasan 474 mp

b) Kampung Belading Baru

1) PTD 1470 keluasan 309 mp

2) PTD 1469 keluasan 282 mp

3) PTD 1468 keluasan 234 mp

c) Kampung Belading

1) PTD 1474 keluasan 340 mp

2) PTD 1473 keluasan 393 mp

3) PTD 1472 keluasan 638 mp

4) PTD 1471 keluasan 580 mp

Tujuan : Tapak Kediaman

02.03.2020

- Jabatan ini tidak menyokong kerana kawasan adalah rezab pantai dan menjadi halangan bagi pembangunan akan datang.

b) Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kota Tinggi JPSKT 200/1/19-

10 Jld.11 bertarikh

07.05.2020.

- Jabatan ini tidak menyokong permohonan ini kerana mendapati tanah yang dipohon berada di dalam rezab Sungai Johor.

- Surat rayuan atas penolakan bagi permohonan ini telah

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

82

diterima oleh pentadbiran ini pada 22 September 2020 sebagaimana MBJ 01/01/13 (Jld.46)(47) bertarikh 15 September 2020.

- Maklumat mengenai tanah dan syor PTD berkenaan rayuan ini telah dikemukakan ke Pejabat Y.B Menteri Besar Johor pada 1 Disember 2020 sebagaimana PTDKT 04/03/01/0401/0012/2018-3259.

- Pentadbiran Pej. Tanah Daerah Kota Tinggi telah menerima aduan berkenaan pencerobohan di atas tanah berkenaan iaitu terdapat binaan sebuah rumah yang sedang dibangunkan di kawasan tersebut di mana ianya berstatus tanah kerajaan yang terletak di dalam kawasan lapisan pertama rizab sungai.

- Pentadbiran ini telah menyampaikan notis di bawah seksyen 425, Kanun Tanah Negara 1965 dengan menampalkan sesalinan di atas struktur bangunan tersebut pada 3 Jun 2021.

- Pentadbiran ini juga

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

83

telah mendapatkan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kota Tinggi untuk mengambil tindakan wajar antaranya memasang papan tanda pemakluman bahawa tapak tersebut adalah tapak rizab sungai dan melarang sebarang pembinaan struktur binaan atau aktiviti yang tidak dibenarkan sebagaimana PTDKT 04/03/01/0401/0012/2018-3259 bertarikh 6 Jun 2021.

2. PERMOHONAN

TANAH DI

KAMPUNG

SUNGAI

SEMBILANG

No. Fail :

PTDKT.04/03/01/0201/0001/2010-

20503

Pemohon : Maizan bin Ab. Rahim

dan 89 orang pemohon yang lain

No. Plot : PTD 748 Mukim Johor

Lama Daerah Kota Tinggi

Keluasan : 5.639 Hektar

Tujuan : Tapak Kediaman

- Permohonan telah didaftarkan pada 13.01.2010.

- Tanah ini telah dijadikan tapak rizab awam yang diletakkan di bawah jagaan Setiausaha Kerajaan Johor dan diselenggarakan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi dan pengganti-penggantinya dalam jawatan sebagaimana surat (2) dlm.PTG.III/31/2004 bertarikh 22.07.2004 namun belum diwartakan.

- Surat perakuan permohonan tanah telah dikemukakan ke Pegarah Tanah dan Galian Negeri Johor pada 2 Mei 2017 dan

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

84

telah dikembalikan semula ke pentadbiran ini pada 14 Julai 2019.

- Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor di mesyuaratnya pada 30.08.2017 setelah menimbangkan Ringkasan Mesyuarat Bil.1597/2017 DITANGGUH untuk semakan semula Pengarah Tanah dan Galian Negeri terhadap plot-plot yang berhampiran dengan sungai.

- Majlis BERSETUJU permohonan ini perlulah dirujuk kepada Pengarah Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) untuk diberi ulasan berkaitan.

- Surat kepada pihak BAKAJ telah dikemukakan pada 11 Disember 2017 dan 30 Januari 2018 sebagaimana PTDKT 04/03/01/0201/0001/2010-20503.

- Pentadbiran ini telah menerima suat daripada Pejabat Menteri Besar Johor pada 17 Mac 2019 berhubung rayuan mempertimbangkan semula keputusan permohonan kelulusan tanah di Kampung

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

85

Sungai Sembilang sebagaimana MBJ.01/0/13(Jld 19) (62) bertarikh 11 Mac 2019.

- Surat ulasan dan syor PTD telah dikemukakan ke Pejabat Menteri Besar Johor pada 22 April 2019 sebagaimana PTDKT 04/03/01/0201/0001/2010-20503.

- Pentadbiran ini sekali lagi telah menerima surat daripada Pejabat Menteri Besar Johor pada 10 Disember 2019 berhubung permohonan pelepasan status tapak rezab awam di PTD 748 kepada tapak rumah bagi penduduk tempatan Kampung Sungai Sembilang

- Permohonan tersebut telah dikemukakan ke Pejabat Daerah Kota Tinggi pada 28 Mac 2021.

- Pejabat Daerah Kota Tinggi secara dasarnya “tiada halangan” berkenaan permohonan pembatalan rizab awam di PTD 748 Mukim Johor Lama Daerah Kota Tinggi sebagaimana PDKT.30/3/2-5

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

86

bertarikh 30 Jun 2021 dengan syarat pemohon perlu memenuhi syarat-syarat teknikal dari jabatan-jabatan lain yang berkaitan.

- Pentadbiran ini dalam tindakan untuk mengemukakan perakuan ke PTG Johor.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

87

YB TUAN HAJI ROSLELI BIN JAHARI (JOHOR LAMA) SOALAN B59 Mohon pembinaan TOL di Highway Senai – Desaru untuk EXIT keluar ke Tanjung Buai, Telok Sengat. JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Berdasarkan kepada perjanjian awal konsesi Lebuh raya Senai – Desaru terdapat 5 buah persimpangan bertingkat yang perlu dibina oleh pihak syarikat konsesi iaitu Persimpangan Bertingkat MSSC, Persimpangan Bertingkat Senai, Persimpangan Bertingkat Ulu Tiram, Persimpangan Bertingkat Cahaya Baru dan Persimpangan Bertingkat Pasir Gudang. Manakala persimpangan bertingkat di KM 50.8 hingga KM 52.2 yang menghubungkan Lebuh raya SDE ke Tanjung Buai tidak terdapat di dalam peruntukan perjanjian konsesi dan bukan obligasi pihak syarikat konsesi untuk membina persimpangan di lokasi tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi pembinaan mana-mana persimpangan keluar/masuk (interchange) di Lebuh raya Senai – Desaru di lokasi yang dimaksudkan adalah tertakluk kepada laporan trafik (Traffic Impact Assessment – TIA). Berdasarkan rekod, keperluan persimpangan keluar/masuk di lokasi yang dipohon ia tidak memenuhi kapasiti trafik pada semakan laporan pada tahun 2018. Namun begitu, Senai – Desaru Expressway Berhad (SDEB) sedang melaksanakan kajian TIA bagi pelaporan 2021. Walau bagaimanapun, pihak SDEB dimaklumkan terdapat permohonan pihak ketiga (Pembangunan Tepi Lebuh raya – ePTL) untuk membina dan menyiapkan persimpangan bertingkat (trumpet interchange) di lokasi berkenaan dan dalam proses semakan kelulusan pihak kerajaan persekutuan. Secara amnya, permohonan tersebut masih dalam peringkat design concept.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

88

YB TUAN HAJI ROSLELI BIN JAHARI (JOHOR LAMA) SOALAN B60 Wujudkan talian khas unit kaunseling kelolaan kerajaan negeri bagi membantu elakkan ramai rakyat bunuh diri akibat dari pandemik COVID-19. JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL YPKDT melalui Bajet PRE3.0 Ihsan Johor di bawah Sektor Masyarakat dan Modal Insan telah mewujudkan pelbagai inisiatif bagi Program Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling untuk masyarakat negeri Johor: 1. Mewujudkan perkhidmatan kaunseling atas talian secara percuma bagi melaksanakan perkhidmatan ini selaras dengan perkembangan teknologi terkini agar penyampaian dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tanpa halangan disebabkan pandemik. Perkhidmatan ini akan dipromosi secara meluas ke semua agensi 2. YPKDT melalui Unit Kaunseling & Motivasi menyediakan talian hotline kepada mana-mana individu yang ingin mendapatkan khidmat nasihat atau membuat temu janji kaunseling. Talian ini beroperasi dari jam 8.00 pagi – 10.00 malam. Orang awam boleh menghubungi atau Whatsapp di talian 0162700017. 3. Menganjurkan webinar / bengkel / perkongsian ke arah kesihatan mental dan kaunseling secara percuma yang akan dilaksanakan berkala sama ada secara live ataupun rakaman dengan melibatkan pakar-pakar atau selebriti yang berkaitan 4. YPKDT merangka untuk mewujudkan Klinik Kaunseling yang akan beroperasi 7 hari seminggu dengan waktu operasi dari jam 8.00 pagi – 10.00 malam. Klinik kaunseling di daerah akan diwujudkan di 4 daerah iaitu di Johor Bahru, Pontian, Kluang dan Segamat. Bagi daerah selain 4 daerah ini perkhidmatan kaunseling dijalankan mengikut waktu pejabat (Ahad – Khamis dari jam 8.00 pagi – 5.00 petang) 5. Menyediakan Mobile Team dengan menyediakan van khas yang akan digunakan bagi mempromosi perkhidmatan kaunseling terutama di kawasan luar bandar di samping mempromosi perkhidmatan kaunseling kepada penduduk luar bandar yang mempunyai akses yang terhad dalam mendapatkan perkhidmatan ini secara semuka mahupun atas talian 6. Mewujudkan support group kepada mereka yang berjauhan dengan ahli keluarga seperti pelajar IPTA & IPTS yang terkandas di kampus atau individu yang tidak dapat pulang ke kampung halaman disebabkan pandemik. Bekerjasama dengan pelbagai agensi dan NGO bagi mengenal pasti individu / keluarga yang memerlukan sokongan moral 7. Membangunkan aplikasi perkhidmatan kaunseling yang lebih interaktif dan informatif dalam membuat penilaian kendiri melalui ujian psikologi secara percuma untuk rakyat negeri Johor.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

89

YB TUAN HAJI ROSLELI BIN JAHARI (JOHOR LAMA) SOALAN B61 Seluas 100 ekar ladang di FELDA Gugusan Lok Heng terjejas akibat selalu banjir. Ini berikutan tiada penyelenggaraan anak sungai secara bersistematik meskipun telah banyak aduan dibuat oleh peneroka kepada agensi terbabit. JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman Yang Berhormat, menurut pihak FELDA, seluas 100 hektar kawasan ladang peneroka FELDA Lok Heng Selatan sering terjejas sekiranya berlaku hujan lebat dan telah menyebabkan pengeluaran hasil sawit terganggu sekali gus menjejaskan pendapatan peneroka. Faktor utama dikenal pasti perkara ini berlaku adalah disebabkan kerja-kerja menyelenggara dan mencuci sungai telah lama tidak dijalankan, melibatkan Hulu Sungai Sedili @Sedili Kecil, Hulu Sungai Bahan dan Hulu Sungai Loji. Sungai ini terletak di sempadan ladang FELDA Lok Heng Selatan dan diselia selenggara oleh pihak JPS. Pihak Pengurus dan Peneroka FELDA Lok Heng Selatan telah memaklumkan kepada pihak JPS berkenaan perkara ini. Dalam masa yang sama, peneroka FELDA Lok Heng Selatan juga telah mengambil inisiatif dengan menggunakan kos sendiri untuk mencuci sungai di sebahagian Hulu Sungai Sedili Kecil. Namun disebabkan kuala sungai tersebut telah cetek akibat tidak diselenggara, ianya juga masih menyebabkan banjir di kawasan ladang. Oleh itu, pihak FELDA telah memohon agar kerja-kerja mencuci dan menyelenggara sungai-sungai tersebut dapat dilaksanakan oleh pihak JPS agar isu banjir di ladang peneroka dapat diatasi seterusnya memberikan penghasilan sawit dan pendapatan yang stabil. Untuk makluman Yang Berhormat, rentetan permasalahan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Johor (JPS) telah mengambil inisiatif memohon peruntukan tambahan di bawah peruntukan pembangunan bagi tahun 2021 dan kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM150,000 bagi melaksanakan kerja penyelenggaraan anak Sungai Sedili di Lok Heng bagi mengurangkan risiko banjir di FELDA Gugusan Lok Heng. Sehubungan itu, JPS sedang dalam proses untuk melaksanakan proses perolehan bagi menjalankan kerja tersebut dan kerja ini dijangka siap pada bulan Oktober 2021.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

90

YB TUAN HAJI ROSLELI BIN JAHARI (JOHOR LAMA) SOALAN B62 Mohon bantu golongan belia dan penganggur B40 dalam mendapatkan pekerjaan. Bina kerjasama dengan institusi awam atau swasta bagi mereka naik taraf pendidikan dan kemahiran. Bina kerjasama dengan majikan untuk mengutamakan golongan ini mendapat kerja terutama bagi yang tinggal berdekatan. JAWAPAN YB DATUK MOHD IZHAR BIN AHMAD Pihak kerajaan akan terus menerus melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu golongan belia dan penganggur B40 dalam mendapatkan pekerjaan. Namun ianya bukan perkara mudah untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada setiap rakyat negeri Johor ditambah pula situasi pandemik yang sedang menular. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik kepada rakyat. Justeru itu menyedari hakikat ini, pihak Unit SMI sejak penubuhannya telah melakukan usaha-usaha penawaran pekerjaan dan pemberian latihan kepada semua golongan termasuk belia dan B40. Unit SMI sentiasa menjalinkan kerjasama dengan majikan serta institusi pendidikan awam dan swasta. Di atas kerjasama ini program-program seperti karnival kerjaya dan program-program latihan disusun sepanjang tahun untuk dimanfaatkan. Program Gerak Kerjaya Johor sepatutnya dijalankan secara fizikal pada bulan Jun, namun di atas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) program ini telah ditunda dan akan diadakan pada bulan September 2021 secara atas talian. Program ini mensasarkan penglibatan 70 majikan dengan tawaran lebih dari 1,000 kekosongan. Selain daripada itu, orang ramai juga boleh menyertai sesi perkongsian interaktif yang juga akan dibuat secara atas talian. Antaranya ialah berkaitan tips hala tuju kerjaya, panduan penjagaan kesihatan mental, pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta perbincangan sesi forum. Bagi program latihan, berikut adalah latihan yang ditawarkan kepada rakyat Johor bagi program Johor Up-skilling, Johor Re-skilling dan Pensijilan Tenaga Mahir anjuran Unit Strategik Modal Insan Johor iaitu : - Kursus Professional Mechanical Fitter + Mechanical Joint Integrity, UK - Kursus Ecommerce, Social & Live Commerce - Kursus Accelerating Retail Digital Marketing - Kursus Perniagaan Peruncitan - Kursus Pengurusan Logistik Dan Pergudangan - Kursus Kimpalan - Kursus Profesional Penyelia Keselamatan Tapak Bina - Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Kelayakan bagi menyertai latihan ini ialah rakyat negeri Johor merangkumi peserta yang diberhentikan kerja akibat pandemik COVID-19 dan peserta yang menganggur selama 1 tahun. Promosi bagi Johor Up-skilling dan Johor Re-skilling telah diwar-warkan pada bulan Mac dan latihan dijangka akan bermula bulan Ogos atau September.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

91

Bagi Program Persijilan Tenaga Mahir Melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) telah mendapat sambutan yang menggalakkan bagi membantu pekerja yang berpengalaman dan pekerja yang diberhentikan untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 atau 3 bagi peningkatan kerjaya dan pekerjaan baharu. Taklimat telah dijalankan pada awal bulan Mei hingga Jun dan calon-calon di peringkat membangunkan Portfolio. Program ini adalah kerjasama di antara Unit SMI dan Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. Selain dari usaha yang dilaksanakan oleh Unit SMI, PERKESO juga telah membantu golongan belia dan penganggur B40 mendapatkan peluang pekerjaan melalui Myfuturejobs portal Iaitu Portal Pekerjaan Kebangsaan. Selain itu majikan yang mengambil pekerja baru boleh memohon insentif kerajaan melalui PERKESO di bawah Penjana Kerjaya. Secara tidak langsung ini telah membuka peluang pekerjaan kepada golongan tersebut.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

92

YB TUAN MUHAMAD SAID BIN JONIT (MAHKOTA) SOALAN B63 Adakah kerajaan negeri mempunyai statistik mengikut daerah jumlah perniagaan yang telah gulung tikar disebabkan COVID-19 sejak PKP 1.0 dilaksanakan sehingga kini? JAWAPAN YB DATUK MOHD IZHAR BIN AHMAD Negeri Johor mempunyai seramai 98,190 PKS dari jumlah keseluruhan PKS Malaysia. Johor merupakan negeri ke-3 paling ramai PKS di Malaysia selepas Selangor dan Wilayah kuala Lumpur. Daripada nilai tersebut 70% merupakan usahawan PKS bertaraf mikro iaitu dengan definisi hasil jualan bagi perkhidmatan dan pembuatan sehingga RM300,000.00 setahun dengan bilangan pekerja sekurang-kurangnya 5 orang. Maklumat ini adalah berdasarkan sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia dalam Banci Ekonomi, Economic Census 2016. Walau bagaimanapun melalui laporan yang diterima dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) , sehingga Jun 2021 terdapat 26,651 perniagaan ditutup di dalam Negeri Johor. Manakala bagi syarikat tempatan terdapat 2,119 syarikat ditutup serta 172 syarikat perkongsian liabiliti terhad juga telah ditutup. Perincian statistik mengikut daerah, perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik COVID-19 tidak dapat disediakan kerana data yang diperolehi tidak menumpu ke arah itu malah jumlah yang terjejas secara umum adalah berdasarkan kaji selidik pihak SME Corp kira-kira 170,000 usahawan yang melibatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), mikro dan koperasi seluruh negara terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Pandemik COVID-19.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

93

YB TUAN MUHAMAD SAID BIN JONIT (MAHKOTA) SOALAN B64 Apakah langkah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan atas talian yang telah dilaksanakan untuk agensi kerajaan negeri seperti Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah dan Pejabat Agama bagi mengatasi kelemahan perkhidmatan ketika pandemik COVID-19? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Mahkota, kerajaan negeri sentiasa peka untuk memberikan perhatian dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan. Sebelum berlakunya pandemik COVID-19 ini lagi, kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Sains Teknologi dan ICT telah memperkasa dan memastikan perkhidmatan Kerajaan secara digital dan dalam talian dapat memberikan manfaat yang besar kepada pihak berkepentingan di negeri Johor ini. Tatkala pandemik COVID-19 melanda negara, perkhidmatan kerajaan negeri secara digital telah mencatatkan capaian dan transaksi yang tinggi. Rakyat mula berubah cara daripada manual ke perkhidmatan digital secara dalam talian. Untuk pengetahuan YB Mahkota, terdapat sebanyak 191 perkhidmatan kerajaan telah dilaksanakan secara End to End (E2E). Pengguna tidak perlu hadir langsung ke pejabat-pejabat kerajaan bagi mendapatkan perkhidmatan dan melaksanakan transaksi berkaitan urusan kerajaan. Antara perkhidmatan dalam talian yang tertinggi digunakan secara khusus semasa pandemik ini adalah pembayaran cukai tanah secara dalam talian melalui portal bayaran Johor Online Payment. Kadar terimaan hasil melalui platform pembayaran ini pada Tahun 2019 (sehingga 31 Disember 2019) mencatatkan jumlah terimaan sebanyak RM 25.2 Juta. Pada Tahun 2020 (sehingga 31 Disember 2020) mencatatkan kenaikan drastik terimaan sebanyak RM 71.9 juta. Jelas sekali, pandemik COVID-19 telah menunjukkan trend yang amat ketara dengan hasil melalui Portal Johor Online Payment dan terimaan hasil terus menunjukkan peningkatan ketara di mana sehingga tempoh 31 Julai 2021, terimaan melalui Portal Johor Online Payment meningkat kepada RM 87.6 Juta. Kerajaan negeri Johor melalui Bahagian Sains, Teknologi dan ICT Johor juga sedang dalam peringkat pembangunan beberapa sistem dengan menyediakan kemudahan perkhidmatan dalam talian bagi meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan agensi-agensi kerajaan negeri. Antara perkhidmatan yang sedang dan telah dibangunkan dan akan diguna pakai pada tahun ini adalah sebagaimana berikut : 1. Platform baru pembayaran dalam talian bagi menyokong lebih banyak perkhidmatan-perkhidmatan agensi kerajaan negeri secara dalam talian termasuk pelaksanaan perkhidmatan tanpa tunai.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

94

2. Sistem-sistem bagi meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan agensi kerajaan negeri antaranya:

Sistem Pemantauan Projek Negeri Johor

Sistem Dewan Undangan Negeri Johor

Sistem Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (membantu permohonan pejuang-pejuang kanser mendapat bantuan secara dalam talian)

Sistem eSPAJ

Sistem Royal Abu Bakar Museum

Sistem eVeterinar dan;

Johor Pendidikan Islam Digital Johor. 3. Pembangunan Virtual Office bagi perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan Negeri Johor, yang mana pelaksanaan konsep Virtual Office ini akan dapat membantu penjawat awam melaksanakan kerja-kerja daripada rumah tanpa menjejaskan urusan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Tambahan lagi, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Sains, Teknologi dan ICT Negeri Johor sedang dalam perancangan untuk membangunkan sistem-sistem dan aplikasi mudah alih yang akan menawarkan perkhidmatan dalam talian bagi mengelakkan berlakunya ketirisan hasil dan meningkatkan perkhidmatan End to End (E2E) kepada rakyat antaranya:

Sistem Kuarters

Sistem Pelelong

Sistem Perhutanan Negeri Johor

Sistem Perolehan

Sistem Hasil JAINJ dan;

Sistem Strategik Modal Insan Johor Selaras dengan itu, bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan agensi-agensi kerajaan negeri Johor, Bahagian Sains, Teknologi dan ICT Johor juga akan bekerjasama dengan MAMPU bagi mengguna pakai sistem-sistem yang menyediakan perkhidmatan dalam talian yang telah dibangunkan di peringkat persekutuan dan boleh diguna pakai di peringkat negeri contohnya Sistem MyMesyuarat. Bagi memastikan keperluan rakyat dalam menyelesaikan urusan serta mendapatkan perkhidmatan kerajaan secara dalam talian tanpa perlu hadir ke pejabat kerajaan, Key Performance Indicator (KPI) bagi perkhidmatan secara E2E bagi kerajaan negeri Johor menyasarkan pertambahan sebanyak 5% bagi perkhidmatan kerajaan negeri dapat dibuat tanpa perlu hadir ke pejabat-pejabat kerajaan. Bahagian Sains Teknologi dan ICT juga menyediakan infrastruktur rangkaian, pusat data dan telekomunikasi bersepadu kepada semua agensi kerajaan negeri termasuk Pejabat Daerah, Pejabat Tanah dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor bagi memastikan perkhidmatan kerajaan sentiasa dapat di sampaikan dengan berkesan. Kesemua perkhidmatan ini disediakan 24 jam sehari 365 hari setahun bagi memastikan kesemua perkhidmatan atas talian kerajaan dapat dicapai dan digunakan oleh semua rakyat melalui talian Internet masing-masing.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

95

Kerajaan juga telah merancang dan akan melaksanakan naik taraf bagi Infrastruktur rangkaian di semua agensi kerajaan negeri akan dilaksanakan bermula 1 Oktober 2021. Kenaikan kapasiti talian di antara 50% sehingga 150% di lebih 70% jabatan kerajaan ini sekali gus akan menyokong inisiatif kerajaan digital yang telah diumumkan. Untuk makluman kepada YB Mahkota, pelaksanaan Johor Wifi 2.0 juga akan menjadi pemangkin serta menggalakkan akses rakyat kepada perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh kerajaan. Secara keseluruhannya, negeri Johor akan membangunkan peranan teknologi terkini dalam konteks digitalisasi bagi pelaksanaan pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan kerajaan. Ianya akan melibatkan semua agensi di peringkat daerah mahupun negeri. Pelaksanaan secara menyeluruh ini bakal menjadikan negeri Johor akan menjadi peneraju dalam ekonomi digital di masa akan datang.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

96

YB TUAN MUHAMAD SAID BIN JONIT (MAHKOTA) SOALAN B65 Apakah kaedah yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk memantau KPI perkhidmatan awam yang bekerja dari rumah (Work From Home)? JAWAPAN YB DATUK MOHD IZHAR BIN AHMAD Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyampaikan perutusan khas mengenai COVID-19 pada 16 Mac 2020 yang lalu. Antara inti pati perutusan khas tersebut adalah berkenaan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bermula pada 18 Mac 2020. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Melalui perutusan khas tersebut juga turut diumumkan penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara iaitu essential services. Pelbagai usaha telah dilaksanakan di peringkat kerajaan dan peringatan budaya norma baharu dalam masyarakat, namun begitu jumlah kes harian yang dicatatkan di negara Malaysia tidak menunjukkan penurunan dan berada dalam keadaan yang amat membimbangkan. Justeru itu, Majlis Keselamatan Negara selaku agensi yang menyelaras dasar berkaitan keselamatan Negara telah mengeluarkan Standard Operating Procedure (SOP) bagi aktiviti melibatkan Perkhidmatan Awam iaitu tertakluk kepada arahan Ketua Setiausaha Negara dari semasa ke semasa. Terkini, penetapan peratusan kehadiran ke pejabat oleh penjawat awam adalah berdasarkan penetapan Fasa dalam Pelan Pemulihan Negara. Selaras dengan penetapan pengoperasian pejabat kerajaan, sebagaimana pada waktu ini negeri Johor masih dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara, maka kehadiran pegawai dan anggota jabatan adalah tidak melebihi 40% pada satu-satu masa. Oleh itu, sebanyak 60% pegawai dan anggota jabatan adalah diarahkan Bertugas Dari Rumah. Jadual penggiliran kehadiran ke pejabat disediakan oleh Jabatan dan menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk memastikan arahan yang berkuat kuasa dipatuhi dengan sebaiknya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Ketua Jabatan adalah diberi tanggungjawab untuk menyelia dan memantau keberkesanan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator - KPI) pegawai yang melaksanakan tugasan secara Bekerja Dari Rumah di bawah kawalannya. Justeru itu, setiap Ketua Jabatan telah diberi tanggungjawab memantau prestasi dan pelaksanaan tugas yang diamanahkan untuk Bekerja Dari Rumah. Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah hendaklah dipastikan tidak menjejaskan atau menyebabkan penyusutan kualiti penyampaian perkhidmatan dan prestasi kerja pegawai memandangkan penjawat awam masih terikat dengan peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan setara dengannya. Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah adalah berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 - Dasar Bekerja Dari Rumah, yang jelas memperincikan aspek-aspek yang perlu dipatuhi termasuk tidak boleh melaksanakan urusan peribadi dalam waktu bekerja. Sebarang pelanggaran salah laku dalam pematuhan kepada BDR, akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah P.U.(A) 395 - Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Kerajaan telah bersetuju untuk mewujudkan dasar Bekerja Dari Rumah sebagai alternatif cara bekerja baharu dalam perkhidmatan awam sebagai usaha

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

97

berterusan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam dan keperluan mengimbangi keperluan tugas dan kesejahteraan pegawai. Seperti yang kita sedia maklum, pandemik COVID-19 ini juga telah menyebabkan beberapa sektor lain turut terjejas seperti penutupan taska, pusat asuhan kanak-kanak dan tadika serta penutupan sekolah. Terdapat juga permohonan daripada pegawai untuk Bekerja Dari Rumah memandangkan terdapat keperluan untuk menjaga anak yang berusia 12 tahun dan ke bawah dan menguruskan persekolahan anak secara dalam talian. Sehubungan dengan itu, pegawai perlu mendapatkan arahan atau kebenaran Ketua Jabatan berdasarkan keperluan pegawai tersebut untuk Bekerja Dari Rumah. Dalam konteks penyampaian perkhidmatan penjawat awam semasa tempoh Bekerja Dari Rumah, penjawat awam hendaklah sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dan sentiasa berada di rumah sebagai tempat bekerja dalam tempoh waktu bekerja yang ditetapkan. Pegawai juga hendaklah sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh, hari dan waktu bekerja dan bersedia untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dalam tempoh yang munasabah. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memberi arahan atau kebenaran secara bertulis kepada pegawai di bawah seliaannya untuk Bekerja Dari Rumah. Dengan adanya kemudahan teknologi komunikasi digital dan ekosistem infrastruktur yang selamat, tugasan penjawat awam masih dapat dilakukan dan diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan. Walaupun pegawai dibenarkan Bekerja Dari Rumah, Ketua Jabatan perlu memastikan pegawai mencapai Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator - KPI) dan Sasaran Kerja Tahunan yang ditetapkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2011 - Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Di Bawah Saraan Baru Perkhidmatan Awam. Pengukuran KPI yang digunakan adalah berasaskan kepada pencapaian pegawai yang dinilai sejajar dengan perancangan KPI Jabatan atau organisasi.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

98

YB TUAN MUHAMAD SAID BIN JONIT (MAHKOTA) SOALAN B66 Gelaran ustaz sering kali disalah guna oleh golongan penunggang agama, bomoh atau diberikan oleh masyarakat tanpa melihat kualiti ilmu agama seseorang. Adakah kerajaan boleh mengeluarkan pekeliling untuk memastikan gelaran ini terpelihara dengan menjelaskan kriteria ustaz yang benar sebagai panduan. JAWAPAN YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI Gelaran ustaz sering kali menjadi perbahasan dalam kalangan masyarakat tentang siapakah yang layak untuk dipanggil sebagai ustaz. Ada juga yang digelar ustaz tetapi terlibat dengan beberapa skandal di media massa dan tidak lupa juga beberapa kes jenayah hingga didakwa di mahkamah dan dipenjarakan. Di dalam sejarah para ulama, penggunaan kalimah al-Ustaz adalah gelaran khusus kepada seseorang ulama di dalam beberapa mazhab tertentu dan mempunyai asas bahasa Arab. Gelaran ustaz di Malaysia dan Nusantara bermaksud guru agama. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), ustaz mempunyai dua maksud. Pertama ialah guru agama (lelaki) dan kedua ialah tuan. Tentang adat panggilan ustaz masyarakat perlu mengetahui siapakah yang selayaknya dipanggil ustaz supaya tidak silap dalam membuat penilaian dan bertanya kepada yang ahlinya. Masyarakat perlu faham bila mana seseorang itu dipanggil ustaz bukanlah bermaksud dia mengetahui seluruh hal agama Islam, bahkan ada yang menganggap seolah-olah mereka maksum. Setakat ini Jabatan Agama Islam Negeri Johor belum ada pekeliling berkaitan gelaran ustaz untuk makluman kepada masyarakat. Namun, mana-mana individu yang ingin memberi ceramah atau syarahan agama Islam di mana-mana tempat hendaklah membuat permohonan tauliah dan kebenaran dari Majlis Agama Islam Negeri Johor melalui Pejabat Kadi Daerah-Daerah.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

99

YB TUAN MUHAMAD SAID BIN JONIT (MAHKOTA) SOALAN B67 Mohon penjelasan mengapa para guru tidak dikira sebagai frontliners sedangkan mereka perlu bertugas secara PDPR dan dimaklumkan mereka tidak dibenarkan menghantar anak ke pusat asuhan. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Setakat ini, Jabatan Pendidikan Negeri Johor tiada maklumat rasmi berkaitan status guru dikategorikan sebagai frontliner (barisan hadapan) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Walau bagaimanapun, guru juga merupakan kumpulan ‘essential service’ di mana perlu diberi keutamaan dalam pemberian vaksin untuk melaksanakan tugas. Jabatan Pendidikan Negeri Johor memohon cadangan kepada MKN agar kumpulan guru dimasukkan dalam frontliner bagi kemudahan menghantar anak ke pusat asuhan/tadika.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

100

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN B68 Berapakah jumlah bakul makanan dari Gobok Rakyat Johor,Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Daerah, dan Majlis Daerah Yong Peng yang telah diagihkan di DUN Yong Peng pada tahun 2020 dan 2021? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Yong Peng. Pelbagai inisiatif telah disediakan oleh semua agensi dan jabatan dibawah kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri Johor. Justeru itu, Lampiran 1 di bawah merupakan senarai jumlah bakul makanan yang telah disalurkan daripada pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri yang dijalankan oleh Pejabat Daerah Batu Pahat, Majlis Agama Islam Johor (MAINJ), Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Lampiran 1

TAHUN SUMBER

JUMLAH PENERIMA (ORANG)

2020

Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB)

Program Kotak Bantuan Makanan Kerajaan Negeri 395

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)

Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan 1,230

Gerobok Rezeki Pejabat Daerah Batu Pahat 35

Bakul NADMA Jabatan Kebajikan Masyarakat 25

JUMLAH 1,685

2021

Gerobok Prihatin Pejabat Daerah Batu Pahat 33

Program Gobok Rakyat Johor 917

Bakul Permai Jabatan Kebajikan Masyarakat 692

JUMLAH 1,642

Tambahan lagi, terdapat juga beberapa inisiatif bakul makanan yang disediakan oleh Majlis Daerah Yong Peng seperti Lampiran 2 di bawah:

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

101

Lampiran 2

TAHUN

PROGRAM JUMLAH KESELURUHAN

2021

i. Program Bakul Limau MDYP

(Sumbangan Perayaan Tahun Baru Cina)

ii. Program Bakul Sinar Ramadhan

iii. Program Sumbangan Kasih (Sumbangan

Covid-19)

iv. Program Cahaya Deepavali MDYP

200 Penerima

102

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN B69 Senaraikan semua projek Majlis Daerah Yong Peng yang telah siap, sedang berjalan dan yang bakal dilaksanakan bermula dari tahun Januari 2020 sehingga Disember 2021 mengikut maklumat kontraktor, kos projek, tarikh mula dan tarikh siap. JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) telah membelanjakan sejumlah peruntukan seperti berikut bagi Tahun 2020 dan sehingga Jun 2021:

1. Peruntukan MPM : RM1,276,000.00 (10 Kerja)

2. Peruntukan Negeri / Persekutuan :

2.1 : MARRIS - RM 8,265,000.00 (46 Kerja) 2.2 : KPKT - RM 2,700,000.00 (12 Kerja) 2.3 : NEGERI - RM 900,000.00 (3 Kerja)

Sebanyak 71 projek dengan peruntukan sebanyak RM13,141,000.00 telah ditadbir urus oleh Majlis Daerah Yong Peng.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

103

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN B70 Apakah penyelesaian dan tindakan yang diambil oleh Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) berkenaan masalah banjir yang berlaku di sekitar Yong Peng terutamanya pada setiap hujung tahun? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) mengambil tindakan seperti membersihkan longkang-longkang di kawasan tempat berlakunya kekerapan banjir. Selain itu juga, MDYP juga menaik taraf longkang kecil kepada longkang besar bagi menampung jumlah air yang banyak ketika hujan lebat. Pihak MDYP juga telah menubuhkan Unit Tindakan Khas (UTK) Banjir bagi membantu komuniti apabila banjir berlaku. Selain itu, pihak MDYP melaksanakan kerja-kerja naik taraf perparitan di kawasan yang telah dikenal pasti berdasarkan peruntukan yang dibawa dari pelbagai agensi.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

104

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN B71 Apakah jalan penyelesaian dan tindakan yang telah diambil terhadap masalah hakisan tanah penduduk di Taman Damai Jaya? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pihak pentadbiran Majlis Daerah Yong Peng telah berbincang bersama penduduk, pihak pemaju dan lain-lain agensi seperti Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) serta Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat bagi menyelesaikan isu ini. Sebagai langkah awal, pihak pemaju telah diarahkan untuk menaik taraf outlet di kolam tadahan manakala pihak JPS telah melaksanakan kerja pembersihan kolam tadahan. Pihak Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) juga merancang untuk menambah baik sistem perparitan di kawasan terjejas namun memerlukan kerjasama dari pihak penduduk supaya projek tersebut dapat dilaksanakan dan masalah hakisan serta banjir kilat dapat diatasi.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

105

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN B72 Apakah status terkini projek naik taraf Empangan Bekok? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Yong Peng, projek menaik taraf Empangan Bekok, Batu Pahat merupakan salah satu projek yang sedang dilaksanakan bersama antara di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor. Projek penaiktarafan ini merupakan usaha bagi menambah isi padu takungan Empangan Bekok dari 32 juta meter padu kepada 70 juta meter padu dengan menaikkan aras empangan utama. Untuk makluman YB, prestasi bagi kemajuan kerja projek tersebut sehingga 31 Julai 2021 ialah 81.0% (Sebenar) berbanding 81.0% (Jadual). Selaras dengan itu, projek ini dijangka siap pada 19 Februari 2022. Proses kerja telah dijalankan mengikut ketetapan yang di jadual. Sebagai tambahan, baki kerja yang masih dalam pelaksanaan ialah seperti berikut:

i. pembinaan jalan masuk baharu; ii. pembinaan wave wall; iii. pembinaan second auxiliary spillway; iv. menaik taraf existing primary spillway crest; v. kerja penyambungan paip air baharu; vi. menaik taraf radial gate serta kerja mekanikal dan elektrikal.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

106

YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD (KOTA ISKANDAR) SOALAN B73 Kampung Pendas Baru adalah kawasan paling hujung di Mukim Tanjung Kupang, Gelang Patah. Liputan rangkaian Internet sangat daif. Wifi Komuniti yang ada tidak berfungsi dengan baik. 100 pelajar di sini menghadapi kesukaran mengikuti PDPR. Apakah tindakan kerajaan untuk atasi isu ini? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ambil maklum akan ketiadaan liputan di Kg. Pendas Baru dan telah pun memasukkan kawasan ini di dalam perancangan pembangunan infrastruktur komunikasi digital di bawah pelan tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang sedang berlangsung pada ketika ini sehingga 2025. Namun demikian, di mana perlu, pihak SKMM sentiasa berusaha untuk memberi keutamaan pelaksanaannya dari tempoh sasaran asal yang telah ditetapkan. Usaha giat sentiasa dan sedang dilakukan untuk menangani isu liputan telekomunikasi di seluruh negara yang pada waktu ini menjadi agenda utama SKMM. Untuk makluman, pihak SKMM tidak lagi menjalankan program Wifi Komuniti (WK) di mana program tersebut adalah bersifat sementara/ jangka pendek bagi mendedahkan masyarakat terhadap perkhidmatan jalur lebar di kawasan yang tiada liputan komunikasi yang sempurna. Kini, fokus pihak SKMM adalah kepada pembangunan infrastruktur komunikasi yang sempurna bagi meluaskan lagi liputan jalur lebar 4G serta liputan jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi gentian optik. Selain itu, pihak SKMM juga tidak pernah membangunkan Wifi Komuniti di Kampung. Pendas Baru. Perkidmatan wifi sedia ada di Kampung. Pendas Baru merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor di bawah program Wifi Johor.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

107

YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD (KOTA ISKANDAR) SOALAN B74 Apakah kerajaan Johor masih memegang kepentingan dalam Syarikat Iskandar Waterfront Holdings (IWH) melalui KPRJ dan apakah jangkaan pulangan dan liabiliti kepada kerajaan Johor daripada penglibatan IWH dalam projek pembangunan Bandar Malaysia? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Kota Iskandar, sehingga kini kerajaan negeri masih lagi memegang kepentingan dalam Syarikat Iskandar Waterfront Holdings Sdn. Bhd. (IWH) melalui KPRJ dengan peratusan pegangan saham 36.87% di dalam IWH. Melalui Perjanjian bagi pembelian 60% saham Bandar Malaysia Sdn. Bhd. (“BMSB”) antara IWH CREC Sdn. Bhd. (“ICSB”) dan TRY City Sdn. Bhd. (“TRX”) iaitu (“RASSA”), KPRJ akan mempunyai pegangan secara tidak langsung sebanyak 13.27%. Walau bagaimanapun, pada 14 Julai 2021, Perjanjian RASSA pembelian 60% saham BMSB telah terbatal berikutan kedua-dua pihak tidak dapat memenuhi “Conditions Precedent” dalam tempoh yang ditetapkan. Oleh yang demikian, kerajaan negeri Johor melalui IWH tidak lagi mempunyai apa-apa kepentingan di dalam Projek Bandar Malaysia.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

108

YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD (KOTA ISKANDAR) SOALAN B75 Berapa banyak kah bilangan syarikat PKS di Johor yang telah ditutup operasinya dan bilangan pekerja yang terjejas sehingga ke hari ini serta apakah langkah-langkah yang telah diambil kerajaan bagi mengatasi isu ini daripada terus parah? JAWAPAN YB DATUK MOHD IZHAR BIN AHMAD Negeri Johor mempunyai seramai 98,190 PKS dari jumlah keseluruhan PKS Malaysia. Johor merupakan negeri ke-3 paling ramai PKS di Malaysia selepas Selangor dan Wilayah kuala Lumpur. Daripada nilai tersebut 70% merupakan usahawan PKS bertaraf mikro iaitu dengan definisi hasil jualan bagi perkhidmatan dan pembuatan sehingga RM300,000 setahun dengan bilangan pekerja sekurang-kurangnya 5 orang. Maklumat ini adalah berdasarkan sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia dalam Banci Ekonomi, Economic Census 2016. Walau bagaimanapun, melalui laporan yang diterima dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sehingga Jun 2021 terdapat 26,651 perniagaan ditutup di dalam negeri Johor. Manakala bagi syarikat tempatan terdapat 2,119 syarikat ditutup serta 172 syarikat perkongsian liabiliti terhad juga telah ditutup. Merujuk kepada Statistik Pemberhentian, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor bagi tahun 2020 dan 2021 sehingga Julai, jumlah pekerja yang terlibat adalah seramai 8,257 pekerja bagi tahun 2020 dan seramai 3,243 jumlah pekerja yang terlibat bagi tahun 2021 sehingga Julai 2021. Pelbagai inisiatif mahupun insentif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Johor bagi menangani pelbagai krisis yang timbul susulan penularan Pandemik COVID-19. Pada 25 Mac 2021 yang lalu, YAB Menteri Besar Johor telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor dengan peruntukan sejumlah RM150 juta dan seterusnya, pada 10 Jun 2021, YAB Menteri Besar Johor juga telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0 yang menawarkan bantuan pemberian insentif secara sekali beri (one-off) kepada rakyat Johor. Antara insentif yang terbabit adalah Bantuan One-Off RM500.00 kepada golongan yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan yang melibatkan peruntukkan sebanyak RM5,000,000 dan akan memanfaatkan hampir 10,000 pekerja yang terkesan. Berdasarkan data di negeri Johor oleh Perkeso bermula Januari 2021 sehingga kini, seramai 3,583 orang telah diberhentikan akibat kesan pandemik. Dengan itu melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0, individu-individu ini akan diberi bantuan tunai secara One-Off sebanyak RM500.00 bagi menampung perbelanjaan semasa dalam usaha mencari pekerjaan yang baharu. Inisiatif ini juga akan diteruskan sehingga 31 Disember 2021. Selain itu, Unit SMI juga turut menawarkan inisiatif kepada pencari kerja yang terlibat dalam sektor industri yang terjejas untuk mendapatkan peluang pekerjaan di sektor lain menerusi Program Gerak Kerjaya Johor yang akan diadakan pada bulan September 2021 ini. Program ini akan di jalankan secara atas talian dengan mensasarkan penglibatan 70 majikan dengan tawaran lebih dari 1,000 kekosongan.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

109

Pada masa yang sama, menerusi platform media sosial Unit SMI juga giat memperhebahkan jawatan-jawatan kosong dari pelbagai sektor. Sepanjang Januari – Julai 2021, sebanyak 1,101 jawatan kosong telah diiklankan dan dihebahkan. Antara majikan yang terlibat adalah seperti dari sektor peruncitan iaitu 99 Speedmart, sektor perladangan iaitu Kulim (Malaysia) Sdn Bhd, KLK Berhad dan banyak lagi. Hebahan serta informasi mengenai jawatan kosong di negeri Johor juga dapat dicapai menerusi laman sesawang MyFutureJobs yang dibangunkan oleh PERKESO. Berdasarkan laporan EIS Centre oleh PERKESO, sejumlah 17,246 jawatan kosong yang ditawarkan dari Januari sehingga Julai 2021.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

110

YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD (KOTA ISKANDAR) SOALAN B76 Berapakah jumlah hutang dan liabiliti terkini kerajaan negeri Johor serta syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) iaitu JCorp, KPRJ, PIJH dan YPJH? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk pengetahuan YB Kota Iskandar, hutang kerajaan negeri (hutang awam) kepada Kerajaan Persekutuan keseluruhannya adalah berjumlah RM216,585,665.23. Walau bagaimanapun, terdapat dua pinjaman iaitu pinjaman bagi projek Perbadanan Johor (JCorp) yang berjumlah RM13,860,873.04 dan pinjaman Projek Bekalan Air berjumlah RM145,124,792.19 merupakan pinjaman ‘back-to-back’ antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan. Untuk makluman, pinjaman tersebut akan dijelaskan oleh GLC melalui kerajaan negeri. Baki Pinjaman Kerajaan Negeri yang sebenarnya adalah berjumlah RM57,600,000.00. Manakala hutang GLC iaitu JCorp, KPRJ, PIJH dan YPJH kepada kerajaan negeri sebagaimana yang diajukan oleh YB Kota Iskandar adalah berjumlah sebanyak RM77,005,877.32. Pinjaman-pinjaman tersebut adalah sebagaimana berikut :

BIL PEMINJAM (GLC) JUMLAH (RM)

1 Perbadanan Johor (JCorp) 15,005,877.32

2 KPRJ -

3 PIJH 52,000,000.00

4 YPJH 10,000,000.00

JUMLAH 77,005,877.32

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

111

YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD (KOTA ISKANDAR) SOALAN B77 Apakah status terkini projek-projek perumahan yang komponennya 100% adalah Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) yang telah diluluskan oleh MMK sebelum ini untuk dilaksanakan oleh KPRJ di atas tanah milik kerajaan negeri? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Projek Pembinaan Rumah Mampu Biaya Johor di atas tanah milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SS) Melalui Kerjasama Syarikat Dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) adalah projek pembangunan di bawah Rancangan Johor Lima Tahun (RJ5T) dengan peruntukan pembangunan negeri berjumlah RM310.0 juta. Semakan dan penelitian semula ke atas cadangan projek ini perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan projek ini telus dan berdaya maju, selain dapat memberi manfaat kepada rakyat Johor amnya. Kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor Bertarikh 11.12.2019 telah ANTARANYA BERSETUJU:-

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan dilantik sebagai Penguasa bagi cadangan pembinaan Rumah Mampu Biaya Johor di atas tanah-tanah milik SSI oleh syarikat GLC Johor.; dan

Melantik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan anak syarikat atau nomininya sebagai pemaju bagi membangunkan tanah-tanah sebagaimana di Jadual 5

Jadual 5: Projek Pembinaan Rumah Mampu Biaya Johor di atas tanah milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI) Oleh KPRJ

Tapak Pembangunan/ No. Tanah / Mukim

Komponen RMBJ Yang Dibangunkan

Isu / Status

PTB 1583, Bandar Kulai, Daerah Kulai seluas 15.79 ekar.

RMB Jenis C – 64 unit RMB Jenis D – 124 unit

Sebahagian tapak terlibat dengan semakan semula jajaran (alignment) Projek Rel Berkembar Gemas Johor Bahru. Namun demikian, KPRJ memaklumkan bahawa projek boleh dilaksanakan.

PTD 213093, Kampung Hajjah Hasnah, Daerah Johor Bahru seluas 8 ekar.

RMB Jenis C – 320 unit

Terdapat isu setinggan Kampung Hajjah Hasnah yang belum dipindahkan.

Lot 32210, Yong Peng, Daerah Batu Pahat seluas 33.11 ekar.

RMB Jenis C – 192 unit RMB Jenis D – 68 unit

Penjajaran semula keluasan tapak bagi penyediaan tapak ganti Stadium Yong Peng.

Lot 2065 2064, dan 2061, Niyor, Daerah Kluang seluas 13.40 ekar.

RMBJ C – 158 Unit Dalam tindakan perolehan

PTD 25509, Sagil, Daerah Tangkak seluas 8.65 ekar.

RMBJ B – 73 unit RMBJ C – 80 unit

Dalam tindakan perolehan

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

112

YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE (BUKIT BATU) SOALAN B78 Sila nyatakan perkembangan terbaru jangkitan virus COVID Varian Delta di Johor dan langkah yang bakal diambil oleh kerajaan untuk menanganinya? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Sehingga 28 Julai 2021, bilangan kes Delta yang dilaporkan di negeri Johor adalah sebanyak 9 kes iaitu 1 kes di Batu Pahat (Import A), 5 kes di Tangkak, 1 Muar dan 2 kes di Segamat.

Daerah Bilangan Kes

Kluster / Saringan

Batu Pahat 1 Saringan Pintu Masuk Antarabangsa Kes Import A (tamat 2/5/2021)

Tangkak 5

Kluster - Jarum Laut (tamat 5/7/2021)

Kluster - Serom Lima (tamat 6/7/2021)

Kluster - Jalan Bidara (tamat 2/8/2021)

Kluster - Jalan Bidara (tamat 2/8/2021)

Saringan Bergejala (tmat 20/6/2021)

Muar 1 Saringan Bergejala (tamat 8/6/2021)

Segamat 2 Kluster - Kenawar 69 (tamat 6/8/2021)

Kluster - Kenawar 69 (tamat 6/8/2021)

Pejabat Kesihatan Daerah akan menjalankan penilaian risiko terhadap kes-kes yang dilaporkan dan akan melanjutkan tempoh kuarantin kepada 21 hari sekiranya perlu.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

113

YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE (BUKIT BATU) SOALAN B79 Apakah bantuan yang telah diberi kepada khususnya nelayan-nelayan yang menjadi mangsa kepada ribut di Tanjung Sedili pada bulan Julai tahun ini? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 1 Ogos 2021, bilangan rumah nelayan terkesan akibat kejadian tersebut adalah sebanyak 56 buah rumah yang telah mengalami kerosakan di bahagian bumbung dan kerosakan peralatan rumah. Manakala bilangan kerosakan vesel nelayan yang dilaporkan adalah sebanyak 23 buah vesel iaitu terdapat vesel yang ditenggelami air yang mengakibatkan kerosakan pada enjin serta terdapat vesel yang mengalami kerosakan pada struktur vesel kesan dihimpit oleh vesel yang lain akibat angin kencang. Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sedili telah mengumpul segala maklumat serta dokumen yang berkaitan dari nelayan yang terlibat dengan bencana. Maklumat serta dokumen tersebut akan disalurkan dalam bentuk permohonan bantuan bencana alam ke LKIM Negeri Johor untuk pertimbangan bantuan di bawah Tabung Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan yang merangkumi skop kerosakan rumah dan peralatan rumah serta kerosakan vesel berikutan bencana alam yang melanda. Nelayan yang layak menerima bantuan dan sumbangan dari Tabung Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan ini adalah: i) Nelayan yang telah menjadi ahli Persatuan Nelayan Kawasan dalam mana-mana

kategori 11(1)a, 11(1)b dan 11(1)c, ATAU ii) Nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Perikanan

Sabah dan mempunyai Kad Pendaftaran Nelayan. Bantuan dari Tabung Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan dalam bentuk kewangan yang akan diberikan adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan seperti mana berikut ;-

LKIM Negeri Johor akan mempertimbangkan dengan sewajarnya kadar bantuan kewangan yang boleh diberi bagi kerosakan-kerosakan yang dikemukakan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan dengan had kadar maksimum untuk meringankan beban nelayan yang terkesan akibat ribut yang berlaku.

Bil Jenis Kadar Bantuan Maksimum

1. Vesel Zon A RM 10,000.00

2. Pukat Dan Lain-Lain Peralatan Menangkap Ikan

RM 3,000.00

3. Rumah RM 10,000.00

4. Lain-Lain Peralatan Rumah RM 1,000.00

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

114

YB TUAN MD. YSAHRUDDIN BIN KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN B80 Mohon penjelasan dengan jelasnya berapakah peruntukan kewangan yang diberikan kepada Penyelaras-penyelaras Khas DUN yang dilantik oleh kerajaan PN mengikut kategori? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk pengetahuan YB Bukit Naning, peruntukan kewangan yang diberikan kepada setiap Penyelaras-Penyelaras Khas DUN bagi tahun 2021 ialah sebanyak RM100,000.00. Peruntukan dibahagikan kepada tiga skop/faktor kegunaan iaitu:

RM50,000.00 untuk Skop Pentadbiran

RM30,000.00 untuk Skop Aktiviti

RM20,000.00 untuk Skop Pemberian Terus Sebagai tambahan, kesemua perbelanjaan adalah di bawah kawalan Pejabat Daerah sebagai Pegawai Pengawal yang tertakluk kepada Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Jawatankuasa Penyelarasan Khas DUN (JPKD) – yang dikeluarkan oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

115

YB TUAN MD. YSAHRUDDIN BIN KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN B81 Senaraikan maklumat lengkap projek-projek yang telah dijalankan oleh Majlis Perbandaran Muar pada Januari 2020 sehingga Disember 2020 mengikut nama projek, nama kontraktor, kos, tarikh mula dan tarikh siap projek. JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Majlis Perbandaran Muar telah membelanjakan sejumlah peruntukan seperti berikut :

1. Peruntukan MPM : RM8,821,848.85 (62 Kerja)

2. Peruntukan Negeri / Persekutuan : 2.1 : MARRIS – RM29,878,680.50 (117 Kerja) 2.2 : KPKT – RM2,644,719.00 (12 Kerja)

Sebanyak 191 projek dengan peruntukan sebanyak RM41,345,248.45 telah ditadbir urus oleh Majlis Perbandaran Muar.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

116

YB TUAN MD. YSAHRUDDIN BIN KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN B82 Berapakah kadar peningkatan kes bunuh diri di negeri Johor sejak PKP dilaksanakan sehingga Fasa Pertama PPN ( Pelan Pemulihan Negara ) serta langkah-langkah pencegahan supaya ianya tidak menjadi suatu yang membimbangkan masyarakat? JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor sentiasa bersedia dalam membantu masyarakat yang mempunyai isu-isu berkaitan psikologi dan kaunseling terutama kes yang melibatkan masalah kesihatan mental atau tekanan sepanjang tempoh PKP Pandemik COVID- 19. Justeru, sebagai agensi yang berperanan membantu rakyat dalam isu kesihatan mental ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Bahagian Psikologi dan Kaunseling sentiasa memberi perkhidmatan kepada masyarakat dari segi menjalankan sesi kaunseling secara online mahupun bersemuka dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Sepanjang tahun 2020 dan sehingga Jun 2021 sebanyak 845 kes telah disantuni melibatkan pelbagai permasalahan. Selain itu, kaunselor JKM Negeri Johor membantu memberikan sokongan psikologi kepada masyarakat yang terkesan dengan pandemik COVID-19 ini terutama kepada golongan yang terkesan dari segi kesihatan mental. Sebanyak 3543 sokongan psikologi telah diberikan sepanjang tahun 2020 dan sehingga Jun 2021. Selain itu, Kaunselor JKM Negeri Johor juga menjalankan ujian psikologi kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk mengenal pasti tahap kesihatan mental serta isu-isu lain seperti personaliti, tahap tekanan, gaya keibubapaan, hubungan kekeluargaan dan sebagainya. Ujian ini bertujuan menilai tahap dan keadaan mental, emosi dan tingkah laku klien supaya kaunselor dapat merancang intervensi yang diberikan dengan lebih baik dan efektif. Jumlah ujian yang telah dijalankan adalah sebanyak 2050 ujian. Selain itu, kaunselor JKM Negeri Johor juga telah melaksanakan program-program psikologi secara online mahupun bersemuka bagi membantu isu-isu yang berkait dengan masyarakat merangkumi aspek kesihatan mental, pengurusan diri, keluarga dan masyarakat secara umumnya sepanjang tempoh pandemik COVID-19 ini. Sepanjang tahun 2020 dan sehingga Jun 2021 sebanyak 166 program telah dilaksanakan yang memberi manfaat kepada 12,300 orang peserta. Sepanjang tahun 2020, Bahagian Psikologi dan Kaunseling JKM Negeri Johor telah menyantuni dengan memberi intervensi psikologi kepada 102 orang yang mempunyai masalah atau isu yang berkait dengan kesihatan mental. Pecahan bagi mereka yang terlibat adalah 38 orang lelaki dan 64 orang perempuan manakala pecahan dari segi bangsa melibatkan 94 orang berbangsa Melayu, 3 orang berbangsa Cina dan 5 orang berbangsa India. Manakala peringkat umur pula 77 orang berumur antara 19 hingga 59 tahun, 18 orang berumur 60 tahun ke atas dan 7 orang berumur bawah 18 tahun. Pada tahun 2021 pula, pecahan kes dan sehingga Jun 2021 menunjukkan seramai 120 orang lelaki dan 210 orang perempuan yang melibatkan 310 orang berbangsa Melayu, 5 orang berbangsa Cina dan 13 orang berbangsa India manakala 2 orang berbangsa lain-lain.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

117

Dari segi pecahan umur, 329 orang berumur antara 19 hingga 59 tahun dan seorang berumur 18 tahun ke bawah. Dari segi pecahan kes kesihatan mental, bagi kes cubaan membunuh diri terdapat 7 kes pada tahun 2020 dan 6 kes pada tahun 2021. Selai itu, bagi kes tekanan melibatkan 54 kes pada tahun 2020 dan 137 kes pada tahun 2021. Untuk kes kebimbangan seramai 7 orang pada tahun 2020 dan 74 orang pada tahun 2021 sehingga Jun manakala bagi kes kemurungan sebanyak 7 kes pada tahun 2020 dan 9 kes pada tahun 2021. Begitu juga dengan kategori gangguan tidur sebanyak 1 kes dicatatkan pada tahun 2021 dan bagi kategori lain-lain sebanyak 27 kes dicatatkan pada tahun 2020 dan 103 kes pada tahun 2021. Kesemua kes yang berkait dengan kesihatan mental ini telah disantuni dengan melihat kepada tahap keseriusan setiap klien dan telah dibantu melalui sesi kaunseling, sokongan psikologi, ujian psikologi dan program-program yang berkait dengan kesihatan mental. Sekiranya klien memerlukan bantuan lanjut, Kaunselor JKM Negeri Johor akan membantu merujuk klien berkenaan kepada agensi lain supaya klien dapat dibantu secara menyeluruh dan pulih dari masalah kesihatan mental mereka. Sebagai langkah pencegahan kepada peningkatan kes bunuh diri, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor melalui Bahagian Psikologi dan Kaunseling banyak mengadakan program-program kesedaran yang berkait dengan kesihatan mental dan ‘coping skill’ bagi membantu masyarakat hidup dengan lebih positif dan dapat menangani masalah-masalah yang berlaku dalam kehidupan dengan lebih baik. Berdasarkan kepada data Polis Diraja Malaysia, didapati sebanyak 17 kes bunuh diri dilaporkan pada tahun 2020 dan 59 kes bagi tempoh Januari hingga Jun 2021.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

118

YB TUAN MD. YSAHRUDDIN BIN KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN B83 Senaraikan jumlah penerima peniaga-peniaga kecil yang menerima insentif bantuan kerajaan negeri Johor melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 terutama di kawasan Bukit Naning. JAWAPAN YB DATUK MOHD IZHAR BIN AHMAD Pada 10 Jun 2021, YAB Menteri Besar Johor juga telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0 yang menawarkan bantuan pemberian sekali beri (one-off) kepada rakyat Johor. Antara inisiatif bantuan One-Off RM500.00 yang disalurkan adalah seperti di bawah :- - Bantuan kepada 2,123 pemandu bas dan van sekolah berdaftar yang diselaraskan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor. - Bantuan kepada golongan yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan yang memanfaatkan hampir 10,000 pekerja yang terkesan - Bantuan Bakul Makanan - Bantuan kepada 1,197 pengusaha kantin sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. - Bantuan kepada 4,202 pemegang lesen premis gunting rambut atau salun. - Bantuan kepada 19,090 pengusaha IKS mikro yang berdaftar dengan PBT seperti penyewa premis milik PBT, peniaga pasar malam, pasar pagi, pasar tani dan penjaja. Selain itu turut ditawarkan adalah Bantuan penangguhan bayaran lesen penjaja atau perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (MIKRO), sewa premis dan gerai, sewa tapak pasar malam dan pasar pagi sehingga Disember 2021 di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negeri Johor yang melibatkan seramai 45,567 pengusaha dan banyak lagi. Mengenai jumlah penerima Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 terutama di kawasan Bukit Naning, maklumat tersebut tidak dapat disediakan memandangkan inisiatif masih lagi dalam pelaksanaan.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

119

YB TUAN MD. YSAHRUDDIN BIN KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN B84 Nyatakan KRT (Kawasan Rukun Tetangga) yang dibentuk di negeri Johor serta peruntukan tahunan KRT dan aktiviti yang dilaksanakan bagi tahun 2020. JAWAPAN YB DR. CHONG FAT FULL Rukun Tetangga (RT) diperkenalkan pada tahun 1975 di bawah Peraturan-peraturan Perlu Rukun Tetangga 1975 di bawah Ordinan Darurat 1969. Berdasarkan keperluan semasa, Ordinan Darurat telah dimansuhkan pada tahun 2011, maka Akta Rukun Tetangga 2012 (Akta 751) telah digubal dan dikuatkuasakan pada 22 Jun 2012. Akta ini memperuntukkan kuasa kepada Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga sebagai peneraju keharmonian, keselamatan dan perkhidmatan kepada komuniti. Pada 10 Mac 2020, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah ditubuhkan dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) diletakkan sebagai salah satu agensi di bawah kementerian ini. KPN telah membangunkan Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (blueprint) Perpaduan Negara 2021 – 2030 di mana Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 telah dirangka bagi menterjemahkan pelaksanaan Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 tersebut. Penggubalan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 adalah sebagai dokumen hala tuju strategik Rukun Tetangga di seluruh negara. Oleh itu, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang ditubuhkan di negeri Johor juga tertakluk kepada 3 dokumen penting di bawah KPN. Justeru itu, Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 dirangka untuk mempertingkat dan memperkukuhkan fungsi dan peranan Rukun Tetangga sebagai peneraju keharmonian, keselamatan dan perkhidmatan kepada komuniti. Inisiatif pemerkasaan ini memberi penekanan kepada pemantapan kepimpinan komuniti RT dan pengukuhan program serta aktiviti untuk meningkatkan keberkesanan dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kepada komuniti. Atas dasar itu, pelaksanaan pelan ini bukan hanya memperkukuhkan peranan dan tanggungjawab kepimpinan RT di samping pemantapan program untuk kesejahteraan komuniti RT, malah aspek peningkatan dan penglibatan aktif komuniti pelbagai kaum dalam aktiviti kesukarelawanan RT turut diberi keutamaan. Selain itu, jalinan kerjasama strategik dan bersepadu bersama Rakan Perpaduan yang terdiri daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pihak korporat dan swasta merupakan elemen penting yang perlu digerakkan dalam RT. Sehingga kini sebanyak 8330 KRT telah ditubuhkan di seluruh negara dan sebanyak 826 KRT telah ditubuhkan di negeri Johor. Merujuk kepada peruntukan tahunan KRT dan aktiviti yang dilaksanakan bagi tahun 2020, KPN telah mengagihkan geran tahunan sebanyak RM3,450,000.00 kepada 662 KRT yang dikategorikan sebagai paling aktif RM6,500.00), aktif (RM4,500.00) dan sederhana aktif (RM2,500.00). Manakala 164 KRT yang tidak aktif, tiada geran diberikan. Pemberian geran tahunan ini merupakan geran pentadbiran dan pengurusan KRT di samping bagi membiayai program dan aktiviti berskala kecil dalam komuniti seperti kebersihan, keselamatan dan sosial.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

120

Sejak pandemik COVID-19 melanda negara dan dunia pada awal tahun 2020, pelaksanaan aktiviti RT bagi tahun 2020 turut diubahsuai dan lebih memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti : a. Memberi bantuan makanan kepada komuniti setempat yang terjejas dengan pelaksanaan PKP; b. Menjahit PPE untuk hospital dan barisan hadapan di mana KRT Johor telah melaksanakan aktiviti menjahit PPE ini dalam 5 fasa; c. Meneruskan aktiviti ekonomi di KRT seperti aktiviti kebun komuniti, ternakan ikan, kraf tangan, jahitan dan katering; d. Memberi bantuan awal dengan membantu mangsa banjir ketika banjir melanda negeri Johor di beberapa daerah melalui gerakan Skuad Uniti pada penghujung tahun 2020; e. Membantu pihak berkuasa memastikan SOP KKM dipatuhi dalam komuniti dengan memberi hebahan mengenai bahaya pandemik COVID-19, melaporkan individu atau kelompok masyarakat yang melanggar SOP KKM dan membantu mengenal pasti kelompok komuniti B40, asnaf dan OKU yang terjejas semasa arahan PKP. f. Meneruskan rondaan keselamatan kejiranan melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi kawasan yang dikategorikan zon hijau.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

121

YB DATO’ ZULKURNAIN BIN HAJI KAMISAN (SRI MEDAN) SOALAN B85 Mohon nyatakan secara terperinci senarai baik pulih jalan dan lorong serta kos yang telah diluluskan dalam DUN Sri Medan bagi tahun 2021? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan yang diterima oleh DUN Sri Medan adalah sebanyak RM5,100,000.00 yang melibatkan kerja-kerja berkala pavement, bukan berkala pavement dan juga jambatan. Senarai terperinci peruntukan yang diterima adalah seperti di Lampiran B85.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

122

YB DATO’ ZULKURNAIN BIN HAJI KAMISAN (SRI MEDAN) SOALAN B86 Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan bagi memastikan agensi-agensi di bawah sektor pelancongan terus 'survive' dalam tempoh PKP ini? JAWAPAN YB DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI JOHOR BERKEBAJIKAN 1. Adalah menjadi kewajipan kerajaan Johor di bawah pimpinan YAB Menteri Besar untuk

melihat pelbagai kaedah untuk membantu sektor pelancongan dalam usaha untuk memastikan sektor ini kekal bertahan sehingga keadaan pulih seperti sedia kala. Dewan yang mulia ini telah menyaksikan pengumuman YAB Menteri Besar memperuntukkan RM5 juta di bawah agenda Johor Berkebajikan dan melalui agenda ini, bantuan-bantuan khas telah diumumkan. Perincian Bantuan Khas bagi Penggiat Industri Pelancongan adalah seperti berikut :

i. Insentif khas kepada pemandu pelancong, sebanyak RM1,000.00 kepada 566 orang melibatkan kos sebanyak RM640,000.00

ii. Insentif khas kepada syarikat agensi pelancongan, sebanyak RM2,000.00 kepada 130 buah syarikat, dengan kos sebanyak RM260,000.00

iii. Bantuan kepada persatuan pelancongan, sebanyak RM20,000.00 setiap Persatuan Pelancongan kepada 16 buah persatuan dengan kos sebanyak RM320,000.00

iv. Pengecualian pembayaran duti hiburan bagi taman-taman tema dan pusat hiburan keluarga yang dianggarkan berjumlah RM3 juta.

v. Pengecualian pembayaran lesen perniagaan kepada pemilik syarikat pelancongan dan hotel yang melibatkan anggaran kos sebanyak RM894,211.00

2. Bukan itu sahaja, pada 10 Jun 2021, YAB Menteri Besar telah mengumumkan Pakej

Rangsangan Ekonomi (PRE 3.0) dengan bantuan khas sebanyak RM1.745 juta dan perincian bantuan adalah seperti berikut:

i. Pemberian insentif One-Off RM2,000.00 kepada pengusaha hotel bajet di negeri Johor yang berdaftar dengan Persatuan MyBha Johor.

ii. Pemberian insentif One-Off RM1,000.00 kepada pengusaha homestay dan chalet yang berdaftar dengan persatuan di Johor.

iii. Pemberian insentif One-Off RM1,000.00 kepada agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

iv. Pemberian insentif One-Off RM1,000.00 kepada pemandu pelancong berlesen yang berdaftar dengan persatuan pemandu pelancong di negeri Johor.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

123

BANTUAN PERSEKUTUAN (MOTAC) 3. MOTAC juga turut menzahirkan keprihatinan dalam usaha melaksanakan Pelan

Pemulihan Pelancongan dan seterusnya yang menjadi faktor ke arah menormalisasi aktiviti perjalanan dan pelancongan antarabangsa. Antara bantuan melalui program PEMULIH adalah seperti :-

i. Pelanjutan diskaun bil elektrik sebanyak 10% bagi bulan Oktober hingga Disember 2021 kepada pengendali hotel, taman-taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan.

ii. Pemberian insentif One-Off sebanyak RM3,000.00 kepada lebih 5,300 agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.

iii. Penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan kepada syarikat dan mengecualikan cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan kepada pengendali hotel sehingga akhir tahun 2021.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

124

YB DATO’ ZULKURNAIN BIN HAJI KAMISAN (SRI MEDAN) SOALAN B87 Apakah inisiatif dan bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan bagi menggalakkan golongan belia di negeri Johor untuk menceburi bidang pertanian? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman Yang Berhormat, para belia merupakan generasi muda yang menyumbang satu per lima daripada jumlah populasi ekonomi membangun. Mereka juga berdepan kadar pengangguran sehingga 13 peratus pada tahun 2021. Jumlah belia yang produktif semakin bertambah tetapi golongan ini kurang berminat menceburi sektor 3D (dirty, difficult & dangerous) kotor, sukar dan bahaya; termasuklah sektor / bidang pertanian. Bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap bidang pertanian di era teknologi maklumat ini, kerjasama rapat antara kerajaan dengan pihak media dalam melaporkan penglibatan dan kejayaan belia dalam sektor ini pada skala yang besar ditonjolkan supaya kerjaya dalam pertanian boleh dipaparkan dengan cara yang menarik. Selain itu, banyak aspek strategi latihan pertanian serta kejayaan melahirkan usahawan serta tenaga kerja pertanian telah diberi liputan meluas oleh media. Kerajaan hari ini amat prihatin dalam membantu petani-petani muda yang ingin menceburi bidang pertanian. Dalam menggalakkan petani-petani atau usahawan muda kekal bersaing dan berdaya maju, banyak insentif-insentif telah diperkenalkan kepada golongan yang mula berjinak-jinak dalam bidang pertanian ini. Kerajaan sedar, dalam menjadikan petani kekal bertahan lama dalam bidang agro-makanan yang serba mencabar ini, sokongan daripada kerajaan amat diperlukan oleh mereka dalam mengurangkan kos pengeluaran yang mana dapat dilihat antara yang memberi impak yang besar adalah kos penyediaan kawasan, infrastruktur serta bahan input. Oleh yang demikian, melalui Jabatan Pertanian, kerajaan negeri mahupun persekutuan telah pun menyediakan insentif-insentif yang dapat membantu petani dalam mengurangkan beban dalam memulakan operasi di lapangan. Antara insentif yang diperkenalkan adalah seperti:

i. Geran Agropreneur Muda; ii. Pembangunan Belia Tani; iii. Pertanian Komuniti / KEBUNITI 2.0; iv. Insentif Pembangunan Tanaman Makanan; dan v. Projek Pembangunan Industri Asas Tani

