strategi pengajaran & pembelajaran kursus kajian tindakan untuk guru pelatih oleh siti fatimah...

8
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS KAJIAN TINDAKAN UNTUK GURU PELATIH Siti Fatimah Mohd. Yassin Halimah Harun Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak: Kajian tindakan adalah penting untuk penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah. Justeru, ia merupakan salah satu kursus asas dalam program pendidikan guru. Dengan itu, satu kajian tindakan dijalankan untuk menambahbaik strategi P&P kursus Kajian Tindakan dalam Pendidikan untuk guruguru pelatih program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Dalam kitaran pertama, didapati guruguru pelatih sukar untuk memahami kajian tindakan kerana mereka telah terbiasa dengan pendekatan kajian lain seperti kajian tinjauan semasa belajar di peringkat sarjana muda. Untuk memahami pelaksanaannya, pengintegrasian kurikulum dijalankan yang mana guru pelatih melaksanakan tugasan kajian tindakan dalam kursus pengajaran makro dan mikro. Seterusnya, guru pelatih melakukan kajian tindakan kolaboratif dengan rakan guru pelatih di sekolah yang sama semasa latihan mengajar dengan dimudahcara oleh pensyarah penyelia. Setelah tamat latihan mengajar guru pelatih membentangkan laporan kajian tindakan dan refleksi untuk dikongsi bersama dengan rakanrakan dari pasukan lain. Didapati strategi P&P yang digunakan memberi manfaat kepada guru pelatih. Namun, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan untuk kitaran kedua dan seterusnya. PENGENALAN Kajian tindakan telah dipelopori oleh Kurt Lewin pada tahun 1940an melalui teori perubahan, kajian tindakan dan pembelajaran tindakan. Namun, Islam telah lama meminta umatnya belajar dan melakukan kajian dengan turunnya ayat Quran mulai tahun 610 melalui surah Al ‘Alaq. Firman Allah ayat 15 bermaksud, “Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajarkan dengan perantaraan kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahui.” Firman Allah juga dalam surah AsySyam ayat 710 bermaksud, “Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya, serta mengilhamkannya jalan yang membawa kepada kejahatan dan membawanya kepada ketakwaan; sesungguhnya berjayalah/beruntunglah orang menjadikan dirinya – yang bersih – bertambahtambah bersih; dan sesungguhnya hampalah/rugilah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya.” Selain itu, kata pepatah Arab juga, “Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan rugilah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam”. Firman Allah dan pepatah ini mendasari kajian tindakan dari perspektif Islam. Kajian tindakan boleh dilakukan dalam diri sendiri (muhasabah), keluarga dan masyarakat supaya penambahbaikan dilakukan sepanjang masa. KAJIAN TINDAKAN Kajian tindakan merupakan pendekatan sistematik bermula dengan membuat refleksi terhadap amalan sedia ada, merancang tindakan, melakukan tindakan, merefleksi tindakan dan membuat penambahbaikan. Ia boleh dilakukan dalam beberapa kitaran sehingga ia mantap atau menjadi satu habit yang baik dan mantap. Kajian tindakan tidak lengkap jika tidak didokumentasi. Justeru, dapatan kajian tindakan hendaklah dilaporkan dari masa ke semasa seperti dibentangkan dalam seminar atau kolokium untuk dikongsi bersama dengan orang lain serta mendapat maklum balas (RossFisher, 2008). Laporan boleh dibuat dalam bentuk formal seperti penulisan artikel ilmiah dalam jurnal dan juga kurang formal seperti pembentangan persidangan atau kolokium.

Upload: srsfeqah

Post on 27-Jul-2015

4.473 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KURSUS KAJIAN TINDAKAN  UNTUK GURU PELATIH oleh Siti Fatimah Mohd Yassin & Halimah Harun

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS KAJIAN TINDAKAN  UNTUK GURU PELATIH 

 Siti Fatimah Mohd. Yassin 

Halimah Harun Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 

 Abstrak:  Kajian  tindakan  adalah  penting  untuk  penambahbaikan  amalan  pengajaran  dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah.  Justeru, ia merupakan salah satu kursus asas dalam program pendidikan guru.  Dengan itu, satu kajian tindakan dijalankan untuk menambahbaik strategi P&P kursus Kajian Tindakan dalam Pendidikan untuk guru‐guru pelatih program Diploma Pendidikan Lepasan  Ijazah  (DPLI).    Dalam  kitaran  pertama,  didapati  guru‐guru  pelatih  sukar  untuk memahami  kajian  tindakan  kerana mereka  telah  terbiasa dengan pendekatan  kajian  lain  seperti kajian  tinjauan  semasa  belajar  di  peringkat  sarjana muda.   Untuk memahami  pelaksanaannya, pengintegrasian  kurikulum  dijalankan  yang  mana  guru  pelatih  melaksanakan  tugasan  kajian tindakan dalam kursus pengajaran makro dan mikro.   Seterusnya, guru pelatih melakukan kajian tindakan kolaboratif dengan  rakan guru pelatih di  sekolah yang  sama  semasa  latihan mengajar dengan  dimudahcara  oleh  pensyarah  penyelia.  Setelah  tamat  latihan  mengajar  guru  pelatih membentangkan laporan kajian tindakan dan refleksi untuk dikongsi bersama dengan rakan‐rakan dari pasukan  lain. Didapati strategi P&P yang digunakan memberi manfaat kepada guru pelatih.  Namun, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan untuk kitaran kedua dan seterusnya.  

