jawapan set 2

27
Soalan 1. Jelaskan dua jenis tenaga dalam persekitaran sistem bumi. Terdapat pelbagi jenis tenaga dalam persekitaran sistem bumi. Dua di antaranya ialah tenaga haba dan tenaga kinetik. Ada yang diperkatakan dengan tenaga haba secara umum dapat dikatakan sebagai apa yang dapat dirasa apabila sesuatu objek itu disentuh iaitu rasa panas.Tenaga haba juga berada di dalam sesuatu objek sehingga dibebaskan oleh sesuatu proses yang melibatkan perubahan suhu persekitaran.Diukur dalam unit darjah celcius (° C ). Oleh kerana itu tenaga haba boleh di bahagi kepada dua iaitu tenaga haba rasa dan tenaga haba pendam. Tenaga haba amat berguna dalam menjana kegiatan ekonomi manusia di dalam persekitaran bumi. Tenaga kinetik pula dihasilkan apabila sesuatu jasad itu bergerak dari satu poin ke poin yang lain. Contoh manusia berjalan ke halaman rumah untuk berehat telah terbentuk tenaga kinetik semasa pergerakan tersebut.Sebenarnya tenaga kinetik inilah yang membolehkan suatu kerja dilakukan oleh sesuatu jasad untuk berinteraksi dengan persekitarannya. Kesimpulannya tenaga haba dan tenaga kinetik merupakan antara tenaga yang wujud di persekitaran sistem bumi. Kedua-duanya mempunyai peranan masing-masing dalam persekitaran di mana tenaga itu berada. [ 5 markah ] Jelaskan tentang tenaga dan kaitannya dalam proses kitaran hidrologi. Dalam proses kitaran hidrologi terdapat beberapa jenis tenaga yang boleh dikait dan memainkan peranan penting untuk mengwujudkan kitaran tersebut. Dalam hal ini, tenaga yang terlibat ialah tenaga haba dan tenaga kinetik.Di antara proses kitaran hidrologi yang boleh dijadikan contoh ialah sejatan, sejat pepeluhan, pemeluwapan, kerpasan dan aliran permukaan.

Upload: nisha-gordillo

Post on 25-Jun-2015

948 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jawapan Set 2

Soalan 1.

Jelaskan dua jenis tenaga dalam persekitaran sistem bumi.

Terdapat pelbagi jenis tenaga dalam persekitaran sistem bumi. Dua di antaranya ialah tenaga haba dan tenaga kinetik.

Ada yang diperkatakan dengan tenaga haba secara umum dapat dikatakan sebagai apa yang dapat dirasa apabila sesuatu objek itu disentuh iaitu rasa panas.Tenaga haba juga berada di dalam sesuatu objek sehingga dibebaskan oleh sesuatu proses yang melibatkan perubahan suhu persekitaran.Diukur dalam unit darjah celcius (° C ). Oleh kerana itu tenaga haba boleh di bahagi kepada dua iaitu tenaga haba rasa dan tenaga haba pendam. Tenaga haba amat berguna dalam menjana kegiatan ekonomi manusia di dalam persekitaran bumi.

Tenaga kinetik pula dihasilkan apabila sesuatu jasad itu bergerak dari satu poin ke poin yang lain. Contoh manusia berjalan ke halaman rumah untuk berehat telah terbentuk tenaga kinetik semasa pergerakan tersebut.Sebenarnya tenaga kinetik inilah yang membolehkan suatu kerja dilakukan oleh sesuatu jasad untuk berinteraksi dengan persekitarannya.

Kesimpulannya tenaga haba dan tenaga kinetik merupakan antara tenaga yang wujud di persekitaran sistem bumi. Kedua-duanya mempunyai peranan masing-masing dalam persekitaran di mana tenaga itu berada.

[ 5 markah ]

Jelaskan tentang tenaga dan kaitannya dalam proses kitaran hidrologi.

Dalam proses kitaran hidrologi terdapat beberapa jenis tenaga yang boleh dikait dan memainkan peranan penting untuk mengwujudkan kitaran tersebut. Dalam hal ini, tenaga yang terlibat ialah tenaga haba dan tenaga kinetik.Di antara proses kitaran hidrologi yang boleh dijadikan contoh ialah sejatan, sejat pepeluhan, pemeluwapan, kerpasan dan aliran permukaan.

Proses sejatan merupakan pertukaran cecair kepada wap air .Proses ini bermula apabila tenaga haba dari matahari memanaskan permukaan berair seperti sungai , tasik dan lautan. Sebenarnya proses sejatan memerlukan sejumlah tenaga haba pendam untuk menukarkan air (cecair) kepada wap air ( gas).Sebagai contoh untuk menyejat 1 gram air pada suhu 0 º C memerlukan 600 kalori tenaga haba pendam. Perbezaan tekanan udara permukaan berair yang tinggi berbanding dengan ruang atmosfera yang agak rendah menyebabkan wap air dengan mudah naik ke atas.

Di samping itu proses sejat pepeluhan juga melibatkan kehadiran tenaga haba semasa kehilangan air melalui liang-liang stoma daun. Air tersebut berubah kepada wap air. Proses ini berlaku kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera.Akhirnya, wap air tersebut naik ke ruang atmosfera bagi meneruskan proses kitaran hidrologi selanjutnya.

Page 2: Jawapan Set 2

Pemeluwapan merupakan perubahan wap air kepada cecair akibat penurunan suhu hingga ke takat mengembun ( 0 °C). Biasanya proses ini berlaku apabila semakin tinggi jisim air ( mengandungi banyak wap air) naik suhu di dalamnya semakin turun di mana haba pendam dibebaskan daripada jisim air tersebut.Akibat pembebasan haba pendam tersebut wap air berubah kepada cecair.

Cecair yang terhasil dari proses pemeluwapan yang melibatkan haba pendam itu akan turun dalam bentuk kerpasan ke permukaan bumi. Jenis kerpasan yang turun bergantung kepada persekitarannya sama ada hujan, salji, hujan batu, hujan beku ataupun embun.Tenaga kinetik akan terbentuk semasa kerpasan turun ke permukaan bumi.

Kerpasan yang turun, terutama dalam bentuk hujan akan membentuk aliran permukaan di permukaan bumi. Pergerakan aliran permukaan ini melibatkan kehadiran kenaga kinetik dalam mengerakkan aliran air itu. Aliran air itu akan terus membentuk sungai dan mengalir ke laut serta lautan untuk meneruskan kitaran hidrologi .

Kesimpulannya, kitaran hidrologi ini akan terus berulang selagi ada adanya bekalan jisim air dan dibantu kehadiran tenaga haba dan tenaga kinetik.Proses kitaran hidrologi yang berterusan ini akan mengekalkan kepentingan air kepada hidupan di bumi sama ada , manusia, haiwan ataupun tumbuhan.

[ 10 markah]

Huraikan kepentingan tenaga matahari kepada aktiviti manusia di kawasan tropika.

Kepentingan tenaga matahari kepada aktiviti manusia di kawasan tropika dapat dilihat melalui aktiviti pertanian, pelancongan, industri desa, pembalakan dan ternakan .

Kepentingan tenaga matahari kepada kegiatan pertanian di kawasan tropika amat jelas dilihat. Hal ini disebabkan pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun, tanpa adanya empat musim.Dengan penerimaan tenaga matahari sepanjang tahun membolehkan penanaman padi dijalankan dua kali setahun. Contoh di Dataran Kedah dan Delta Kelantan.

Selain itu, aktiviti pelancongan juga dapat dikaitkan dengan tenaga matahari. Hal ini disebabkan penerimaan matahari sepanjang tahun di kawasan tropika membolehkan pelancong dari luar negara menjalankan aktiviti berjemur di tepi pantai. Aktiviti berjemur ini merupakan salah satu sebab golongan pelancong itu datang melancong ke kawasan tropika.Contohnya, di Pantai Cherating dan Pantai Teluk Cempedak di Pahang.

Aktiviti industri desa atau IKS terutama yang melibatkan aktiviti berjemur amat memerlukan kehadiran matahari. Hal ini disebabkan tenaga matahari diperlukan dalam proses pembuatan beberapa jenis industri desa. Contohnya , Industri membuat keropok, Industri membuat ikan masin dan industri membuat kain batik.

Page 3: Jawapan Set 2

Kepentingan tenaga matahari juga dapat dilihat semasa aktiviti pembalakan di kawasan tropika. Hal ini disebabkan matahari diperlukan dalam aktiviti mengeluarkan kayu balak dari hutan. Kayu balak akan terhenti pengeluarannya semasa musim hujan kerana jalan tanah merah untuk membawa kelaur balak tersebut becak dan tidak boleh dimasuki. Aktiviti membawa keluar kayu balak tersebut hanya di sambung selepas musim hujan di mana jalan kering dengan kehadiran semula tenaga matahari.

Ternakan merupakan satu kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan tropika. Hal ini disebabkan kehadiran matahari membolehkan rumput yang menjadi makanan kepada haiwan ternakan dapat hidup subur. Rumput tersebut boleh menjalankan proses fotosentisis dengan bantuan matahari untuk membuat makanannya sendiri. Kesuburan tanaman rumput ini membolehkan haiwan ternakan membesar dan membiak dengan baik.

Kesimpulannya,tenaga matahari merupakan punca yang mengerakkan hidupan di bumi.Tanpa matahari hidupan di bumi akan mati.Tenaga matahari bukan sahaja penting kepada aktiviti manusia, tetapi matahari menghasilkan kerpasan untuk hidupan di bumi. Matahari membentuk makanan kepada tumbuhan dengan proses fotosintsis.

[ 10 markah]

Soalan 2

Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa kimia ?

Proses yang dialami oleh batuan iaitu proses pereputan, penghancuran dan penyepaian batuan secara insitu hasil daripada tindakan dengan agen luluhawa seperti suhu dan hujan atau salji di mana berlaku perubahan kandungan kimia dan saiz batuan menjadi kecil sehinggga tidak lagi merupai sifat asalnya.Terdapat beberapa proses iaitu pengkarbonan, pengoksidaan, hidrolisis dan penghidratan.[5 markah ]

b) Nyata dua proses luluhawa kimia dan terangkan empat faktor yang mempengaruhi luluhawa

Dua proses luluhawa kimia ialah pengoksidaan dan pengkarbonan. Proses pengoksidaan melibatkan tindak balas oksigen dengan batuan.Batuan yang mengandungi besi akan bertindak belas dengan oksigen lalu menghasilkan apa yang dikenali sebagai besi dioksida atau apa yang sering disebutkan sebagai tanih laterit.

Manakala proses pengkarbonan pula melibatkan tindak balas kalsium dioksida dengan gas karbon dioksida di kawasan batu kapur yang menghasilkan bentuk muka bumi karst yang menarik.

Page 4: Jawapan Set 2

Empat faktor yang mempengaruhi luluhawa ialah kekerasan batuan, rekahan batuan, iklim dan cuaca dan tindakan manusia.

Kekerasan batuan yang berbeza boleh mempengaruhi luluhawa. Kekerasan batuan berbeza mngikut jenis. Contohnya batu ingeus seperti granit dan gabro adalah batuan keras, agak sukar terluluhawa dan memerlukan jangka masa yang lama untuk terluluhawa. Manakala batuan enapan seperti batu pasir dan batu kapur lebih lembut dan lebih mudah terluluhawa dengan kehadiran agen luluhawa seperti air hujan.

Rekahan batuan turut membantu dan menambah aktifkan luluhawa. Rekahan tersebut merupakan garis kelemahan yang terdapat pada batuan dan membenarkan kehadiran air hujan dan udara memasuki batuan tersebut.Contohnya rekahan pada batu kapur menyebabkan proses pengkarbonan berlaku dan terbentuk pandang darat karst iaitu pembentukan dolin,gua dan sungai bawah tanah.

Faktor iklim dan cuaca juga turut merupakan faktor yang mempengaruhi luluhawa. Faktor tersebut melibatkan unsur cuaca seperti jumlah karpasan,pancaran matahari dan julat suhu harian sesuatu kawasan. Kawasan beriklim khatulistiwa mempunyai suhu panas dan lembap sepanjang tahun dengan jumlah hujan yang banyak melebihi 2600 mm setahun dan kehadiran pancaran matahari melebihi 6 jam sehari secara purata. Ciri-ciri cuaca dan iklim yang sedemikan menyebabkan luluhawa kimia amat berkesan di kawasan khatulistiwa..Sebaliknya, di kawasan beriklim gurun jumlah kerpasan kurang dan julat suhu harian yang tinggi. Ciri-ciri iklim dan cuaca yang sedemikian menggalakkan berlakunya luluhawa fizikal.

Tindakan manusia juga turut mempengaruhi luluhawa dengan kegiatan ekonomi yang berlaku secara berleluasa dan tanpa kawalan. Manusia mendedah batuan dengan agen luluhawa di permukaan bumi. Aktiviti manusia yang terlibat seperti pembalakan, perlombongan dan pertanian.Manusia melonggarkan struktur tanih dengan pelbagai kegiatan yang dijalankan itu sehingga memudahkan berlakunya luluhawa seperti pelepasan tekanan dan pecahan bongkah.

Kesimpulannya, proses luluhawa berlaku di seluruh dunia dan dipengaruhi oleh faktor yang terdapat di persekitarannya sama ada faktor fizikal secara semulajadi atau faktor manusia sendiri. Kedua-dua faktor ini amat kuat mempengaruhi proses luluhawa yang kadang-kadang mendatangkan kebaikan kepada manusia seperti terbentuknya pandangan darat yang baru dan membantu dalam pembentukan tanih yang subur.

[ 10 markah ]

c) Huraikan kepentingan luluhawa terhadap alam sekitar manusia

Kepentingan luluhawa terhadap alam sekitar manusia dapat dilihat jelas pada kegiatan pertanian, perindustrian, pelancongan, perlombongan dan keagamaan.

Di bidang pertanian kepentingan luluhawa jelas dilihat semasa membentuk tanih . Hal ini disebabkan luluhawa menghasilkan tanih yang subur untuk penanamanan hasil pertanian. Tanih laterit terbentuk daripada proses luluhawa pengoksidaan

Page 5: Jawapan Set 2

sangat sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit di kawasan tanah pamah yang beralun di kaki bukit.Contoh Jengka di Pahang dan Segamat di Johor.

Kepentingan luluhawa juga dapat dilihat pada aktiviti perindustrian.Hal ini disebabkan, luluhawa boleh mengwujudkan industri seramik.Tanih kaolin hasil daripada proses hidrolisis iaitu salah satu contoh luluhawa kimia boleh dijadikan bahan membuat pasu, tembikar dan jubin. Contohnya Kuala Kangsar di Perak dan Ayer Hitam di Johar merupakan pusat pembuatan hasil tembikar yang terkenal di Malaysia.

