saluran komunikasi warga risda · risda peruntuk sumbangan rm1.8 juta bagi program csr 2015 14...

24
Diucapkan kepada RISDA kerana berjaya mendapat Pensijilan ISO/IEC 27001:2005 Diucapkan kepada RISDA kerana berjaya mendapat Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008

Upload: others

Post on 20-Sep-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

Diucapkan kepada RISDA kerana berjaya mendapat

Pensijilan ISO/IEC 27001:2005

Diucapkan kepada RISDA kerana berjaya mendapat

Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008

Page 2: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

015 kembali menyaksikan RISDA meneruskan momentum kejayaannya seperti mana tahun-tahun sebelumnya. Ini termasuklah kejayaan RISDA menjuarai Pesta Sukan MAKSPEN Kali Ke-13 yang berlangsung hebat di UUM Sintok, Kedah. Kejayaan meraih 10 pingat

emas, 1 perak dan 9 gangsa mengukuhkan lagi cengkaman kuasa sukan RISDA di kalangan Agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pegawai serta atlet sukan yang begitu komited dan penuh dengan iltizam yang tinggi dalam menggapai kejayaan kali ke-13 itu. Selama 26 tahun piala kejohanan terus tersimpan kukuh di dalam almari perhiasan RISDA.

Tahun ini juga memaparkan perkembangan pentadbiran KKLW dan RISDA berubah. Peralihan daripada YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafe Apdal kepada YB Dato’Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Menteri KKLW, perlantikan YB Dato’ Haji Ahmad Jazlan Yaakub selaku Timbalan Menteri II, perlantikan Pengerusi RISDA yang baharu, YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, persaraan Datuk Sri Ibrahim Muhamad di posisi Ketua Setiausaha dan persaraan Dato’ Sri Haji Wan Mohamad Zuki Hj. Mohamad sebagai Ketua Pengarah RISDA menjadikan 2015 tahun pertukaran dan peralihan jawatan yang terbesar pernah berlaku.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pemimpin yang pergi. Budi dan jasa kekal diingatan selagi hayat dikandung badan. Selamat datang kepada kepimpinan yang baharu. Kami seluruh warga kerja RISDA akan terus bersama dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dari semasa ke semasa. ‘Salam Kasih Sayang...’

- NORHAYATI ABDUL GAFFOORKetua Pengarang

EDITO

RIAL

PenaungDato’ Haji Mohamat Muda

PenasihatDato’ Mohamed Alang Abdul Hamid

Ketua PengarangNorhayati Abdul Gaffoor

Timbalan Ketua Pengarang

Muhammad Adnin Bakir Abu Bakar

PengarangMuhammad Fikhry Zulkhifly

EditorSharudin Abdullah

PenulisSalasiah Abdul Wahab

Jashairoladnin Hj. Shaidin

Aimi Hanisah Mohamad

JurufotoNasri Rahmat

Abd. Malek KassimYahya Al-Mubarak Jamal

Pengedaran

Unit Pameran dan Penerbitan, BKK

Kami mengalu-alukan sumbangan karya berbentuk

penulisan kreatif, puisi, pantun, syair, kata-kata hikmah/

mutiara kata, foto, selain rencana mengenai peristiwa di PT

untuk dimuatkan di dalam Buletin ini.

Sila hantarkan karya anda kepada :

Ketua Pengarang RISCOMBahagian Komunikasi Korporat

Tingkat 2, Bangunan RISDAKM 7, Jalan Ampang

Karung Berkunci 1106750990 Kuala Lumpur

Tel: 03-42564022Faks: 03-42565599

Email: [email protected]

2 BuletinRISCOM

2

KANDUNGANDari Meja Ketua Pengarang... 2

YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob Menteri KKLW Yang Baharu 3

YB Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Yaakub Timbalan Menteri KKLW 4

YB Datuk Zahidi Zainul Abidin Terajui RISDA 5 341 Terima APC RISDA 2015 6 Majlis APC RFSB Penghargaan Terhadap Warga Kerja Cemerlang 7

Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.9/2015 - Rai Kehadiran Sulung Pengerusi RISDA 8

RISDA Perluas Kuasa Sukan MAKSPEN 9 Majlis Ramah Mesra Yb Dato’ Sri Ismail Sabri YaakobMenteri KKLW Bersama Warga Risda 10

RISDA Johan Booth Terbaik Antara Agensi KKLW Sempena KUD 2015 11

Contohi Pengorbanan Nabi Ibrahim Dan Nabi Ismail 12

Pemaju Masyarakat RISDA Sebagai Agen Perubahan Masyarakat Pekebun Kecil 13 RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14

Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan Kali Ke-58

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri RISDA Negeri Sarawak Wadah 16Mempererat Silaturrahim Sesama Warga Kerja

Program Ihya’ Ramadan - Kasihi Pekebun PRN Melaka 17

Mardhotillah Fi’ Ramadhan - Program Santai Rohani Anjuran PRN Pulau Pinang 18

PUSPANITA RISDA Negeri Pahang Anjur Motivasi Kerjaya Bersama 19Anak-Anak Pekebun Kecil

‘Ramah Mesra’ - Tagline PUSPANITA RISDA Negeri Pahang 20

Durian Runtuh Setahun Sekali - Penyampaian RTBB Peringkat Pulau Pinang 21

Warga RISDA Melaka Terima Sumbangan Aidilfitri 22

R&R Riscom 23

Page 3: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

3Saluran Komunikasi Warga RISDA

erlantikan Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang baharu dilihat sebagai satu kesinambungan portfolio yang berteraskan pertanian, namun dalam skop kumpulan sasar yang lebih luas meliputi masyarakat luar

bandar di seluruh negara. Peranan beliau yang begitu besar dalam membangun sektor pertanian dan perladangan melalui portfolio sebelumnya iaitu Kementerian Pertanian dan Asas Tani pastinya akan diaplikasikan di dalam Kementerian yang turut merangkumi Jabatan dan Agensi iaitu MARA, RISDA, JAKOA, KEMAS, FELCRA, KESEDAR, KEDA, KETENGAH, KEJORA dan INFRA.

