strategi bisnes peniaga muslim

Upload: azfarfaiz

Post on 09-Oct-2015

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Strategi Bisnes Peniaga Muslim

TRANSCRIPT

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    1

    Strategi Bisnes Peniaga Muslim

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    2

    Notis E-book ini diterbitkan oleh www.usahawan.com Anda dilarang sama sekali mengubah atau menjual e-book ini kepada pihak lain. Walaubagaimanapun, anda bebas mengedarkan e-book ini secara percuma kepada sesiapa sahaja.

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    3

    MENGENAI USAHAWAN.COM Usahawan.com merupakan projek keusahawanan rakyat Malaysia yang sesuai dengan standard dan citarasa pasaran tempatan. Mencipta Peluang Perniagaan Baru untuk Peniaga Kecil dan Sederhana merupakan motto kami. Ia mendorong kami supaya sering berinovasi bagi mencipta peluang perniagaan baru disamping membantu mengembangkan perniagaan anda. Mengapa perlu memilih Usahawan.com sebagai rakan perniagaan anda? Sebab 1: Syarikat Milik Penuh Bumiputera Usahawan.com menjurus ke arah menjadi penyedia peluang perniagaan yang serba-boleh dan berkesan di negara ini. Hasrat kami adalah untuk membantu peniaga kecil & sederhana, pesara, graduan, bakal usahawan untuk memiliki dan mengendalikanperniagaan yang berjaya dan berkembang maju. Teras perniagaan kami adalah untuk membina hubungan baik dengan pelanggan dan untuk menjadi lebih peka terhadap citarasa pelanggan yang sentiasa berkembang. Kami bertindak mengikut gerak hati pelanggan, pembekal, rakan niaga dan pesaing dalam pasaran yang sentiasa berubah-ubah disamping sentiasa mencari penyelesaian kos yang lebih efektif dan berfikiran terbuka terhadap teknologi baru dalam membantu menyelaraskan operasi kami di seluruh negara. Sebab 2: Pengimport/ Pembekal Secara Langsung & Memiliki Kilang Sendiri Kesemua produk diperolehi secara langsung daripada kilang, pengeluar dan pengimport. Kami juga memiliki kilang pengeluaran produk berasaskan makanan yang telah mendapat pengesahan halal dari JAKIM. Segala usaha kami adalah untuk kepuasan para pelanggan. Oleh itu, kami menawarkan produk-produk terbaik dengan kualiti yang telah teruji.

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    4

    Sebab 3: Bukan Sistem Francais Tawaran kesemua pakej perniagaan kami adalah bukan francais. Oleh itu, jimatkan sebahagian besar dari wang anda daripada membayar yuran untuk francais, bayaran royalti bulanan dan lain-lain kos. Anda tidak akan terikat dengan pelbagai sekatan sistem francais dan mempunyai kebebasan untuk menggunakan kemahiran untuk memasarkan produk anda sendiri. Pakej perniagaan yang ditawarkan oleh Usahawan.com pula sesuai untuk diniagakan secara part-time atau full-time samada di rumah, kedai, kiosk, karnival, ekspo, pejabat, sekolah, kolej, universiti mahupun secara online bergantung pada jenis perniagaan yang dipilih. Sebab 4: Harga yang Berpatutan & Mampu Milik Semua produk yang dijual dengan harga berpatutan yang mampu dimiliki segenap lapisan masyarakat. Sebab 5: Sokongan Selepas Jualan Kami tidak membiarkan anda berlalu begitu sahaja selepas membuat pembelian. Selagi mana yang anda diperlukan, kami menawarkan khidmat bantuan teknikal dan khidmat nasihat secara berterusan.

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    5

    Antara Pakej Perniagaan Yang Ditawarkan oleh Usahawan.com

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    6

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    7

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    8

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    9

    Pejabat Urusan Telefon: Pejabat: 06-6715360 Fax: 06-6753927 Laman web: http://www.usahawan.com ** Masa telefon dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang - Hari Isnin - Sabtu (Tinggalkan pesanan SMS jika talian sibuk @ tidak berjawab) Alamat: No 7-G, Jalan Coco Drive 3, Taman Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan Waktu Operasi: Isnin - Sabtu (9.00 pagi - 6.00 petang)

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    10

    Pengenalan Strategi Bisnes Peniaga Muslim Perniagaan merupakan satu peluang dan ruang yang benar-benar boleh memberikan pulangan lumayan khsusus bagi mereka yang serius dalam menjalankan bisnes yang diceburi. Tidak kiralah berniaga apapun, yang penting prospek perniagaan sememangnya salah satu cabang untuk seseorang itu untuk hidup lebih senang. Banyak sebenarnya cara-cara dan teknik yang boleh dilakukan oleh peniagapeniaga kecil untuk memastikan perniagaan menjadi lebih berjaya. Meskipun bermula dengan kecil-kecilan, tetapi berkat ketekunan dan kesabaran pastinya akan membuahkan hasil yang membanggakan. Islam sendiri telah menegaskan bahawa perniagaan merupakan 9/10 daripada pintu rezeki. Fakta ini ternyata relevan apabila begitu ramai usahawan berjaya yang lahir di dunia hari ini dengan bersandarkan kepada bisnes yang dijalankan. Mungkin perniagaan yang anda usahakan pada hari ini hanya mampu meraih pulangan dalam kadar yang kecil, tetapi siapa tahu sekiranya anda terus dan terus berusaha meningkatkan mutu perniagaan anda, tidak mustahil untuk anda turut berada dalam kelompok usahawan yang disegani pada satu hari nanti. Dalam e-book ini diceritakan strategi-strategi perniagaan yang telah digunapakai oleh Rasullullah SAW dan juga Abdul Rahman bin Auf. InsyaAllah anda mampu untuk menjadi usahawan yang berjaya sekiranya strategi-strategi tersebut diamalkan dengan baik. Semoga berjaya!!

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    11

    STRATEGI PERNIAGAAN RASULLULLAH SAW Rasulullah SAW adalah manusia biasa, bukan malaikat dan bukan pula anak Tuhan atau lain-lainnya. Beliau secara manusiawi sama dengan kita seluruh umat manusia. Ayahanda beliau adalah Abdullah bin Abdul Muthallib, ibundanya bernama Aminah, keduanya dari suku Quraisy di Mekah keturunan Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim AS. Rasulullah SAW adalah Rasul pilihan Allah yang diutuskan kepada umat manusia untuk membimbing mereka kepada hidayah Allah; berbuat yang maruf dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, manusia berada di ambang kehancuran lantaran kebudayaan yang menyebabkan tertegak nya tamadun ketika itu telah hancur. Ketika kemanusiaan sedang berada dalam kesesakan nafas di ambang maut, Allah mengutuskan Rasulullah SAW untuk membangkitkannya semula dan mengeluarkan umat manusia dari kegelapan kepada cahaya. Rasulullah SAW memecah belengu-belengu jahiliah dan khurafat dan mengajak manusia kepada pengabdian yang akan membebaskan mereka daripada segala bentuk ikatan lain. Dia mengembalikan kepada mereka kebahagiaan hidup yang sebenarnya. Itu semua biasa kita baca dalam buku-buku agama. Yang jarang kita dengar ialah sifat keusahawanan atau ciri-ciri perniagaan Rasulullah SAW. Baginda sudah mula berniaga sejak berumur 12 tahun. Di bawah jagaan Abu Talib as, Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda. Dan Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawanusahawan lain dalam rombongan yang sama. Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    12

    Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran, contohnya: Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi(35:29) Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11) Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul. Dan Rasulullah sering disalah anggap sebagai miskin. Tidak, Baginda seorang yang kaya. Cuma hidup yang dijalaninya tidak seperti orang-orang kaya. Baju perang, pedang Baginda adalah dari yang terbaik, kuda-kuda perang adalah dari jenis yang terbaik. Makna kata seluruh harta Baginda digunakan untuk memperjuangkan Islam, bukan membuncitkan perut sendiri. Malah Baginda Rasulullah pernah mengikat batu-batu ke perutnya untuk menahan lapar. Rasulullah pernah bersabda tentang pemilikan harta: Harta itu merupakan kekayaan terpuji TETAPI hanya bagi orang yang soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah.

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    13

    Ingin tahu cara Rasul Terulung kita berniaga? Teruskan membaca. 1. Tidak Pernah Berdebat Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi. Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar, kata Rasulullah . Saib membalas dengan berkata, Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan. 2. Teknik Menjual Yang Unik Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki. Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang lain. Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila si pembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barang itu. Baginda amat bertimbang rasa dan amat pengasihan belas kepada sesama manusia. Manakah ada manusia yang menjual barang-barang dagangannya dengan harga modal?

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    14

    3. Sentiasa Senyum Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa berjualan itu. Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu. Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah. Walaupun tutur kata tidak seberapa , tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang. 4. Jujur Baginda bersabda, Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan. Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan. Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan. Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu. Apa ini saudara ? tanya Rasulullah . Terkena hujan, tuan, kata peniaga itu. Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ? kata Rasulullah . Kemudian Baginda berkata lagi, Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    15

    5. Tidak Bersumpah Palsu Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya. Apalagi sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berbisnes di pasar gelap. Sebab, model menjalankan bisnes seperti itu tak saja merugikan orang lain, tapi juga membuat perniagaan yang dijalankan tidak lancar. Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis, Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka. (HR. Muslim) Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan kehilangan berkatnya. 6. Lemah Lembut Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan. 7. Bukan Mengejar Harta Semata-mata Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda tetapi juga untuk mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh Baginda bagi tujuan perniagaan. Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Maidah ayat 2: Bermaksud: Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    16

    8. Fasih Tutur Kata Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur. Oleh itu, tidak hairanlah apabila Baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, Baginda memperoleh keuntungan yang banyak. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan Baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah: Bermaksud: Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelas lagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama Baginda). 9. Keuntungan Maksimum Adalah Mungkin Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama untuk kita jadikan pegangan. Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar. Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar. Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu). Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam perniagaan yang dilakukannya. Ada lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu kezaliman untuk para peniaga. Daripada dua contoh di atas berasaskan dalil yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu jualan produk sehingga 100%. Cuma yang dilarang adalah menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan dijual kembali apabila harganya dinaikkan. Ataupun apabila pihak pemimpin (kerajaan) menetapkan sesuatu perkara, maka kita wajib mematuhinya. Maka, kepada para peniaga, marilah contoh cara-cara bisnes Rasulullah SAW, yakni akan memperoleh pahala kerana mengikut sunah Baginda.

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    17

    STRATEGI PERNIAGAAN ABDUL RAHMAN BIN AUF Sungguh, ku lihat diriku, seandainya aku mengangkat batu, nescaya ku temukan di bawahnya emas dan perak. - Abdul Rahman bin Auf Salasilah dan Latar Belakang Hidup Abdul Rahman bin Auf Abdul Rahman bin Auf berasal daripada keturunan Bani Zuhrat dan lahir di kota Mekah pada tahun 580 Masihi, 10 tahun selepas Tahun Gajah. Beliau merupakan antara 8 orang pertama yang memeluk agama Islam. Beliau melafazkan syahadah melalui Sayidina Abu Bakar r.a. dua hari selepas Sayidina Abu Bakar sendiri memeluk Islam. Nama asal Abdul Rahman bin Auf ialah Abdul Kaabah, tetapi telah ditukar kepada Abdul Rahman sebaik sahaja beliau memeluk Islam. Sebelum memeluk Islam, beliau hidup dalam kalangan keluarga yang mulia dan bermaruah. Beliau tidak menyembah berhala, membuat maksiat atau melakukan perkara mungkar seperti minum arak atau berjudi. Setelah memeluk agama Islam, beliau sendiri telah berjihad di jalan Allah dengan menyertai beberapa peperangan menegakkan ajaran Islam seperti Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dan Perang Tabuk. Beliau merupakan antara 10 sahabat Rasulullah yang dijamin akan memasuki syurga oleh Rasulullah sendiri. Abdul Rahman bin Auf wafat pada tahun 32 Hijrah bersamaan tahun 654 Masihi. Pada ketika itu beliau berusia 74 tahun.