PENGENALAN  Kajian  tindakan  telah dipelopori  oleh Kurt Lewin pada  tahun  1940an melalui  teori perubahan,  kajian tindakan  dan  pembelajaran  tindakan.    Namun,  Islam  telah  lama  meminta  umatnya  belajar  dan melakukan kajian dengan turunnya ayat Quran mulai tahun 610 melalui  surah Al  ‘Alaq. Firman Allah   ayat 1‐5 bermaksud, “Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal  darah.  Bacalah,  dengan  Tuhanmulah  Yang Maha  Pemurah,  Yang mengajarkan  dengan  perantaraan kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang  tidak diketahui.”   Firman Allah  juga dalam surah Asy‐Syam ayat  7‐10  bermaksud,  “Demi  diri manusia  dan Yang menyempurnakan  kejadiannya,  serta mengilhamkannya jalan  yang  membawa  kepada  kejahatan  dan  membawanya  kepada  ketakwaan;  sesungguhnya berjayalah/beruntunglah orang menjadikan dirinya – yang bersih – bertambah‐tambah bersih; dan sesungguhnya hampalah/rugilah orang yang menjadikan dirinya – yang  sedia bersih –  itu  susut dan  terbenam kebersihannya.”  Selain itu, kata pepatah Arab  juga, “Beruntunglah orang yang hari  ini  lebih baik dari semalam, rugilah orang yang  sama  keadaannya  hari  ini  dengan  semalam  dan  rugilah  orang  yang  hari  ini  lebih  teruk  dari  semalam”.  Firman Allah dan pepatah  ini mendasari kajian  tindakan dari perspektif  Islam.   Kajian  tindakan boleh dilakukan dalam diri sendiri (muhasabah), keluarga dan masyarakat supaya penambahbaikan dilakukan sepanjang masa.   KAJIAN TINDAKAN  Kajian tindakan merupakan pendekatan sistematik  bermula dengan membuat refleksi terhadap amalan sedia  ada,  merancang  tindakan,  melakukan  tindakan,  merefleksi  tindakan  dan  membuat penambahbaikan.    Ia  boleh dilakukan dalam  beberapa  kitaran  sehingga  ia mantap  atau menjadi  satu habit yang baik dan mantap. Kajian  tindakan  tidak  lengkap  jika  tidak didokumentasi.  Justeru, dapatan kajian  tindakan hendaklah dilaporkan dari masa ke  semasa  seperti dibentangkan dalam  seminar  atau kolokium untuk dikongsi bersama dengan orang lain serta mendapat maklum balas (Ross‐Fisher, 2008).  Laporan boleh dibuat dalam bentuk formal seperti penulisan artikel ilmiah dalam jurnal dan juga kurang formal seperti pembentangan persidangan atau kolokium. 

Page 2: STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KURSUS KAJIAN TINDAKAN  UNTUK GURU PELATIH oleh Siti Fatimah Mohd Yassin & Halimah Harun

Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/  848 Ramai yang keliru dengan kajian  tindakan dengan  reka bentuk kajian  lain.   Menurut Schmuck  (2008), keliruan  sering  timbul dengan  kajian  eksperimental dan  lain‐lain  reka  bentuk  kajian. Kajian  tindakan seharusnya dilihat sebagai  intervensi yang boleh dibuat penambahbaikan dari masa ke  semasa hingga mantap.  Manakala  kajian  eksperimental  adalah  melihat  keberkesan  intervensi  dan  tidak  ada penambahbaikan  ke  atasnya.    Sepatutnya  sebelum  melakukan  kajian  eksperimental,  sewajar  kajian tindakan dilakukan untuk mendapatkan intervensi yang mantap.  Ia ada kerana kesan ketidakmantapan kepada intervensi boleh mengakibatkan kajian eksperimental itu tidak mendapat hasil yang diharapkan.      Kajian  tindakan boleh dilaksanakan dalam dua bentuk projek  iaitu  secara  ilmiah/akademik dan secara projek teras untuk melaporkan kepada organisasi seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.  Dalam projek  ilmiah/akademik ini, biasanya dilakukan bagi tujuan untuk menyempurnakan syarat pengijazahan sama ada  di  peringkat  sarjanamuda,  sarjana  dan  doktor  falsafah.  Ia  juga  melibatkan  pembentangan  atau peperiksaan lisan dan penulisan artikel ilmiah. Ia juga melibatkan proses membuat sorotan literatur yang mendalam  dan menyeluruh. Manakala,  sebagai  projek  teras,  cara  yang  sama masih  dilakukan  tetapi laporan tidak seilmiah untuk projek akademik dan penulisan artikel ilmiah. Namun, di sekolah sewajar projek teras boleh dilaksanakan.  Kajian tindakan di sekolah juga tidaklah terlalu formal. Menurut Ross‐Fisher  (2008),  pentadbir  dan  guru di  sekolah  perlu melihat  kajian  tindakan  sebagai  pendekatan  yang mesra‐pengguna  dan  praktikal.  Ia    bagi menggalakkan  guru membuat  penyelidikan  dan  seterusnya membudayakan kajian tindakan sebagai salah satu aktiviti dalam profesion perguruan. 

  

4 refleksi1 rancang

2 tindakan

3 pemerhatian/pemantauan

Bab 3 kumpul

dananalisis

data

Bab 1PenyataanMasalahBab 2 SorotanLiteratur

Bab 4 DapatanKajian

Bab 5 sumbangan kepadabidang pengetahuan

Projek teras untukmelaporkan hasilkepadasekolah/organisasi

Projek akademik danpenulisan artikel ilmiah

  

Rajah 1. Pelaksanan Kajian Tindakan  Dalam    pendidikan,  guru  perlu  melakukan  kajian  tindakan  dalam  bilik  darjah  untuk  menambah pengetahuan dan melaku penambahbaikan  terhadap  sesuatu  amalan.    Ia  juga merupakan  satu proses pengembangan  profesional  keguruan  itu  sendiri  dalam  meningkatkan  kualiti  P&P.  Bagi  guru‐guru pelatih dan guru novis, kajian  tindakan amat dituntut untuk mempraktikkan teori yang dipelajari dalam program pendidikan guru.   Selain itu, guru‐guru yang telah berpengalaman mengajar di sekolah, boleh mengemukakan  kaedah‐kaedah  atau  teori  baru  berdasarkan pengalaman dan  amalan  yang dilakukan dalam bilik darjah. Hasil kajian   oleh guru berpengalaman dan pakar boleh diterbitkan dan dijadikan panduan  oleh  guru  lain  terutamanya  guru  pelatih  dan  novis. Konsep  perkongsian  ilmu  adalah  amat dituntut dalam profesion perguruan.  

848

Page 3: STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KURSUS KAJIAN TINDAKAN  UNTUK GURU PELATIH oleh Siti Fatimah Mohd Yassin & Halimah Harun

Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/  849 Pada asasnya kajian  tindakan dalam pendidikan boleh dilakukan di bilik darjah oleh  individu guru.  Ia fokus kepada satu  isu dalam bilik darjah. Sebagai contoh untuk mendapatkan penyelesaian berkenaan dengan masalah pengurusan bilik darjah; penambahbaikan strategi pengajaran digunakan oleh guru dan pembelajaran  pelajar.  Kajian  tindakan  di  bilik  darjah  juga  boleh  dilakukan  ke  atas  seorang  individu (Ross‐Fisher, 2008). Kajian tindakan kolaboratif juga boleh dilakukan di bilik darjah. Ia melibatkan lebih daripada  dua  guru  sama  ada  dalam  bidang  yang  sama,  guru‐guru  dalam  pelbagai  subjek  untuk melakukan pengintegrasian kurikulum; dan guru‐guru dengan pihak  luar seperti pensyarah universiti. Fokus utama  ialah   kepada  satu  isu dalam  satu bilik darjah atau  satu masalah yang  sama dalam bilik darjah yang berlainan. Kajian tindakan  juga boleh dilakukan di peringkat sekolah (organisasi). Ia fokus kepada isu yang sama dalam satu sekolah. Sebagai contoh program intervensi untuk mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar dan program suka belajar  bagi pelajar yang tidak berminat untuk belajar di  sekolah.    Jika  sekolah  melakukan  kajian  tindakan  untuk  mengatasi  masalah‐masalah  berkenaan, dijangka pelajar bermasalah ingin belajar dan mereka tidak terlibat dengan gejala sosial di luar sekolah.  Seterusnya, kajian tindakan untuk peringkat daerah juga boleh dilaksanakan.  Pengetua atau guru besar boleh membincangkan isu dan masalah yang sama yang berlaku di sekolah‐sekolah dalam satu daerah.  Kajian tindakan di peringkat daerah ini memerlukan komitmen pihak pengurusan sekolah.  PERNYATAAN MASALAH     Menyedari betapa pentingnya kajian  tindakan dalam pendidikan, maka  ia dijadikan  salah  satu kursus asas untuk program DPLI di  institusi pengajian  tinggi awam  (IPTA). Berdasarkan pengalaman penulis sebagai  penyelia  projek  penyelidikan  pelajar,  latihan mengajar di  sekolah  dan  tenaga  pengajar  untuk kursus  ini,  serta  penyelaras  program    DPLI  didapati  guru‐guru  pelatih  tidak  dapat  memahami melaksanakan  kajian  tindakan.  Pepatah  Cina  ada  menyatakan,  “Saya  dengar …  dan    saya  lupa;  saya lihat…dan saya ingat; saya buat…dan saya faham”. Justeru, kursus yang dilaksanakan selama 12 minggu ini perlu dibuat penambahbaikan dari segi strategi P&P agar guru pelatih selepas mempelajari teori kajian tindakan, maka mereka perlu melaksanakan sendiri kajian tindakan bagi mendapatkan pengalaman dan kemahiran.   Kursus  ini  juga   perlu diselaraskan dengan   Kerangka Kelayakan Malaysia  ‐ KKM (Agensi Kelayakan Malaysia 2007) yang  menekan lapan domain hasil pembelajaran iaitu:  • Pengetahuan ;  • Kemahiran  praktikal;  • Kemahiran  dan tanggungjawab sosial;  • Nilai , sikap dan profesionalisme;  • Kemahiran  komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan;  • Kemahiran  penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik;  • Kemahiran  pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat; dan  • Kemahiran  mengurus dan keusahawanan.  

  Dengan itu, satu kajian tindakan dijalankan bertujuan untuk mendapatkan strategi P&P yang berkesan untuk kursus kajian tindakan dalam pendidikan mengikut KKM.  Bagaimana kursus ini membantu guru pelatih  supaya  dapat memahami  dan mengaplikasi  pengetahuan  tentang  kajian  tindakan  dalam  bilik darjah berdasarkan KKM? Untuk menjayakan domain hasil pembelajaran KKM,  strategi pembelajaran berasaskan  masalah,  kolaboratif,  kontekstual,  eksperiensial,  bermakna  dan  aktif  boleh  dilaksanakan.  Bagaimana strategi‐strategi ini digunakan dalam pengendalian kursus kajian tindakan?    Dengan  itu,  adalah  diharap  guru  pelatih mendapat  pengalaman  dan  kemahiran menjalankan  kajian tindakan  dan  seterusnya mereka melaksanakannya  semasa menjadi  guru  novis.  Berdasarkan  sorotan literature, banyak kajian  tindakan untuk guru‐guru pelatih   di  luar negera dilakukan.   Rock dan Levin 

849

Page 4: STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KURSUS KAJIAN TINDAKAN  UNTUK GURU PELATIH oleh Siti Fatimah Mohd Yassin & Halimah Harun

Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/  850 (2002) melaksanakan kajian kes yang melibatkan lima guru pelatih melakukan kajian tindakan kolabaratif bersama dengan guru pembimbing   di  sekolah. Dalam kajian  tersebut guru pelatih dimudahcara oleh guru pembimbing untuk mengembangkan kemahiran proses inkuiri, penyelesaian masalah, refleksi dan kolaborasi.     Chant, Heafner  dan  Bennett  (2004) mengkaji  bagaimana  guru  pelatih melakukan  kajian tindakan  dalam  tempoh  latihan mengajar  (program  internship).    Price  (2005)  telah melakukan  kajian untuk  melihat  pedagogi  yang  sesuai  untuk  mengajar  guru  pelatih  tentang  kajian  tindakan.    Price berpendapat bahawa guru pelatih adalah agen perubahan semasa mereka bertugas di sekolah. Dengan itu, guru pelatih yang mendapat kemahiran menjalankan kajian tindakan melalui kursus ini juga diharap menjadi agen perubahan seperti yang dinyatakan oleh Price.  METODOLOGI  Bagi  mencapai  tujuan  kajian  kajian  tindakan  kolaboratif  dilaksanakan.    Kajian  ini  dilakukan  dalam beberapa  kitaran  sehingga  kursus  ini  mantap  dari  segi  strategi  P&Pnya  mengikut  KKM.  Kajian  ini mengikut konteks program DPLI di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.  Peserta kajian adalah guru pelatih program DPLI bermula dengan kohort dua   ambilan Januari 2008. Seramai 60 guru pelatih  terlibat dalam kajian  ini.   Penulis merupakan  tenaga pengajar untuk kursus  ini dan   membuat refleksi untuk menilai kekuatan dan kelemahan stategi P&P.  Prosedur untuk proses kajian tindakan ini adalah seperti berikut:  • Mengenal  pasti  dan  merumuskan  masalah  dalam  P&P  kursus  kajian  tindakan  berdasarkan 

maklumat daripada:   a. Maklum  balas  guru pelatih  kohort pertama  ambilan  Januari  2007. Dalam  kursus  kohort 

pertama  guru  pelatih  hanya menyediakan  proposal  sahaja  sebagai  tugasan  di  samping ulasan buku.   

b. Refleksi  pengalaman penulis c. Melakukan    soroton  literatur  berkaitan  kajian‐kajian  yang  telah  dijalankan  berkaitan 

dengan pengajaran kursus kajian tindakan untuk guru pelatih.  

• Merancang  langkah‐langkah  untuk  penambahbaikan  kursus  kajian  tindakan  untuk  pelajar kohort kedua (ambilan 2008) mengikut KKM dengan mengaplikasikan strategi: a. Pembelajaran  berasaskan masalah b. Pembelajaran  kolaboratif c. Pembelajaran  kontekstual d. Pembelajaran  pengalaman (eksperiensial) e. Pembelajaran  aktif f. Pembelajaran  bermakna 

 • Merancang bagaimana penilaian hasil pembelajaran mengikut KKM • Melaksanakan kursus seperti yang  telah dirancang (2 dan 3)  • Pengumpulan dan penganalisisan data:  

a. Membuat refleksi dengan segera sebaik sahaja tamat sesi perkuliahan di atas kekuatan dan kelemahan pengendalian kursus.  

b. Mendapatkan data refleksi dari guru‐guru pelatih yang terlibat serta pendapat pensyarah penyelia dalam latihan mengajar.  

c. Menganalisis laporan projek kajian tindakan guru pelatih. d. Menganalisis data dari rakaman video persembahan pembentangan guru pelatih.  

• Merancang penambahbaikan berdasarkan maklumat dalam langkah 5 untuk dilaksanakan pada kursus kajian tindakan bagi guru pelatih kohort seterusnya (kohort ambilan 2009). 

850

Page 5: STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KURSUS KAJIAN TINDAKAN  UNTUK GURU PELATIH oleh Siti Fatimah Mohd Yassin & Halimah Harun

Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/  851 • Ulang semula langkah 4 untuk kitaran seterusnya. • Menyebarkan maklumat hasil kajian melalui pembentangan di seminar dari masa ke semasa  DAPATAN KAJIAN  Laporan  ini  mengemukakan  dapatan  kajian  tindakan  untuk  kitaran  pertama.  Dapatan  kajian menunjukkan bahawa  guru‐guru pelatih mendapati kesukaran untuk memahami kajian tindakan kerana mereka  telah  terbiasa dengan pendekatan kajian  lain  seperti kajian  tinjauan dan eksperimental  semasa belajar di peringkat  sarjana muda.  Selain  itu, guru pelatih  ini  juga  telah  terbiasa dengan mempelajari maklumat  secara  kuliah  dan  mereka  mengharapkan  pensyarah  memberi  kuliah  secara    mendalam. Walhal,  guru  pelatih  sedang  mengikuti  kursus  di  peringkat  lepasan  ijazah  yang  sepatutnya  lebih berdikari dalam mengusahakan tanggungjawab pembelajaran.  Mereka masih terikut dengan cara belajar di  peringkat  sarjanamuda  yang  berpusatkan  pensyarah dan  seterusnya mengambil  peperiksaan. Cara belajar  guru  pelatih  ini  perlu  diubah  supaya  dapat  mengikis  cara  belajar  yang  bergantung  kepada pensyarah. Justeru, cara belajar guru pelatih perlu berubah selaras dengan penetapan lapan domain hasil pembelajaran mengikut KKM (Agensi Kelayakan Malaysia 2007).  Kaedah kuliah boleh dilaksanakan mengikut domain hasil pembelajaran (i) iaitu pengetahuan dan diuji dalam peperiksaan. Selain kaedah kuliah, guru pelatih  juga diminta membuat tugasan ulasan buku dan artikel jurnal secara berpasukan (3‐4 guru pelatih dalam satu pasukan). Strategi pembelajaran kolaboratif dilaksanakan  supaya  mereka  dapat  bekerja  secara  berpasukan.  Selain  untuk  memahami  apa  yang dimaksudkan dengan kajian tindakan dan prosedur melakukannya, tugasan ini adalah untuk memupuk budaya membaca bahan‐bahan ilmiah dalam diri guru pelatih. Tugasan ini juga membantu guru pelatih untuk  mendapat    maklumat  dari  pelbagai  sumber  secara  elektronik  dan  bukan  elektronik  untuk melaksanakan kajian tindakan secara praktikal. Kelemahan pelajar juga dikesan dalam usaha pencarían, memilih,  menilai  dan  mempelajari  maklumat  dari  pangkalan  data  penyelidikan  dan  juga  membaca artikel  ilmiah.    Kelemahan  ketara  ialah  guru‐guru  pelatih memberitahu      kurang  keupayaan  dalam bahasa  Inggeris  dan mereka  sukar memahami  bahan  bacaan  tugasan  ulasan  buku  dan  artikel  ilmiah jurnal. Mereka terpaksa menterjemah dengan menggunakan kamus Inggeris‐Melayu.  Akibatnya mereka tidak memahami apa yang dibaca dengan  jelas kerana konteks  terjermahan adalah berlainan.       Dalam kitaran pertama ini,  latar belakang pengajian mereka di peringkat sarjanamuda tidak melibatkan banyak membaca buku‐buku dalam bahasa  Inggeris. Cara   mereka belajar pula  telah sebati dalam diri mereka iaitu  bergantung  kepada maklumat  yang  dipindahkan  oleh  pensyarah  kepada mereka  seperti mana mereka belajar  di peringkat sarjanamuda.     Justeru, mereka amat bergantung kepada pensyarah untuk memahami kajian tindakan melalui kuliah. Sedangkan pensyarah mempunyai pandangan berbeza untuk mengikis cara belajar bergantung atau berpusatkan  pensyarah kepada pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu belajar secara kendiri dan kolaborasi  untuk membina pengetahuan. Ia juga selaras dengan domain hasil pembelajaran KKM yang ditekankan pelaksanaannya dalam semua program mulai tahun 2007.    Terdapat  beberapa  pelajar  telah  gagal dalam  kursus  ini  dan  diberi  peluang  untuk memperbaiki  gred dengan melaksanakan  tugasan  tambahan  iaitu   mencari, memilih, menilai dan mempelajari  tiga  jurnal berkaitan dengan kajian tindakan secara individu. Tugasan ini meminta pelajar mendapatkan tiga jurnal dan  melakukan  perbandingan  cara  pelaksanaan  kajian  tindakan  yang  dikemukakan  dalam  jurnal berkenaan. Maklumbalas  dari  guru  pelatih  yang  terlibat  didapati  apabila melakukan  tugasan  secara individu  dalam  keadaan  terpaksa  akibat  kegagalan,  mereka  lebih  memahami  apabila  membuat perbandingan  prosedur  kajian  tindakan  yang  dikemukakan  dalam  jurnal‐jurnal  berkenaan   Mereka mengakui  tugasan secara berpasukan  tidak berkesan dalam diri mereka, kerana sudah  terbiasa dengan tugasan secara individu di peringkat sarjanamuda dan sekolah.  Melalui tugasan pencarían jurnal dalam talian  melalui  pangkalan  data  penyelidikan,  didapati  guru  pelatih  kurang  mahir  strategi  mencari, 

851

Page 6: STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KURSUS KAJIAN TINDAKAN  UNTUK GURU PELATIH oleh Siti Fatimah Mohd Yassin & Halimah Harun

Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/  852 memilih, menilai dan mempelajari  artikel  jurnal  ilmiah dalam  talian. Mereka  juga  tidak yakin dengan jurnal‐jurnal yang dipilih adakah sesuai untuk dijadikan tugasan. Kelemahan ketara guru pelatih adalah dari  segi kemahiran berfikir  secara kritis.  Justeru, untuk kitaran  seterusnya,  tugasan ulasan buku dan jurnal ini perlu dilakukan oleh guru pelatih secara individu supaya mereka dapat membina pengetahuan dari bahan‐bahan yang dibaca. Guru pelatih juga perlu diajar strategi yang betul untuk mencari, memilih, menilai dan mempelajari maklumat. Selepas  itu, mereka berkongsi pengetahuan semasa bekerja dalam pasukan.  Pengetahuan  sahaja  tidak mencukupi, maka  ia perlu dimanifestasikan melalui hasil pembelajaran  lain. Tanpa  melakuan  sendiri  kajian  tindakan,  guru  pelatih  tidak  mendapat  pengalaman  dan  kemahiran melaksanakannya.    Untuk  melaksanakan  domain  hasil  pembelajaran  KKM  yang  lain,    strategi pembelajaran  berasaskan masalah,  kolaboratif,  kontekstual,  aktif  dan  bermakna  dilaksanakan  dalam kursus  ini.   Dalam kursus  ini, guru pelatih perlu diberi kemahiran praktikal untuk melakukan kajian tindakan    secara  kolaboratif  untuk  melihat  sejauhmana  mereka  dapat  mengaplikasikan  teori  yang dikuliahkan dan pengetahuan yang diperoleh dari  tugasan ulasan buku dan artikel  jurnal. Dengan  itu pengintegrasian  kurikulum dijalankan  yang mana guru pelatih melaksanakan projek    kajian  tindakan dalam kursus pengajaran makro dan mikro.  Guru pelatih diminta bekerja secara berpasukan  merancang dan  melaksanakan  kajian  tindakan  untuk  mendapat  pengalaman  awal  dalam  mempraktikan  kajian tindakan.   Projek kajian  tindakan yang perlu dilaksanakan  ialah  sebagai guru pelatih mereka perlu mengaplikasi strategi  dan  kaedah mengajar  serta  psikologi  pendidikan  yang  baru  dipelajari  dalam  kursus‐kursus semester sebelumnya. Mereka perlu mengemukakan kertas cadangan kajian. Berdasarkan pembentangan didapati mereka  keliru antara kajian tindakan dengan kajian tinjauan dan kajian eksprimental. Masalah ini  timbul kerana guru pelatih sudah  terbiasa dengan kajian  tinjauan melalui soal selidik yang banyak dilakukan semasa mereka membuat projek tahun akhir di peringkat sarjanamuda. Walaupun pensyarah telah menjelaskan berkali‐kali tentang perbezaan antara kedua‐duanya.    Mereka  juga  menghadapi  masalah  untuk  mengintegrasikan  ilmu‐ilmu  yang  telah  dipelajari  dalam kursus‐kursus kaedah mengajar dan psikologi pendidikan dalam konteks pengajaran mikro dan makro dengan kursus kajian tindakan dalam pendidikan untuk menjayakan projek kajian tindakan guru pelatih.  Fenomena  ini  berlaku  kerana  selama  ini mereka  telah  biasa dengan  kursus‐kursus  yang diajar  secara terpisah‐pisah.   Namun, melalui  pengintegrasian  kurikulum  ini,  guru  pelatih  perlu mengintegrasikan ilmu‐ilmu yang telah dipelajari dalam satu projek.   Selain  itu,  kemahiran  penyelesaian masalah  dalam  kalangan  guru  pelatih  juga  tidak  dapat  dikuasai.  Berdasar  temu‐bual dengan guru pelatih, mereka menyedari akan kelemahan diri mereka yang selama ini tidak mengendahkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam proses pembelajaran mereka.  Tabiat belajar untuk peperiksaan masih menebal dalam diri guru pelatih. Justeru, semasa pembentangan hasil kajian mereka dalam kursus pengajaran mikro dan makro, didapati mereka  jelas tidak memahami untuk  melaksanakan  kajian  tindakan.  Mereka  memberi  alasan  bahawa  sukar  untuk  bekerja  dalam pasukan dan  tidak wujud  kesefahaman  antara  ahli dalam  pasukan  kerana  selama  ini mereka  banyak bekerja  secara  bersendiri  untuk  menyiapkan  tugasan.  Selain  itu,  mereka  mendapati  semasa  sesi pengajaran  mikro  dan  makro,  guru  pelatih  sendiri  memainkan  peranan  sebagai  murid  sekolah. Pengumpulan dan penganalisisan data tidak menggunakan sampel sebenar.  Sedangkan pensyarah telah menjelaskan bahawa kajian tindakan dalam kursus pengajaran mikro dan makro adalah sebagai projek rintis dan mendapat pengalaman awal dalam melaksanakan kajian tindakan. Dengan itu, kelemahan ini perlu diatasi dengan memberi mereka pengalaman dalam konteks sebenar.    Justeru, guru pelatih perlu 

852

Page 7: STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KURSUS KAJIAN TINDAKAN  UNTUK GURU PELATIH oleh Siti Fatimah Mohd Yassin & Halimah Harun

Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/  853 melakukan  kajian  tindakan  di  sekolah  semasa  latihan  mengajar  dengan  dimudahcara  oleh  penyelia masing‐masing.    Guru  pelatih  berkolaborasi  dalam  satu  sekolah  untuk  menjalankan  kajian  tindakan  dalam  konteks sebenar.  Semasa  tempoh  latihan  mengajar  12  minggu  di  sekolah,  mereka  perlu  mengemukakan perancangan  kajian  tindakan    dalam  tempoh  empat  minggu  pertama  di  sekolah  kepada  pensyarah penyelia  masing‐masing.  Tempoh  masa    ini  diberi  kerana  mengambil  kira  untuk  guru  pelatih membiasakan diri dengan iklim dan budaya sekolah serta murid.  Seterusnya, empat minggu lagi kajian tindakan  dilaksanakan  dengan  pengumpalan  dan  penganalisisan  data.  Empat  minggu  terakhir  di sekolah, mereka menyiapkan laporan dan persediaan pembentangan dalam kolokium DPLI di fakulti.    Semasa di kolokium, mereka membentangkan hasil kajian mereka dan melaporkan dalam bentuk artikel kertas  seminar.   Pembentangan di depan pensyarah penyelia dan  rakan‐rakan yang  lain    adalah bagi tujuan mendapat maklumbalas  dan  perkongsian  pengalaman  dan  pengetahuan. Dalam  kolokium  ini, setiap  sesi dikendalikan oleh guru pelatih  sebagai pengerusi  sesi dan  ia memberi pengalaman kepada mereka dalam kemahiran komunikasi. Berdasarkan data video yang dianalisis dan perbincangan dengan guru pelatih dan pensyarah penyelia, didapati sesi pembentangan ini amat manfaat kepada guru pelatih. Penilaian kepada projek kajian tindakan ini dilakukan dan gabungkan dengan markah latihan mengajar di  sekolah.  Namun  pada  kitaran  berikutnya,  penilaian  untuk  kursus  ini  perlu  diperbaiki  dengan membina  rubrik  terperinci  analitikal  sebagai  panduan  kepada  pelajar.    Pelajar  juga  perlu  disedarkan tentang hasil pembelajaran mengikut KKM.   Pada kitaran pertama  ini, kolokium diuruskan oleh penyelaras program  tanpa penglibatan  awal guru pelatih.  Namun, semasa   kolokium  ia dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar.  Pada kitaran kedua dan seterusnya,  kolokium  ini  akan  dilakukan  sepenuhnya  oleh  pelajar  sebagai  memberi  pengalaman tambahan  dalam  mengorganisasi  persidangan.  Justeru,  pembentukan  jawatankuasa  kolokium  perlu dilakukan  di  awal  semester  pertama  untuk  ambilan  kohort  ketiga  (ambilan  Januari  2009).  Kaedah penilaian untuk kursus kajian tindakan ini perlulah merangkumi semua aspek termasuk kolokium.  Oleh yang demikian, pemberian gred atau markah perlu ditangguhkan sehingga mereka selesai membentang kajian tindakan dalam kolokium selepas tamat latihan mengajar.   Secara  keseluruhannya,  guru  pelatih  berpendapat  kursus  kajian  tindakan  ini  sungguh  mencabar keupayaan mereka.  Tugasan yang diberi dianggap sebagai bebanan.  Namun, di pihak pensyarah pula, memang  kursus  ini mencabar  untuk  dikendalikan  kerana  ingin memastikan  guru  pelatih mendapat pengalaman melakukan  kajian  tindakan  semasa  dalam  tempoh  latihan  keguruan  lagi.   Cabaran  yang dihadapi dari aspek merubah cara belajar guru pelatih dan memberikan pengalaman melakukan kajian tindakan.    Namun,  hasil  pembelajaran  mengikut  KKM  membantu  pensyarah    untuk  melakukan perubahan dalam  strategi P&P kursus  ini.   Projek kajian  tindakan yang diberikan  juga  sesuai dengan tahap pengajian di peringkat pengajian DPLI. Walau bagaimanapun, guru pelatih menyedari bahawa jika tidak melakukan sendiri kajian tindakan, pastikan mereka tidak mendapat pengalaman.  KESIMPULAN 

 Dari  pengalaman  pada  kitaran  pertama  ini,  jelaslah  guru  pelatih  perlu  disedarkan  akan  hasil pembelajaran mengikut KKM  supaya mereka  lebih  serius mempelajari  kursus  kajian  tindakan  dalam pendidikan dan juga kursus‐kursus  yang lain berpusatkan pelajar. Hakikat bahawa mereka telah sebati dengan cara belajar yang  lama sebelum KKM diperkenalkan perlu diterima oleh pensyarah‐pensyarah. Bagi merubah tabiat belajar untuk peperiksaan semata‐mata dan bergantung kepada nota pensyarah, ia memerlukan  tindakan drastik dan  strategik.    Jika  tidak, guru pelatih  akan  terbawa‐bawa dengan  cara 

853

Page 8: STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KURSUS KAJIAN TINDAKAN  UNTUK GURU PELATIH oleh Siti Fatimah Mohd Yassin & Halimah Harun

Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke‐4 2009/  854 belajar    untuk  peperiksaan  semasa  mereka  menjalani  latihan  mengajar  dan  menjadi  guru  novis.  Sedangkan  ilmu keguruan yang dipelajari perlu digunakan di bilik darjah. Di sekolah pula, sepatutnya pembelajaran  berpusatkan murid  dilaksanakan  seperti  yang  digariskan  dalam  Kurikulum  Bersepadu Sekolah Menengah dan Sekolah Bestari.   Pada kitaran seterusnya untuk kohort kedua guru pelatih diharap strategi P&P  ini dapat dilaksanakan dengan  lebih baik.   Satu kajian mendalam ke  atas beberapa guru pelatih  seperti yang dilakukan oleh Rock dan Levin  (2002)  serta   Price  (2005) boleh dijalankan untuk memahami dengan  lebih mendalam bagaimana guru pelatih membina pengetahuan tentang pelaksanaan kajian tindakan dan apakah kesan pada  diri  mereka  semasa  melakukan  projek  kajian  tindakan.  Selain  itu,  satu  kajian  susulan  boleh dilaksanakan untuk mengenalpasti adakah guru‐guru pelatih yang telah melakukan kajian tindakan ini mengamalkannya semasa mereka menjadi guru novis.    RUJUKAN  Agensi Kelayakan Malaysia. (2007). Kerangka Kelayakan Malaysia. [atas talian]. 

http://www.lan.gov.my/kerangka_FA.pdf   [2009, Februari 16] Chant, R. H, Heafner, T. L. & Bennett, K.R. (2004). Connecting Personal Theorizing and Action Research in Preservice 

Teacher Development.  Teacher Eucation Quaterly. Summer 31(3). 25‐42. Price, J. N. (2005). Preservice Teachers Becoming Agents of Change Pedagogical Implications for Action Research.  

Journal of Teacher Education, 56(1), 57‐72 Rock, T. C & Levin, B.B. (2002). Collaborative Action Research Projects: Enhancing Preservice Teacher Development 

in Professional Development Schools. Teacher Eucation Quaterly. Winter 29(1). 7‐21.  Ross‐Fisher, R. (2008). Action Research to Improve Teaching and learning. Kappa Delta Pi Record. 44(4). 160‐164 Schmuck, R. A. (2008). Practical Action Research: A Collection of Articles. Thousand Oak, CA: Corwin Press.     

854