Beliau yang menggantikan Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Hj. Apdal, adalah merupakan Ahli Parlimen Kawasan Bera sejak tiga penggal yang lalu. Setelah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh pada 1987, beliau meniti jambatan politik dengan penuh jaya melalui tahap dan tingkat perjawatan penting iaitu Ketua Penerangan UMNO Bahagian pada 1988, Ketua Pemuda UMNO Bahagian pada 1993, dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian pada 2001 sehingga membawa kepada perlantikannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera berikutan persempadanan semula kawasan pilihanraya pada 2004. Di peringkat nasional, beliau adalah merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 18 Januari 1960, bersama pasangannya Datin Sri Muhaini bt. Zainal Abidin dikurniakan dengan empat orang cahayamata, tiga lelaki dan seorang perempuan di mana salah seorang daripadanya merupakan selebriti tanahair yang terkenal iaitu Ghadaffi Ismail Sabri atau Dafi (anak kedua), penyanyi yang lahir melalui rancangan realiti Akademi Fantasia musim ke-5.

Alam persekolahannya bermula di Sekolah Kebangsaan Bangau pada tahun 1967, kemudian di Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan pada 1973, dan 1976 ke Sekolah Menengah Teknik Kuantan. Selepas menamatkan pengajian di tingkatan enam di Jaya Akademik, beliau menyambung pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan Undang-undang pada tahun 1980. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang undang-undang sebagai peguam pada 1985. Sumbangannya yang begitu besar kepada masyarakat amat dihargai melalui perlantikannya sebagai Ahli Majlis Daerah Temerloh pada 1987 dan Ahli Majlis Perbandaran Temerloh pada tahun 1996.

Ketokohannya terserlah dan berkesinambungan melalui penglibatannya di dalam kerja-kerja kemasyarakatan samada yang bercorak sosial atau politik sehingga beliau diberi kepercayaan sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Sabaruddin Chik (kini Tan Sri) bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Selain itu, beliau juga pernah menduduki kerusi Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Pahang Tenggara (DARA) pada 1995 dan juga Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia pada tahun yang sama. Jawatan Kabinetnya yang pertama ialah selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 9 April 2009. Rombakan Kabinet seperti yang diumumkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada 28 Julai 2015 lalu, telah membawa Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakub di posisi penting selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Kita mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri KKLW untuk meneruskan kesinambungan kejayaan mensejahterakan masyarakat luar bandar di negara ini.

Oleh : Sharudin Abdullah

P

Page 4: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

alam rombakan Kabinet pada 28 Julai 2015 lalu, Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub, Ahli Parlimen Machang, Kelantan telah dilantik sebagai Timbalan

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan di samping Ketua UMNO Bahagian Machang sejak 2008, juga aktif di dalam beberapa buah NGO yang lain seperti Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (sebelumnya pada tahun 2004-2008 beliau merupakan peneraju persatuan tersebut selaku Presiden) dan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kelantan selain Pengerusi-pengerusi bagi Majlis Belia MAYC, Masyarakat Penyayang (MAYANG) dan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Machang, Kelantan.

Selamat datang dan selamat bertugas buat Yang Berhormat Datuk.

DOleh : Salasiah Abd. Wahab

TOKOH NEGARA...Majlis Perasmian KUD 2015 di Putrajaya oleh YAB Perdana Menteri.

4 BuletinRISCOM

Page 5: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

arikh 1 September 2015 yang lalu, RISDA mencatat satu lagi sejarah dalam organisasinya dengan perlantikan Yang Berhormat Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

selaku Pengerusi RISDA yang baharu. Beliau mengambil alih jawatan tersebut daripada Datuk Seri Ibrahim bin Muhamad yang juga selaku Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Beliau yang lahir pada 9 Januari 1961, kini merupakan Ahli Parlimen Kawasan P001 Padang Besar, Perlis sejak 2013. Beliau juga pernah dilantik selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis pada 2011, dan masih mengetuai UMNO Bahagian Padang Besar sejak 18 Oktober 2008. Sebelumnya, Pengerusi RISDA yang berkahwin dengan Datin Nooraine Ahmad itu telah terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Beseri pada 2008 dan turut dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan II pada tahun 2003.

RISDA merakamkan ucapan setinggi tahniah dan syabas atas perlantikan Yang Berhormat Datuk Zahidi Zainul Abidin selaku Pengerusi RISDA yang ke-17.

Oleh : Sharudin Abdullah

SALAM PERKENALAN...Pengerusi RISDA diperkenalkan kepada Tuan Haji Mohd. Ihwan Sudim, Pengarah PSM.

T

5Saluran Komunikasi Warga RISDA

Page 6: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

Oleh : Sharudin Abdullah

ANUGERAH BERPRESTIJ...Penerima APC RISDA sedang mendengar nasihat yang disampaikan oleh YB Menteri.

TAKLIMAT PENGURUSAN RISDA...YB Menteri diberi taklimat oleh Ketua Pengarah RISDA.

MENGHAYATI ..Sebahagian daripada para pegawai kanan yang menghadiri sesi taklimat tersebut.

eramai 341 orang warga kerja RISDA dari seluruh negara menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) RISDA bagi sesi penilaian 2014. Majlis yang berlangsung di Auditorium Sultan Ahmad Shah, RISDA pada 20 Ogos 2015 itu telah disempurnakan oleh

Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakop, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Pemilihan calon yang terdiri daripada pelbagai peringkat perjawatan itu adalah berlandaskan kepada apa yang digariskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13/2012, yang antara lain penilaiannya ialah bagi mereka yang telah menunjukkan prestasi perkhidmatan yang melebihi tugas hakiki serta ekspektasi Jabatan.

