suara risda · sebagai langkah untuk menstabilkan pendapatan pekebun kecil, risda telah merangka...

28
OLEH: SHARUDIN ABDULLAH R ISDA meneruskan tanggungjawabnya mendukung masyarakat pekebun kecil sawit dan getah dengan menyediakan sejumlah peruntukan untuk tujuan membangunkan prasarana dan meningkatkan lagi pendapatan golongan ini khususnya dalam menangani kegawatan ekonomi pada tahun ini. Justeru, bagi tahun 2009 ini sebanyak RM313.4 juta diperuntukkan RISDA bagi melaksanakan 17 program pembangunan kepada masyarakat pekebun kecil di seluruh negara. Antara program tersebut ialah meneruskan usaha penanaman semula kawasan getah di bawah Bantuan Tanam Semula Berturut di kawasan seluas 37,675 hektar yang membabitkan peruntukan sebanyak RM35 juta. Selain itu, Projek Tanaman Semula Getah ke Getah secara integrasi di kawasan seluas 21,700 hektar yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM109.7 juta turut dilaksanakan, di samping projek tanaman semula getah kepada tanaman lain membabitkan seluas 9,000 hektar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM50 juta. Dalam pada itu, pada tahun ini juga RISDA merangka untuk melaksanakan penanaman semula getah di kawasan seluas 30,000 hektar. RISDA juga turut prihatin terhadap pembangunan prasarana pekebun kecil di mana pada tahun ini sejumlah RM11.5 juta disediakan khusus untuk membina jalan raya yang menghubungkan kawasan projek dengan kampung serta pembinaan projek pembentungan. Sebagai langkah untuk menstabilkan pendapatan pekebun kecil, RISDA telah merangka gerak tindak untuk menyediakan bantuan prasarana pembiak baka lembu dan kambing kepada mereka yang berminat. Langkah ini adalah sebagai alternatif bagi menjana ekonomi tambahan pekebun kecil sementara menunggu pokok getah dan sawit mengeluarkan hasil. Bak kata pepatah; “berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak’’. Selain itu, pekebun kecil juga digalakkan menanam tanaman kontan yang mampu mengeluarkan hasil dengan cepat mengikut kesesuaian tanah. Sehubungan itu, RISDA telah menyediakan peruntukan sebanyak RM8.7 juta bagi membangunkan aktiviti ekonomi tambahan ini. RISDA juga turut menyediakan sebanyak RM10 juta untuk pembangunan semula manusia yang mencakupi latihan pendidikan secara formal dan tidak formal guna bagi memastikan tanaman mereka mencapai tahap yang terbaik. Sementara itu, bagi memastikan anak-anak pekebun kecil mendapat pendidikan yang sempurna, RISDA menyediakan program tuisyen desa dengan membabitkan peruntukan sejumlah RM400 ribu bagi menampung kos pembayaran elaun guru tuisyen tersebut. Setakat ini seramai 600 pelajar peringkat SPM telah mendapat manfaat daripadanya. Bagi memastikan hasil komoditi dapat dipasarkan dengan cekap dan sempurna, RISDA telah memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM1.1 juta untuk membina antaranya Pusat Timbang Stor (PTS) dan Pusat Getah Krep (PGK). Dalam hubungan ini, RISDA telah memberi peluang kepada Koperasi Pekebun Kecil Daerah, RISDA Plantation Sdn. Bhd., dan juga usahawan tempatan bagi menguruskan pusat- pusat tersebut. RISDA juga tidak mengabaikan kebajikan dan kepentingan 500 para Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil (PMPK) yang selama ini begitu komited dalam memantau dan menyalurkan pendidikan kepada pekebun kecil di seluruh negara. Untuk itu, sebanyak RM1.4 juta diperuntukkan bagi menampung elaun bulanan mereka. Bagi menggalakkan pekebun kecil yang memiliki kawasan tanah seluas kurang daripada 2.5 hektar untuk melakukan penggabungan dengan minimum lapan peserta, pihak RISDA telah memperuntukkan sebanyak RM200 ribu bagi Geran Pelancaran Projek Berkumpulan. Prasarana dalam ladang juga tidak diketepikan dengan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi membina longkang, jalan dan parit yang sempurna. Sementara sebanyak RM4.4 juta digunakan untuk projek tanaman semula sawit ke sawit bagi kebun 2.5 hektar ke bawah. Segala usaha yang dilakukan ini bertujuan tidak lain dan tidak bukan adalah bagi memperbaiki dan menaiktaraf kehidupan pekebun kecil dalam langkah ke arah membanteras kemiskinan, dan memastikan kehidupan mereka tidak terjejas dalam mendepani masalah ekonomi yang melanda dunia ketika ini. Suara PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH BIL: 1/2009 ISSN 0128/0112 PERCUMA PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL 313.4 JUTA UNTUK PEMBANGUNAN PEKEBUN KECIL PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Upload: others

Post on 10-Jan-2020

43 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Oleh: Sharudin abdullah

riSda meneruskan tanggungjawabnya mendukung masyarakat pekebun kecil sawit dan getah dengan menyediakan sejumlah

peruntukan untuk tujuan membangunkan prasarana dan meningkatkan lagi pendapatan golongan ini khususnya dalam menangani kegawatan ekonomi pada tahun ini. Justeru, bagi tahun 2009 ini sebanyak RM313.4 juta diperuntukkan RISDA bagi melaksanakan 17 program pembangunan kepada masyarakat pekebun kecil di seluruh negara. Antara program tersebut ialah meneruskan usaha penanaman semula kawasan getah di bawah Bantuan Tanam Semula Berturut di kawasan seluas 37,675 hektar yang membabitkan peruntukan sebanyak RM35 juta. Selain itu, Projek Tanaman Semula Getah ke Getah secara integrasi di kawasan seluas 21,700 hektar yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM109.7 juta turut dilaksanakan, di samping projek tanaman semula getah kepada tanaman lain membabitkan seluas 9,000 hektar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM50 juta. Dalam pada itu, pada tahun ini juga RISDA merangka untuk melaksanakan penanaman semula getah di kawasan seluas 30,000 hektar. RISDA juga turut prihatin terhadap pembangunan prasarana pekebun kecil di mana pada tahun ini sejumlah RM11.5 juta disediakan khusus untuk membina jalan raya yang menghubungkan kawasan projek dengan kampung serta pembinaan projek pembentungan.

Sebagai langkah untuk menstabilkan pendapatan pekebun kecil, RISDA telah merangka gerak tindak untuk menyediakan bantuan prasarana pembiak baka lembu dan kambing kepada mereka yang berminat. langkah ini adalah sebagai alternatif bagi menjana ekonomi tambahan pekebun kecil sementara menunggu pokok getah dan sawit mengeluarkan hasil. Bak kata pepatah; “berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak’’. Selain itu, pekebun kecil juga digalakkan menanam tanaman kontan yang mampu mengeluarkan hasil dengan cepat mengikut kesesuaian tanah. Sehubungan itu, RISDA telah menyediakan peruntukan sebanyak RM8.7 juta bagi membangunkan aktiviti ekonomi tambahan ini. RISDA juga turut menyediakan sebanyak RM10 juta untuk pembangunan semula manusia yang mencakupi latihan pendidikan secara formal dan tidak formal guna bagi memastikan tanaman mereka mencapai tahap yang terbaik. Sementara itu, bagi memastikan anak-anak pekebun kecil mendapat pendidikan yang sempurna, RISDA menyediakan program tuisyen desa dengan membabitkan peruntukan sejumlah RM400 ribu bagi menampung kos pembayaran elaun guru tuisyen tersebut. Setakat ini seramai 600 pelajar peringkat SPM telah mendapat manfaat daripadanya. Bagi memastikan hasil komoditi dapat dipasarkan dengan cekap dan sempurna, RISDA telah memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM1.1 juta untuk membina antaranya Pusat

Timbang Stor (PTS) dan Pusat Getah Krep (PGK). Dalam hubungan ini, RISDA telah memberi peluang kepada Koperasi Pekebun Kecil Daerah, RISDA Plantation Sdn. Bhd., dan juga usahawan tempatan bagi menguruskan pusat-pusat tersebut. RISDA juga tidak mengabaikan kebajikan dan kepentingan 500 para Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil (PMPK) yang selama ini begitu komited dalam memantau dan menyalurkan pendidikan kepada pekebun kecil di seluruh negara. Untuk itu, sebanyak RM1.4 juta diperuntukkan bagi menampung elaun bulanan mereka. Bagi menggalakkan pekebun kecil yang memiliki kawasan tanah seluas kurang daripada 2.5 hektar untuk melakukan penggabungan dengan minimum lapan peserta, pihak RISDA telah memperuntukkan sebanyak RM200 ribu bagi Geran Pelancaran Projek Berkumpulan. Prasarana dalam ladang juga tidak diketepikan dengan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi membina longkang, jalan dan parit yang sempurna. Sementara sebanyak RM4.4 juta digunakan untuk projek tanaman semula sawit ke sawit bagi kebun 2.5 hektar ke bawah. Segala usaha yang dilakukan ini bertujuan tidak lain dan tidak bukan adalah bagi memperbaiki dan menaiktaraf kehidupan pekebun kecil dalam langkah ke arah membanteras kemiskinan, dan memastikan kehidupan mereka tidak terjejas dalam mendepani masalah ekonomi yang melanda dunia ketika ini.

Suara

RISDAPIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

BIL: 1/2009ISSN 0128/0112

PERCUMA

PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

313.4 JuTaunTuK PEMbanGunan

PEKEbun KECil

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

SidangPengarangPENAUNGDato’ hj. Mohammad Izat hasan

PENASIHATDato’ Ali Nordin Wahiduddin

KETUA PENGARANGhjh. halimah Abd. Kadir

PENoLoNG KETUA PENGARANGMuhammad Adnin Bakir Abu Bakar

SIdANG PENGARANGNazri Rahmathjh. Robiyah IsmailSharudin Abdullah

PENTAdBIRANFauziah Mashood

SUMBANGAN ARTIKELAhli PeNYINAR & Individu

PENGEdARAN/PENYELARASANUnit Komunikasi Korporat,Pejabat Ketua PengarahIbu Pejabat RISDA,Kuala lumpur

Majalah Suara RISDA diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pengarah untuk diedarkan kepada pekebun kecil. Penerbitan buletin ini bertujuan menyebarkan maklumat mengenai RISDA, hal berkaitan industri tanaman getah dan sawit serta aktiviti sampingan yang boleh menyumbang kepada pendapatan tambahan kepada pekebun kecil. Suara RISDA juga mengalu-alukan sumbangan sebarang artikel, cadangan dan pendapat dari pembaca. hantarkan sumbangan artikel anda kepada alamat:

KeTUA PeNGARANG SUARA RISDAUnit Komunikasi Korporat,Pejabat Ketua Pengarah, Tingkat 5,Ibu Pejabat RISDA,Karung Berkunci 11067,50990 Kuala lumpur.atau emel:[email protected] Faksimili:03-42565599http://www.risda.gov.my

Dari Meja Ketua Pengarang

Kandungan3 Pekebun kecil terus dibela4 Kejayaan bermula dari langkah pertama5 Getah crepe tingkatkan KGK7 Penentuan hasil ladang 9 Program tanam semula (TSSS)10 Ternakan ikan keli dalam kanvas11 Setiu tapak semaian transit terbaik12 Teknik penanaman sawit16 Wanita tingkatkan kecemerlangan pekebun kecil18 Usahawan pekebun kecil20 Kerbau di ladang RISDA22 Pembangunan luar bandar dikagumi