Antara program yang mengfokus kepada penglibatan golongan belia adalah seperti Program Geran Agropreneur Muda dan Program Pembangunan Belia Tani. Program Agropreneur Muda ini merupakan program di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MAFI) yang mana dikendalikan oleh Unit Agropreneur Muda. Ianya telah dibangunkan semenjak tahun 2014 lagi yang mana penglibatan khusus kepada golongan belia yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Pendekatan program ini adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang keusahawanan berasaskan aktiviti pertanian merangkumi semua aktiviti di dalam rangkaian nilai industri

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

125

pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agro-pelancongan. Program Agropreneur Muda (APM) merupakan insentif bantuan dalam bentuk geran untuk menjalankan projek-projek pertanian dan Industri Asas Tani dan peruntukan maksimum sebanyak RM20,000.00 seorang akan diberikan kepada peserta yang berkelayakan. Selain itu latihan-latihan teknikal turut diberi kepada peserta yang menyertai Program Agropronuer Muda bagi mempelbagaikan produk dan meningkatkan kemahiran. Bermula dari tahun 2014 sehingga kini sebanyak 60 permohonan telah diluluskan melibatkan projek tanaman makanan dan industri asas tani. Sebanyak 12 permohonan telah diluluskan pada tahun 2021 melibatkan 9 projek tanaman makanan dan 3 projek industri asas tani. Peruntukan Projek Belia Tani Jabatan Pertanian Negeri Johor pula dibangunkan mulai tahun 2019 bagi meluaskan lagi bantuan kepada Agropreneur Muda di negeri Johor yang berminat dalam aktiviti pertanian iaitu tanaman makanan dan industri asas tani. Projek ini adalah khusus untuk golongan belia anak jati kelahiran Johor atau telah bermastautin lebih 3 tahun di negeri Johor yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Bantuan ini terbuka kepada usahawan sedia ada dan baharu, tidak mengira latar belakang pendidikan dan sangat berminat, bersedia, komited, bercita-cita tinggi dan berpotensi namun diberi keutamaan terhadap peserta yang telah memulakan projek. Dari segi pelaksanaan insentif projek/program yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian, bantuan yang dipertimbangkan adalah seperti infrastruktur ladang, sistem pengairan, mesin kecil, papan tanda, peralatan ladang dan input pertanian (baja, racun, benih, dan pengurusan perosak tanaman). Mesin dan peralatan pemprosesan produk industri asas tani, bengkel (baru/naik taraf) dan pembangunan teknologi pembungkusan turut diberikan bagi projek industri asas tani. Insentif Projek/Program yang disediakan ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan pengeluaran bahan makanan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan tetapi juga:

i. Menggalakkan pengamalan teknologi berasaskan Amalan Pertanian Baik (APB) untuk meningkatkan pengeluaran hasil yang berkualiti, selamat dimakan dan mesra alam seterusnya ke arah Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) dan Skim Persijilan Organik Malaysia (myOrganic);

ii. Meningkatkan pendapatan golongan sasar dengan sasaran pendapatan bersih sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan/peserta untuk projek perladangan berkelompok dan RM4,000 sebulan/usahawan;

iii. Meningkatkan pengeluaran pertanian bagi memenuhi keperluan domestik serta meningkatkan eksport;

iv. Meningkatkan bilangan usahawan dan penglibatan sektor swasta dalam bidang pertanian;

v. Membangunkan dan mengembangkan aktiviti pemprosesan atau nilai tambah produk agro-makanan dengan menambah penglibatan usahawan dalam aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian; dan

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

126

vi. Memperkukuhkan kualiti produk bagi menembusi pasaran tempatan dan global berasaskan pematuhan kepada keperluan antarabangsa seperti pensijilan halal, GMP dan HACCP. Pada tahun 2021 ini, sebanyak kurang lebih RM4.0 Juta merangkumi 20% daripada jumlah peruntukan keseluruhan yang diterima oleh Jabatan Pertanian telah diperuntukkan di dalam program-program yang melibatkan penyertaan daripada golongan belia. Butiran insentif program/projek yang melibatkan penyertaan belia. Jadual 1: Peruntukan bagi program/projek yang melibatkan penyertaan belia

BIL BUTIRAN PROGRAM/PROJEK

JUMLAH PERUNTUKAN

Bil. Projek

Bil. Peserta

Luas (Ha)

Peruntukan (RM)

1 PERUNTUKAN PERSEKUTUAN (DOA & MAFI)

89.00 138 285.93 1,499,844.70

2 PERUNTUKAN NEGERI 158.00 198 256.44 1,055,221.94

3 PERUNTUKAN PENJANA 165.00 167 276.28 1,411,773.50

JUMLAH JOHOR 412 503 818.65 3,966,840.14

Selain Insentif Program/Projek, khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif di bawah Program Pengembangan turut dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bagi menggalakkan penglibatan belia di dalam bidang pertanian. Latihan/kursus asas pertanian jangka pendek selama 3 bulan dianjurkan kepada belia lepasan SPM di Pusat Pertanian Ayer Hitam (PPAH) bagi melatih para belia yang berminat dengan bidang pertanian secara ‘hands on’ di lapangan. Selain itu PPAH juga mengadakan kursus sehari kepada usahawan-usahawan Industri Asas Tani (IAT) dari kalangan belia bagi melatih usahawan menceburi bidang IAT dan menjadi usahawan muda. Melalui pembelajaran jangka panjang, belia lepasan SPM juga dipelawa untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil di Institut Pertanian Ayer Hitam (IPAH). Pengkhususan pengajian terbahagi kepada dua (2) iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dengan tempoh pengajian selama satu setengah tahun dan Sijil Pertanian dengan tempoh pengajian selama dua (2) tahun. Sepanjang pengajian, pelajar akan dibekalkan dengan ilmu asas keusahawanan pertanian bagi menyediakan graduan yang kompeten dalam pelbagai bidang pertanian seperti keusahawanan dan kerjaya dalam sektor awam dan swasta serta berdaya saing dalam era teknologi pertanian moden. Selain itu, sesi promosi bagi menggalakkan penyertaan belia di dalam bidang pertanian bersama agensi yang mengendalikan program Belia Negeri Johor juga turut diadakan melalui platform di media sosial. Nilai peruntukan, insentif-insentif yang terlibat dikongsi dan diwar-warkan kepada pihak umum khususnya agar golongan sasar lebih jelas dengan insentif-insentif yang disediakan oleh kerajaan dalam menyokong golongan pelapis dalam menerajui bidang pertanian. Rakaman video, FB live, serta paparan infografik menjadi kaedah bagi penyaluran maklumat serta info berkaitan insentif. Jabatan Pertanian turut bekerjasama dengan Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor dalam program-program yang dianjurkan di peringkat negeri kepada golongan belia.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

127

Melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor pula, jabatan telah menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM 823,000.00 bagi menjayakan program bantuan kepada kumpulan sasar belia di Negeri Johor pada tahun 2021. Pemilihan penerima bantuan adalah lebih tertumpu kepada belia yang telah menjalankan projek ternakan dan penghasilan produk industri asas ternakan melebihi setahun. Penerima juga dipilih atas projek belia itu sendiri atau projek usaha sama keluarga peserta tersebut. Syarat permohonan bantuan mestilah anak kelahiran negeri Johor, berumur antara 18 hingga 40 tahun dengan pendapatan kurang dari RM5,000 sebulan. Objektif program ini adalah untuk menarik minat golongan untuk menceburi penternakan. Ianya bertujuan mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor penternakan sebagai industri yang berdaya maju. Ianya juga berhasrat meningkatkan pendapatan belia melalui peningkatan produktiviti, kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi serta penyediaan pasaran yang kompetitif. Ini bagi menjadikan industri agro-makanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan. Beberapa program telah dirancang iaitu :

1. Meningkatkan Skala Bidang usaha sebanyak RM100,000.00 melibatkan 19 peserta. 2. Pembangunan Modal Insan sebanyak RM80,000.00 melibatkan 240 peserta. 3. Penjenamaan Produk sebanyak RM87,000.00 melibatkan 10 peserta. 4. Penggunaan Teknologi sebanyak RM200,000.00 melibatkan 29 peserta. 5. Kawalan Biosekuriti ladang premis sebanyak RM100,000.00 melibatkan 16 peserta 6. Kawalan Keselamatan bagi penghasilan produk IAT dan Pembangunan Infrastruktur

sebanyak RM150,000.00 melibatkan 25 peserta. Pada tahun ini seramai 339 orang disasarkan akan menerima manfaat program. Bantuan yang disalurkan kepada peserta yang berjaya adalah bantuan secara bersasar iaitu bagi perolehan peralatan ladang dan premis pemprosesan produk industri asas ternakan serta penggunaan teknologi. Peralatan yang disalurkan adalah pasung mudah alih, pagar elektrik, kemudahan tangki air, pam air, mesin perincih, mesin pembancuh makanan (TMR mixer), mesin vakum, mesin pencelur, mesin penetasan, mesin pemprosesan tinja dan mesin pemotong daging. Bagi bantuan kawalan biosekuriti adalah berupa pagar kawasan dan pembangunan infra bagi menambah baik kandang turut disediakan. Melalui program ini ianya akan menjadikan industri agro-makanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

128

YB DATO’ HAJI OSMAN BIN HAJI SAPIAN (KEMPAS) SOALAN B88 Berapa banyak kah pelaburan asing dan yang datang ke Johor juga yang menutup dan mengalihkan pelaburan mereka ke negara lain dan tempoh 12 bulan 2020-2021? JAWAPAN YB DATUK MOHD IZHAR BIN AHMAD Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh MIDA sehingga Mac 2021, Nilai pelaburan asing yang diterima oleh negeri Johor adalah RM369.77 juta manakala nilai pelaburan asing yang diterima bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM4.204 bilion. Jumlah kumulatif nilai pelaburan asing yang diterima bagi tempoh dari tahun 2020 sehingga Mac 2021 adalah sebanyak RM4.574 bilion. Bagi pelaburan asing yang menutup dan mengalihkan pelaburan mereka ke negara lain bagi tempoh 12 bulan 2020 - 2021, hanya terdapat satu sahaja pelaburan melibatkan syarikat milik pelabur asing yang terhenti, ditarik balik dan tidak diteruskan di negeri Johor dan ianya berlaku di daerah Kluang, Johor pada tahun 2020.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

129

YB DATO’ HAJI OSMAN BIN HAJI SAPIAN (KEMPAS) SOALAN B89 Bilakah PTG dan PTD boleh di buka untuk membolehkan permit membawa batu batan dapat di laksanakan. Walaupun pejabat-pejabat ini di buka dengan kakitangan yang minima, kerana ini adalah hasil negeri yang besar selain hasil-hasil lain? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Kempas, pihak Pentadbiran Tanah Johor sentiasa responsif dan komited dalam memacu pertumbuhan sektor ekonomi khususnya bagi Perlombongan dan Pengkuarian. Oleh yang demikian, pihak pentadbiran telah membawa satu Kertas Cadangan Pemakluman Garis Panduan Pelaksanaan Operasi Perlombongan dan Pengkuarian Bagi Pengalihan Bahan Batuan 4c / Bahan Mineral 13d dan Pengeksportan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16.6.2021. Selaras dengan itu, adalah dirumuskan berdasarkan Ringkasan Mesyuarat 662/2021 Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor telah BERSETUJU :-

i. Pengusaha lombong dan kuari yang terlibat dengan rantaian pembekalan perkhidmatan hendaklah mendapatkan kebenaran beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan agensi-agensi yang diberi kuasa

ii. Pengusaha lombong dan kuari hendaklah menyatakan dengan jelas jenis bahan batuan, jumlah kuantiti pengeluaran dan sub perkhidmatan / syarikat yang menggunakan bekalan tersebut kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Johor / Pentadbir Tanah Daerah.

iii. Pengarah Tanah dan Galian Negeri Johor / Pentadbir Tanah Daerah diberi kuasa untuk meluluskan permohonan dan menentukan hari dan waktu berurusan yang bersesuaian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

iv. Pentadbir Tanah Daerah hendaklah mengambil maklum keperluan membuka kaunter pembelian permit mengikut daerah tersebut.

v. Pentadbir Tanah Daerah juga diberi kuasa untuk meluluskan dan memberi kebenaran pengeluaran bahan batuan bagi kes-kes kecemasan yang melibatkan pelaksanaan kerja di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan SWCorp seperti kejadian tebing runtuh dan penutupan selamat tapak sampah.

Konklusinya, Pentadbiran Tanah Johor telah berpandangan bahawa Garis Panduan Operasi ini telah memberikan impak yang positif dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi Negeri Johor di samping peningkatan kutipan hasil di Pentadbiran Tanah Johor. Kerajaan negeri akan sentiasa peka dengan pelbagai aspek pembangunan, ekonomi dan pelaburan semasa terutamanya yang berkaitan dengan sektor perlombongan dan pengkuarian kerana sektor ini juga telah memangkin pembangunan ekonomi negeri.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

130

YB DATO’ HAJI OSMAN BIN HAJI SAPIAN (KEMPAS) SOALAN B90 Apakah tindakan kerajaan Johor terhadap pekebun nanas dan buah-buahan yang mengalami lambakan? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman Yang Berhormat, isu pemasaran hasil pertanian antara dilema besar yang dihadapi petani dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun 2020. Walaupun pergerakan kenderaan yang membawa hasil pertanian dibenarkan, tapi isu yang lebih besar ialah ruang pasaran yang sangat terhad apabila pasar borong, pasar tani, pasar sehari dan pasar malam dihentikan operasi. Pasar raya juga menerima sejumlah kecil saja hasil berbanding dengan kemuncak hasil pengeluaran pertanian di sekitar negeri Johor sekarang seperti nanas, pisang dan sebagainya. Penguncupan permintaan pengguna tempatan juga memberi kesan besar terhadap kebolehpasaran hasil pertanian. Pengguna pada masa ini lebih berhati-hati memilih barangan keperluan bagi mengimbangi pendapatan yang diperolehi mereka. Majlis keramaian tidak dibenarkan dan operasi sekolah ditutup bagi membendung wabak ini dari berleluasa. Hal ini seterusnya menyebabkan permintaan bagi hasil pertanian dalam kuantiti yang banyak amat terkesan seterusnya petani tidak dapat memasarkan hasil keluaran mereka sepertimana dirancang. Menyedari hakikat ini, FAMA Negeri Johor telah menggiatkan usaha-usaha meningkatkan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran melalui strategi-strategi berikut: 1. Pembangunan Pembekalan Produk Bagi memastikan jaminan bekalan yang berterusan dan memenuhi permintaan pasaran, program Ladang Kontrak telah diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan dengan menumpukan kepada sektor pertanian yang boleh dipergiatkan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi. Program ini bertujuan meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi yang memberi penekanan kepada beberapa aspek pembangunan pengeluaran berkualiti yang mempunyai nilai tambah melalui aktiviti seperti penggredan, pembungkusan dan pelabelan. Program tersebut dilaksanakan secara bersepadu di antara jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Antara manfaat yang diperolehi adalah seperti bantuan khidmat nasihat, bantuan peralatan dan pengaturan pemasaran. Tujuan program Ladang Kontrak dilaksanakan adalah:

i. Menjamin pasaran dan meningkatkan pendapatan pengeluar

ii. Mempergiatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran

iii. Memastikan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan menepati kehendak pasaran

Sehingga Julai 2021 bilangan peserta Ladang Kontrak terkumpul di negeri Johor yang berdaftar adalah sebanyak 1,420 petani dengan keluasan 1,435.88 hektar.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

131

2. Pembangunan Infrastruktur Pemasaran Untuk memajukan sektor pertanian negeri sebagai satu sektor yang moden, dinamik dan berdaya saing, isu kritikal dan cabaran yang dihadapi oleh sektor ini perlu ditangani. Antara inisiatif dan program yang telah dirangka adalah dengan memantapkan rantaian bekalan makanan seperti menambah baik infrastruktur, mengukuhkan pusat pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran serta meluaskan lagi pemasaran. Menyedari kepentingan ini pihak FAMA telah menyediakan kemudahan infrastruktur pemasaran bagi melengkapkan rantaian pemasaran. Perwujudan Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) telah dibangunkan di kawasan pengeluaran sebagai tempat pengumpulan hasil pertanian sebelum dipasarkan. Ia bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah pemasaran pertanian melalui amalan pengendalian selepas tuai, meningkatkan mutu pengedaran, pelabelan serta sebagai pusat saluran informasi pertanian. Buat masa ini FAMA telah membangunkan sebanyak 19 Pusat Pengumpulan yang dapat dimanfaatkan oleh 120 orang peserta. Sejak wabak COVID-19 melanda, pelbagai pihak mula membangunkan aplikasi telefon mahupun perhubungan melalui sosial media (Whatsapp dan Facebook) bagi memastikan penjualan agro-makanan segar berjalan dengan baik. Selaras dengan situasi semasa, Pusat Pengumpulan Digital (PPD) dibangunkan bagi menghubungkan penjual dan pemborong. Konsep PPD adalah sama seperti Pusat Pengumpulan Ladang tetapi lebih cekap dan sistematik. Melalui PPD, transaksi jualan akan lebih telus, nama penjual dan pembeli diketahui, pasaran akan lebih terjamin dan isu traceability juga dapat diatasi di masa hadapan. FAMA juga mewujudkan Hab Pengedaran di kawasan bandar utama yang berhampiran dengan kawasan pengeluaran dan kompleks pasar borong sedia ada. Hab ini berperanan sebagai pusat penerimaan, tambah nilai dan seterusnya mengedarkan hasil-hasil keluaran pertanian ke rangkaian pasar raya dan institusi. Di samping itu, ia mempunyai kemudahan dan peralatan untuk urusan pembungkusan semula, penyimpanan, pemeraman dan khidmat logistik penghantaran. Kemudahan bilik sejuk juga disediakan bagi memastikan hayat hasil pertanian yang ada dapat dikawal seterusnya memudahkan pengaturan pemasaran dilaksanakan. Selain berfungsi sebagai pusat edaran produk pertanian, pusat ini turut berfungsi sebagai pusat penyebaran maklumat berkaitan pemasaran hasil pertanian dan teknologi yang berfaedah kepada petani dan pengusaha. Terdapat sebanyak 4 buah pusat pengedaran FAMA sedang beroperasi di Johor Bahru, Simpang Renggam, Tangkak dan Batu Pahat. 3. Penyediaan Ruang Pasaran Dalam memastikan sektor pertanian negara diperkasa dan berdaya saing, berbagai platform pemasaran telah diwujudkan oleh FAMA bagi memastikan usahawan tani dapat bersaing dan menjual hasil-hasil mereka kepada pengguna. Antara saluran pemasaran yang telah dibangunkan FAMA sepanjang perlaksanaan PKP adalah seperti berikut:

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

132

i. Pasar Segar Terkawal (PST) Pasar Segar Terkawal (PST) telah diperkenalkan pada tahun 2020 bagi memberi akses pilihan kepada pengguna mendapatkan barangan keperluan. Sebanyak tujuh (7) komoditi ditawarkan di semua outlet PST ini iaitu sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan atau hasil laut, daging, barangan runcit dan barangan asas tani. Ianya bercirikan terbuka atau berbumbung dengan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berwajib. Dengan perlaksanaan PST ini, ia secara tidak langsung berupaya membantu petani menjual hasil keluaran mereka terus kepada pengguna manakala pengguna mendapat bekalan bermutu dengan harga yang berpatutan. Pada tahun 2021, sebanyak 6 lokasi PST telah beroperasi di seluruh Pasar Tani Kekal seluruh negeri Johor dengan melibatkan seramai 184 peserta. Nilai jualan terkumpul sejak beroperasi pada Mei sehingga 31 Julai 2021 adalah sejumlah RM 319,882.90. Pihak FAMA memerlukan kerjasama pihak Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengenal pasti lokasi-lokasi yang bersesuaian untuk perlaksanaan PST bagi memberi peluang lebih ramai lagi petani terlibat terutama semasa menghadapi krisis sebegini.

ii. Portal Agrobazaar Online dan Pemasaran Online Transisi pembangunan pemasaran dari offline kepada online (atas talian) adalah salah satu strategi yang dilaksanakan oleh FAMA. Matlamatnya adalah untuk memastikan kelestarian pengeluar dan usahawan pemasar dalam industri agro-makanan. Justeru FAMA bukan sahaja membantu dalam pembangunan pemasaran secara jual beli, pemadanan dan pengaturan pasaran tetapi bagi memastikan pengeluar dan usahawan pemasar terus kompetitif, platform Agrobazaar Online turut disediakan. Agrobazaar Online merupakan antara platform untuk usahawan memasarkan produk serta perkhidmatan berasaskan pertanian secara maya kepada pengguna. Pencapaian sehingga Jun 2021, seramai 6,208 usahawan telah berdaftar sebagai pekedai dengan melibatkan 20,877 produk ditawarkan menggunakan platform ini di seluruh Malaysia. Selaras dengan perkembangan teknologi dan peningkatan trend pembelian secara atas talian, Agrobazaar Online telah membuat pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan ke atas portal serta membangunkan aplikasi mudah alih agar lebih mesra pengguna. Beberapa peningkatan ciri-ciri tambahan telah dijalankan iaitu pendaftaran dan log masuk melalui Google atau Facebook, peta padanan dan penambahbaikan gerbang pembayaran. Penyertaan Agrobazaar Online adalah terbuka kepada semua usahawan, pengeluar dan pengusaha di bawah enam kategori produk yang dibenarkan iaitu kategori tanaman, perikanan, ternakan, industri asas tani, agro-pelancongan dan agro-perkhidmatan. Usaha untuk mempromosi platform ini masih giat dijalankan seiring dengan perubahan kaedah pembelian pengguna. Pihak FAMA juga sentiasa membuka peluang kepada petani-petani tempatan dengan menganjurkan beberapa kursus berkaitan pemasaran secara atas talian (online). Penganjuran kursus ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada kumpulan sasar mengembangkan perniagaan mereka di samping mempelbagaikan kaedah pemasaran.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

133

iii. Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) dianjurkan FAMA sebagai inisiatif menyediakan outlet pemasaran kepada usahawan yang juga peserta ladang kontrak mempromosikan produk hasil pertanian dan industri asas tani kepada pengguna pada harga yang berpatutan. JTDL mampu menawarkan harga lebih berpatutan kepada pengguna iaitu 5 hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran dan harga yang munasabah kepada pengeluar. Program ini menggalakkan peserta ladang kontrak membuat jualan terus hasil pertanian masing-masing kepada pengguna tanpa membabitkan orang tengah dan dengan ini mereka mampu mendapat pulangan tinggi. Impak JTDL bukan saja memberi pendedahan kepada peserta bagi membuat jualan produk yang lebih kemas, tersusun dan teratur, malah mendisiplinkan mereka dengan pematuhan peraturan ditetapkan outlet serta didedahkan dengan kemahiran berhadapan dengan pelanggan. Dalam JTDL, pelbagai produk pertanian segar ditawarkan pada harga berpatutan kepada pengguna diadakan di lokasi terbuka seperti pekarangan pejabat FAMA, pejabat-pejabat kerajaan / swasta, pasar tani, tapak ekspo dan pasar raya. Pada tahun 2020, sebanyak 66 program JTDL telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 210 peserta dengan nilai jualan sebanyak RM1,381,279.00. Bagi pengguna, mereka dapat membuat belian sayuran dan buah-buahan terus daripada ladang, pada masa sama didedahkan dengan ilmu dan pengetahuan dalam bidang pertanian dengan pertemuan terus dengan petani. Cara ini membantu dapat mengurangkan kos sara hidup dengan pembelian dengan harga yang lebih rendah dari pasaran.

iv. Program Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP) Program RPKP dibangunkan bagi memastikan lebih banyak hasil daripada Ladang Kontrak disalurkan terus kepada pengguna melalui outlet peruncitan yang telah disediakan oleh FAMA di samping membangunkan usahawan pemasar yang bertanggungjawab memasarkan hasil keluaran petani-petani (pengeluar) di bawah kelolaan mereka. Objektif utama perlaksanaan program ini adalah seperti berikut:

a. Memperkukuhkan bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan di pasaran melalui konsep jualan terus daripada Ladang ke Pasaran.

b. Meredakan tekanan inflasi dengan tawaran harga yang lebih berpatutan daripada harga pasaran.

c. Memendekkan rantaian pemasaran sayur dan buah. d. Menawarkan harga ladang yang lebih baik kepada pengeluar.

Program ini dilaksanakan kerana rantaian pemasaran mempunyai banyak perantara pasaran yang menyumbang kepada harga yang tinggi sebelum hasil ladang dapat sampai kepada pengguna. Oleh yang demikian pengurangan perantara pasaran mampu menawarkan harga yang lebih berpatutan kepada pengguna dan harga yang munasabah kepada pengeluar. Sehingga kini seramai 34 usahawan pemasar dan lebih 133 usahawan pengeluar RPKP telah berjaya dibangunkan.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

134

4. Pembangunan Keusahawanan Inisiatif kerajaan dalam mendepani transformasi sektor pertanian adalah dengan pembangunan kapasiti di sepanjang rantaian. FAMA membangunkan pelbagai projek bagi setiap segmen dari pembekalan, pengumpulan, pemprosesan, pemborongan, peruncitan sehingga kepada pengguna. Setiap projek memfokuskan kepada pembangunan nilai berteraskan usahawan, infrastruktur, luang pasaran dan produk. Bagi memberi impak positif terhadap industri agro-makanan, golongan muda turut diberikan perhatian dengan perlaksanaan program MyAgrosis. Program ini telah dilaksanakan di 112 Institut Pengajian Tinggi di seluruh negara. Ia melibatkan sebanyak tiga skop perniagaan tani yang telah dipilih untuk dijadikan sebagai asas kepada pendedahan terhadap aktiviti Agro Niaga (Agro Trading), Agro Ladang (Agro Farm) dan Agro Inovasi. Pihak FAMA juga menganjurkan kursus pengendalian lepas tuai untuk meningkatkan hasil lebih berkualiti dan mengikut kehendak pasaran. Di samping itu, bahagian ini berperanan membina keupayaan kumpulan sasar melalui latihan, bimbingan, khidmat nasihat dan perundingan dalam ilmu pemasaran agro-makanan. Ianya juga berfungsi:

a. Memindahkan maklumat, teknologi dan kemahiran pemasaran kepada kumpulan sasar melalui program-program pendidikan dan khidmat nasihat.

b. Meningkatkan amalan pemasaran baik di kalangan kumpulan sasar ke arah jaminan bekalan makanan dengan nilai tambah dan memenuhi kehendak pasaran.

Selaras dengan tanggungjawab untuk menyelaras aktiviti-aktiviti pemasaran pertanian sama ada melibatkan pihak swasta atau jabatan/agensi kerajaan dan ianya menjurus kepada pemasaran keluaran pertanian yang segar, berkualiti serta selamat dimakan pihak FAMA telah memperkenalkan Peraturan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (GPL) untuk dipraktikkan dalam semua peringkat urusan pemasaran hasil-hasil pertanian di pasaran tempatan dan juga eksport. Peraturan GPL FAMA telah diwartakan menjadi Undang-Undang Malaysia pada 18hb Ogos 2008 sebagai Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) 2008. Melalui amalan Penggredan dan Pembungkusan yang baik, kualiti keluaran pertanian dapat dipertingkatkan berdasarkan permintaan pelanggan dan juga sektor pasaran di samping memberikan pulangan yang lebih baik kepada pengeluar tempatan. Amalan pelabelan pula akan membekalkan maklumat sumber bekalan yang lengkap dan tepat sebagai jaminan keselamatan makanan di dalam penguatkuasaan Akta Makanan 1983. Sehubungan dengan itu, kesemua projek dan program yang disediakan ini diharap dapat dimanfaatkan oleh semua kumpulan sasar bagi memastikan hasil keluaran mereka dapat dipasarkan secara efektif seterusnya dapat bersaing dalam pasaran terbuka. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Johor pula berperanan dalam menyediakan ruang pasaran bagi menyediakan perkhidmatan pemasaran produk-produk hasil pertanian dan IKS yang diuruskan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) dan Pertubuhan Peladang Kawasan seperti berikut :

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

135

i. 27 pusat pengumpulan hasil pertanian (pphp) @ peladang bizcenter @ peladang outlet

ii. 12 buah agrobazar iii. 1 pasar peladang iv. 7 buah kedai peladang

Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor telah mempergiat dan mengaktifkan operasi 27 buah Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) dan Outlet Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh Negeri Johor dalam mengumpul dan memasarkan hasil pertanian usahawan peladang sepanjang musim pandemik Covid-19 bermula dari tahun 2020 sehingga kini. Berakhir 31 Disember 2020, PPHP Pertubuhan Peladang Kawasan telah memasarkan hasil pertanian sebanyak RM32.71juta dan sehingga bulan Jun 2021 pemasaran hasil pertanian sebanyak RM17.017 juta. Jumlah pemasaran hasil-hasil pertanian ini telah melibatkan 766 pengeluar dan usahawan ahli-ahli Pertubuhan Peladang. Pertubuhan Peladang telah memasarkan produk - produk hasil pertanian dari Januari sehingga Jun 2021 seperti berikut :

Bil Jenis produk Berat (M/tan)

1 Ayam 965.45

2 Sayur-sayuran 407.89

3 Buah-buahan 243.46

4 Hasil laut 98.99

5 Daging lembu 40.89

6 IKS & makanan sejuk beku 80.78

Sebagai contoh, hasil pertanian buah nanas dari pekebun kecil telah dipasarkan melalui Peladang Outlet Pengerang sebanyak 11.469 MT dan Peladang Outlet Benut sebanyak 100.38 MT. Semasa musim lambakan buah durian yang lalu Peladang Outlet Ayer Baloi turut membantu memasarkan sebanyak 7.79 MT hasil buah durian pekebun kecil di sekitar daerah Pontian. Sebagai langkah jangka masa panjang bagi menjamin dan memantapkan rantaian pemasaran hasil pertanian, pihak kerajaan negeri juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi Program Pengumpulan Hasil Pertanian PPK Benut dan PPK Kluang. Pada masa ini PPK Benut telah memasarkan hasil pertanian daripada pengeluar hasil pertanian seramai 69 orang dan PPK Kluang seramai 126 orang. Peruntukan ini akan memberi manfaat kepada 29 Pertubuhan Peladang Kawasan dan 1 Pertubuhan Peladang Negeri yang akan menyelia 700 unit peladang dengan keahlian berakhir 30 Jun 2021 berjumlah 105,574 orang ahli. Untuk makluman Yang Berhormat, berkenaan isu pemasaran buah nanas, jenis nanas yang terkesan pada ketika ini adalah Varieti Moris dan Josapine. Nanas Moris dan Josapine banyak digunakan di dalam masakan dan makan segar. Kekangan dan pelanjutan PKP 3.0 di mana majlis-majlis dan kenduri tidak dapat dilaksanakan antara faktor yang memberi kesan kepada permintaan nanas Moris dan Josapine. Pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah mengambil beberapa langkah/inisiatif bagi membantu pengusaha tanaman yang terjejas akibat kesan Pandemik COVID-19 dan PKP yang berlarutan dengan kaedah :

136

1. Membuat pemadanan pemasaran dengan pemborong - pemborong sedia ada di Negeri Johor serta di Luar Negeri Johor. 2. Membuat pembelian buah nanas melalui peruntukan Promosi Kempen Nanas Negeri Johor. 3. Membuat pemadanan dengan kilang – kilang pemprosesan nanas. 4. Pihak LPNM juga dalam usaha transformasi menggalakkan pengusaha menanam varieti yang lebih komersial dan premium seperti varieti MD2 yang mana permintaannya di pasaran adalah tinggi dan ketika ini juga tiada masalah pemasaran.

137

YB DATO’ HAJI OSMAN BIN HAJI SAPIAN (KEMPAS) SOALAN B91 Berikan pecahan masyarakat yang telah divaksin mengikut daerah untuk rakyat tempatan dan warga asing? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula pada 1 Mac di negeri Johor. Sebanyak 1,146,314 (42.3%) warga Johor berumur 18 tahun dan ke atas telah menerima dos 1 dan 458,476 (16.9%) telah menerima dos kedua (sumber: JKJAV). Didapati sebanyak 98.8% penerima vaksin di negeri Johor adalah di kalangan warga tempatan dan hanya 1.2% sahaja yang melibatkan warga asing. Majoriti warga asing ini menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN).