Kegiatan pelancongan juga berkait rapat dengan luluhawa kimia. Hal ini disebabkan luluhawa pengkarbonan akan menghasilkan pandangan darat karst yang membentuk gua, stalagmite,stalaktif, tiang kalsit, dan sungai bawah tanah yang unit dan menarik. Pandang darat karst ini merupakan tempat yang menjadi tarikan pelancong contoh Gua Niah dan Gua Mulu.

Aktiviti perlombongan tidak kuarang pentingnya untuk dikaitkan dengan luluhawa Hal ini disebabkan struktur batuan yang lemah memudahkan aktiviti perlombongan dijalankan. Contohnya perlombongan bijih timah diLembah Klang dan Lembah Kinta dapat menjalaskan perkara tersebut. Bijih timah jenis lanar yang dilombong di ke dua-dua kawasan tadi iaitu di kawasan tanah lanar yang telah mengalami proses luluhawa makenikal sebelum dihakis dan diangkut oleh air sungai di kawasan tersebut.

[ 10 markah]

3A i ) Apakah yang dimaksudkan dengan profil rentas sungai ?

Maksud profil rentas sungai ialah bentuk alur sungai iaitu pandangan yang dapat dilihat dari tebing ke dasar alur sungai hingga ke tebing satu lagi di sepanjang bahagian sungai. Secara umum terdapat tiga bentuk profil rentas sungai yang nyata iaitu bentuk V, bentuk U dan bentuk U lebar

[5 markah] ii) Huraikan faktor yang mempengaruhi profil rentas sungai.

Profil rentas sungai boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor. Di antara faktor tersebut ialah iklim, jenis batuan, kecerunan, litupan tumbuhan dan tindakan manusia. Semua ini boleh menyebabkan terdapat perbezaan bentuk profil sungai disepanjang alur sungai yang tertentu.

Iklim merupakan penyebab berlakunya pelebaran kepada profil rentas sungai, terutamanya jumlah air hujan yang turun. Kawasan yang kerap kali menerima hujan yang lebat menyebabkan isipadu air di dalam alur sungai bertambah. Hal ini menyebabkan air yang banyak di dalam alur itu akan menghakis dan melebarkan lagi profil rentas sungai. Profil yang pada asalnya berbentuk V akan berubah kepada bentuk U dan U lebar akibat isipadu air yang banyak di dalam alur sehingga berlakunya hakisan melebar di tebing sungai.

Page 6: Jawapan Set 2

Jenis batuan juga mempengaruhi profil rentas sungai. Hal ini disebabkan jika batuan pada alur sungai terdiri daripada batuan keras bentuk profil sungai yang wujud ialah profil bentuk V. Kekerasan batuan menyebabkan bentuk alur tersebut dapat dikekalkan dalam jangka masa yang panjang daripada dihakis oleh proses hakisan.Manakala jika batuan terdiri daripada batuan lembut profil rentas yang wujud mungkin berbentuk U dan U lebar kerana batuan jenis ini mudah terhakis dengan cepat.

Sungai mempunyai kecerunan yang berbeza dan ini boleh mempengaruhi profil rentas sungai. Hal in disebabkan di bahagian hulu sungai kecerunan sungai adalah cerun dan di bahagian hilir mempunyai kecerunan yang landai. Perbezaan kecerunan ini menyebabkan sungai di bahagian hulu mempunyai profil rentas berbentuk V dan di bahagian hilir pula berbentuk U dan U lebar.

Litupan tumbuhan di sekitar alur sungai juga mempengaruhi profil sungai. Hal ini disebabkan litupan tumbuhan di sekitar kawasan sungai boleh menghalang air hujan daripada menghakis tebing sungai dan mengekalkan bentuk profil asal sungai sama ada berbentuk V atau U. Jika sekiranya kekurangan litupan tumbuhan akan berlaku perubahan kepada profil rentas sungai, contohnya profil rentas V boleh berubah kepada profil U kerana air hujan akan turun tanpa halangan dan menghakis tebing sungai apabila isipadu air sungai bertambah.

Manusia juga merupakan agen paling besar dalam mengubah profil rentas sungai dengan aktiviti yang dijalankan atas nama kepentingan ekonomi. Hal ini menyebabkan tebing sungai terganggu dengan kegiatan yang dijalankan di sekitar sungai seperti pembalakan dan pembinaan jalan raya serta pertanian.Contohnya kegiatan pembalakan menyebabkan permukaan bumi mengalami hakisan permukaan dan dialirkan ke sungai. Ketika ini aliran air permukaan akan menganggu tebing sungai dan akan melebarkan lagi bentuk profil sungai.

Kesimpulannya, banyak faktor yang menpengaruhi profil sungai dan faktor ini sebenarnya saling berkaitan. Malahan akibat daripada itu, akan membentuk profil sungai yang berbeza di sepanjang sungai.

[ 10 markah] iii) Jelaskan lima kepentingan bentuk muka bumi sungai terhadap alam sekitar manusia.

Terdapat pelbagai bentuk muka bumi sungai seperti air terjun, dataran banjir, tetambak, tasik ladam dan pulau sungai. Kesemuanya mempunyai kepentingan kepada alam sekitar manusia yang dikaitkan dengan aktiviti pelancongan, pertanian, pengangkutan, ternakan dan perlombongan.

Air terjun merupakan bentuk muka bumi sungai yang mempunyai kepentingan dari segi pelancongan. Hal ini disebabkan, air terjun merupakan tempat yang boleh menarik minat pengunjung untuk berkelah dan berehat. Kesegaran dan suasana yang damai serta airnya yang deras menyebabkan bentuk muka bumi ini nampak unik dan menarik.Contohnya Air Terjun Kota Tinggi di Johor dan Air Terjun Sekayu di Terengganu.

Page 7: Jawapan Set 2

Kegitan pertanian juga boleh dikaitkan dengan bentuk muka bumi sungai. Bentuk muka bumi yang dimaksudkan ialah dataran banjir. Hal ini disebabkan, dataran banjir merupakan bentuk muka bumi yang kaya dengan tanih alluvium yang subur untuk penanaman padi dan bentuknya yang rata memudahkan air untuk bertakung. Padi memerlukan jumlah air yang banyak ketika proses pertumbuhannya supaya dapat menghasilkan buah padi yang banyak dan berkualiti. Contohnya, Dataran Kedah Perlis yang merupakan ‘Jelapang Pad’i bagi Malaysia.

Jalinan jalan raya juga boleh dikaitkan dengan kepentingan bentuk muka bumi sungai. Hal ini disebabkan tetambak merupakan satu jaluran kawasan yang tinggi dan jauh daripada ancaman banjir. Keadaan semula jadinya yang sedemikan menyebabkan jalan raya yang merupakan salah satu daripada pengangkutan darat dapat dibina dengan mudah dan lebih selamat di atas tetambak tersebut.

Ternakan ikan air tawar boleh dijalankan di kawasan tasik ladam yang terbentuk di sepanjang aliran sungai yang tertrntu. Hal ini disebabkan tasik ladam merupakan tasik semulajadi yan dalam dan tenang. Keadaannya yang sedemikan telah menarik minat dan memudahkan pengusaha ikan air tawar untuk menternak ikan di tasik tersebut.

Pulau sungai merupakan salah satu bentuk muka bumi pemendapan sungai yang kaya dengan pasir yang diperlukan oleh sektor pembinaan. Hal ini menyebabkan ramai pengusaha telah menjalankan kegiatan perlombingan pasir di kawasan tersebut. Pasir yang membentuk pulau sungai akan dikorek dan dijual kepada pengusaha yang terlibat dengan sektor pembinaan. Comtohnya pulau sungai yang boleh dijumpai di bahagian hilir sungai Terengganu berhampiran dengan muara sungai Terengganu.

Kesimpulannya, dengan kewujudan bentuk muka bumi sungai secara tidak langsung akan mempunyai kepentinga kepada manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup manusia. Namun demikian, ianya boleh memusnahkan bentuk muka bumi sungai itu sendiri jika diterokai dengan berleluasa tanpa batasan kepentinga terhadap alam sekitar manusia.

[ 10 markah]

3B i) Apakah yang dimaksudkan dengan zon pinggir pantai?

Zon pinggir bantai ialah merupakan zon yang dipengaruhi oleh tindakan ombak dan terdiri daripada batuan keras , timbunan pasir ,lumpur dan kelodak yang membentuk bentuk muka bumi hakisan dan pemendapan ombak seperti tanjung dan teluk, tombolo dan pentas hakisan ombak.

[3 markah] ii) Nyatakan tiga jenis bentuk muka bumi pemendapan di zon pinggir pantai.

Tiga bentuk muka bumi pemendapan di zon pinggir pantai ialah pantai, tombolo dan tetanjung.Pantai merupakan zon yang terletak antara takat air surut dangan takat air pasang. Terdiri daripada pantai berpasir, berlumpur atau berbatu yang mempunyai kecerunan yang berbeza.

Page 8: Jawapan Set 2

Tombola pula merupakan satu jaluran beting pasir yang menghubung pulau dengan tanah besar atau daratan. Boleh dilihat semasa air surut dan tenggelam ketika air pasang. Panjangnya boleh mencapai sehingga lebih 1 km.Tetanjung atau anak tanjung merupakan beting pasir yang sebahagiannya bersambung dengan daratan dan bahagian lainnya melengkung dan menganjur ke laut disebabkan tindakan penimbunan ombak dan arus pesisir pantai pada bahagian. [ 3 markah] iii) Jelaskan proses pembentukan tiga bentuk muka bumi yang telah anda pilih dalam ( ii) di atas.Pantai terbentuk daripada proses tindakan ombak membina yang mengangkut dan menimbun pasir, lumpur dan kelodak daripada hasil hakisan sungai dan dasar laut disekitarnya. Ombak membina yang bertindak secara damparan yang perlahan akan membantu membentuk pelbagai jenis pantai bergantung dengan jenis batuan, jumlah bahan yang dimendap dan kecerunan pantai tersebut.Tombolo terbentuk daripada penimbunan pasir di kawasan antara daratan dan pulau yang tenang dari tindakan ombak pembinasa. Tindakan ombak yang lemah akan memendapkan bahan mendapan yang mana lama kelamaan akan memanjang dan bertambah banyak sehingga boleh menghubungkan dataran dengan pulau tersebutPembentukan tetanjung banyak dikaitkan dengan tindakan arus pesisir pantai yang mengangkut bahan mendapan di sepanjang garisan pantai dan membentuk tetanjung yang memanjang ke arah laut dan bersambung dengan daratan. Tetanjung akan menjadi lebih besar akibat pertambahan bahan mendapan dan tindakan arus pesisiri pantai yang berlaku secara berterusan dan berulang

[ 9 markah]

iv) Huraikan kebaikan proses pemendapan ombak terhadap kegiatan ekonomi di pinggir pantai.

Proses pemendapan ombak menghasilkan pelbagai bentuk muka bumi seperti pantai, tombolo, lagun dan tetanjung menunjukkan kebaikan proses pemendapan terhadap kegiatan ekonomi di pinggir pantai seperti pelancongan, ternakan ikan dalam sangkar, perlombongan pasir , menjemur hasil laut dan perniagaan hasil kraf tangan.

Pinggir laut merupakan detinasi pelancongan yang amat menarik bagi pelancongan yang mementingkan alam semula jadi. Hal ini disebabkan kewujudan bentuk muka bumi yang unik dan menarik di kawasan tersebut. Pantai berpasir yang dihasilkan oleh proses pemendapan memiliki air yang jernih dapat menarik kedatangan pelancong ke tempat tersebut. Misalnya, pantai Tanjung Jara di Terengganu.

Bagi memajukan industri perikanan, terutama untuk meningkatkan pendapatan golongan nelayan ternakan ikan dalam sangkar dijalankan di kawasan pinggir pantai. Hal ini disebabkan kawasan lagun yang dihasilkan oleh proses pemendapan amat sesuai dijadikan kawasan ternakan ikan dan hidupan laut yang lain. Kawasan tersebut bebas daripada tindakan ombak yang boleh membinasakan lokasi ternakan ikan.

Page 9: Jawapan Set 2

Kawasan pantai yang dihasilkan oleh proses pemendapan amat kaya dengan pasir menjadi lokasi perlombongan pasir. Hal ini disebabkan kegiatan perlombongan pasir begitu penting untuk kemajuan dan kepesatan pembangunan sesuatu kawasan. Pasir merupakan salah satu komposisi dalam membuat konkrit bagi bahan binaan bangunan.Oleh itu, dengan adanya pasir dilombong akan mendatangkan pulangan yang lumayan kepada industri perlombongan dan pembinaan di Malaysia.

Pantai yang dihasikan oleh proses pemendapan boleh dijadikan lokasi menjemur hidupan laut atau kegiatan IKS. Hal ini disebabkan pantai mempunyai pasir yang luas dan rata amat sesuai dijadikan kawasan menjemur ikan masin.Oleh itu industri IKS ini dapat diperkembangkan untuk membantu golongan nelayan memperolehi pendapatan tambahan dan meningkatkan taraf hidup mereka

Pantai juga dapat dijadikan lokasi kegiatan ekonomi berbentuk aktiviti perniagaan yang menjadi tumpuan pelancong untuk memberi kemudahan kepada pengunjung. Di kawasan pantai didirikan gerai-gerai untuk menjual hasil kraf tangan tempatan untuk dijual dan diperkenalkan kepada pengunjung yang datang melancong ke kawasan pantai tersebut. Kesimpulannya, bentuk muka bumi yang dihasilkan oleh proses pemendapan banyak menghasilkan kebaikan kepada kegiatan ekonomi di kawasan pinggir pantai..Aktiviti tersebut boleh mendatangkan faedah dan manafaat kepada penduduk atas sebab kebaikannya terhadap pendapatan penduduk dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk.

[ 10 markah]4. Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di sebuah bandar,

a) Nyatakan, tiga kaedah dan dua objektif kajian yang telah anda pilih untuk menjalankan kajian di kawasan tersebut.

Lokasi kajian yang dipilih ialah bandaraya Kuala Lumpur.

Tiga kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian di Kuala Lumpur ialah,

Kaedah Rujukan melalui internet dan buku rujukan.Kaedah Soal selidik dalam kalangan penduduk di bandaraya tersebut.Kaedah Pemerhatian yang dijalankan di sekitar bandaraya tersebut.

Selain daripada itu dua objektif yang telah dipersetujui semasa menjalankan kajian ialah.

Menjelaskan kesan pencemaran udara terhadap alam sekitar di kawasan kajian terutama kesan kapada manusia. Menghuraikan denga teliti langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan masalah pencemaran udara di kawasan kajian.

[ 5 markah]

Page 10: Jawapan Set 2

b) Jelaskan kesan pencemaran udara terhadap alam sekitar di kawasan kajian.

Kesan pencemaran udara terhadap alam sekitar di kawasan kajian ialah peningkatan suhu setempat, kadar jumlah hujan meningkat, berlaku kejadian jerebu, kesihatan penduduk terjejas dan berlaku ketidak selesaan kepada penduduk.

Pencemaran udara menyebabkan peningkatan suhu setempat. Hal ini disebabkan udara di bandaraya Kuala Lumpur telah dipenuhi oleh gas karbon dioksida. karbon monoksida, asap dan debu-debu daripada kenderaan dan kilang-kilang serta kawasan pembinaan yang terdapat di sekitarnya.Gas-gas dan asap serta debu itu akan menyerap bahangan matahari dan menghalang bahangan bumi keluar daripada ruang atmosfera bumi. Keadaan ini akan meningkatkan suhu di kawasan tersebut.

Asap dan debu yang begitu banyak di ruang atmosfera Kuala Lumpur turut menyebabkan kadar jumlah hujan meningkat. Hal ini disebabkan asap dan debu-debu yang banyak itu mampu bertindak sebagai nukleus hidrokopik untuk membantu dan mempercepatkan proses pembentukan awan untuk menurunkan hujan yang lebat di kawasan kajian. Dan, jumlah hujan yang lebat itu secara tidak langsung menyebabkan sering kali berlakunya banjir kilat di bandaraya Kuala Lumpur.

Kejadian jerebu acapkali berlaku di Kuala Lumpur. Hal ini disebabkan jumlah asap dan debu yang banyak serta peningkatan suhu setempat yang sukar untuk dikurangkan. Asap dan debu akan memenuhi ruang udara Kuala Lumpur.Sebenarnya asap dan debu ini bukan sahaja berasal dari kawasan sekitarnya , malahan diburukkan oleh kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan Indonesia yang mana asap hasil daripada kebakaran hutan di bawa ke sini oleh tiupan angin monsun setiap tahun. Akhirnya Kuala Lumpur terus diburukkan lagi dengan masalah jerebu yang semakin hari semakin sukar untuk dielakkan.

Pencemaran udara ini turut menjejas kesihatan manusia terutamanya yang tinggal di bandaraya ini. Hal ini disebabkan ruang atmosfera dipenuhi dengan asap dan debu. Asap dan debu ini akan mengganggu sistem pernafasan dan sistem paru-paru manusia kerana mengandungi toksik yang akan disedut dan diserap oleh paru-paru. Akhirnya manusia akan mengalami sukar untuk bernafas, sakit paru-paru, lelah dan sakit jantung yang serius.

Di samping itu, pencemaran juga menyebabkan ketidak selesaan kepada penduduk untuk menjalani kehidupan harian. Manusia akan bekerja dalam keadaan panas dan tidak selesa. Mereka juga sukar untuk menjalani aktiviti riadah di luar atau di rumah kerana keadaan cuaca yang panas dan udara yang tercemar. Akhirnya kualiti hidup penduduk akan menurun dan acap kali berlaku perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan dan sikap mementingkan kepentingan diri sendiri.

Kesimpulanya,kesan pencemaran udara terhadap alam sekitar Kuala Lumpur boleh dilihat pada dua sudut utama iaitu alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Sekiranya alam sekitar fizikal terganggu secara lansung alam sekitar manusia juga turut terjejas.

[ 10 markah ]

Page 11: Jawapan Set 2

c) Huraikan langkah-langkah mengurangkan masalah pencemaran udara di kawasan kajian.

Bagi mengurangkan masalah pencemaran udara di kawana kajian beberapa perkara boleh dititik beratkan. Di antaranya kuat kuasa undang-undang, mengadakan kempen, pendidikan, menggunaan kenderaan awam dan menggunakan sumber tenaga mesra alam perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Menguat kuasakan undang-undang yang sedia ada boleh mengurangkan masalah pencemaran udara. Hal ini disebabkan dengan menguat kuasa undang-undang sahaja pesalah boleh dijatuhkan hukuman dan dapat mengurangkan masalah pencemaran .Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dipinda pada 1 Julai 1998 boleh menjelaskan lagi hukuman yang dikenakan kepada pesalah yang melanggar peraturan yang sedia ada. Dengan melaksanakan kuat kuasa undang-undang ini sesiapa yang melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 10 000 dan di penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kempen juga boleh dilaksanakan untuk mengurangkan masalah pencemaran udara ini. Hal ini disebabkan kempen boleh menimbulkan kesedaran dan menanam sikap tanggung jawab kepada diri individu dan masyarakat untuk menjaga alam sekitar dari dicemari Kempen berkongsi kereta dan mengguna petroleum tanpa plumbun boleh menyedarkan manusia bertapa pentingnya menjaga udara di kawasan sekitar untuk mengekalkan kualiti udara yang digunakan setiap hari bagi meningkatkan kualiti hidup dalam masyarakat. Pendidikan yang diberi kepada kanak-kanak dan remaja di sekolah akan membantu mengurangkan masalah pencemaran udara . Hal ini disebabkan kanak-kanak dan remaja telah didedahkan punca berlakunya masalah tersebut dalam mata pelajara Kajian Tempatan Geografi dan Sains. Dengan ini dapat menanam kesedaran pada mereka sejak diperingkat awal dan akan menjadi satu budaya yang menjadi amalan dam masyarakat.

Banyak daripada punca pencemaran udara disebabkan oleh asap kenderaan. Hal ini disebabkan, penduduk yang padat dan ramai di Kuala Lumpur memiliki kenderaan sendiri untuk berulang alik ke tempat kerja. Ini bukan sahaja menyebabkan kesesakan lalu lintas tetapi boleh menyebabkan pencemaran udara. Oleh itu, penggunaan pengangkutan awam mengantikan kenderaan sendiri bolah mengurangkan masalah pencemaran udara . Contoh menggunaan bas, LTR dan Komuter.

Asap kenderaan dikatakan merupakan punca utama pencemaran udara di Kuala Lumpur. Hal ini disebabkan, bahan api yang digunakan untuk menggerakan kenderaan merupakan bahan api fosil yang banyak mengeluarkan asap. Oleh itu, bahan tersebut perlu diganti dengan sumber tenaga mesra alam yang tidak mengeluarkan asap dan gas tercemar yang boleh mencemari udara. Contohnya, penggunaan tenaga solar dan enaga elektrik.

Kesimpulannya, pencemaran udara boleh diatasi dengan adanya kesedaran dan sikap tanggung jawap tentang kepentingan penjagaan alam sekitar. Manusia bukan sahaja hanya mementingkan keselesaan dan keuntungan sendiri tetapi harusnya mementingkan kualiti hidup masyarakat untuk meneruskan kelansungan hidup.

[ 10markah]

Page 12: Jawapan Set 2

5. a) Dengan merujuk kepada jadual di atas, hitung julat suhu tahunan,kawasan X dan kawasan Y

Pengiraan julat suhu tahunan.

Formula : Julat Suhu = suhu maksimum – suhu minimum.

Julat Suhu Tahunan Kawasan X30°C - 26°C = 4°C.

Julat Suhu Tahunan Kawasan Y27°C - 24°C = 3°C.

[ 5 markah ]b) Berdasarkan maklumat dalam jadual di atas, lukis graf garisan yang sesuai untuk menunjukkan suhu bulanan di stesen kaji cuaca X dan Y.

( graf akan di lukis kemudian)[ 12 markah]

c) Jelaskan bagaimana suhu di kawasan X dan Y boleh terganggu kesan daripada kegiatan manusia di kawasan tersebut.

Suhu di kawasan X dan Y boleh terganggu kesan daripada kegiatan manusia di kawasan tersebut yang mana boleh meningkatkan suhu di kawasan itu. Di antara kegiatan manusia yang boleh diperjelaskan ialah kegiatan pembalakan, pertanian, perindustrian dan pembinaan.Kegiatan pembalakan yang dijalankan secara berleluasa boleh mengakibatkan suhu di kawasan X dan Y terganggu. Hal ini disebabkan tanpa adanya tumbuhan kadar kelembapan udara akan berkurangan. Daun tumbuhan mampu melembapkan udara dengan kehadiran wap air semasa proses sejat pepeluhan dijalankan oleh ruang stomata daun tumbuhan. Tetapi kegiatan pembalakan telah memusnahkan semua tumbuhan di hutan sehinggakan tidak berlaku lagi proses sejat pepeluhan dan suhu kawasan sekitar akan meningkat.

Penebangan kawasan hutan untuk dijadikan kawasan pertanian juga mampu mengganggu keadaan suhu di kedua-dua kawasan X dan Y. Hal ini disebabkan. semasa proses penebangan hutan berlaku peningkatan suhu kerana proses untuk menggantikan kawasan pembalakkan ke kawasan pertanian memakan masa yang agak lama . Kawasan tersebut akan mengalami peningkatan suhu kerana merupakan kawasan lapang yang kekurangan tumbuhan dan matahari boleh memancar terus ke bumi tanpa halangan dari tumbuahan yang menjadi pelindung bagi permukaan bumi itu.

Jika sekiranya di kawasan X dan Y memiliki kegiatan perindustrian suhu di kawasan ini juga boleh terganggu. Hal ini disebabkan, asap dan gas tercemar daripada kilang tersebut

Page 13: Jawapan Set 2

mampu menyerap dan memerangkap haba di ruang udara dan terus menyebabkan suhu meningkat.

Kawasan X dan Y mungkin juga merupakan kawasan yang sedang dibangun dan dimajukan. Hal ini menyebabkan banyak dijalankan kegiatan pembinaan bangunan dan jalan raya.Pembinaan bangunan dan jalan raya daripada simin dan batu boleh menyebabkan berlakunya peningkatan suhu. Bahan tersebut mampu menyerap haba dan secara tidak langsung suhu sekitar akan meningkat apabila haba itu dilepaskan terutamanya pada waktu malam.

[ 8 markah]

6. a) Apakah yang dimaksudkan dengan air tanih ?

Air tanih bermaksud air yang berada dipermukaan bawah tanah di dalam kerak bumi, berpunca daripada air hujan yang meresap melalui ruang rongga tanah dan di simpan di dalam di zon tepu di bawah tanah.Merupakan sumber terbesar untuk bekalan air tawar dunia dan sumber air bagi sungai yang mengalir di permukaan bumi.

[ 5 markah] b) Huraikan faktor yang mempengaruhi air tanih

Faktor yaqng mempengaruhi air tanih ialah iklim , litupan tumbuhan, kecerunan permukaan, jenis tanih dan tindakan manusia.

Iklim merupakan faktor yang terpenting mempengaruhi air tanih. Hal ini disebabkan iklim terutama hujan merupakan punca bekalan air tanih. Jika sekiranya kawasan tersebut memiliki jumlah hujan yang banyak air bawah tanihnya akan banyak dan meningkat dengan banyaknya.Zon tepunya hanya berada beberapa meter sahaja dari permukaan bumi. Contoh kawasan beriklim khatulistiwa seperti Malaysia mempunyai jumlah hujan tahunan yang tinggi dan banyak iaitu melebihi 2600 mm setahun.

Litupan tumbuhan di permukaan bumi juga dikaitkan dengan jumlah air bawah tanih. Hal ini disebabkan tumbuhan akan meningkatkan kadar susupan air hujan ke dalam tanah dengan banyaknya.Cegatan silara tumbuhan yang padat dan berbentuk kanopi boleh , menghalang air hujan daripada terus jatuh ke lantai hutan. Pintasan oleh akar akan memperlahankan kadar larian air permukaan dan membenarkan kadar sesapan air ke bawah tanah dengan lebih tinggi. Oleh itu kawasan yan mempunyai jumlah tumbuhan yang benayak akan mempunyai jumlah air bawah tanih yang banyak.

Kecerunan permukaan bumi juga boleh mempengaruhi jumlah air bawah tanih. Hal ini disebabkan permukaan bumi bercerun landai kadar susupan air hujan adalah tinggi kerana pengaliran air permukaan adalah perlahan. Oleh itu jumlah air bawah tanah kawasan itu adalah tinggi berbanding dengan kawasan bercerun curam.

Jenis tanih juga mempengaruhi jumlah air bawah tanih. Hal ini disebabkan kadar susupan air bawah tanih bergantung kepada jenis tanih yang terdapat di sesuatu kawasan itu.Jenis tanah berpasir dan gambut, kadar keporosannya adalah tinggi dan kadar susupan air bawah tanih adalah tinggi untuk membentuk air bawah tanih. Sebaliknya tanih jenis tanah liat

Page 14: Jawapan Set 2

mempunyai ruang rongga yang kecil dan kadar susupan air bawah tanih adalah rendah untuk membentuk air bawah tanih.

Tindakan manusia melalui aktiviti manusia yang dikaitkan dengan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh manusia juga boleh mempengaruhi kadar air bawah tanih. Hal ini disebabkan, aktiviti manusia telah memusnahkan banyak tumbuhan di permukaan bumi untuk menjalankan aktiviti pertanian , pembalakan dan perlombongan. Dengan musnahnya tumbuhan ataupun hutan kadar susupan air bawah tanah untuk membentuk air bawah tanih akan berkurangan.

Kesimpulannya, faktor alam yang ada di sesuatu kawsan itu secara semula jadi dan tindakan manusia boleh mempengaruhi jumlah air bawah tanih.Jumlah air bawah tanih amat penting kepada hidupan di bumi untuk membolehkan manusia meneruskan kelangungan hidup mereka.

[ 10 markah]

c) Jelaskan kepentingan sumber air kepada aktiviti manusia.

Sumber air amat penting kepada aktiviti manusia. Antara aktiviti yang dapat dikaitkan dengan sumber air tersebut ialah aktiviti pertanian, perlombongan ,perindustrian,domestik dan ternakan .

Aktiviti pertanian amat memerlukan sumber air. Hali ini disebabkan air amat penting dalam proses pertumbuhan sesuatu tanaman yang ditanam oleh petani. Padi contohnya memerlukan bekalan air yang banyak dan memerlukan air yang bertakung untuk membolehkan padi tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil buah padi yang bermutu dan berkualiti. Tanpa air padi tidak boleh tumbuh dengan baik dan akan mati, begitu juga tanaman lain semuanya memerlukan air untuk pertumbuhannya yang subur.

Kepentingan air juga dapat dilihat semasa kegiatan perlombongan dijalankan. Hal ini disebabkan air diperlukan dalam proses perlombongan tersebut. Contohnya, lombong bijih timah yang dijalankan secara pam kelikir memerlukan jumlah air yang banyak. Air diperlukan untuk mengepam dan meruntuhkan kawasan bukit yang mempunyai bekalan bijih timah bagi mendapatkan bijih timah tersebut.Begitu juga semasa pengasingan bijih timah dengan bahan sampingan yang lain seperti tahi bijih ( amang) untuk mendapatkan bijih timah memerlukan air yang banyak.

Perindustrian juga memerlukan sumber air yang banyak untuk menlancarkan lagi kegiatan tersebut. Hal ini disebabkan, air merupakan komponen utama dalam proses pembuatan sesuatu sumber pengeluaran, terutama industri berasaskan air. Contohnya,industri membuat minuman dan membuat kertas. Dalam industri membuat minuman air merupakan komponen utamanya seperti minuman dalam tin dan minuman dalam kotak. Bagi industri kertas pula, air diperlukan untuk manghancur kayu balak dan melunturkan warna kayu tersebut sebelum terhasilnya kertas berwarna putih. Malahan air juga digunakan untuk menyejuk jentera atau mesin kilang supaya dapat menghasilkan produktiviti yang tinggi dan banyak untuk memenuhi kehendak pasaran yang sedang meningkat.

Page 15: Jawapan Set 2

Kegunaan domestik juga amat memerlukan sumber air. Hal ini disebabkan kegunaan domestik oleh manusia memerlukan air yang banyak. Contohnya sebagai sumber minuman, mandi dan membasuh kain. Air diperlukan supaya manusia boleh hidup dengan selasa dan sejahtera dalam lingkungan masyarakatnya. Tanpa air manusia tidak mendapat bekalan minuman dan makanan. Air diperlukan untuk memasak makanan harian bagi menampung kehidupan harian manusia.

Manusia moden menjalankan kegiatan ternakan ikan , dan tidak hanya bergantung dengan sumber ikan laut dan sungai sahaja. Kegiatan ternakan ikan ini memerlukan jumlah air yang banyak. Air perlu ditakung dalam bentuk kolam untuk membolehkan ternakan ikan dalam kolam dijalankan. Contoh ternakan ikan keli, lampam dan tilapia.Jikk sekiranya bekalan sumber air tidak mencukupi ternakan ikan dalam kolam tidak dapat dijalankan dengan baik dan berkesan.

Kesimpulannya,sumber air memang penting untuk aktiviti manusia. Air merupakan keperluan utama manusai sama ada dalam kehidupan harian atau dalam kegiatan ekonomi manusia untuk meningkatkan lagi kualiti hidup manusia.

[ 10 markah ]

7. a) Apakah yang dimaksudkan dengan ekosistem daratan ?

Ekosistem daratan bermaksud ekosistem yang lingkungan fizikal atau rupanya adalah daratan, terdiri daripada biotik dan abiotik yang saling berkaitan antara satu sama lain dan saling memerlukan untuk menggekalkan keseimbangan ekosistem tersebut. Namun komponen biotic dan abiotik berbeza mengikut lokasi dan persekitaranyan.Contoh, ekosistem Hutan Hujan Tropika dan ekosistem Hutan Sekunder serta ekosistem Tanah Tinggi.

[ 5 markah ]

b) Jelaskan kepentingan ekosistem daratan kepada alam sekitar fizikal.

Kepentingan ekosistem daratan kepada alam sekitar fizikal ialah sebagai kawasan tadahan, menyederhanakan suhu setempat,mengimbangi kandungan udara , habitat flora dan fauna dan menghalang berlakunya pergerakan jisim.

Ekosistem daratan merupakan kawasan tadahan bagi sekitarnya. Hal ini disebabkan ekosistem tanah tinggi yang berhutan tebal merupakan kawasan tadahan bagi kawasan sekitarnya. Kawasan tadahan ini merupakan punca sungai dan merupakan sumber bekalan air bagi penduduk kawasan tersebut.Contohnya Banjaran Titiwangsa merupakan punca bagi Sungai Pahang.

Kepentingan ekosistem daratan juga dapat dikaitkan dengan peranannya sebagai menyederhanakan suhu setempat. Hal ini disebabkan kebanyakan ekosistem daratan terdiri daripada kawasan berhutan yang mempunyai tumbuhan. Tumbuhan yang ada itu akan menjalankan proses sejat pepeluhan bagi menghasilkan wap air untuk menambah

Page 16: Jawapan Set 2

kelembapan udara kawasan sekitarnya. Secara tidak langsung menyederhanakan suhu kawasan tersebut.

Mendapatkan kandungan udara yang seimbang juga merupakan peranan ekosistem daratan, terutamanya ekosistem hutan. Hal ini disebabkan tumbuhan akan mengeluar oksigen dan menyerap karbon dioksida untuk seimbangkan kandungan udara semasa proses fotosentisis.Dengan kata lain, oksigen di ruang atmosfera akan dibekalkan dan karbon dioksida akan dikurangkan.

Ekosistem daratan juga merupakan habitat flora dan fauna. Hal ini disebabkan hutan yang merupakan ekosistem daratan merupakan habitat tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Di dalam hutan hujan tropika terdapat pelbagai spesies tumbuhan. Contohnya di lapisan paling atas terdapat pokok kayu keras seperti cengal, meranti dan jelutung yang berharga. Manakala di lapaisan tengah terdapat tumbuhan liana dan tumbuhan parasit.

Ekosistem daratan penting bagi menghalang darpada berlakunya pergerakan jisim. Hal ini disebabkan ekosistem daratan yang kaya dengan tumbuhan akan menghalang daripada berlakunya tanah runtuh. Akar tumbuhan yang ada akan memegang tanih dilapisan permukaan bumi daripada runtuh. Selain itu ianya juga mengatur aliran air yang mengalir ke permukaan bumi supaya dapat meresap ke bawah tanah menjadi air bawah tanah.

Kesimpulannya, ekosistem daratan terutama ekosistem hutan amat penting kepada alam sekitar fizikal, seterusnya mengseimbangkan alam sekitar sama ada alam sekitar fizikal atau alam sekitar manusia.

[ 10 markah] c) Huraikan langkah-langkah mengurangkan kemusnahan kepada ekosistem daratan.

Bagi mengurangkan masalah kemusnahan kepada ekosistem daratan beberapa perkara boleh dilakukan. Di antaranya kuat kuasa undang-undang, mengadakan kempen, pendidikan, menjalankan penebangan pokok kayu balak secara terpilih dan menjalankan kajian dan pembangunan di kawasan ekosistem tersebut..

Menguat kuasakan undang-undang yang sedia ada boleh mengurangkan masalah kemusnahan ekosistem daratan. Hal ini disebabkan dengan menguat kuasa undang-undang sahaja pesalah boleh dijatuhkan hukuman dan dapat mengurangkan masalah tersebut Akta Taman Negara 1980 (Pindaan 1985) dan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Pindaan 1976 & 1988), memastikan pemeliharaan Taman Negara dan hidupan liar yang menghadapi bahaya kepupusan.Dengan ini ekosistem daratan yang kaya dengan tumbuhan dan hdupan liar dapat dipelihara dengan baik.

Kempen juga boleh dilaksanakan untuk mengurangkan masalah kemusnahan ekosistem daratan.Hal ini disebabkan kempen boleh menimbulkan kesedaran dan menanam sikap tanggung jawab kepada diri individu dan masyarakat untuk menjaga ekosistem daratan dari dimusnahkan. Kempen menanam semula hutan yang telah dimusnahkan anjuran badan-badan NGO seperti WWF Malaysia dam MNS boleh menyedarkan manusia betapa pentingnya menjaga ekosistem daratan terutamanya ekosistem hutan

Page 17: Jawapan Set 2

Pendidikan yang diberi kepada kanak-kanak dan remaja di sekolah akan membantu mengurangkan masalah kemusnahan ekosistem daratan . Hal ini disebabkan kanak-kanak dan remaja telah didedahkan punca berlakunya masalah tersebut dalam mata pelajara Kajian Tempatan Geografi dan Sains. Dengan ini dapat menanam kesedaran pada mereka sejak diperingkat awal dan akan menjadi satu budaya yang menjadi amalan dalam masyarakat.

Pengusaha yang menjalankan penebangan kayu balak seharusnya menebang kayu balak secara terpilih. Hal ini disebabkan dengan hanya menebang kayu balak yang matang sahaja boleh menggekalkan ekosistem daratan. Contohnya hanya pokok balak yang mempunyai ukuran melebihi 40 cm sahaja yang ditebang. Dengan kata lain menggunakan sistem sebaya Malaya (MUS) dan sistem pengurusan tebangan memilih (SMS) iaitu kaedah penebangan sistematik dan berjadual.

Pihak tertentu yang mempunyai kepentingan juga boleh menjalankan R&D untuk mengurangkan kemusnahan ekosistem daratan. Hal ini disebabkan, dengan menjalankan R&D berkaitan dengan sivilkultur, penjagaan, perawatan hutan daripada makhluk peosak, penyakit, biak baka pokok, dan pelbagai sifat pelbagai guna sumber hutan yang dilakukan oleh FRIM dengan kerjasama UPM boleh memulihara hutan yang sedia ada dan secara langsung mengurangkan lagi kemusnahan ekosistem daratan.

Kesimpulannya, kemusnahan ekosistem daratan boleh diatasi dengan adanya kesedaran dan sikap tanggung jawap tentang kepentingan memelihara dan memulihara ekosistem tersebut. Manusia bukan sahaja hanya mementingkan keuntungan sendiri tetapi harusnya mementingkan kualiti hidup untuk meneruskan kelansungan hidup.

[ 10markah]

[ 10 markah ]

8.a) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem gunaan ?

Sistem gunaan merupakan satu sistem yang melibatkan kepentingan manusia di mana manusia menggunakan alam sekitarnya untuk menjalankan aktiviti atau kegiatan ekonomi untuk faedah manusia itu sendiri. Contoh kitar hidrologi boleh menentukan jumlah bekalan air yang diterima oleh manusia untuk menjalankan kegiatan pertanian dan perindustrian.

[ 5 markah] b) Jelaskan bagaimana kejadian kebakaran hutan boleh mengganggu sistem atmosfera dan sistem geomorfologi.

Kejadian kebakaran hutan boleh mengganggu sistem atmosfera dan sistem geomorfologi dengan melihat kepada beberapa kejadian yang berlaku terhadap ke dua-dua sistem itu. Di antaranya kejadian jerebu, kejadian ribut, peningkatan suhu secara global, peningkatan kadar hakisan tanah dan kenaikan aras laut.

Page 18: Jawapan Set 2

Kejadian jerebu berpunca daripada kebakaran hutan dan boleh mengganggu sistem atmosfera. Hal ini disebabkan jerebu mencemari ruang atmosfera sehingga kesimbangan udara di sesuatu tempat akan terjejas.. Ruang atmosfera akan dipenuhi dengan jerebu sehingga boleh menggurangkan jarak penglihatan dan kesihatan manusia terganggu.

Kebakaran hutan juga boleh mengganggu sistem atmosfera dengan berlakunya kejadian ribut. Hal ini disebabkan ribut yang terbentuk akibat kebakaran hutan boleh mengganggu sistem atmosfera.Apabila hutan terbakar tumbuhan akan musnah, maka suhu meningkat dan berlaku tekanan menjadi rendah. Oleh itu, udara dari luar akan memasuki kawasan itu dengan banyaknya dan berlaku kejadian ribut.

Kebakaran hutan juga boleh menyebabkan ganguan kepada system atmosfera dengan melihat kepada peningkatan suhu secara global. Hal ini disebabkan apabila hutan terbakar kandungan korbon dioksida akan meningkat di ruang atmosfera. Karbon dioksida yang meningkat disebabkan tumbuhan yang sepatutnya menyerap korbon dioksida telah tiada kerana musnah oleh kebakaran hutan.

Kebakaran hutan juga boleh menyebabkan peningkatan hakisan tanah dan mengganggu sistem geomorfologi. Hal ini disebabkan ketiadaaan tumbuhan yang musnah semasa kebakaran hutan tidak dapat lagi melindungi permukaan tanah daripada terhakis oleh aliran larian permukaan. Hakisan permukaan akan berlaku secara serius sehingga boleh mengurangkan kesuburan tanih sesuatu kawasan itu.

Kebakaran hutan menyebabkan suhu bumi meningkat dan menyebabkan ais di kutub mencair. Hal ini menyebabkan berlaku kenaikan aras laut dan akan menenggelamkan permukaan bumi yang rendah. Kenaikan aras laut akan meningkatkan kadar hakisan pinggir laut sehingga boleh mengubah bentuk dan profil pantai yang ada. Ini boleh mengganggu sistem geomorfologi pantai tersebut.

Kesimpulannya, gangguan kepada hutan akibat kebakaran sememangnya boleh menggangu sistem lain , iaitu sistem atmosfera dan sistem geomorfologi. Ianya melibatkan kejadian yang berlaku kesan daripada kebakaran hutan seperti kejadian jerebu, ribut, peningatan suhu dan kenaikan aras laut.

[ 10 markah]

c) Huraikan langkah-langkah yang boleh dicadangkan untuk mengurangkan kesankejadian kebakaran hutan .

Bagi mengurangkan kesan kejadian kebakaran hutan beberapa tindakan boleh dilakukan. Di antaranya kuat kuasa undang-undang, mengadakan kempen, pendidikan, pemantauan menggunakan satelit dan kerjasama sesame negara jiran..

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dipinda pada 1 Julai 1998 boleh dikuat kuasakan untuk mengurangkan kesan kejadian kebakaran hutan. kebakaran hutan. Dengan melaksanakan kuat kuasa undang-undang ini sesiapa yang melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 10 000 dan di penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Page 19: Jawapan Set 2

Kempen juga boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kejadian kebakaran hutan. Kempen yang dijalankan oleh badan NGO dengan menanam semula pokok yang musnah akibat kebakaran boleh menyedarkan manusia bertapa pentingnya menjaga hutan untuk mengekalkan kepentingan hutan bagi keseimbangan ekosistem hutan.

Pendidikan yang diberi kepada kanak-kanak dan remaja di sekolah akan membantu mengurangkan masalah kebakaran hutan yang berleluasa akibat kelalaian manusia tentang penjagaaan hutan dengan baik. Kanak-kanak dan remaja telah didedahkan punca kebakaran hutan dalam mata pelajara Kajian Tempatan , Geografi dan Sains.Dengan ini dapat menanam kesedaran pada mereka sejak diperingkat awal dan akan menjadi satu budaya yang menjadi amalan dam masyarakat.

Kecanggihan sistem teknologi perhubungan akan memudahkan bantuan kecemasan dihantar dengan cepat ke kawasan kebakaran hutan . Dengan adanya pemantauan melalui satelit segala maklumat berkaitan dengan kebakaran boleh diketahui denga cepat. Oleh itu, pihak yang berwajib boleh menghantar bantuan untuk memadam kebakaran itu dengan pantas dan cepat. Oleh itu kerugian akibat kebakaran itu dapat dikurangkan.

Kerjasama antara negara jiran boleh mengurangkan kesan daripada kebakaran hutan. Hal ini disebabkan kesan daripada kejadian kebakaran turut dirasai oleh negara yang berhampiran. Contohnya kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera telah menimbulkan masalah jerebu sehingga ke Malaysia akibat tiupan angin monson. Oleh itu Malaysia telah menghantar bantuan pasukan bomba untuk memadam kebakran hutan itu..

Kesimpulannya, kebakaran hutan boleh diatasi dengan adanya kesedaran tentang kepentingan hutan kepada alam sekitar. Melalui kesedaran ini diharap kesan akibat kebakaran hutan ini boleh dikurangkan dalam jangka masa yang pendek dan diatasi dalam jangka masa yang panjang