SELAMAT TAHUN BARU 2009 kepada semua pekebun kecil getah dan sawit dan semoga tahun ini akan membawa kejayaan yang lebih baik dalam industri getah dan sawit, insya-Allah. Bertemu kita kembali dalam Buletin `Suara RISDA’ Bil. 1/2009. Keluaran kali ini memberi tumpuan kepada tanaman sawit. Sejak mula dikomersialkan pada awal 1960-an, industri sawit negara telah berkembang pesat sehingga Malaysia muncul sebagai pengeluar dan pengeksport minyak sawit terulung dunia. Pada tahun 2007, keluasan kawasan tanaman sawit adalah 4,304,913 hektar. Daripada jumlah keseluruhan keluasan, 470,155 hektar atau 10.92% diusahakan oleh pekebun kecil. Di Semenanjung Malaysia sahaja seramai 133,384 orang pekebun kecil terlibat dengan tanaman sawit dengan keluasan 334,770 hektar sementara di Sabah dan Sarawak berkeluasan 135,385 hektar. Sehingga tahun 2007, melalui Program Tanam Semula ke Tanaman Lain (TSGL) sebanyak 315,824.98 hektar telah ditanam sawit. Dijangkakan sejumlah 59,948.36 hektar telah sampai masa untuk ditanam semula. Ini tidak termasuk kebun-kebun kecil yang telah dibangunkan sendiri tanpa melalui RISDA. Namun tiada bantuan untuk tanam semula sawit ke sawit dan ketiadaan bantuan ini telah menyebabkan pendapatan pekebun kecil sawit berkurangan dan miskin kerana pokok sawit berada pada peringkat penurunan hasil kecuali kebun mereka ditanam semula. Daripada kajian yang telah dijalankan oleh RISDA, didapati pekebun kecil sawit yang memiliki 2.5 hektar ke bawah tidak mampu untuk menabung bagi melaksanakan tanam semula kerana pendapatan bersih mereka amat terhad. Bagi pekebun kecil yang memiliki kebun sawit melebihi 2.5 hektar, mereka mempunyai lebihan pendapatan dan boleh menabung untuk membiayai kos tanam semula. Menyedari hakikat ini, Program Tanam Semula Sawit ke Sawit 2.5 hektar ke bawah telah diluluskan oleh kerajaan mulai 1 Januari 2009 bagi pekebun kecil yang memiliki tanah tidak melebihi 2.5 hektar secara agregat dan dalan entiti yang sama. Peruntukan yang disediakan bagi tempoh RMK9 adalah sebanyak RM16,890,000 dengan keluasan 9,000 hektar untuk ditanam semula. Pada tahun 2009, sejumlah RM4,4 juta telah diperuntukan untuk melaksanakan tanam semula dengan keluasan 2,000 hektar. Adalah diharapkan dengan adanya bantuan ini yang berjumlah RM6,000 sehektar akan dapat membantu meringankan beban kos pembiayaan tanam semula dan secara tidak langsung pendapatan pekebun kecil sawit akan dapat ditingkatkan. Dengan ini adalah dinasihatkan semua pekebun kecil yang mempunyai kebun sawit tua kurang daripada 2.5 hektar atau pengeluaran tidak ekonomik untuk membuat permohonan segera di Pejabat RISDA berhampiran bagi menikmati Bantuan Tanam Semula Sawit ke Sawit yang disediakan oleh kerajaan.

Salam Bahagia dan Selamat Maju Jaya.

2

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Oleh: nor azilah azlin Mohd. Jamel Zabidi

a ManaT Pengurusan RISDA 2009 yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohammad Izat hasan, Ketua Pengarah RISDA pada

15 Januari 2009 di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Ibu Pejabat RISDA penuh dengan pakej yang memberangsangkan untuk terus membela 413,460 orang nasib pekebun kecil seluruh negara.

Bermula dengan mempercepatkan kelulusan permohonan dan bayaran tanam semula melalui kaedah lawatan kelompok dan serentak, penggunaan e-mel atau faksimili, Pengurusan RISDA telah mewujudkan One Stop Assesment Centered dengan membangunkan e-TS. Pekebun kecil juga akan menikmati pemberian insentif dalam bentuk Bantuan Premium Tanah, Bantuan Tabung Pelancaran, Bantuan Tanah Kosong dan Prasarana Dalam ladang.

Berita baik untuk penanam pekebun kecil sawit. Mereka tidak perlu lagi memohon pinjaman bank untuk menanam semula sawit mereka. Bermula 1 Januari 2009 pelaksanaan Tanam Semula Sawit ke Sawit (TSSS) < 2.5 hektar dengan kadar RM6,000 sehektar dalam empat ansuran bantuan termasuk bekalan benih dan baja.

Sementara itu RISDA akan terus menggunakan PMPK sebagai Significant Village Individiul (SVI)

dalam program pembangunan masyarakat setempat. Meningkatkan peranan dan keterampilan PMPK sebagai role model melalui pelaksanaan Projek Contoh atau Projek Angkat di kawasan masing-masing (Satu PMPK Satu Projek contoh), memantau program Pembasmian Kemiskinan di kawasan masing-masing, berperanan sebagai

Focal Point atau Pekebun Kecil Contoh dan memastikan setiap PMPK mempunyai kemahiran teknikal dan ciri-ciri kepimpinan.

RISDA akan terus berusaha untuk meningkatkan teknologi, kesedaran, pengetahuan dan kemahiran pekebun kecil dalam menghasilkan getah dan sawit yang bermutu tinggi. Untuk memastikan produk berkualiti serta KGK yang lebih tinggi, 12 pusat pemprosesan getah crepe akan dibina.

RISDA akan terus berusaha untuk melahirkan seramai 2,500 orang usahawan pekebun kecil dalam pelbagai bidang dan menubuhkan Kelab Usahawan untuk memesatkan gerakan usahawan di kalangan pekebun kecil. Bagi tujuan membantu mereka, RISDA akan menganjurkan aktiviti promosi dan pameran produk mereka di pasar raya besar seperti TeSCO, MYDIN, Jaya Jusco untuk membuka peluang dan jaringan pemasaran produk ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Bagi memastikan kepelbagaian sumber pendapatan pekebun kecil. RISDA telah menyediakan modal pembiayaan melalui Bantuan Aktiviti ekonomi Tambahan (Keutamaan diberi kepada miskin dan miskin tegar), Tabung Pembangunan Sosio-ekonomi Pekebun Kecil (TPSePK) – Pinjaman Untuk Pekebun Kecil Yang Berupaya, Skim Pembiayaan ekonomi Desa (SPeD)/Pinjaman Untuk Pekebun Kecil Yang Memerlukan Pembiayaan lebih Besar.

Amanat Pengurusan 2009

PEKEbun KECil TEruS dibEla

RISDA akan terus berusaha untuk meningkatkan teknologi, kesedaran, pengetahuan dan kemahiran pekebun kecil dalam menghasilkan getah dan sawit

3

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Oleh: haMSan SidEK

inilah bidalan yang sentiasa menjadi pegangan en. Mohamad bin Abdullah dari Ulu Sungai Johor, Ulu Tiram, Johor yang dikatakan berjaya menjadi

penternak yang dikagumi. en. Mohamad sentiasa merendahkan diri jika pelbagai pertanyaan diajukan kepada beliau. Dengan hanya berpendidikan setakat darjah 6, beliau kini sudah menjadi seorang dikategorikan telah berjaya yang berupaya memiliki kenderaan mewah yang mencecah harga lebih RM 300,000.00, kediaman yang selesa dan aset yang bernilai melebihi satu juta ringgit. Bermula dengan dengan 15 ekor kambing dan 7 ekor lembu yang diusahakan pada tahun 2004, beliau telah membuka Syarikat MBA FARM SDN.BhD bagi memudahkan beliau berurusan dengan mana-mana jabatan yang berkaitan. Bermula dari sinilah beliau tidak mengenal erti penat dan lelah dan sentiasa berusaha untuk menjadikan penternakan lembu dan kambing yang dikagumi. Pada peringkat awal beliau memulakan ternakan yang diceburi dengan mengikuti kursus anjuran Jabatan Veterinar Daerah Kluang. Dari situlah beliau menimba pengalaman dalam bidang ternakan dan dengan jasa baik Jabatan Veterinar beliau telah diberikan seekor kambing Boer jantan sebagai induk dan dari situlah sedikit demi sedikit kambing beliau bertambah dan sekarang sebanyak 600 ekor terdapat dalam 4 kandang milik beliau. en. Mohamad bin Abdullah asalnya dari kaum India beragama hindu menjadikan ternakan lembu sebagai penyumbang pendapatan yang lumayan dan kerjaya yang menguntungkan. Kebun getah yang di usahakannya seluas 8 ekar ditanam secara para meter tidak mampu menampung keperluan keluarga. Setelah memeluk agama Islam pada tahun 1983, beliau telah bertekad untuk menjadi seorang Muslim yang taat akan perintah Allah dan menjadikan bidang ternakan ini sebagai aktiviti utamanya. Bermula dengan 7 ekor lembu yang dibeli dari

penduduk kampung dan dengan berkat tekun dan sabar, beliau telah berusaha untuk membesarkan projek ternakan lembu dengan lebih bersistem dan mengikut amalan pertanian yang disarankan oleh Jabatan Veterinar. Sehingga kini beliau memiliki kandang lembu secara Fitlot dengan keluasan kandang 100’ x150‘ dan mampu menempatkan sebanyak 300 ekor dalam satu masa. Sekarang en. Mohamad boleh berbangga dengan kejayaan yang dikecapi kerana bilangan ternakan yang dimiliki melebihi yang dijangkakannya. Dengan keluasan

padang ragut seluas 30 ekar yang dimiliki, menyumbang kelebihan untuk beliau berjaya dalam bidang ternakan yang diusahakan dengan dibantu oleh 8 tenaga kerja. Beliau merancang untuk menjadikan tanaman jagung menggantikan tanaman rumput napia. Tanaman jagung boleh menghasilkan buah jagung dan batangnya pula boleh dijadikan makanan ternakan menggantikan rumput napiar dan boleh menambah pendapatan syarikat. en. Mohamad telah memasarkan hasil ternakan hingga keluar Negeri Johor dan sentiasa menerima tempahan yang tinggi pada musim perayaan. Pada masa sekarang beliau masih kekurangan bekalan ternakan kerana mendapat permintaan yang tinggi dan beliau berazam untuk menambah kandang yang sedia ada. Pada tahun 2008 en. Mohamad telah mendapat keuntungan sebanyak RM80,000.00 dari hasil ternakan dan memiliki aset melebihi sejuta ringgit sepanjang beliau berkecimpung dalam bidang ternakan. Pada tahun 2008 RISDA Negeri Johor telah menjadikan MBA Farm Sdn. Bhd. sebagai Intergrator bagi projek AeT Negeri Johor dengan nilai RM190,000.00 dan ahlinya terdiri dari pekebun kecil miskin tegar terpilih seluruh daerah di Negeri Johor.

Kejayaan bermula dari lanGKah PErTaMa

BelIAU telah

bertekad untuk menjadi

seorang Muslim yang

taat akan perintah

Allah dan menjadikan

bidang ternakan

ini sebagai aktiviti

utamanya

4

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

5

Oleh: MOhd. ZaKri huSSin

baGi meningkatkan nilai tambah hasil getah ke tahap maksimum, RISDA telah melangkah setapak lagi usahanya

dalam memproses hasil keluaran getah skrap yang fleksibel dan menguntungkan pekebun kecil. Dalam sektor pekebun kecil, projek ini adalah baru bagi mereka dan ianya dikenali sebagai projek perintis dan akan dimulakan pada tahun 2009 secara lebih luas. Projek ini dikenali sebagai pemprosesan (Crepe Rubber) atau penghasilan getah crepe. Getah crepe ini adalah proses pertama daripada skrap untuk dijadikan getah Standard

Malaysia Rubber (SMR). Bentuknya berupa helaian yang berkedut-kedut dan biasanya ia diproses di kilang-kilang SMR. Melalui pendekatan itu, pihak Koperasi Pekebun Kecil Getah Machang Bhd. (KPK) telah mengambil inisiatif ini untuk mengembangkan cabang niaga mereka terhadap projek tersebut. Selain itu projek ini juga dijadikan sebagai projek perintis ke arah memacu pembangunan pekebun kecil secara menyeluruh. Bekalan skrap diperolehi melalui aktiviti pemasaran getah yang dilakukan oleh KPK atau kumpulan pekebun kecil yang melaksanakan jualan hasil secara berkelompok.

Penghasilan getah crepe TinGKaTKan KGK & MEnGunTunGKan PEKEbun KECil

CARA memproses getah crepe biasanya dilakukan di mana getah skrap yang diterima daripada KPK atau pekebun kecil di pusat pengumpulan terlebih dahulu direndam ke dalam kolah

Hasil getah diproses melalui mesin getah crepe boleh meningkatkan harga.

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

6

Cara memproses getah crepe biasanya dilakukan di mana getah skrap yang diterima daripada KPK atau pekebun kecil di pusat pengumpulan terlebih dahulu direndam ke dalam kolah yang dibina berukuran 20 kaki x 30 kaki untuk pengasingan batu dan bahan kotoran. Kemudian skrap tadi akan dimasukkan ke dalam mesin crepe untuk dilenyek. Getah tersebut dilenyek sebanyak 3 kali ulangan sebelum dihantar ke kilang untuk proses kedua sehingga keluaran produk seterusnya kepada SMR 10, 20 atau SMR 30. Melalui proses tersebut, skrap akan dibersihkan/dicuci daripada bahan kotoran getah crepe yang telah siap diproses boleh mencapai 75% tetapi jika dikeringkan,ditoskan dalam beberapa hari boleh mencapai ketahap KGK antara 80% - 85%. Getah crepe yang telah siap diproses boleh mencapai kepada 75% KGK dan jika dikeringkan untuk beberapa hari boleh mencapai ke tahap 80% - 85% KGK. (Kapasiti mesin crepe 4 tan/jam. Manakala keperluan buruh untuk mengendali mesin dan pemprosesan ini hanya 2 orang sahaja.)

antara beberapa peralatan dan mesin diperlukan bagi penyediaan awal memproses getah crepe seperti berikut:

i. bahan mentah (skrap).ii. Kawasan minimum 1/4 ekar.iii. Mesin crepe 50 hp.iv. bangunan untuk mesin (20 kaki x 20 kaki).v. bangunan pejabat (12 kaki x 20 kaki).vi. dataran pengumpulan termasuk timbang.vii. Kolah buangan (20 kaki x 30 kaki).viii. Forklift dan van.ix. Punca air bersih (4,000 liter/jam).x. Kawasan yang mempunyai punca elektrik.

Sebaliknya, pusat crepe mestilah diintegrasikan pusat timbang agar dapat ekonomi of scale dan dapat bahan mentah getah berterusan. Analisa ekonomi yang dibuat terhadap pengeluaran produk getah crepe untuk jangkamasa operasi sehari, di mana 15,000 kg. (skrap) dan anggaran getah crepe KGK 75% dan susut 13% menjadi kepada 13,050 kg.

Kiraan pendapatanadalah seperti berikut:

a) Pendapatan 13,050 kg. x RM6.91 @ (74 KGK) RM 90,175.00

b) Perbelanjaan Skrap 15,000 kg. @ RM4.85 kg. (52 KGK) RM 72,750.00 Pengurusan 15,000 kg. @ 0.08 kg. RM 1,200.00 Susut @ 13%, 1,950 kkg. x RM4.85 RM 9,457.50 Pengangkutan 15,000 kg. @ 0.05 kg. RM 750.00

Jumlah RM 84,907.50 Keuntungan bersih setelah ditolak A - B ialah RM 5,268.00 dan keuntungan sekilogram skrap basah adalah RM.035. Sesungguhnya jika usaha ini dapat digembleng secara lebih berkesan sudah pasti keuntungan dan penambahan pendapatan kepada pekebun kecil itu akan tercapai. Selain mendapat KGK lebih tinggi, ianya juga dapat mengurangkan rantaian pemasaran dan secara tidak langsung harga getah skrap akan menjadi lebih stabil serta masa depan kehidupan pekebun kecil juga terjamin.

Mesin crepe.

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Oleh: hJ. MOhd. GhaZali abd. MaJid

riSda telah membangunkan ladang secara berkumpulan sejak awal penubuhannya lagi dengan pendekatan

secara Tanam Semula Berkelompok (TSB). Di akhir tahun 70-an telah bermula penubuhan Mini estet RISDA diikuti seterusnya oleh Taman Semula Komersial (TSK) dan Tanam Semua Komersial Orang Asli (TSKOA). Setelah mendapat permohonan dari pekebun kecil, kertas kerja disediakan dan kerja-kerja pembangunan ladang dimulakan. Apabila ladang telah mengeluarkan hasil mula terdapat rungutan dan aduan mengenai hasil/dividen yang diperolehi adalah sedikit berbanding dengan ladang di kawasan lain. Setelah disiasat didapati kawasan yang dibangunkan tidak sesuai terutamanya bagi tanaman semula. ladang tersebut dibangunkan di kawasan yang berbukit tinggi lebih dari 25 darjah, keadaan tanah cetek dan berbatu, musim panas/kering yang panjang dan berbagai alasan yang secara tidak langsung menyatakan bahawa kawasan tersebut sepatutnya tidak dibangunkan sebagai ladang sawit. Seperkara lagi adalah RISDA tidak mempunyai panduan untuk memaklumkan kepada peserta bahawa hasil yang telah dikeluarkan adalah

pada tahap optimum berdasarkan kepada keadaan tanah ladang tersebut, melainkan jika sememangnya tanah tersebut tidak diuruskan dengan baik dan sempurna. Oleh yang demikian, MPOB (Malaysia Palm Oil Board) dan eRAS (espek Research And Advisory Services) telah memperkenalkan panduan dalam menentukan potensi hasil sesebuah ladang berdasarkan lokasi ladang tersebut berada. Kaedah ini sering dikenali sebagai ‘Site Yield Potential’ (SYP). Penentuan SYP oleh MPOB adalah

melalui sistem yang dibangunkan dengan menggabungkan Peta Kegunaan Tanah dan Peta Agro-Iklim (climate) yang diwarnakan

semula mengikut kawasan dari paling sesuai hingga kepada kawasan yang paling tidak sesuai ditanam sawit dan dinamakan ‘Peta

eRAS juga telah mewujudkan satu kaedah penentuan SYP. Kaedah ini didapati lebih tepat tetapi hanya sesuai bagi penentuan SYP ladang yang telah berhasil.

Penentuan potensi haSil ladanG

Tapak semaian sawit. Benih sawit untuk dihantar kepada pekebun kecil.

7

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Zon Potensi hasil Setempat Tanaman Sawit

Untuk menentukan potensi hasil sesuatu ladang, bacaan koordinat ‘longitude’ dan ‘latitude’ ladang tersebut harus diperolehi melalui alat GPS (Geographical Positioning System). Bacaan koordinat tersebut diinput ke komputer dan dengan menggunakan ‘software GIS (Geographical Information System)’ yang telah ditentukan oleh MPOB, lokasi ladang akan dipancarkan di skrin di mana anggaran potensi hasil ladang tersebut boleh direkodkan mengikut warna pada peta. Penentuan SYP oleh MPOB ini boleh digunakan sebagai panduan sahaja kerana ianya kurang tepat dan bacaan dalam ‘range’ yang besar iaitu 5 MT. Ianya sesuai sebagai salah satu panduan dalam menentukan kesesuaian untuk pembangunan ladang baru. eRAS juga telah mewujudkan satu kaedah penentuan SYP. Kaedah ini didapati lebih tepat tetapi hanya sesuai bagi penentuan SYP ladang yang telah berhasil. Pada masa lalu anggaran hasil ladang dibuat melalui bancian dan ‘trend’ hasil mengikut umur pokok. Bagaimanapun hasil sawit berbeza di antara ladang kerana ianya dipengaruhi oleh faktor tanah, topografi dan alam sektiar. eRAS membuat perkiraan SYP berdasarkan keadaan sebenar di ladang berasas kepada ‘genetic yield potentia’ dan dikaitkan dengan faktor-faktor rintangan (limiting factors) seperti faktor pencemaran, kaedah menanam, kepadatan pokok, kesuburan tanah, kecuraman dan kelembapan tanah.

SYP = G x f (f1, f2, f3, f4, f5, f6, f7).Di mana,G = ialah anggaran hasil mengikut umur pokok pada tanah kelas 1 (Guha et. Al. 1985).f = ialah faktor rintangan (limiting factors) yang mempengaruhi hasil. Setiap faktor diberi ‘score’ antara 0 - 1, dan terdapat 7 faktor halangan yang ketara.f1 = Kepadatan pokok sehektar berbanding norma industri 136 pokok sehektar.f2 = Kedalaman Tanah (Soil depth) Score: sangat dalam 1.00 dan sangat cetek 0.80f3 = Kepadatan Tanah (Soil Compactness) Score: sangat peroi 1.00 dan sangat teguh/padat 0.80f4 = Bahan Tanaman (Planting Materials)

Score: 1- 2% pokok yang tidak dikehendaki 1.00 dan >3% 0.90.

f5 = Kecuraman Kawasan ladang (terrain) Score: 0° - 60° pt (rata ke beralun) 1.00 dan > 250

sangat curam) 0.80f6 = Musim Kering (Dry Months) Score: 0 (bulan) 1.00 dan > 4 (bulan) 0.80f7 = Musim Basah (Wet Months) Score: 0- 1 bulan 1.00 dan > 4 (bulan) 0.85

Sebagai contoh, jika maklumat berikut telah diperolehi:-

G = 25.5, f1 = 0.9, f2 = 0.9, f3 = 0.9, f4 = 0.95, f5 - 0.9, f6 = 0.9 dan f7 = 0.9

SYP = G x f (f1 - f7) = 25.5 x f (0.5048) = 12.8741 MT/hek/tahun

Oleh yang demikian, walaupun hasil sepatutnya bagi kelas satu pada umur 8 tahun ialah 25.5 MT/hek/tahun, tetapi dengan faktor rintangan yang ada, potensi hasil sebenar hanyalah 12.9 MT/hek/tahun sahaja. Jika hasil sebenar ladang tersebut diperolehi sebanyak 15.0 MT/hek/tahun, maka ianya satu bonus di mana pengurusan ladang telah dilaksanakan dengan baik. Perkiraan SYP oleh eRAS ini adalah bagi ladang yang sedang berhasil dan lebih tepat berbanding dengan cara MPOB. Kaedah ini amat sesuai dan berguna bagi pengurusan ladang menilai prestasi pengurusan sesebuah ladang dan juga satu alat untuk memaklumkan kepada peserta kenapa hasil ladang tinggi dan rendah.

Hasil getah.