Yang Berhormat Menteri dalam ucapannya telah menyatakan pengharapan agar mereka yang terpilih menerima APC pada tahun ini hendaklah menjaga status anugerah tersebut yang begiitu bernilai untuk dicontohi dan diteladani oleh warga kerja yang lain. Beliau turut memuji pencapaian yang telah ditunjukkan oleh RISDA sejauh ini dalam membantu mensejahterakan kumpulan sasar yakni para pekebun kecil di seluruh negara. Menurutnya, matlamat untuk mencapai sasaran RM4,000 sebulan sekeluarga melalui pelbagai pendekatan termasuk program AET dan sebagainya terletak kepada kesungguhan serta iltizam warga kerja RISDA sendiri dalam membantu membangun mereka. “Banyak kerja yang perlu dilaksanakan oleh warga RISDA untuk membantu mencapai matlamat tersebut...”, ujarnya.

Sebelum acara tersebut berlangsung, Yang Berhormat Menteri telah diberikan taklimat oleh Dato’ Sri Wan Mohamad Zuki bin Hj. Mohamad, Ketua Pengarah RISDA yang turut disertai oleh Datuk Seri Ibrahim bin Mohamad, Ketua Setiausaha KKLW, Dato’ Mohamat bin Muda, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Dato’ Mohamad Alang bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat) serta pegawai-pegawai kanan yang lain.

S

6 BuletinRISCOM

Page 7: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

nugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) RISDA Fleet Sdn. Bhd. (RFSB) pada 4 Ogos 2015, di Auditorium Sultan Ahmad Shah, RISDA lalu telah menyenaraikan sebanyak lapan kategori penerima iaitu, Pemandu Terbaik, Makanik Terbaik, Kerani Terbaik,

Pegawai Operasi Terbaik, Pegawai Kewangan & Pentadbiran Terbaik, Pengurus Cawangan Terbaik, Pejabat Cawangan Terbaik dan Staff of The Year. En. Ahmad Kamal Ezwan Kamaruddin telah dipilih sebagai penerima Anugerah Staff of The Year RFSB Tahun 2015 selain penerima bagi kategori Pengurus Cawangan Terbaik. Beliau menerima hadiah wang tunai RM500, sijil dan pakej umrah.

Majlis yang disempurnakan oleh Dato’ Sri Wan Mohamad Zuki Hj. Mohamad, Ketua Pengarah RISDA itu turut dihadiri oleh Dato’ Mohammad Shahrom Osman, Pengerusi RFSB, Dato’ Haji Mohamat Muda, TKP (Pembangunan), Dato’ Mohammed Alang Abdul Hamid, TKP (Pengurusan dan Korporat), Datuk Haji Kamaruddin Hj. Mohamed Shah, CEO Kumpulan SMR , En. Nor Aziz Karim, CEO RFSB dan pegawai-pegawai kanan RISDA dan RFSB.

Sempena majlis itu juga, telah disampaikan sumbangan hari raya kepada wakil-wakil zon iaitu Zon Utara, Zon Timur, Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon Borneo yang diterima oleh Pengurus-pengurus Cawangan masing-masing. Pelawak dan pelakun terkenal negara Abon, telah membuatkan hadirin tidak kering gusi dengan telatah dan lawak jenaka bersahaja yang dipersembahkan oleh bekas juara Maharaja Lawak Mega bersama Os itu.

AOleh : Aimi Hanisah Mohamad

HADIAH KECEMERLANGAN...Pn. Hjh. Suriyani Abdul Kahar menerima sijil APC dan hadiah daripada Ketua Pengarah RISDA.CERIA...Antara penerima APC RFSB.

STAFF OF THE YEAR...Ahmad Kamal Ezwan Kamaruddin.

7Saluran Komunikasi Warga RISDA

Page 8: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

elihat daripada perawakannya, pasti ramai menyangka beliau seorang yang pendiam serta agak serius. Namun apabila sudah mengenali beliau secara dekat baru-baru ini, persepsi tentang beliau berubah. Dan ini diakui oleh kebanyakan yang hadir sempena Majlis Perhimpunan

Bulanan RISDA Bil. 9/2015 yang diadakan pada 22 September 2015 lalu yang merupakan julungkalinya dihadiri oleh YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin selaku Pengerusi RISDA yang baharu.

Memulakan ucapannya dengan mengajak warga kerja untuk bermuhasabah diri melalui anologi tentang penjajahan negara kita oleh para penjajah silam. Justeru, bagi memastikan kita tidak terjajah semula, rakyat Malaysia khususnya warga kerja RISDA harus dapat membuat penilaian terhadap kesan politik terkini yang cuba diterjemahkan mengikut acuan ‘orang lain’.

Intonasi suaranya yang pelbagai di mana kadangkala diselitkan dengan gurauan bersahaja, menampakkan beliau sebagai ahli politik yang hebat dan matang. Pengkisahan beliau tentang kunjungannya ke Libya, Iraq dan beberapa negara lagi sekitar 20 tahun lalu yang menemukan beliau dengan pemimpin-pemimpin negara terbabit seperti Saddam Hussain dan Muammar Ghadaffi dihayati dengan sepenuh tumpuan serta minat oleh warga kerja yang hadir pada pagi tersebut.

Beliau juga menuturkan tentang peri pentingnya disuburkan semangat bekerjasama bagi menambah kehebatan dan kecemerlangan agensi RISDA itu sendiri. Di samping itu, penekanan mengenai keperluan untuk menyokong penuh kepimpinan dan Kerajaan sedia ada akan dapat memastikan pembangunan mapan dan seimbang negara pada masa hadapan dapat direalisasikan dengan sepenuhnya.

Secara jujur beliau mengajak warga kerja dari semua peringkat agar dapat memberikan maklum balas terhadap perkhidmatan beliau dan agensi ini, agar setiap yang direncanakan memenuhi kehendak setiap pelanggan dan kumpulan sasar utama yakni para pekebun kecil di seluruh negara. “Pintu pejabat saya sentiasa terbuka untuk anda...”, ujarnya.

Majlis yang dihoskan oleh Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) itu diakhiri dengan acara sesi pengenalan kepada pegawai-pegawai lantikan baharu yang terdiri daripada Jurutera Gred J41, Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29, Penolong Jurutera Gred JA29, Penolong Pegawai Tadbir Gred N27dan Penolong Pegawai Penilaian Gred W27.

Oleh : Sharudin Abdullah

M

PEGAWAI BAHARU...Amir Ashraf Shukran diperkenalkan kepada Pengerusi RISDA.

