stpm pengajian am soalan kertas 2 set 2

7
SULIT* 900/2 STPM 2006 JABATAN PELAJARAN PERAK PENGAJIAN AM KERTAS 2 SET 2 LEARNING TO SCORE (Tiga jam) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA Arahan kepada calon : Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan E, dan dua soalan dalam bahagian C. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian. Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ]. Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2006 1

Upload: abdmaleks

Post on 12-Jun-2015

3.419 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Stpm Pengajian Am Soalan Kertas 2 Set 2

SULIT*

900/2 STPM 2006

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM KERTAS 2 SET 2

LEARNING TO SCORE

(Tiga jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA Arahan kepada calon :

Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan E,

dan dua soalan dalam bahagian C.

Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.

Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2006

1

Page 2: Stpm Pengajian Am Soalan Kertas 2 Set 2

SULIT*

Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25] 1. ‘Italian Affair – Batik Expression’ yang telah diadakan pada tahun 2005 merupakan satu permulaan penting bagi mempopularkan batik ke seluruh dunia. Namun, terdapat halangan-halangan tertentu bagi merealisasikan impian ini. Bincangkan. 2. Peraturan berkaitan kesihatan dan keselamatan pekerjaan sebenarnya sudah jelas. Namun demikian, bilangan kemalangan di tempat kerja terus meningkat. Huraikan.

Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25]

3. Penyumbang utama penyakit kardiovaskular ialah arteriosklerosis iaitu gumpalan lemak yang terkumpul dalam saluran darah. Jelaskan punca dan langkah penyakit kardiovaskular. 4. Teknologi pembiakbakaan atau pengklonan sememangnya mampu membangunkan sektor pertanian dan penternakan. Huraikan.

Bahagian C

Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan satu daripada soalan 6(a) atau 6(b) [20]

5(a) “…….. Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan aktiviti Pusat Sumber Sekolah (PSS ) yang berkesan untuk memupuk tabiat suka membaca. Program NILAM ialah gabungan semua aktiviti galakan membaca untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca. Amalan membaca di kalangan murid-murid sekolah amat rendah. PSS merupakan nadi penggerak kepada semua aktiviti peningkatan ilmu melalui proses pembacaan.”

( sumber : dipetik dan diubahsuai daripada Buku Program NILAM, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan

Malaysia , 2003 )

(i) Mengapakah Pusat Sumber Sekolah amat sesuai melaksanakan program NILAM? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan implikasi

jika murid-murid kurang minat membaca

ATAU

2

Page 3: Stpm Pengajian Am Soalan Kertas 2 Set 2

SULIT*

5(b) “.......... Animasi 3D yang dibina secara digital dapat menggerakkan sesuatu objek supaya kelihatan seolah-olah hidup yang memiliki ciri-ciri karakter manusia yang dihasilkan daripada gabungan gambar statik berturutan. Animasi ini dibina melalui perisian dan teknologi komputer. Penggunaan animasi berkomputer amat menarik dan mempunyai banyak kelebihan. “

( sumber : dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Kosmik, Jun 2005 )

(i) Mengapakah penggunaan animasi 3D mempunyai banyak kelebihan? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kegunaan

animasi komputer dalam kehidupan. 6(a) “…….. Bahan radioaktif boleh diaplikasikan dalam kaedah pengesanan penyakit. Walaupun bahan radioaktif ini boleh dijadikan bahan rawatan penyakit kronik, bahan ini juga boleh menjejaskan alam sekitar dan mengancam kehidupan manusia. Teknologi nukleur dapat dimanfaatkan dalam bidang perubatan dan pertanian“

( sumber : dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Kosmik, Jun 2005 )

(i) Apakah yang dapat diaplikasikan daripada bahan radioaktif? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan

kepentingan teknologi nuklear dalam sektor pertanian.

ATAU 6(b) “…….. Botulinum Toxin Type A atau Botox dikenali sebagai `susuk moden ‘ yang diproses untuk menghapuskan kedutan muka melalui kaedah suntikan. Wanita yang mahu kelihatan cantik akan mendapatkan rawatan Botox kerana dapat menghilangkan kecacatan kecil pada wajah, walaupun penggunaan Botox memberi kesan sampingan kepada pengguna. “

( sumber : dipetik dan diubahsuai daripada Dewan kosmik, Oktober 2004) (i) Mengapakah kaedah rawatan Botox mendapat sambutan yang menggalakkan? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan kesan sampingan

kepada pengguna Botox.

3

Page 4: Stpm Pengajian Am Soalan Kertas 2 Set 2

SULIT*

Bahagian D Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

[15] 7. Berdasarkan maklumat di bawah, lukis sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan pengelasan pinjaman mengikut sektor bagi tahun 2000 hingga 2002.