8

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

9

Programtanam semula SaWiTKE SaWiT(TSSS)

1. berkuatkuasa pada 1 Januari 2009, riSda mempelawa kepada pekebun kecil yang memiliki sawit tua memohon bantuan Tanam Semula Sawit ke Sawit.

2. Syarat kelayakan:- Memiliki tanah yang diakui sah berjumlah (secara agregat) 2.5

hektar dan kurang, dan- Kebun yang hendak ditanam semula mengandungi sawit tua

berumur melebih 25 tahun dan/atau- Kebun yang hendak ditanam semula mempunyai bukti sawit tua

atau bukti penjualan yang diakui oleh lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) atau

- Kebun yang hendak ditanam semula mempunyai pengesahan kebun sawit tua daripada agensi kerajaan yang diakui atau

- Kebun yang hendak ditanam semula mempunyai sawit tua melebihi 20 tahun yang tidak ekonomik disebabkan bencana alam atau serangan musuh.

3. Kadar bantuan adalah rM6,000.00 sehektar (termasuk bekalan benih dan baja) dibayar sebanyak empat (4) kali ansuran.

4. luas kebun sawit tua yang layak dibayar bantuan Tanam Semula Sawit ke Sawit adalah 0.1011 hektar hingga 2.5 hektar.

5. Permohonan boleh dibuat menggunakan borang permohonan bantuan Tanam Semula riSda [(TS11 (Pin 1/09)] yang boleh didapati dari Pejabat riSda berhampiran atau secara ‘on-line’ melalui Portal e-TS di laman Web riSda www.risda.gov.my. Permohonan adalah dibuka sepanjang tahun.

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

10

Ternakan ikan keli dalam kanvas MEnJaMin PEndaPaTan PEKEbun KECilrM 2,000.00/SEKEluarGa/bulan

Oleh: MOhd. ShuKri haShiM

SEbaGai menyahut cabaran dan slogan yang diperkenalkan oleh pihak RISDA iaitu untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil

RM 2,000.00 sekeluarga sebulan menjelang Tahun 2010 salah seorang pekebun kecil Daerah Sik Kedah telahpun menyahut cabaran ini. Bagi beliau untuk meningkatan pendapatan tersebut tidak menjadi satu halangan atau satu perkara yang mustahil asalkan ada kemahuan dan motivasi diri. en. Md. Desa b. lin berumur 61 tahun berasal daripada Kg. Tandop, Gajah Puteh Mukim Jeneri, Sik Kedah adalah salah seorang Pekebun Kecil RISDA yang mengusaha Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas. Sebelum ini beliau pernah menjalankan Ternakan Ikan Keli di dalam kolam simen dan menjual secara runcit di pekan-pekan berhampiran. Sebelum menjalankan projek ikan keli ini pendapatan yang diperolehi oleh en. Md. Desa ialah sekadar RM800.00 sebulan. Tetapi setelah beliau menceburkan diri dalam bidang ternakan ikan keli ini beliau dapati projek ini dapat memberikan pendapatan yang lumayan disamping tempoh pengurusan projek yang singkat. Menyedari akan potensi ternakan ikan keli dimasa akan datang maka beliau telah menghubungi pihak RISDA untuk membantu beliau untuk mengembangkan bidang ternakan ikan keli ini. Beliau telah memohon kepada pihak RISDA untuk mendapatkan bantuan di bawah Projek Aktiviti ekonomi Tambahan bagi Tahun 2009.Setelah pihak RISDA menerima permohonan tersebut dan mengkaji latarbelakang peserta projek pihak RISDA Daerah Sik telah pun meluluskan permohonan Projek AeT beliau bagi tahun 2009 pada bulan Februari yang lalu. Pada kali ini pihak RISDA telah meluluskan kepada beliau projek ternakan ikan keli dalam kanvas dengan peruntukan sebanyak RM 10,000.00. Dengan berbekalkan modal tersebut

pihak penternak memperolehi :-1. 10 Unit kolam kanvas berukuran 10’x 6’2. Anak ikan keli berjumlah 30,000 ekor3. Makanan ternakan cukup untuk tempoh 3 bulan @ satu pusingan4. Sistem paip air keluar masuk5. Netting (Sebagai bumbung untuk teduhan)6. Pemasangan oleh pihak pembekal.

Selain daripada bekalan barangan dan peralatan di atas en. Md. Desa b. lin juga telah mendapat tawaran ternakan ikan keli ini secara kontrak ladang (Contract Farming). Tawaran belian balik yang diberikan oleh pihak pembekal kepada peserta projek ini ialah RM3.00/sekilo dan tempoh kontraknya selama 3 tahun. Disamping harga tersebut pihak penternak juga akan memperolehi insentif jualan ikan keli daripada Jabatan Perikanan Malaysia dengan harga RM0.57/sekilo. Setakat hari ini projek ikan keli dalam kanvas ini berjalan dengan baik. Anggaran pendapatan kasar daripada ikan keli kanvas ini adalah seperti berikut :

Jumlah ikan keli diternak = 30,000 ekor% kematian 15% = 5,000 ekorBaki berjaya diternak = 25,000 ekorBerat purata ikan keli seekor = 150gm/ekorBilangan ekor sekilo = 7 ekor/sekiloBilangan ikan keli diperolehi 3 bulan ternak = 25,000 ekor 7 ekor = 3,571kg.harga sekilo ikan keli = RM3.00 sekilo(Contract Farming)harga Insentif = RM0.57 sekilo(Jabatan Perikanan)Jumlah jualan harga ikan sekilo = RM3.57 sekiloAnggaran = 3,571 kg x RM3.57 = rM12,748.47

Anggaran Pendapatan Kasar diatas adalah untuk tempoh 3 bulan atau sepusingan. Baru-baru ini pada 27hb. Mac, 2009 Yang Berbahagian Dato Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Dato Ali Nordin b. Wahidudin telah berpeluang membuat lawatan kerja ke Projek Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas yang diusahakan oleh en. Md. Desa b. lin. Dalam lawatan kerja tersebut pihak Yang Berbahagia Dato amat berpuashati dengan usaha ternakan yang dijalankan oleh pihak penternak. Pihak Yang Berbahagian Dato juga telah menyarankan agar projek-projek yang seumpama ini dapat diperkembangkan kepada peserta-peserta pekebun kecil yang lain memandangkan projek ini mempunyai potensi dan beberapa kelebihan yang lain. Antaranya ialah :-

1. Projek ini tidak memerlukan penumpuan sepenuh masa2. Tidak memerlukan kawasan atau tapak yang luas memadai disekeliling rumah3. Jangkamasa kutipan hasil yang singkat iaitu 3 bulan4. Kos operasi projek yang rendah5. hasil pulangan yang tinggi6. Mempunyai tawaran kontrak ladang (Contract Farming) dengan pihak pembekal

hasil daripada lawatan Kerja Dato Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan tersebut dapatlah memberi sedikit perangsang dan dorongan kepada pengusaha untuk meneruskan projek ini. Untuk cadangan dimasa akan datang pihak pengusaha en. Md. Desa b. lin akan cuba untuk memohon kepada pihak RISDA untuk mendapatkan pinjaman dibawah Tabung Pembangunan Sosial ekonomi Pekebun Kecil (TPSePK) bagi menjalankan projek beliau yang seterusnya iaitu ” Projek Penetasan Benih Ikan Keli ”. Permohonan pinjaman yang dicadangkan dibawah Tabung Pembangunan Sosial ekonomi Pekebun Kecil (TPSePK) akan dipohon sebanyak RM10,000.00.

Tapak Projek Ternakan Ikan Keli Dalam Kanvas Kg. Tandop, Gajah PutehMukim Jeneri, Sik Kedah.

Lawatan Kerja Dato TKPP Ke Projek Ternakan Ikan Keli Di Kg. Tandop, Gajah Puteh Mukim Jeneri, Sik Kedah.

Pengusaha Sedang Memberi Makan Ikan Keli.

Pengusaha Ikan Keli En. Md. Desa b. Lin Dan Isteri.

Ikan Keli Dalam Kanvas Berumur 3 Minggu.

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Oleh: nurul iZZa binTi MOhd.

TaPaK Semaian Transit Pejabat RISDA Daerah Setiu ini terletak di lot 2778 Kg. Pak Kancil, Mukim Tasik, Setiu (500m dari

jalan utama Kuala Terengganu ke Permaisuri) iaitu di belakang Kuarters Pejabat RISDA Daerah Setiu dengan keluasan 0.4613 hektar. Telah memulakan kerja-kerja pembangunan pada Disember 2007 setelah mendapat kelulusan pertama dari Pejabat Tanah Setiu menggunakan tanah kerajaan untuk semaian transit manakala kerja-kerja penyiapan tapak seperti memagar, membuat kolam takungan air dan pemasangan sprinkler antara Januari hingga Februari 2008. Operasi mengisi tanah ke dalam polibag sebanyak 10,000 telah dimulakan pada 18 Disember 2007 dengan menggunakan 4 orang pekerja tempatan di bawah pemantuan penyelia tapak semaian, en. Mat Ariffin Tawang dan penyelaras, en. Azman Abdullah. Kemudian disusuli dengan operasi menanam TCB menggunakan klon RRIM 2002 sebanyak 10,000 batang pada 17 Mac 2008. Benih TCP pertama telah berjaya dibekalkan kepada pekebun kecil pada 17 Julai 2008. Konsep semaian transit adalah di mana benih Tunggul Cantum Biasa (TCB) yang disahkan ketulenan klonnya dan bermutu diperolehi dari anak syarikat RISDA, RISDA Semaian Sdn. Bhd. (RSSB) untuk diasuh di semaian transit sehingga menjadi Tunggul Cantum Polibeg (TCP) dan dibekalkan kepada pekebun kecil yang memerlukan. Tujuan utama pengwujudan semaian transit ini adalah bagi mengurangkan bebanan kos pembelian benih oleh pekebun kecil dan seterusnya boleh digunakan untuk perbelanjaan lain. Jumlah kemasukan TCB ke dalam polibeg bagi tahun 2008 adalah sebanyak 150,000 pokok iaitu mencapai 100% sebagaimana peruntukan yang telah diberi kepada Tapak Semaian Transit Setiu dengan peratus klon seperti berikut:

Kelas i PB 260 - 5.68% PB 350 - 12.67% Kelas ii RRIM 2002 - 21.33% RRIM 2025 - 60.32%

Kejayaan TCP bagi 2008 telah mencapai 90.80% iaitu dengan 136,198 pokok. Di antara faktor-faktor yang mendorong kejayaan Semaian Transit Setiu ialah:

i) Kaedah Penanaman benih • cara penanaman menggunakan

teknik siraman air ke dalam polibag dengan menggunakan paip getah secara terus ke dalam polibag sehingga keseluruhan tanah menjadi lembap dan disusuli dengan menanam TCB.

ii) Penggunaan ‘black netting’• pemasangan ‘black netting’

mestilah berada di bawah paras ketinggian sprinkler untuk menghasilkan penyiraman pokok yang lebih menyeluruh selain ianya juga dapat mengurangkan pancaran cahaya matahari yang terlalu banyak atau secara terus.

