laporan yassin perdana

Download Laporan Yassin Perdana

Post on 18-Jan-2016

38 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SK PALONG 9

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

Laporan Majlis Yassin Perdana & Solat Hajat

Peringkat SK Palong 9 (F)4 SEPTEMBER 2014Anjuran:PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & KECEMERLANGAN TAHUN 61.0 PENDAHULUAN

Majlis bacaan Yassin dan Solat hajat untuk UPSR adalah salah satu program yang dirancang untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya membantu para pelajar tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR dengan lebih tenang dan yakin. Surah Al Baqarah ayat 186 Ertinya : Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk.

Sempena peperiksaan UPSR yang bakal tiba. Pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam & kecemerlangan tahun 6 mengadakan ibadah bacaan Yasin dan solat Hajat secara besar-besaran yang melibatkan murid tahun 6, ibu bapa , penjaga, kakitangan sekolah dan guru-guru SK Palong 9. Semoga dengan usaha tersebut , Sekolah Kebangsaan Palong 9 akan terus menempa kejayaan dalam UPSR dan semua usaha warga SK Palong 9 akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Diucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang memberikan kerjasama sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sek Keb Palong 9 (F) merakamkan setinggi penghargaan kepada semua penderma sama ada dalam bentuk makanan mahupun wang ringgit. Keseluruhannya program ini mencapai matlamat.2.0 OBJEKTIFSemasa melaksanakan Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat ini, pihak sekolah telah menetap beberapa objektif yang hendak dicapai. Setelah melaksanakan program ini, kami mendapati objektif berikut telah berjaya dicapai iaitu :2.1 Mendedahkan pelajar kepada cara memohon bantuan daripada Allah S.W.T.

2.2 Memupuk rasa cinta kepada ibadah

2.3 Meningkatkan lagi ilmu dalam menjalankan solat hajat

3.0 TARIKH PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN

Tarikh

: 4 SEPTEMBER 2014 (KHAMIS MALAM JUMAAT)Tempat

: Surau SK Palong 9Masa

: 7. 00 malam 10.00 malamPakaian

: Baju Melayu & Baju Kurung4.0 AKTIVITI 4.1Bacaan Yassin & Solat Hajat Bacaan Yassin & Solat Hajat dipimpin oleh Ustaz Tuan haji Rahmat bin Yusoff. Para peserta membaca surah yassin secara tartil dan bersama-sama dengan mengikut oleh Ustaz Tuan haji Rahmat bin Yusoff . Solat hajat pada rakaat perkara membaca surah al fatihah dan ayat kursi kemudian pada rakaat ke dua para peserta membaca surah al fatihah dan surah al ikhlas. Majlis ditutup dengan bacaan doa.5.0TENTATIF PROGRAM

MASAAKTIVITI

7.00 malamKehadiran / Ketibaan VVIP

7.30 malamSolat maghrib berjemaah

8.00 malamUcapan Aluan Pengerusi Majlis

8.10 malamUcapan Guru Besar SK Palong 9

8.15 malamBacaan Yassin

8.40 malamSolat Isyak berjemaah

9.00 malamSolat Hajat

9.15 malamJamuan

10.00 malamMajlis Bersurai

6.0 JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI

Penasihat

: En. Mohd Taufik b. Awap (Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Hajah Rosna bt.Mahat (GPK 1)

N. Pengerusi 1 : Pn. Lina bt.Dollah (GPK HEM)

N. Pengerusi 2 : En. Abd Mulki b. Gaisun (GPK KO)

Setiausaha : En. Muaz bin Abd Aziz

Bendahari : Pn. Fatimah bt. Mohd TahirAhli Jawatankuasa Kerja

Persiapan Surau1. En. Mohd Aiman b. Abdol Aziz ( ketua )

2. En. Mohd Zaki b. Ismail

3. En. Mohd Fakhrulrazi b. Abd Kudus

4. Cik Nur Amanina bt. Ibrahim

5. Cik The Nur Idayu bt. Abd. GhafarBuku Program / Surat Jemputan1. Pn. Rafiha bt. Samsudin ( ketua )

2. Pn. Marhana bt. Md Noor

PA system1. En.Shamsu Ngarifin b. Abdullah ( ketua )