Kerajaan Malaysia sentiasa telah menggalakkan pihak swasta memainkan peranan

penting untuk meningkatkan ekonomi negara. Hasrat kerajaan adalah untuk mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung selama ini. Antara sektor swasta yang bekerjasama dengan pihak kerajaan adalah bank-bank perdagangan. Institusi-institusi ini telah menyediakan pelbagai jenis pinjaman kepada sektor-sektor utama mengembangkan potensi dan pengeluaran masing-masing.

Pada tahun 2000, getah telah menerima pinjaman sebanyak RM 284.0 juta dan jumlah ini melebihi sebanyak RM 57.8 juta berbanding tahun 2002. Manakala pada tahun 2001 jumlah pinjaman adalah sebanyak RM 282.7 juta. Selain itu, kelapa sawit juga menerima pinjaman daripada bank-bank perdagangan di negara ini. Jumlah pinjaman yang diterima pada tahun 2000 adalah lebih besar berbanding getah. Pada tahun yang sama pinjaman kelapa sawit melebihi getah sebanyak RM5158.8 juta. Pinjaman ini terus meningkat sebanyak RM 722.5 juta pada tahun 2001 berbanding tahun sebelumnya.Prestasi kelapa sawit yang semakin meningkat mendorong sektor ini meningkatkan pinjaman kepada RM 6491.8 juta pada tahun 2002.

Pinjaman untuk koko adalah paling rendah jika dibandingkan dengan sektor-sektor yang lain. Pada tahun 2000, koko hanya mendapat pinjaman sebanyak RM 62.7 juta. Peningkatan yang berlaku pada tahun berikutnya hanyalah sebanyak 5.26% sahaja berbanding tahun 2000. Sektor kecil ini telah meningkatkan pinjaman sebanyak RM 1.4 juta pada tahun 2002 berbanding tahun 2001. Jumlah pinjaman yang kecil bukanlah bermakna kerajaan tidak perlu lagi mengusahakan tanaman koko. Aktiviti ini masih memberi sumbangan kepada industri berasaskan makanan.

Selain itu, sektor ternakan telah mendapat sambutan yang hebat di negara kita. Antara ternakan yang menjadi pilihan pengusaha adalah lembu, kambing biri-biri, ayam dan sebagainya. Pada tahun 2000, bank perdagangan telah menyediakan pinjaman sebanyak RM 776.1 juta kepada sektor ini. Jumlah ini meningkat sebanyak RM 43.9 juta pada tahun 2001. Seterusnya jumlah pinjaman ini meningkat lagi sebanyak RM 128.1 juta pada tahun 2002.

Sektor lain-lain pula telah dibiayai sebanyak RM 1413.8 juta pada tahun 2000 dan terus menurun kepada RM 1188.6 juta. Pinjaman sektor kecil lain-lain ini semakin mengurangkan pinjaman iaitu hanya sebanyak RM 886.0 juta pada tahun 2002.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Perangkaan, Jabatan Statistik Malaysia,2003)

4

Page 5: Stpm Pengajian Am Soalan Kertas 2 Set 2

SULIT*

8. Dengan berpandukan maklumat yang diberikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan penggunaan tenaga elektrik dan jumlah yang dibelanjakan mengikut jenis-jenis pengguna utama bagi tahun 2000 hingga tahun 2002.

Perkembangan ekonomi negara menyebabkan permintaan tenaga elektrik semakin

meningkat dan selaras dengan itu, pihak kerajaan juga terpaksa menyediakan sumber-sumber tenaga elektrik yang baru. Pembinaan empangan Bakun adalah antara contoh sumber tenaga elektrik hidro yang telah dirancangkan oleh kerajaan.

Pada tahun 2000 tenaga elektrik yang dibekalkan kepada semua jenis pengguna adalah sebanyak 2341.9 juta Kwh. Bekalan ini terus bertambah setiap tahun. Premis-premis perniagaan telah mencatat penggunaan tenaga elektrik yang paling tinggi. Sejumlah 843.1 juta Kwh tenaga elektrik telah dibekalkan kepada perniagaan. Manakala nilai tenaga elektrik yang dibelanjakan adalah sebanyak RM 232.6 juta. Proses perbandaran yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan telah meluaskan lagi peluang-peluang perniagaan. Hal ini dibuktikan dengan kenaikan penggunaan tenaga elektrik pada tahun 2001 sebanyak 130.9 juta Kwh berbanding tahun sebelumnya. Tenaga elektrik terus meningkat kepada 997.7 juta Kwh pada tahun 2002. Nilai yang dibelanjakan untuk tenaga elektrik pada tahun 2001 dan 2002 masing-masing adalah sebanyak RM 271.6 juta dan RM 289.3 juta.

