citu assignment - tafsiran surah yassin

22

Click here to load reader

Upload: robin-van-daus

Post on 31-Oct-2015

377 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: CiTU Assignment - Tafsiran Surah Yassin

ASAS ASAS PRINSIP ISLAM(CiTU)

Tajuk : Terjemahan Surah Yaasin Ayat 67-69

Pensyarah : Ustaz Hisam Bin Satari

Kelas : BM111 2A

NAMA ID PELAJAR

MOHD FIRDAUS BIN AZIZ 2011792509

MUHD NABIL BIN JAMALUDDIN 2011908121

AHMAD MUHD NAZRIN BIN KAMSUL 2011916423

MUHD RIDZUAN BIN LATIF 2011342563

Page 2: CiTU Assignment - Tafsiran Surah Yassin

ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

Muqaddimah 2

Penghargaan 3

Kajian dan Pentafsiran :

- Surah Yasin Ayat 67

- Surah Yasin Ayat 68

- Surah Yasin Ayat 69

4

10

13

Penutup 15

Rujukan 16

MUQADDIMAH1

Page 3: CiTU Assignment - Tafsiran Surah Yassin

SURAH YASIN AYAT 66 – 69

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani. Segala

puji hanya bagi Allah S.W.T, Tuhan yang mencipta sekalian alam. Selawat dan

salam diucapkan ke atas nabi junjungan, Nabi Muhammad S.A.W. serta ahlul bait

dan sahabat sekalian.

Surah Yasin merupakan surah yang ke-36 daripada 114 surah yang terdapat

dalam al-Quranul-karim. Surah ini mengandungi 83 ayat, yang semuanya diturunkan

ketika Nabi Muhammad S.A.W. berada di Mekah, kecuali ayat yang ke-12, yang

diturunkan di Madinah selepas Baginda berhijrah ke sana.

Antara tujuan Allah menurunkan surah Yasin adalah untuk menambahkan

keyakinan dan semangat baginda Rasulullah S.A.W. terhadap perjuangannya yang

suci itu, khususnya ketika keadaan menjadi semakin mencabar akibat halangan dan

tentangan kaum Quraisy terhadapnya kian memuncak dan semakin ganas. Selain

itu, tujuan surah ini diturunkan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan umat

Islam sendiri tentang akidah tauhid, tentang sejarah perjuangan para anbiya’ dan

para pengikut mereka yang beriman dan taat, dan juga tentang fenomena-fenomena

alam semesta yang maha luas ini, khususnya alam ghaib yang amat kompleks itu.

Ini penting kerana pada peringkat permulaan wahyu diturunkan, manusia sangat

cetek dan sikit sekali ilmu pengetahuannya terhadap agama, akhlak dan taqwa.

Surah ini mengandungi beberapa fasa. Fasa kelima terdiri daripada ayat ke-45

hingga ayat ke-68. Dalam fasa ini, Allah menceritakan kisah hari kiamat,

kebangkitan semula manusia daripada kubur, mahsyar, syurga dan neraka, serta

keadaan penghuni di dalamnya. Tujuannya supaya manusia sedar bahawa hakikat

kehidupan yang mesti dilaluinya adalah dalam dua peringkat, iaitu di dunia dan di

akhirat. Kehidupan di dunia adalah untuk beramal dan beribadat kepada Allah

S.W.T, manakala kehidupan di akhirat pula adalah untuk menerima ganjaran dan

hukuman daripada setiap amalan yang dilakukan.

PENGHARGAAN2

Page 4: CiTU Assignment - Tafsiran Surah Yassin

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T atas kelancaran

dalam menghasilkan tugasan kerja kursus ini. Dengan kesempatan ini juga, kami

ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami, Ustaz Hisam bin Satari

diatas bimbingan dan dorongan beliau sepanjang usaha kami untuk melengkapkan

folio ini. Tidak lupa juga kepada rakan – rakan yang sudi memberi pertolongan

kepada kami. Sesungguhnya jasa baik kalian tidak akan kami lupakan.

KAJIAN DAN PENTAFSIRAN3

Page 5: CiTU Assignment - Tafsiran Surah Yassin

Surah Yassin Ayat 67

Dan sekiranya Kami kehendaki, nescaya Kami menghapuskan sahaja daya

penglihatan pada mata mereka. Sekiranya Kami berbuat demikian nescaya mereka

akan terus meraba-raba untuk mencari jalan keluar, maka bagaimanakah agaknya

mereka akan dapat melihat semula?(66). Dan sekiranya Kami kehendaki , Kami juga

boleh menjadikan mereka kaku ditempat mereka, lantas mereka tidak dapat maju ke

hadapan atau mundur ke belakang (67).

Penjelasan:

Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah boleh membantu rasul-Nya mencapai

kemenangan dengan cara mudah seperti mengizinkan mereka menggunakan

mu’jizat yang dikurniakan kepada mereka, dengan tujuan untuk melemahkan

musuh sama ada dalam bentuk fizikal ataupun mental. Dengan itu semua musuh

akan berasa lebih takut dan gerun untuk menentang mereka. Kejayaan yang dicapai

dengan cara itu tidak dianggap sebagai hasil perjuangan yang dituntut oleh Allah,

sebaliknya sebagai kemenangan percuma yang tidak mempunyai nilai

sama sekali disisi Allah.

Oleh yang demikian, Kami jadikan musuh yang menentang setiap nabi itu terdiri

daripada manusia dan jin yang saling bantu-membantu menggodanya. (Tetapi

yakinlah bahawa sekiranya Tuhanmu mahu terus menjagamu, nescaya mereka tidak

mampu melakukan sesuatu terhadapmu. Oleh itu, biarkanlah mereka melakukan

apa yang mereka mahu. Apa pun jaminan yang diberi oleh Allah bagi memelihara

agama-Nya namun para rasul berjuang bagi mendaulatkan agama Allah. Mereka

tetap diminta supaya mengorbankan fikiran, tenaga, harta benda, malah jiwa raga

untuk agama kerana kemenangan tidak akan dapat dicapai dengan kuasa ghaib

tanpa perjuangan.

4

Page 6: CiTU Assignment - Tafsiran Surah Yassin

Apa pun jaminan yang diberi oleh Allah bagi memelihara agama-Nya , namun para

rasul dan para dai’e wajib berjuang bagi mendaulatkan agama Allah. Mereka tetap

diminta supaya mengorbankan fikiran, tenaga, harta benda, malah jiwa raga untuk

agama kerana kemenangan tidak akan dapat dicapai dengan kuasa ghaib tanpa

perjuangan.

Beritahu mereka bahawa sekiranya mereka lebih mencintai ibu bapa, anak-anak,

saudara-mara, isteri dan keluarga mereka daripada Allah dan rasul-Nya, lalu

menghalang mereka daripada berjihad bagi membela agama, atau sekiranya

mereka takut harta benda yang telah terkumpul itu habis kerana berjihad, juga jika

mereka berasa bahawa perniagaan yangbanyak memberi keuntungan itu akan rugi

kerana berjihad, maka biarkanlah mereka berkhayal sehingga Allah menentukan

padahnya terhadap mereka. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang

fasiq. Jihad tidak boleh dilengahkan. Seseorang muslim tidak boleh menunggu saat

dan ketika yang difikirkan sesuai untuk berjihad. Malah, menangguhkan jihad untuk

membela Islam adalah menjadi kesalahan di sisi agama. Jihad boleh dilakukan

dengan apa juga cara yang termampu. Amalan jihad membela Islam wajib

ditunaikan apabila seseorang itu mencapai umur baligh. Waktu yang paling sesuai

untuk berjihad ialah ketika muda kerana seseorang itu mempunyai tenaga dan

fikiran yang kuat. Kita tidak perlu menunggu sehingga mencapai usia tua untuk

memulakan jihad, kerana tenaga dan fikiran sudah mula lemah.

Jihad tidak boleh dilengahkan. Seseorang muslim tidak boleh menunggu saat dan

ketika yang difikirkan sesuai untuk berjihad. Malah, menangguhkan jihad untuk

membela Islam adalah menjadi kesalahan di sisi agama. Jihad boleh dilakukan

dengan apa juga cara yang termampu. Amalan jihad membela Islam wajib

ditunaikan apabila seseorang itu mencapai umur baligh. Waktu yang paling sesuai

untuk berjihad ialah ketika muda kerana seseorang itu mempunyai tenaga dan

fikiran yang kuat. Kita tidak perlu menunggu sehingga mencapai usia tua untuk

memulakan jihad, kerana tenaga dan fikiran sudah mula lemah.

Mu’jizat

5

Page 7: CiTU Assignment - Tafsiran Surah Yassin

Mukjizat merupakan kejadian/kelebihan di luar akal manusia yang hanya dimiliki oleh

para rasul kurniaan dari Allah S.W.T. Sedangkan apabila ada seseorang yang

memiliki sesuatu yang luar biasa itu tidak boleh dikatakan sebagai mukjizat

melainkan karomah Kemudian ada pula istilah irhasat dan khawariq, irhasat adalah

petanda yang terjadi untuk menunjukkan tanda kelahiran seorang nabi (sebelum

kenabian). Sedangkan khawariq adalah kejadian yang terjadi dalam keadaan yang

luar biasa.[5]

Mukjizat biasanya mengenai tentangan terhadap hal-hal yang sedang menjadi ikutan

pada zaman diturunkannya mukjizat tersebut. Misalnya pada zaman Nabi Musa

A.S,ikutan yang sedang terjadi adalah ilmu sihir maka dengan mukjizat tongkat Nabi

Musa A.S ianya berubah menjadi ular besar dan mengalahkan ilmu sihir orang lain

yang ada di sekitarnya. Juga pada zaman Nabi Isa A.S, ikutan yang sedang

berkembang adalah ilmu kedoktoran dan perubatan, maka pada saat itu mukjizat Isa

adalah bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal yang merupakan puncak

daripada ilmu perubatan.

Demikian juga pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ikutan yang sedang

berkembang adalah ilmu sastera. Maka disaat itulah diturunkan Al-Quran sebagai

mukjizat Muhammad. Nabi yang pada saat itu tidak boleh membaca dan menulis

tapi boleh menunjukkan Al-Quran yang diyakini oleh umat Muslim, memiliki nilai

sastera tinggi, tidak hanya dari cara pemilihan kata-kata tapi juga kedalaman makna

yang terkandung di dalamnya sehingga Al-Quran dapat terus digunakan sebagai

rujukan hukum yang tertinggi sejak zaman masa beliau hidup hinggalah akhir

zaman.

Antara Mu’jizat yang Dimiliki oleh Para Rasul:_

1. Nabi Daud A.S memiliki suara merdu sehingga makhluk lain pun ikut bertasbih

bersamanya, sanggup berbicara dengan burung, dan berhasil

6

Page 8: CiTU Assignment - Tafsiran Surah Yassin

mengalahkan Jalut seorang pahlawan berbadan sasa dari negara Palestin,

sanggup melembutkan besi dengan tangan kosong.

2. Nabi Ibrahim A.S tidak hangus dibakar, kerana api yang membakarnya berubah

menjadi dingin.

3. Nabi Yusuf A.S memiliki ketampanan luar biasa dan mampu menafsir mimpi-

mimpi.

4. Nabi Saleh A.S berupa unta betina yang tidak boleh disembelih, sebagai hujjah

atas kaumnya

5. Nabi Yunus A.S boleh hidup di dalam perut ikan paus selama tiga hari.

6. Nabi Sulaiman A.S boleh berkomunikasi dalam bahasa haiwan, menguasai

bangsa jin dan mampu menundukkan angin, memiliki permaidani yang terbuat

dari sutera hijau dengan benang emas.

7. Nabi Musa A.S berupa tongkat,tangan, belalang, kutu, katak, darah, topan,

belahan laut, dan peristiwa-peristiwa di Bukit Thur.

8. Nabi Isa A.S berupa kemampuan menyembuhkan orang buta, menyembuhkan

penderita kusta dan menghidupkan orang mati.

9. Nabi Muhammad S.A.W berupa Isra dan Mi’raj membelah bulan  untuk

membuktikan kenabiannya terhadap orang Yahudi , bertasbihnya kerikil di

tangannya, batang kurma yang menangis, pemberitahuan Nabi Muhammad

S.A.W tentang peristiwa-peristiwa masa depan ataupun masa lampau, tetapi

mukjizat yang terbesar adalah Al-Quran.

Bentuk mukjizat

Mukjizat-mukjizat tersebut tidak lepas dari bentuk-bentuk berikut ini:

7

Page 9: CiTU Assignment - Tafsiran Surah Yassin

Ilmu, seperti pemberitahuan tentang hal-hal ghaib yang sudah terjadi ataupun

yang akan terjadi, umpamanya pengkhabaran Nabi Isa A.S kepada kaumnya

tentang apa yang mereka makan dan apa yang mereka simpan di rumah-rumah

mereka. Sebagaimana pengkhabaran Nabi Muhammad S.A.W tentang fitnah-

fitnah atau tanda-tanda hari kiamat yang bakal terjadi, seperti yang diterangkan

dalam hadits-hadits.

Kemampuan dan kekuatan, seperti mengubah tongkat menjadi ular besar, yakni

mukjizat Nabi Musa A.S yang diutuskan kepada Firaun dan kaumnya. Kemudian

penyembuhan penyakit kulit, buta, serta menghidupkan orang-orang yang sudah

mati, yang kesemuanya adalah mukjizat Nabi Isa A.S. Juga terbelahnya bulan

menjadi dua yang merupakan salah satu mukjizat Muhammad.

Kecukupan, misalnya perlindungan bagi Nabi Muhammad S.A.W dari orang-

orang yang ingin membuat jahat kepadanya. Hal ini sering terjadi, ketika di

Mekah sewaktu malam hijrah, ketika di dalam gua, lalu dalam perjalanan ke

Madinah ketika bertemu dengan Suragah bin Malik, lalu di Madinah ketika orang-

orang Yahudi ingin menculiknya dan lain-lain. Contoh-contoh ini yang diyakini

oleh umat Islam menunjukkan bahwa Allah mencukupi rasul-Nya dengan

perlindungan, sehingga tidak memerlukan perlindungan makhluk lain.

Dari tiga jenis mukjizat para nabi di atas jelaslah bahawa pada hakikatnya bertujuan

untuk membenarkan kerasulan para rasul, dengan kemampuannya melebihi

kemampuan masyarakatnya. Masyarakatnya tidak berdaya (‘ajaza) menentang para

rasul, sehingga mereka menerima kebenaran ajaran yang dibawa para rasul.

Para nabi memiliki mukjizat yang berbeza sesuai dengan keadaan masyarakatnya.

Nabi Musa A.S, kerana masyarakatnya sangat bijak dalam ilmu sihir, maka

mukjizatnya ialah kemampuan mengubah tongkat menjadi ular besar, yang mampu

menelan semua ular yang dimunculkan para penyihir Fir’aun. Nabi Isa A.S, kerana

masyarakatnya bijak dalam bidang perubatan, mukjizatnya ialah kemampuan

menyembuhkan orang buta sehingga mampu melihat kembali.

Sedangkan Muhammad, kerana masyarakatnya yang bijak dalam bidang sastera,

maka mukjizatnya ialah Al-Quran, yang melebihi sastera Arab gubahan para

sasterawan yang dianggap tidak ada yang mampu menyaingi Al-Qur’an ketika itu.

8

Page 10: CiTU Assignment - Tafsiran Surah Yassin

Bagaimana canggihnya kemampuan sasterawan Arab, namun mereka tidak mampu

(tidak berdaya) menyerupai al-Qur’an.

Surah Yassin Ayat 68

9

Page 11: CiTU Assignment - Tafsiran Surah Yassin

Dan barang siapa yang Kami panjangkan umurnya niscaya Kami kembalikan dia

kepada kejadian(Nya). Maka apakah mereka tidak memikirkan?

Penjelasan:

Kembali kepada kejadian utama di seperti di zaman azali dahulu dan kembali

menjadi lemah dan kurang akal. Umur seseorang yang semakin meningkat itu akan

menjadikan mereka lebih mirip kelakuannya seperti kanak-kanak, mereka menjadi

nyanyuk, asas-asas kehidupan perlu diingatkan setiap kali. Kehidupan adalah

diibaratkan sebagai karma ataupun roda yang akan berpusing-pusing. Allah S.W.T

Maha Berkuasa,mampu menjadikan mereka nyanyuk kepada sesiapa yang Kami

panjangkan umurnya. Kita diharuskan memohon doa agar dilanjutkan usia, tetapi

janganlah hendaknya umur yang panjang itu disia-siakan tanpa menyumbang

kepada kepentingan agama. Umur panjang yang dihabiskan hanya untuk mencari

kemewahan duniawi tanpa menyumbang kepada kepentingan agama dianggap tidak

bernilai, sebaliknya sia-sia sahaja. Apalagi jika sampai ke tahap nyanyuk. Pada

ketika itu, semua yang ada pada diri seseorang itu sudah tidak berguna lagi. Justeru,

Rasulullah S.A.W pernah berdoa:

“Ya Allah! Aku memohon perlindungan daripada mencapai

Umur tua yang boleh menyebabkan nyanyuk.”

Ayat ini memberitahu, bahawa sekiranya kita dipanjangkan umur, tabiat perihal dan

perilaku kita akan berputar kebelakang, bermaksud tingkah laku kita akan kembali

kepada anak-anak kecil sedikit demi sedikit dan perlahan demi perlahan tanpa kita

sedarinya.

Kitaran hidup manusia

10

Page 12: CiTU Assignment - Tafsiran Surah Yassin

Alam roh –> Alam rahim –> Alam dunia –> Alam barzah –> Alam akhirat

Manusia di kategori di alam rahim dan alam dunia.ketika berada di alam rahim

manusia menjalani beberapa proses dan peringkat sebelum lahir ke bumi. Antara

peringkatnya adalah :

1. NUTFAH :

iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya

bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman Allah dalam

surah al-Insan : 2 yang bermaksud :

”Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang

bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana

itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat”

2. ‘ALAQAH(segumpal darah) :

Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh .

Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding

rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman

Allah SWT yang bermaksud :

” Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”. Surah al-Mukminun : 14

3. MUDGHAH :

11

Page 13: CiTU Assignment - Tafsiran Surah Yassin

Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan

mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan

surah al-Mukminun ayat 14. Firman Allah yang bermaksud;

“lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”. Surah al-Mukminun : 14

4. IZAM DAN LAHM :

Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat

pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang

belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah

SWT di dalam Surah al-Mukminun : 14 yang bermaksud :

“Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan kemudiannya Kami

membalutkan Izam dengan daging

5. NASY’AH KHALQAN AKHAR :

Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi

berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke

peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan

sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan

uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya

untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan

tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

Surah Yasin Ayat 69

12

Page 14: CiTU Assignment - Tafsiran Surah Yassin

(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya,

dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan

kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi

penerangan;

Penjelasan:

Abad ke-7 Masihi merupakan kemuncak kemajuan peradaban Timur.Seiring dengan

itu bidang-bidang lain seperti kebudayaan dan sastera turut berkembang maju

dengan pesatnya. Perkembangan sastera Arab pada masa itu dikatakan setanding

dengan perkembangan sastera di Parsi, Rom, India dan Cina.

Perkembangan tersebut menyebabkan para sasterawan Arab disanjung tinggi dan

didewa-dewakan sebagai jaguh ulung oleh masyarakat yang bertamadun pada

waktu itu khususnya masyarakat Arab sendiri. Bagi membolehkan seseorang itu

ditabal sebagai sasterawan ulung, para budayawan menganjurkan pelbagai

pertandingan, termasuk pertandingan bersyair di Suq U’kaz pada musim haji.

Para penyair yang ingin mengambil bahagian mestilah mempunyai kelayakan yang

cukup dan berkemampuan untuk menampilkan seribu bait syair atau sajak dengan

gaya bahasa yang teratur dan isi yang padat lagi menarik. Syair atau sajak tersebut

mestilah diproklomasikan di khalayak ramai secara spontan.

Karya penyair yang berjaya disebut “al-Mua’llaqat” --Mua’llaqat”, kemudian ditulis

dengan air emas dan digantung di dinding Ka’bah sebagai bahan berharga yang

perlu ditatapi dan dipelajari oleh orang ramai. Antara tokoh penyair yang terkenal

ialah mruulqis, al-Bukhturi, Ibn Zuhair.

Syair mereka terkenal sehingga kini dan masih dipelajari oleh para pelajar dalam

bidang sastera Arab di beberapa buah university terkenal di dunia. Keindahan

13

Page 15: CiTU Assignment - Tafsiran Surah Yassin

bahasa syair yang diagung-agungkan oleh masyarakat Arab ketika itu terhakis

apabila Nabi Muhammad S.A.W membacakan ayat-ayat al-Quran. Gaya bahasanya

indah, isinya padat dan analoginya tepat lagi menarik. Tiada siapa daripada

kalangan penyair yang termasyhur di seluruh Semenanjung Tanah Arab yang

mampu menyainginya.

Oleh itu, orang yang terbuka pintu hatinya ketika mendengar kalimah-kalimah al-

Quran itu terus menerimanya sebagai kalam Tuhan sementara orang yang hatinya

terus diselubungi kekufuran menggelar baginda Rasulullah S.A.W sebagai penyair

yang menggunakan kuasa sihir untuk memukau para pendengar, Allah S.W.T

menyanggah tuduhan mereka yang mengatakan Nabi Muhammad sebagai penyair

itu dengan sekeras-kerasnya.

Watak nabi dengan watak penyair mempunyai perbezaan yang amat jauh sekali.

Ada sesetengah penyair yang dianggap agung itu mempunyai watak ganjil seolah-

olah seperti orang yang tidak siuman. Keunikannya hanya timbul ketika dia

bermadah sahaja.

Namun apa yang diketengahkan hanyalah khayalan dan cetusan rasa hatinya dalam

gaya seni yang berasaskan perkara yang dilihat dan dirasainya sahaja. Lantaran

itulah hujah-hujahnya kadangkala betul dan kadangkala salah.

Watak nabi lemah lembut, mulia dan suci. Baginda tida berbicara kecuali yang

benar. Saranannya adalah wahyu Tuhan. Oleh sebab itu, dalam ayat ke-69 di atas

Allah menyanggah dengan sekeras-kerasnya dakwaan mereka yang cuba

menyamakan Nabi Muhammad S.A.W dengan penyair-penyair yang cuba mencabar

al-Quran itu.

Nabi Muhammad terkenal sebagai seorang yang pintar dan mampu bertutur dengan

pelbagai dialek suku kaum yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab. Baginda

memang mampu menandingi semua jaguh sastera melalui syair dan sajak. Namun

begitu, dalam ayat di atas Allah menegaskan bahawa Dia tidak mengajarnya syair.

Malah Dia tidak mahu Nabi Muhammad menjadi penyair.

PENUTUP14

Page 16: CiTU Assignment - Tafsiran Surah Yassin

Kesimpulannya, surah Yasin diturunkan selepas surah Jin, iaitu selepas kembalinya

Rasulullah S.A.W dari Taif. Peristiwa di Taif sungguh menyayatkan hati baginda

kerana baginda telah dihina dan diperlekehkan oleh masyarakat di sana tanpa

perikemanusiaan. Dalam suasana yang gawat itu baginda tidak dapat berbuat apa-

apa kecuali menghadapkan mukanya kepada Allah S.W.T untuk berdoa dan merayu

agar diberi pertolongan. Sambil berdoa dan merayu, Baginda membuat pengakuan

untuk terus berjuang dengan gigih dan penuh kesabaran sehingga mendapat

penentuan daripada Allah S.W.T.

Hasil daripada doa dan rayuannya itu, Baginda telah dihiburkan oleh Allah S.W.T

dengan kedatangan sekumpulan makhluk jin untuk menerima seruanNya ketika

baginda singgah di Nakhlah semasa dalam perjalanan balik ke Mekah. Seterusnya

baginda menerima wahyu yang terkandung dalam surah ini. Wahyu yang

terkandung dalam surah Yassin ini sebanyak 83 ayat ini mengandungi banyak

pengajaran. Sekiranya dihayati sudah pasti banyak kemajuan yang dapat dicapai

dalam hidup ini kerana mesejnya sangat jelas. Antaranya ialah supaya kita dapat

memantapkan iman terhadap ajaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi

Muhammad S.A.W. Ajaran ini adalah ajaran agama Allah yang terakhir diturunkan

untuk seluruh umat manusia. Bimbingannya dapat menjamin kebahagiaan hidup

kita.

Pada umumnya, kehidupan menurut ajaran agama ini terbahagi kepada dua, iaitu

kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat. Kehidupan didunia ini merupakan

kehidupan sementara. Dalam melayari hidup di dunia ini, kita diibaratkan seperti

sebuah kapal yang sedang melayari perjalanan yang jauh. Dunia ini pula diibaratkan

seperti sebuah pelabuhan yang menjadi tempat persinggahan sementara bagi kapal

untuk mengambil bekalan minyak dan makanan yang perlu dibawa bersama untuk

meneruskan perjalanan menuju ke suatu destinasi yang masih jauh. Oleh yang

demikian, kita di gesa oleh Allah S.W.T supaya menyediakan bekalan yang

secukupnya untuk di bawa ke alam akhirat.Perjalanan menuju akhirat merupakan

perjalanan yang sangat jauh dan di luar jangkaan kita.

RUJUKAN15

Page 17: CiTU Assignment - Tafsiran Surah Yassin

BUKU ILMIAH

- Ridayh.Muhammad Nasib Ar-Rifa’i, 2000. Ringkasan Tafsir Ibnu Tatsir

(Kemudahan Dari Allah) , Maktabah Maa’rif

- sayyid quthb,. 2004. Tafsir Fi Zhilalil Quran,Darusy Syuruq, Burut

- Abdullah Basmieh Sheikh, 1980. Tafsir Pimpinan al-Rahman. Kuala Lumpur:

Jabatan Perdana Menteri.

- William K. Purves dan Gorden H. Orarians,1983. Life : The Science Of

Biology. New York: Senior Associates Inc

- The Bilingual Encyclopedia,1975. Petaling Jaya: Preston Corporation Sdn.

Bhd.

- World Book International,1991.Chicago. World Book Inc.

LAMAN SESAWANG :

http: www.kajianIslam.wordpress.com/kematian.

http://pakarhowto.com/info-berguna/rahsia-asal-kejadian-manusia-mengikut-al-

quran.html

http://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2009/12/tafsir-surah-Yaasin.pdf

16