SUBURKAN SEMANGAT BEKERJASAMA...Saranan ikhlas pemimpin kepada warga kerja RISDA.

8 BuletinRISCOM

Page 9: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

Oleh : Sharudin Abdullah

9Saluran Komunikasi Warga RISDA

KEMENANGAN KALI KE-13 BERTURUT-TURUT...Ketua Pengarah RISDA menerima piala kejohanan daripada YB Menteri KKLW.

JUARA IBU SEGALA PINGAT...Dato' Hj. Mohamat Muda (tengah) bersama pemain bola sepak RISDA yang menjuarai pertandingan kategori tersebut.

uasa sukan MAKSPEN masih kekal menjadi milik RISDA ekoran kejayaannya meraih kejuaraan kali ke-13 pada Pesta Sukan MAKSPEN yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah dari 11-15 Ogos 2015. Kejayaan merangkul 10 pingat emas daripada 19 permainan yang

dilangsungkan cukup untuk mengekalkan momentum kemenangannya selama 26 tahun berturut-turut.

10 pingat emas yang diraih oleh para atlet RISDA tersebut ialah, bola sepak, badminton, ten pin boling lelaki, ten pin boling wanita, pentanque wanita, congkak, batu seremban, dart, boling padang dan bakat wanita. Manakala RISDA juga memenangi sebutir pingat perak dan 9 gangsa yang melepasi sasaran Chef de Missionnya Tuan Haji Mohd. Najib bin A. Samad. Ketika mengulas kejayaan tersebut, Dato’ Sri Wan Mohahamd Zuki bin Hj. Mohamad, Ketua Pengarah RISDA menyatakan bahawa ianya adalah hasil kerja keras yang digarap bersama iltizam yang tinggi untuk meraih kejuaraan kali ke-13 yang dirasakan agak sukar dilakukan oleh mana-mana Agensi di bawah KKLW buat musim-musim yang akan datang. Semangat serta disiplin yang tinggi yang ditunjukkan oleh 300 anggota yang terdiri daripada pegawai dan atlet yang dipilih daripada seluruh negara turut membantu melakar sejarah baru itu. “Di samping itu, mereka juga telah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebanyak 63 peratus iaitu melebih tahap yang ditetapkan. Ini membuktikan bahawa penglibatan yang aktif dalam aktiviti sukan bukan penghalang untuk penjawat awam mengekalkan prestasi cemerlang dalam melaksanakan tugas hakiki masing-masing. Nasihat saya kepada semua kakitangan RISDA supaya mengekalkan semangat ‘kiasu’ iaitu tidak memikirkan kekalahan sebaliknya mencari jalan untuk mencapai kemenangan, terbukti melalui kejayaan ini”. Komennya dari petikan akhbar Mingguan Malaysia bertarikh pada 16 Ogos 2015.

Edisi yang diterajui oleh KEDA selaku tuan rumah itu telah dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah, manakala acara penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang turut disertai sekali lagi oleh Menteri Besar Kedah. Sesungguhnya kejayaan manis dan bersejarah ini mampu menjadi kayu ukur kepada pencapaian RISDA dalam bidang-bidang lain di masa yang akan datang. Syabas dan tahniah kepada seluruh Kontinjen RISDA ke MAKSPEN edisi Ke-13 !

K

Page 10: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

Oleh : Jashairoladnin Hj. Shaidin

PEMIMPIN YANG DISENANGI.

PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT.

SANTAI SATEY...

ajlis Ramah Mesra YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Bersama Warga Kerja RISDA telah berlangsung dengan meriah dan memberi keterujaan kepada seluruh warga kerja untuk meraikannya bersama-sama jemputan yang lain. Majlis yang disambut bersempena Hari Raya Aidilfitri itu menyediakan pelbagai juadah daripada 15 gerai hasil usaha 18 Bahagian yang terdapat di Ibu Pejabat iaitu, BL, BPPT, BKJ/BPK, BTSP, BKK, BIAD, BPPT, BBIP, BPPS/BPP, BPSM, PKP/ESTET, BDPS, BKB, BTM dan BPU yang menyediakan menu antaranya; roti jala, laksa, soto, murtabak, roti canai, aneka nasi, satay, minuman, buah-buahan dan lain-lain. Hadirin juga disajikan dengan persembahan nyanyian oleh Kumpulan Briged Seni RISDA yang membawakan pelbagai genre lagu selain lagu-lagu hari raya.

Majlis yang diadakan pada 7 Ogos 2015, di Dewan Gemalasari, Ibu Pejabat RISDA itu telah menghimpunkan seluruh warga kerja Ibu Pejabat yang turut menyertai acara pertandingan persembahan kesenian. BTSP telah mengungguli kedua-dua acara yang dipertandingkan iaitu johan persembahan dan juga gerai terbaik dengan menu utamanya murtabak dan roti canai. YB Menteri yang begitu sibuk dengan jadual kerja rasminya kelihatan begitu gembira beramah mesra dengan warga kerja RISDA yang memenuhi ruang di dewan tersebut sambil menikmati juadah lazat yang disediakan di setiap gerai yang dikunjungi.

Turut hadir ialah Dato’ Seri Ibrahim bin Muhamad, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Wan Mohamad Zuki bin Hj. Mohamad, Ketua Pengarah RISDA, Datuk Mohamat bin Muda (TKP Pembangunan) dan Dato’ Mohamed Alang bin Abdul Hamid, TKP (Pengurusan & Korporat) RISDA.

M

MEMUPUK KEMESRAAN MENGHADIR KEIKHLASAN.

JOHAN PERSEMBAHAN & GERAI TERBAIK....Tuan Haji Mohd. Ghazali Abd. Majid, Pengarah BTSP menerima sijil kemenangan daripada YB Menteri sambil diperhatikan oleh KSU dan KP RISDA.

10 BuletinRISCOM

Page 11: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

empena Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015 anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan

Wilayah (KKLW) yang berlangsung di Persint 3, Putrajaya dari 2-6 September 2015 lalu telah diadakan Pertandingan Booth Terbaik yang menobatkan RISDA selaku johan. Dengan pelbagai bahan pameran dan permainan yang disediakan telah membawa minat orang ramai untuk datang melawat ke booth RISDA tersebut. Ianya ditambah dengan tarikan baharu iaitu kehadiran beberapa pelukis kartun antara Lalang, Kiwi, Uchot dan Gayour dari Majalah Ujang yang menambah daya tarikannya.

YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sendiri ketika hadir turut dihadiahkan dengan lukisan karikatur wajah beliau hasil lakaran kartunis Kiwi. Nyata sekali beliau begitu gembira menerima cenderahati daripada pelukis kartun terkenal tersebut yang turut beraksi di booth RISDA sepanjang karnival berlangsung yang disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri pada 4 September 2015.

Selaku johan, RISDA membawa pulang hadiah berjumlah RM3,000, piala dan sijil. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Dato’ Sri Wan Mohamad Zuki bin Hj. Mohamad, Ketua Pengarah RISDA. Tempat kedua dalam pertandingan tersebut telah dimenangi KEJORA manakala ketiga KEDA.

SOleh : Aimi Hanisah Mohamad

BOOTH TERBAIK...Sebahagian petugas booth pameran RISDA bersama piala dan replika cek kemenangan yang dikongsi bersama Ketua Pengarah dan isteri.

BANGGA...Timbalan Pengarah BKK (tengah) menerima hadiah daripada Ketua Pengarah RISDA.

POTRET PEMIMPIN NO. 1 NEGARA...

OPSSS....Ketua Pengarah mencuba permainan yang disediakan di booth RISDA.

11Saluran Komunikasi Warga RISDA

Page 12: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

Oleh : Salasiah Abdul Wahab

eorang cendiakawan pernah menyebut : "Isteri jadilah Siti Hajar walau suami bukan Nabi Ibrahim dan jadikan anak-anak kita Nabi Ismail".

Bertempat di Tapak Semaian Biotek RISDA, RISDA Semaian & Lanskap Sdn. Bhd. (RSSB), pada 26 September 2015 lalu telah berlangsung Majlis Qurban RISDA 2015 yang disempurnakan oleh Dato' Mohamed Alang Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat) RISDA. Majlis tersebut telah dihadiri oleh seramai kira-kira 250 orang pegawai dan staf selain jemputan dan kanak-kanak daripada Rumah Bakti Al-Kausar, Bandar Baru Bangi, Rumah Bakti Nur Shaheera, Taman Jaya Baru, Cheras dan Pusat Jaagaan Kanak-kanak Miskin Rukaiyah, Sungai Merab Luar, Kajang, Selangor.

Sebanyak lima ekor lembu telah dikorbankan dalam majlis tersebut. Manakala 18 penerima daging korban adalah terdiri daripada staf RISDA gred 11-16.

Dalam ucapannya, Dato' Mohamad Alang telah menyentuh mengenai peristiwa korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anakandanya Nabi Ismail yang memaparkan sifat ketaqwaan dan ketaatan seorang hamba terhadap Penciptanya. Beliau juga mengaitkan peristiwa tersebut sebagai satu anologi berkaitan dengan tugas dan peranan yang dimainkan oleh setiap warga kerja kakitangan awam. Di akhirnya, hadirin telah dihidangkan dengan juadah daging kurban yang dimasak sendiri oleh kakitangan RISDA dengan pelbagai menu yang menarik dan menyelerakan.

S

DAGING KORBAN...Khyrul Najmi Ehmar menerima daging korban daripada Timbalan Ketua Pengarah (P&K).

ACARA MELAPAH...Simbolik kepada kerjasama sepasukan. MEMUPUK UKHWAH DAN PERPADUAN...

12 BuletinRISCOM

Page 13: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

Oleh : Sharudin Abdullah

SIJIL KEAHLIAN PMR...Lambang tanggungjawab dan integriti.BARISAN KEPIMPINAN MEMACU KESEJAHTRERAAN KUMPULAN SASAR.

uat pertama kalinya Pemaju Masyarakat RISDA (PMR) daripada seluruh negara berpeluang berinteraksi dan bertemu wajah dengan YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan juga YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin, Pengerusi RISDA yang

baharu, sempena majlis Perasmian Seminar Pemaju Masyarakat RISDA 2015 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur pada 4 September 2015 yang lalu. Seminar yang berlangsung selama dua hari itu telah dihadiri oleh seramai sekitar 400 orang PMR yang dianggap sebagai barisan hadapan RISDA dalam usaha untuk membantu membangun dan memajukan masyarakat pekebun kecil di negara ini.

Dalam ucapannya, YB Menteri KKLW itu juga menyentuh tentang peri pentingnya pemerkasaan PMR selaku agen perubahan masyarakat terutama para pekebun kecil yang secara geografinya berada di kawasan penempatan luar bandar. Menurutnya lagi, PMR mesti berdiri teguh di bawah teraju kepimpinan negara dan mesti juga sanggup berjuang untuk mempertahankan segala dasar-dasar yang dibawa oleh Kerajaan yang dipimpin oleh Y.A.B Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Beliau kemudian turut menyampaikan replika cek elaun PMR bagi tahun 2015 sebanyak RM 4.9 juta, Anugerah PMR Cemerlang dan juga Watikah PMR.

Beberapa kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar tersebut antaranya, Peranan dan Tanggungjawab RISDA Dalam Membangunkan Komuniti Pekebun Kecil Seiring Pembangunan Negara Maju 2020 oleh BDPS, Pelaksanaan Program Tanam Semula RMK Ke-11 oleh BTSP, Pelaksanaan Program Produktiviti dan Pemasaran oleh BPP, Pelaksanaan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Pembangunan Usahawan oleh BPU, Peranan dan Tanggungjawab PMR Dalam Pelaksanaan Program Pembangunan RISDA oleh BPPT dan Ceramah Kenegaraan oleh Biro Tata Negara (BTN).

B

'TEGUH BERSAMA PEMIMPIN...'