Penggunaan di tempat-tempat kediaman telah mencatat penggunaan yang kedua tertinggi. Kepesatan penduduk menyebabkan banyak kawasan perumahan telah dibangunkan oleh pihak pemaju. Sejumlah 786.9 juta Kwh telah diperuntukkan untuk kediaman pada tahun 2000 dan bernilai sebanyak RM 163.2 juta. Pada tahun 2002, penggunaan tenaga elektrik telah bertambah sebanyak 2.45% berbanding tahun 2000. Penggunaan tenaga elektrik terus meningkat kepada 970.0 juta Kwh pada tahun berikutnya. Nilai yang dibelanjakan untuk penggunaan tenaga elektrik pada tahun 2002 adalah sebanyak RM 231.1 juta iaitu melebihi tahun 2001 sebanyak RM 47.9 juta .

Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian. Sehubungan itu, pelbagai insentif telah dilaksanakan bagi menggalakkan perkembangan industri di negara ini. Pada tahun 2001 bekalan tenaga elektrik untuk perindustrian telah meningkat kepada 682.8 juta Kwh iaitu melebihi 17.6 juta Kwh berbanding tahun 2000. Sebanyak 748.3 juta Kwh telah digunakan untuk perindustrian pada tahun 2002. Perbelanjaan tenaga elektrik juga menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun iaitu sebanyak RM 152.5 juta pada tahun 2000. Manakala pada tahun 2001 dan 2002, masing-masing sebanyak RM 165.3 juta dan RM 172.2 juta.

Seterusnya penggunaan lampu awam pula menunjukkan penurunan pada tahun 2001, iaitu berkurang sebanyak 11.1 juta Kwh berbanding tahun 2000 yang berjumlah RM 46.7 juta Kwh. Pada tahun 2002, bekalan elektrik meningkat semula kepada 55.4 juta Kwh dan nilai yang dibelanjakan adalah sebanyak RM 16.6 juta. Perbelanjaan elektrik pada tahun 2000 adalah sebanyak RM 13.1 juta dan menurun kepada RM 10.2 juta.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan, Jabatan Statistik Malaysia, 2003.)

5

Page 6: Stpm Pengajian Am Soalan Kertas 2 Set 2

SULIT*

Bahagian E Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [15] 9. Berdasarkan jadual, huraikan perubahan kes kebakaran mengikut punca-punca terpilih dalam tempoh yang dinyatakan. Jelaskan mengapa berlaku peningkatan dalam beberapa kes kebakaran.

MALAYSIA: BILANGAN KEBAKARAN MENGIKUT PUNCA-PUNCA TERPILIH DARI TAHUN 1999 HINGGA 2002

Tahun Punca

1999 (kes)

2001 (kes)

2002 (kes)

Kilang 246 195 161 Rumah Kediaman 1242 1207 1445 Kawasan Setinggan 102 145 167 Bangunan lain(a) 386 428 454 Kenderaan 1055 1002 956 Kebun/Hutan/Belukar/Lalang 4927 6560 13047 Lain-lain(b) 3715 3750 3651 Jumlah 11,673 13,287 19,881 Nota : (a) – termasuk gudang/sekolah/asrama/institusi/tempat hiburan/hospital dan klinik (b) – termasuk kapalterbang dan kapal laut

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,2003)

6

Page 7: Stpm Pengajian Am Soalan Kertas 2 Set 2

SULIT*

10. Berdasarkan carta, huraikan perubahan tabiat merokok mengikut had umur yang dinyatakan, dan jelaskan mengapa berlaku fenomena tersebut.

MALAYSIA: TABIAT MEROKOK MENGIKUT PERINGKAT UMUR 1980 HINGGA 2000

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan Daripada Buletin Jabatan Kesihatan,2003)

1980

15.39%

20.51%

14.10%15.39%

17.94%

16.67%

1990

13.41%

20.75%

14.63%17.07%

15.85%

18.29%

200016.27%

18.60%

15.11%17.44%

12.79%

19.79%

18 tahun ke bawah19 - 28 tahun29 - 38 tahun39 - 48 tahun49 - 58 tahun59 tahun ke atas

7,800 ribu orang8,200 ribu orang

8,600 ribu orang

Petunjuk

1990

13.41%

20.75%

14.63%17.07%

15.85%

18.29%

1980

15.39%

20.51%

14.10%15.39%

17.94%

16.67%

200016.27%

18.60%

15.11%17.44%

12.79%

19.79%

18 tahun ke bawah19 - 28 tahun29 - 38 tahun39 - 48 tahun49 - 58 tahun59 tahun ke atas

7,800 ribu orang8,200 ribu orang

8,600 ribu orang

Petunjuk

7