Pada tahun 2009, Pejabat RISDA Daerah Setiu telah diberi peruntukan tambahan bagi menyediakan semaian transit sawit sebanyak 5,000 pokok di mana kerja-kerja penyediaan tapak sudah pun bermula pada Disember 2008 dan sehingga kini 80% telah siap. Di atas kejayaan ini, seluruh warga RISDA Daerah Setiu khasnya Pegawai RISDA Daerah, en. Mohd. Rosli hassan amat berbangga dengan anugerah yang diberi kepada tapak semaian transit ini kerana selain dapat meningkatkan lagi bekalan benih yang bermutu dan menambahkan pendapatan pekebun kecil, ianya juga dapat dijadikan contoh kepada pusat tanggungjawab yang lain untuk mewujudkan tapak semaian transit yang berjaya serta menjadi satu dorongan untuk pihak kami terus cemerlang. Ini sejajar dengan matlamat pengurusan RISDA yang telah menetapkan bahawa pelaksanaan semaian transit seharusnya lebih menyeluruh agar lebih ramai pekebun kecil dapat menikmati harga subsidi benih getah TCP RM 1.20/pokok. Untuk itu, pusat tanggungjawab diarahkan supaya mempunyai semaian transit sendiri khususnya di kawasan tumpuan tanam semula untuk jangkamasa panjang.

SETiu TaPaK SEMaian TranSiT TErbaiK 2008

11

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

12

Oleh: MARhAlIM BIN hAShIM

1. PEnGEnalanTanah gambut ditakrifkan sebagai tanah yang mempunyai ketebalan lapisan bahan ogranik melebihi 0.5 m bagi kedalaman tanah yang melebihi 1.0 m, kandungan bahan mineral tidak melebihi 35% dan keluasan tidak kurang dari 1 hektar. Bahan organik tanah pula ditakrifkan sebagai bahan yang mempunyai sifat kehilangan berat melebihi 60% selepas pembakaran. Faktor kedalaman dan pereputan bahan organik mempengaruhi kaedah pengurusan dan amalan agronomi tanaman sawit di tanah gambut. Tanah gambut dikategorikan sebagai tanah bermasalah (marginal soil) yang selalunya ditemui di sepanjang kawasan pedalaman yang rendah dekat dengan kawasan pantai dan mengandungi saliran yang tidak baik. Antara ciri-ciri penting yang menjejaskan kejayaan penanaman sawit ialah kepadatan pukal tanah rendah, keronggaan tanah berlebihan, paras air tinggi, berlaku

susutan/kecutan tanah, ph rendah, kadar C/N tinggi serta rendah tahap kesuburan terutama nutrien Kalium dan nutrien mikro (Boron, Kuprum dan Zingkum).

Bagi mencapai pengeluaran yang setanding dengan penghasilan di kebanyakan tanah mineral, usaha pengubahsuaian dan pemuliharaan tanah perlu dilakukan seperti penyediaan kawasan dan penanaman yang betul, pengurusan air yang cekap, penggunaan baja yang lengkap dan seimbang serta mempraktikkan amalan pertanian baik.

2. KaEdah PEnanaMan POKOK SaWiTTanah gambut mengalami masalah susutan/kecutan akibat proses pengoksidanan dan kemampatan selepas saliran air dibuat. Susutan yang tinggi berlaku ke atas kawasan gambut yang baru dibuka, biasanya apabila disalirkan keluar.

Kerja memampatkan tanah di peringkat penyediaan kawasan termasuklah memampat kawasan barisan tanaman dan lorong tuaian selebar 9.5 – 11.5 meter dan sedalam 0.4 – 0.5 meter menggunakan jentera berat seperti jengkaut sebanyak dua hingga tiga kali ulangan. Kajian dan perhatian yang telah dijalankan oleh MPOB dan United Plantation Bhd. mendapati kejadian pokok condong atau tumbang didapati berkurangan di kawasan yang dimampatkan berbanding kawasan yang tidak dimampatkan dan hasil sawit BTS dapat dibaiki. Secara umumnya pertambahan hasil itu kesan daripada pemampatan tanah gambut, besar kemungkinan disebabkan oleh peningkatan nilai ketumpatan pukal gambut yang lebih baik. Keadaan ini membolehkan pertumbuhan dan perkembangan akar pokok lebih baik dan seterusnya menambah kecekapannya mengambil zat-zat makanan dan air. Berdasarkan kedalaman lapisan bahan

TEKniK PEnanaMan SaWiT di KaWaSan Tanah GaMbuT

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

13

organik dan pemampatan tanah gambut, pengesyoran teknik penanaman yang digunakan adalah seperti berikut:

• Gambut cetek (kedalaman lapisan bahan organik antara 50 – 100 sm) dan sederhana (100 – 150 sm) yang dipadatkan - teknik penanaman lubang dalam lubang dengan saiz 1.0 x 1.0 x 0.3 meter bagi lubang besar dan 03 x 0.3 x 0.3 meter bagi lubang kecil• Gambut dalam (kedalaman lapisan bahan organik antara 150 – 300 sm) dan sederhana yang tidak dimampatkan – teknik penanaman lubang biasa• Teknik penanaman lubang condong sehala adalah disyorkan di tanah gambut dalam. Kaedah ini dapat mengurangkan kehilangan hasil BTS kesan kejadian pokok condong atau tumbang selain tidak menjejas lorong laluan dalam ladang.

3. TEKniK PEnanaMan lubanG COndOnG SEhala • Langkah 1 - Pemampatan tanah secara mekanikal di barisan tanaman dan lorong tuaian• Langkah 2 - Mengorek lubang tanaman

condong sama ada secara manual atau menggunakan puncher direka khas• Langkah 3 - Menanam anak benih berumur 12 – 14 bulan• Langkah 4 - Pada umur pokok 24 – 36 bulan selepas tanam, dalam dan lebar parit sisi

4. PEnuTuPBerdasarkan kepada faedah-faedah yang didapati dalam menggunakan teknik penanaman lubang condong sehala seperti kecondongan sehala yang awal dan progresif, tiada kesan sampingan kepada penghasilan awal BTS, mengurangkan kehilangan hasil BTS dalam jangka panjang dan mengurangkan halangan kecondongan pokok untuk memudahkan kerja pengurusan ladang maka teknik ini adalah disyorkan untuk diamalkan di tanah gambut.

5. ruJuKan:1. esnan A.G. Pembangunan dan Pengurusan Sawit Di Tanah Gambut. Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi.2. hasnol O. 2004. Kaedah Penanaman Semula Sawit Di Kawasan Tanah Gambut

lubang condong sehala yang disyorkan bagi penanaman sawit di tanah gambut dalam.

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Berita Bergambar

Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil Kampung Tambak Paya, Melaka mengikuti kursus membuat kek muffin kelolaan Chef Ismail.

Ahli Lembaga Koperasi Pekebun Kecil mendengar penerangan dari Dato’ Mangsor Saad, Pengerusi Eksekutif SKM selepas majlis konvensyen Koperasi Pekebun Kecil di Melaka.

Peserta terdiri daripada Orang Asli beramah mesra bersama menteri.

YB. Menteri Tan Sri Muhammad menyampaikan dividen TSK sempena

pelancaran Tanam Semula Sawit Ke Sawit.

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

YBhg. Tan Sri Rahim Thamby Chik menyerahkan zakat ESPEK berjumlah RM192,000 kepada Pengurus PPZ Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Mohd. Rais Haji Alias.

YBhg. Tan Sri Rahim Thamby Chik menyampaikan cek kepada salah seorang pekebun kecil di Trong, Taiping baru-bau ini.

YBhg. menyampaikan cek dividen TSK kepada pekebun kecil.

Sebahagian pekebun kecil mendengar ucapan YBhg. Tan Sri Rahim Thamby Chik di majlis

penyampaian dividen TSK di Bukit Gantang.

15

Usahawan pekebun kecil mendengar ucapan perasmian oleh Pengerusi RISDA, YBhg. Tan Sri Rahim Thamby Chik

YBhg. Dato’ Mohammad Izat Hasan berucap di majlis penyerahan rasmi kenderaan Hicom Perkasa kepada RISDA FLEET SDN. BHD. Turut serta pengerusinya, YBhg. Dato’ Muhammad Haji Aziz.

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

16

Oleh: MOhd ZaKri huSSin

PEKEbun kecil daripada kalangan wanita hari ini tampak begitu gigih dalam membuat sesuatu

pekerjaan antaranya bidang pertanian. Bidang tersebut merupakan satu bidang kerja yang mencabar dan memerlukan tenaga malah kudrat yang lebih dan tahan kepada sinar bahang mentari. Demikian dengan adanya kegigihan dan kesabaran serta keyakinan daripada mereka boleh menjadikan kaum itu berjaya dan mampu menyaingi kaum lelaki dalam mengurus kerja-kerja di ladang. Bukti-bukti itu dapat dijelaskan dalam beberapa majlis penganugerahan yang dianjur seperti mana ‘Anugerah hari Peladang, Penternak dan Nelayan’ yang dilancarkan setiap tahun, di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Dari situ kita boleh lihat terdapat kaum wanita beroleh kejayaan dan telah dinobatkan sebagai ‘Wanita Besi’ dalam bidang pertanian. Pengiktirafan yang diperoleh oleh kaum wanita itu juga telah menjadi perangsang dan idola kepada yang lain bahawa penglibatan golongan itu tegal menghadapi sebarang kemungkinan. Salah seorang daripada mereka adalah Puan Siti Fatimah Kamis, 54 tahun atau lebih dikenali sebagai Mak Su Gayah, berasal dari Kg. Wakaf Simen, Nibong, Tanah Merah, Kelantan. Beliau salah seorang pekebun kecil wanita yang berjaya memenangi Anugerah Pengamal Teknologi Terbaik Tahun 2008 Peringkat

RISDA Negeri Kelantan. Beliau juga mempunyai visi, misi dan berwawasan untuk berjaya dalam kehidupannya. Penganugerahan yang diterima oleh Mak Su Gayah diambil kira daripada usaha beliau yang mengamalkan penggunaan bahan rangsangan ethrel 2.5% pada awal tahun 2000 lagi. Pada

tahun 2006 beliau beralih kepada pengamalan leT 2000. Pada tahun 2008 beliau sekali lagi beralih pula kepada pengamalan G-Flex dan sekarang cubaan terbarunya kepada VITeX. Apa pun usaha yang dilakukan, bagi

Mak Su Gayah soal pembajaan tidak dilupakan. Ulangan pembajaan akan dibuat 2 kali setahun antara bulan Mac dan Julai bagi memastikan kesuburan pokok getah yang mengamalkan penggunaan bahan rangsangan. Mengikut catatan hasil yang dibuat melalui program 3:3:1:3 bagi

getah matang yang berumur 21 tahun menunjukkan penghasilan latek mengunjur kepada 3,965/kg/hek/thn dan gtt kepada 79.3gm / pk. Angka ini juga mencatatkan bahawa pencapaian 2000 kg/hek/thn yang disasarkan itu

Golongan wanita MaMPu TinGKaTKan KECEMErlanGanSEKTOr PEKEbun KECil

Golongan wanita turut memajukan sektor pekebun kecil.

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

17

dapat dicapai mengikut sistem torehan s/2 d/3 yang diamalkan. Berbekal kepada kepercayaan dan keinginan yang tinggi, beliau tidak pernah berasa putus asa dalam apa jua kerja yang dilakukan. Begitu pun ibu kepada 3 orang anak ini bersemangat menerajui kaum hawa lain supaya dapat bersamanya meneruskan usaha membantu suami dalam meningkatkan ekonomi keluarga. Sebagai salah seorang peserta dan Setiausaha Mini estet Maskura, Nibong, beliau banyak membantu menggerakkan pengurusan mini estet ini supaya lebih berjaya. Dengan kegigihan itulah, Mak Su Gayah mendapat kepercayaan daripada pihak Pengurusan RISDA dan peserta-

peserta lain termasuk usaha untuk mencuba pelbagai kaedah penggunaan bahan rangsangan seperti yang diamalkan sekarang. Bawah pengurusan beliau, mini estet ini juga telah membuat pemasaran getah mereka secara tender pada setiap 2 minggu. Beliau juga banyak membantu pihak RISDA mengadakan pelbagai kursus dalam mini estet tersebut. Pada pandangan Mak Su Gayah, dari apa yang dilaksanakan sebelum itu memerlukan sedikit usaha dan pengorbanan. hematnya begitulah, bahawa kaun wanita tidak semestinya boleh dipandang rendah. Sekiranya mereka diberi peluang, mereka akan melakukan yang terbaik.

