pengaruh baka dan persekitaran dalam setiap individu

Upload: mastura-abidah

Post on 09-Jul-2015

101 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)MASTURA ABIDAH BINTI ABD MANAF IPG KSM

PENGARUH BAKA DAN PERSEKITARAN DALAM MEMPENGARUHI PERBEZAAN INDIVIDU

APA ITU BAKA?Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anak. Gen-gen ini terkandung dalam kromosom. Menguasai perkembangan manusia. Berbeza setiap individu.

APA ITU PERSEKITARAN?

pengalaman luar seseorang individu. Termasuk pengalaman sebelum dan selepas lahir.

Semua

PENGALAMAN SEBELUM KELAHIRAN.

Merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu. Contohnya, jenis-jenis makanan yang di makan oleh ibu, rawatan, usia, dan keadaan emosi ibu.

PENGALAMAN SELEPAS KELAHIRAN Pemakanan Sosioekonomi tahap pendidikan keluarga rakan sebaya Sekolah masyarakat Tempat ibadat Media Persekitaran dunia

Baka dan persekitaran sangat mempengaruhi perkembangan individu. Ada yang berpendapat pengaruh baka lebih kuat. Ada juga yang menyangkan dan menyatakan pengaruh persekitaran lebih kuat.

BAGAIMANA PENDAPAT ANDA?

KAJIAN THOMAS J. BOUCHARD, JRBerdasarkan kajian beliau, tentang kesan baka keatas trait-trait psikologi menyokong pengaruh baka ke atas trait-trait kecerdasan dan emosi. Pengaruh baka lebih menonjol apabila kanak-kanak ini mencapai awal dewasa.

Bouchard juga mendapati aspek minat kerjaya lebih dipengaruhi oleh perkongsian pengalaman dan persekitaran. Namun, sesetengah penyakit seperti Down Syndrome dipengaruhi oleh genetik atau pun baka.

TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER (1979, 1989)

Perkembangan kanakkanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut.

Perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitan. Persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem :-

1) MIKROSISTEMPersekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh : Ibu bapa, adik-beradik, rakan, jiran, guru.

2) MESOSISTEM

Perhubungan antara mikrosistem. Melibatkan interaksi antara ibu bapa dengan pengasuh, jiran, sekolah dan bagaimana ia mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Contoh : Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti kanak-kanak disekolah boleh memberi sokongan yang dapat membantu kemajuan akademik kanak-kanak.Keadaan di rumah boleh mempengaruhi kanak-kanak di sekolah

3) EKOSISTEMPengalaman dan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak. Tetapi, keputusan yang di ambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut.

Contoh : Peraturan di tempat kerja ibu bapa seperti cuti, waktu kerja yang memberi kesan kepada kanak-kanak.

4 ) MAKROSISTEMMewakili norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. contoh : Di sesetengah negara, lelaki diberi peranan yang lebih dominan di mana mereka di beri peluang pelajaran dan pekerjaanpekerjaan yang penting.

5) KRONOSISTEM

Perubahan keadaan dalam sesuatu tempoh masa. Contoh : Kehadiran anak baru dalam sesebuah keluarga membawa perubahan dan memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak.

Kesimpulannya, pengaruh baka dan persekitaran mempunyai pengaruh yang kuat. Namun pengaruh persekitaran boleh berubah-ubah. Manakala, pengaruh baka bersifat tetap dan lebih ketara apabila kanak-kanak meningkat dewasa.

Dah habis.