13Saluran Komunikasi Warga RISDA

Page 14: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

ihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah memperuntukkan

perbelanjaan berjumlah RM1.8 juta bagi membiayai program tanggungjawab sosial (CSR) di seluruh negara untuk tahun 2015. Inisiatif terbaharu itu meliputi pemberian sebuah van jenazah di setiap negeri selain wang tunai yang bakal memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.

Bagi daerah Raub, sumbangan dalam bentuk sebuah van jenazah bernilai RM133, 855 telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Shahirudin Ab. Moin kepada wakil Persatuan Kebajikan Islam Mukim Dong (PKIM) pada 4 Jun 2015 bertempat di Rumah Rehat Raub, Pahang.

Majlis penyerahan tersebut turut dihadiri oleh ADUN Batu Talam, YB Dato’ Abdul Aziz Mat Kiram, Datuk Khairulanuar Mahmood, Pegawai Daerah Raub, En. Wan Shabri Zainuddin Wan Mohamad, Pengarah RISDA Negeri Pahang dan En. Mohd. Jazlanuddin Azmi, Pegawai RISDA Daerah Raub.

Semoga dengan penyerahan van jenazah tersebut dapat membantu masyarakat kampung khususnya penduduk setempat yang sedikit sebanyak dapat meningkatkan kemudahan di masjid berkenaan.

POleh : Nurulhuda Ibrahim

UNTUK KEMUDAHAN MASYARAKAT ...

PENYERAHAN VAN JENAZAH...YB Dato' Shahirudin Ab. Moin melakukan gimik penyampaian van kepada wakil PKIM Dong.

14 BuletinRISCOM

Page 15: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

15Saluran Komunikasi Warga RISDA

Oleh : Noor Ain Abdul Kassim

eramai 35 orang peserta yang diketuai oleh En. Radzuan Othman, PRD Muar/Ledang telah menyertai

acara perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2015 yang lalu. Dengan pakaian seragam korporat RISDA serta lengkap bertopi mereka melangkah penuh bergaya serta gagah bermula daripada padang hoki Sekolah Tinggi Muar, Johor hingga ke Dataran Tanjung Emas sambil megah mengibar Jalur Gemilang.

Sambutan Kemerdekaan kali ini yang bertemakan ‘Sehati Sejiwa’ telah menarik ramai pengunjung ke lokasi venue yang digegarkan dengan perbarisan hebat oleh kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian. Kontinjen RISDA yang menjalani latihan gigih serta disiplin yang tinggi telah turut mendapat perhatian orang ramai yang memberikan tepukan gemuruh sebaik mereka melintasi hadapan pentas khas.

Semangat bekerja sama serta bantu membantu ‘bagai aur dengan tebing’ yang menjadi amalan warga kerja telah membuahkan hasil di mana sepanduk RISDA yang direka khas dan dibuat secara bersama telah dipilih memenangi kategori Sepanduk Tercantik.

S

SEGERAK SEIRAMA...Kontinjen perbarisan PRD Muar/Ledang yang membanggakan.

SEMANGAT HARI KEBANGSAAN

SEHATI SEJIWA...

Page 16: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

empena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1436 Hijrah, satu Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bersama En. Zulkifli

Zaini, Pengarah RISDA Negeri Sarawak dan Timbalannya, En. Abdul Aziz Awang telah diadakan di Perkarangan Pejabat RISDA Negeri Sarawak, Kuching pada 6 Ogos 2015 lalu. Majlis yang berobjektifkan sebagai wadah mempererat silaturrahim sesama warga kerja itu juga diharap menjadi sebagai jambatan integrasi antara kakitangan yang berasal daripada Semenanjung dan juga Sarawak.

Sebanyak lapan buah gerai disediakan melibatkan semua Pejabat RISDA Bahagian (PRB) dan Syarikat Milikan RISDA (SMR). Antara menu yang dihidangkan ialah kambing golek, satay, laksa Sarawak, nasi minyak, aneka kek lapis Sarawak, mi Jawa, pelbagai jenis minuman dan makanan pencuci mulut yang lain.

Turut sama memeriahkan majlis tersebut ialah Ketua-ketua Jabatan Negeri Sarawak di samping masyarakat setempat terutama yang berhampiran dengan lokasi majlis.

PRB Samarahan telah memenangi Pertandingan Gerai Tercantik, Terbersih dan Meriah. Manakala PRB Betong meraih tempat kedua, dan RISDA Fleet di tempat ketiga. Beberapa pengunjung juga telah turut sama menyumbangkan suara dalam sesi karaoke sempena majlis yang menjadi kalendar aktiviti pada setiap tahun.

SOleh : Mohamad Anas Ahmad

PEMENANG BERTUAH.

MENJALIN SILATURRAHIM.

TIADA BATAS PROTOKOL.

16 BuletinRISCOM

Page 17: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

17Saluran Komunikasi Warga RISDA

ada 22 Julai 2015 lalu telah diadakan Program Ihya’ Ramadan yang membabitkan sekitar 100

orang peserta yang terdiri daripada para pekebun kecil Kampung Nibong, Paya Dalam, Melaka. Majlis yang diadakan di perkarangan masjid kampung berkenaan telah diisi dengan pelbagai acara termasuk gotong royong, agihan bubur lambuk, penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan solat berjemaah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Aziz Abdul Rahim, Pengarah RISDA Negeri Melaka yang dimeriahkan dengan kehadiran seramai 30 orang warga kerja PRN Melaka.

Menurut beliau, majlis tersebut juga turut menjadi wadah dalam mempererat tali silaturrahim antara warga kerja dengan penduduk kampung dan kawasan sekitarnya di samping menjadi ruang percambahan minda dalam isu-isu yang berkaitan peningkatan sosio-ekonomi para pekebun kecil. Sesuai dengan konsep ‘Kasihi Pekebun’ yang digagaskan oleh RISDA, maka acara sedemikian mampu menjelmakan semangat setiakawan dan muhibah yang berkekalan antara agensi ini dengan kumpulan sasar tersebut.

Oleh : Azhari Hj. Abd. Aziz

P

PRIHATIN...Pengarah RISDA Negeri Melaka menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim.