BeRBeKAl kepada kepercayaan dan keinginan yang tinggi, beliau tidak pernah berasa putus asa dalam apa jua kerja yang dilakukan

Mak Su Gayah sedang menoreh.

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

18

RISdA membentuk uSahaWanPEKEbun KECilOleh: naSri bin rahMaT

PEnGGanTunGan pekebun kecil kepada hasil kebun getah

atau sawit sahaja tidak boleh menjamin pendapatan mereka mengatasi tahap kemiskinan (RM570.00 sebulan sekeluarga).

Oleh yang demikian, adalah menjadi matlamat RISDA untuk membantu lebih ramai pekebun getah dan sawit melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan menjadi usahawan walaupun secara kecil-kecilan dahulu

untuk menambah pendapatan diri dan keluarga.

Pihak kerajaan juga telah mewujudkan berbagai rancangan untuk menggalakkan bumiputera menceburi bidang keusahawanan sebagai persediaan untuk menuju tahun-tahun mendatang.

Melihat kepada kepentingan mewujudkan usahawan pekebun getah dan sawit yang maju, mereka perlu didedahkan kepada bimbingan dan latihan untuk menghadapi cabaran masa depan.

Justeru itu Bahagian Peningkatan ekonomi Ibu Pejabat RISDA telah dipertanggungjawabkan untuk membangun usahawan termasuklah mendidik dan membimbing supaya dapat mengurus perusahaan/perniagaan selaras dengan permintaan pasaran ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020.

Selain itu usahawan akan diterapkan etika perniagaan yang progresif serta sikap positif bagi membolehkan usahawan pekebun kecil mengamalkan dalam

SeBAGAI usahawan, seseorang

itu harus berkebolehan untuk melihat,

mengenal, merebut dan mewujudkan

peluang-peluang

untuk faedah ekonomi dan keuntungan

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

19

menjalankan perusahaan/perniagaan masing-masing.

Ini penting kerana sebagai usahawan, seseorang itu harus berkebolehan untuk melihat, mengenal, merebut dan mewujudkan peluang-peluang untuk faedah ekonomi dan keuntungan. Keusahawanan merupakan bidang kerja yang akan mendapat ganjaran keuntungan.

Pada tahun-tahun yang ke hadapan ini pekebun kecil tidak boleh lagi berharap yang anak-anak mereka akan bekerja dengan jabatan kerajaan sahaja kerana pihak kerajaan mahupun swasta sedang dalam usaha untuk memperkecilkan saiz kakitangan yang sedia ada akibat kegawatan ekonomi negara.

Justeru, arus perubahan yang sedang berlaku di Malaysia hari ini tidak boleh dipandang asing oleh pekebun kecil. Kelambatan kita untuk melibatkan diri akan menyebabkan kita ketinggalan ke belakang. Malah adalah satu kerugian jika masyarakat pekebun kecil masih lagi tidak responsif kepada perkembangan

yang sedang berlaku.Namun begitu, RISDA bukan hanya

memberi tumpuan terhadap soal memajukan kebun-kebun getah dan sawit juga bertanggungjawab untuk membangunkan pekebun kecil itu sendiri.

Bahagian Peningkatan ekonomi akan berusaha melibatkan usahawan pekebun kecil supaya dapat mencorak kepada industri yang berbentuk komersil dan

menguasai peluang pasaran dan berdaya saing.

Mereka yang mempunyai potensi menjadi ‘tiang seri’ digalak menjadi pengeluar dan pengedar yang cekap dan berdaya saing. Adalah menjadi harapan bahagian ini supaya para pemimpin pekebun kecil akan dapat menjadikan bidang keusahawanan salah satu agenda penting untuk memajukan diri, keluarga dan kampung mereka masing-masing.

Sebahagian usahawan yang berjaya mengikuti seminar.

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

20

Penggunaan kerbau di ladanG riSdaSG. ChalESOleh: aliaS ibrahiM - ldg. risda Sg. Chales

ESPEK adalah sebuah syarikat agen pengurusan ladang terutama bagi

tanaman sawit dan getah. Sebagai sebuah agen pengurusan ladang, eSPeK sentiasa memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi penanaman dan pengurusan terutamanya dalam mekanisasi kerja-kerja penyelenggaraan dan kutipan hasil. eSPeK juga sentiasa komited dalam pengurusan ladang dengan amalan agronomi dan pengurusan yang terbaik. Setiap masa semua kemungkinan dan inovasi diterapkan bagi memastikan pulangan yang optimum dan memuaskan diperolehi untuk kebaikan pekebun kecil. ladang RISDA Sg. Chales

telah mengorak langkah meningkatkan produktiviti pekerja dengan memperkenalkan pengunaan KeRBAU bagi kerja kutipan dan pemunggahan buah sawit yang dituai. Untuk tujuan tersebut, sebuah lorong mekanisasi yang lebih dikenali sebagai ‘lORONG KeRBAU’ telah dibina di kawasan ladang. Dalam sistem kerja penggunan kerbau memerlukan enam (6) orang pekerja bagi satu kumpulan kerja. empat (4) orang untuk kerja-kerja menuai buah sawit dan dua (2)

orang lagi akan memungut buah di ‘lorong Kerbau’ . Buah sawit yang dipungut akan diletakkan di atas trailer yang ditarik oleh seekor kerbau. Setiap trailer berupaya memuatkan beban 250kg sawit. Buah yang dipunggut akan diletakkan di tepi jalan utama yang kemudian akan dikutip dan diangkut ke Ramp menggunakan traktor. Setiap kumpulan kerja berupaya menyiapkan seluas 145 hektar kawasan dalam tempoh 1 bulan (tiga pusingan menuai).

antara faedah yang didapati dari sistem ini adalah:

1. Mengurangkan bilangan tenaga kerja antara 30% hingga 50%.

2. Produktiviti kenderaan (Traktor/lori ) ditingkatkan kerana hanya melalui jalan utama sahaja. Secara tidak langsung mengurangkan kos perjalanan kenderaan.

3. Mengurangkan kerosakan jalan kerana tidak perlu berulang-alik di jalan yang sama berulang kali.

4. Kerbau betina yang digunakan akan melahirkan anak dan ini akan menjadi pendapatan tambahan pada jangka panjang.

5. Pengunaan kerbau adalah mesra alam dan najis menghasilkan baja untuk pokok sawit dan juga boleh digunakan untuk berkebun.

Berdasarkan faedah dan pengalaman tersebut, pihak pengurusan eSPeK mengesyorkan pekebun kecil menggunakan sistem ini bagi menambah pendapatan melalui Integrasi Ternakan Kerbau Dalam Kebun Sawit. Pada masa yang sama kerbau juga boleh digunakan untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan ladang saperti membaja dan mengangkut air untuk meracun. Pada ketika kos alat ganti serta upah pembaikan kenderaan sangat tinggi, perhatian perlu diberi bagi menggunakan alternatif ini. Pada masa yang sama kerbau merupakan ternakan yang kurang kerenah dan mudah diselenggara. Pengurusan RISDA Sg. Chales bersedia berkongsi pengalaman dengan mana-mana pekebun kecil yang berminat untuk melaksanakan sistem ini di ladang masing-masing.

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

SEdiKiT uSaha bErSErTa TEKniK YanG bETul bOlEh MEnEPaTi POTEnSi haSil SaWiT SEbEnar SETEMPaT (Site Yield Potential)

2. Gunakan bahan buangan binatang untuk ketersediaan unsur mikro yang seimbang. Jika terdapat baja sebatian atau campuran yang mempunyai persediaan unsur nutrien mikro yang seimbang di samping unsur N,P,K, Mg dan B yang menjadi kelaziman industri sawit Malaysia, maka ia merupakan formulasi baja yang sepatutnya diberikan keutamaan. Sebagai alternatif, najis haiwan seperti tahi kambing, tahi lembu atau tahi ayam, boleh dimanfaatkan untuk mem-bekalkan unsur mikro tersebut

(Gambarajah 2). Manfaatkanlah bahan buangan haiwan di sekitar rumah atau dari reban, agar dapat menambahkan hasil BTS sawit sehingga 35%. Bahan buangan haiwan seperti najis lembu dan najis kambing di dalam guni yang diletakkan di sekitar pokok sawit boleh menjadi tempat tumpuan sistem pengakaran mendapatkan

unsur nutrient yang diperlukan secara berterusan selama 2 tahun. Gambarajah 2: Tahi kambing dari kandang yang berdekatan merupakan sumber bekalan unsur nutrien mikro yang paling seimbang jika tidak dibekalkan melalui pembajaan mineral. Dalam tempoh 2 tahun dari mula ia diaplikasikan, sawit akan mampu menghasilkan BTS sebagaimana potensi sebenar setempat.

Gambarajah 2(a) – 2(c): Keadaan pertumbuhan akar pemakan(feeder roots) di bawah guni yang berisi tahi kambing mengikut lama masa. Oleh itu tahi kambing merupakan ‘soil conditioner’ yang baik untuk pokok sawit. Baja di atas susunan pelepah apabila sawit mula berumur 6 tahun di ladang Sawit mempunyai akar yang bertebaran dan tumbesarannya boleh mencapai 60 meter panjang untuk mendapatkan sumber air jika tiada penghalang disepanjang arah pemanjangannya. Akar pemakan (feeder roots) berada di sekitar 1 – 2 sm di atas paras permukaan bumi dan kadang kala timbul di permukaan tanah jika berada di tanah dari siri laterit.

21

2(a): 2 minggu 2(b): 3 bulan 2(c) : 2 tahun

Oleh: ChE Khalid bin ChE haSSan, aGrOnOMiS EraS

SErinGKali kita tidak memperolehi hasil sawit seperti yang diharapkan

walaupun ditanam dengan benih yang bermutu tinggi. Jika anda adalah salah seorang yang menghadapi masalah ini, cuba lakukan bedah siasat terhadap amalan agronomi yang mungkin anda terlupa untuk melaksanakannya sebelum, semasa dan selepas tanam semula atau tanam baru sawit di kebun anda.

1. Gunakan blu (benih lanjut usia)

Benih 18-20 bulan diistilahkan sebagai benih lanjut usia (Advanced Planting Material), Gambarajah 1. Benih tersebut telah mendapat tambahan bekalan air dan nutrien mencukupi selama 6 – 8 bulan semasa di tapak semaian berbanding benih 12 bulan yang terus ditanam ke ladang. Ketika umur sawit 12 bulan di dalam polibeg lagi, pelepah (-6) telah pun mempunyai kudup (infloresen) yang jelas. Dengan bekalan air yang mencukupi di tapak semaian, boleh membantu aruhan populasi bunga betina melebihi bunga jantan berlaku.

Insya-Allah, situasi bunga betina melebihi bunga jantan yang terdidik ketika benih berusia 12 hingga 20 bulan di dalam polibeg tersebut akan berterusan mempengaruhi metabolisma sawit terbabit sehingga ke peringkat matang tua. Kebiasaannya kelebihan hasil sebanyak 30% akan diperolehi.