2. En.Mohd Zaidi b. ZinJamuan1. Pn. Fatimah bt. Mohd Tahir ( Ketua )

2. Pn. Marhana bt. Md Noor

3. Pn. Sarina bt.Salim

4. Pn. Norliza bt.Mihat

5. Pn. Cik Ayuni Hardiny bt.Yusof

6. Pn. Salmi bt. Salleh

7. Pn. Hjh. Saloma bt Hj. Abd. Razak

Disiplin1. En. Jaafar b. Karis ( Ketua )

2. En. Ahmad Fauzan b. Yaakob

3. En. Norkhairulazaddin b. Wahid

4. Pn. Noor Shalida bt. Mohd Sharif 5. En. Hairullidzam bin Berhan

Imam / bilal / solat hajat / yassin1. En.Mohd Khalis b. Abdul Rahman ( Ketua )

2. Ustaz Tuan haji Rahmat bin Yusoff 3. En. Ahmad Faisal b. Abdul Halim

4. En Muhammad Afnan bin TumiranDokumentasi / Gambar1. En. Muaz bin Abd Aziz ( Ketua )

2. En. Ahmad Fauzan b. YaakobPendaftaran

1. Pn. Nor Aini bt.Muda

2. Pn. Yusmida bt. Yunus

3. Ummi Saidatul bt. Hasaan

4. Pn. Shawaliza bt. Ali

Pengerusi Majlis1. En. Mohd Razif Irwan b. Ramli

7.0 PERBELANJAAN

7.1 SUMBER PERBELANJAAN1. Sumbangan daripada pelajar seorang : RM 10.00

34 orang x RM 340.00

: RM 340.00

2. Sumbangan kewangan dari sekolah

3. Sumbangan kewangan dari guru-guru SK Palong 9

4. Sumbangan kewangan dari perseorangan dan ibu bapa7.2 PERBELANJAANBILPERKARARM

1.

2.Jamuan RM 5.00 X 130 orang

Cenderahati ImamRM 650.00

RM 100.00

JUMLAHRM 750.00

9.0 DOKUMENTASI AKTIVITI

Rujuk Lampiran A10.0 Rumusan

Secara rumusan keseluruhan Majlis Yassin Perdana & Solat Hajat berjalan dengan lancar. Para tetamu hadir bermula 7.00 malam dan dapat solat Maghrib berjamaah, majlis bermula tepat pada masa yang dirancang. Kehadiran para peserta juga sangat baik dengan kehadiran 90 % dari pelajar, penjaga, kakitangan dan guru. Azan maghrib dilaungkan oleh En. Mohd Aiman b. Abdol Aziz dan diimamkan oleh Ustaz Tuan haji Rahmat bin Yusoff. Antara VVIP yang datang ialah en. Abd Kadir bin Ahmad Yang Dipertua PIBG SK Palong 9 ( F ).Selepas solat Maghrib majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis yaitu En. Mohd Razif Irwan b. Ramli kemudian majlis diteruskan ucapan yang disampaikan oleh guru besar SK Palong 9 . Beliau mengucapkan selamat datang dan ucapan pemberi semangat kepada pelajar-pelajar untuk menghadapi UPSR yang akan datang. Majlis Yassin Perdana & Solat Hajat dikepalai oleh Ustaz Tuan haji Rahmat bin Yusoff. Majlis berjalan baik dan lancar dengan bimbingan Ustaz Tuan haji Rahmat bin Yusoff. Majlis Yassin Perdana & Solat Hajat ditutup dengan bacaan doa oleh Ustaz Tuan haji Rahmat bin Yusoff.Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Semoga Allah membalas jasa kepada yang terlibat dan diberi kejayaan di dunia dan akhirat.Disediakan oleh

(Muaz bin Abd Aziz)Ketua Panitia Pendidikan IslamSK Palong 9 (F),

Gemas.LAMPIRAN

KEHADIRAN PESERTA

MENYAMBUT TETAMU DENGAN SENYUMAN VVIP YANG HADIRSETIA MENUNGGU TETAMUSENYUMAN TOK BILAL DAN ORANG LAMA

PENGERUSI MAJLIS

BACAAN YASSIN

BACAAN YASSIN SOLAT HAJAT

SOLAT HAJAT

DOA SEORANG GURU

TAUSIAH DARI IMAM

PENGHARGAAN KEPADA IMAM

JAMUAN