strategi pelaburan emas cut loss

5

Click here to load reader

Upload: zaidi-emas-kelantan

Post on 23-Jun-2015

162 views

Category:

Investor Relations


0 download

DESCRIPTION

Strategi pelaburan emas cut loss menjual emas pada harga rendah dari belian emas harga tinggi berpotensi untuk meraih keuntungan dalam pelaburan emas fizikal

TRANSCRIPT

Page 1: Strategi pelaburan emas cut loss

STRATEGI PELABURAN EMAS CUT LOSS

Strategi cut loss menjual emas pada harga rendah dari belian emas harga tinggi berpotensi

untuk meraih keuntungan dalam pelaburan emas fizikal.

Teknik cut loss adalah iaitu apabila kita menjual emas atau saham pada harga yang lebih

rendah dari harga belinya sehingga kita mengalami kerugian. Cut loss bermakna memotong

(cut) kerugian (loss) yang bertujuan untuk mencegah agar anda tidak mengalami kerugian

yang lebih besar. Teknik cut loss ini sebenarnya digunakan oleh pedagang matawang asing

atau saham yang mana apabila harga turun, pelabur akan mengalami kerugian setiap saat.

Contohnya dalam pelaburan mata wang asing atau forex jika pelabur buy atau beli tetapi

harga matawang turun, setiap saat wangnya akan mengalami kerugian kecuali ia telah

meletakkan stop loss. Berbeza sekali dengan pelaburan emas fizikal,walaupun harga emas

turun, pelabur tidak akan mengalami kerugian selagi tidak menjual emas tersebut. Sebab

itulah pelaburan emas fizikal melibatkan membeli jongkong emas,jongkong perak,syiling

dinar,syiling perak dirham atau barangan kemas adalah pelaburan yang selamat.

Apa kegunaan cut loss dalam pelaburan emas fizikal?

Pelaburan emas fizikal public gold adalah melibatkan pembelian emas dan mendapat emas

yang tulen di tangan pelabur. Jika pelabur emas membeli emas pada harga tinggi dan kini

harga emas rendah, bagi saya strategi terbaik adalah melakukan teknik cut loss

terhadap sebahagian dari emas anda yang memungkinkan anda mendapat keuntungan.

Strategi cut loss adalah untuk menampung kerugian dan mendapat keuntungan melalui

teknik jangka pendek atau formula one atau teknik arrahnu terutamanya jika dijangaka

harga turun dalam jangkamasa yang panjang.

Pelabur emas yang telah membeli emas pada harga tinggi, anda hanya ada dua

pilihan :

1. Menunggu harga emas naik, disini pelabur tiada apa-apa kerugian.

2. Menjual emas pada harga rendah atau teknik cut loss yang menyebabkan anda

mengalami sedikit kerugian dari segi wang tetapi tidak rugi dari segi kuantiti emas kerana

anda boleh membeli emas yang sama kini pada harga rendah.

Tujuan teknik cut loss :

1. Menambah keuntungan dengan menggunakan teknik manipulasikan emas sama ada

menggunakan teknik formula one, teknik arrahnu dan sebagainya. Penggunaan teknik

formula one beberapa kali akan member keuntungan dan menampung kerugian jualan emas

anda. Sebenarnya apabila anda menjual emas pada harga rendah,pelabur hanya kerugian

wang penurunan harga sahaja, tidak pada kuantiti emas. Contohnya pelabur emas public

Page 2: Strategi pelaburan emas cut loss

gold menjual emas 10 dinar sekarang berharga RM5500, dimana emas dinar ini dibeli

setahun lepas dengan harga tinggi iaitu RM7000. Maka ia kerugian wang RM1500, namun

dengan hasil jualan emas dan penurunan harga pelabur emas dapat membeli semula 10

dinar tersebut dengan harga rendah kini.

2. Mengaktifkan akaun dealer public gold. Dealer public gold hendaklah melakukan

transaksi jual beli sekurang-kurangnya 6 bulan sekali supaya akaun dealer aktif agar sentiasa

dapat melakukan proses pelaburan emas iaitu jual beli emas.

Harga emas tiada siapa yang dapat ramalkan. Semua bidang mempunyai risiko sama ada

perniagaan atau pelaburan. Namun begitu kerugian daripada tangan kita sendiri adalah baik

dan tiada penyesalan daripada kerugian kerana ditipu atau memasuki skim pelaburan

haram. Pengalaman dalam hidup lebih bermakna dan lebih mendewasakan kita.

Pengalaman saya berniaga, sebagai permulaan membekal ikan bilis yang saya beli di

Narathiwat,Thailand dan telah kerugian adalah perkara biasa dalam perniagaan. Dahulu

saya pernah membeli ikan bilis dan ikan kering untuk dibekalkan dikawasan saya,kerana

ingin mencuba pasaran yang lebih besar,saya telah memborong dengan banyak dan tiba-

tiba, saya masuk hospital selama dua minggu menyebabkan ikan bilis rosak dan hanya dapat

menjual sebahagiannya. Namun begitu,peniaga tidak akan menyesal atau merasai kerugian

kerana peniaga akan beralih arah kepada teknik atau produk yang lain.

Pelaburan emas public gold adalah sama seperti perniagaan, pengedar emas membeli emas

pada harga murah dan menjualnya pada harga mahal untuk mendapat keuntungan. Begitu

juga dalam pelaburan emas public gold, pada bulan September 2011 semasa harga emas

naik, saya sempat menjual sebahagian emas dan membeli balik selepas itu pada harga yang

tinggi. Jadi saya perlu teruskan pelaburan emas menggunakan teknik cut loss. Teknik cut

loss,potong harga ialah menjual emas pada harga yang lebih tinggi daripada harga belian.

Memang strategi cut loss ini rugi, tapi teknik ini mungkin akan memberikan keuntungan

apabila kita menggunakan teknik pelaburan jangka pendek. Klik lihat keuntungan

STRATEGI PELABURAN EMAS JANGKA PENDEK.

Strategi yang sepatutnya diterapkan dalam melakukan teknik cut loss :

1. Berfikir ke hadapan.

Pelabur tidak harus memikirkan nasib pelaburan dan menyesal apa yang berlaku. Setiap

orang atau peniaga tidak pernah tidak melakukan kesalahan atau rugi, kita hanya perlu

mengambil hikmah dan pelajaran atas apa yang berlaku. Anggap saya kerugian adalah

perbelanjaan pengajian atau kursus dan pengalaman adalah lebih mahal.

Pelaburan emas fizikal adalah pelaburan terbaik dan paling selamat. Pelabur tidak akan rugi

selagi tidak menjual emasnya walaupun harga rendah. Ini berbeza sekali dengan pelaburan

Page 3: Strategi pelaburan emas cut loss

saham atau pelaburan matawang asing dimana jika harga turun,pelabur akan mengalami

kerugian. Begitu juga dalam perniagaan,jika barangan perniagaan rosak seperti perniagaan

ikan bilis saya dahulu saya akan mengalami kerugian.

2. Jangan fikir panjang, lakukan segera

Harga emas sekarang adalah harga terendah, bottom line jadi lakukan cut loss sekarang.

Jangan berfikir panjang kerana tiada siapa tahu bila harga emas akan naik. Jika harga emas

naik lebih singkat ianya adalah bonus keuntungan bagi pelabur emas.

3. Fikirkan teknik lain untuk menampung kerugian dan mendapat keuntungan.

Dalam pelaburan emas fizikal public gold yang memberikan spread harga emas yang rendah

menyebabkan kita boleh menampung kerugian apabila melakukan cut loss dan mungkin

akan memberikan keuntungan yang berganda dengan menggunakan modal atau dana dari

jualan emas cut loss untuk membeli emas semula dan melakukan teknik pelaburan jangka

pendek atau formula one. Lihat STRATEGI MELABUR EMAS UNTUNG BERGANDA

Tips cut loss dalam pelaburan jongkong emas dinar :

Pelabur emas hendaklah memahami harga emas akan turun dan naik, apabila harga emas

naik ke kemuncaknya ianya akan turun. Kenaikkan atau penurunan harga emas juga

berdasarkan peristiwa atau permintaan emas dunia. Perlu membaca berita atau peristiwa

berkaitan emas di laman web dunia berkaitan emas.

Menjual dan membeli jongkong emas yang mempunyai spread yang rendah seperti gold bar

500g, gola bar 250g,gold bar 100g atau 10 dinar. Saya hanya menggunakan emas dinar 10

dinar kerana mempunyai spread yang rendah dan berharga murah.

Kaedah strategi cut loss :

Page 4: Strategi pelaburan emas cut loss

Rujuk rajah di atas untuk memahami strategi cut loss;

Pelabur emas membeli emas pada harga tinggi contohnya membeli emas dinar berharga

RM7000.

Kini harga jual emas PG BUY ialah RM5500 dimana harga beli emas PG SELL sekarang

adalah RM6000.

Jualkan emas 10 dinar anda pada harga emas rendah kini RM5500 dimana anda kerugian

RM1500. Pastikan masa hendak jual sama ada semasa harga emas tengah menurun atau

dipuncak kenaikkan harga emas. Lihat rajah bertanda Jual.

Apabila harga emas turun sikit, beli lagi emas 10 dinar tersebut dengan harga lebih kurang

RM5500 dan anda akan dapat semula emas 10 dinar yang dijualkan sebelum ini. Lihat rajah

bertandaBeli. Anda juga boleh membeli emas dengan kaedah ansuran epp easy payment

purchase jika anda mempunyai wang tambahan atau dapat membayar ansuran tersebut.

Bila harga emas naik dan telah mendapat sedikit keuntungan, terus jualkan emas tersebut

seperti teknik jangka pendek atau formula 1.

Ulangi proses jual beli ini untuk menampung kerugian dan mungkin akan memperolehi

keuntungan berganda.

Teknik pelaburan jangka pendek ini hanya sesuai untuk dealer atau pengedar emas kerana

setiap kali jual atau beli emas akan memperolehi komisen.

Ulangi proses ini akan dapat menampung kerugian dan memperolehi keuntungan berganda

dengan bermodalkan 10 dinar daripada modal kerugian cut loss.

Strategi cut loss dalam pelaburan jongkong emas amat sesuai pada harga emas rendah

sekarang atau pada harga emas lembap atau dijangkakan harga emas mengambil masa yang

panjang untuk naik semula. Teknik cut loss sesuai kepada pengedar emas atau dealer public

gold kerana memperolehi komisen setiap kali membeli emas atau menjual emas. Kini masa

sesuai menjadi dealer public gold pada masa masih lagi rendah. Klik CARA MENJADI

DEALER PUBLIC GOLD untuk tengok cara-cara menjadi dealer atau pengedar emas sah

public gold.

Tawaran dari saya yang menjadi dealer baru public gold pada bulan ogos

2013 yang menggunakan nama saya sebagai introducer MOHD ZAIDI BIN JUNUS dan

kod introducer PG001425 akan diberikan wang raya RM100 keatas disamping 1% komisen

dari syarikat public gold apabila anda membeli emas RM20,000 keatas untuk menjadi

dealer. Apabila anda telah mendaftar dan beli emas untuk menjadi dealer melalui website

atau hantar butiran anda kepada saya untuk saya daftarkan sebagai dealer baru public gold,

Page 5: Strategi pelaburan emas cut loss

sila sms/whatsapp kepada saya 019-9185593 nombor akaun maybank untuk saya transfer

wang raya dan butiran anda untuk saya promosikan pada website ini.

Kakitangan awan di beri kenaikkan gaji kakitangan awam pada bulan julai, inilah masa

sesuai untuk membuat pinjaman dan menjadi dealer public gold. Kakitangan awam atau

peniaga sentiasa membeli atau menukar barangan atau kereta baru yang susut nilai,kenapa

tidak boleh membeli atau menyimpan emas sebagai pelindung aset harta dikala harga emas

kini yang amat murah untuk masa depan. Kebiasaannya harga emas akan turun sedikit

selepas hari raya, inilah masa yang sesuai untuk membeli emas dan menjadi dealer public

gold.

Bagi anda yang belum menyimpan emas, boleh mulai membeli emas yang murah kini

dengan menjadi pelanggan public gold dengan mulai membeli emas 1 dinar yang berharga

lebih kurang RM590 atau 10 dirham perak yang berharga lebih kurang RM90 dengan

klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD dan anda juga berpeluang menjadi dealer public

gold.

Akhir sekali selamat menyambut hari raya aidilfitri 2013 maaf zahir dan batin.