Gambarajah 1: Anak sawit yang dijaga di tapak semaian sehingga 18 – 20 bulan, sesuai untuk ditanam ke ladang. Selain berpotensi untuk hasil yang tinggi, ia mengurangkan serangan musuh.

1(a)

1(b)

(2): Najis kambing setelah 2 minggu dibiarkan di ladang

Sebenarnya akar pemakan boleh diransang pertumbuhannya dengan menyediakan keadaan yang lembab seperti di bawah sungkupan atau di bawah susunan pelepah yang dipangkas. Untuk mendapatkan lebihan hasil BTS sawit sehingga 25%, baja perlu ditabur secara sekata di atas susunan pelepah yang disusun di sepanjang dada tanaman sawit. Susunan pelepah sawit akan berfungsi sebagai pengayak (siever) kepada baja yang ditabur supaya ia tidak jatuh secara berkelompok di sesuatu tempat sahaja sebagaimana yang terjadi jika baja tersebut diaplikasikan di atas tanah di luar bahagian susunan pelepah (Gambarajah 3-3(b). Dengan ketersediaan akar pemakan yang banyak, persekitaran pertukaran kation (CeC) yang tinggi dan kelembapan yang mencukupi, pengambilan nutrien oleh pokok menjadi lebih cekap. Gambarajah 3: Pembajaan di atas susunan pelepah yang dipangkas merupakan salah satu ‘Amalan Pertanian Baik’ dalam industri sawit. Baja terus sampai kepada akar pemakan yang aktif di bawah susunan pelepah. Gambarajah 3(a) - 3(b) : Pelepah kering berperanan sebagai pengayak (siever), supaya taburan baja lebih sekata. Gambarajah 3(c ) - 3(d): Akar sawit yang sihat di bawah susunan pelepah (3(d) dan akar sawit di luar kawasan timbunan pelepah 3(c), iaitu di dalam bulatan merumpai yang lemah.

3(a)

3(b)

3(c)

3(d)

Membaja yang betul.

Akar yang tidak sihat di luar Kawasan timbunan pelepah.

Akar yang sihat di bawah pelepah.

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

22

Model pembangunan luar bandar

KiTa diKaGuMi

Oleh: hjh. robiyah ismail

KaEdah atau model pembangunan masyarakat luar bandar yang dijana di negara kita

seringkali mengundang daya tarikan kepada kalangan pimpinan negara tetangga dan juga negara-negara blok dunia ketiga untuk dilaksanakan di negara mereka. Baru-baru ini ketika membuat kunjungan ke Pejabat Menteri Kemajuan luar Bandar dan Wilayah, delegasi Menteri Negara Pembangunan Daerah Teringgal Indonesia yang diketuai oleh Ir. hj. Muhamad lokman edy turut memuji model pembangunan masyarakat luar bandar kita. Menurut kata Ir. hj. Muhamad lokman, program pembangunan luar bandar kita merupakan perancanaan yang sistematik dan dinamik sehingga berjaya melahirkan penempatan berpakej yang merangkumi prasarana dan juga eknomi. Pelaksanaan Dasar eknomi Baru, Daerah Pembangunan Nasional, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Pertanian Negara sebagai contoh yang digarap

melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) 1 hingga 3 telah banyak membantu mensejahterakan masyarakat luar bandar sebagai kelompok kumpulan sasar utama Kementerian Kemajuan luar Bandar dan Wilayah (KKlW). Pelbagai informasi mengenai model pembangunan kita telah diperoleh oleh delegasi serumpun berkenaan dalam lawatan kerja mereka ke Ibu Pejabat RISDA. Mereka telah disambut dan diberi

taklimat oleh Ketua Pengarah RISDA, YBhg. Dato’ Mohammad Izat hasan yang kemudiannya mengunjungi YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Muhammad bin hj. Muhd. Taib, Menteri KKlW di Putrajaya. YB Tan Sri Dato’ Seri Muhammad menyatakan demikian dalam ucapan perasmian Majis Sambutan hari Kualiti RISDA 2008 dan Penyerahan Resolusi Buka Wacana Melayu Baru yang merupakan kompilasi kajian oleh

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

beberapa tokoh akademik sewaktu menyandang jawatan Menteri Besar Selangor sekitar tahun 80-an dahulu. Dalam majlis yang sama , YB Tan Sri Dato’ Sri Muhammad meminta pekebun kecil terus bersabar atas kejatuhan harga komoditi sawit dan getah. Bagi mengatasi harga barangan keperluan harian yang meningkat seperti sayur-sayuran, beliau meminta

pekebun kecil menanam sayur-sayuran di sekeliling kediaman. Tegas beliau lagi, kerajaan melalui KKlW amat prihatin permasalahan pekebun kecil. Sementara itu meminta memanfaatkan peluang yang ada untuk memajukan diri. Contohnya KKlW akan menganjurkan Karnival Usahawan Desa pada 18 hingga 20 Disember 2008 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala lumpur bertujuan untuk mengetengah dan mempromosikan produk penduduk luar bandar. Beliau menggalakkan usahawan desa merebut peluang ini di samping meminta datang beramai-ramai ke karnival ini untuk memberi sokongan. Beliau juga meminta kita semua bermentaliti positif dan produktif dengan mengekalkan nilai-nilai murni bangsa. Dalam majlis pada 17 Disember 2007 yang diadakan di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Ibu Pejabat RISDA, Kuala lumpur ini 49 orang pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat RISDA telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kumpulan Profesional dan Kumpulan Sokongan.

Sementara 31 Staf menerima Anugerah Berkhidmat 25 Tahun. Selain itu pelbagai anugerah daripada pelbagai kategori telah dimenangi oleh pelbagai Pusat Tanggungjawab dari seluruh negara iaitu KMK (PRJ Kelantan Utara), Inovasi (en. Sulaiman Selamat/PRD Kulai, Johor), Pengurusan Badan Bukan Kerajaan dan Badan Sukarela Terbaik (Majlis

Sukan & Kebudayaan RISDA Malaysia), Pengurusan Aset Tebaik (PRN Negeri Sembilan), Pengurusan Fail Terbaik (PRD Kuala Kangsar), Pengurusan Pentadbiran Terbaik (PRD Kuala Kangsar), Pengurusan Kewangan Terbaik (PRD Pahang Timur), Pengurusan Projek Pengembangan Terbaik (PRD Segamat), Pengurusan Projek TSB Terbaik (TSB Bkt. Kuang, Gurun - PRD Kuala Muda/Yan), Anak Syarikat Terbaik (Kolej RISDA) dan Pusat Tanggungjawab Terbaik (PRD Kuala Kangsar) telah dimenangi oleh pelbagai Pusat Tanggungjawab dari seluruh negara. Dalam majlis yang sama Penyerahan

Resolusi Wacana Melayu Baru yang telah dibengkelkan oleh Y. Bhg. Tan Sri Rahim Tamby Chik, Pengerusi RISDA kepada YB Senator Tan Sri Muhammad b. Muhd. Taib telah dilakukan. Prakata oleh Y.Bhg. Dato’ Mohammad Izat hasan, Ketua Pengarah RISDA untuk renungan bersama: Wacana ini diadakan bertujuan meningkat dan mengembalikan

semangat pegawai dan kakitangan RISDA yang majoritinya berbangsa Melayu untuk terus maju dan mampu berdaya saing dengan lain-lain agensi awam mahupun swasta. Nilai-nilai yang diketengahkan dalam gagasan ini diharapkan dapat dihayati dan dipraktikkan dalam melaksanakan tugas seharian demi meningkatkan imej RISDA dan kemajuan masyarakat pekebun kecil. Nilai-nilai negatif yang dikatakan sedia ada dalam jiwa orang Melayu seperti rendah diri, penakut, pengampu dan sentiasa menyalahkan orang lain diharapkan dapat dikikis sedekit demi sedikit dengan menghayati gagasan ini.

23

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

riSda ibaraT SEbuah JaMbaTan, aET daPaT

MEninGKaTKan PEndaPaTanRISdA merupakan organisasi yang tidak jemu-jemu meneruskan

misi membantu pekebun kecil khususnya dalam usaha untuk menaikkan taraf hidup sosio dan ekonomi masyarakat tersebut.

Berdasarkan permintaan yang

tinggi, beliau telah bercadang untuk mengembangkan lagi tanaman tersebut. Usaha mendapatkan suntikan modal diperoleh dengan mendapat pembiayaan dari Bank Pertanian, namun pinjaman yang diperoleh tidak mencukupi. Akhirnya dengan khidmat nasihat pegawai luar RISDA, beliau telah memohon Bantuan AeT. Sesungguhnya beliau merasa bersyukur RISDA telah menyalurkan bantuan tersebut sebanyak RM10,000 sebagai tambahan

modal bagi meluaskan lagi projeknya. Berbekalkan modal tersebut, beliau telah membina satu bangsal berukuran 20’x 30’ dengan memuatkan sebanyak 9000 bungkah benih. Bahan asas untuk membiakkan cendawan ini, beliau gunakan campuran dedak gandum + habuk kayu (media) + kapur + air. Benih cendawan yang dibeli dengan harga RM3.50/bg, disemai dan dibiakkannya sendiri yang dapat dapat menghasilkan 50 bungkah cendawan. hasil cendawan ini boleh dituai setelah 2 bulan disemai . Selepas tuaian yang pertama, cendawan tiram kelabu ini boleh dituai selama 5 pusingan lagi dalam tempoh 3 bulan. Ini bermakna hayat setiap bungkah ialah 6 1bulan. Berdasarkan penghasilannya, satu kali tuaian bagi satu bungkah boleh menghasilkan 60 gm

Oleh: Jailani huSin

MaTlaMaT RISDA untuk merealisasikan kadar kemiskinan menjadi sifar diteruskan dengan melaksanakan pelbagai program

bagi membantu kesejahteraan pekebun kecil seperti Bantuan Tanam Semula, AeT, PPG, PTS, PPPK dan Tuisyen Desa. Che Ros bin Zainon, yang menetap di Pt. lama Pontian , Johor adalah salah seorang daripada ribuan pekebun kecil yang mendapat manfaat daripada program RISDA. Selain mendapat bantuan tanam semula, beliau juga mendapat bantuan AeT bagi tanaman cendawan. Ayah kepada 2 orang anak ini, mempunyai 4 tahun pengalaman dalam tanaman cendawan tiram kelabu. Namun dek kerana modal yang terhad, beliau mengusahakannya secara kecil-kecilan dengan hanya satu bangsal sahaja. hasil pendapatan yang beliau peroleh pada ketika itu sekitar RM800 – RM1,000 / bulan.“RISDA adalah ibarat sebuah jambatan yang menjadi penyambung kehidupan saya sekeluarga“.

Che ROS BIN ZAINONPeserta Pekebun Kecil

24

MEMETIK...Cendawan yang sedang dipetik dari bongkahnya perlu dilakukan dengan cermat.

CANTIK...Hasil cendawan yang telah sampai waktu untuk dipetik.

