ingatan & lupaan

14

Upload: fauzydp

Post on 18-Jun-2015

1.090 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ingatan & lupaan
Page 2: Ingatan & lupaan

Sistem Memproses MaklumatPakar psikologi menggunakan perkataan

‘ingatan’ bagi menunjukkan kepelbagaian proses dan struktur yang melibatkan penyimpanan dan penggunaan maklumat daripada beberapa pengalaman. Terdapat lebih daripada 50 model mengenainya (Craik, 1980; Horton dan Mills, 1984; Tulving dan Donaldson, 1972).

Page 3: Ingatan & lupaan

Salah satu daripadanya ialah sistem memproses maklumat yang mempunyai tiga urutan, iaitu penerimaan, penyimpanan, dan penggunaan.

Page 4: Ingatan & lupaan

Mengapa anda selalu lupa ?? Adakah masalah lupa

merungsingkan anda? Hasil kajian telah

menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam. 

Jangan cari alasan.

dIN
Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal.  "Buat apa baca sekarang esok lupa juga".  Inilah kata-kata yang sering diucapkan.  Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa.   Mudah bunyinya bukan?? Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksaan.  Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-baiknya.   Jangan risau kalau masih banyak yang anda belum ingat, yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham.
Page 5: Ingatan & lupaan

Mengapa anda selalu lupa ?? Hafal hanya kata kunci keseluruhan ayat.

Sering membuat imbasan.  

Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.

Gunakan teknik-teknik ingatan. 

Elakkan dari tidur petang.

Ajarkannya kepada orang lain.

dIN
1. Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk.  Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta.Contoh fakta:Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan dan otak kiri.Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan kepada anda dalam fakta tersebut.  Keduanya barulah hafal fakta itu, tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat.  Hafal hanya perkataan 'dua hemisfera' yang merupakan kata kunci kepada fakta.  Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti sahaja anda mampu menerangkan kepada orang lain apa maksud disebaliknya. Sebab itulah anda perlu faham sebelum anda hafal!!
dIN
Sekiranya anda terpaksa menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal kesemuanya serentak.  Tidak perlu terburu-buru.   Pecah-pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan ini. Misalnya, kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat, pecahkan fakta-fakta ini kepada 3 kumpulan kecil.  Setiap kumpulan mempunyai hanya 5 fakta.  Baik, sekarang  mana yang lebih mudah dihafal, kumpulan yang 15 fakta atau kumpulan yang mengandungi 5 fakta?  Lihat! mudah-mudahkanlah pekerjaan anda.  Sekali lagi jangan terburu-buru.  Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi.
dIN
Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali ulangkaji.  Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa 80% daripada apa yang telah dipelajari akan lupa dalam masa 24 jam.  Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat, maka jangan pelik kalau anda terpaksa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali lagi dimusim peperiksaan.
dIN
Untuk memudahkan lagi proses mengingati fakta, anda perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik mnemonik, teknik menggambar cara, teknik ceraian dan pelbagai lagi.  Pastikan anda kembali ke sini setiap minggu sebab pelbagai topik berkaitan dengan ingatan akan dimasukkan dari semasa ke semasa.
dIN
Ini lagi satu penyakit.  Tidur selepas waktu Asar akan melembabkan otak anda.  Dalam Islam amalan tidur petang sebegini sangat tidak digalakkan.  Oleh itu hentikan tabiat buruk anda ini.  Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat zuhur, ini sunnah Rasulullah s.a.w.  Badan akan terasa lebih bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya nanti.
dIN
Ajarkannya kepada orang lain.   Cari peluang untuk mengajarkan apa yang telah anda ketahui kepada orang lain.  Libatkan diri secara aktif dalam perbincangan kumpulan.   Hanya dengan mengajarkannya sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk.  Raikan setiap soalan dan hujah daripada rakan.  Galakkan mereka bertanya kepada anda.  Hanya dengan cara inilah otak anda mula bekerja lebih keras untuk mencari jawapan.
Page 6: Ingatan & lupaan

Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif, anda perlu melihat seimbas apa yang telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik.  Petua dibawah boleh digunakan dan terbukti berkesan: .  

Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam. Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu. Imbas 5 minit setiap 2 minggu. Imbas 5 - 10 minit dimusim peperiksaan

Kepentingan membuat imbasan

Page 7: Ingatan & lupaan

Arus daya ingatan tanpa ,mengulangkaji

50%

75%

100%

25%

30 Minit

1 Jam 12 Jam

1 Hari 10 hari

1 Bulan

Peratusan Daya Ingatan

Pertalian antara peratusan daya ingatan

dengan jangka masa

Pertalian antara peratusan daya ingatan

dengan jangka masa

Jangka masa

Page 8: Ingatan & lupaan

P r o s e s U l a n g k a j i

24 Jam 1 Minggu 1 Bulan 6 bulan

Ingatan

Jangka

panjang

I Hari Masa

20 %

75 %

100 %

BAGAIMANA MENGEKALKAN DAYA INGATAN

Page 9: Ingatan & lupaan

Arus daya ingatan mengulang kaji berulang kali

50%

75%

100%

25%

30 Minit

1 Jam 12 Jam

1 Hari 10 hari

1 Bulan

Peratusan Daya Ingatan

Mengulang kaji secara berulang kali dan

menggunakan pelbagai teknik

Mengulang kaji secara berulang kali dan

menggunakan pelbagai teknik

Jangka masa

Page 10: Ingatan & lupaan

Pelajar tidak mempunyai nota yang sistematik dan kurang menarik Tidak memberikan perhatian pengajaran guru Tidak minat matapelajaran tertentu walaupun

ianya penting Tidak mempunyai persediaan mental – ada

gangguan yang menyebabkan beralih tumpuan Memahami sedikit sahaja apa yang diajar oleh

guru Bertangguh untuk bertanya apabila kurang faham Sikap bertangguh ini akan bertambah dan

menjadi beban kepada tajuk-tajuk yang akan datang

“Penangguh Adalah Pencuri Masa” -Pepatah Klasik

Punca-punca gagal mengingat

Page 11: Ingatan & lupaan

Daya Ingatan : Lima Faktor mengingat semula

1. Permulaan

2. Ulangkaji

3. Luar biasa

4. Berkait

5. Akhiran

Minda cenderung untuk mengingat kembali fakta selepas belajar -semak dan ulangkaji cepat

Daya ingatan terhadap fakta/isi akanmenurun dengan pantas dalam masa 24 jam – Ulangkaji selalu

Manusia lebih cenderung mengingat perkara yang luara biasa - jadikan pembelajaran lebih menyeronokkan

Ingatan menjadi berkesan sekiranya dikaitkan dengan analogi, mnemonic atau kata kunci

Minda juga cenderung mengingat saesuatu perkara diakhiran sesi pembelajaran. Oleh itu imbas seluruh fakta dikhir sesi.

Page 12: Ingatan & lupaan

KEMAHIRAN MENGINGAT

Isu pelajar berkaitan ingatan dan lupaan

Saya sudah membaca berulangkali tajuk yang saya jangka keluar… dan apabila skrip soalan peperiksaan saya buka ia sangat mengembirakan saya… 5 minit selepas itu apa yang saya baca dan hafal, semuanya hilang… seolah-0lah saya tidak pernah membacanya, saya panik dan gelabah, apa sebabnya pun saya tidak tahu…

(Curahan rasa Razif calon SPM 2002)

Page 13: Ingatan & lupaan

KEMAHIRAN MENGINGAT

Menghafal isi yang ingin diingat.Menyusun isi dengan betul.Menentukan isi yang mahu diingat.Menguji kemampuan ingatan dengan , menyoal, menjawab.Melakukan ulangkaji yang kerap. “Mengingat adalah proses yang dilakukan berulang-ulang tanpa jemu. Proses ini akan

melekatkan maklumat pada sel-sel otak. Ini kerana maklumat yang diterima tidak diulang semula akan

hilang dalam masa 24 jam”

Page 14: Ingatan & lupaan

ACTIVE LEARNING

It has been said that on average we remember

20% of what we read30% of what we hear40% of what we see50% of what we say60% of what we do

90% of what we see, hear, say and do

(Source - Accelerated Learning for the 21st Century by Colin Rose and Malcolm J. Nicholl)