PRAMUSAJI...

BUBUR LAMBUK PRN MELAKA...

Page 18: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

P ada 2 Mei 2015 lalu, telah berlangsung Program Santapan Rohani dan Majlis Iftar bersama Kelab Generasi Muda

RISDA (KGMR) Pulau Pinang bertempat di Masjid Kampung Baharu, Tasek Gelugor dan dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican, Ahli Parlimen Tasek Gelugor. Turut hadir ialah YB Dato’ Haji Roslan Saidin, ADUN Kawasan Pinang Tunggal serta En. Abdul Rahim Hashim, Pengarah RISDA Negeri Pulau Pinang bersama 100 ahli KGMR yang begitu teruja dengan program yang diadakan.

Program yang menyajikan perbincangan ilmu agama dengan menjemput penceramah terkemuka Ustaz Roslan Che Ros manakala Tuan Haji Marzuki Majid bertindak selaku moderator banyak memberi input dan informasi yang berguna khususnya berkaitan tanggungjawab Generasi Y dan isu-isu semasa. Justeru, perbincangan ini memberi fokus kepada impak generasi muda sekarang menentukan hala tuju negara pada masa akan datang.

Memetik ucapan YB Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, “Apabila kita hendak melihat wajah negara kita pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini”. Acara diteruskan dengan Majlis Iftar bersama KGMR setelah memasuki waktu solat fardhu Maghrib. Semangat silaturrahim serta sifat kasih sayang yang dijalin oleh kalangan ahli-ahli KGMR Pulau Pinang bersama warga kerja RISDA negeri khususnya memberi kesan yang amat positif bagi melahirkan generasi muda yang berilmu, berjati diri, patriotik, berakhlak mulia dan beriman.

Oleh : Mohd. Zuhairi Muslim

TIADA YANG TERPINGGIR...

ASNAF...

UCAPAN PENGARAH....

SUMBANGAN KEPADA YANG MEMERLUKAN...

18 BuletinRISCOM

Page 19: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

USPANITA RISDA Negeri Pahang dengan kerjasama Pejabat ADUN Pelangai dan Mini RTC Kampung Shafie, Bentong telah mengadakan Program Motivasi Kerjaya Bersama Anak-anak Pekebun Kecil pada 4 Januari 2015, Seramai 40 orang kanak-kanak berusia 12 tahun dari SRK Shafie dan SRK Pelangai, Bentong, Pahang telah dipilih dan dibawa ke KIDZANIA, Kuala Lumpur untuk tujuan tersebut. Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai jenis kerjaya dalam bentuk gambaran situasi sebenar seperti ahli Bomba, doktor, polis, chef, bankers, ahli silap mata, kontraktor, juruhebah, pembaca berita dan lain-lain. Setiap peserta telah diberi peluang yang mencukupi untuk mencuba simulasi pekerjaan yang dipilih di KIDZANIA itu yang diharapkan agar dapat membuka minda positif mereka untuk memilih bidang kerjaya pilihan pada masa hadapan.

Kesemua peserta dan guru yang terlibat juga melahirkan perasaan gembira dan berpuas hati serta berharap agar pelajar-pelajar lain juga diberi peluang untuk turut serta dalam program tersebut. Di samping itu, program berkaitan telah dapat meningkatkan lagi iltizam dan semangat para peserta untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran masing-masing demi mencapai matlamat kerjaya yang diimpikan.

Oleh : Khairul Bariah Abu Hassan

P

KERJAYA GLAMOR....Petugas media elektronik.

BIDANG PERUBATAN...Tugasan yang menuntut ketelitian, komitmen serta minat yang mendalam.

GENERASI PENYAMBUNG WARISAN KEGEMILANGAN BANGSA....

19Saluran Komunikasi Warga RISDA

Page 20: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

USPANITA RISDA Negeri Pahang telah memilih ‘Ramah Mesra’ sebagai taglinenya dalam mengoperasi program

dan aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun ini melibatkan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), pekebun kecil dan golongan kurang berkemampuan serta Orang Kurang Upaya (OKU). Program Ramah Mesra PUSPANITA RISDA Negeri Pahang Bersama Ahli Persatuan Orang Kurang Upaya, Sungai Lembing Kuantan pada 21 Mei 2015 adalah antara program yang telah dianjurkan pada peringkat awal ini. Dalam program tersebut, ahli PUSPANITA telah diberikan taklimat berhubung usaha-usaha yang telah dilaksanakan dalam membantu golongan OKU di bawah seliaan persatuan tersebut. Sumbangan dalam bentuk kewangan dan barangan telah disampaikan pada akhir program tersebut.

Sebagai strategi serampang dua mata, kecergasan fizikal ahli-ahli PUSPANITA turut sama dapat dipertingkatkan terutama dalam slot jelajah air terjun Pelangi, Sungai Lembing. Kecergasan, ketangkasan dan semangat tinggi mereka telah berjaya melalui aktiviti lasak merentasi sungai dan mendaki bukit. Peserta juga telah diberi pendedahan mengenai sejarah negara ketika sesi lawatan ke Muzium dan Terowong Bijih Timah di Sungai Lembing.

Rata-rata peserta yang hadir melahirkan perasaan gembira dan berpuas hati dengan program yang dianjurkan, yang telah mendapat sokongan dan kerjasama baik daripada semua pihak yang terlibat termasuk Penghulu dan Ketua-ketua Kampung di kawasan sekitar.

Oleh : Khairul Bariah Abu Hassan

P

WANITA PRIHATIN...

SEDIA BERBAKTI WALAU DALAM APA SITUASI.

CARA-CARA MEMBUAT SAMPUL SURAT OLEH OKU.

MISI TERCAPAI....

20 BuletinRISCOM

Page 21: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

21Saluran Komunikasi Warga RISDA

emberian dividen Rancangan Tanam Semula Berkelompok (RTBB) Peringkat Negeri Pulau

Pinang telah diadakan pada 10 Julai 2015, di Dewan Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. Pemberian dividen tersebut melibatkan pekebun kecil seramai 93 orang yang kesemuanya berjumlah RM211,000.00.

