strategi penyelesaian masalah 13
TRANSCRIPT
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
merujuk kepada keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan ,kemahiran
dan nilai dalam membuat penaakulan dan
refleksi bagi menyelesaikan
masalah ,membuat keputusan ,berinovasi
dan berupaya mencipta sesuatu.
Justeru itu , kemahiran berfikir aras tinggi
memerlukan perkembangan dan
kemahiran yang melibatkan kognitif
seseorang individu.
KBAT
CONTOH SOALAN KBAT
SOALAN 1MEMBINA JADUAL
BEKERJA KE BELAKANG
SOALAN 1
Encik Adam Mukhriz menghantar keretanya ke sebuah kedai untuk ditukar
tayar dan dilengkapkan dengan beberapa alat tambahan.
Dia telah membeli 5 buah tayar yang berharga RM
195 setiap satu , 4 unit rim aloi yang berharga RM 1920 semuanya, 1 set penutup tem
pat duduk yang berharga RM 255 dan jumlah harga pewangi sebanyak RM 32 yang m
ana setiap satu berharga RM 16.
Encik Adam Mukhriz membayar dengan tujuh keping wang kertas RM 500.
Berapakah baki wang yang diterimanya ?
Encik Adam Mukhriz membeli 5 buah tayar, 4 unit rim aloi, 1 set
penutup tempat duduk dan pewangi.
Sebuah tayar berharga RM 195
4 unit rim aloi berharga RM 1920
1 set penutup tempat duduk berharga RM 255
Pewangi yang berharga RM 32 kesemuanya
Dia membayar dengan RM 3500
Berapakah baki wang ?
LANGKAH 1 : MEMAHAMI MASALAH MEMBINA
JADUAL
Senaraikan semua item, bilangan dan kos seunit dalam sebuah jadual.
Kira kos 5 buah tayar : 5 X Rm 195 = ________ ?
Kira kos seunit rim aloi : RM 1920 X 4 =________ ?
1 set penutup tempat duduk : RM 255
Kira berapa bilangan pewangi yang dibelinya : RM 32 X RM 16 =_________?
Tolak jumlah item kesemuanya dari RM 3500
LANGKAH 2 : MERANCANG STRATEGI
Baki wang
RM 3500 - RM 3182 = RM 318
LANGKAH 3 : MELAKSANAKAN STRATEGI
Adakah jawapan munasabah ?
Semak semula kos dan wang balik mesti bersamaan dengan RM 3500
= RM 975 + RM 1920 + RM 255 + RM 32
= RM 3182 + RM 318
= RM 3500 ( BETUL )
LANGKAH 4 : MENYEMAK SEMULA
BEKERJA KE BELAKANG
RM 3500 – RM 3182 = RM 318
RM32 + RM255 + RM1920 + RM975 = RM 3182
Dia membayar dengan RM 3500
Berapakah baki wang ?
RM 3500 – RM 32 – RM255 – RM 1920 – RM 975 = RM318
SOALAN 2
TEKA DAN UJI
SOALAN 2
Fuad mempunyai kawasan yang seluas 3600m2. Dia ingin
menanam pokok kelapa dengan sepohon 16m2 di kawasan
tersebut.
Berapakah pokok kelapa yang boleh ditanam oleh Fuad dalam
kawasan tersebut?
LANGKAH 1 : MEMAHAMI MASALAH TEKA DAN UJI
Keluasan kawasan = 3600m2
Keluasan untuk menanam sepohon pokok kelapa = 16m2
Bilangan pokok kelapa yang boleh ditanam = ?
LANGKAH 2 : MERANCANG STRATEGI
Strategi teka dan semak telah dipilih untuk menyelesaikan masalah
ini.
Meneka bilangan pokok yang boleh ditanam bagi memuatkan
kawasan yang seluas 3600m2.
LANGKAH 3 : MELAKSANAKAN STRATEGI
Satu jadual teka dan uji dengan perbezaan
bilangan pokok telah dibuat seperti yang
ditunjukkan :
JADUAL TEKA DAN UJI
Jadual di atas telah menunjukkan bahawa bilangan pokok yang diperlukan untuk
menanam kawasan yang seluas 3600m2 adalah sebanyak 225 pohon.
LANGKAH 4 : MENYEMAK SEMULA
(Pokok yang ditanam) x (keluasan sepohon pokok) =
keluasan kawasan (3600m2)
225 x 16 m2 = 3600m2
SOALAN 3BEKERJA KE BELAKANG
TEKA DAN UJI
SOALAN 3
Ali dan bapanya pergi ke Kelab Athletic untuk bermain dalam kejohanan bola keranjang.Permainan akan bermula pada 7:30 p.m.Mereka mengambil masa kira-kira 35 minit untuk berjalan ke perhentian bas Kajang.Bas manakah yang patut mereka ambil untuk sampai ke kelab itu?
Perhentian Bas Masa Masa Masa
Perpustakaan Negeri 3.00 pm 6.30 pm 7.00 pm
Pasaraya tesco 3.10 pm 6.40 pm 7.10 pm
Kelab Athletic 3.32 pm 7.02 pm 7.32 pm
JADUAL LALUAN BAS
Langkah 1: Memahami masalahAli dan bapanya mahu bermain bola keranjang pada pukul 7.30 pm.Dia dan bapanya mahu menaiki bas dan mereka harus sampai di Kelab Athletic sebelum 7.30 pm.Pukul berapakah Ali dan bapanya harus menaiki bas untuk sampai sebelum 7.30 pm.
