abdul pabil bin adam guru mata pelajaran pendidikan...

2
ABDUL PABIL BIN ADAM guru mata pelajaran Pendidikan Moral di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya, Ampang, Selangor. Beliau berasal dari Negeri Sembilan dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Undang Johol dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Abdul Manap, Johol serta Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhamad, Kuala Pilah. Beliau memiliki Diploma Perguruan Malaysia dari Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor dalam bidang Bahasa Melayu dan Kajian Tempatan dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bidang pengkhususan beliau ialah Pendidikan Moral dan Sejarah. Beliau pernah terlibat dengan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Moral sejak tahun 2009 sehingga kini. Beliau juga terlibat dengan Bahagian Teknik dan Vokasional (BTV), KPM sebagai panel Standard Kurikulum dan Jurulatih Utama Kebangsaan Pendidikan Moral bagi kegunaan Kolej Vokasional Malaysia pada tahun 2011-2012. Selain itu, beliau juga terlibat dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), KPM sebagai panel penggubal dan Jurulatih Utama Kebangsaan bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) serta penglibatan dalam pelbagai bengkel dan merupakan salah seorang panel buku teks Pendidikan Moral Tingkatan 2, Bahagian Buku Teks (BBT), KPM. Beliau telah menghasilkan pelbagai buku sokongan mata pelajaran Bahasa Melayu sejak tahun sejak tahun 2003 dan Modul Pendidikan Moral mulai tahun 2014. Beliau juga merupakan salah seorang penulis buku teks untuk Pendidikan Moral Tingkatan 1 dan Pendidikan Moral Tingkatan 3. BARATHI A/P SANTHASARAN merupakan guru mata pelajaran Pendidikan Moral di SMJK Shan Tao, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan pengkhususan dalam bidang Pendidikan Moral dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Ijazah Sarjana dengan pengkhususan bidang Kurikulum dan Pedagogi dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga merupakan ketua panitia Pendidikan Moral di sekolahnya. Beliau terlibat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai Jurulatih Utama Kebangsaan untuk kurikulum KSSM Pendidikan Moral tingkatan 1 dan tingkatan 2 di seluruh negeri Sabah serta Jurulatih Utama Daerah untuk kurikulum KSSM Pendidikan Moral tingkatan 3. Beliau sering diundang sebagai penceramah dalam Bengkel Teknik Menjawab SPM bagi mata pelajaran Pendidikan Moral. Beliau juga merupakan salah seorang panel buku teks Pendidikan Moral Tingkatan 2, Bahagian Buku Teks (BBT), KPM. Kini, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pendidikan Moral di Universiti Pendidikan Sultan Idris di bawah tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia. BIODATA PENULIS MORAL ting 4.indd 1 9/29/01 4:54 PM

Upload: others

Post on 27-Mar-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ABDUL PABIL BIN ADAM guru mata pelajaran Pendidikan Moralbukuteks.dbp.gov.my/media/media/N3uOHRvgVX.pdfKurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam penggubalan Dokumen

ABDUL PABIL BIN ADAM guru mata pelajaran Pendidikan Moral di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya, Ampang, Selangor. Beliau berasal dari Negeri Sembilan dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Undang Johol dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Abdul Manap, Johol serta Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhamad, Kuala Pilah. Beliau memiliki Diploma Perguruan Malaysia dari Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor dalam bidang Bahasa Melayu dan Kajian Tempatan dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bidang pengkhususan beliau ialah Pendidikan Moral dan Sejarah. Beliau pernah terlibat dengan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Moral sejak tahun 2009 sehingga kini. Beliau juga terlibat dengan Bahagian Teknik dan Vokasional (BTV), KPM sebagai panel Standard Kurikulum dan Jurulatih Utama Kebangsaan Pendidikan Moral bagi kegunaan Kolej Vokasional Malaysia pada tahun 2011-2012. Selain itu, beliau juga terlibat dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), KPM sebagai panel penggubal dan Jurulatih Utama Kebangsaan bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) serta penglibatan dalam pelbagai bengkel dan merupakan salah seorang panel buku teks Pendidikan Moral Tingkatan 2, Bahagian Buku Teks (BBT), KPM. Beliau telah menghasilkan pelbagai buku sokongan mata pelajaran Bahasa Melayu sejak tahun sejak tahun 2003 dan Modul Pendidikan Moral mulai tahun 2014. Beliau juga merupakan salah seorang penulis buku teks untuk Pendidikan Moral Tingkatan 1 dan Pendidikan Moral Tingkatan 3.

BARATHI A/P SANTHASARAN merupakan guru mata pelajaran Pendidikan Moral di SMJK Shan Tao, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan pengkhususan dalam bidang Pendidikan Moral dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Ijazah Sarjana dengan pengkhususan bidang Kurikulum dan Pedagogi dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga merupakan ketua panitia Pendidikan Moral di sekolahnya. Beliau terlibat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai Jurulatih Utama Kebangsaan untuk kurikulum KSSM Pendidikan Moral tingkatan 1 dan tingkatan 2 di seluruh negeri Sabah serta Jurulatih Utama Daerah untuk kurikulum KSSM Pendidikan Moral tingkatan 3. Beliau sering diundang sebagai penceramah dalam Bengkel Teknik Menjawab SPM bagi mata pelajaran Pendidikan Moral. Beliau juga merupakan salah seorang panel buku teks Pendidikan Moral Tingkatan 2, Bahagian Buku Teks (BBT), KPM. Kini, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pendidikan Moral di Universiti Pendidikan Sultan Idris di bawah tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

BIODATA PENULIS MORAL ting 4.indd 1 9/29/01 4:54 PM

Page 2: ABDUL PABIL BIN ADAM guru mata pelajaran Pendidikan Moralbukuteks.dbp.gov.my/media/media/N3uOHRvgVX.pdfKurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam penggubalan Dokumen

VIJAYALETCMY a/p MUNIYANDY merupakan pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPG) Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Unit dan SME (Subject Matter Expert) Pendidikan Moral di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur selama 11 tahun. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Melayu dan Pengajian Tamil) dan Ijazah Sarjana (Pendidikan Bahasa) dari Universiti Malaya. Beliau sering diundang untuk memberikan kursus Pedagogi Pendidikan Moral di Wilayah Persekutuan dan Selangor selain penceramah bagi sesi tutorial kerohanian, kursus dan bengkel pada peringkat IPG. Beliau juga terlibat sebagai penulis modul pengajaran Pendidikan Moral bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) selain menjadi Panel Pemurnian Kertas Peperiksaan Pendidikan Moral pada peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Beliau merupakan salah seorang panel penggubal kurikulum KSSM Tingkatan 1, 2 dan 3 serta kurikulum KSSR semakan tahun 3,4,5 dan 6 di Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau berpengalaman sebagai penulis buku teks Pendidikan Moral KSSR untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) tahun 2, 3, 4 dan 5 sejak tahun 2011 hingga 2014. Beliau juga menjadi panel pemurnian buku teks Pendidikan Moral Tingkatan 1 dan panel pembaca luar buku teks Pendidikan Moral (Pendidikan Khas) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau juga merupakan salah seorang penulis buku teks Pendidikan Moral Tingkatan 2 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau pernah dianugerahi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2009 dan 2017.

BIODATA PENULIS MORAL ting 4.indd 2 9/29/01 4:54 PM