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

138

YB DATO’ HAJI OSMAN BIN HAJI SAPIAN (KEMPAS) SOALAN B92 Sedia terangkan pelan pemulihan dan perancangan pemulihan ekonomi oleh kerajaan negeri Johor terhadap kesan yang berlaku pandemik COVID- 19 di masa tempoh hadapan. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Kempas. kerajaan negeri Johor komited sekali gus akan mengutamakan Impetus yang boleh mencetus semula ekonomi negeri Johor di dalam belanjawan pembangunan pada masa hadapan. Selaras dengan itu, antara yang menjadi fokus ialah sektor ekonomi digital, ekonomi hijau dan sekuriti makanan yang tidak terjejas sewaktu Pandemik COVID-19 sekali gus disokong dengan agenda-agenda utama kerajaan seperti kebajikan, modal insan, orang muda, prasarana dan masyarakat desa. Apabila berhadapan dengan pandemik COVID-19 kerajaan negeri telah melihat pelbagai agenda untuk dipergiatkan sebagai sumber baharu bagi Johor. Justeru itu, semasa sesi Belanjawan Johor 2021, Johor telah membentangkan strategi pemulihan ekonomi untuk Johor yang akan dipacu oleh beberapa agenda utama antaranya:

PERTAMA: Agenda Jaminan Bekalan Makanan Negeri Johor (Johor Food Security)

KEDUA: Agenda Johor Digital

KETIGA: Penubuhan Johor Economic, Tourism and Cultural Office (JETCO) di Singapura

Ketiga-tiga agenda ini akan menjadi pemangkin kepada usaha pemulihan dan ketahanan ekonomi kita pasca COVID-19. Agenda tersebut juga dilihat amat relevan dalam masa kini kerana kita masih lagi berhadapan dengan pelbagai kekangan akibat pandemik. Sektor pertanian akan memacu perkembangan ekonomi Johor untuk menjadi sebuah gerbang kepada Industri makanan bukan sahaja di Malaysia malah serantau. Agenda jaminan bekalan makanan negeri Johor akan menjadi landskap ekonomi yang terbaik untuk diupayakan tatkala ekonomi global berhadapan dengan kelembapan dunia masa ini. Johor merupakan pengeluar terbesar beberapa produk makanan utama negara seperti ayam pedaging dan buah-buahan dalam negara. Selain itu, Johor juga merupakan pengeksport utama produk pertanian ke negara-negara seperti Singapura, Hong Kong dan Timur Tengah. Pada masa yang sama, bagi memacu tahap ekonomi Johor pihak kerajaan negeri juga merancakkan proses pengadaptasian sekali gus menggunakan kepintaran teknologi dan digital negara untuk membina sebuah sistem yang lebih cekap, telus dan pantas. Ekosistem ekonomi digital sudah menjadi kebiasaan kepada semua khususnya bagi kerajaan negeri untuk mendapat sumber hasil baharu yang konsisten dan terjamin. Selain itu, agenda ini juga akan melimpahkan peluang sosioekonominya dan mampu menyediakan peluang yang lebih komprehensif dalam menyediakan infrastruktur berkaitan menarik minat pelabur asing.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

139

Umumnya, perancangan pemulihan ekonomi oleh kerajaan negeri Johor terhadap kesan COVID-19 juga akan menumpukan berkaitan penubuhan Johor Economic, Tourism and Cultural Office Singapore (JETCO). Ianya, merupakan perancangan masa hadapan yang dilihat mampu menjana kemajuan kepada sektor ekonomi dan pelaburan negeri. Objektif penubuhan JETCO adalah untuk mempromosikan prospek pelaburan, pelancongan dan kebudayaan Johor di Singapura, serta meneroka potensi dan peluang-peluang baharu dalam sektor berkaitan. Untuk pengetahuan YB Kempas, kerajaan negeri bertekad dan akan terus merancang serta melaksanakan pelbagai inisiatif dan agenda pembangunan yang lebih berdaya tahan dan berkemajuan khususnya bagi memacu kemampuan sektor ekonomi, pelaburan, kesihatan dan sosial seluruh rakyat negeri Johor pasca COVID-19.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

140

YB DATUK MD OTHMAN BIN YUSOF (KUKUP) SOALAN B93 Masih ramai rakyat Malaysia yang masih tidak mendapat vaksin, sedangkan negara-negara lain telah mencapai kadar vaksinasi yang tinggi. Apakah yang berlaku kepada bekalan-bekalan vaksin negara kita? Adakah benar negeri Johor merupakan salah satu negeri yang mendapat bekalan vaksin paling sedikit? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Pemberian vaksin di negeri Johor adalah bergantung kepada bekalan vaksin yang diterima secara berperingkat. Sehingga 31 Julai 2021, negeri Johor telah menerima vaksin COVID-19 sebanyak 2,118,790 dos. Dari segi jumlah vaksinasi, negeri Johor adalah ketiga tertinggi di Malaysia tetapi dari segi peratus, Johor adalah antara yang terendah. Pihak negeri telah berusaha untuk mendapatkan lebih bekalan vaksin dengan memaklumkan keperluan Johor adalah sebanyak 70 ribu sehari dan sasaran kesemua rakyat Johor diberi dos pertama pada akhir Ogos dan dos kedua pada bulan Oktober 2021.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

141

YB DATUK MD OTHMAN BIN YUSOF (KUKUP) SOALAN B94 Disebabkan penutupan sekolah-sekolah akibat wabak COVID, sesi pembelajaran digantikan dengan PDPR. Apakah bantuan yang diberi untuk memastikan setiap murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran? Dan apakah bantuan kerajaan negeri untuk memastikan guru-guru bersedia dan mempunyai kemudahan lengkap untuk mengendalikan PDPR? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Jabatan Pendidikan Negeri Johor sentiasa menyokong pelbagai usaha kerajaan negeri Johor atas keprihatinan dan mengambil berat tentang kebajikan murid ketika mengikuti pembelajaran semasa tempoh PKP. Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 3.0) IHSAN Johor, kerajaan negeri Johor telah bersetuju meluluskan Bantuan Sumbangan Peranti (komputer riba) sebanyak 8,000 unit termasuk talian Internet untuk murid yang kurang berkemampuan khususnya golongan B40 berjumlah RM25 juta. Peranti ini akan didaftarkan sebagai aset sekolah dan akan dipinjamkan kepada murid-murid yang memerlukan bagi memudahkan akses pendidikan secara PdPR. Jabatan Pendidikan Negeri Johor sentiasa mengalu-alukan usaha dan sokongan kerajaan negeri untuk membantu kelengkapan peralatan bagi kegunaan guru-guru melaksanakan PdPR secara lebih berkualiti, efisien dan berkesan.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

142

YB PUAN RASHIDAH BINTI ISMAIL (PASIR RAJA) SOALAN B95 Bolehkah data seperti nama, no kad pengenalan, alamat dan no telefon pengusaha kantin/van sekolah, salon/kedai gunting rambut, yang menerima bantuan di bawah PRE Ihsan Johor 3.0 diberikan bagi mengemas kini data penerima bantuan dalam DUN Pasir Raja? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Pasir Raja, segala data dan maklumat peribadi orang awam yang diperolehi serta disimpan oleh pihak kerajaan adalah diklasifikasikan sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Kerajaan bertanggungjawab untuk mengawal dan melindungi data maklumat yang diterima serta mengendalikannya secara berintegriti, selamat dan tidak disalahgunakan. Kerajaan negeri Johor menerusi Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ) sedang dalam tindakan untuk mewujudkan sistem pangkalan data bagi tujuan menyelaraskan semakan kelayakan serta rekod penerimaan bantuan. Justeru itu, pangkalan data tersebut adalah penting memandangkan terdapat banyak bantuan yang disalurkan oleh pelbagai agensi. Agensi-agensi yang terlibat dalam pemberian bantuan dapat menyelaraskan mekanisme penyampaian bantuan supaya bantuan dapat disampaikan dengan lebih cepat dan cekap. Adalah dimaklumkan, bahawa pihak YB Pasir Raja juga boleh mengemukakan permohonan rasmi kepada agensi penyelaras yang dilantik atau Perbendaharaan Negeri Johor untuk mendapatkan data maklumat yang dikehendaki.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

143

YB PUAN RASHIDAH BINTI ISMAIL (PASIR RAJA) SOALAN B96 Berapa ramai kah pengusaha kantin sekolah, pengusaha salon/kedai gunting rambut, pemandu bas/van sekolah di dalam DUN Pasir Raja yang telah menerima bantuan sebanyak RM500.00 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Pasir Raja. Seramai 52 orang penerima di Kawasan DUN Pasir Raja telah menerima manfaat bagi tiga (3) inisiatif seperti berikut:

BIL INISIATIF BILANGAN PENERIMA

CATATAN

1. PENGUSAHA KANTIN SEKOLAH 12

Jabatan Pendidikan Negeri Johor – 11 penerima

Jabatan Agama Islam Negeri Johor – 1 penerima

2. PENGUSAHA SALON/ KEDAI GUNTING RAMBUT

22

Berlesen di bawah Majlis Daerah Kota Tinggi

3. PEMANDU BAS/VAN SEKOLAH 18

Permohonan dibuka oleh pihak Pengangkutan Awam Johor

Jumlah 52

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

144

YB PUAN RASHIDAH BINTI ISMAIL (PASIR RAJA) SOALAN B97 Bolehkah data penerima bantuan pelbagai kategori - JKM seperti nama, no kad pengenalan, alamat dan nombor telefon diberikan untuk dikemas kini data penerima bantuan di dalam DUN Pasir Raja? JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Tinggi tiada halangan untuk menyediakan data penerima bantuan di dalam DUN Pasir Raja untuk tujuan kemas kini data tersebut. Pihak JKM akan mengemukakan senarai nama penerima bantuan JKM mengikut kategori di kawasan DUN Pasir Raja ke pejabat YB. Walau bagaimanapun, data ini adalah sulit dan dimohon pihak YB dapat menjaga kerahsiaan maklumat yang dikemukakan ini.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

145

YB PUAN RASHIDAH BINTI ISMAIL (PASIR RAJA) SOALAN B98 Jika berlaku peningkatan, berapakah jumlah terkini penerima bantuan JKM? JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Kerajaan negeri Johor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Johor telah menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada keluarga yang terjejas akibat pandemik Covid-19 di seluruh negeri Johor. Jumlah keseluruhan penerima bantuan JKM adalah sebanyak 52,237 dengan peruntukan sebanyak RM22 juta sebulan. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan hingga kini, peningkatan permohonan bantuan JKM telah berlaku di hampir semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuklah di DUN Pasir Raja. Jumlah penerima bantuan JKM di DUN Pasir Raja terkini sehingga Ogos 2021 adalah sebanyak 500 orang dengan peruntukan sebanyak RM208,650.00 Manakala pecahan jumlah penerima bantuan mengikut skim bantuan dan perbelanjaan adalah seperti di Lampiran A. LAMPIRAN A Penerima Bantuan di kawasan DUN Pasir Raja

Skim Bantuan TAHUN

BKK (Bantuan Kanak-Kanak)

BOT (Bantuan Orang Tua)

EPC (Elaun Pekerja Cacat)

BPT (Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar)

BTB (Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja)

BA (Bantuan Am Persekutuan)

JUMLAH (RM)

BIL KES 43 99 197 34 119 8 500

JUMLAH (RM)

15,700 49,500.00 88,650.00 17,000.00 35,700.00 2,400.00 208,650.00

Sumber: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Tinggi

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

146

YB PUAN RASHIDAH BINTI ISMAIL (PASIR RAJA) SOALAN B99 Berapa peratus kah peningkatan permohonan bantuan bulanan pelbagai kategori - JKM akibat daripada pandemik COVID-19 di dalam DUN Pasir Raja? JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Kerajaan negeri Johor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Johor telah menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada keluarga yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di seluruh negeri Johor termasuklah permohonan bantuan JKM di DUN Pasir Raja. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan hingga kini, peningkatan permohonan bantuan JKM telah berlaku di hampir semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuklah di DUN Pasir Raja. Sepanjang mengharungi cabaran pandemik COVID-19 (April 2020 hingga Julai 2021), Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Tinggi telah menerima sebanyak 451 permohonan bantuan JKM dari DUN Pasir Raja. Daripada jumlah ini dapat dilihat bahawa mulai April 2020 sehingga Julai 2021 telah berlaku peningkatan permohonan bantuan JKM di DUN Pasir Raja iaitu sebanyak 225 kes. Peratus peningkatan permohonan bantuan JKM di DUN Pasir Raja telah meningkat sebanyak 49.8 % daripada bilangan permohonan yang diterima sebelum PKP dilaksanakan.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

147

YB PUAN NOR RASHIDAH BINTI RAMLI (PARIT RAJA) SOALAN B100 Sistem perparitan di kawasan Seksyen 16.7-18.0 Jalan Batu Pahat, Kluang (FT50) Parit Raja Daerah Batu Pahat, Johor masih menggunakan Sistem Melalui Tanah Yang Dikorek. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk menukar ke parit U-Drain yang diyakini mampu menampung jumlah air terutama di waktu hujan? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Sebagaimana pihak Yang Berhormat sedia ada maklum, sistem perparitan di kawasan sebagaimana yang dinyatakan masih lagi menggunakan sistem yang sama iaitu sistem longkang tanah. Walau bagaimanapun, JKR Johor telah menerima permohonan daripada JKR Batu Pahat bagi menaik taraf longkang di kawasan tersebut kepada longkang konkrit. JKR Johor telah mengangkat permohonan untuk tindakan pihak Cawangan Senggara Fasiliti Jalan bagi kelulusan dan penyaluran peruntukan. Surat permohonan adalah sebagaimana di Lampiran B100.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

148

YB PUAN NOR RASHIDAH BINTI RAMLI (PARIT RAJA) SOALAN B101 Sebahagian struktur bangunan di SK Parit Raja mengalami kerosakan dan keretakan yang serius. Minta dinyatakan apakah perancangan dan tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Johor bagi memastikan keselamatan murid dan warga sekolah terjamin? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Hasil semakan Jabatan Pendidikan Negeri Johor mendapati pemeriksaan daripada bahagian forensik Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilaksanakan pada awal tahun 2021. Isu kerosakan bangunan tersebut telah dalam tindakan pihak Ibu Pejabat JKR Malaysia untuk mengemukakan cadangan pembaikan dan perancangan pelaksanaan kerja. Sebagai langkah keselamatan, pihak JKR Batu Pahat telah membantu untuk memasang hoarding di lokasi berlakunya pemendapan struktur tersebut sementara menunggu kerja-kerja pembaikan dilaksanakan.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

149

YB PUAN NOR RASHIDAH BINTI RAMLI (PARIT RAJA) SOALAN B102 Minta dinyatakan bilangan penerima bantuan kebajikan di DUN Parit Raja mengikut kategori dan pecahan kaum serta jumlah bantuan kewangan dari tahun 2018 sehingga kini. JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Kerajaan negeri Johor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Johor telah menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada keluarga yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di seluruh negeri Johor termasuklah permohonan bantuan JKM di DUN Pasir Raja. Bilangan penerima bantuan kebajikan di DUN Parit Raja mengikut kategori dan pecahan kaum serta jumlah bantuan kewangan dari tahun 2018 sehingga kini seperti di Lampiran A. LAMPIRAN A

STATISTIK PENERIMA BANTUAN DUN PT RAJA MENGIKUT KAUM

2018-2021

BANGSA/TAHUN 2018 2019 2020 2021(Julai)

INDIA 96 95 98 102

368,400.00 391,800.00 378,000.00 286,300.00

CINA 34 34 35 37

132,600.00 141,600.00 136,800.00 102,900.00

MELAYU 536 529 544 564

2,040,000.00 2,169,600.00 2,097,000.00 1,628,200.00

JUMLAH 666 658 677 703

(RM) 2,541,000.00 2,703,000.00 2,611,800.00 2,017,400.00

STATISTIK IKUT JENIS BANTUAN DUN PT RAJA 2018-2021

TAHUN BKK BOT EPC BTB BPT B.AM BAP BLP JUMLAH

2018 71 96 211 153 66 69 0 0 666

223200 403200 1012800 459000 277200 165600 0 0 2,541,000.00

2019 70 94 246 144 73 68 0 0 695

225600 394800 1180800 432000 306600 163200 0 0 2,703,000.00

2020 76 90 230 151 64 64 2 677

245400 378000 1104000 453000 273000 153600 4800 2,611,800.00

2021 (Julai)

71 98 239 156 64 73 2 703

210350 343000 752850 327600 227500 153300 2800 2,017,400.00

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

150

YB PUAN NOR RASHIDAH BINTI RAMLI (PARIT RAJA) SOALAN B103 Minta dinyatakan bilangan penerima bantuan Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) di DUN Parit Raja mengikut kategori serta jumlah bantuan kewangan dari tahun 2018 sehingga kini. JAWAPAN YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI Mengikut rekod Majlis Agama Islam Negeri Johor jumlah penerima bantuan zakat kepada asnaf yang berkelayakan di dalam Dewan Undangan Negeri Parit Raja dari Tahun 2018 sehingga kini adalah seperti berikut :-

Bil. Jenis Skim Bantuan Jumlah Penerima Jumlah Perbelanjaan

1. Bantuan Sara Hidup Bulanan 158 Orang Penerima RM 47,600.00

2. Bantuan Perubatan Bulanan 110 Orang Penerima RM 18,274.00

3. Bantuan Perubatan Dialisis 70 Orang Penerima RM 798,700.00

4. Bantuan Bina Baru Rumah 4 Orang Penerima RM 160,000.00

5. Bantuan Baik Pulih Rumah 4 Orang Penerima RM 100,000.00

6. Bantuan Pakaian Sekolah 151 Orang Penerima RM 22,650.00

7. Bantuan Yuran Sekolah 52 Orang Penerima RM 5,200.00

8. Bantuan pendaftaran IPT 176 Orang Penerima RM 126,950.00

9. Bantuan Menjelaskan Hutang 10 Orang RM 72,262.00

10. Bantuan Berdikari 9 Orang RM 29,250.00

Jumlah Keseluruhan 744 Orang Penerima RM 1,380,886.00

Bantuan yang disediakan oleh MAINJ adalah mengikut kepada keperluan semasa asnaf terutamanya fakir dan miskin dalam menangani kos sara hidup, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan bencana alam. Permohonan boleh dibuat melalui pejabat MAINJ daerah menggunakan borang yang disediakan. Setiap permohonan akan dinilai kelayakan dari segi pendapatan dan tanggungan keluarga.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

151

YB PUAN NOR RASHIDAH BINTI RAMLI (PARIT RAJA) SOALAN B104 Mohon dinyatakan jumlah penerima vaksin di Daerah Batu Pahat, bilangan yang belum mendapat vaksin di Daerah Batu Pahat, dan bilangan belum mendapat vaksin, serta langkah seterusnya yang akan diambil oleh pihak kerajaan terutama bagi yang terlantar di rumah. JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Sehingga 1/8/2021, jumlah penerima vaksin COVID-19 di Batu Pahat adalah sebanyak 142,105 orang (41%) dan masih terdapat 204,000 orang lagi yang masih menunggu untuk menerima vaksin. Dengan adanya PPV mega di UTHM yang mula operasi pada 15/7/2021 dan mempunyai kapasiti sebanyak 3000 orang sehari serta PPV integrasi di Dewan Chee Ann Khor,Yong Peng yang mula beroperasi pada 18/7/21 dan berkapasiti sebanyak 2,000 orang sehari, kapasiti bilangan penerima vaksin di daerah Batu Pahat telah dipertingkatkan. Bagi penduduk yang terlantar di rumah pula, pasukan mobile daerah telah memberi vaksin secara berperingkat dan usaha ini masih diteruskan.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

152

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN B105 Apakah rancangan dan status pembinaan laluan alternatif yang menyambung Jalan Renggam ke Jalan Kota Tinggi melalui Vehicle Box Culvert bawah landasan berkembar yang telah di siap bina oleh SIPP-YTL sejak Julai 2020? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Pihak JKR telah dimaklumkan oleh Pejabat ADUN Mengkibol melalui rujukan surat JKR/S/210322 bertarikh 22hb Mac 2021 berkenaan pembinaan sebuah vehicle box culvert (VBC) oleh pihak Kontraktor Utama Projek Landasan Berkembar Elektrik: Gemas – Johor Bahru, SIPP – YTL JV. VBC tersebut telah dibina bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) atas permohonan Pejabat ADUN Mengkibol ke peringkat Kementerian Pengangkutan melalui rujukan surat MOT/A/01-01 bertarikh 10hb Mei 2019. Secara dasarnya, VBC tersebut telah dibina oleh pihak SIPP-YTL JV tanpa pengetahuan pihak JKR dan tidak mengambil kira keperluan teknikal standard piawaian pembinaan jalan JKR. Hal yang demikian sekali gus menyebabkan pembinaan VBC tersebut gagal memenuhi keperluan minimum had kelegaan ketinggian (vertical clearance height) iaitu 5.4 meter. VBC tersebut telah dibina menggunakan kaedah cast-insitu dengan ukuran laluan dalam terowong 6 meter lebar dan 4 meter tinggi (6m x 4m) (Rujuk Lukisan No: GJBEDTP / CRJGR / DD / SIPY – VCA / S3.0 / VBC-ST / 0002 dilampirkan di Lampiran B105). Walau bagaimanapun, pihak JKR menerima maklum bahawa Pejabat ADUN Mengkibol telah pun membuat permohonan kepada pihak Majlis Perbandaran Kluang (MPK) melalui rujukan surat MPK/T/201104 bertarikh 4hb November 2021 bagi tujuan memohon pembinaan kemudahan penyambungan jalan dari Jalan Mengkibol – Renggam ke Taman Kluang Indah. Kesimpulannya, tiada sebarang perancangan di pihak JKR untuk pembinaan laluan menghubungkan Jalan Renggam ke Jalan Kota Tinggi melalui VBC yang telah siap dibina oleh SIPP-YTL.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

153

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN B106 Apakah status penggunaan peruntukan kerajaan negeri untuk inisiatif Gobok Rakyat Johor di setiap daerah? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Mengkibol. Program Gobok Rakyat Johor menyasarkan golongan yang terputus bekalan makanan dan barangan keperluan akibat pandemik COVID-19. Umumnya, inisiatif ini akan membolehkan orang ramai mengambil makanan atau barangan keperluan asas yang disediakan di pusat-pusat Gobok Rakyat Johor mengikut daerah masing-masing. Oleh itu, status penggunaan peruntukan bagi inisiatif Gobok Rakyat Johor sehingga 31 Julai 2021 adalah berjumlah RM7,435,085.90 iaitu 92.94% daripada jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM8 juta. Pecahan peruntukan perbelanjaan mengikut daerah adalah sebagaimana berikut:

BIL DAERAH PERATUS PERBELANJAAN (%)

1. Johor Bahru 100.00

2. Muar 76.40

3. Batu Pahat 100.00

4. Kluang 82.94

5. Kota Tinggi 100.00

6. Mersing 88.75

7. Pontian 100.00

8. Segamat 92.26

9. Kulai 98.75

10. Tangkak 90.64

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

154

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN B107 Berapakah jumlah kompaun pematuhan SOP yang dikeluarkan melalui Operasi Bersepadu antara PBT dan pihak berkuasa yang lain? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Menerusi kenyataan media bersama Menteri Kesihatan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 03 Mac 2021 memaklumkan susulan pengisytiharan darurat oleh KDYMM Yang Dipertuan Agong, pada 11 Januari 2021, Kementerian Kesihatan telah meneliti dan membuat cadangan pindaan ke atas Akta 342 melalui seksyen 16 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021. Seterusnya, Task Force Operasi Pematuhan dibentuk dan diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain agensi bagi tujuan pemantauan pematuhan SOP sama ada melalui sekatan jalan raya (SJR) atau pemeriksaan di tempat awam. PDRM telah melaksanakan Op Patuh bagi membanteras ketidakpatuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan mewujudkan sekatan jalan raya atau SJR bergerak yang akan ditumpukan di kawasan hotspot COVID-19 di seluruh negara terutama di kawasan kilang dan industri. Sehubungan itu, sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN), 01 Julai hingga 03 Ogos 2021 terdapat 847 operasi bersepadu telah dilaksanakan yang melibatkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) dan lain-lain jabatan/agensi yang berkenaan. Merujuk kepada Laporan Op Patuh Kontinjen Johor daripada pihak PDRM, terdapat seratus lapan (108) kompaun telah dikenakan ke atas kesalahan berikut:-

KESALAHAN / KOMPAUN

Tiada Surat MITI 22

Salah Guna Surat MITI 2

Gagal Penyediaan Protokol Kesihatan 20

Melebihi Kapasiti Pekerja 60% 25

Lain-Lain 39

JUMLAH 108

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

155

Jumlah kekuatan anggota PDRM yang terlibat dengan operasi pematuhan SOP adalah seramai 465 orang yang merangkumi 302 anggota pasukan pematuhan dan 163 anggota MPV. Pemantauan SOP bagi Sektor Ekonomi telah melibatkan sebanyak 100,816 premis seperti pasar raya, restoran, kilang, penjaja, pasar awam dan lain-lain. Manakala pemantauan penjarakan sosial pula sebanyak 28,201 premis yang melibatkan pejabat kerajaan, terminal darat, air udara, tempat riadah, tempat ibadah, rumah dan tapak pembinaan. Seksyen 25, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) – Pengkompaunan Kesalahan. Penurunan kuasa tersebut berkuat kuasa pada 11 Mac 2021. Pegawai PBT yang diberi kuasa oleh Kementerian Kesihatan untuk mengeluarkan kompaun bagi kesalahan adalah Datuk Bandar, Setiausaha, Pegawai Penguat kuasa dan Pembantu Penguat kuasa di PBT. Sesi Taklimat Penguatkuasaan dan Pengkompaunan di bawah akta ini telah disampaikan kepada semua PBT pada 27 April 2021 dan buku kompaun telah diedarkan. Pindaan ini bagi membolehkan pegawai yang diberi kuasa termasuk dari badan berkanun atau PBT mengeluarkan kompaun bagi kesalahan. Merujuk Seksyen 25 – Pengkompaunan kesalahan, kadar kompaun asal “adalah tidak melebihi satu ribu ringgit” dipinda kepada “adalah tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi individu dan tidak melebihi lima puluh ribu bagi pertubuhan perbadanan”. Di peringkat PBT Negeri Johor, terdapat empat (4) kompaun di bawah Akta 342 yang telah dikeluarkan oleh Majlis Daerah Tangkak (MDT) melalui operasi pematuhan SOP seperti berikut :-

PBT TARIKH BANGSA KESALAHAN JUMLAH KOMPAUN

Majlis Daerah Tangkak

02/06/2021-28/07/2021

Cina (3 Lelaki / 1 Perempuan)

Pemilik premis gagal melaksanakan penjarakan fizikal

Majikan gagal memastikan kapasiti kehadiran pekerja

Lain-lain kesalahan yang tidak tersenarai

(menjalankan perniagaan yang tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP)

RM10,000 (Bagi setiap Perbadanan) Jumlah keseluruhan: RM40,000

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

156

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN B108 Apakah status terkini kedudukan kewangan termasuk simpanan semasa, simpanan tetap, wang amanah, K.W. pembangunan, K.W. PBKB, K.W. ISF dan Tanggungan Semasa untuk setiap PBT di Johor? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Sehingga 30 Jun 2021 kedudukan kewangan PBT adalah sebagaimana berikut :

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1 SIMPANAN SEMASA 608,835,591.76

2 SIMPANAN TETAP 1,315,285,740.42

3 WANG AMANAH 459,298,206.87

4 KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN 122,270,129.10

5 KUMPULAN WANG PPKB 189,965.03

6 KUMPULAN WANG ISF 355,664,299.41

7 TANGGUNGAN SEMASA 613,056,252.17

8 KEDUDUKAN KEWANGAN 727,339,170.20

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

157

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN B109 Mengapakah wujudnya kelewatan bekalan vaksin di Johor yang menyebabkan sehingga 26hb Julai, hanya 53.8% daripada jumlah 1.293 juta dos vaksin yang sepatutnya diterima, dan seterusnya menyebabkan kadar vaksinasi Johor merupakan negeri yang ke-3 terendah di Malaysia berbanding dengan negeri-negeri lain? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Bekalan vaksin COVID yang diterima negeri Johor pada bulan Julai adalah sebanyak 1,293,130 dos seperti yang dimaklumkan oleh pihak CITF. Pemberian vaksin di Johor adalah ketiga terbanyak di Malaysia tetapi dari segi peratus, Johor adalah antara yang terendah di Malaysia. Kerajaan negeri telah berusaha untuk mendapatkan lebih vaksin COVID bagi penduduk negeri Johor dan telah memaklumkan kepada pihak CITH Kebangsaan kapasiti harian PPV Johor adalah 70 ribu sehari.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

158

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NANAS) SOALAN B110 Memohon jumlah ahli Perkeso yang memohon bantuan Skim Insurans Pekerja di negeri Johor mengikut daerah pada tahun 2019, tahun 2020 dan tahun 2021 (sehingga Julai) dan nyatakan jenis bantuan yang telah disalurkan dan jumlah peruntukannya. JAWAPAN YB DATUK MOHD IZHAR BIN AHMAD Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 [Akta 800] telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2018 bagi tujuan untuk membantu Orang Berinsurans yang telah kehilangan pekerjaan. Bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan, antara bantuan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) menawarkan dua jenis faedah iaitu faedah berbentuk kewangan dan faedah bantuan pencarian pekerjaan yang akan diberikan seperti berikut; i. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) iaitu menyediakan elaun mencari pekerjaan bagi tempoh 3 - 6 bulan tertakluk kepada syarat kelayakan caruman. Jumlah Elaun Mencari Pekerjaan yang dibayar adalah berdasarkan Gaji Bulanan Anggapan pada kadar seperti berikut; a. 80% pada bulan pertama; b. 50% pada bulan kedua; c. 40% pada bulan ketiga dan keempat; d. 30% pada bulan kelima dan keenam; ii. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) di mana ianya adalah elaun yang dibayar kepada Orang Berinsurans yang kembali bekerja semula awal. Elaun bekerja semula awal ini bertujuan sebagai insentif untuk menggalakkan Orang Berinsurans untuk kembali bekerja dengan segera. Kadar bayaran elaun adalah sebanyak 25% daripada baki Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dan dibayar secara pukal; iii. Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB), adalah elaun yang disediakan kepada Orang Berinsurans yang bekerja dengan lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan pekerjaan dari salah satu majikan tersebut. Kadar dan tempoh bayaran adalah sama dengan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP); iv. Orang Berinsurans yang menjalani latihan akan mendapat Elaun Latihan di antara RM10.00 hingga RM20.00 sehari selama 6 bulan; v. Fi Latihan dibayar kepada Penyedia Latihan yang berdaftar dengan jumlah maksimum sebanyak RM4,000.00. vi. Faedah bantuan pencarian pekerjaan untuk membantu Orang Berinsurans dapat kembali bekerja semula iaitu dengan sokongan secara individu oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO kepada Orang Berinsurans. Kerajaan amat prihatin dengan nasib pekerja yang kehilangan pekerjaan. Oleh itu peruntukan RM150 juta yang telah dibentangkan dalam belanjawan 2021 dianggarkan akan

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

159

memanfaatkan kira-kira 130 ribu pekerja yang kehilangan pekerjaan. Program ini dikenali sebagai SIP PRIHATIN 1.0 Inisiatif ini adalah melalui penambahbaikan bayaran Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dan tempohnya dilanjutkan 3 bulan lagi. Mulai tahun 2021, tempoh Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) akan dilanjutkan selama tiga bulan dan kadar layak menuntut adalah 80% bagi bulan pertama, 50% bagi bulan kedua hingga bulan keenam dan seterusnya 30% bagi tiga bulan terakhir. Selain itu, SIP juga menyediakan kaunseling kerjaya, Skills Profiling, penulisan resume, mock interview, latihan kemahiran bahasa dan penyampaian serta seminar pekerjaan bagi mereka yang telah kehilangan pekerjaan ini.

SIP + SIP PRIHATIN 1.0

Negeri Johor 2019 2020 2021

Permohonan 4,530 10,434 8,593

Jumlah Lulus 3,591 8,437 7,181

Jumlah Tolak 826 1,822 1,179

Pembayaran (Dana SIP) 9.01 Juta 31.96 Juta 2.98 Juta

Pembayaran (Dana Kerajaan) - - 25.49 Juta

Keseluruhan Pembayaran (RM) 9.01 Juta 31.96 Juta 28.47 Juta

*Statistik sehingga 31 Julai 2021

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

160

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NANAS) SOALAN B111 Apakah perincian terkini pelaksanaan projek jeti nelayan Kampung Jeram Batu yang telah diluluskan? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman Yang Berhormat, reka bentuk projek Jeti Nelayan Jeram Batu, Pontian dibuat secara reka bentuk dalaman oleh Bahagian Bangunan dan Infrastruktur, JPS Malaysia. Reka bentuk bagi projek ini telah siap dan kini Jabatan sedang menyediakan Dokumen Tender. Dijangka projek ini dapat ditender pada bulan Oktober 2021.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

161

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NANAS) SOALAN B112 Bilakah tarikh pelaksanaan projek pembinaan jalan ladang Sempadan Pontian Kecil untuk mengeluarkan hasil pertanian dan penempatan baru di Kampung Melayu Raya dengan rujukan Surat MBJ.07/06/0702 (49) bertarikh 18 hb Januari 2021. JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman Yang Berhormat, permohonan ini telah ditanggung oleh agensi pelaksana. Walau bagaimanapun, proses perolehan dan lantikan bagi kerja ini sedang berjalan, dan projek ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat setelah lantikan ini selesai.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

162

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NANAS) SOALAN B113 Apakah usaha kerajaan untuk membantu petani kecil untuk mengatasi masalah lambakan nanas pada masa PKP? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman Yang Berhormat, isu pemasaran hasil pertanian antara dilema besar yang dihadapi petani dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun 2020. Walaupun pergerakan kenderaan yang membawa hasil pertanian dibenarkan, tapi isu yang lebih besar ialah ruang pasaran yang sangat terhad apabila pasar borong, pasar tani, pasar sehari dan pasar malam dihentikan operasi. Pasar raya juga menerima sejumlah kecil saja hasil berbanding dengan kemuncak hasil pengeluaran pertanian di sekitar negeri Johor sekarang seperti nanas, pisang dan sebagainya. Penguncupan permintaan pengguna tempatan juga memberi kesan besar terhadap kebolehpasaran hasil pertanian. Pengguna pada masa ini lebih berhati-hati memilih barangan keperluan bagi mengimbangi pendapatan yang diperolehi mereka. Majlis keramaian tidak dibenarkan dan operasi sekolah ditutup bagi membendung wabak ini dari berleluasa. Hal ini seterusnya menyebabkan permintaan bagi hasil pertanian dalam kuantiti yang banyak amat terkesan seterusnya petani tidak dapat memasarkan hasil keluaran mereka sepertimana dirancang. Menyedari hakikat ini, FAMA Negeri Johor telah menggiatkan usaha-usaha meningkatkan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran melalui strategi-strategi berikut: 1. Pembangunan Pembekalan Produk Bagi memastikan jaminan bekalan yang berterusan dan memenuhi permintaan pasaran, program Ladang Kontrak telah diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan dengan menumpukan kepada sektor pertanian yang boleh dipergiatkan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi. Program ini bertujuan meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi yang memberi penekanan kepada beberapa aspek pembangunan pengeluaran berkualiti yang mempunyai nilai tambah melalui aktiviti seperti penggredan, pembungkusan dan pelabelan. Program tersebut dilaksanakan secara bersepadu di antara jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Antara manfaat yang diperolehi adalah seperti bantuan khidmat nasihat, bantuan peralatan dan pengaturan pemasaran. Tujuan program Ladang Kontrak dilaksanakan adalah:

i. Menjamin pasaran dan meningkatkan pendapatan pengeluar

ii. Mempergiatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran

iii. Memastikan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan menepati kehendak pasaran

Sehingga Julai 2021 bilangan peserta Ladang Kontrak terkumpul di negeri Johor yang berdaftar adalah sebanyak 1,420 petani dengan keluasan 1,435.88 hektar.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