Langkah 2 : merancang strategi
Kita boleh menggunakan kerja secara sonsang untuk menyelesaikan masalah ini.Kita boleh menggunakan jadual bas yang diberikan. Mulakan dengan mencari bas terakhir yang boleh tiba di Kelab Athletic sebelum 7.30 pm
Langkah 3 : melaksanakan strategi
Bas tiba di Kelab Athletic pada 7.02 pm.Bas meninggalkan perpustakaan negeri pada pukul 6.30 pm.Kemudian cari masa bagi Ali dan bapanya untuk meninggalkan rumah.Masa bas bergerak dari perhentian bas : 6.30 pmMasa berlalu : 35 minit (masa untuk berjalan dari rumah ke perhentian bas)Masa Ali dan bapanya mula bergerak dari rumah : 5.55 pm.Mereka harus mengambil bas pada 6.30 pm dan meninggalkan rumah pada 5.55 pm.
Langkah 4 : semak semula
Gerak dari rumah : 5.55 pmMasa dari rumah ke perhentian bas : 35 minitSampai ke perhentian bas : 6.30 pmSampai ke kelab : 7.02 pmJawapan : 6.30 pm- 35 minit = 5.55 pm
PENYELESAIAN MASALAHBekerja Ke Belakang
Langkah 1: memahami masalah
Ali dan bapanya mahu bermain bola keranjang pada pukul 7.30 pm.Dia dan bapanya mahu menaiki bas dan mereka harus sampai di Kelab Athletic sebelum 7.30 pm. Pukul berapakah Ali dan bapanya harus menaiki bas untuk sampai sebelum 7.30 pm.
Langkah 2 : merancang strategi
Strategi yang berkemungkinan :
Teka dan uji Algebra
Langkah 3 : melaksanakan strategi
Mengambil kira semua waktu perjalanan bas dari perhentian kajang ke Kelab Athletic. (3.00 pm / 6.30 pm / 7.00 pm).Mencari waktu yang sesuai supaya dapat sampai ke kelab sebelum 7.30 pm (6.30 pm).Memastikan bila harus bertolak dari rumah supaya dapat sampai ke perhentian bas sebelum bas bertolak (6.30pm – 35 minit = 5.55pm)
Langkah 4 : semak semula
Jika bertolak dari rumah pada 5.55 pm, ali dan bapanya akan sampai ke perhentian bas pada pukul 6.30 pm Ketika 6.30 pm bas akan bertolak ke perpustakaan negeri dan akan sampai ke Kelab Athletic pada pukul 7.02 pm Maka ali dan bapanya akan sempat sampai sebelum 7.30 pm
PENYELESAIAN MASALAHTEKA DAN UJI
SOALAN 4MELUKIS GAMBAR
RAJAH
MEMBUAT JADUALMEMBUAT JADUAL
SOALAN 4
Cikgu Adam ada 176 batang pensel.Dia memberi 26 batang pensel kepada
Kamil.Baki pensel itu dibahagikan secara sama banyak kepada Rose, Kim Tan,
dan Lydia.Tentukan bilangan pensel yang diterima oleh Rose.
Langkah 1 :
Memahami Masalah
Cikgu Adam ada 176 batang pensel.
26 batang pensel diberikan kepada
Kamil.
Selebihnya dibahagiakan sama rata
kepada Rose, Kim Tan, dan Lydia.
Tentukan bilangan bilangan pensel yang
diberikan kepada Rose.
Langkah 2 : Merancang
Strategi
26 batang pensel ditolak daripada 176 batang pensel
Cikgu Adam.
Tentukan baki yang dibahagikan sama rata kepada
Rose, Kim Tan, dan Lydia.
PENYELESAIAN MASALAHSTRATEGI MELUKIS GAMBAR RAJAH
Cikgu Adam 176 batang pensel
Kamil 26 batang pensel
Baki 150 batang pensel
Rose = 50 batang pensel
Kim Tan = 50 batang pensel
Lydia = 50 batang pensel
Langkah 3 : Melaksanakan Strategi
Daripada gambar rajah di atas, 176 batang pensel Cikgu
Adam telah ditolak sebanyak 26 batang pensel dan
diberikan kepada Kamil.
Selebihnya sebanyak 150 batang pensel dan dibahagiakan
kepada 3 bahagian untuk diberikan kepada Rose, Kim Tam
dan Lydia.
Setiap orang memperoleh sebanyak 50 batang pensel.
Pengiraan :
176 – 26 = 150150 ÷ 3 = 50
Langkah 4 : Semak Semula
50 × 3 = 150
150 + 26 = 176
Jawapan : Rose mendapat 50 batang pensel.
Langkah 1 : Memahami Masalah
Cikgu Adam ada 176 batang pensel.
26 batang pensel diberikan kepada Kamil.
Selebihnya dibahagiakan sama rata kepada
Rose, Kim Tan dan Lydia.
Tentukan bilangan pensel yang diberikan
kepada Rose.
PENYELESAIAN MASALAHSTRATEGI MEMBUAT JADUAL
Langkah 2 : Merancang strategi
Kamil mendapat sebanyak 26 batang pensel
daripada Cikgu Adam.
Rose, Kim Tan, Lydia diletakkan x sebagai
simbol untuk mempermudahkan penyelesaian.
Langkah 3 : Melaksanakan Strategi
Cara pengiraan :
26 + x + x + x = 176
176 – 26 = x + x + x
150 = x + x + x
150 = 3x
150 ÷ 3 = x
50 = x
Langkah 4 : Semak Semula
50 = x
150 ÷ 3 = x
150 = 3x
150 = x + x + x
176 – 26 = x + x + x
26 + x + x + x = 176
JAWAPAN : X = 50 batang pensel, Rose mendapat
50 batang pensel.
Disediakan Oleh :
NURHIDAYAH RAMLI