Majlis disempurnakan oleh Datuk Seri Zainal Abidin Osman selaku Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato’ Roslan Saidin, ADUN Kawasan Pinang Tunggal. Majlis tersebut turut diisi dengan acara penyampaian zakat kepada anak-anak yatim bagi kawasan sekitar Kepala Batas.

Dalam ucapannya, Penasihat KKLW itu memaklumkan mengenai inisiatif yang dilakukan oleh pihak Kerajaan terutama melalui Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah (BKKH) dalam berhadapan dengan isu kejatuhan harga komoditi itu di pasaran dunia. Selain itu juga, aktiviti AET turut disarankan kepada para pekebun kecil di samping menumpukan kepada konsep keusahawanan bagi membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi pekebun kecil yang terlibat.

Oleh : Azhari Hj. Abd. Aziz

P

DOA DIPOHON SEMOGA DIPERMUDAH SEGALA URUSAN.

WARGA EMAS YANG SENTIASA MENDAMBAKAN PERHATIAN OLEH SEMUA PIHAK.

Page 22: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

Oleh : Azhari Hj. Abd. Aziz

logan ‘Kasihi Pekebun Sayangi RISDA’ terus diterap dan dipraktikkan oleh pihak Pengurusan dengan melaksanakan program sumbangan Aidilfitri di semua negeri.

Negeri Melaka telah mengadakannya pada 18 Julai 2015, di Dewan Sri Lanang yang disempurnakan oleh Tuan Haji Aziz Abdul Rahim, Pengarah RISDA Negeri Melaka. Setiap warga kerja yang berjumlah 80 orang itu menerima sekampit beras dan gula sebagai bantuan dalam menyambut Ramadan yang tiba.

Sesungguhnya amalan baik dan berterusan yang dilakukan oleh pihak Pengurusan RISDA amat memberi kesan kepada para penerima yang menggambarkan sifat keprihatinan dan konsep penyayang tanpa batas dan berterusan. Secara tak langsung, gambaran tersebut mampu membangkitkan semangat bekerja yang tinggi dan positif di kalangan mereka demi untuk menjayakan setiap misi dan visi RISDA.

Tuan Haji Aziz Abdul Rahim juga memaklumkan bahawa aktiviti seperti ini tidak sahaja dilakukan di kalangan warga kerjanya, malah meliputi individu yang memerlukan dan surau atau masjid, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain yang berkaitan melalui sumbangan kewangan, barangan dan juga idea serta sumbang saran khususnya nasihat-nasihat yang berkaitan hal ehwal tanaman kebun dan sebagainya.

S‘SAYANGI WARGA KERJA...’

22 BuletinRISCOM

Page 23: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan

1

2

3

4

5

Bukan bagaimana cara supaya kita tidak berpisah dengannya, melainkan bagaimana caranya supaya ketika perpisahan datang bukan kenangan pahit yang harus dipendam.

Mutiara bertebaran dari pelupuk mata ketika hati menyedari akan erti dari sebuah perpisahan.

Tersenyumlah dan berhentilah menangis, kerana air mata yang kau teteskan hanya akan membuat kaki ini sulit untuk melangkah.

Rasa rindu yang teramat dalam tentang sebuah kenangan dimasa lalu akan tetap abadi walau pertemuan hanya terkenang dalam hati.

Tahan air matamu ketika ingin jatuh membasahi pipi, kerana ianya akan membuat sebuah perpisahan itu semakin berat untuk diikhlaskan.

23Saluran Komunikasi Warga RISDA

Pak Pandir bekerja sebagai penoreh getah. Dia selalu mengadu kepada isterinya yang kakinya selalu terkena duri kerana tidak mempunyai alas kaki untuk ke kebun getah. Isterinya pun memberinya sedikit wang dan menyuruhnya membeli sepasang kasut baru. Isterinya berpesan supaya dia menawar harga kasut tersebut sebelum membayarnya.

Sesampai di pekan, Pak Pandir terus pergi ke sebuah kedai runcit. Pak Pandir membelek-belek sepasang kasut Foong Keong sambil diperhatikan oleh tauke kedai tersebut. Setelah mencuba dan berpuas hati dengan saiznya, Pak Pandir bertanya harga kasut tersebut. Tauke itu memberitahu harga kasut itu enam ringgit setengah. Pak Pandir teringat pesan isterinya supaya menawar harga sebelum membayar.

Dia pun berkata :“Boleh kasi kurangkah tauke ?”

Tauke kedai menjawab : “Boleh...berapa awak minta kurang ?”

Pak Pandir menjawab : “Kasi kurang dua ringgitlah...”

Tauke itu menjawab : “Oklah, pakcik punya pasal, saya kasi kurang dua ringgit...”

Pak Pandir pun gembira lalu membayar harga yang difikirkannya betul. Tauke kedai menerima duit yang diberi oleh Pak Pandir tanpa banyak soal.Sesampai di rumah, Pak Pandir bukan main gembira lagi menceritakan perihal dia menawar harga kasut tersebut.

Isterinya bertanya : “Berapa harga kasut itu bang ?”

Pak Pandir menjawab dengan bangga : “Harganya enam ringgit setengah...saya tawar tauke kasi kurang dua ringgit, jadi saya bayar sepuluh ringgitlah...”

Isterinya tercengang mendengar cerita Pak Pandir. Dia bingung memikirkan bagaimana harga enam ringgit setengah ditawar jadi sepuluh ringgit...

Pak Pandir dengan selamba menjawab : “Harga kasut itu enam ringgit setengah, kalau nak yang setengah lagi tentulah kena bayar dua belas ringgit, dikurangkan dua ringgit, jadilah sepuluh ringgit... kan untung tu ?”

Isterinya berkata dalam hati : “Laki aku ni bodoh ke bangang ?”

Page 24: Saluran Komunikasi Warga RISDA · RISDA Peruntuk Sumbangan RM1.8 Juta Bagi Program CSR 2015 14 Kontinjen RISDA Daerah Muar/Ledang Juara Pertandingan 15 Sepanduk Sempena Sambutan Kemerdekaan