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

25

cendawan. Ini bermakna untuk 6 pusingan tuaian dapat menghasilkan 360gm/bungkah @ 6.00/kg. Pendapatan bagi satu bungkah cendawan ialah RM2.16 dan kosnya pula hanya RM0.60/bungkah. Di samping itu, beliau mendapat pendapatan tambahan dengan menjual bungkah benih kepada pengusaha kecil-kecilan dengan harga RM1.00/bungkah. Setakat ini beliau menerima tempahan bungkah benih ini 1000 bungkah/bulan. Manakala bagi bungkah-bungkah yang telah habis tempuh tuaiannya, beliau telah menjualkannya kepada pengusaha cacing sebagai makanan cacing. Kini, beliau telah mempunyai 3 buah bangsal dengan kapasiti 20,000 bungkah cendawan. Oleh kerana perusahaan tanaman cendawan ini telah berkembang, beliau telah mendapatkan tiga orang pekerja bagi membantunya. di bawah ini dipaparkan rekod penghasilan cendawan tersebut :

bil bulan hasil/kg harga/kg Jumlah (rM)1 Okt 2008 359 6.00 2,154.00

2 Nov 2008 360 6.00 2,160.00

3 Dis 2008 370 6.00 2,220.00

4 Jan 2009 370 6.00 2,220.00

5 Feb 2009 390 6.00 2,340.00

Jumlah 1849 6.00 11,094.00

Permintaan pasaran yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat beliau untuk terus berusaha. Setakat ini pasaran beliau adalah dengan pemborong tempatan Beliau percaya dan yakin, prospek perusahaan cendawan ini pada masa hadapan amat cerah kerana cendawan adalah makanan komersial yang semakin diminati. Beliau amat berterima kasih dengan RISDA kerana atas bantuan AeT dan khidmat nasihat yang berterusan dari pegawai luarnya telah dapat meningkatkan lagi pendapatan beliau sekeluarga. Akhir sekali beliau berkata “RISDA adalah ibarat sebuah jambatan yang menjadi penyambung kehidupan saya sekeluarga”. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan bahan mentah /bungkah cendawan tiram kelabu dan cendawan tersebut, bolehlah membuat tempahan dengan menghubungi:

ChE rOS bin ZainOn di talian: 012-7508295

RISDA adalah ibarat sebuah jambatan yang menjadi penyambung kehidupan keluarga saya

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

26

1. Jasadiah Jasad manusia dibentuk sedemikian rupa supaya dapat memikul tanggungjawab penting dalam kehidupan ini iaitu menjadi penguasa alam sebagai khalifah Allah S.W.T. di atas muka bumi ini. Ia bertanggungjawab memakmurkan kehidupan di bumi. Tanggungjawab ini memerlukan jasad yang sentiasa sihat dan seimbang. Oleh kerana itu manusia wajib menjaga kesihatannya terutama sekali melalui cara pemakanan, kebersihan dan pengupayaan fizikal melalui riadah dan sebagainya.

2. AkliahManusia dianugerahkan oleh Allah S.W.T. akal supaya dapat mengolah segala maklumat yang akhirnya dapat membuat keputusan yang baik dan dapat merasa akan kebesaran dan kesucian Allah S.W.T. Firman Allah dalam Surah Ali-Imran ayat 190 yang maksudnya “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi bagi orang-orang yang berakal ”. Oleh kerana itu akal perlu ditajamkan daya tanggap dan daya olahnya dengan peningkatan ilmu.

3. RuhaniahJasadiah dan akliah manusia dipimpin oleh ruhaniahnya yang halus melalui daya sensitiviti yang akan dapat merasakan perbezaan antara yang hak dengan yang batil. Ruhaniah manusia perlu dilatih dan ditingkatkan kehalusannya melalui pendekatan ibadah kepada Allah yang berterusan sepanjang masa. Firman

Allah S.W.T. dalam surah Al-Hijr ayat 99 yang bermaksud “Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)”. Keserasian dan keseimbangan ketiga-tiga unsur inilah yang menjadikan manusia amat bernilai dan dinamakan “Insan Kamil”. Justeru itu manusia adalah merupakan aset bagi sebuah masyarakat, malahan bagi sebuah negara dan dunia.

Ketika Khalifah Abu Bakar Assiddiq r.a. ditanya tentang apakah cita-citanya sebagai khalifah, maka beliau menjawab: “Aku bercita-cita supaya aku dapat memiliki rijal yakni manusia yang perkasa”. Apabila berlaku kepincangan atau ketidakseimbangan antara ketiga-tiga unsur tadi, maka manusia tidak lagi menjadi aset, malahan menjadi beban kepada masyarakat, negara dan dunia, bahkan seluruh dunia akan sentiasa dalam kebimbangan akan bayangan kehancuran akibat perbuatan manusia yang tidak seimbang itu.

II. MANUSIA TELAH HILANG RASA KEMANUSIAANNYA Dalam kepesatan kemajuan teknologi masa kini, disambut pula oleh keghairahan manusia untuk menakluki dan mengeksploitasi sumber alam dengan cara yang rakus menyebabkan manusia sudah dijadikan bahan komoditi dan ditambah dengan manusia semakin jarang bertemu manusia lain dalam konteks pembinaan ukhuwwah melalui ziarah, peranan manusia terutama sekali dalam urusan perniagaan telah banyak diganti oleh mesin, maka semakin hari manusia mengalami

AllAH S.W.T. telah menjelaskan bahawa manusia telah dijadikan dengan sebaik-baik kejadian. Firman Allah S.W.T. dalam Surah At-Tin ayat 4 yang bermaksud : “Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia di dalam sebaik-baik bentuk”. Manusia diciptakan mengandungi tiga unsur penting yang menyebabkan kejadiannya dipandang sebagai terbaik, iaitu:

ManuSia SEbaGai aSET

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

kesusutan rasa kemanusiaan. Bahang kemerosotan rasa kemanusiaan ini semakin hari semakin terasa apabila saban hari kita mendengar berita kekejaman terhadap manusia berlaku di merata dunia. lebih bimbang lagi apabila kekejaman berlaku di kalangan remaja yang akan mengambil alih tempat orang dewasa sebagai pemerintah alam.Persoalannya ialah bagaimanakah kita boleh mengembalikan manusia kepada fitrah asalnya iaitu mempunyai rasa kemanusiaan. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang mafhumnya : “Tidak ada anak yang dilahirkan melainkan semuanya dilahirkan di atas fitrah, maka kedua ibu bapanya yang menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi ”. Para ulama hadis telah menyatakan bahawa dalam fitrah manusia itu terkandung tiga potensi penting yang mesti berkembang supaya manusia mempunyai ketahanan berhadapan dengan pengaruh luar dan akan sentiasa berada pada landasan kemanusiaannya. Potensi tersebut wujud sejak manusia itu lahir iaitu :

1. Keupayaan mengakui keesaan Allah S.W.T.

2. Keupayaan untuk melakukan yang baik dan meninggalkan yang buruk

3. Keupayaan menggunakan akal murni untuk membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

Ketiga-tiga potensi tersebut perlu dikembangkan oleh lingkungan hidup yang dilalui oleh manusia dalam prosesnya menjadi orang dewasa. Setiap manusia secara umumnya melalui empat lingkungan hidup yang membentuk kemanusiaannya, iaitu:

1. Lingkungan dalam rumahtangga2. Lingkungan persekolahan3. Lingkungan rakan sebaya4. Lingkungan masyarakat.

Membentuk kemanusiaan kepada manusia ialah proses pembangunan fitrah manusia dalam tiga aspek utama iaitu aspek akidah,

ibadah dan akhlak. Akidah dan kepercayaan adalah merupakan asas yang paling utama bagi manusia menyedari siapa dirinya, untuk apa ia diwujudkan dan ke mana ia akan pergi. Keyakinan kepada keesaan Allah S.W.T. yang menghidupkan, mematikan, memberi rezeki dan menarik rezeki, memuliakan dan menghinakan dan berkuasa atas segala-galanya serta keyakinan kepada adanya alam kubur dan alam akhirat akan meletakkan manusia sebagai hamba yang sentiasa berhajat kepada penciptanya. Segala perlakuannya sentiasa bersifat perlakuan hamba yang mengharapkan keredhaan Nya. Sasaran pembinaan akidah ialah hati yang inputnya ilmu diberi melalui akal yang ada makrifat kepada Allah S.W.T. Kefasadan ilmu yang disalurkan kepada akal akan membantut pertumbuhan potensi akidah yang mengakibatkan terjadi hijab antara manusia dengan Pencipta yang akhirnya melahirkan manusia yang fasad dan berhati keras. Di sini letaknya pokok utama kehilangan kemanusiaan dalam diri manusia dan faktor inilah yang perlu ditangani bagi mengembalikan kemanusiaan kepada manusia. Ibadah merupakan latihan yang berterusan bagi membina dan mempertahankan kemanusiaan supaya sentiasa patuh dan tunduk kepada peraturan yang diwujudkan oleh Pencipta kepada mereka bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran kehidupan mereka. Ibadah ini adalah dalam bentuk yang lebih umum iaitu meliputi: 1. Ibadah Khusus. Perhubungan manusia dengan Allah sebagai penciptanya secara langsung dalam bentuk solat, saum, zakat,

doa, zikir dan sebagainya.2. Ibadah Umum. Perhubungan manusia dengan sesama makhluk dalam rangka pengabdian diri kepada Allah sebagai pencipta yang pada umumnya makhluk ini terbahagi kepada manusia, binatang, tumbuhan dan alam sekitar yang berbentuk jamad yang lain. Akhlak yang mulia merupakan natijah lahiriah kepada akidah dan ibadah. Ia juga merupakan buah yang akan membawa kenikmatan hakiki dalam diri manusia sesuai dengan matlamat kewujudannya. Allah S.W.T. mengutuskan rasul Nya Muhammad S.A.W. bertujuan untuk membawa rahmat bagi seluruh alam. Firman Allah dalam surah al-Anbiya’ ayat 108 : Maksudnya: Dan tidaklah kami mengutuskan kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.Rasulullah S.A.W. pula bersabda: Maksudnya : Hanya sanya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak. Daripada ayat Al-Quran dan Hadis Nabi di atas dapat kita faham bahawa rahmat itu baru dapat dicapai apabila manusia telah mengamalkan akhlak yang mulia. Maka dengan inilah kemanusiaan itu wujud dalam diri manusia.

KESIMPULANKemanusiaan akan dapat dibina dan dikembalikan kepada manusia melalui pengisian akal dengan ilmu dan hati dengan akidah dan keyakinan di samping seluruh anggota menjalani latihan berterusan dengan ibadah yang akan melahirkan kemuliaan akhlak berasaskan kepada Pengesaan Maha Pencipta.

27

Ketaatan kepada ibu bapa membawa keberkatan - Gambar Hiasan.

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Masihkah Kau Ingat, AnakMasihkah kau ingat, anakDuka payah seorang ibu tunggalYang meniti hari-harinyaTanpa secuit rasa jemuTeguh menerjah dingin subuhMelawan perit tubuhDek demam yang tak kunjung berlabuhNamun, semangatnya tak pernah roboh.

Kasihan ibumu...leka menoreh ditemani merduan laguNyanyi libur sekawan nyamukSesekali hinggap di cupingSesekali pergi, sesekali hinggap lagiAh, alah bisa tegal dek biasa, bisiknya...

Hari-harinya hanya getah,Getah dan getahItulah insan bernama ibuYang mendambakan hidupnya di kebunDemi sesuap nasi untuk keluarga.

Sedang kau masih lena diulit mimpi indahBerbaring di teratak usangAl-kisah konon sepagi berbaring di mahligaiDi puncak bukitBerteman nada muzik syahduHingga leka, mentari sudah mengintai....

Masihkah kau ingat, anakPagi itu ibumu dipanggil ilahiSedang mimpimu masih berbaki...?

Karya:Sharudin Abdullah,Ibu Pejabat Risda,Kuala Lumpur

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor