strategi meningkatkan daya ingatan

9
Sebab-Sebab Lupaan Gagal mengenkod bermakna maklumat yang dicari semasa mendapatkan semula belum dikuasai (contoh, murid yang mempunyai strategi pembelajaran yang tidak berkesan) Gagal mendapatkan kembali merujuk kepada ketidakupayaan mengakses maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang (contoh, perkara yang dipelajari melalui hafazan sukar untuk mengingatkannya semula)

Upload: fiona-yong

Post on 03-Oct-2015

266 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

...

TRANSCRIPT

Strategi Meningkatkan Daya Ingatan

Sebab-Sebab LupaanGagal mengenkod bermakna maklumat yang dicari semasa mendapatkan semula belum dikuasai (contoh, murid yang mempunyai strategi pembelajaran yang tidak berkesan)Gagal mendapatkan kembali merujuk kepada ketidakupayaan mengakses maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang (contoh, perkara yang dipelajari melalui hafazan sukar untuk mengingatkannya semula)Gangguan proaktif dan gangguan retroaktif bermakna peristiwa atau maklumat lain mengganggu keberkesanan mendapatkan semula maklumat yang diperlukan. Contoh, anda belajar bahasa Inggeris diikuti dengan bahasa Jepun. Gangguan retroaktif berlaku jika anda ingat bahasa Jepun dengan baik tetapi terlupa bahasa Inggeris. Contoh gangguan proaktif: anda cuba ingatkan lapan-digit nombor telefon rumah anda tapi anda masih ingatkannya sebagai nombor tujuh-digit. Keusangan, di mana, selepas satu jangka masa yang lama maklumat menjadi semakin lemah dan akhirnya akan terus lenyap, terutama jika maklumat tersebut tidak kerap digunakan.

Tekanan-Bilamana seseorang sengaja menolak memori yang menyakitkan atau menyedihkan daripada muncul ke paras kesedaran.

MINAT Perkara yg tidak diminati oleh pelajar akan mudah dilupai oleh mereka kerana mereka tidak memberi penumpuan 100% semasa guru mengajar. Mereka juga kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan yg telah dipelajari dan ini boleh menyebabkan mereka lupa dengan mudah.

Strategi Meningkatkan Daya IngatanGuru perlu menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna dan berkaitan dengan kehidupan murid-murid.(pemahaman)Guru meningkatkan isi pembelajaran dengan menggunakan pelbagai cara iaitu daripada senang kepada susah, maujud kepada abstrak, dekat kepada jauh dan kecil kepada besar. Menggunakan kaedah pembelajaran melalui interaksi guru murid dua hala, pelajar bebas bertanya dan mengeluarkan pendapat serta merancang aktiviti pembelajaran menarik dan berkesan. Menyusun jadual waktu di mana subjek yang susah seperti matematik, kimia dan fizik di sebelah pagi, manakala subjek seperti seni di sebelah tengah hari atau petang.Menggunakan kaedah mnemonik atau singkatan. Ia digunakan bagi mengingat jenis memori dalam ingatan jangka panjang.Guru membimbing pelajar bagaimana cara belajar dengan betul iaitu dengan menggunakan teknik membuat rumusan atau ringkasan nota, teknik pengurusan masa, membuat peta minda atau peta kosep dan sebagainya. Guru perlu menjarakkan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Elakkan mengajar satu sesi pengajaran dengan maklumat atau isi pelajaran yang terlalu padat. Guru haruslah menggunakan bahan pengajaran yang bermakna. Di mana guru menekankan kepada isi-isi pengajaran yang sangat penting. Guru menggunakan bahan bantu mengajar secara visual. (menunjukkan sesuatu yang dapat dilihat seperti gambar atau bahan yamg sebenar)-menurut kajian, murid hanya dapat menumpukan perhatian selama 25mini.(jalankan aktiviti untuk menarik balik perhatian murid.)

8RUJUKAN

Noriati, R., Boon, P. Y., & Sharifah, F. (2009). Murid dan alam belajar. Shah Alam: Oxford Fajar.

Ormrod, J. E. (2008). Educational psychology: Developing learners (6th ed.). Uppersaddle River, NJ: Pearson.

Slavin, R. E. (1997). Educational psychology: Theory and practice. (5th ed.). Boston: Allyn and Bacon.

Woolfolk, A. E. (2004). Educational psychology (9th ed.). NJ: Prentice Hall