163

2. Pembangunan Infrastruktur Pemasaran Untuk memajukan sektor pertanian negeri sebagai satu sektor yang moden, dinamik dan berdaya saing, isu kritikal dan cabaran yang dihadapi oleh sektor ini perlu ditangani. Antara inisiatif dan program yang telah dirangka adalah dengan memantapkan rantaian bekalan makanan seperti menambah baik infrastruktur, mengukuhkan pusat pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran serta meluaskan lagi pemasaran. Menyedari kepentingan ini pihak FAMA telah menyediakan kemudahan infrastruktur pemasaran bagi melengkapkan rantaian pemasaran. Perwujudan Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) telah dibangunkan di kawasan pengeluaran sebagai tempat pengumpulan hasil pertanian sebelum dipasarkan. Ia bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah pemasaran pertanian melalui amalan pengendalian selepas tuai, meningkatkan mutu pengedaran, pelabelan serta sebagai pusat saluran informasi pertanian. Buat masa ini FAMA telah membangunkan sebanyak 19 Pusat Pengumpulan yang dapat dimanfaatkan oleh 120 orang peserta. Sejak wabak COVID-19 melanda, pelbagai pihak mula membangunkan aplikasi telefon mahupun perhubungan melalui sosial media (Whatsapp dan Facebook) bagi memastikan penjualan agro-makanan segar berjalan dengan baik. Selaras dengan situasi semasa, Pusat Pengumpulan Digital (PPD) dibangunkan bagi menghubungkan penjual dan pemborong. Konsep PPD adalah sama seperti Pusat Pengumpulan Ladang tetapi lebih cekap dan sistematik. Melalui PPD, transaksi jualan akan lebih telus, nama penjual dan pembeli diketahui, pasaran akan lebih terjamin dan isu traceability juga dapat diatasi di masa hadapan. FAMA juga mewujudkan Hab Pengedaran di kawasan bandar utama yang berhampiran dengan kawasan pengeluaran dan kompleks pasar borong sedia ada. Hab ini berperanan sebagai pusat penerimaan, tambah nilai dan seterusnya mengedarkan hasil-hasil keluaran pertanian ke rangkaian pasar raya dan institusi. Di samping itu, ia mempunyai kemudahan dan peralatan untuk urusan pembungkusan semula, penyimpanan, pemeraman dan khidmat logistik penghantaran. Kemudahan bilik sejuk juga disediakan bagi memastikan hayat hasil pertanian yang ada dapat dikawal seterusnya memudahkan pengaturan pemasaran dilaksanakan. Selain berfungsi sebagai pusat edaran produk pertanian, pusat ini turut berfungsi sebagai pusat penyebaran maklumat berkaitan pemasaran hasil pertanian dan teknologi yang berfaedah kepada petani dan pengusaha. Terdapat sebanyak 4 buah pusat pengedaran FAMA sedang beroperasi di Johor Bahru, Simpang Renggam, Tangkak dan Batu Pahat. 3. Penyediaan Ruang Pasaran Dalam memastikan sektor pertanian negara diperkasa dan berdaya saing, berbagai platform pemasaran telah diwujudkan oleh FAMA bagi memastikan usahawan tani dapat bersaing dan menjual hasil-hasil mereka kepada pengguna. Antara saluran pemasaran yang telah dibangunkan FAMA sepanjang perlaksanaan PKP adalah seperti berikut:

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

164

i. Pasar Segar Terkawal (PST) Pasar Segar Terkawal (PST) telah diperkenalkan pada tahun 2020 bagi memberi akses pilihan kepada pengguna mendapatkan barangan keperluan. Sebanyak tujuh (7) komoditi ditawarkan di semua outlet PST ini iaitu sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan atau hasil laut, daging, barangan runcit dan barangan asas tani. Ianya bercirikan terbuka atau berbumbung dengan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berwajib. Dengan perlaksanaan PST ini, ia secara tidak langsung berupaya membantu petani menjual hasil keluaran mereka terus kepada pengguna manakala pengguna mendapat bekalan bermutu dengan harga yang berpatutan. Pada tahun 2021, sebanyak 6 lokasi PST telah beroperasi di seluruh Pasar Tani Kekal seluruh negeri Johor dengan melibatkan seramai 184 peserta. Nilai jualan terkumpul sejak beroperasi pada Mei sehingga 31 Julai 2021 adalah sejumlah RM 319,882.90. Pihak FAMA memerlukan kerjasama pihak Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengenal pasti lokasi-lokasi yang bersesuaian untuk perlaksanaan PST bagi memberi peluang lebih ramai lagi petani terlibat terutama semasa menghadapi krisis sebegini.

ii. Portal Agrobazaar Online dan Pemasaran Online Transisi pembangunan pemasaran dari offline kepada online (atas talian) adalah salah satu strategi yang dilaksanakan oleh FAMA. Matlamatnya adalah untuk memastikan kelestarian pengeluar dan usahawan pemasar dalam industri agro-makanan. Justeru FAMA bukan sahaja membantu dalam pembangunan pemasaran secara jual beli, pemadanan dan pengaturan pasaran tetapi bagi memastikan pengeluar dan usahawan pemasar terus kompetitif, platform Agrobazaar Online turut disediakan. Agrobazaar Online merupakan antara platform untuk usahawan memasarkan produk serta perkhidmatan berasaskan pertanian secara maya kepada pengguna. Pencapaian sehingga Jun 2021, seramai 6,208 usahawan telah berdaftar sebagai pekedai dengan melibatkan 20,877 produk ditawarkan menggunakan platform ini di seluruh Malaysia. Selaras dengan perkembangan teknologi dan peningkatan trend pembelian secara atas talian, Agrobazaar Online telah membuat pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan ke atas portal serta membangunkan aplikasi mudah alih agar lebih mesra pengguna. Beberapa peningkatan ciri-ciri tambahan telah dijalankan iaitu pendaftaran dan log masuk melalui Google atau Facebook, peta padanan dan penambahbaikan gerbang pembayaran. Penyertaan Agrobazaar Online adalah terbuka kepada semua usahawan, pengeluar dan pengusaha di bawah enam kategori produk yang dibenarkan iaitu kategori tanaman, perikanan, ternakan, industri asas tani, agro-pelancongan dan agro-perkhidmatan. Usaha untuk mempromosi platform ini masih giat dijalankan seiring dengan perubahan kaedah pembelian pengguna. Pihak FAMA juga sentiasa membuka peluang kepada petani-petani tempatan dengan menganjurkan beberapa kursus berkaitan pemasaran secara atas talian (online). Penganjuran kursus ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada kumpulan sasar mengembangkan perniagaan mereka di samping mempelbagaikan kaedah pemasaran.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

165

iii. Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) dianjurkan FAMA sebagai inisiatif menyediakan outlet pemasaran kepada usahawan yang juga peserta ladang kontrak mempromosikan produk hasil pertanian dan industri asas tani kepada pengguna pada harga yang berpatutan. JTDL mampu menawarkan harga lebih berpatutan kepada pengguna iaitu 5 hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran dan harga yang munasabah kepada pengeluar. Program ini menggalakkan peserta ladang kontrak membuat jualan terus hasil pertanian masing-masing kepada pengguna tanpa membabitkan orang tengah dan dengan ini mereka mampu mendapat pulangan tinggi. Impak JTDL bukan saja memberi pendedahan kepada peserta bagi membuat jualan produk yang lebih kemas, tersusun dan teratur, malah mendisiplinkan mereka dengan pematuhan peraturan ditetapkan outlet serta didedahkan dengan kemahiran berhadapan dengan pelanggan. Dalam JTDL, pelbagai produk pertanian segar ditawarkan pada harga berpatutan kepada pengguna diadakan di lokasi terbuka seperti pekarangan pejabat FAMA, pejabat-pejabat kerajaan / swasta, pasar tani, tapak ekspo dan pasar raya. Pada tahun 2020, sebanyak 66 program JTDL telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 210 peserta dengan nilai jualan sebanyak RM1,381,279.00. Bagi pengguna, mereka dapat membuat belian sayuran dan buah-buahan terus daripada ladang, pada masa sama didedahkan dengan ilmu dan pengetahuan dalam bidang pertanian dengan pertemuan terus dengan petani. Cara ini membantu dapat mengurangkan kos sara hidup dengan pembelian dengan harga yang lebih rendah dari pasaran.

iv. Program Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP) Program RPKP dibangunkan bagi memastikan lebih banyak hasil daripada Ladang Kontrak disalurkan terus kepada pengguna melalui outlet peruncitan yang telah disediakan oleh FAMA di samping membangunkan usahawan pemasar yang bertanggungjawab memasarkan hasil keluaran petani-petani (pengeluar) di bawah kelolaan mereka. Objektif utama perlaksanaan program ini adalah seperti berikut:

a. Memperkukuhkan bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan di pasaran melalui konsep jualan terus daripada Ladang ke Pasaran.

b. Meredakan tekanan inflasi dengan tawaran harga yang lebih berpatutan daripada harga pasaran.

c. Memendekkan rantaian pemasaran sayur dan buah. d. Menawarkan harga ladang yang lebih baik kepada pengeluar.

Program ini dilaksanakan kerana rantaian pemasaran mempunyai banyak perantara pasaran yang menyumbang kepada harga yang tinggi sebelum hasil ladang dapat sampai kepada pengguna. Oleh yang demikian pengurangan perantara pasaran mampu menawarkan harga yang lebih berpatutan kepada pengguna dan harga yang munasabah kepada pengeluar. Sehingga kini seramai 34 usahawan pemasar dan lebih 133 usahawan pengeluar RPKP telah berjaya dibangunkan.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

166

4. Pembangunan Keusahawanan Inisiatif kerajaan dalam mendepani transformasi sektor pertanian adalah dengan pembangunan kapasiti di sepanjang rantaian. FAMA membangunkan pelbagai projek bagi setiap segmen dari pembekalan, pengumpulan, pemprosesan, pemborongan, peruncitan sehingga kepada pengguna. Setiap projek memfokuskan kepada pembangunan nilai berteraskan usahawan, infrastruktur, luang pasaran dan produk. Bagi memberi impak positif terhadap industri agro-makanan, golongan muda turut diberikan perhatian dengan perlaksanaan program MyAgrosis. Program ini telah dilaksanakan di 112 Institut Pengajian Tinggi di seluruh negara. Ia melibatkan sebanyak tiga skop perniagaan tani yang telah dipilih untuk dijadikan sebagai asas kepada pendedahan terhadap aktiviti Agro Niaga (Agro Trading), Agro Ladang (Agro Farm) dan Agro Inovasi. Pihak FAMA juga menganjurkan kursus pengendalian lepas tuai untuk meningkatkan hasil lebih berkualiti dan mengikut kehendak pasaran. Di samping itu, bahagian ini berperanan membina keupayaan kumpulan sasar melalui latihan, bimbingan, khidmat nasihat dan perundingan dalam ilmu pemasaran agro-makanan. Ianya juga berfungsi:

a. Memindahkan maklumat, teknologi dan kemahiran pemasaran kepada kumpulan sasar melalui program-program pendidikan dan khidmat nasihat.

b. Meningkatkan amalan pemasaran baik di kalangan kumpulan sasar ke arah jaminan bekalan makanan dengan nilai tambah dan memenuhi kehendak pasaran.

Selaras dengan tanggungjawab untuk menyelaras aktiviti-aktiviti pemasaran pertanian sama ada melibatkan pihak swasta atau jabatan/agensi kerajaan dan ianya menjurus kepada pemasaran keluaran pertanian yang segar, berkualiti serta selamat dimakan pihak FAMA telah memperkenalkan Peraturan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (GPL) untuk dipraktikkan dalam semua peringkat urusan pemasaran hasil-hasil pertanian di pasaran tempatan dan juga eksport. Peraturan GPL FAMA telah diwartakan menjadi Undang-Undang Malaysia pada 18hb Ogos 2008 sebagai Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) 2008. Melalui amalan Penggredan dan Pembungkusan yang baik, kualiti keluaran pertanian dapat dipertingkatkan berdasarkan permintaan pelanggan dan juga sektor pasaran di samping memberikan pulangan yang lebih baik kepada pengeluar tempatan. Amalan pelabelan pula akan membekalkan maklumat sumber bekalan yang lengkap dan tepat sebagai jaminan keselamatan makanan di dalam penguatkuasaan Akta Makanan 1983. Sehubungan dengan itu, kesemua projek dan program yang disediakan ini diharap dapat dimanfaatkan oleh semua kumpulan sasar bagi memastikan hasil keluaran mereka dapat dipasarkan secara efektif seterusnya dapat bersaing dalam pasaran terbuka. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Johor pula berperanan dalam menyediakan ruang pasaran bagi menyediakan perkhidmatan pemasaran produk-produk hasil pertanian dan IKS yang diuruskan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) dan Pertubuhan Peladang Kawasan seperti berikut :

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

167

i. 27 pusat pengumpulan hasil pertanian (pphp) @ peladang bizcenter @ peladang outlet

ii. 12 buah agrobazar iii. 1 pasar peladang iv. 7 buah kedai peladang

Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor telah mempergiat dan mengaktifkan operasi 27 buah Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) dan Outlet Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh Negeri Johor dalam mengumpul dan memasarkan hasil pertanian usahawan peladang sepanjang musim pandemik Covid-19 bermula dari tahun 2020 sehingga kini. Berakhir 31 Disember 2020, PPHP Pertubuhan Peladang Kawasan telah memasarkan hasil pertanian sebanyak RM32.71juta dan sehingga bulan Jun 2021 pemasaran hasil pertanian sebanyak RM17.017 juta. Jumlah pemasaran hasil-hasil pertanian ini telah melibatkan 766 pengeluar dan usahawan ahli-ahli Pertubuhan Peladang. Pertubuhan Peladang telah memasarkan produk - produk hasil pertanian dari Januari sehingga Jun 2021 seperti berikut :

Bil Jenis produk Berat (M/tan)

1 Ayam 965.45

2 Sayur-sayuran 407.89

3 Buah-buahan 243.46

4 Hasil laut 98.99

5 Daging lembu 40.89

6 IKS & makanan sejuk beku 80.78

Sebagai contoh, hasil pertanian buah nanas dari pekebun kecil telah dipasarkan melalui Peladang Outlet Pengerang sebanyak 11.469 MT dan Peladang Outlet Benut sebanyak 100.38 MT. Semasa musim lambakan buah durian yang lalu Peladang Outlet Ayer Baloi turut membantu memasarkan sebanyak 7.79 MT hasil buah durian pekebun kecil di sekitar daerah Pontian. Sebagai langkah jangka masa panjang bagi menjamin dan memantapkan rantaian pemasaran hasil pertanian, pihak kerajaan negeri juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi Program Pengumpulan Hasil Pertanian PPK Benut dan PPK Kluang. Pada masa ini PPK Benut telah memasarkan hasil pertanian daripada pengeluar hasil pertanian seramai 69 orang dan PPK Kluang seramai 126 orang. Peruntukan ini akan memberi manfaat kepada 29 Pertubuhan Peladang Kawasan dan 1 Pertubuhan Peladang Negeri yang akan menyelia 700 unit peladang dengan keahlian berakhir 30 Jun 2021 berjumlah 105,574 orang ahli. Untuk makluman Yang Berhormat, berkenaan isu pemasaran buah nanas, jenis nanas yang terkesan pada ketika ini adalah Varieti Moris dan Josapine. Nanas Moris dan Josapine banyak digunakan di dalam masakan dan makan segar. Kekangan dan pelanjutan PKP 3.0 di mana majlis-majlis dan kenduri tidak dapat dilaksanakan antara faktor yang memberi kesan kepada permintaan nanas Moris dan Josapine. Pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah mengambil beberapa langkah/inisiatif bagi membantu pengusaha tanaman yang terjejas akibat kesan Pandemik COVID-19 dan PKP yang berlarutan dengan kaedah :

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

168

1. Membuat pemadanan pemasaran dengan pemborong - pemborong sedia ada di Negeri Johor serta di Luar Negeri Johor. 2. Membuat pembelian buah nanas melalui peruntukan Promosi Kempen Nanas Negeri Johor. 3. Membuat pemadanan dengan kilang – kilang pemprosesan nanas. 4. Pihak LPNM juga dalam usaha transformasi menggalakkan pengusaha menanam varieti yang lebih komersial dan premium seperti varieti MD2 yang mana permintaannya di pasaran adalah tinggi dan ketika ini juga tiada masalah pemasaran.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

169

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NANAS) SOALAN B114 Sepanjang pelaksanaan PKP, kemudahan Internet adalah suatu keperluan yang mendesak terutama bagi tujuan PDPR dan perniagaan dalam talian. Apakah tindakan kerajaan bagi mengatasi masalah capaian Internet yang terlalu daif terutama di kawasan kampung? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa prihatin terhadap keperluan kemudahan Internet yang telah menjadi salah satu keperluan utama terutamanya di musim pandemik ini. Sehubungan dengan itu, pelan tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dilaksanakan secara berperingkat dalam 2 fasa yang sedang berlangsung bermula pada tahun 2020 hingga 2025 telah dibangunkan bagi mempercepatkan serta merancakkan pembangunan infrastruktur digital terutamanya di kawasan kampung di pinggir bandar dan luar bandar. JENDELA adalah sebuah rancangan penyediaan infrastruktur digital yang menyeluruh dan komprehensif bertujuan untuk memberi perkhidmatan Internet tetap dan mudah alih yang berkualiti kepada pengguna. JENDELA akan memastikan aktiviti seperti bekerja dari rumah, perniagaan dalam talian dan juga pembelajaran dalam talian dapat diteruskan walaupun negara berdepan dengan pandemik COVID-19. Melalui JENDELA fasa 1 yang bermula pada tahun 2020 sehingga tahun 2022, liputan jalur lebar mudah alih 4G akan diperluaskan lagi dengan pembinaan sebanyak 233 buah menara telekomunikasi yang baharu yang majoritinya di kawasan luar bandar dan 101 daripadanya telah pun siap dibina sehingga Jun 2021. Selain itu, sejumlah 3,409 alat pemancar sedia ada akan di naik taraf kepada perkhidmatan 4G dan 2,877 daripadanya telah pun selesai di naik taraf sehingga Jun 2021. Di bawah fasa yang sama juga, liputan jalur lebar talian tetap gentian optik akan diperluaskan lagi kepada 413,493 buah premis di negeri Johor yang kebanyakannya juga di kawasan luar bandar. Sehingga Jun 2021, sejumlah 146,766 buah premis daripadanya telah dilalui dengan infrastruktur gentian optik dan telah mendapat akses kepada kemudahan jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

170

YB CIK LIOW CAI TUNG (JOHOR JAYA) SOALAN B115 Nyatakan status perkembangan dan rancangan Program Mama-Friendly. JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Jumlah bilik yang telah terlaksana bagi tahun 2020 adalah sebanyak 52 bilik dengan dapat memberikan manfaat kepada lebih 275 penggunaan. Program ini telah mendapat sambutan baik daripada masyarakat negeri Johor. Program ini akan diteruskan pada tahun 2021 dengan diperluaskan lagi sebanyak 10 Bilik di agensi-agensi kerajaan seperti klinik-klinik daerah, LHDN, sekolah serta Institusi Pengajian Tinggi.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

171

YB CIK LIOW CAI TUNG (JOHOR JAYA) SOALAN B116 Senaraikan nama rumah dan bilangan kes COVID-19 yang terlibat bagi setiap kategori rumah kebajikan termasuk rumah warga emas, rumah anak yatim, rumah pengasuh kanak-kanak dan lain-lain. JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor merekodkan sebanyak 265 Pusat Jagaan Berdaftar yang beroperasi sehingga kini meliputi pelbagai kategori pusat jagaan iaitu Pusat Jagaan Warga Emas sebanyak 64 buah, Pusat Jagaan Orang Kurang Upaya sebanyak 28 buah, Pusat Jagaan Wanita sebanyak dua buah dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak sebanyak 171 buah yang dikendalikan oleh pihak swasta ataupun Badan Bukan Kerajaan (NGO’s). Jabatan Kebajikan Masyarakat prihatin kepada perkembangan penularan wabak kes COVID-19 khusus di pusat jagaan yang berdaftar terlibat dengan wabak COVID-19 di negeri Johor iaitu :

BIL. DAERAH NAMA PUSAT JAGAAN KATEGORI KES COVID-19

1. Johor Bahru Baitus Solehah Caring Centre

Wanita 3 Penjaga 67 Penghuni

2. Johor Bahru Sunrise Care Centre Warga Emas 2 Penjaga

3. Johor Bahru Sunrise Care Centre OKU 3 Penjaga 13 Penghuni

4. Johor Bahru Pusat Jagaan Pertubuhan Anak-Anak Yatim Johor Bahru ( BARKAT )

Kanak-Kanak 1 Penjaga 64 Penghuni

5. Johor Bahru Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Shafar

Kanak-Kanak 2 Penjaga 10 Penghuni

6. Muar Pusat Jagaan Teduhan Zafrah

Warga Emas 3 Penjaga 6 Penghuni

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) tahun 2021 sehingga kini, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor melalui Pegawai Diberi Kuasa Daerah di setiap daerah telah melaksanakan pemantauan pematuhan SOP pencegahan wabak COVID-19 di Pusat Jagaan Berkediaman dan Harian yang beroperasi berjumlah 159 buah bagi memastikan kesemua Pusat Jagaan Berdaftar beroperasi di seluruh negeri Johor mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM. Usaha-usaha khidmat nasihat dan penguatkuasaan pematuhan dilaksanakan secara berterusan. Berikut adalah statistik pemantauan Pusat Jagaan mengikut daerah sehingga 1 Ogos 2021 Data Pusat Jagaan Berdaftar yang telah dilaksanakan pemantauan pencegahan wabak Covid-19 mengikut daerah di negeri Johor :

BIL DAERAH PUSAT JAGAAN BERDAFTAR

1 Johor Bahru 77

2 Muar 13

3 Segamat 8

4 Batu Pahat 21

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

172

5 Mersing 2

6 Pontian 3

7 Kluang 15

8 Kulai 11

9 Tangkak 4

10 Kota Tinggi 5

JUMLAH 159

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor mempunyai 4 buah rumah kebajikan yang dikawal selia oleh Jabatan sendiri iaitu 2 institusi Orang Kurang Upaya (Taman Sinar Harapan Tampoi dan Taman Sinar Harapan Jubli) serta 2 institusi warga emas (Rumah Seri Kenangan Johor Bahru dan Desa Bina Diri Mersing). Pada tahun 2020 tidak ada kes positif COVID-19 di kalangan penghuni dan kakitangan institusi di semua rumah kebajikan (institusi) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor. Namun, sehingga 1 Ogos 2021 terdapat sebanyak 213 kes positif COVID-19 di kalangan penghuni dan kakitangan di 3 buah institusi tersebut seperti jadual berikut:

BIL. INSTITUSI KATOGERI INSTITUSI

BIL. KES POSITIF CATATAN

PENGHUNI KAKITANGAN JUMLAH

1. Taman Sinar Harapan Jubli, Johor Bahru

OKU

22 3 25 Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (31 Julai 2021 hingga 13 Ogos 2021)

2. Taman Sinar Harapan Tampoi, Johor Bahru

OKU

112 7 119 Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) (30 Mei 2021 hingga 12 Jun 2021)

3. Rumah Seri Kenangan Johor Bahru

Warga Emas

63 6 69 Kuarantin Wajib (Klauster Jalan Ithnin) (26 Januari 2021 hingga 4 Februari 2021)

JUMLAH KESELURUHAN 197 16 213

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

173

YB CIK LIOW CAI TUNG (JOHOR JAYA) SOALAN B117 Nyatakan rancangan mengatasi masalah perparitan yang mengakibatkan banjir kilat di Kg Belantik, Kg Sri Bahagia Plentong, Taman Saujana dan Taman Johor Jaya. JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah membuat semakan dan didapati bahawa isu banjir kilat di Kampung Belantik adalah disebabkan oleh sistem perparitan di kawasan berkenaan yang mengalir keluar ke Sungai Tebrau telah terhalang berikutan outlet jenis electrical penstock system telah ditutup. Outlet tersebut terletak di kawasan Rehat dan Rawat EDL Pandan bersebelahan Sungai Tebrau di mana sebelum ini outlet tersebut sentiasa diselenggarakan dan dikendalikan pengoperasian oleh pihak konsesi Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB). Manakala bagi isu banjir di Kampung Sri Bahagia Plentong, pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menjalankan kajian tebatan banjir bagi cadangan penyediaan rizab parit yang lebih teratur. Untuk makluman, kawasan ini pada asalnya adalah merupakan kawasan setinggan di mana sistem perparitannya adalah tidak teratur. Selain itu, antara faktor kejadian banjir yang berlaku di Taman Saujana adalah melibatkan kawasan setinggan di mana sistem perparitan sedia ada yang tidak teratur dan tiada rizab parit dan ini menyebabkan sistem saliran air tersumbat di kawasan tersebut. Seterusnya, bagi isu banjir di Taman Johor Jaya, pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah siap membina weir pada bulan Julai 2020 di outlet kolam tadahan di kawasan upstream bagi mengawal kadar aliran air yang tinggi daripada kawasan upstream.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

174

YB CIK LIOW CAI TUNG (JOHOR JAYA) SOALAN B118 Nyatakan kos perbelanjaan, bilangan penerima mengikut DUN bagi Program Bantuan Ihsan Johor pada tahun 2020 dan rancangan seterusnya bagi tahun 2021. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Johor Jaya. Pada tahun 2020, kerajaan negeri bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah membelanjakan sejumlah RM182.40 juta bagi membiayai 52 inisiatif di bawah PRE Ihsan Johor 1.0 khusus untuk membantu meringankan beban rakyat di negeri ini yang terkesan ekoran penularan wabak COVID-19. Selaras dengan itu, perbelanjaan ini adalah melebihi daripada peruntukan asal yang dianggarkan iaitu sebanyak RM163.31 juta. Bagi bantuan ini sejumlah 41,565 orang telah menerima manfaat daripada inisiatif tersebut. Pecahan mengikut DUN adalah seperti berikut:

BIL PUSAT SALURAN BIL PENERIMA BANTUAN TUNAI

1 Pejabat Menteri Besar Johor 2,807

2 Adun Pasir Raja 83

3 Adun Parit Yaani 56

4 Adun Rengit 72

5 Adun Semerah 39

6 Adun Pemanis 386

7 Adun Endau 17

8 Adun Paloh 38

9 Adun Tenang 64

10 Adun Bukit Pasir 125

11 Adun Mengkibol 1,117

12 Adun Jementah 824

13 Adun Gambir 19

14 Adun Semarang 1,281

15 Adun Bentayan 337

16 Adun Kemelah 69

17 Adun Pulai Sebatang 144

18 Adun Tangkak 843

19 Adun Yong Peng 396

20 Adun Kempas 8

21 Adun Senggarang 3

22 Adun Skudai 21,799

23 Adun Panti 165

24 Adun Kahang 39

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

175

25 Adun Parit Raja 68

26 Adun Layang-layang 307

27 Adun Penawar 62

28 Adun Penggaram 529

29 Adun Perling 751

30 Adun Sri Medan 61

31 Adun Bekok 35

32 Adun Machap 262

33 Adun Pekan Nenas 192

34 Adun Larkin (Tanjong Puteri) 121

35 Adun Sungai Balang 181

36 Adun Parit Naning 135

37 Adun Kota Iskandar 165

38 Adun Senai 507

39 Adun Buloh Kasap 196

40 Adun Tanjung Surat 102

41 Adun Mahkota 50

42 Adun Bukit Batu 187

43 Adun Johor Lama 111

44 Adun Bukit Kepong 65

45 Adun Johor Jaya 1,509

46 Adun Tiram 350

47 Adun Permas 252

48 Adun Serom 78

49 Adun Maharani 41

50 Adun Puteri Wangsa 294

51 Adun Stulang 37

52 Adun Benut 26

53 Adun Bukit Permai 264

54 Adun Simpang Jeram 41

55 Adun Kukup 88

56 Adun Sedili 79

Sebagai tambahan, pada tahun ini juga kerajaan negeri telah mengumumkan pelaksanaan PRE 2.0 dan PRE 3.0 sebagai lanjutan kepada bantuan yang telah diberikan. Bagi inisiatif di bawah PRE 2.0 dan 3.0, pecahan data penerima masih belum dapat dikongsikan memandangkan inisiatif masih berjalan. Data-data penerima masih dalam peringkat pengumpulan oleh agensi penyelaras. Memandangkan situasi jangkitan COVID-19 di Johor kian membimbangkan. Fokus utama yang akan diberikan adalah dengan memperhebatkan lagi program-program advokasi vaksinasi.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

176

Peruntukan juga akan memberi tumpuan kepada usaha untuk menjaga kebajikan frontliner, penubuhan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), pelaksanaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) serta pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan pakej bantuan khas tambahan sekiranya negeri Johor masih berada dalam Pelan Pemulihan Negara fasa 1 dan 2 yang mana aktiviti ekonomi masih belum dibenarkan beroperasi sepenuhnya.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

177

YB CIK LIOW CAI TUNG (JOHOR JAYA) SOALAN B119 Nyatakan bilangan kes keganasan rumah tangga termasuk rogol, mencabul (molest), bunuh diri dan lain-lain di negeri Johor mengikut kategori dan daerah bagi tahun 2019, 2020 dan sehingga Jun 2021. JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor telah menyantuni kes-kes keganasan rumah tangga di seluruh negeri Johor mengikut peruntukan Akta Keganasan Rumah tangga 1994 (Akta 521). Bilangan kes-kes keganasan rumah tangga yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di negeri Johor mengikut kategori dan daerah bagi tahun 2019, 2020 dan sehingga Bulan Jun 2021.

BIL DAERAH

JUMLAH KES KEGANASAN RUMAHTANGA

2019 2020 2021 (SEHINGGA JULAI)

JUMLAH

1 Johor Bahru 22 32 26 80

2 Muar 2 3 1 6

3 Segamat 1 2 9 12

4 Batu Pahat 15 4 8 27

5 Mersing 0 2 0 2

6 Pontian 1 1 0 2

7 Kluang 0 0 0 0

8 Kulai 0 1 4 5

9 Tangkak 0 5 0 5

10 Kota Tinggi 3 7 2 12

JUMLAH 44 57 50 151

Data statistik pada tahun 2019, 2020 dan sehingga Jun 2021 bilangan kes mengikut jantina adalah seperti berikut :-

JANTINA TAHUN

2019 2020 2021 ( JULAI )

Wanita 44 50 45

Lelaki 0 7 5

JUMLAH 44 57 50

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

178

Data statistik pada tahun 2019, 2020 dan sehingga Jun 2021 bilangan kes mengikut jenis keganasan dan tindakan adalah seperti berikut :-

BIL JENIS KEGANASAN 2019 2020 2021 ( JULAI )

1 Sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal

40 26 25

2 Penderaan psikologi dan emosi 4 3 5

3 Mengaibkan kehormatan mangsa 1 0

4 Memaksa atau mengancam untuk melakukan perbuatan berbentuk seksual

0 3 0

5 Menyebabkan kecederaan atau mencederakan mangsa secara fizikal

0 23 20

6 Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa

0 1 0

Jumlah 44 57 50

Data statistik pada tahun 2019, 2020 dan sehingga Jun 2021 bilangan kes mengikut jenis tindakan adalah seperti berikut :-

BIL JENIS TINDAKAN 2019 2020 2021 ( JULAI )

1 Khidmat Nasihat Berkaitan AKRT 35 36 43

2 IPO-Perintah Perlindungan Sementara 4 15 4

3 PO-Perintah Perlindungan 0 4 1

4 Kaunseling 5 2 2

JUMLAH 44 57 50

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

179

YB KAPT (B) HAJI NAJIB BIN LEP (BUKIT PASIR) SOALAN B120 Pola kebiasaan hujan adalah sekitar 170-200 m^3. Namun baru-baru ini tercatat peningkatan sebanyak 280-285 m^3. Akibatnya limpahan air meningkat, sistem perparitan tidak dapat menampung air dan menyebabkan banjir. Adakah kerajaan negeri merancang untuk menaik taraf sistem perparitan lama kepada parit U? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor (JPS) sebenarnya telah pun merancang untuk menaik taraf parit-parit lama terutamanya di dalam kawasan Bandar Maharani, Muar kepada parit konkrit (Parit-U) di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) bagi tahun 2019 – 2021. Tujuan rancangan ini adalah untuk memberikan satu sistem saliran yang sempurna kerana 50 peratus dari kawasan tersebut mengalami masalah banjir kilat sehingga melebihi tempoh 24 jam akibat daripada pembangunan yang begitu pesat di samping sistem saliran yang sedia ada tidak dapat berfungsi dengan baik. JPS telah memohon peruntukan dari Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan kerja-kerja ini. Anggaran kos perbelanjaan bagi tujuan ini adalah sebanyak RM20,000,000.00 yang melibatkan kawasan DUN Bukit Pasir di parit-parit berikut :-

a. Parit Ngah Jalil - RM 4,000,000.00 b. Parit Temiang - RM 5,000,000.00 c. Parit Bachang - RM 4,000,000.00 d. Parit Lee Rubber - RM 3,000,000.00 e. Parit Md. Derus - RM 4,000,000.00

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

180

YB KAPT (B) HAJI NAJIB BIN LEP (BUKIT PASIR) SOALAN B121 Dalam belanjawan 2021 kerajaan negeri Johor ada menekankan hasrat untuk meningkatkan bank makanan melibatkan penternakan. Adakah kerajaan merancang untuk menambah petugas-petugas penguat kuasa di bawah Veterinar selaras dengan pertambahan pekerjaan dan pemantauan yang perlu dijalankan? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman Yang Berhormat, perancangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor adalah untuk menambah petugas sebagai Pemeriksa Daging (MI) di bawah Kaedah-Kaedah Pemeriksaan Daging 1985 [P.U (A) 236/85] sejumlah 17 orang secara kontrak. Ianya akan ditempatkan khas di 17 rumah sembelih swasta dilesenkan bagi tujuan memastikan hasilan ternakan seperti daging adalah bersih, HALAL dan bebas sebarang penyakit bawaan haiwan dan zoonotic sebelum sampai ke tangan pengguna, selaras dengan hasrat negeri Johor dalam program Food Security dan Food Safety Negeri Johor. Dalam situasi semasa dengan COVID-19 pihak JPV terpaksa mengguna pakai sepenuhnya 18 orang Pemeriksa Daging terlatih yang dilantik oleh persekutuan untuk bertugas ditempatkan di 17 rumah sembelih swasta dilesenkan yang kebanyakan beroperasi malam. Mereka ini terikat dengan tugas hakiki di bahagian/seksyen/unit masing-masing, maka pihak jabatan bercadang menambah perjawatan khas untuk Pemeriksa Daging secara kontrak di mana mereka akan ditempatkan terus ke rumah sembelihan swasta ini. Dengan itu segala bentuk latihan akan dilaksanakan oleh jabatan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Majlis Agama Negeri Johor dan pihak JAKIM. Bagi penambahan jawatan penguat kuasa negeri pula pihak jabatan akan melakukan reorganisasi perjawatan semula mengikut pertambahan bahagian/seksyen selari dengan perjawatan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya. Sehubungan itu akan berlaku pertambahan jawatan baru seperti jawatan penguat kuasa negeri yang akan membantu dalam menjalankan tugas perundangan bersama penguat kuasa lantikan persekutuan yang melibatkan ladang/premis, rumah sembelih, pelesenan ladang unggas dan ladang babi serta kes-kes aduan awam dan akta kebajikan ternakan. Untuk makluman, semua penguat kuasa sedia ada berjumlah 17 orang dibahagi kepada Zon Utara dan Zon Selatan. Namun begitu, dengan kekangan kerja dan ketidakcukupan anggota telah menyebabkan tindakan menjadi lambat. Bagi kedua-dua jawatan baru ini, pihak jabatan telah merujuk dengan pihak SUK Bahagian Khidmat Pengurusan pada April 2021 bagi mendapatkan kaedah untuk melaksanakan tindakan selanjutnya.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

181

YB KAPT (B) HAJI NAJIB BIN LEP (BUKIT PASIR) SOALAN B123 Masih terdapat isu agihan bakul makanan tidak diselaraskan melalui peringkat pentadbir dan saluran bantuan kepada keluarga yang terkesan dilihat masih memakan masa. Apakah kaedah agihan bakul makanan oleh kerajaan selepas ini bagi memastikan agihan bantuan lebih cakna, pantas dan teratur? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Bukit Pasir, pada tahun 2020 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan 1.0 melalui program bakul makanan diselaraskan oleh semua Pejabat-Pejabat Daerah. Kerajaan negeri bersama Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) telah memperuntukkan sebanyak RM8.54 juta merangkumi 86,100 penerima daripada seluruh daerah di negeri Johor. Umumnya, bagi memastikan bantuan yang disalurkan sampai kepada golongan yang disasarkan, peranan Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung turut dilibat dalam menyantuni rakyat yang terkesan. Di bawah PRE Ihsan Johor 3.0, program bantuan bakul makanan masih diteruskan dengan penambahbaikan dari aspek agihan bantuan, mengurangkan kekangan birokrasi dan memastikan bantuan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira agama, kaum dan latar belakang. Untuk tujuan tersebut, kerajaan negeri telah menyelaraskan semula bantuan ini bersama dengan pihak Yayasan Sultan Ibrahim (YSI). Sebanyak RM2.0 juta peruntukan telah disalurkan kepada YSI untuk membiayai program yang menyasarkan seramai 20 ribu penerima. Pihak YSI bertanggungjawab dalam melaksanakan agihan bantuan bersama dengan Pejabat Daerah, Penghulu dan juga Ketua Kampung.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

182

YB KAPT (B) HAJI NAJIB BIN LEP (BUKIT PASIR) SOALAN B124 Apakah peranan kerajaan negeri Johor serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menggalakkan peranan aktif oleh Komuniti Rukun Tetangga (KRT) terutama sewaktu pandemik ini sebagaimana yang dihasratkan oleh Menteri Perpaduan Negara? JAWAPAN YB DR. CHONG FAT FULL Penubuhan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) pada 10 Mac 2021 dilihat memperkukuhkan lagi peranan dan tanggungjawab Rukun Tetangga sebagai sebuah institusi sosial di peringkat akar umbi di bawah kelolaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Dengan adanya dokumentasi penting seperti Dasar Perpaduan Negara, Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021 – 2030 dan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Rukun Tetangga 2021-2030 yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 15 Februari 2021, maka konsep RT4ALL yang merangkumi agenda kerja komuniti RT turut dirangka sebagai rujukan gerak kerja yang lebih kemas dan tersusun kepada kepimpinan RT. Pendekatan konsep RT4ALL yang memfokuskan kepada 4 gerak kerja iaitu KRT Sejahtera, KRT Selamat, KRT Bersih dan Indah dan KRT Sihat merupakan satu anjakan paradigma di mana RT akan memberikan tumpuan kepada pelaksanaan program dan aktiviti yang lebih memberi kesan dan impak besar kepada kumpulan sasar. Justeru itu, agenda kerja komuniti RT ini dilihat sebagai rangka kerja yang menjurus kepada keberhasilan dalam pelaksanaan program-program yang efektif dan memberi manfaat besar kepada kumpulan sasar yang berhadapan dengan pelbagai cabaran dan norma baharu. Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri Johor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menggalakkan peranan aktif KRT terutama sewaktu pandemik ini amat penting bagi memperkukuhkan lagi usaha Kementerian Perpaduan Negara sebagaimana yang dihasratkan oleh Menteri Perpaduan Negara ke arah membina komuniti yang harmoni dan sejahtera. Ini diterjemahkan melalui bantuan kewangan oleh Kerajaan Negeri Johor kepada JPNIN Negeri Johor sebanyak RM 870,000.00 pada tahun 2020 bagi membantu KRT menjayakan pelbagai aktiviti semasa berhadapan dengan pandemik ini seperti : a. Program Promosi Bersepadu Perpaduan dan Kesejahteraan Rakyat; b. Program Pengukuhan patriotisme dan Jati Diri Kenegaraan; c. Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Johor Tahun 2020; d. Program Tautan Muhibah Semarak Perpaduan Peringkat Negeri Johor Tahun 2020; e. Program Semarak Patriotisme dan Kempen Kibar Jalur Gemilang; f. Program Promosi Perpaduan; g. Program Perkasa Mediasi Komuniti; h. Program Perkasa Skuad Uniti; i. Program Pemerkasaan Rukun Tetangga; dan j. Kajian Tabika Perpaduan Negeri Johor. Jalinan kerjasama strategik dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) amat penting diteruskan dan diperkasakan lagi. Kerjasama bersepadu antara JPNIN Negeri Johor dengan PBT akan memberi impak besar kepada komuniti setempat contohnya Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah memberi kebenaran kepada KRT Taman Nesa, Skudai untuk mengguna sebidang tanah dalam Taman Nesa sebagai tapak Projek Akuagro RT pada

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

183

tahun 2021. Beberapa program pendaftaran vaksinasi di KRT telah dapat dilaksanakan dengan kerjasama dengan PBT yang membantu kelancaran program seperti bantuan logistik dan sebagainya. Selain itu, jaringan kerjasama PBT dengan JPNIN Johor boleh diperhebatkan lagi dengan memberi kebenaran untuk menempatkan kabin SRS di kawasan kejiranan. Dalam masa yang sama, hubungan erat antara JPNIN Johor dengan PBT turut dapat memberi manfaat besar kepada komuniti dengan mengambil tindakan segera ke atas aduan-aduan oleh KRT mengenai kerosakan kemudahan awam seperti kerosakan lif, lampu jalan rosak, tiada lampu pada kawasan gelap di kejiranan serta pembuangan sampah yang tidak mengikut jadual. Sehubungan itu, jaringan kerjasama erat antara KRT dan PBT secara langsung akan meningkatkan kesejahteraan dan keharmonian dalam komuniti setempat.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

184

YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN B125 Sila bentangkan laporan kerja atau rancangan pejabat JETCO di Singapura sejak penubuhan. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Bukit Batu dan YB Stulang. Persoalan yang diajukan tersebut akan dijawab secara bersekali. Johor Economic, Tourism and Cultural Office Singapore (JETCO) merupakan sebuah agensi yang julung kali diwujudkan di Johor. Objektif penubuhan JETCO adalah untuk mempromosikan prospek pelaburan, pelancongan dan kebudayaan Johor di Singapura, serta meneroka potensi dan peluang-peluang baharu dalam sektor berkaitan. Kertas cadangan penubuhan JETCO di Singapura telah dimajukan kepada Kementerian Luar Negeri dan seterusnya dibentangkan dan dipersetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri. Susulan persetujuan tersebut, JETCO telah ditubuhkan sebagai Private Limited Company pada April 2021 di bawah Akta Syarikat Singapura. Dalam persiapan untuk pembukaan pejabat JETCO di Singapura, antara lain JETCO telah mengadakan perbincangan bersama agensi di Johor dan Singapura seperti Invest Johor, Tourism Johor, BPENJ, Tourism Malaysia – Singapore, Pejabat Consulate-General Singapura di Johor Bahru dan sebagainya. JETCO juga telah mengadakan beberapa sesi perbincangan bersama pemegang taruh ekonomi negeri Johor seperti:

Federation of Malaysian Manufacturers Johor (FMM)

Ahli American Malaysian Chamber of Commerce (AMCHAM)

Ahli EU-MALAYSIA Chamber of Commerce and Industry Sesi perbincangan ini adalah menjurus bagi mendapat maklum balas tentang isu terkini serta perancangan aktiviti post pandemic. Justeru itu, adalah dimaklumkan bahawa pembukaan pejabat JETCO di Singapura di jadual pada suku keempat tahun ini, tertakluk kepada kelulusan employment pass dari Ministry of Manpower Singapore untuk pegawai JETCO yang akan bertugas di Singapura, serta situasi semasa pandemik COVID-19.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

185

YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN B126 Sejak DCEV diperkenalkan, senaraikan jumlah pengunjung yang masuk ke Johor melalui dasar DCEV ini. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Stulang. Jumlah pengunjung yang masuk ke Johor melalui dasar Death And Critically Illness Emergency Visit (DCEV) sejak diperkenalkan adalah seperti berikut:-

BULAN

WARGANEGARA

BUKAN WARGANEGARA

JUMLAH

MEI (Dari 17 Mei 2021)

3 4 7

JUN

3 6 9

JULAI

14 6 20

OGOS (Sehingga 08.08.2021)

4 2 6

JUMLAH 24 18 42

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

186

YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN B127 Senaraikan jumlah cukai import dan eksport yang dikutip di pintu masuk CIQ BSI dan CIQ KSAB untuk tahun 2019, 2020 dan 2021 (sehingga Jun 2021) mengikut bulan. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Stulang, jumlah cukai import dan eksport yang dikutip di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Sultan Abu Bakar (KSAB) untuk tahun 2019, 2020 dan 2021 mengikut bulan adalah seperti di Lampiran B127.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

187

YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN B128 Apakah perkembangan terkini projek RTS dari segi perancangan dan setakat manakah ia telah dilaksanakan? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI Untuk makluman yang berhormat, Kerajaan Negeri Johor menyambut baik pembangunan Projek Rapid Transit System (RTS) yang bakal menghubungkan Bukit Chagar, Johor ke stesen Woodlands North, Singapura dengan sasaran kapasiti mencecah 10,000 penumpang sejam dan projek ini juga dijangka beroperasi sepenuhnya pada hujung tahun 2026. Projek ini masih berjalan sebagaimana yang telah dirancang. Perkembangan projek setakat ini telah mencapai 6.16% bagi keseluruhan kemajuan kerja. Antara perkara yang telah tercapai setakat ini adalah Kebenaran Merancang Susun Atur telah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada 21 Jun 2021 setelah mengambil kira keperluan-keperluan teknikal yang berkaitan. Pengambilan balik tanah telah selesai dengan pengemukaan Borang K bagi kesemua 46 lot pada 25 Mei 2021. Kelulusan Environment Impact Assessment (EIA) bagi Projek RTS ini telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 28 Mei 2021.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

188

YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN B129 Senaraikan semua perkampungan Orang Asli di Johor dengan jumlah penduduk/keluarga di setiap perkampungan. JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah penduduk/keluarga Orang Asli mengikut daerah dan perkampungan adalah sebagaimana berikut: JUMLAH KETUA ISI RUMAH (KIR) : 4,963 KIR JUMLAH AHLI ISI RUMAH (AIR) : 13,316 AIR

1. DAERAH KLUANG, JOHOR

BIL KAMPUNG ORANG ASLI (KOA)

PARLIMEN DUN JUMLAH KIR

JUMLAH AIR

JUMLAH PENDUDUK

1 KOA Air Pasir Sembrong Kahang 47 132 179

2 KOA Sungai Peroh Sembrong Kahang 37 86 123

3 KOA Kuala Sengka Sembrong Kahang 29 48 77

4 KOA Berasau Sembrong Kahang 17 48 65

5 KOA Sedohok Sembrong Kahang 52 120 172

6 KOA Pucur Sembrong Kahang 24 65 89

7 KOA Pengkalan Tereh Sembrong Paloh 111 258 369

8 KOA Layang-Layang Simpang Renggam

Layang-Layang

41 124 165

9 KOA Punjut Sembrong Kahang 75 195 270

10 KOA Seri Kenangan Sembrong Kahang 21 49 70

11 KOA Sri Tanjung Sembrong Kahang 23 87 110

12 KOA Tanah Runtuh Kluang Mengkibol 60 149 209

JUMLAH KESELURUHAN 537 1361 1898

2. DAERAH MERSING, JOHOR

BIL KAMPUNG ORANG ASLI (KOA)

PARLIMEN DUN JUMLAH KIR TERKINI

JUMLAH AIR

JUMLAH PENDUDUK

1 KOA Labong Mersing Endau 137 316 453

2 KOA Punan Mersing Endau 98 129 227

3 KOA Peta Mersing Endau 113 195 308

4 KOA Tewowoh Mersing Endau 26 38 64

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

189

5 KOA Tanjung Tuan Mersing Endau 57 120 177

6 KOA Tanah Abang Mersing Endau 182 402 584

7 KOA Sungai Tuba Mersing Endau 29 79 108

8 KOA Pengkalan Bukit Mersing Endau 12 17 29

9 KOA Sungai Padang Mersing Endau 15 27 42

JUMLAH KESELURUHAN 669 1323 1992

3. DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR

BIL

KAMPUNG ORANG ASLI (KOA)

PARLIMEN DUN JUMLAH KIR

JUMLAH AIR

JUMLAH PENDUDUK

1 KOA Bakar Batu, Perling

Pulai Pengkalan Rinting

53 166 219

2 KOA Kuala Masai Pasir Gudang

Permas 77 206 283

3 KOA Pasir Putih Tebrau Tiram 31 88 119

4 KOA Pasir Salam Tebrau Tiram 32 103 135

5 KOA Simpang Arang Iskandar Puteri

Kota Iskandar

244 638 882

6 KOA Sungai Temon Pulai Pengkalan Rinting

84 121 205

7 KOA Telok Jawa Pasir Gudang

Permas 38 100 138

8 KOA Telok Kabong Tebrau Tiram 36 101 137

JUMLAH KESELURUHAN 595 1523 2118

4. DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR

BIL

KAMPUNG ORANG ASLI (KOA)

PARLIMEN DUN JUMLAH KIR

JUMLAH AIR

JUMLAH PENDUDUK

1 KOA Sungai Selangi Kota Tinggi Sedili 26 68 94

2 KOA Sungai Layau Pengerang Penawar 212 800 1012

3 KOA Sayong Pinang Tenggara Panti 84 278 362

4 KOA Asli Pasir Intan Tenggara Panti 71 158 229

5 KOA Kempas Menang Tenggara Panti 71 208 279

6 KOA Sungai Papan Pengerang Penawar 11 33 44

JUMLAH KESELURUHAN 475 1545 2020

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

190

5. DAERAH BATU PAHAT, JOHOR

BIL

KAMPUNG ORANG ASLI (KOA)

PARLIMEN DUN JUMLAH KIR

JUMLAH AIR

JUMLAH PENDUDUK

1 KOA Dalam, Parit Sulong

Parit Sulong Sri Medan 177 467 644

2 KOA Kangkar Senangar

Parit Sulong Sri Medan 44 133 177

3 KOA Sejagong Parit Sulong Sri Medan 55 260 315

4 KOA Desa Sri Banang Batu Pahat Senggarang 149 494 643

5 KOA Sri Pantai Batu Pahat Senggarang 184 485 669

6 KOA Bumiputera Dalam

Batu Pahat Rengit 315 887 1202

7 KOA Sarang Buaya Muar Sungai Balang

58 174 232

JUMLAH KESELURUHAN 982 2900 3882

6. DAERAH PONTIAN, JOHOR

BIL

KAMPUNG ORANG ASLI (KOA)

PARLIMEN DUN JUMLAH KIR

JUMLAH AIR

JUMLAH PENDUDUK

1 KOA Baru Kuala Benut Pontian Benut 209 319 528

2 KOA Nelayan Pontian Benut 27 109 136

3 KOA Sri Tanjung Pontian Benut 29 125 154

4 KOA Sri Mahkota Pontian Pulai Sebatang

249 619 868

5 KOA Pontian Besar Pontian Pulai Sebatang

80 258 338

6 KOA Api-Api Pontian Pulai Sebatang

18 54 72

JUMLAH KESELURUHAN 612 1484 2096

7. DAERAH MUAR, JOHOR

BIL

KAMPUNG ORANG ASLI (KOA)

PARLIMEN DUN JUMLAH KIR

JUMLAH AIR

JUMLAH PENDUDUK

1 KOA Batang Lesa

Pagoh Bukit Kepong 8

24 32

2 KOA Bukit Panjang

Pagoh Bukit Kepong 50

197 247

3 KOA Searak Api Pagoh Bukit 25 82 107

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

191

Kepong

4 KOA Sentosa

Pagoh Bukit Kepong 83

312 395

5 KOA Sungai Puyu

Pagoh Bukit Kepong 15

33 48

6 KOA Tambak Dapur

Pagoh Bukit Kepong 23

73 96

JUMLAH KESELURUHAN 204 721 925

8. DAERAH TANGKAK, JOHOR

BIL

KAMPUNG ORANG ASLI (KOA)

PARLIMEN DUN JUMLAH KIR

JUMLAH AIR

JUMLAH PENDUDUK

1 KOA Air Tawas Ledang Tangkak 25 104 129

2 KOA Sungai Mering Ledang Tangkak 58 269 327

3 KOA Tanah Gemboh Ledang Tangkak 88 400 488

JUMLAH KESELURUHAN 171 773 944

9. DAERAH SEGAMAT, JOHOR

BIL

KAMPUNG ORANG ASLI (KOA)

PARLIMEN DUN JUMLAH KIR

JUMLAH AIR

JUMLAH PENDUDUK

1 KOA Puting Segamat Buloh Kasap 59 156 215

2 KOA Segamat Kecil Labis Tenang 179 440 619

3 KOA Ulu Juaseh Labis Tenang 72 214 286

4 KOA Lenek Labis Bekok 41 82 123

5 KOA Sri Tembayan Labis Bekok 62 157 219

6 KOA Kudong Labis Bekok 128 263 391

7 KOA Tamok Labis Bekok 69 166 235

8 KOA Kemidak Labis Bekok 47 84 131

9 KOA Selai Labis Bekok 61 124 185

JUMLAH KESELURUHAN 718 1686 2404

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

192

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN B130 Minta penjelasan tentang perkembangan terkini dan pelaksanaan bantuan baik pulih rumah yang diperuntukkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada tahun 2020 kepada setiap ADUN Johor. JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman Yang Berhormat, setiap permohonan PPRT yang diterima memerlukan proses verifikasi melalui siasatan di tapak oleh pegawai KPLB Negeri Johor dan turut dibantu oleh KEMAS. Sebanyak 86 permohonan telah disiasat dan dikemukakan kepada ibu pejabat. 49 permohonan Baik Pulih telah berjaya lulus melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Dan Penilaian Projek (JPPP) di ibu pejabat, manakala sebanyak 32 permohonan didapati tidak memenuhi syarat kelayakan Bantuan Baik Pulih (BP) PPRT. Buat masa ini baki permohonan masih dalam tindakan siasatan/verifikasi oleh Pejabat KPLB Negeri Johor/KEMAS. Secara keseluruhannya sebanyak 176 jumlah permohonan Baik Pulih PPRT diterima KPLB Negeri Johor melalui Pejabat Khidmat DUN. Selain inisiatif ini, pelaksanaan bantuan PPRT adalah amat digalakkan supaya mengikuti platform Focus Group Pembasmian Kemiskinan (FGD) di peringkat daerah supaya dapat di selaras dengan lebih kemas dan teratur.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

193

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN B131 Minta pandangan kerajaan negeri berhubung keadaan air Sungai Johor yang dilihat semakin cetek serta boleh mengganggu mata pencarian nelayan sungai akibat kepupusan sumber udang dan ikan sungai. JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah ambil maklum keadaan air Sungai Johor yang dilihat semakin cetek. Keadaan ini diakui bukan sahaja menjejaskan mata pencarian nelayan sungai tetapi juga mengurangkan kapasiti sungai yang boleh meningkatkan risiko banjir dan juga pengurangan simpanan air di dalam Sungai Johor yang mengandungi beberapa loji rawatan air di sepanjang sungai. Oleh yang demikian, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menjalankan kajian Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) bagi Sungai Johor. Skop bagi kajian ini merangkumi empat aspek iaitu memastikan bekalan air mencukupi, memastikan kualiti air yang baik, mengurangkan risiko banjir dan juga pemuliharaan alam sekitar. Kajian ini melibatkan keterlibatan agensi-agensi yang berkaitan seperti JPS, BAKAJ, PBT, JAS, komuniti setempat dan lain-lain yang berkaitan bagi menghasilkan impak yang terbaik bagi semua aspek. Kajian ini sedang dalam peringkat draf reka bentuk akhir dan dijangka siap tahun ini. Hasil daripada kajian ini dijangka akan dapat menghasilkan satu pelan yang dapat menyeimbangkan keempat-empat aspek yang tersebut termasuk dalam aspek pemuliharaan alam sekitar yang melibatkan sistem ekologi serta flora dan fauna di sepanjang Sungai Johor. Menurut Jabatan Perikanan Negeri Johor, Sungai Johor merupakan sungai berair payau yang bersambung dengan Selat Johor. Jabatan tidak melepaskan benih perikanan di sungai-sungai air payau. Walau bagaimanapun, secara umumnya, sebagai usaha untuk menyokong pemuliharaan sumber perikanan di sungai – sungai di Negeri Johor, Jabatan telah melaksanakan program pelepasan benih ikan dan udang galah di sungai-sungai yang telah dikenal pasti. Fokus adalah di sungai-sungai air tawar bagi memberi impak secara langsung kepada sumber perikanan para nelayan. Untuk tahun 2021, sejumlah 219,000 ekor benih ikan dan udang telah dilepaskan, yang melibatkan peruntukan berjumlah RM123,905. Antara spesies yang dilepaskan adalah udang galah, ikan lampam sungai, ikan sebarau, ikan baung sungai dan ikan tengas. Selain itu, Jabatan Perikanan turut terlibat sebagai Ahli Jawatan Kuasa Intergrated River Basin Management (IRBM) dan Jawatankuasa Teknikal Kajian Pembinaan Baraj Sungai Sedili Besar yang berfungsi memberi pandangan teknikal berkaitan pembangunan dan pengurusan kawasan lembangan sungai. Butiran terperincian pelepasan benih adalah seperti berikut:

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

194

Bil. Tarikh Nama Sungai/Tasik/ Empangan

Jenis Perairan

Lokasi Daerah Spesies Jumlah (ekor)

Nilai (RM)

1 27/02/2021 Sungai Muar Sungai MyKP Mukim Jorak

Muar Udang Galah

10,000 2,000.00

2 15/04/2021 Sungai Mayang

Sungai Pengkalan Batu

Mersing Udang Galah

20,000 4,500.00

3 12/04/2021 Jeti Kg. Chodan

Sungai Jeti Kg. Chodan

Batu Pahat

Baung Sungai

14,000 10,080.00

4 17/04/2021 Kg.Orang Asli Tanah Abang

Sungai Kg.Orang Asli Tanah Abang

Mersing Udang Galah

20,000 8,800.00

5 21/05/2021 Batu 18, Kota Tinggi

Sungai Batu 18, Kota Tinggi

Kota Tinggi

Udang Galah

24,000 10,560.00

6 21/06/2021 Empangan Bekok

Sungai Empangan Bekok

Batu Pahat

Lampam Sungai

10,500 7,665.00

7 21/06/2021 Empangan Bekok

Sungai Empangan Bekok

Batu Pahat

Sebarau 1,000 920.00

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

195

Bil. Tarikh Nama Sungai/Tasik/ Empangan

Jenis Perairan

Lokasi Daerah Spesies Jumlah (ekor)

Nilai (RM)

8 24/06/2021 Sungai Telor Sungai Sungai Telor

Kota Tinggi

Lampam Sungai

10,000 7,300.00

9 27/06/2021 Hutan Simpan Gunung Belumut

Sungai

Hutan Simpan Gunung Belumut

Kluang Sebarau 1,000 920.00

10 28/06/2021 Jeti Kg. Chodan

Sungai Jeti Kg. Chodan

Segamat Udang Galah

18,500 8,140.00

11 28/06/2021 Sungai Muar Sungai MyKP Mukim Jorak

Muar Udang Galah

18,000 7,920.00

12 01/07/2021 Sungai Muar Sungai MyKP Mukim Jorak

Muar Baung Sungai

20,000 14,400.00

13 04/07/2021 Hutan Simpan Gunung Belumut

Sungai

Hutan Simpan Gunung Belumut

Kluang Tengas 2,000 8,900.00

14 13/07/2021 Sungai Ulu Benut

Sungai Sungai Ulu Benut

Kluang Baung Sungai

10,000 7,200.00

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

196

Bil. Tarikh Nama Sungai/Tasik/ Empangan

Jenis Perairan

Lokasi Daerah Spesies Jumlah (ekor)

Nilai (RM)

15 13/07/2021 Sungai Ulu Benut

Sungai Sungai Ulu Benut

Kluang Udang Galah

15,000 6,600.00

16 18/07/2021 Kg.Orang Asli Tanah Abang

Sungai Kg.Orang Asli Tanah Abang

Mersing Baung Sungai

25,000 18,000.00

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

197

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN B132 Minta perincikan setiap kerja-kerja baik pulih pasca banjir awal tahun 2021 yang telah dikenal pasti di kawasan DUN Panti. JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Berikut adalah merupakan perincian kerja-kerja baik pulih pasca banjir yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi yang terlibat berikutan berlakunya banjir kilat pada awal tahun 2021 di kawasan DUN Panti seperti berikut :

Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) 5 projek melibatkan infrastruktur dan kemudahan awam dan 2 projek melibatkan pembersihan longkang monsun

Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) 9 Projek telah dilaksanakan dan 2 projek dalam perancangan

Jabatan Kerja Raya Negeri Johor (JKR) Projek daripada pelbagai agensi pelaksanaan yang melibatkan kos sebanyak RM7,980,000

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

198

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN B133 Minta perincikan peranan kerajaan negeri dalam usaha menjayakan projek pembinaan Johor Elephant Sanctuary (JES) di Kota Tinggi walaupun ianya peruntukan kerajaan persekutuan termasuk tindakan menangani konflik gajah liar di DUN Panti. JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN

1. Tujuan penubuhan projek Santuari Gajah Johor (JES) adalah membangun dan mengurus secara kerjasama di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan satu kawasan santuari gajah untuk tujuan mengatasi konflik gajah bermasalah melalui aktiviti ekopelancongan, rekreasi rimba, pendidikan dan penyelidikan yang bertemakan konservasi gajah yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi ekopelancongan yang lestari bagi negeri Johor

2. Kerajaan negeri telah menyediakan Laporan Akhir Kajian Pembangunan Santuari

Gajah Johor pada 8 November 2015. Kajian penilaian kesesuaian Santuari Gajah Johor dilakukan untuk memenuhi hasrat kerajaan negeri Johor bagi membina dan membangunkan satu santuari gajah bagi melindungi hidupan liar tersebut serta habitatnya dan secara tidak langsung menjana ekonomi setempat.

3. Selanjutnya, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor selaku Pelaksana Projek Pembangunan JES telah menyiapkan pembinaan JES sepenuhnya dan telah diserahkan kepada Jabatan PERHILITAN Johor pada 13 September 2020 yang lepas. Selanjutnya, bagi tujuan pengoperasian JES, terdapat 27 perjawatan yang dicadangkan di mana 17 perjawatan akan ditanggung oleh kerajaan persekutuan manakala 10 lagi perjawatan adalah dilantik secara kontrak oleh kerajaan negeri. Perwujudan 10 perjawatan kontrak ini diletakkan dan diuruskan di bawah Pejabat Daerah Kota Tinggi. Seterusnya 10 perjawatan kontrak ini akan bertugas di bawah Jabatan PERHILITAN Negeri Johor untuk tujuan Santuari Gajah Johor.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

199

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN B134 Minta perincikan jumlah perbelanjaan dan butiran penerima yang telah mendapat manfaat menerusi program Gobok Rakyat Johor bagi kawasan DUN Panti. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Panti. Berikut dilampirkan jadual jumlah perbelanjaan dan butiran penerima yang telah menerima manfaat daripada program Gobok Rakyat Johor seperti mana yang diperlukan.

ADUN PANTI

BIL. LOKASI JUMLAH DIBELANJA (RM)

STATUS OPERASI

JUMLAH PENERIMA (ORANG )

1. Kompleks Penghulu Mukim Kota Tinggi

160,000.00

Selesai (25Julai 2021)

1,200

2.

Surau An-Nur, Jalan Pinang, Taman Sayong Pinang, Bandar Tenggara

Selesai (26 Julai 2021)

1,825

JUMLAH :

160,000.00

JUMLAH :

3,025

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

200

YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN (PARIT YAANI) SOALAN B135 Daripada RM8 juta yang telah diperuntukkan untuk program 'gerobok makanan', berapa ramai kah penerima bantuan di setiap daerah? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Parit Yaani. Pakej Rangsangan Ihsan (PRE) Johor 3.0 telah menyediakan pelbagai inisiatif yang menyeluruh sekali gus dapat memberikan nafas baharu kepada golongan yang terjejas kehidupannya akibat pandemik COVID-19. Oleh itu, penerima bantuan program Gobok Rakyat Johor sehingga 31 Julai 2021 adalah seramai 93,211 orang. Pecahan penerima bantuan mengikut daerah adalah sebagaimana lampiran yang disediakan seperti berikut:

BIL DAERAH PENERIMA (ORANG)

1. Johor Bahru 10,644

2. Muar 7,319

3. Batu Pahat 7,657

4. Kluang 7,169

5. Kota Tinggi 13,349

6. Mersing 8,875

7. Pontian 9,979

8. Segamat 10,611

9. Kulai 9,825

10. Tangkak 7,783

JUMLAH (ORANG) 93,211

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

201

YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN (PARIT YAANI) SOALAN B136 Berapa ramai pekerja kilang/swasta yang telah divaksin dalam usaha mengekang penularan COVID-19 dalam kluster tempat kerja? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Sehingga 1/8/21, seramai 48,774 orang pekerja kilang telah diberi vaksin di Pusat Pemberian Vaksin Industri di negeri Johor. Pada bulan Ogos 2021 ini, terdapat beberapa PPV Industri baru akan mula beroperasi bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada pekerja kilang/swasta.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

202

YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN (PARIT YAANI) SOALAN B137 Menurut pekeliling, mereka yang telah mendapat dua dos vaksin dibolehkan berjemaah di masjid atau surau. Persoalannya, bagaimana jika kariah terdapat hampir 100 jemaah atau melebihi bilangan yang dibenarkan hadir telah divaksinasi adakah mereka semua boleh hadir berjemaah serentak? JAWAPAN YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI Masih terikat dengan Pekeliling Bil. 38 Tahun 2021 iaitu Pekeliling Pelaksanaan Solat Fardu Jumaat, Solat Fardu Lima Waktu, Solat Sunat Aidil Adha, Aktiviti Pengimarahan Masjid dan Surau serta Aktiviti di Tanah Perkuburan Islam Negeri Johor Darul Takzim iaitu dengan bilangan jemaah 50 orang bagi masjid dan 20 orang bagi surau secara bergilir-gilir.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

203

YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN (PARIT YAANI) SOALAN B138 Bilakah tarikh sebenar SMK Suria Jaya perlu disiapkan, pembinaan bermula 2013 sehingga sekarang masih tidak siap? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Projek ini merupakan salah sebuah projek sakit yang dipantau rapi dalam Mesyuarat Contract Coordination Panel (CCP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ketua Setiausaha, KPM. Kemajuan fizikal projek ini adalah Jadual: 100% manakala Sebenar: 97%. Tarikh siap asal projek ini adalah pada 24 Jun 2015 dan telah dilanjutkan sehingga 4 Mac 2020 (EOT. 6). Pihak kontraktor telah gagal memenuhi obligasi kontrak untuk menyiapkan kerja di tapak dalam tempoh masa yang ditetapkan termasuk penyiapan jalan masuk ke sekolah, kerja penyambungan bekalan air dan bekalan elektrik. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat CCP Bil.7/2020 pada 29 Disember 2020 telah memperakukan penamatan kontraktor bagi projek ini. Notis Untuk Tujuan Penamatan (NTP) telah dikeluarkan pada 11 Jun 2021 kerana gagal menyiapkan projek tersebut dalam masa yang ditetapkan. Kontraktor telah diberikan masa tempoh 14 hari untuk meremedikan kemungkiran tersebut daripada tarikh penerimaan Notis tersebut. KPM mendapati bahawa NTP telah diterima pada 24 Jun 2021 melalui kiriman surat berdaftar. Sehingga kini, tiada surat daripada kontraktor dalam meremedikan kemungkiran (surat maklum balas dari kontraktor) tersebut. KPM akan mengeluarkan Notis Penamatan (NP) dijangka akan diberi kepada kontraktor dalam bulan Ogos ini. Selepas NP dikeluarkan, proses tender kontraktor penyiap akan dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan. Projek ini dijangka dapat disiapkan pada tahun 2023 dengan tempoh penyiapan selama 1 tahun.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

204

YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN B139 Nyatakan bilangan isi rumah yang berpendapatan sederhana (M40) menjadi golongan berpendapatan rendah (B40) dalam negeri Johor dari tahun 2020 sehingga kini. JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Statistik berkaitan dengan isi rumah miskin diperoleh berdasarkan kepada Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas Isi Rumah (HIES/BA) yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan kekerapan dua survei dalam tempoh lima tahun. Survei HIES/BA yang terkini yang dijalankan adalah pada 2019 dan Laporan Survei HIES/BA telah pun disebarkan kepada umum pada 10 Julai 2020 yang lalu. Pelaksanaan Survei HIES/BA yang akan datang adalah pada tahun 2022. Pada awal tahun 2020, negara kita telah dikejutkan dengan kehadiran wabak COVID-19 yang kemudiannya telah bertukar menjadi pandemik yang telah melanda seluruh pelosok negara. Pandemik COVID-19 ini bukan sahaja memberikan kesan dalam aspek kesihatan tetapi juga telah menyebabkan tahap kesejahteraan isi rumah khususnya pendapatan isi rumah turut terjejas. Bagi mengukur kesan pandemik COVID 19 ini, pihak DOSM telah mengambil inisiatif dengan menjalankan kajian bagi mengenal pasti perubahan tingkat pendapatan isi rumah yang terjejas dengan pandemik ini. Berdasarkan kepada kajian ini di peringkat nasional menunjukkan bahawa sebanyak 604.4 ribu isi rumah daripada kumpulan isi rumah pertengahan 40 peratus (M40) yang berpendapatan di antara RM4,850 dan RM10,959 telah beralih kepada kumpulan isi rumah terendah 40 peratus B40. Isi rumah yang berada dalam kumpulan isi rumah tertinggi 20 peratus (T20) juga turut terkesan akibat pandemik COVID-19 yang mana sebanyak 332.5 ribu isi rumah daripada kumpulan ini telah beralih kepada kumpulan M40. Buat masa ini, nilai anggaran awal yang dikeluarkan adalah di peringkat nasional sahaja dan hasil kajian yang muktamad di peringkat nasional dan negeri dijangka diterbitkan pada pertengahan bulan Ogos 2021.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

205

YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN B140 Apakah perkembangan penambah baik sistem tebatan banjir di Sungai Skudai, berdekatan dengan lingkaran Kampung Pasir, Tampoi? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah membuat beberapa penambah baik sistem tebatan banjir di kawasan Kampung Pasir. Antaranya adalah : 1. Kerja-kerja menaik taraf tebing di Sungai Hj Rahmat sepanjang 135 meter telah siap dilaksanakan pada bulan Jun 2021 bagi mengatasi masalah air sungai melimpah pada waktu hujan lebat dan air pasang; 2. Kerja-kerja pembersihan sampah dan kiambang di Parit Pinjam JPS telah siap dilaksanakan pada bulan Mac dan Mei 2021 bagi memastikan aliran air di Parit Pinjam JPS mengalir lebih lancar. 3. Untuk makluman juga, bermula tahun 2021 kekerapan kerja pembersihan kiambang telah ditambah daripada 3 kali setahun kepada 5 kali setahun. Kerja-kerja pembersihan kiambang ini dilaksanakan bersama pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Jabatan Pengairan & Saliran, Negeri Johor. Selain itu juga, kerja- kerja penggalian di Parit Pinjam Kg Pasir akan dilaksanakan pada pertengahan bulan Ogos 2021 oleh kontraktor lantikan pihak JPS; 4. Penyediaan tong sampah dari rumah ke rumah sedang dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan pengurusan sisa pepejal di kawasan Kampung Pasir lebih terkawal. Justeru itu, ianya dapat mengurangkan permasalahan Parit Pinjam JPS dipenuhi sampah sarap berikutan pembuangan sampah ke dalam sistem perparitan oleh penduduk di kawasan tersebut; 5. Cadangan kerja-kerja membina sistem pam tebatan banjir tambahan di Parit Pinjam JPS dijangka akan dilaksanakan pada bulan Disember 2021.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

206

YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN B141 Nyatakan 10 syarikat Pelaburan Asing Langsung (FDI) yang menarik diri dari negeri Johor dalam tahun 2020 sehingga kini. JAWAPAN YB DATUK MOHD IZHAR BIN AHMAD Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh MIDA, bagi tempoh sepanjang tahun 2020 sehingga Mac 2021, hanya terdapat satu sahaja pelaburan melibatkan syarikat milik pelabur asing yang terhenti atau ditarik balik. Jawapan mengenai senarai nama syarikat yang melabur atau menarik diri berserta maklumat lengkap mereka tidak dapat disenaraikan kerana terikat dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan pindaannya 1986.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

207

YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN B142 Nyatakan bilangan kes bunuh diri dalam negeri Johor, pada tahun 2020 sehingga terkini, mengikut pecahan umur, jantina, dan sebab bunuh diri. JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor telah menyantuni kes-kes cubaan bunuh diri dan keluarga mangsa yang bunuh diri. Intervensi Psikologi dan Kaunseling diberikan supaya klien dapat meneruskan kehidupan dan mendapatkan bantuan dari sudut psikologi dan psikiatri supaya klien dapat keluar dari pemikiran untuk membunuh diri. Bagi keluarga mangsa bunuh diri pula, kaunselor JKM Negeri Johor menyantuni keluarga berkenaan bagi memberikan sokongan psikologi dan penerimaan keluarga apabila berlaku tragedi bunuh diri di kalangan ahli keluarga. Berikut merupakan maklumat kes-kes yang telah disantuni oleh Kaunselor JKM Negeri Johor seperti di Lampiran 1. Antara faktor yang mendorong cubaan membunuh diri ini adalah masalah kekeluargaan, masalah kesihatan mental seperti halusinasi, masalah hubungan dengan rakan, masalah kewangan, masalah pencapaian kendiri dan sebagainya. Pelbagai program kesedaran berkaitan dengan kesihatan mental dijalankan oleh Kaunselor JKM Negeri Johor bagi memberi kesedaran tentang kesihatan mental dan sekali gus mengelakkan pemikiran untuk membunuh diri apabila berlaku sesuatu masalah. Lampiran 1 STATISTIK PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING BAGI KES BUNUH DIRI DAN CUBAAN BUNIH DIRI TAHUN 2020 DAN 2021

PERKARA/TAHUN 2020 2021

KATEGORI

CUBAAN BUNUH DIRI 7 7

KELUARGA MANGSA BUNUH DIRI 0 2

BANGSA

MELAYU 4 7

CINA 1 0

INDIA 2 2

UMUR

BAWAH 18 TAHUN 1 2

19-59 TAHUN 6 7

60 TAHUN KE ATAS 0 0

JANTINA

LELAKI 1 2

PEREMPUAN 6 7

JUMLAH 7 9

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

208

YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN B143 Nyatakan bilangan unit bergerak vaksinasi yang beroperasi dalam negeri Johor mengikut daerah masing-masing. JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Setiap daerah mempunyai sekurang-kurangnya 1 pasukan mobile yang menjalankan program outreach di kawasan pedalaman, kampung, institusi warga emas, institusi Orang Kurang Upaya, pesakit terlantar di rumah dan sebagainya. Pasukan mobile ini telah merancang penjadualan pemberian vaksin COVID-19 agar program ini berjalan dengan lancar.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

209

YB DATO’ SHARIFAH AZIZAH BINTI DATO’ SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN B144 Berapa banyak rumah-rumah kebajikan yang terkesan akibat daripada pandemik COVID-19 di negeri Johor? Sila nyatakan. JAWAPAN YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor bertanggungjawab menyelia 22 buah Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang mempunyai pusat jagaan iaitu 9 PSK kanak-kanak, 9 PSK Orang Kurang Upaya (OKU) dan 4 PSK warga emas yang turut terkesan akibat pandemik COVID-19 terutamanya dari segi pelaksanaan program dan aktiviti. Semua PSK tersebut perlu mematuhi SOP kawalan dan pencegahan jangkitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat dan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di kalangan penghuni dan kakitangan. 16 PSK di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor (JKMN Johor) beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan Fasa Pemulihan mengikut SOP kawalan dan pencegahan jangkitan COVID-19 yang ditetapkan manakala 8 buah PSK pula tidak beroperasi (anak yatim) kerana penghuni telah diarahkan untuk kembali bersama keluarga sepanjang PKP dilaksanakan (tiada sesi persekolahan). Semua PSK yang beroperasi mengamalkan norma baharu dalam pelaksanaan program/aktiviti seperti penjarakan fizikal, mengelakkan sentuhan, pengambilan suhu badan dan kerap mencuci tangan. Selain itu, program/aktiviti luar tidak dapat dilaksanakan bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di tempat awam. Di samping itu, program/lawatan pihak luar juga tidak dibenarkan bagi mencegah jangkitan virus COVID-19 yang mungkin boleh dibawa oleh pihak luar tanpa disedari. Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor merekodkan sebanyak 265 Pusat Jagaan Kebajikan Berdaftar yang beroperasi sehingga kini yang meliputi pelbagai kategori iaitu Pusat Jagaan Warga Emas sebanyak 64 buah, Pusat Jagaan Orang Kurang Upaya sebanyak 28 buah , Pusat Jagaan Wanita sebanyak 2 buah dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak sebanyak 171 buah yang dikendalikan sama ada oleh swasta ataupun NGO’s. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor mengenal pasti terdapat sebanyak 177 buah rumah kebajikan yang terkesan akibat daripada pandemik COVID-19 dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan telah dibantu oleh kerajaan melalui Bantuan Pre-Prihatin dengan amaun RM8,200.00 sebuah Pusat Jagaan pada tahun 2020 dengan melibatkan peruntukan berjumlah keseluruhan RM1,451,400.00 di seluruh Negeri Johor. Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor mempunyai 4 buah rumah kebajikan iaitu 2 institusi Orang Kurang Upaya dan 2 institusi warga emas yang turut terkesan akibat pandemik COVID-19 terutamanya dari segi pelaksanaan program dan aktiviti institusi. Semua institusi tersebut perlu mematuhi SOP kawalan dan pencegahan jangkitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat dan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di kalangan penghuni dan kakitangan institusi.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

210

Institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor (JKMN Johor) beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan Fasa Pemulihan mengikut SOP kawalan dan pencegahan jangkitan COVID-19 yang ditetapkan dan mengamalkan norma baharu dalam pelaksanaan program/aktiviti di institusi seperti penjarakan fizikal, mengelakkan sentuhan, pengambilan suhu badan dan kerap mencuci tangan. Selain itu, program/aktiviti luar institusi tidak dapat dilaksanakan bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di tempat awam. Di samping itu, program/lawatan pihak luar untuk penghuni institusi juga tidak dapat dibenarkan bagi mencegah jangkitan virus COVID-19 yang mungkin boleh dibawa oleh pihak luar tanpa disedari.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

211

YB TUAN TAN HONG PIN (SKUDAI) SOALAN B145 Nyatakan kualiti sumber air mentah setiap loji rawatan air dengan menyatakan LRA yang terlibat, kapasiti penghasilan air terawat dan jumlah penduduk yang dibekalkan oleh setiap LRA. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman YB Skudai, konteks penyediaan bekalan air bersih terawat dan selamat merupakan satu komitmen yang tidak ada kompromi oleh Ranhill SAJ kepada semua pengguna air di negeri Johor. Malah dalam aspek kualiti air yang dibekalkan kepada pengguna air di negeri Johor, pihak Ranhill SAJ sentiasa mematuhi setiap piawaian yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan piawaian yang ditetapkan oleh KKM ini melebihi standard piawaian World Health Organization (WHO) untuk dilaksanakan di semua 46 buah Loji Rawatan Air (LRA) Ranhill SAJ yang membekalkan pengeluaran air bersih sebanyak 1775.42mld (million per day atau juta sehari) kepada 1,225 433 akaun di negeri Johor sepertimana yang direkodkan pada Jun 2021. Sebagai rujukan pihak YB Skudai, berikut merupakan maklumat kapasiti penghasilan atau jumlah pengeluaran air bersih terawat dan juga jumlah penduduk yang menerima bekalan air bersih terawat mengikut 46 Loji Rawatan Air (LRA) di seluruh negeri Johor bagi Jun 2021:

Bil. Daerah Jumlah Pengeluaran (mld) Loji Rawatan Air (LRA) / (Jun 2021)

Jumlah Akaun Pengguna (Jun 2021)

1

Johor Bahru

1) LRA Sultan Iskandar : 309.61mld 2) LRA Sultan Ismail : 50.46mld 3) LRA Gunung Pulai : 65.12mld 4) LRA Bukit Batu : 2.13mld

676,081 (Johor Bahru, Iskandar Puteri, Kulai,Pasir Gudang & sebahagian Pontian)

2

Batu Pahat

1) LRA Sri Gading :58.55mld 2) LRA Yong Peng 2 :25.08mld 3) LRA Yong Peng 3 :42.49mld 4) LRA Parit Raja 4 :55.84mld

142,177 (Batu Pahat & Yong Peng)

3

Muar

1) LRA Bukit Serampang : 5.44mld 2) LRA Gerisik : 52.44mld 3) LRA Gombang : 3.20mld 4) LRA Gunung Ledang : 8.57mld 5) LRA Pancor 1 : 9.63mld 6) LRA Pancor 2 :30.36mld 7) LRA Pancor 3 :24.60mld 8) LRA Pancor 4 :17.62mld

131,973 (Muar & Tangkak)

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

212

Selaras dengan itu, pihak BAKAJ juga telah memulakan pemantauan kualiti air bagi memperoleh indeks kualiti air (IKA) di setiap muka sauk LRA di setiap daerah di dalam Negeri Johor. Pensampelan ini dilakukan sekali dalam tempoh tiga bulan dan telah bermula pada bulan Februari 2021.

9) LRA Pagoh :26.35mld

4

Segamat

1) LRA Pemanis : 2.01mld 2) LRA Jementah : 1.94mld 3) LRA Palong Timur : 6.03mld 4) LRA Bukit Hampar : 7.73mld 5) LRA Air Panas A : 12.85mld 6) LRA Air Panas C : 11.61mld 7) LRA Kampung Tengah 1 : 10.10mld 8) LRA Kampung Tengah 2 : 30.10mld 9) LRA Buloh Kasap : 11.27mld

70,984

5

Kota Tinggi

1) LRA Batu 2 : 2.75mld 2) LRA Linggiu : 0.92mld 3) LRA Sungai Sayong 1 : 4.24mld 4) LRA Sungai Sayong 2 :26.06mld 5) LRA Bandar Tenggara :14.32mld 6) LRA Sungai Gembut : 7.02mld 7) LRA Lok Heng : 5.85mld 8) LRA Sungai Lebam :36.65mld 9) LRA Semangar :297.57mld 10) LRA Sungai Johor :305.92mld

70,811

6

Mersing

1) LRA Tenglu :10.14mld 2) LRA Endau : 7.71mld 3) LRA Nitar : 2.16mld 4) LRA Tenggaroh : 7.35mld 5) LRA Sg Mersing : 7.97mld

22,748

7

Kluang

1) LRA Kahang Timur : 2.97mld 2) LRA Kahang Baru : 2.74mld 3) LRA Sembrong Barat : 72.21mld 4) LRA Sembrong Timur : 29.96mld 5) LRA Simpang Renggam : 49.77mld

110,659 (Kluang & Sebahagian Pontian)

JUMLAH 46 Loji Rawatan Air : 1775.42mld

1,225 433

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

213

Indeks Kualiti Air yang diperkenalkan oleh JAS telah dipraktikkan di Malaysia selama kira-kira 25 tahun dan berfungsi sebagai asas untuk penilaian kualiti air persekitaran. Pada masa yang sama, Indeks Kualiti Air (IKA) digunakan untuk mengukur tahap pencemaran dan kesesuaian jenis guna air seperti yang digariskan oleh Standard Kualiti Air Negara. IKA diukur berdasarkan kepada nilai oksigen terlarut (DO), keperluan oksigen biokimia (BOD), keperluan oksigen kimia (COD), ammonia nitrogen (NH3-N), pepejal terampai (SS) dan pH. Berikut adalah pengkelasan air mentah dan kegunaannya:

KELAS KEGUNAAN

I Pemeliharaan alam semula jadi Bekalan air – Tiada rawatan diperlukan / rawatan minimum Perikanan – Spesies akuatik yang sangat sensitif

IIA Bekalan air II – Rawatan konvensional diperlukan Perikanan II – Spesies akuatik yang sensitif

IIB Bagi tujuan rekreasi

III Bekalan air III – Rawatan air intensif diperlukan Perikanan – Spesies ikan yang tidak sensitif

IV Hanya untuk tujuan pengairan

V Tiada satu pun di atas

Sebagai tambahan kepada persoalan yang diajukan oleh YB Skudai, berikut merupakan Parameter Penunjuk Kualiti Air Mentah:

i. pH

pH adalah ukuran kepekatan ion hidrogen, ukuran keasidan dan kealkalian larutan. Skala pH adalah di antara 0 hingga 14. Air dengan pH kurang dari 7 dianggap berasid, sementara pH lebih besar dari 7 adalah neutral atau alkali.

Air yang berasid mengandungi lebih banyak ion hidrogen (H+) daripada ion hidroksida (OH-). Larutan neutral bermaksud bilangan ion hidrogen dan ion hidroksida adalah sama.

Masalah pH air mentah yang rendah dapat dikaitkan dengan pelbagai punca. Dari segi faktor semula jadi, sifat tanah mempengaruhi nilai pH air mentah. Bagi tanah gambut (peat soil), nilai pH air rendah kerana sifat tanah gambut yang mempunyai kandungan bahan organik dan keporosan tanah yang tinggi.

Justeru meningkatkan kadar resapan bahan organik ke dalam air dan seterusnya menyebabkan keasidan air bertambah. Keasidan air yang tinggi pula menyebabkan kandungan logam berat seperti aluminium dan ferum terlarut meningkat kerana ia wujud di dalam bentuk ion bebas.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

214

Selain daripada faktor semula jadi, nilai pH air mentah adalah disumbangkan daripada pelepasan efluen perindustrian, penggunaan baja dalam aktiviti pertanian dan aktiviti perlombongan bijih-bijih mineral.

ii. Pepejal Terampai (TSS)

Jumlah pepejal terampai (TSS) adalah zarah yang lebih besar daripada 2 mikron yang terdapat di dalam badan air. Zarah ini merangkumi apa sahaja yang melayang atau terapung di dalam air, dari sedimen, kelodak, dan pasir ke plankton dan alga.

Zarah organik dari bahan pengurai juga dapat menyumbang kepada kepekatan TSS. Oleh kerana alga, tumbuhan dan haiwan akan mati dan mereput, proses penguraian membolehkan zarah organik kecil terlepas dan memasuki badan air sebagai pepejal terampai.

Malah mendakan kimia dianggap sebagai bentuk pepejal terampai. Jumlah pepejal terampai adalah faktor penting dalam penentuan kekeruhan air. Semakin tinggi kandungan pepejal terampai, semakin tinggi kekeruhan air tersebut.

iii. Oksigen Terlarut

Oksigen Terlarut (DO) merupakan salah satu penunjuk terpenting dalam menentukan kualiti sesuatu badan air. Oksigen terlarut (DO) merujuk kepada jumlah oksigen di dalam air. Badan air menerima oksigen dari atmosfera dan dari tumbuhan akuatik melalui proses fotosintesis.

Air yang mengalir secara relatifnya mengandungi oksigen yang lebih tinggi berbanding air pegun seperti kolam atau tasik. Oksigen terlarut tidak hanya penting untuk kehidupan akuatik, tetapi juga digunakan dalam penguraian bahan organik yang berlebihan.

Paras DO di bawah 3 mg / L menjadi kebimbangan sementara di bawah 1 mg / L dianggap hipoksia atau digelar air mati.

iv. Keperluan Oksigen Kimia (COD)

COD merujuk kepada jumlah oksigen yang diperlukan untuk menguraikan bahan pencemar (bahan organik dan bukan organik) kepada gas karbon dioksida dan air.

Secara amnya, badan air yang mempunyai nilai COD yang tinggi, mempunyai nilai oksigen terlarut (DO) yang rendah kerana oksigen terlarut di dalam badan air telah digunakan untuk proses pengoksidaan / penguraian bahan-bahan pencemar.

v. Keperluan Oksigen Biokimia (BOD)

BOD adalah merujuk kepada jumlah oksigen yang diperlukan untuk penguraian bahan pencemar (bahan organik dan bukan organik) oleh organisma aerobik (bakteria).

BOD yang tinggi adalah berpunca akibat kumbahan domestik, kumbahan dari aktiviti penternakan, air sisa domestik, air larian permukaan dan lain-lain.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

215

vi. Nitrogen Ammonia

Nitrogen ammonia merupakan satu parameter yang menjadi punca utama henti tugas loji. Paras ammonia yang tinggi menyebabkan penggunaan klorin ketika proses rawatan air meningkat.

Secara amnya, dari segi kimia. Ammonia mengandungi unsur nitrogen dan hidrogen yang terhasil melalui pereputan bahan organik.

Di antara sumber-sumber utama pencemaran ammonia adalah daripada penggunaan baja dalam aktiviti pertanian, air larut resapan dari tapak pelupusan sampah, kumbahan yang tidak dirawat dengan efisien, air kumbahan dari aktiviti penternakan, efluen daripada aktiviti perindustrian, efluen dari premis memproses kelapa sawit dan lain-lain.

Kehadiran ammonia yang tinggi di dalam air akan menyebabkan organisma akuatik gagal melepaskan toksik, sekali gus menyebabkan penumpukan toksik dalam tisu dan darah, dan akhirnya menyebabkan kematian.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

216

YB TUAN TAN HONG PIN (SKUDAI) SOALAN B146 Senaraikan nama, no telefon, alamat surat-menyurat dan alamat e-mel penghulu di setiap mukim di seluruh negeri Johor. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh YB Skudai, keseluruhan senarai boleh dirujuk mengikut lampiran/senarai yang telah disediakan sepertimana di Lampiran B146.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

217

YB TUAN TAN HONG PIN (SKUDAI) SOALAN B147 Jelaskan dasar kerajaan dan statistik berkenaan sektor perlombongan besi, emas, bauksit dan bahan-bahan logam lain dalam negeri Johor? Berapakah bilangan lombong yang berlesen dan sumbangan ekonomi sektor perlombongan kepada Johor dari segi bilangan pekerjaan dan bayaran hasil untuk tahun 2019,2020,2021(unjuran)? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman pihak YB Skudai, dasar kerajaan bagi perlombongan adalah merujuk kepada beberapa perkara antaranya:

Enakmen Mineral Negeri Johor (2003)

Peraturan-Peraturan Mineral Negeri Johor (2012) dan;

Akta Pembangunan Mineral 1994 Sehubungan dengan itu, sebanyak 36 lesen telah berkuat kuasa yang meliputi 20 Lesen Melombong Tuan Punya (PML) manakala baki 16 adalah Pajakan Melombong. Justeru itu, berikut merupakan lampiran berkaitan statistik sektor perlombongan dalam negeri Johor:-

Mineral

Lesen Melombong Tuan Punya (PML)

Pajakan Melombong (ML)

Bauksit

10 1

Bijih Besi

- 12

Emas

1 -

Pasir Silika

9 2

Bijih Timah

- 1

Jumlah

20 16

Selaras dengan itu, jumlah bilangan pekerja bagi satu-satu lombong adalah tertakluk kepada kategori Skala. Bagi skala besar bilangan pekerja adalah MELEBIHI 250 pekerja manakala bagi lombong yang berskala kecil adalah KURANG daripada 250 pekerja.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

218

Unjuran bayaran hasil royalti mineral yang diterima dari tahun 2019 sehingga Julai 2021 berjumlah RM8.8 juta dengan mengambil kira tahun 2020 dan 2021 berlaku penularan wabak COVID-19 yang telah menjejaskan sektor perlombongan. Pelbagai usaha akan dipergiatkan bagi merancakkan kembali sektor ini untuk terus berdaya tahan memacu ekonomi negeri pasca pandemik kelak.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

219

YB TUAN TAN HONG PIN (SKUDAI) SOALAN B148 Jelaskan maklumat terperinci tentang kadar vaksinasi dos 1 dan dos 2 bagi golongan pekerja dan cikgu sekolah mengikut jenis sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah berasrama penuh, sekolah agama dan sebagainya. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Semakan data Jabatan Pendidikan Negeri Johor berkaitan penerimaan suntikan vaksin Dos pertama dan ke-2 mengikut kategori sekolah rendah dan menengah adalah seperti jadual berikut: *Data berakhir 3 Ogos 2021

Kategori Bilangan Vaksin Dos 1 Vaksin Dos 2

Sekolah Rendah 27,394

13,259 (48.4%)

4,062 (14.8%)

Sekolah Menengah 20,788

14,859 (71.5%)

7,544 (36.3%)

Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)

7,159 3,173 (44.3%)

907 (12.7%)

Staf Sokongan Operasi (Kawalan Keselamatan, Pembersihan, Pekerja Kantin, Operator Bas dan lain-lain)

14,803 5,265 (35.6%)

1,868 (12.6%)

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

220

YB TUAN TAN HONG PIN (SKUDAI) SOALAN B149 Nyatakan statistik kehilangan pekerjaan dalam kalangan warga Johor yang bekerja dalam negeri Johor dan Singapura akibat penutupan penuh pada tahun 2020 dan 2021 dengan menyatakan mukim dan industri yang terlibat. JAWAPAN YB DATUK MOHD IZHAR BIN AHMAD Berdasarkan statistik PERKESO pada tahun 2020 dan sehingga Julai 2021, beberapa sektor industri yang paling terjejas iaitu sektor pembuatan, sektor pemborongan dan peruncitan serta sektor pembinaan telah menyebabkan seramai 19,027 orang telah kehilangan pekerjaan. Bagi tahun 2021 sahaja sehingga 30 Julai 2021, jumlah individu yang kehilangan pekerjaan di negeri Johor yang telah direkodkan adalah seramai 3,583 orang. Daerah Johor Bahru merupakan daerah yang paling ramai menunjukkan jumlah warga johor yang hilang pekerjaan iaitu seramai 1,743 orang. Pecahan statistik mengikut industri yang terlibat yang telah dilaporkan oleh PERKESO adalah seperti berikut :-

INDUSTRI BILANG PEKERJA

Pembuatan 1,222

Borong & Peruncitan 563

Pembinaan 375

F&B & Penginapan 319

Profesional & Teknikal 198

Pentadbiran & Khidmat Sokongan 170

Lain-Lain Klasifikasi 139

Perladangan 125

Pengangkutan 122

Pendidikan 115

Ict 68

Kesihatan & Sosial 38

Agrikultur, Perhutanan & Perikanan 25

Seni, Hiburan & Rekreasi 25

Perlombongan 24

Kewangan & Insuran 20

Pertahanan / Keselamatan Sosial 19

Air, Pembentungan & Sisa 9

Eletrik, Gas, Wap & Pendingin Udara 7

3,583

Statistik Individu yang kehilangan pekerjaan dalam kalangan warga Johor yang bekerja di Singapura tidak dapat disediakan kerana data yang diperolehi tidak tertumpu kepada perkara tersebut, ianya diperincikan secara menyeluruh dan umum.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

221

YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR (SEMERAH) SOALAN B150 Berapakah jumlah pekerja yang terjejas dengan PKP 3.0 dalam sektor pembuatan, pengangkutan serta pengilangan setakat Julai 2021 dan apakah usaha kerajaan negeri dalam membantu mereka meneruskan kehidupan? JAWAPAN YB DATUK MOHD IZHAR BIN AHMAD Berdasarkan statistik PERKESO, jumlah pekerja yang terjejas dengan PKP 3.0 bermula Mei 2021 sehingga Julai 2021 dalam sektor pembuatan, pengangkutan dan perkilangan adalah seramai 2,576 orang. Berdasarkan data laporan negeri Johor oleh PERKESO dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bermula Januari 2021 sehingga kini, seramai 3,583 orang telah diberhentikan akibat kesan pandemik. Pada 25 Mac 2021 yang lalu, YAB Menteri Besar Johor telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor dengan peruntukan sejumlah RM150 juta bagi 32 insentif dalam menangani krisis penularan COVID-19. Seterusnya, pada 10 Jun 2021, YAB Menteri Besar Johor juga telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0 yang menawarkan bantuan pemberian sekali beri (one-off) kepada rakyat Johor. Antara bantuan yang disalurkan ialah Bantuan One-Off RM500.00 kepada 2,123 pemandu bas dan van sekolah berdaftar yang diselaraskan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor, Bantuan One-Off RM500.00 kepada golongan yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan yang memanfaatkan hampir 10,000 pekerja yang terkesan, Bantuan Bakul Makanan dan banyak lagi. Unit SMI juga turut menawarkan inisiatif kepada pencari kerja yang terlibat dalam sektor industri yang terjejas untuk mendapatkan peluang pekerjaan di sektor lain menerusi Program Gerak Kerjaya Johor yang akan diadakan pada bulan September 2021 ini. Program ini akan di jalankan secara atas talian dengan mensasarkan penglibatan 70 majikan dengan tawaran lebih dari 1,000 kekosongan. Pada masa yang sama, menerusi platform media sosial Unit SMI juga giat memperhebahkan jawatan-jawatan kosong dari pelbagai sektor. Sepanjang Januari – Julai 2021, sebanyak 1,101 jawatan kosong telah diiklankan dan dihebahkan. Antara majikan yang terlibat adalah seperti dari sektor peruncitan iaitu 99 Speedmart, sektor perladangan iaitu Kulim (Malaysia) Sdn Bhd, KLK Berhad dan banyak lagi. Justeru itu, pencari kerja di seru agar tidak melepaskan peluang-peluang yang telah ditawarkan demi meneruskan kehidupan serta meningkatkan ekonomi diri masing-masing di masa pandemik ini.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

222

YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR (SEMERAH) SOALAN B151 Berapakah jumlah kes denggi di negeri Johor setakat Julai 2021 mengikut daerah serta berapakah perbelanjaan yang telah dikeluarkan bagi memastikan wabak ini terkawal? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN 1. Negeri Johor telah merekodkan 22 kes pada minggu epid 30/2021. Ini memberikan

kumulatif kes di negeri Johor pada tahun 2021 sebanyak 1308 kes iaitu menurun sebanyak 79.4% berbanding tahun 2020 (6357 kes). Sejak minggu pertama 2021 sehingga kini daerah Johor Bahru melaporkan kes tertinggi iaitu 1065 kes, Kota Tinggi 62 kes, Tangkak dan Batu Pahat masing-masing 41 kes, Kulai 29 kes, Segamat 20 kes, Pontian 17 kes, Kluang 12 kes, Mersing 12 kes dan Muar 9 kes. Selaras dengan penurunan kes, lokaliti wabak juga turut menunjukkan penurunan. Terdapat hanya 3 lokaliti wabak denggi yang masih aktif dan kesemuanya di daerah Johor Bahru.

2. Walau bagaimanapun, bagi menurunkan lagi kes denggi dan memastikan situasi ini dapat dikekalkan, aktiviti pencegahan masih diteruskan oleh pihak kesihatan di lokaliti keutamaan. Penilaian risiko di lokaliti dan aktiviti pencegahan seperti pemeriksaan tempat pembiakan, fogging, larvaciding, pendidikan kesihatan dan pemerkasaan komuniti serta penguatkuasaan masih dijalankan.

3. Sehingga bulan Julai 2021, perbelanjaan aktiviti kawalan dan pencegahan denggi ini dianggarkan berjumlah RM2.2 juta untuk seluruh negeri Johor. Perbelanjaan ini tidak termasuk bantuan kawalan daripada PBT dan bekalan racun daripada KKM.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

223

YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR (SEMERAH) SOALAN B152 Berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan dan jumlah penerima setakat Julai 2021 untuk bantuan kepada peniaga kecil di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan serta pecahan mengikut daerah? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Johor melalui Insentif Di bawah Agenda Johor Berkebajikan Belanjawan Johor 2021 dan Insentif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 telah bersetuju untuk memberikan insentif pemberian wang tunai RM500.00 (one-off) kepada penyewa premis pasar awam, peniaga pasar malam, pasar tani, pasar pagi dan penjaja yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Johor. Ini merupakan salah satu intervensi dan bantuan segera kepada golongan B40 yang begitu terkesan dgn keadaan ekonomi semasa penularan wabak COVID-19. Jumlah peruntukan bagi Insentif di bawah Agenda Johor Berkebajikan Belanjawan Johor 2021 adalah sebanyak RM9,545,000 seramai 19,090 peniaga. Manakala bagi Insentif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 pula adalah sebanyak RM9,758,500 seramai 19,517 peniaga yang layak menerima insentif tersebut. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah melaksanakan proses penyerahan insentif kepada peniaga sehingga Julai 2021 sebanyak RM10,999,000.00 yang melibatkan seramai 22,109 peniaga.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

224

YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR (SEMERAH) SOALAN B153 Apakah perancangan dan persediaan pihak kerajaan negeri selepas fasa kedua Pelan Pemulihan Negara bagi memastikan industri pelancongan Johor bergerak ke arah yang lebih ke hadapan dan apakah bidang pelancongan yang menjadi keutamaan kerajaan? JAWAPAN YB DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI 1. Selain pemberian insentif kepada golongan yang terjejas, walaupun aktiviti pelancongan

masih tidak dibenarkan, kerajaan negeri melalui Tourism Johor telah mengambil langkah proaktif secara berterusan dengan mempromosikan produk dan destinasi pelancongan 10 daerah melalui medium sosial media (pemasaran digital) dan menerusi kempen Yok Round Johor bagi mempromosikan pelancongan dalam negeri, penyiaran video Majestic Johor di rancangan Astro Ria serta memperkasakan pengisian / content di media sosial rasmi Tourism Johor bagi mengekalkan kesedaran tentang produk-produk pelancongan di dalam negeri Johor. JOHOR TOURISM INTERCHANGE

2. Tourism Johor telah membangunkan sebuah platform digital iaitu Johor Tourism Interchange (JTI) yang menghubungkan semua pemilik produk, pengusaha pelancongan dan pemain industri di bawah satu platform digital. Pada masa yang sama mengumpul data-data berkaitan pelancongan untuk kegunaan perancangan negeri pada waktu akan datang.

3. Platform yang akan dilancarkan pada bulan November sejajar dengan perancangan Pelan Vaksinasi Kebangsaan supaya Johor akan mencapai “herd immunity’ pada bulan Oktober ini. Kita sudah semestinya menjangkakan sektor pelancongan di dalam negeri Johor akan kembali aktif. WAYFORWARD MAJESTIC JOHOR

4. Kerajaan Negeri melihat kepada perancangan melangkaui batasan program Tahun Melawat Johor, perancangan demi perancangan telah dilaksanakan kerajaan negeri Johor melalui Tourism Johor akan terus komited dalam melaksanakan pelbagai usaha rehabilitasi sektor pelancongan bagi memperkukuhkan jenama Majestic Johor dengan fokus mempromosikan destinasi pelancongan utama di 10 daerah negeri Johor yang mempunyai pelbagai keunikan dan keistimewaan tersendiri sebagai ‘unique selling point’ dan memperlihatkan negeri Johor mampu bangkit semula ‘rise up’ menjadi pilihan destinasi pelancongan utama atau top-of-mind-destination serta selamat dikunjungi.

5. Ini dapat diperlihatkan Desaru yang telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 100 Destinasi Terbaik Dunia sebagai tumpuan destinasi percutian pantai (beach escape) yang menawarkan hotel serta resort bertaraf dunia dan eksklusif.

6. Bukan itu sahaja, saya dengan bangga ingin menyatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa Johor tetap berada di ranking no 3 (pilihan pengunjung di platform Traveloka). Syukur alhamdulillah, usaha-usaha kerajaan negeri menampakkan hasil walaupun kita berada dalam keadaan pandemik.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

225

7. Susulan itu, Kempen Yok Round Johor yang telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor pada 18 Mac 2021 di Rumah Citra Pinang Benut dibuat bagi menggalakkan pelancongan tempatan melancong di dalam negeri Johor. Menggalakkan pelancong domestik untuk melancong di dalam negeri dan daerah di dalam Johor dengan memperkenalkan serta mempromosikan produk dan pusat pelancongan tempatan yang berada di daerah-daerah di negeri Johor. USAHA TRAVEL KORIDOR

8. Selain dari hanya melihat usaha untuk menarik pelancong domestik, sukacita juga saya ingin memaklumkan kepada sidang dewan sekalian bahawa kerajaan negeri dalam proses perbincangan dengan dua buah negara bagi melaksanakan projek “travel corridor”.

9. Pada 30 Mac 2021 yang lepas, saya telah berbincang dengan wakil Senai Airport, wakil IRDA dan Wakil Jin Air bagi melihat kemungkinan kita membuka sektor pelancongan kita kepada pelancong Korea. Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa perincian perancangan ini telah disediakan dan kita masih menunggu untuk “the right timing” bagi melancarkan program ini.

10. Kerajaan negeri juga telah berbincang dengan kerajaan Singapura melalui Singapore Tourism Board pada 5 Ogos 2021 dalam usaha dua hala kita untuk melihat kemungkinan “Travel Corridor” bagi membuka sektor-sektor tertentu kepada pelancong Singapura.

11. Semestinya menjadi kewajipan kerajaan negeri untuk memperhalusi SOP sebelum kita mengambil apa jua langkah dalam membuka sektor pelancongan negeri Johor. MEDIA SOSIAL

12. Tidak dinafikan lagi bahawa media sosial memainkan peranan penting dalam proses pemasaran produk-produk pelancongan negeri ini. Kerajaan negeri melalui Tourism Johor dalam proses menyediakan video-video marketing sebagai langkah memastikan Johor kekal sebagai destinasi pilihan bagi pelancong domestik dan antarabangsa.

13. Usaha ini juga dimantapkan lagi dengan strategi promosi tempat-tempat tumpuan pelancongan di semua platform media sosial Tourism Johor. Jikalau Yang Berhormat sekalian ingin mencari kedai makan mana yang menarik selepas sidang dewan ini, saya mengesyorkan Yang Berhormat lawat Facebook atau Instagram Tourism Johor. Pasti akan ada yang membuatkan Yang Berhormat terliur. PEMBANGUNAN PRASARANA KEMUDAHAN PELANCONGAN

14. Kerajaan negeri juga giat membangun dan menaik taraf prasarana pelancongan di dalam negeri Johor. “We will always be ready” untuk menyambut tetamu dengan gaya Johor.

15. Terdapat 28 projek semua sekali yang telah dirancang dan antara projek yang sedang dilaksanakan adalah kemudahan pelancongan, jeti dan lapangan tempat kereta di daerah Muar, pemasangan mercu tanda pelancongan dan kerja pencahayaan di beberapa lokasi pelancongan di daerah Mersing, menaik taraf pusat informasi pelancongan (TIC) di daerah Kota Tinggi dan beberapa lokasi lain.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

226

YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR (SEMERAH) SOALAN B154 Berapakah peruntukan bagi tahun 2021 untuk penyelenggaraan perparitan dan mendalamkan sungai yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi mengatasi masalah banjir terutama di daerah Batu Pahat? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Bagi Tahun 2021, pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat telah memperuntukkan RM4 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan sistem perparitan dan longkang. Buat masa ini tiada peruntukan daripada kerajaan negeri.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

227

YB TUAN MUHAMMAD TAQIUDDIN BIN CHEMAN (PULAI SEBATANG) SOALAN B155 Mohon Exco Kesihatan kongsikan data tahap kesihatan mental rakyat Johor. JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) tidak membuat saringan penduduk (survey) untuk mengetahui tahap kesihatan mental rakyat Johor. Akan tetapi JKNJ, telah menyediakan satu platform atas talian bagi membolehkan rakyat negeri Johor melaksanakan saringan kesihatan mental kendiri secara atas talian, dan seterusnya diberikan beberapa pautan intervensi berdasarkan keputusan saringan tersebut. Saringan ini adalah atas dasar sukarela. Berikut adalah analisa ringkas data rakyat negeri Johor yang menjawab Saringan Minda Sihat Johor secara atas talian antara September 2020 - Februari 2021: Jumlah saringan: 25,933 Isu kesihatan utama adalah anxiety (kebimbangan) Normal: 6565 (25.3%), Abnormal (ringan, sederhana, teruk, sangat teruk): 19368 (74.7%) Ringan: 2638 (10.2%) Sederhana: 3141 (12.1%) Teruk: 3749 (14.5%) Sangat teruk: 9840 (37.9%)

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

228

YB TUAN MUHAMMAD TAQIUDDIN BIN CHEMAN (PULAI SEBATANG) SOALAN B156 Situasi wabak yang memburuk dan PKP yang berterusan memberi kesan mendalam kepada tahap kesihatan mental rakyat. Apakah kerajaan negeri menyediakan sistem sokongan buat rakyat Johor yang memerlukan sokongan kesihatan mental? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Melalui Saringan Minda Sihat Johor iaitu platform saringan kesihatan mental kendiri atas talian yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), rakyat yang dikesan mempunyai masalah kesihatan mental (keputusan saringan teruk & sangat teruk) akan diberikan sokongan atau intervensi. Mereka dinasihatkan untuk membuat penilaian lanjut di Klinik Kesihatan berdekatan dengan membuat temu janji atas talian di pautan yang diberikan iaitu http://jknj4.moh.gov.my/qrtca. Mereka juga diberi pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan tele-kaunseling (https://tinyurl.com/3b4wqtpg) sekiranya berasa tidak yakin untuk ke klinik kesihatan. Bagi perkhidmatan ini, mereka akan dihubungi oleh Pegawai Psikologi Pejabat Kesihatan Daerah untuk penilaian pertama dan seterusnya diberikan temu janji untuk sesi bersemuka mengikut penilaian yang dibuat. Bagi klien lain yang mendapat keputusan normal atau ringan, mereka diberikan pautan ke Telegram Minda Sihat Johor (https://t.me/mindasihatjohor) bagi mendapatkan pelbagai informasi berkaitan kesihatan mental dan intervensi berkaitan. JKNJ juga mewar-warkan nombor talian psikososial yang disediakan di oleh KKM, NGO seperti Befriender serta agensi kerajaan lain yang menyediakan talian sokongan psikososial seperti Unit Kaunseling dari SUKJ, JKM, LPPKN dan banyak lagi. Unit Kaunseling SUKJ juga telah menyediakan inisiatif talian sokongan psikososial & klinik kaunseling virtual untuk rakyat Johor yang dilancarkan pada 1 Ogos 2021.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

229

YB TUAN MUHAMMAD TAQIUDDIN BIN CHEMAN (PULAI SEBATANG) SOALAN B157 Memetik jawapan YB Menteri penyelaras PICK, remaja 17 tahun dan ke bawah tidak diberikan suntikan vaksin. Sekiranya sekolah tidak dibuka, apa langkah yang akan diambil oleh Exco Pendidikan untuk memastikan kualiti pembelajaran yang kondusif dapat disediakan kepada guru dan pelajar? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Memandangkan pelaksanaan PdPR diteruskan sehingga 30 Ogos 2021, Jabatan Pendidikan Negeri Johor sentiasa berusaha meningkatkan kualiti penyampaian guru semasa sesi PdPR. PdPR Fasa 3 yang bermula pada 17 Mei 2021 telah memberi tumpuan kepada pemantapan, pelaksanaan dan peningkatan kualiti PdPR guru bagi menjamin murid menerima akses pembelajaran yang berkualiti. Pelbagai usaha meningkatkan kualiti PdPR guru dilaksanakan melalui bimbingan oleh PPD / School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) dan latihan secara atas talian. Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menganjurkan pelbagai webinar berupa perkongsian amalan terbaik PdPR guru-guru di negeri Johor yang boleh ditonton menerusi laman CikgooTube Johor. Penyebarluasan juga telah dibuat melalui media sosial jabatan seperti Youtube, Telegram dan Facebook.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

230

YB TUAN MUHAMMAD TAQIUDDIN BIN CHEMAN (PULAI SEBATANG) SOALAN B158 Difahamkan bahawa aktiviti kokurikulum atas talian di sekolah tetap berjalan walaupun pelbagai kekangan dihadapi oleh warga sekolah, baik guru atau pelajar. Bukankah lebih baik guru menumpukan kepada peningkatan kualiti PDPR sahaja? Mohon respons Exco Pendidikan. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG 1. Jabatan Pendidikan Negeri Johor merujuk surat KPM Rujukan KPM.600-4/4/4 JLD ( )

bertarikh 25 Jun 2021 menyatakan aktiviti kokurikulum boleh dilaksanakan secara dalam talian dan tidak mengganggu waktu PdPR. Aktiviti kokurikulum adalah perlu bagi memperkukuh pembelajaran murid, memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) serta memastikan murid kekal aktif dan sihat. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum secara terancang dan teratur dapat membentuk sosio emosi murid yang stabil dan baik terutama dalam situasi yang mencabar kini. Pelaksanaan PdPR Fasa 3 yang bermula pada 17 Mei 2021 memberi tumpuan kepada pemantapan pelaksanaan PdPR serta peningkatan kualiti PdPR guru dan murid. Pelbagai usaha dan inisiatif dilaksanakan dalam fasa ini seperti bimbingan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau School Improvement Specialist Coaches Plus SISC+ serta latihan secara atas talian. Jabatan Pendidikan Johor telah menganjurkan pelbagai webinar berupa perkongsian amalan terbaik PdPR guru-guru di negeri Johor.

2. Sehubungan itu, aktiviti kokurikulum perlu diteruskan walaupun secara dalam talian atas sebab berikut: 2.1 Aktiviti Kokurikulum merupakan sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan

(Pendidikan Holistik dan seimbang). 2.2 Aktiviti kokurikulum berfungsi sebagai sokongan dan pelengkap kepada aktiviti

kurikulum. 2.3 Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) mengarahkan aktiviti kokurikulum diteruskan secara dalam talian KPM-600-4/1/1 JLD 3(52) bertarikh 25 Jun 2021 untuk keperluan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dengan syarat; Tiada implikasi kewangan, Dengan kebenaran Ibu bapa atau penjaga, Jadual aktiviti diselaraskan oleh pentadbiran sekolah agar tidak mengganggu sesi PdPR guru dan murid. Jumlah kehadiran sesi perjumpaan kokurikulum minimum ditetapkan hanyalah 15 kali sahaja berbanding 36 kali dalam norma biasa.

2.4 Pelaksanaan PAJSK merupakan sebahagian daripada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) selaras dengan usaha memperkasakan PBS.

2.5 Markah PAJSK penting kpd murid untuk masuk ke Universiti (10%).

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

231

YB TUAN MUHAMMAD TAQIUDDIN BIN CHEMAN (PULAI SEBATANG) SOALAN B159 Mohon Exco Pendidikan kongsikan data pelajar cicir di Johor. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Semakan Jabatan Pendidikan Negeri Johor mendapati data Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berakhir 31 Julai 2021 menunjukkan seramai 33,912 daripada 599,083 orang murid (5.66 %) cicir PdPR. Data bulan Julai menunjukkan peratus murid cicir telah berkurang berbanding 7.01% pada bulan Jun 2021. Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sentiasa mengambil cakna murid cicir PdPR dan komited membimbing sekolah dalam melaksanakan intervensi supaya kadar keciciran PdPR akan terus mengecil peratusannya. Merujuk Akta Pendidikan 1960 ( Akta 550) : Peraturan-peraturan dan kaedah terpilih, peraturan-peraturan pendidikan (Pendidikan wajib) 2002 membuat tafsiran murid cicir ertinya seseorang yang tidak mengikuti pendidikan wajib di sekolah atau murid yang tidak hadir di sekolah selama suatu tempoh yang tidak melebihi 3 hari berturut-turut, tetapi tidak termasuk murid yang tidak hadir di sekolah kerana ponteng, masalah kesihatan atau telah dikecualikan oleh Menteri di bawah subseksyen 29A(3) daripada mengikuti Pendidikan wajib. Berdasarkan takrifan di atas Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat ketetapan 7 kategori kriteria murid cicir di sekolah iaitu: i. Masalah kesihatan / Kecacatan ii. Tidak dapat dikesan / Tiada maklumat / Hilang iii. Masalah keluarga / Kemiskinan / Penceraian / Pengangkutan / Berhenti sekolah iv. Buang sekolah v. Tidak berminat bersekolah vi. Bekerja vii. Berkahwin Merujuk kepada soalan, berdasarkan data yang diterima berhubung perkara di atas yang melibatkan hari persekolahan bermula 20 Januari 2021 sehingga 1 Mei 2021, bilangan murid cicir yang direkodkan bagi sekolah-sekolah negeri Johor adalah sebanyak 1,248 orang seperti di Lampiran B159.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

232

YB PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM) SOALAN B160 Kerajaan telah mengumumkan bajet sejumlah RM20 juta bagi rancangan tebatan banjir. Apakah status pelaksanaan rancangan ini dan persediaan kerajaan bagi mengelak berhadapan situasi banjir, lebih-lebih lagi ketika kita sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman Yang Berhormat, sebagaimana pengumuman kerajaan, peruntukan sebanyak RM 20 juta telah diluluskan bagi perlaksanaan projek Tebatan Banjir di Negeri Johor di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor. Projek tebatan banjir merangkumi Projek Tebatan Banjir, Saliran Bandar dan Pengurusan Sungai. Perlaksanaan projek-projek ini adalah sebagaimana perancangan. Status semasa perlaksanaan projek adalah seperti berikut:

Bil Tajuk Status

P.75004 TEBATAN BANJIR

1. Projek Tebatan Banjir Sungai Ring, Tangkak, Johor (Sambungan)

Perlantikan SI .

2 Projek Tebatan Banjir Kampung Tanjung Gading, Mukim Kesang, Daerah Tangkak, Johor (Sambungan)

Perlantikan SI .

3 Projek Mengurangkan Risiko Banjir Berhampiran Stadium Sultan Ibrahim, Mukim Pulai, Johor Bahru, Johor

Perancangan

4 Projek Tebatan Banjir Di Kg. Pt Hj Hashim, Batu Pahat (Sambungan)

Dalam Perlaksanaan

5 Kerja Kerja Mengurangkan Risiko Banjir Di Parit Batu Nampak Dan Parit Zain, Pekan Bakri, Muar, Johor

Dalam Perlaksanaan

6 Membina Baru Rumah Pam Beserta Set Pam Selam Elektrik Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di PKPS Sg. Durian Mukim Serkat, Daerah Pontian, Johor.

Proses Perolehan

7 Kerja Kerja Mengurangkan Risiko Banjir Di Parit Beting Dan Parit Long Mohamad, Kawasan Saliran Muar, Muar, Johor

Dalam Perlaksanaan

8 Kerja Mengurangkan Risiko Banjir Sg Kapeh Serta Kerja Berkaitan Di Kg Jabi Ke Kg Bukit Tempurung, Mukim Jabi, Segamat, Johor

Dalam Perlaksanaan

9 Rancangan Tebatan Banjir Sungai Melantai, Kluang, Johor Proses Perolehan

10 Projek Mengurangkan Risiko Banjir Sungai Sayong Dan Kerja Yang Berkaitan Di Mukim Sedenak, Kulai, Johor

Dalam Perlaksanaan

11 Kerja-Kerja Mengurangkan Risiko Banjir Di Parit Keliling Sungai Kesang, Daerah Tangkak, Johor

Dalam Perlaksanaan

12 Kerja Mengurangkan Risiko Banjir Di Sungai Sepang, Mukim Pantai Timur, Kota Tinggi, Johor

Dalam Perlaksanaan

13 Kerja Menaiktaraf Benteng Sungai Batu Pahat Dari Parit Lapis Ke Parit Sri Molek, Batu Pahat, Johor

Dalam Perlaksanaan

14 Kerja Mengurangkan Risiko Banjir Di Kampung Sentosa, Mukim Plentong, Johor Bahru, Johor

Dalam Perlaksanaan

15 Kerja Mengurangkan Risiko Banjir di Sungai Benut Serta Dalam Perlaksanaan

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

233

Bil Tajuk Status

Kerja-Kerja Berkaitan Di Mukim Benut, Daerah Pontian, Johor.

16 Bayaran Akhir Projek Kerja-Kerja Membina Benteng Sungai Di Kampong Spang Loi Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Mukim Buloh Kasap, Segamat, Johor (Sambungan)

Bayaran Akhir

17 Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kenawar, Mukim Pogoh, Segamat, Johor (Sambungan)

Dalam Perlaksanaan

18

Pembayaran Kos Akibat Penarikan Pengambilan Balik Tanah Bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Kampong Melayu, Sengkang, Kulai, Johor

Proses Bayaran.

P.75005 SALIRAN BANDAR

1 Kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Kg Melayu Fasa 1 Serta Kerja Berkaitan, Kluang, Johor (Sambungan)

Dalam Perlaksanaan

2 Projek Menaiktaraf Sistem Perparitan Di Taman Tangkak Jaya Dan Kawasan Sekitar Serta Kerja-Kerja Berkaitan, Daerah Tangkak, Johor. (Sambungan)

Perbicaraan PBT – 15/8/2021

3 Penyelenggaraan Kolam Takungan Banjir Negeri Johor

Dalam Perlaksanaan

4 Kerja Menaiktaraf Komponen Mekanikal Dan Elektrikal Di Stesen Perangkap Sampah Kampung Bakar Batu, Daerah Johor Bahru, Johor

Proses Perolehan

5 Kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Di Parit Perupok Jalan Junid, Saliran Bandar Maharani, Daerah Muar, Johor

Dalam Perlaksanaan

6 Pembangunan Dan Pengindahan Koridor Kolam Batu 21 Dan Kerja-Kerja Berkaitan, Mukim Kulai, Daerah Kulai, Johor

Proses Perolehan

7 Kerja Menaiktaraf Komponen Pintu Air Sg Bang dan Sg Kemang Di Mukim Kota Tinggi, Daerah Kota Tinggi, Johor.

Dalam Perlaksanaan

8 Kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Di Parit Amat (Fasa 1) Dan Kerja-Kerja Berkaitan, Mukim Simpang Kanan, Daerah Batu Pahat, Johor

Proses Perolehan

9 Kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Di Parit Bandar Jalan Kolam Air Dan Kerja-Kerja Berkaitan, Mukim Sg Segamat, Daerah Segamat, Johor

Dalam Perlaksanaan

10 Rancangan Saliran Mesra Alam Bandar Kulai, Daerah Kulai, Johor

Dalam Perlaksanaan

11

Kerja Menaiktaraf Sistem Saliran Di Batu 4 Jalan Mersing Dan Kerja-Kerja Berkaitan, Kluang, Johor (Sambungan) Bayaran Akhir

12

Kerja Menaiktaraf Tebing Parit Di Kampong Parit Pasir Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Mukim Jeram Batu, Daerah Pontian, Johor

Siap

P.75005 SALIRAN BANDAR

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

234

Bil Tajuk Status

1 Membina Struktur Penahan Tebing Sungai Muar Di Pekan Grisek, Daerah Tangkak, Johor. (Sambungan)

Dalam Perlaksanaan

2 Projek Denai Sungai (River Trail) Negeri Johor Dan Pengindahan Rizab Sungai

Perancangan

3 Kerja-Kerja Pemulihan Sungai Skudai & Sungai Tebrau Dalam Perlaksanaan

4 Program Satu Daerah Satu Sungai (1D1S) Dalam Perlaksanaan

5 Program Pemulihan Sungai Kim Kim Dalam Perlaksanaan

6 Kerja Penggukuhan Tebing Sg Segamat Serta Kerja Berkaitan, Mukim Sg Segamat, Segamat, Johor

Dalam Perlaksanaan

7 Kerja membina tembok penahan hakisan tebing Sg Johor (dari senarai 75004)

Dalam Perlaksanaan

8 Kerja Pemuliharaan Sungai Di Sungai Pulai Serta Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan, Daerah Pontian, Johor

Proses Perolehan

9 Kerja-Kerja Menaiktaraf Benteng Sg. Plentong Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Kg. Plentong Baru, Mukim Plentong, Johor Bahru

Dalam Perlaksanaan

10 Kerja-Kerja Membina Struktur Ramp Bot di Sg Kesang, Tangkak, Johor

Proses Perolehan

11 Menggali Dan Membersihkan Sungai Terap, Kawasan Saliran Muar, Muar, Johor

Dalam Perlaksanaan

12 Penggalian di Sungai Bekok, Mukim Tanjung Sembrong, Batu Pahat

Proses Perolehan

13 Kerja Pemuliharaan Sungai Benut Serta Kerja Berkaitan, Simpang Renggam, Kluang, Johor

Dalam Perlaksanaan

14 Rancangan Memulihkan Koridor Sungai Siput (RMKS) Daerah Segamat, Johor (Sambungan)

Bayaran Akhir

Selain daripada perlaksanaan projek-projek ini, sebagai persediaan menghadapi banjir, kerajaan melalui JPS sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran, sungai dan parit serta kerja-kerja pembaikan benteng sungai dan lain-lain. JPS juga telah membuat persediaan bagi sistem amaran banjir dan pemantauan banjir.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

235

YB PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM) SOALAN B161 Sektor pendidikan antara terkesan apabila negara berhadapan dengan pandemik. Apakah langkah kerajaan di dalam mempercepatkan proses vaksinasi warga pendidikan Bangsa Johor, termasuk pelajar dan murid supaya sektor pendidikan negeri ini dapat berjalan semula seawalnya, dan jaminan kerajaan terhadap keselamatan mereka? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Jabatan Pendidikan Negeri Johor berusaha menyedia dan mengumpul data-data guru, anggota kumpulan pelaksana dan staf sokongan yang terlibat membantu dalam pengoperasian di sekolah untuk mengenal pasti status vaksinasi mereka. Maklumat berkenaan telah dihantar kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut termasuk usaha-usaha Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) negeri Johor bersama Pusat Kesihatan Daerah (PKD). Jabatan Pendidikan Negeri Johor bersetuju menjadikan sekolah sebagai pusat PPV sebagaimana keperluan pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKNJ)/Pusat Kesihatan Daerah (PKD). Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menggunakan premis sekolah setakat 4 Ogos 2021 mengikut Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) adalah seperti berikut:

Bil. PPD Sekolah Buka Tutup

1

PPD MUAR

SMK Felcra Bukit Kepong 18/06/2021 20/06/2021

SMK Felcra Bukit Kepong 11/07/2021 13/07/2021

SMK Bukit Pasir 10/07/2021 11/07/2021

SMK Bukit Pasir 31/07/2021 01/08/2021

SMK Raja Muda 25/07/2021 29/07/2021

2

PPD TANGKAK SMK PESISIRAN PERDANA 25/06/2021 18/08/2021

SMK LEDANG 09/07/2021 22/08/2021

3

PPD KLUANG PPD KLUANG 22/07/2021 22/07/2021

PPD KLUANG 29/07/2021 29/07/2021

SK SERI SEDOHOK 10/08/2021 10/08/2021

SK PENGKALAN TEREH 11/08/2021 11/08/2021

4

PPD BATU PAHAT

SK SERI PERPAT 23/06/2021 14/07/2021

SJKC LAM LEE 28/06/2021 19/07/2021

SK SG SULOH 01/07/2021 22/07/2021

SK SERI BINJAI 08/07/2021 29/07/2021

SK PT KEMANG 18/07/2021 08/08/2021

SMK SURIA PERDANA 21/07/2021 11/08/2021

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

236

SMK SERI MEDAN 25/07/2021 15/08/2021

SK SERI TIGA SERANGKAI 27/07/2021 17/08/2021

SMK PERMATA JAYA 02/08/2021

Jabatan Pendidikan Negeri Johor terus menyokong untuk kerajaan negeri berunding dengan MOSTI dan KKM bagi tujuan menyegerakan tambahan vaksin khusus untuk guru dan warga sekolah secara berkelompok.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

237

YB PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM) SOALAN B162 Rakyat sering berhadapan kekeliruan apabila sesuatu Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, kerana kadang kala terdapat perbezaan Standard Operasi Prosedur di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Keselamatan Negara. Apakah langkah kerajaan di dalam memastikan perkara ini ditambah baik dan tidak berulang? JAWAPAN YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL Sebagaimana sedia maklum, Prosedur Operasi Standard (SOP) telah disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Apabila diumumkan berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), telah diadakan beberapa siri mesyuarat berhubung penyelarasan dan penyeragaman SOP sewaktu tempoh PKP bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor dan agensi berkaitan seperti MKN, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) dan lain-lain jabatan/agensi yang berkenaan. Berdasarkan siri mesyuarat tersebut, PBT akan mengemas kini dan menyemak semula notis yang telah dikeluarkan agar ianya selaras dengan SOP yang terkini yang dikeluarkan oleh pihak MKN. PBT juga diminta untuk memastikan bahawa peniaga/pelesen mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Johor. SOP tersebut tertakluk kepada sebarang perubahan dari masa ke semasa berdasarkan ketetapan dan pengemaskinian oleh pihak MKN. Antara perkara yang sering berlaku di peringkat lapangan yang telah menyebabkan kekeliruan SOP semasa PKP adalah berkaitan dokumen sokongan yang diperolehi oleh peniaga/pelesen. Untuk makluman, surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) sebelum ini adalah terbatal mulai 1 Jun 2021. Oleh itu, semua perkhidmatan perlu di bawah sektor perdagangan pengedaran perlu mendapatkan surat kebenaran beroperasi yang baharu melalui sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) versi 3.0. Pihak MKN turut menjelaskan bahawa sekiranya berlaku percanggahan di antara dokumen rasmi terlibat maka SOP yang dikeluarkan oleh MKN akan mengatasi dokumen tersebut. Sebagai contoh, premis perniagaan telah mendapat kelulusan beroperasi daripada sistem CIMS 3.0 namun SOP tidak membenarkan sektor/sub-sektor tersebut untuk beroperasi. Maka arahan SOP Fasa 1 perlu dipatuhi dan bukannya surat CIMS 3.0 tersebut. Sehingga bulan Ogos 2021, notis atau SOP yang dikeluarkan oleh semua PBT Negeri Johor adalah selaras dengan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 MKN.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

238

YB PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM) SOALAN B163 Negeri Johor masih berada di Fasa Pertama berdasarkan Pelan Pemulih Negara. Apakah langkah yang dijalankan oleh kerajaan di dalam kita melangkah ke Fasa Kedua dan seterusnya, dan apakah jaminan kerajaan memastikan situasi di negeri ini tidak kembali ke Fasa Pertama? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Secara umumnya, untuk pengetahuan YB Penggaram. Kerajaan telah berusaha untuk melaksanakan pelbagai langkah antaranya seperti:

i. Memperkukuhkan sistem kesihatan awam ii. Pengesanan, pemantauan dan tindakan kes-kes harian iii. Memastikan kapasiti kesihatan awam pada paras yang mencukupi iv. Program PICK dapat dilaksanakan mengikut perancangan bagi mencapai herd

immunity (80% populasi dewasa) Dalam Pelan Pemulihan Negara, negeri-negeri yang telah beralih ke fasa seterusnya tidak akan beralih ke fasa sebelumnya. Tambahan pula terdapat tiga indikator yang telah ditetapkan bagi membolehkan kita beralih fasa pelan Pemulihan Negara (PPN) antaranya ialah kes harian di bawah 465 kes sehari, penggunaan katil ICU dan juga peratusan vaksinasi. Selain itu, COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) Johor telah merangka unjuran vaksinasi kepada populasi rakyat negeri Johor yang berusia 18 tahun ke atas akan menerima sekurang-kurangnya dos pertama pada penghujung Ogos. Bagi mempercepat kadar vaksinasi di Johor, pihak kerajaan negeri telah menyediakan kapasiti Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sebanyak 70,000 sehari merangkumi awam, integrasi, industri dan juga swasta . Oleh yang demikian, di samping memastikan kita dapat mencapai imuniti kelompok pada bulan Oktober, proses vaksinasi yang cepat juga membolehkan kita beralih ke fasa seterusnya dalam Pelan Pemulihan Negara. Kerajaan negeri bertekad untuk terus mencari jalan dalam menyelesaikan pelbagai isu yang berbangkit semasa pandemik ini khususnya berkaitan peralihan fasa dalam tempoh PPN seperti yang ditetapkan. Selain daripada pengamalan norma hidup baharu kita juga perlu memberikan segala tumpuan dalam pelbagai aspek sepertimana yang diterangkan tersebut. Proses penambahbaikan juga akan sentiasa diperhalusi dan diberikan penekanan kolektif dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan negeri Johor.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

239

YB PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM) SOALAN B164 Terdapat komuniti Orang Asli di Johor yang belum berdaftar dan dijadualkan sebagai penerima vaksin. Apakah langkah kerajaan di dalam memastikan Orang Asli di negeri Johor tidak tercicir, sekali gus menjamin keselamatan komuniti ini di dalam berhadapan pandemik COVID-19? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor dan Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah (PKOAD) ketika ini sedang giat menjalankan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Program Outreach Vaksinasi Covid-19 melibatkan masyarakat Orang Asli di setiap perkampungan Orang Asli Negeri Johor. Program ini mendapat kerjasama yang cukup baik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Daerah, Ahli Parlimen, ADUN, Southern Volunteer Negeri Johor, Jabatan Penerangan Malaysia, Institut Jantung Negara (IJN), Jabatan Perpaduan Negara dan lain-lain agensi / jabatan berkaitan. Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak juga telah masuk ke kampung-kampung bagi memberi suntikan vaksin kepada masyarakat Orang Asli. Pihak kerajaan juga melalui JAKOA, KKM, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Daerah dan Southern Volunteer Negeri Johor melalui program turun padang telah ke kampung-kampung Orang Asli bagi menjalankan kempen kesedaran bagi meyakinkan masyarakat Orang Asli supaya mendaftar dan seterusnya bersetuju untuk menerima suntikan vaksin ini. Kempen-kempen kesedaran melalui media sosial juga telah dijalankan khusus kepada masyarakat Orang Asli supaya dapat menangkis persepsi negatif mereka terhadap pengambilan suntikan vaksin ini. Hasilnya, dari semasa ke semasa jumlah masyarakat Orang Asli yang bersetuju untuk menerima vaksin semakin hari semakin meningkat melalui pemantauan yang kerap dilakukan oleh PKOAD dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Data masyarakat Orang Asli Negeri Johor yang berumur 18 tahun ke atas dan layak untuk menerima vaksin adalah seramai 11,884 orang. Setakat ini, sehingga tarikh 10 Ogos 2021, masyarakat Orang Asli Negeri Johor yang telah menerima vaksin adalah sebagaimana pecahan berikut :-

i) Dos 1 : 3,350 orang ii) Dos 2 : 981 orang

Pecahan jumlah Kampung Orang Asli (KOA) yang telah dijalankan Program Outreach Vaksinasi Covid-19 sehingga 10 Ogos 2021 mengikut daerah adalah sebagaimana berikut:-

i) Kota Tinggi - 5 KOA ii) Batu Pahat - 5 KOA iii) Mersing - 2 KOA iv) Muar - 6 KOA v) Segamat - 6 KOA vi) Tangkak - 3 KOA vii) Kluang - 10 KOA viii) Johor Bahru - Dalam Perancangan Bersama Pejabat Daerah & PKD ix) Pontian - Dalam Perancangan Bersama Pejabat Daerah & PKD

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

240

Adalah menjadi sasaran pihak kerajaan dan JAKOA bagi memastikan tahap imuniti kelompok di kalangan masyarakat Orang Asli akan mampu dan dapat dicapai dengan jayanya.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

241

YB DATO’ IR SYED SIS BIN SYED ABDUL RAHMAN (TANJUNG SURAT) SOALAN B165 Berapa ramai kah pekerja dan peniaga yang terkesan oleh pandemik COVID-19 telah dibantu melalui Pakej-pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) kerajaan Johor setakat ini? JAWAPAN YB DATUK MOHD IZHAR BIN AHMAD Pada 25 Mac 2021 yang lalu, YAB Menteri Besar Johor telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor dengan peruntukan sejumlah RM150 juta bagi 32 insentif dalam menangani krisis penularan COVID-19. Seterusnya, pada 10 Jun 2021, YAB Menteri Besar Johor juga telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0 yang menawarkan bantuan pemberian sekali beri (one-off) kepada rakyat Johor. Antara inisiatif bantuan One-Off RM500.00 yang disalurkan adalah seperti di bawah :- - Bantuan kepada 2,123 pemandu bas dan van sekolah berdaftar yang diselaraskan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor. - Bantuan kepada golongan yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan yang memanfaatkan hampir 10,000 pekerja yang terkesan - Bantuan Bakul Makanan - Bantuan kepada 1,197 pengusaha kantin sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. - Bantuan kepada 4,202 pemegang lesen premis gunting rambut atau salun. - Bantuan kepada 19,090 pengusaha IKS mikro yang berdaftar dengan PBT seperti penyewa premis milik PBT, peniaga pasar malam, pasar pagi, pasar tani dan penjaja. Selain itu turut ditawarkan adalah Bantuan penangguhan bayaran lesen penjaja atau perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (MIKRO), sewa premis dan gerai, sewa tapak pasar malam dan pasar pagi sehingga Disember 2021 di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negeri Johor yang melibatkan seramai 45,567 pengusaha dan banyak lagi. Perincian penuh maklumat jumlah penerima bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor belum dapat disediakan memandangkan inisiatif-inisiatif bantuan masih lagi dalam pelaksanaan.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

242

YB DATO’ IR SYED SIS BIN SYED ABDUL RAHMAN (TANJUNG SURAT) SOALAN B166 Adakah semua kolam ternakan ikan/udang atas air atau di darat telah dilesenkan? Pernah kah ada syarikat-syarikat yang telah didakwa kerana tiada lesen atau kelulusan? JAWAPAN YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI Untuk makluman Yang Berhormat, semua kolam ternakan ikan / udang di darat masih belum dilesenkan. Jabatan Perikanan Negeri Johor sedang ke arah perlaksanaan Kaedah-kaedah Perikanan (Akuakultur Darat) Johor 2020 yang telah diwartakan pada 21 Januari 2021 bagi melesenkan kolam atau premis akuakultur di darat. Namun begitu, aktiviti akuakultur di perairan kelautan Negeri Johor telah lama dilesenkan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Sistem Kultur Laut) 1990 Akta Perikanan 1985. Jenis-jenis Sistem Kultur Laut (SKL) yang dilesenkan di bawah peraturan ini ialah rak dan tiang (ternakan kupang, tiram), rakit (ternakan kupang), sangkar dan kandang (ternakan ikan air payau / marin) serta dasar laut (ternakan kerang). Sebanyak 484 SKL telah dilesenkan di Negeri Johor di mana 120 SKL dilesenkan di Daerah Kota Tinggi. Berdasarkan perkara 16 di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Sistem Kultur Laut) 1990 Akta Perikanan 1985, mana-mana orang yang melanggar mana-mana terma dan syarat suatu permit atau lesen yang dikeluarkan di bawah Peraturan-peraturan ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit. Merujuk kepada rekod Unit Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Negeri Johor, pemeriksaan hanya dilakukan ke atas SKL yang mempunyai permit dan lesen sahaja dan sehingga kini belum pernah mana-mana individu atau syarikat yang tidak memiliki lesen yang sah didakwa.

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

243

YB DATO’ IR SYED SIS BIN SYED ABDUL RAHMAN (TANJUNG SURAT) SOALAN B167 Setakat 29.07.2021 berapa ramai kah penduduk negeri Johor yang telah menerima vaksin COVID-19 dos pertama dan juga yang telah menerima kedua-dua dos? JAWAPAN YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN Pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula pada 1 Mac di negeri Johor. Sehingga 1/8/21, seramai 1,146,314 (42.3%) warga Johor berumur 18 tahun dan ke atas telah menerima dos 1 dan 458,476 (16.9%) telah menerima lengkap 2 dos (sumber: JKJAV).

SUKJ.DN.600-3/4/1 JLD.5 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)

PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 MULAI PADA 12 OGOS, 22 HINGGA 23 OGOS DAN 6 HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

UNIT DEWAN

PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR ariff (Soalan bertulis Ogos 2021)

244

YB DATO’ IR SYED SIS BIN SYED ABDUL RAHMAN (TANJUNG SURAT) SOALAN B168 Sila nyatakan syarikat-syarikat pemegang konsesi penyelenggaraan jalan-jalan di seluruh negeri Johor dan juga kategori jalan yang mereka dipertanggungjawabkan? JAWAPAN YB TUAN HAJI MOHD SOLIHAN BIN BADRI 1. Syarikat-syarikat yang terlibat dalam konsesi penyelenggaraan jalan di negeri Johor di

bahagikan sebagaimana berikut : 1.1. Jalan Negeri 1.2. Jalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 1.3. Jalan Kampung

2. Skop penyelenggaraan yang dilaksanakan adalah sebagaimana berikut :

2.1. Rutin (berjadual) seperti penyelenggaraan pothole, bahu jalan, rumput, perabot

jalan, jambatan, culvert, drainage dan pemeriksaan. 2.2. Berkala (Pavement / Bukan Pavement) seperti penyelenggaraan resurface,

menggantikan papan tanda, longkang, pembetung konkrit dan garisan jalan. 2.3. Kecemasan seperti penyelenggaraan bila berlaku tanah runtuh, banjir dan pokok

tumbang. 3. Perincian maklumat bagi syarikat konsesi yang terlibat berdasarkan pembahagian jalan-

jalan tersebut adalah sebagaimana berikut: 3.1. Jalan Negeri

3.1.1. Syarikat konsesi yang terlibat adalah Teto Engineering Sdn. Bhd. dan Amona Infra Care Sdn. Bhd.

3.1.2. Pegawai Penguasa (SO) adalah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor.

3.2. Jalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 3.2.1. Syarikat konsesi yang terlibat adalah Safwa Global Venture (M) Sdn Bhd 3.2.2. Pegawai Penguasa (SO) adalah Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor,

Bahagian Kerajaan Tempatan.

3.3. Jalan Kampung 3.3.1. Syarikat konsesi yang terlibat adalah Infra Desa (Johor) Sdn. Bhd. 3.3.2. Pegawai Penguasa (SO) adalah Pejabat Menteri Besar Johor.