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    18

    Abdul Rahman bin Auf Ikon Usahawan Islam Umum sedia maklum bahawa Abdul Rahman bin Auf adalah merupakan salah seorang sahabat Rasulullah yang memiliki kepakaran yang hebat dalam bidang perniagaan. Beliau dilihat sebagai ikon usahawan Islam dan merupakan seorang jutawan yang memiliki kebijaksanaan dalam bidang perniagaan. Abdul Rahman bin Auf mampu bergelar jutawan dalam jangka masa 10 tahun dan seterusnya bertambah kaya dalam masa 32 tahun. Beliau memiliki kemewahan yang melimpah ruah dan harta kekayaan yang begitu banyak. Kemahiran selok-belok berniaga yang diperoleh daripada keluarganya dan kaumnya, Bani Zuhrat telah digunakan sebaik-baiknya. Antara aktiviti perniagaan yang diceburinya adalah seperti jual beli barang, jualan borong dan import serta eksport. Beliau seorang yang gigih berniaga dan hanya akan memperdagangkan barangan yang halal dan suci sahaja. Beliau sangat mementingkan keberkatan hartanya dan mahu perniagaannya sentiasa diberkati Allah. Katanya Aku tidak akan menjual barangan yang sudah rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit tetapi diberkati oleh Allah. Sejak dari kecil, Abdul Rahman bin Auf adalah seorang yang suka berdikari dan tidak mahu bergantung harap terhadap orang lain. Selain itu beliau seorang yang zuhud tidak mementingkan kebendaan, jujur dan ikhlas. Ini adalah merupakan salah satu sebab mengapa beliau menjadi antara mereka yang disukai oleh masyarakat setempat. Di sebalik kekayaan yang melimpah ruah, beliau seorang yang takut dan benci kepada harta kekayaan. Beliau seorang usahawan yang takut akan Allah dan sering menangisi kemewahan dunia. Beliau akan seboleh-bolehnya menghindarkan diri daripada terpengaruh dengan kekayaannya dengan cara mendermakan sebanyak mungkin harta kekayaannya ke jalan yang diredhai Allah. Sekalipun dilimpahi harta kekayaan yang banyak namun dia tidak menjadi hamba kepada hartanya sendiri.

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    19

    Ketika peristiwa hijrah umat Islam daripada bumi Mekah ke Madinah, Abdul Rahman bin Auf telah meninggalkan segala harta kekayaannya di bumi Mekah dan melakukan hijrah ke kota Madinah. Di Madinah, apabila ditawarkan bantuan dalam bentuk harta benda oleh golongan Ansar, beliau menolaknya dengan baik dan hanya ingin ditunjukkan di mana letaknya pasar untuk beliau memulakan perniagaannya. Sumbangan Abdul Rahman bin Auf Pada zaman Rasulullah S.A.W., Abdul Rahman bin Auf pernah menyumbangkan seluruh harta kekayaannya dan menyerahkannya kepada mereka yang lebih memerlukannya. Antara sumbangan beliau dalam menegakkan ajaran Islam adalah dengan menyumbangkan 200 tahil emas, 500kuda perang dan 1,500 unta tunggangan ketika Perang Tabuk. Beliau juga turut menjual tanah yang dimilikinya dengan harga 40 dinar dan dibahagikan kepada Bani Zuhrah, isteri Nabi Muhammad, anak yatim dan fakir miskin. Sumbangan juga turut diberikan kepada penduduk Madinah dengan memuatkan barangan keperluan di atas 700 ekor unta untuk disampaikan kepada segenap pelosok penduduk Madinah. Beliau juga telah mendermakan sebanyak 400 dinar emas kepada kira kira 100 orang bekas tentera perang Badar yang masih hidup. Atas jasa dan pengorbanan beliau dalam menegakkan ajaran Islam dengan menggunakan harta kekayaannya, Rasulullah S.A.W. memujinya dengan bersabda Abdul Rahman bin Auf adalah saudagar Tuhan.

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    20

    STRATEGI PERNIAGAAN Tentu anda tertanya-tanya, apakah strategi perniagaan yang dipegang beliau sehingga berjaya menjadi seorang usahawan yang terkenal dan sekali gus melumpuhkan monopoli penguasaan kaum Yahudi dalam ekonomi Madinah? Ya, dalam erti kata lain, menyebabkan kaum Yahudi itu sendiri seolah gulung tikar! Persoalan ini pernah ditanya sendiri kepada beliau, dan ini tiga jawapan ringkas daripadanya: 1) Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit 2) Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta 3) Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    21

    1. Tidak Pernah Menolak Keuntungan Antara perniagaan yang dilakukan oleh Abdul Rahman bin Auf adalah menjual unta. Strategi yang diguna pakai oleh beliau dalam memperdagangkan untauntanya adalah dengan menjualnya pada harga kos tanpa ada sebarang keuntungan. Hal ini sudah tentu akan mengakibatkan ramai pembeli yang mahu membeli unta akan pergi mencari Abdul Rahman bin Auf. Hairan bukan? Bagaimana mahu menjadi lebih kaya jika tiada keuntungan yang diambil dalam penjualan unta-unta ini? Apabila ditanya kepadanya perihal ini, beliau menjawab Tiada sebarang keuntungan diambil daripada hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Akan tetapi, keuntungan diambil daripada menjual tali pengikat unta. Diceritakan bahawa tali pengikat unta yang dijual dengan harga 1 dirham itu sangat cantik dan terdapat dalam pelbagai warna yang menarik. Pernah terjadi, beliau telah berjaya menjual 1,000 ekor unta dalam masa satu hari sahaja, maka 1,000 dirham lah keuntungan hasil jualan untanya pada hari itu. Dalam kehidupan kita pada masa ini, ramai peniaga yang menggunakan strategi ini dalam perniagaan yang diceburi. Contohnya terdapat syarikat khidmat jualan langsung yang menawarkan ejen mereka point atas penjualan minimum barangan syarikat. Point-point ini kemudiannya boleh ditukarkan kepada ringgit tunai. Maka ramai ejen yang sanggup untuk menurunkan keuntungan yang diperoleh sehingga menjual produk mereka pada harga ahli semata-mata kerana ingin mencapai sasaran point tunai tersebut. Semakin ramai pelanggan yang akan tertarik dengan harga yang ditawarkan (serendah harga ahli!), maka semakin tinggi pula mata tunai yang akan diterima oleh ejen tersebut. Begitu juga apabila terdapat penjual yang sanggup untuk menurunkan harga yang ditawarkan mengikut target pelanggan, dan memperoleh margin keuntungan yang kecil semata-mata untuk mengejar kuantiti barangan yang dijual. Bagi mereka, tidak kisah jika keuntungan yang diterima untuk satu barangan itu sedikit, namun jika dinilai kan dengan kuantiti barangan yang dijual, keuntungan yang sedikit itu mungkin akan menjadi banyak! Terdapat juga mereka yang menurunkan harga barangan mengikut harga kos sematamata tidak mahu untuk menyimpan stok dan inginkan barangan itu dijual segara agar mendapat modal pusingan perniagaan.

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    22

    2. Tidak Pernah Melambatkan Penjualan Barangan Abdul Rahman bin Auf tidak pernah melambatkan penjualan barangan kepada pelanggannya. Setiap pelanggan yang datang kepadanya akan di layan dengan sebaik mungkin. Permintaan terhadap setiap barangan yang diminta, akan cuba dipenuhi dengan segera. Pelanggan-pelanggannya amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh Abdul Rahman bin Auf. Bagi yang pertama kali berurusan dengan beliau sudah pasti akan melakukan urus niaga jual beli lagi pada masa hadapan dan seterusnya menjadi pelanggan tetap beliau. Pelanggan adalah aset penting yang menjadi keutamaan kepada mereka yang menceburi bidang perniagaan. Hati pelanggan haruslah dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh. Kepantasan melayan kehendak pelanggan dan kecekapan menangani masalah mereka pastinya akan mencerminkan mutu perkhidmatan dan kesungguhan anda dalam bidang perniagaan yang diceburi. Pelanggan akan menyukai jika kehendak dan masalah mereka di layan segera. Sekiranya barangan yang diminta tiada dalam simpanan, maka tawarkan diri untuk melakukan pesanan kepada stokis atau mencari barangan tersebut di cawangan kedai yang mempunyai perniagaan seperti anda. 3. Tidak Menjual Secara Tangguhan Kesemua barangan yang didagangkan Abdul Rahman bin Auf dijual secara tunai. Dengan mengelakkan pelanggannya berhutang, beliau akan mendapat kembali wang untuk pusingan modal dengan lebih cepat. Ini juga dapat mengelakkan daripada berlakunya hutang lapuk. Dengan cara ini juga, beliau dapat menjimatkan masa dalam melakukan urus niaga dengan setiap pelanggan. Ramai dalam kalangan para peniaga kini yang mengamalkan teknik berhutang atau bahasa manisnya disebut secara ansuran untuk menarik minat pelanggan terhadap produk yang mereka jual. Kaedah ini bukan sahaja memerlukan peniaga menyediakan modal yang besar dalam urusan jual beli, namun mereka juga perlu membuat persediaan dari segi undang-undang andai pembeli tidak dapat melangsaikan kos pembelian mereka.

  • Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

    www.usahawan.com

    23

    Peniaga juga perlu menggaji pekerja untuk menyimpan setiap rekod urusan jual beli dengan pelanggan. Sekiranya pelanggan tidak mampu untuk meneruskan bayaran bulanan, maka barangan akan diambil semula. Kondisi barangan selalunya tidak baik dan ini akan merugikan peniaga itu sendiri. Kesimpulan Bukan mudah untuk menjadi kaya, apatah lagi untuk menjalankan perniagaan di dunia yang untungnya sampai ke syurga! Namun, jika mengikut panduan strategi yang diberikan oleh Abdul Rahman bin Auf, hanya terdapat 3 strategi yang penting dalam menjalankan urus niaga perniagaan anda. Pertama, walaupun nilainya keuntungan jualan yang diperoleh adalah sangat kecil, janganlah ditolak. Menjual barangan dengan nilai keuntungan yang sangat kecil akan dapat menghindarkan diri anda seterusnya mengelakkan anda daripada terjebak dengan perniagaan yang mempunyai unsur-unsur riba. Kedua, cepatkan urusan jual beli anda dan layanlah pelanggan yang berurus niaga dengan anda sebaiknya. Akhir sekali, elakkan daripada melakukan perniagaan yang berkonsepkan ansuran, dan terimalah transaksi tunai sahaja untuk setiap urusniaga. Strategi-strategi ini kelihatan amat mudah untuk dipraktikkan. Cuba dan lihat apakah pelaksanaannya akan mendatangkan apa-apa perbezaan dalam perniagaan anda?