sukan perpaduan

2
SUKAN BERPERANAN MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DAN PERPADUAN DI KALANGAN BELIA PELBAGAI KAUM Disediakan oleh : Idris bin Husin ( Unit Komunikasi Korporat KBS ) [email protected] KUALA LUMPUR, 23 JULAI - Menteri Belia dan Sukan, YB. Encik Khairy Jamaluddin menjawab pertanyaan lisan di Dewan Negara daripada Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan YB Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus berkaitan peranan sukan dalam memupuk semangat patriotik dan perpaduan di kalangan belia pelbagai kaum. Beliau menjawab dengan menyatakan bahawa sememangnya sukan berperanan sebagai manhaj perpaduan tanpa mengira ideologi serta dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan pemain/penonton/penggiat sukan dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Penyertaan dalam aktiviti sukan juga tidak terhad kepada kaum tertentu, bahkan kerajaan telah membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat untuk terlibat dalam aktiviti sukan di semua peringkat. Pelaksanaan program oleh pihak Kementerian adalah berlandaskan kepada Pelan Strategik KBS 2010-2015 di bawah Teras Stategik Ketiga iaitu Pembudayaan Sukan Untuk Semua. Perancangan serta visi masa panjang dalam usaha melahirkan golongan belia dan masyarakat berbudaya sukan (sporting nation) adalah dengan menjadikan sukan sebagai salah satu platform ke arah pembangunan dan penyatuan masyarakat. Oleh yang demikian, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bukan sahaja menjalankan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bahkan agensi-agensi kerajaan lain seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta lain-lain kementerian/agensi yang mempunyai hubung kait dengan pembangunan belia. Sebagai contoh menerusi penganjuran sambutan Hari Belia Negara yang dilaksanakan setiap tahun telah menyaksikan pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan secara bersama menerusi segmen-segmen seperti Modal Insan, Keusahawanan Belia, Ekspo Pendidikan, Jobsquare , Sukarelawan, Sukan Rekreasi , Fit and Active , Badan Beruniform dan pelbagai lagi. Selain daripada itu, Kementerian juga telah bekerjasama dengan pihak KPM melalui Sekretariat Rakan Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan melaksanakan program Karnival Rekreasi Rakan Muda IPT. Melalui karnival tersebut, pelbagai acara sukan berorientasikan semangat patriotik dan perpaduan antara kaum dilaksanakan bersama. Kementerian

Upload: vent-ga-gak

Post on 12-Jan-2016

243 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

perpasduan

TRANSCRIPT

Page 1: sukan perpaduan

SUKAN BERPERANAN MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DAN PERPADUAN DI KALANGAN BELIA PELBAGAI KAUM Disediakan oleh : Idris bin Husin ( Unit Komunikasi Korporat KBS ) [email protected]   KUALA LUMPUR, 23 JULAI - Menteri Belia dan Sukan, YB. Encik Khairy Jamaluddin menjawab pertanyaan lisan di Dewan Negara daripada Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan YB Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus berkaitan peranan sukan dalam memupuk semangat patriotik dan perpaduan di kalangan belia pelbagai kaum. Beliau menjawab dengan menyatakan bahawa sememangnya sukan berperanan sebagai manhaj perpaduan tanpa mengira ideologi serta dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan pemain/penonton/penggiat sukan dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Penyertaan dalam aktiviti sukan juga tidak terhad kepada kaum tertentu, bahkan kerajaan telah membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat untuk terlibat dalam aktiviti sukan di semua peringkat. Pelaksanaan program oleh pihak Kementerian adalah berlandaskan kepada Pelan Strategik KBS 2010-2015 di bawah Teras Stategik Ketiga iaitu Pembudayaan Sukan Untuk Semua. Perancangan serta visi masa panjang dalam usaha melahirkan golongan belia dan masyarakat berbudaya sukan (sporting nation) adalah dengan menjadikan sukan sebagai salah satu platform ke arah pembangunan dan penyatuan masyarakat. Oleh yang demikian, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bukan sahaja menjalankan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bahkan agensi-agensi kerajaan lain seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta lain-lain kementerian/agensi yang mempunyai hubung kait dengan pembangunan belia. Sebagai contoh menerusi penganjuran sambutan Hari Belia Negara yang dilaksanakan setiap tahun telah menyaksikan pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan secara bersama menerusi segmen-segmen seperti Modal Insan, Keusahawanan Belia, Ekspo Pendidikan,  Jobsquare, Sukarelawan, Sukan Rekreasi , Fit and Active, Badan Beruniform dan pelbagai lagi. Selain daripada itu, Kementerian juga telah bekerjasama dengan pihak KPM melalui Sekretariat Rakan Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan melaksanakan program Karnival Rekreasi Rakan Muda IPT. Melalui karnival tersebut, pelbagai acara sukan berorientasikan semangat patriotik dan perpaduan antara kaum dilaksanakan bersama. Kementerian juga menjalankan kerjasama dengan NGO belia dan sukan dalam melaksanakan program-program yang berbentukSportbased Community, Sportbased Unity dan Sportbased Fitness. Ia bukan sahaja bertujuan bagi mewujudkan sebuah negara yang berbudaya sukan , malah kelangsungannya adalah untuk melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, patriotik dan bersatu padu. Antara program-program tumpuan yang melibatkan

Page 2: sukan perpaduan

penyertaan ramai dan berbilang etnik termasuklah sukan larian, senamrobik, berbasikal dan sukan rakyat yang boleh menyumbang ke arah mencapai matlamat tersebut. Selain itu, usaha yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan memperkenalkan Dasar 1Murid 1Sukan dilihat sebagai suatu langkah jangka panjang untuk membentuk sahsiah, jati diri, disiplin, nilai murni dan juga memupuk perpaduan di antara kaum. Sukan alat perpaduan di Malaysia Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia